Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Kebenaran poligami: Khayalan atau realiti?

with 71 comments

Poligami merupakan satu amalan yang amat digalakkan oleh para ulama dan ustaz. Mereka berkata ia sunnah Rasulullah. Begitu galaknya mereka mempromosikan amalan ini, sehingga sanggup menikahkan pasangan yang datang  kepada mereka secara rahsia walaupun jika mereka tahu lelaki berkenaan sudah pun berkahwin.

Alasan yang biasa kita dengar, mereka tidak mahu menanggung dosa jika pasangan itu membuat maksiat sedangkan poligami bukanlah satu kesalahan dalam Islam.

“Dalam surah An-Nisa ayat 4, Tuhan berfirman, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat..,” kata mereka apabila diminta membentangkan dalil mengenai poligami.

“Nabi juga mengamalkan poligami. Isteri Nabi dulu ramai”, kata mereka dalam mengukuhkan lagi dakwaan supaya nampak ia benar-benar berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

Tetapi adakah benar Tuhan telah membuat apa-apa ketetapan tentang poligami? Mari kita periksa satu-satunya “dalil poligami” yang disogokkan kepada kita oleh para ulama, ustaz dan ustazah.

4:1 Wahai manusia, patuhi Tuhan kamu yang mencipta seseorang. Dan satu lagi Dia mencipta pasangannya dan Dia memperkembangkan dari keduanya, lebih banyak lelaki dan perempuan. Dan patuhi Tuhan yang kamu sentiasa memohon untuk keluarga. Sesungguhnya Tuhan, Dia mengambilberat tentang kamu.

4:2 Dan serahkanlah harta pusaka anak-anak yatim, dan kamu tidak wajar menukarkan yang buruk untuk yang baik, dan kamu tidak wajar menyerap harta mereka ke dalam harta kamu, kerana sesungguhnya ia akan menjadi sangat tidak adil.

4:3 Dan jika kamu bimbang kamu tidak dapat berlaku adil kepada anak-anak yatim itu, maka kamu boleh kahwinkan mereka yang kamu rasa sesuai dari yang perempuan – dua, dan tiga dan empat. Tetapi jika kamu bimbang kamu tidak dapat berlaku adil, maka cukuplah satu atau yang mana telah kamu beri perjanjian. Ini lebih baik supaya kewangan kamu tidak terbeban.

4.4 Dan serahkan ke atas yang perempuan harta pusaka mereka dengan jujur. Maka jika mereka bermurah hati terhadap kamu, pemberian peribadi darinya, maka terimalah dengan baik.

4.5 Dan jangan kamu serahkan kepada yang belum matang harta pusaka itu, yang mana Tuhan telah amanahkan kepada kamu. Belanjakanlah untuk mereka darinya, dan sediakan pakaian mereka, dan berinteraksi dengan mereka dengan elok.

Ok. Sekarang lihat mana dalil poligaminya? Tidak ada. Malah dalam ayat yang pertama Tuhan menyatakan;

4:1 Wahai manusia, patuhi Tuhan kamu yang mencipta seseorang. Dan satu lagi Dia mencipta pasangannya dan Dia memperkembangkan dari keduanya, lebih banyak lelaki dan perempuan. Dan patuhi Tuhan yang kamu sentiasa memohon untuk keluarga. Sesungguhnya Tuhan, Dia mengambilberat tentang kamu.

Tuhan kata bila Dia mencipta seseorang, dia akan mencipta pasangannya sekali. Sebab itulah nisbah antara lelaki dan perempuan di dalam dunia ini sentiasa dalam keadaan seimbang. Campur tolak 50:50. Kalau tak percaya periksalah keputusan bancian penduduk Malaysia atau mana-mana negara dan lihat nisbah di antara penduduk lelaki dan penduduk perempuannya. Ayat 4:1 dan bukti melalui proses bancian adalah satu indikasi jelas bahawa kita sepatutnya mempunyai satu pasangan sahaja pada satu-satu masa.

Malah fitrah manusia secara umumnya turut berpaksi kepada arah yang sama. Tidak ada seorang lelaki atau perempuan pun yang suka berkongsi pasangan dengan orang lain. Ini juga satu indikasi bahawa monogami adalah amalan yang menurut fitrah sedangkan poligami tidak. Sesuatu yang melanggar fitrah jika berleluasa akan merosakkan sistem dan dalam konteks poligami, ia merosakkan sistem kekeluargaan dan masyarakat.

Bagaimanapun monogami tidaklah menjanjikan kesempurnaan mutlak. Kita cuma manusia. Manusia tidak sempurna. Tuhan tahu sebahagian dari kita akan menghadapi masalah dalam perkahwinan. Sebab itulah Tuhan bentangkan ketetapan-ketetapan panjang lebar mengenai proses penceraian seperti yang boleh kita baca dalam Surah Al-Baqarah. Jadi jika kita tidak boleh terus hidup bersama pasangan kita (suami atau isteri) maka Tuhan memberi kita jalan keluar untuk membina hidup baru atau mencari pasangan baru. Apa yang penting semua komitmen berkaitan penceraian yang Tuhan telah tetapkan kita pegang dan tunaikan tanpa alasan.

Keadaan ini amat berbeza dengan yang diajar kepada kita oleh para ulama, ustaz atau ustazah. Mereka kata talak (penceraian) adalah perbuatan halal tetapi dalam masa yang sama ia paling dibenci Tuhan. Dan di atas kepercayaan yang tidak berasas itu mereka membuat undang-undang yang menyusahkan proses tersebut dan biasanya menganiaya isteri-isteri yang digantung tak bertali sehingga bertahun-tahun. Ini adalah perbuatan zalim kerana menutup peluang orang lain mencari jalan bahagia sedangkan Tuhan sendiri memberi kelapangan kepada mereka.

Yang peliknya dalam soal poligami, mereka beria-ia mahu mempermudahkan. Padahal Tuhan langsung tidak menyebut apa-apa tentang poligami apatah lagi menggalakkannya.

Ketetapan tentang harta pusaka dan tanggungjawab ke atas anak-anak yatim

Adalah jelas kesemua ayat 4:2 – 4:5 membincangkan tentang ketetapan-ketetapan tentang harta pusaka dan tanggungjawab kita ke atas anak-anak yatim yang kita jaga.

Dalam 4:2 Tuhan kata kita perlu serahkan harta pusaka anak-anak yatim (apabila mereka sudah matang – lihat syarat ini dalam 4:5) dan jika selepas kita membuat penyerahan harta pusakanya dan anak yatim itu memberi sebahagian dari bahagiannya secara sukarela, kita dibenarkan terima (ayat 4:4). Seterusnya 4:2 mengingatkan kita supaya tidak memberi sesuatu yang buruk kepada anak-anak yatim sedangkan mereka sepatutnya mendapat yang baik. Kita juga dilarang menyerap atau menyimpan harta pusaka anak-anak yatim ke dalam harta atau akaun kita sendiri kerana ia akan menyebabkan ketidakadilan.

Kemudian dalam 4:3 Tuhan kata kalau kita takut tidak dapat berlaku adil kepada semua anak yatim di bawah jagaan kita maka bolehlah kita kahwinkan mereka supaya mereka boleh memulakan hidup sendiri dan kita terlepas dari tanggungjawab ke atas mereka. Tetapi langkah ini tentulah tertakluk kepada kesesuaian, misalnya mereka sudah cukup matang. Jika belum, kita perlu berpegang teguh kepada komitmen yang ditetapkan dalam ayat 4:5.

Dalam soal mengahwinkan anak-anak yatim perempuan, Tuhan nyatakan bahawa kita boleh kahwinkan mereka lebih dari seorang dalam satu masa. Kahwinkan 2 orang sekali atau 3 orang sekali atau 4 orang sekali pun boleh. Malah kalau kita memang memelihara ramai anak-anak yatim, 10 – 20 orang sekali pun boleh.

Namun saya berpendapat, Tuhan sebenarnya cuma mencadangkan supaya kita menggunakan kaedah perkahwinan seperti itu sebagai satu kaedah yang boleh dijadikan pilihan. Tuhan tidak bermaksud bahawa ia adalah satu-satunya cara kerana di akhir ayat 4:3 itu Tuhan kata penyelesaian mutlak terletak di tangan kita untuk membuat keputusan. Yang penting kita mesti hindarkan kemungkinan boleh berlaku salahlaku terhadap anak yatim.

4:2 Dan serahkanlah harta pusaka anak-anak yatim, dan kamu tidak wajar menukarkan yang buruk untuk yang baik, dan kamu tidak wajar menyerap harta mereka ke dalam harta kamu, kerana sesungguhnya ia akan menjadi sangat tidak adil.

4:3 Dan jika kamu takut yang kamu tidak dapat berlaku adil kepada kalangan anak-anak yatim, maka kahwinkan mereka (sebagai jalan) keluar dari kamu. Dari kalangan yang perempuan pasangkan berdua, dan bertiga dan berempat (Of the females pairing in two, and in three, and in four) . Oleh sebab itu jika kamu bimbang tentang keadilan, maka penyelesaian mutlak, adalah keputusan kamu. Itu adalah untuk memastikan kamu mengelak dari sebarang salahlaku.

4.4 Dan serahkan ke atas yang perempuan harta pusaka mereka dengan jujur. Maka jika mereka bermurah hati terhadap kamu, pemberian peribadi darinya, maka terimalah dengan baik.

4.5 Dan jangan kamu serahkan kepada yang belum matang harta pusaka itu, yang mana Tuhan telah amanahkan kepada kamu. Belanjakanlah untuk mereka darinya, dan sediakan pakaian mereka, dan berinteraksi dengan mereka dengan elok.

Jelas. Tidak ada seberang ketetapan mengenai poligami dalam ayat-ayat di atas. Ia hanyalah berkenaan harta pusaka anak-anak yatim dan tanggungjawab kita terhadap mereka.

Tetapi bagaimana boleh berlaku, seperti yang banyak kita lihat hari ini, lelaki-lelaki yang langsung tidak pernah terfikir tentang kebajikan anak yatim malah yang anak-anaknya sendiri pun mungkin tidak terurus boleh menjadi begitu seronok dengan ayat 4.3 sehingga ramai di kalangan mereka sanggup meruntuhkan keluarga sendiri dan membawa lari anak dara orang untuk bernikah secara rahsia?

Lihatlah sajalah bagaimana para ulama kita mentafsirkan ayat-ayat 4.1 – 4.5.

[4:2] Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.

[4:3] Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

[4:4] Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.

[4:5] Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

Sumber di sini

Padanlah!

Written by tolokminda

January 28, 2010 at 5:07 pm

Posted in Quran

Tagged with , ,

71 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    berita baik untuk puteri. Lama sudah saya merasakan seperti ada yang tak kena dalam poligami ni, namun saya tak berani menafikan ayat tuhan seperti ayat 4:3.

    Penulis

    January 28, 2010 at 5:20 pm

  2. Salam,

    Saya amat tertarik dengan hujah-hujah tolokminda mengenai poligami.

    Pun begitu, ingin saya bertanya mengenai ayat-ayat al-quran lain spt di bawah yang mungkin berkaitan dengan tajuk artikel;

    66:1. Wahai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkan bagi kamu, untuk mencari kepuasan hati isteri-isteri kamu? Dan Allah Pengampun, Pengasih.

    66:2. Allah menetapkan bagi kamu pembebasan daripada sumpah-sumpah kamu. Allah Pelindung kamu, dan Dia Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.

    66:3. Dan apabila Nabi memberitahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadis; dan kemudian, apabila dia (isteri) memberitahukannya, dan Allah memberitahunya kepada dia (Nabi), dia (Nabi) memberitahu sebahagian daripadanya, dan memalingkan sebahagian daripadanya; kemudian, apabila dia memberitahunya (isteri) daripadanya, dia (isteri) berkata, “Siapakah yang memberitahu ini kepada kamu?” Dia berkata, “Aku diberitahu oleh Yang Mengetahui, Yang Menyedari.”

    66:4. Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, hati kamu pasti condong, tetapi jika kamu bantu membantu terhadap dia, maka Allah, Dia Pelindungnya, dan Jibril, dan yang salih di kalangan orang-orang mukmin; dan sesudah itu, malaikat-malaikat adalah penyokong-penyokongnya.

    66:5. Mungkin, jika dia menceraikan kamu, Pemeliharanya akan menukarkan dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang warak, yang berpergian, yang janda, dan yang dara.

    Daripada pemahaman saya, ada frasa “isteri-isteri” pada ayat 66:1, 66:3 dan 66:5 di atas. Persoalannya, adakah nabi juga berpoligami atau nabi berkahwin perempuan lain setelah bercerai dengan isteri?

    Mohon pencerahan.

    Terima kasih.

    bayau

    January 28, 2010 at 6:03 pm

  3. Salam,

    Saya melihat monogami dan poligami ada pro dan contranya. Perkahwinan melibatkan komitmen 2 jiwa. Maka, persefahaman yang kukuh adalah penting dalam membina sebuah ikatan yang teguh.

    Jika melibatkan komitmen kita dengan Tuhan, sudah tentu tidak sukar kerana kita mengawal jiwa kita sendiri. Tapi bila melibatkan jiwa orang lain, maka keikhlasan yang tinggi di antara pihak2 terbabit diperlukan.

    Jika monogami pun tidak terjamin daripada keretakan dan kehancuran, apatah lagi poligami. Mungkin kerana itu ada sesetengah orang lebih suka membujang untuk tidak terikat dengan sesiapa.

    Perkahwinan melibatkan perasaan halus manusia. Sebijak mana manusia memahami perasaan halus ini, semakin mudah manusia mengenal dirinya sendiri.

    Juang

    January 28, 2010 at 6:52 pm

  4. Salam..

    [1]
    Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

    (Terjemahan Dari TM)
    4:1 Wahai manusia, patuhi Tuhan kamu yang mencipta seseorang. Dan satu lagi Dia mencipta pasangannya dan Dia memperkembangkan dari keduanya, lebih banyak lelaki dan perempuan. Dan patuhi Tuhan yang kamu sentiasa memohon untuk keluarga. Sesungguhnya Tuhan, Dia mengambilberat tentang kamu.

    [2]
    Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.

    (Terjemahan Dari TM)
    4:2 Dan serahkanlah harta pusaka anak-anak yatim, dan kamu tidak wajar menukarkan yang buruk untuk yang baik, dan kamu tidak wajar menyerap harta mereka ke dalam harta kamu, kerana sesungguhnya ia akan menjadi sangat tidak adil.

    [3]
    Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

    (Terjemahan Dari TM)
    4:3 Dan jika kamu takut yang kamu tidak dapat berlaku adil kepada kalangan anak-anak yatim, maka kahwinkan mereka (sebagai jalan) keluar dari kamu. Dari kalangan yang perempuan pasangkan berdua, dan bertiga dan berempat (Of the females pairing in two, and in three, and in four) . Oleh sebab itu jika kamu bimbang tentang keadilan, maka penyelesaian mutlak, adalah keputusan kamu. Itu adalah untuk memastikan kamu mengelak dari sebarang salahlaku.

    [4]
    Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.

    (Terjemahan Dari TM)
    4.4 Dan serahkan ke atas yang perempuan harta pusaka mereka dengan jujur. Maka jika mereka bermurah hati terhadap kamu, pemberian peribadi darinya, maka terimalah dengan baik.

    [5]
    Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

    (Terjemahan Dari TM)
    4.5 Dan jangan kamu serahkan kepada yang belum matang harta pusaka itu, yang mana Tuhan telah amanahkan kepada kamu. Belanjakanlah untuk mereka darinya, dan sediakan pakaian mereka, dan berinteraksi dengan mereka dengan elok.

    Tok Syam

    January 28, 2010 at 6:56 pm

  5. salam…

    Mohon penjelasan sdr.Tolokminda ,berkenaan terjemahan
    yg.sdr.tuliskan…apakah dari yg.ditulis oleh ulama2
    kita.

    Harap dapat diberikan bukti rujukan tersebut kerana
    saya melihat perbedazaan bahasa yg. ditulis oleh anda
    dengan apa yg.menjadi rujukan kebiasaan semua Alquran.

    Tok Syam

    January 28, 2010 at 7:02 pm

  6. salam…

    Apa yg.jelas dalam alquran adalah menghalal lelaki berkawin lebih dari satu dan menyebut bilangan terbanyak
    adalah 4 orang.

    Hal itu telah berlaku kepada nabi dan dijadikan
    sebagai bukti Allah membenarkan lelaki kawin lebih
    dari satu.

    Seseorang Islam ingin berkawin 4,..maka tidak
    perlu menjadikan sunnah sebagai perisai kerana dalil
    Alquran dah jelas.

    Soal mereka yg.menggunakan perisai2 hadith sebagai
    dorongan dan mempertahankan diri dari halangan2 isteri
    sedia ada,…adalah soal peribadi dan mereka akan
    menanggung perbuatan niat mereka sendiri.

    Para ulama hanya menjalankan hukum Allah,..namun
    demikian hukum syarak tidak menunjukan kelalaiannya
    dalam perlaksanaan….seperti meneliti syarat2
    kemampuan seorang lelaki yg.ingin mempunyai isteri
    lebih dari satu.

    Namun demikian pihak ulama tidak mempunyai kemampuan
    untuk menyekat penipuan2 mengenai kemampuan melainkan
    menyampaikan syarat2 syarak.

    Jadi…saya rasa,tidak wajar untuk menyatakan para
    ulama menyokong dan menjadikan dalil2 sunah sebagai
    menggalakan lelaki beristeri lebih atau mengadakan
    kempen2 bagi tujuan itu.

    Tok Syam

    January 28, 2010 at 7:30 pm

  7. Salam,

    Saya setuju dengan Tok Syam. Jika seseorang lelaki ingin kahwin lebih daripada satu, jangan jadikan alasan kononnya Al Quran bagi kahwin empat.

    Ayat Al Quran itu bukan menyuruh kita kahwin empat, tetapi memberitahu perkahwinan lebih daripada seorang bukannya satu larangan.

    Kalau kita renungkan, banyak agama2 lain melarang poligami tanpa alasan yang munasabah. Jadi sudah pasti Al Quran tidak mengikut rentak begitu.

    Walau bagaimanapun, Al Quran menetapkan berlaku adil sebagai pra-syarat untuk berpoligami. Bukan berkahwin kerana nak mengumpul banyak isteri atau nak isteri yang muda kerana isteri tua sudah tak bergetah lagi. Poligami atas dasar begitulah yang membawa kehancuran kerana nanti sukar lelaki untuk berlaku adil.

    Perlu kita fahami kepentingan cinta dalam sesebuah perkahwinan. Cinta datang bukan dengan paksaan. Kita tidak berkuasa menghalang perasaan cinta itu apabila tumbuh dalam hati kita sendiri. Dengan kata lain, pertemuan yang memutikkan cinta itu atas Kekuasaan Allah.

    Baik seseorang lelaki itu bujang atau telah beristeri, jika Allah nak putikkan cinta itu, apakah ada kuasa lain yang boleh menghalang percaturanNya?

    Jika kita nampak Kekuasaan Allah dalam memutikkan cinta itu, kita akan faham kenapa Al Quran tidak mengharamkan poligami. Jadi, apakah poligami itu satu larangan Allah atau tidak ikut fitrah jika yang mendatangkan cinta itu pun kerja Allah?

    Bukan satu perkara mudah seorang manusia nak melawan perasaan cinta yang Allah putikkan dalam hatinya. Ia bukan semudah manusia menjauhi kejahatan, meminum arak, memakan sesuatu yang mengotorkan, berzina atau berjudi.

    Juang

    January 29, 2010 at 12:49 am

  8. Salam,

    Banyak kita dengar kisah manusia menderita kerana percintaan yang tidak kesampaian. Cinta membawa kesan terus kepada jiwa. Ia mampu memberi semangat kepada diri dan kekecewaan cinta pula banyak membawa kepada kemudaharat bia ada jiwa yang tidak kuat menanggung kegagalan.

    Sudah pasti Allah lebih memahami perihal jiwa manusia yang Dia ciptakan.

    Kita tidak dengar manusia kecewa sampai bunuh diri apabila gagal buat jahat atau gagal minum arak atau gagal berjudi. Tetapi kita selalu dengar manusia bunuh diri bila gagal bercinta.

    Sebab itulah dalam bab perkahwinan ini, ia bukan semudah membuat hukum2. Atas Kuasa Allah-lah, Dia nak menerbitkan perasaan cinta itu.

    Juang

    January 29, 2010 at 1:01 am

  9. Salam…
    Hadith bukanlah surah2 hafalan untuk umat manusia ingat
    sebaliknya mengambil iktibar dan sebahagiannya sunat
    diikuti.

    Dalam hal2 yg.wajib,..ianya pasti ada dalam Alquran.
    Akhlak nabi hanya sebagai model untuk dilihat
    bagaimana dikatakan kehidupan sederhana.Para nabi juga
    adalah manusia seperti kebanyakan… melainkan Allah
    telah menetapkan dari awal dan membersihkan serta
    membimbing secara peraturan manusia.

    Sekiranya Allah ingin menjadi nabi2 sebagai model
    sebenar….maka lebih baik dijadikan malaikat sebagai
    pesuruh.

    Sekirannya malaikat mengambil urusan dunia,..maka
    selesailah masaalah dan hukum…tanpa kompromi.

    Tok Syam

    January 29, 2010 at 1:19 am

  10. Secara mudahnya, poligami itu adalah ubat, siapa yang sakit diizinkan berpligami, kalau bercakap tentang Sunnah, Rasulullah hanya bernikah semula setelah isteri pertama wafat, bukan sedari awal baginda(saw) telah menyimpan sehingga lebih dari satu wanita.

    Asas pernikahan ialah takwa, sekiranya dengan berpoligami hilang ketakwaan, untuk apa meletakkan diri dalam situasi yang meruncing sehingga rumahtangga hancur berantakan.

    tetapi, kalau nak ikut sunnah juga, nikahilah ibu-ibu tunggal yang hilang tempat bergantung, bukan hanya sibuk mencari gadis-gadis muda dengan alasan mengikuti sunnah.

    islahdin

    January 29, 2010 at 1:48 am

  11. Salam,
    juga ayat di bawah boleh direnungi dalam permasalahan ini.
    33:50. Wahai Nabi, Kami telah menghalalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu telah memberikan upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu memiliki, daripada rampasan perang yang Allah memberikan kamu, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu dan emak-emak saudara sebelah bapa, bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu dan emak-emak saudara sebelah ibu, yang berhijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia menyerahkan dirinya kepada Nabi dan jika Nabi menghendaki untuk mengahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain – Kami mengetahui apa yang Kami menetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki – supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah adalah Pengampun, Pengasih.

    Penulis

    January 29, 2010 at 2:00 am

  12. Salam,

    Ala… kononnya nak berpoligami krn mahu menolong wanita2, ibu2 tunggal… tetapi masalahnya yg nak ditolong ialah ibu2 tunggul macam Rozita Che Wan, Abby Abadi etc… tetapi Mak Bedah yg beranak lima dan hilang tempat bergantung tidak pula hendak ditolong… nampaknya tipah tertipu lagi…

    Jebon

    January 29, 2010 at 9:03 am

  13. Salam…
    Mak Bedah dan Mak Ngah sebok layan cucu…mana la
    sempat nak cit cat.

    Tok Syam

    January 29, 2010 at 9:56 am

  14. Mak Bedah tuh namenya Rasidah berumur lewat 30-an dan beranak lima, beliau dipanggil Mak Bedah kerana paras rupanya berbeza dgn Rozita Che Wan atau Abby Abadi… beranak lima belom ada cucu lagi…

    Jebon

    January 29, 2010 at 10:27 am

  15. Salam,
    Dalil berpoligami ada terkandung didalam surah 4:3. Tetapi ia nya mempunyai prasyarat yang ketat iaitu “dapat berlakun adil.” Walau bagaimanapun prasyarat ini tidak diberi penekanan yang sewajarnya olih pihak yang berkuasa sebaliknya lebih mementingkan soal ekonomi.

    Q4:3
    Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

    Walau bagaimanapun pada surah 4:129 Allah memberitahu yang kita tidak akan dapat sama sekali berlaku adil walaupun itu yang kita mahukan.

    Q4:129
    Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara istri- istri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

    Sekiranya kita berpegang dengan AlQuran maka kita tidak akan berpoligami.

    ramsys pranata

    January 29, 2010 at 12:43 pm

  16. Jika tak menjadi kesalahan bagi Tolokminda, saya ingin mengajak para pembaca bersama membaca tulisan saya berkaitan surah An-Nisa 1-6 menurut versi saya di blog saya http://puteriayu74.blogspot.com. Perbezaan dan persamaan untuk kita sama2 renungi.

    Bagi pemabca yang merasa ragu2, saya cadangkan janganlah bertepek pada terjemahan orang lain, malah cubalah komited mempelajari bahasa quran itu di zaman moden ini. Nanti akan terjelma kebenaran sendiri, bukan kebenaran orang lain yang kita tumpang. Carilah kebenaran dalam diri sendiri.

    Puteri

    January 29, 2010 at 2:05 pm

  17. Ayat Quran 66:1-5, menurut fahaman Puteri, adalah jelas sekali itu adalah seruan utk Nabi.. dengan beberapa kali di seru “Hai Nabi..!”

    Puteri

    January 30, 2010 at 12:52 am

  18. Salam,

    Q4:129 Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara istri- istri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

    Manusia tidak akan mampu menyaingi Keadilan Allah. Allah sahaja yang mampu berlaku adil kepada semua makhluk2Nya. Allah tidak pernah membeza2kan para RasulNya seperti sesetengah terdahulu dan sekarang melakukannya untuk memonopoli agama Allah.

    Namun, walaupun manusia tidak dapat sesempurna melakukan keadilan, itu bukan bermakna Allah menegah lelaki untuk berkahwin ramai. Cuma yang ditekankan, kalau nak berpoligami, jangan sampai menganiaya isteri sebab itulah diletakkan pra-syarat berlaku adil supaya tiada yang terkantung2 tak dapat perhatian.

    Tetapi penekanan berlaku adil itu sudah tidak ditekankan, itu yang menyebabkan ramai wanita takut bila mendengar poligami. Logiklah, kalau masa nak mengorat wanita lain, anak-isteri sudah ditinggalkan, sudah pasti isteri itu tidak yakin dia akan dapat perhatian bila suami itu berkahwin lain.

    Seorang lelaki yang berniat nak ramai isteri kena bijak memahami psikologi isterinya. Jangan biarkan syaitan membisikkan perasaan2 ragu2 dan menakut2kan pasal poligami yang Allah tidak pernah mengharamkannya.

    Berkenaan ayat Quran 66:1-5, memanglah ia diseru kepada Nabi, tetapi bila ayat itu disampaikan kepada umum, apa ertinya?

    Ayat tersebut memberitahu kita bagaimana Nabi mendidik ramai isteri sebagai pedoman orang2 yang nak berpoligami.

    Tidak logik seorang Nabi melarang orang lain berpoligami sedangkan dia sahaja yang boleh berpoligami. Nabi bukannya orang yang suka memonopoli sesuatu untuk kepentingan dirinya sendiri. Orang2 musyrik sahaja suka memonopoli sesuatu.

    Poligami dapat membentuk jiwa isteri agar tidak ada perasaan suka memonopoli, membolot atau tamak. Bukankah sifat2 itu amat dibenci oleh Allah?

    Juang

    January 30, 2010 at 4:54 am

  19. Salam,

    Dalam masyarakat kita, tidak ramai ibu tunggal yang berminat nak kahwin lain selepas bercerai hidup atau mati. Mungkin sebab pengalaman pahit dengan bekas suami atau cinta pada suami yang telah meninggal dunia itu masih mekar sebab perempuan memiliki kesetiaan cinta yang mendalam pada lelaki.

    Namun kalau ibu tunggal itu berniat nak cari pasangan hidup, kenalah buat persiapan rohani dan jasmani. Kena tahu psikologi untuk menarik perhatian lelaki. Janganlah disebabkan sudah bertaraf mak Bedah atau mak Ngah, maka penampilan diri diabaikan.

    Macam nak menjual barang, kalau mahu barang itu dibeli, maka kenalah pandai mempromosikan diri. Allah tidak akan mengubah nasib manusia kalau manusia itu sendiri tidak mahu mengubahnya.

    Juang

    January 30, 2010 at 5:04 am

  20. O begitu rupanya fahaman saudara Juang.

    Kalau gitu, bagaimana ayat 33:50 tu perlu difahami? Saya membaca ayat itu khusus utk Nabi kerana di permulaan ayat menyeru “Hai nabi…” kemudian hampir ke penghujungnya ada disebutkan “; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang-orang yang beriman umumnya”. Ayat itu tak habis di situ aje.. ada tambahan lagi “Sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada mereka(orang-orang yang beriman umumnya) tentang istri-istri mereka dan hamba sahaya yang mereka miliki supaya tidak menjadi kesempitan bagimu.”. Camner pulak fahaman saudara pada ayat tu? Mohon berkongsi pendapat..

    Saya amat bersetuju dengan kekata saudara yang ini, cuma saya buangkan kekata “isteri” yang saudara tambahkan: “Poligami dapat membentuk jiwa agar tidak ada perasaan suka memonopoli, membolot atau tamak. Bukankah sifat2 itu amat dibenci oleh Allah?” Ayat saudara tu sememangnya selari dengan ayat 4:129 “maka janganlah menguasai sepenuhnya/semuanya (wanita), ……” Bukan ke poligami tu semacam ada unsur menguasai, tamak,membolot dan memonopoli?

    Sila beri saya pencerahan. TK

    Puteri

    January 30, 2010 at 5:25 am

  21. Salam Puteri,

    Ayat 33:50 itu menghalalkan Nabi mengahwini sepupu2nya daripada belah bapa saudara atau ibu saudaranya. Dalam masyarakat kita, ada orang kata tidak ikut berkahwin dengan sepupu kerana kononnya anak2 perkahwinan sebegitu akan jadi bodoh. Saya tidak pasti kebenaran hakikat itu. Kalau benar, takkanlah Allah izinkan Nabi mengahwini sepupunya?

    Kemudian dihalalkan juga Nabi berkahwin dengan perempuan2 yang ingin menyerahkan jiwa raganya kepada Nabi. Perempuan itulah yang Allah khususkan untuk Nabi sebab itulah mereka hanya tertarik pada Nabi. Oleh itu lelaki2 lain jangan dengki atau jeles bila lihat Nabi diminati ramai wanita atas usaha baginda buat kebaikan. Itu balasan Allah khususkan kepada Nabi.

    Namun bagi lelaki2 mukmin lain, jika mereka hidup berbuat baik seperti Nabi, tak mustahil pula dia akan diminati wanita2 lain yang Allah khususkan untuk dirinya pula. Bukankah cinta itu dikhususkan pada insan2 tertentu?

    Itu semua atas urusan Allah kerana Dia yang Tahu nak jodohkan manusia2 itu agar melahirkan baka-baka yang bermutu tinggi untuk membawa kemakmuran muka bumi.

    Jadi, kita jangan nak pandai2 halang urusan Allah atas rasa dengki atau jeles. Buruk padahnya nanti.

    Macam kita bela ayamlah. Jika kita ada seekor ayam jantan yang gagah dan bijak, maka untuk melahirkan baka2 ayam yang sihat, kita akan beli banyak ayam2 betina yang sihat juga sebagai isteri2nya supaya pembiakan baka2 bermutu tinggi berkembang cepat.

    Macam itulah Allah memelihara makhluk2Nya untuk memperbanyakan baka2 manusia yang berkualiti tinggi agar bumi diwarisi oleh manusia yang baik bukannya manusia yang buat kerosakan. Ramai yang tidak sedar hakikat Percaturan Allah ini.

    Kalau poligami itu bermakna tamak dan membolot wanita, sudah pasti lelaki itu tidak izinkan lelaki lain berpoligami. Dia seorang sahaja yang boleh poligami dan lelaki lain kena seorang isteri sahaja.

    Sebab itu saya lihat, tidak logik Nabi sahaja yang berpoligami dan melarang orang lain berpoligami. Nabi bukannya seorang yang tamak begitu.

    Apakah orang yang berpoligami melarang orang lain menguasai wanita2 lain? Bukankah dunia ini ramai wanita2? Jadi tidak nampak pun yang berpoligami itu bersifat tamak apatah lagi Allah yang terbitkan rasa cinta wanita2 tertentu kepada seseorang lelaki atas usahanya pada jalan Allah.

    Kita kena sedar, orang yang berusaha pada jalan Allah itu sanggup berkorban masa, tenaga dan dunianya untuk Allah. Jadi, jika Allah nak kahwinkan mereka dengan seberapa banyak wanita yang Allah pilihkan sebagai sebagai ganjaran dari sisiNya, apakah patut kita merasa dengki atau iri hati? Alalh lebih tahu lelaki mana yang mampu berlaku adil kepada isteri2nya.

    Juang

    January 30, 2010 at 6:14 am

  22. Salam,

    Manalah ada lelaki yg nak support Mak Bedah belikan make-up dan pergi spa utk jaga kecantikan, lainlah kalu wanita2 macam Rozita Che Wan atau Abby Abadi, ramai lelaki yg sanggup berhabis duit… malah ada yg sanggup berhabis duit nak support pergi melancong dgn naik jet… itulah yg heran tuh…

    Bolehkah di-aligori-kan poligami dgn “ayam”?? Kalu kita lihat ayam2 betina bukan saja di”sontot” oleh satu ayam jantan saja, tetapi ayam jantan yg lain juga…

    Jadi maksud Juang hanya orang2 yg berusaha pada jalan Allah dan sanggup berkorban masa dan tenaganya macam Nabi sahaja yg berhak poligami??

    Jika begitu maksudnya sy tak nampak kebanyakan lelaki zaman sekarang nih yg sanggup berusaha pada jalan Allah dan berkorban masa dan tenaganya seperti Nabi… nak mengurat awek2 jelita ada la…

    Jebon

    January 30, 2010 at 6:51 am

  23. o gitu fahaman saudara.

    Ayat saudara :
    “Namun bagi lelaki2 mukmin lain, jika mereka hidup berbuat baik seperti Nabi, tak mustahil pula dia akan diminati wanita2 lain yang Allah khususkan untuk dirinya pula.”

    Jadi untuk lelaki2 begini apakah mereka macam nabi lantas dibolehkan? Apakah ini menurut saudara telah menjelaskan “perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang-orang yang beriman umumnya”.?

    Dari sudut pandangan saya yang masih cetek ilmu ni, poligami kelihatannya seperti mahu menguasai wanita2. Menguasai yang saya maksudkan di sini ialah tak cukup satu (tamak), membolot dan memonopoli.

    Saudara menulis : “Kalau poligami itu bermakna tamak dan membolot wanita, sudah pasti lelaki itu tidak izinkan lelaki lain berpoligami. Dia seorang sahaja yang boleh poligami dan lelaki lain kena seorang isteri sahaja.”. Jika lelaki itu cukup dengan satu, sudah tentu dia akan memberi peluang kepada lelaki lain yang masih bujang untuk mengambil wanita2 lain dan bukan membolot/memborong/memonopoli wanita. Bukan ke itu amalan pada zaman jahiliah di mana mereka mengamalkan memborong wanita2 untuk menguasai?

    Allah terbitkan rasa cinta wanita dan lelaki secara berpasangan bukan wanita2 utk seseorang lelaki sahaja. Malah segalanya dlm dunia ini diciptakan berpasang-pasangan. Jika saudara kata Allah terbitkan rasa cinta wanita kepada seorang lelaki sahaja, abis tu bagaimana boleh ada kejadian kadang2 wanita jatuh hati pada lelaki lain? Ini adalah naluri umum manusia bukan khusus orang2 Islam sahaja.

    Puteri

    January 30, 2010 at 7:24 am

  24. Salam Jebon,

    Saya tidak mengatakan Nabi sahaja berhak berpoligami. Samalah seperti bukan Nabi sahaja berhak masuk syurga.

    Atas urusan Allah-lah nak jodohkan seseorang lelaki dengan berapa ramai wanita yang layak. Apakah kita nak halang urusan Allah itu?

    Memanglah dalam bab mencari calon isteri, ada lelaki memandang pada paras rupa. Malah bukan bab mencari isteri sahaja, bab nak beli kereta, rumah, pakaian, semua manusia memiliki fitrah mahukan yang cantik2. Siapa sanggup bayar duit yang mahal untuk beli kereta yang layak buat tukun?

    Allah tidak melarang pun lelaki nak mengahwini wanita jelita. Tetapi jangan sampai berebut seorang wanita jelita, para lelaki itu bercakaran sesama sendiri. Bukankah perebutan perempuan jelita itu sama seperti manusia berebut kuasa?

    Jika Allah izinkan seseorang lelaki berkahwin dengan ramai perempuan jelita sekali pun, takkan kita nak dengki dengan anugerah Allah pada lelaki itu? Itu bahagian masing-masinglah. Lainlah kalau lelaki itu rampas isteri kita.

    Tetapi para lelaki kena ingat, sejelita mana paras rupa wanita itu, belum tentu hatinya jelita juga. Jadi sesiapa yang kejar pada paras rupa, mereka dapat paras rupa sahajalah. Sesiapa yang kejar hati yang mulia, maka dapatlah isteri2 yang mulia hatinya.

    Dan perlu kita fahami, kemuliaan hati akan menjernihkan wajah jadi berseri-seri. Bagi lelaki beriman, cukup baginya isteri-isteri yang berseri2 wajahnya. Tak semestinya kena jelita macam artis. Bila lihat wajah berseri, hati jadi tenang. Orang beriman hanya kejar ketenangan dan kebahagiaan hidup.

    Jadi yang dah taraf Mak Bedah itu, jangan anggap kecantikan wanita bila dimekap sahaja. Memulakan kecantikan diri dengan menyucikan jiwa agar wajah berseri2 juga adalah satu usaha yang murah. Cuma kena berusaha lebih nak perkuatkan benteng hati sahaja.

    Alangkah ruginya wanita itu, sudahlah seperti Mak Bedah, kemudian hatinya penuh hasad dengki dan suka mengumpat. Macam manalah hati lelaki beriman nak terpikat?

    Juang

    January 30, 2010 at 8:02 am

  25. Salam Juang,

    Anda telah tersasar dari persoalan yg sy bangkitkan…

    Jebon

    January 30, 2010 at 8:17 am

  26. Salam Puteri,

    Jika Allah boleh menjodohkan para Nabi dengan wanita-wanita yang layak untuknya, apakah Allah tidak boleh menjodohkan lelaki lain dengan seberapa banyak wanita yang Allah Lihat layak untuknya? Siapa kita nak menghalang perasaan wanita itu nak mencintai seorang lelaki yang bertaraf suami sekalipun sekiranya dia sanggup? Tidakkah kita nampak urusan Allah di situ?

    Dalam ayat 33:50 itu, yang dikatakan khas untuk Nabi bukannya konsep perkahwinan itu, tetapi wanita yang rela menyerahkan jiwa raganya untuk Nabi. Wanita itu yang dikhaskan untuk Nabi. Jika ada seseorang wanita rela menyerahkan jiwa raganya untuk lelaki lain, itulah yang Allah khaskan untuk lelaki tersebut pula.
    Itulah maksud ayat tersebut supaya para lelaki jangan cemburu bila lihat Allah terbitkan rasa cinta wanita itu terhadap Nabi. Melainkan Nabi itu tak sanggup nak berkahwin lagi, maka dia takkan nak paksa dirinya melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri.

    Dan cuba cari dalam Al Quran, ayat mana mengharamkan lelaki berkahwin lebih daripada satu?

    Jika dalam keadaan dunia ini ada 3 orang lelaki dan 3 orang wanita. Dan salah seorang lelaki itu mahu mengahwini ketiga2 wanita itu sekali gus, dan membiarkan lelaki lain menelan air liur sahaja, barulah dikatakan poligami itu berunsur tamak. Tapi dalam keadaan manusia telah ramai dan lelaki mudah menemui wanita2 bujang (dara atau janda), dan wanita2 itu pula sanggup menyerahkan jiwa raganya kepada lelaki tersebut, apakah itu berunsur tamak? Suka sama suka pun dikira tamak ke? Lainlah seseorang lelaki itu paksa semua wanita kahwin dengan dia, barulah wujud unsur tamak. Jadi nak meletakkan erti tamak itu, kenalah tengok situasi.

    Ayat 33:50 menyebut perihal kerelaan wanita. Ini menunjukkan poligami hanya boleh dilakukan jika ada wanita yang sanggup berkahwin dengan lelaki yang sudah beristeri. Kalau dia tidak sanggup, tidak menjadi kesalahan kalau dia tak terima poligami. Mana boleh kahwin dipaksa2?

    Yang mana lebih baik. Lelaki itu kahwini wanita2 sebagai isterinya, atau lelaki itu tidak kahwini wanita2 itu sebaliknya dia jadi bapak ayam melacurkan wanita2 itu? Orang jahiliyiah sahaja yang melacur2kan wanita. Jadi takkan kita nak kata yang kahwini ramai wanita itu jahiliyiah juga? Macam tak masuk akal aje.

    Walaupun Allah terbitkan rasa cinta untuk lelaki dan wanita, apakah Allah menghadkan rasa cinta lelaki itu pada seseorang wanita? Kalau tidak, macam mana boleh wujud wanita2 yang mencintai lelaki yang sudah beristeri?

    Yang dimaksudkan berpasang2an itu bukannya terhad seorang lelaki dengan seorang wanita. Pasangan itu bermaksud perkahwinan lelaki dengan wanita, bukannya lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita.

    Memanglah wujud wanita yang boleh mencintai lelaki lain. Tetapi dari segi hiraki perkahwinan, suami adalah pemimpin dan isteri adalah yang dipimpin. Logikkah seorang yang dipimpin taat kepada ramai pemimpin? Tidak logik kan? Sebab itu tidak wujud perkahwinan wanita dengan ramai lelaki nanti kelam-kabut rumahtangga itu. Tetapi seorang pemimpin, boleh memimpin ramai orang di bawah pimpinannya. Sebab itu wujud lelaki kahwin ramai wanita.

    Kalau wanita itu hanya mahukan seks, maka bolehlah dia nak seks dengan ramai lelaki yang dia suka. Tetapi jika wanita itu mahukan pembentukan sistem organisasi keluarga yang teratur, dia akan sedar yang kedudukannya adalah di bawah pimpinan lelaki. Dan dia kena sedar yang pemimpin itu berupaya berlaku adil terhadap orang2 di bawah pimpinannya.

    Macam mana seorang ibu berupaya berlaku adil kepada ramai anak2nya, macam itulah seorang lelaki mampu berlaku adil dengan ramai isteri2nya.

    Jika ada seorang ibu yang tidak mampu berlaku adil kepada anak2nya, takkan kita nak haramkan seorang ibu melahirkan lebih daripada satu anak? Macam itulah, takkanlah disebabkan ada lelaki2 yang tidak mampu berlaku adil dalam berpoligami, maka kita haramkan poligami?

    Cuba berfikir dari segi struktur oranisasi alam ini. Nanti wanita itu mudah faham kenapa wujudnya poligami dan Allah tidak halang pun lelaki nak berpoligami asalkan boleh berlaku adil.

    Point utama yang saya nak tekankan, Allah tidak melarang lelaki berpoligami, tetapi kalau nak berpoligami itu, pastikanlah boleh berlaku adil supaya tiada isteri2 yang terkontang-kanting dan tidak dapat layan zahir dan batin yang sepatutnya.

    Bayangkan, nak kahwin dua pun bukan satu perkara yang mudah bagi lelaki nak berpoligami. Sebab itu Al Quran sebut sampai empat. Kalau Al Quran sebut, seberapa banyak yang kamu suka, barulah logik dikatakan poligami itu berunsur tamak.

    Nabi sebagai seorang lelaki, dia lebih memahami perasaan lelaki. Walaupun ada penganut agama lain melarang berpoligami, tetapi mereka tidak mampu melawan fitrah seorang lelaki yang menyukai ramai wanita. Sebab itu mereka terpaksa cari jalan dengan membuat skandal dengan wanita2 tanpa pengetahuan isteri.

    Apakah wanita itu suka suaminya bersembunyi2 dengan wanita2 lain? Jika itu yang mereka mahu, terimalah balasan daripada Allah nanti.

    Juang

    January 30, 2010 at 8:51 am

  27. Salam Jebon,

    Saya sudah menjawab persoalan saudara mengikut apa yang saya tahu berdasarkan perspektif hidup saya. Jika ada tulisan saya yang saudara kira tersasar daripada matlamat hati saudara, quotekanlah. Sebab saya mana tahu matlamat hati saudara itu.

    Saya sudah masak dalam dunia penulisan forum internet yang mana ada manusia bila bersoal-jawab, cepat2 tulis “jawapan anda tersasar”. Kalau macam itu baik tak payah bersoal-jawab.

    Kalau saudara harapkan jawapan orang lain seperti saudara mahukan, seolah2 saudara tidak faham fitrah kejadian manusia yang berbeza hatinya.

    Juang

    January 30, 2010 at 8:58 am

  28. Salam,

    Antara pengajaran daripada kisah Nabi beristeri ramai, adalah untuk membuktikan bagaimana seorang lelaki mampu menjaga wanita-wanita. Di kala masyarakat mengalami keruntuhan rumahtangga dan banyak berlaku kes cerai berai biarpun kahwin hanya seorang isteri, maka Nabi menjadi contoh bagaimana seorang lelaki berjaya memelihara isteri-isteri.

    Secara psikologinya, ia mendidik masyarakat untuk bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga. Jika Nabi yang ada ramai isteri pun boleh jaga rumahtangga dengan aman, takkanlah yang berkahwin satu nak bergaduh berantakan? Sudah pasti itu suatu keadaan yang memalukan.

    Dengan itu, bila ada insan baik macam Nabi yang dapat buktikan baginda menjaga kerukunan rumahtangga, maka para suami lain pun akan berusaha menjaga kerukunan rumahtangga. Kes para isteri yang disepak-terajang oleh suami dapat dikurangkan. Maka yang dapat manfaatnya pun wanita juga.

    Perlu difahami, kejayaan poligami hanya berlaku bila para suami boleh berlaku adil dan para isteri itu sukarela demi menjauhi perasaan yang dia sahaja layak dipimpin oleh seorang suami.

    Kaum Yahudi dan Nasrani dahulu merasakan bahawa mereka sahajalah layak diberi petunjuk oleh Allah. Kononnya merekalah yang dilihat esklusif di sisi Allah. Walhal Allah boleh memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia lihat layak kerana Dia Maha Adil kepada semua manusia.

    Macam itulah seorang isteri, janganlah sampai rasa dia sahajalah layak dipimpin oleh suaminya. Barangkali di sisi Allah, ramai wanita2 lain juga layak untuk dipimpin oleh suaminya itu sebab Allah lihat lelaki itu boleh berlaku adil.

    Juang

    January 30, 2010 at 9:32 am

  29. Salam,

    Kenapa ramai orang Melayu rasa gerun bila dengar penganut agama lain nak guna kalimah “Allah” pada nama Tuhan dalam kitab mereka? Sebab mereka rasa nama “Allah” itu esklusif untuk mereka sahaja. Mereka tidak sanggup berkongsi kalimah tersebut.

    Macam itulah kenapa ramai wanita hari ini gerun bila dengar perkataan poligami. Sebab mereka rasa suami mereka itu dijadikan esklusif untuk mereka sahaja. Wanita2 lain tidak layak dapat kasih sayang suaminya itu.

    Juang

    January 30, 2010 at 9:51 am

  30. Memang ramai manusia yang menyalahkan Allah atas perbuatan yang mereka lakukan dengan alasan TAKDIR. Puteri suka melihat bahawa aku adalah pembuat keputusan untuk hidupku… ada autonomi.

    Katalah seorang hakim membacakan keputusannya begini “Hai Juang, tunaikanlah bayaran RM250,00 kepada mak bedah dan RM1,000,000 kepada 5 anak2nya sebagai biaya kehidupannya. Selepas itu, kahwinilah Abby Abadi jika kamu mahu. Penghakiman ini adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi seluruh penduduk Malaysia umumnya” Apakah itu bermaksud penghakiman itu berbeza tujuan meskipun seruan itu atas nama Juang?

    Puteri tak kata pun boleh kahwin paksa, malah Puteri membantah keras kahwin paksa, sebab Puteri percaya, tiada paksaan dalam Islam (macam sefahaman pulak kita ye dalam bab ni). Dalam ayat 33:50 tu, kalau wanita2 itu dtg pada Nabi menyerah diri nak kahwin dengan Nabi, sudah tentu dibolehkan sebagaimana kebenaran yang diberi dalam ayat tu. Permasalahannya, sedang dalam ayat tu jelas menyatakan itu semua (perkara2 yang disebutkan sebelumnya itu) dibenarkan khusus untuk Nabi, dan bukan untuk org2 lain umumnya, sesetengah lelaki tidak dapat terima kenyataan itu, lantas membantah dan mengubahnya kepada yg separuh utk nabi yg separuh lagi dibolehkan utk org2 umum. Puteri cuma terheran! Puteri akui Puteri ni kurang ilmu, tapi suka bertanya sampai keyakinan baru hadir menggantikan keyakinan yang sedia ada. Moga ini tak dilihat salah oleh Juang.

    Yang dikatakan lelaki itu pemimpin keluarga bukanlah bermaksud pemimpin kpd ramai2 isteri.. tapi isteri dan anak2(ramai jugak tu, kalau mak bedah anak 5 anak, maknanya nak pimpin 6 orang). Nampaknya kita sefahaman lagi dalam menjawab persoalan “logikkah seorang yang dipimpin taat kepada ramai pemimpin? Tidak logik kan?”.

    Saudara menulis lagi “seorang lelaki mampu berlaku adil dengan ramai isteri2nya.” sedangkan ayat 4:129 jelas menyatakan “Dan kamu tidak akan boleh berlaku adil pada wanita2, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian”.

    Sila beri pencerahan..

    Puteri

    January 30, 2010 at 9:59 am

  31. Kenapalah Tuhan tak jadikan ramai wanita untuk Adam dulu, hanya hawa sorang sahaja. Kalau lagi ramai lagi cepat membiaknya manusia di muka bumi ini.

    Penulis

    January 30, 2010 at 2:03 pm

  32. Menyentuh bab pimpinan ni, Puteri rasa tertarik untuk bertanya selanjutnya pada Juang berkaitan apa yang Juang tulis di atas, iaitu :
    “Macam itulah seorang isteri, janganlah sampai rasa dia sahajalah layak dipimpin oleh suaminya. Barangkali di sisi Allah, ramai wanita2 lain juga layak untuk dipimpin oleh suaminya itu”
    Puteri juga setuju dengan kekata Juang yang dikutip di atas. Sebagai contoh, Ustaz yang membuka kelas di masjid2 dan turut serta adalah isterinya. Sememangnya Puteri nampak, ustaz tu cuba memimpin ramai wanita2 lain juga selain isterinya. Adakah itu bermakna pak ustaz harus kahwin lagi dengan mana2 wanita pilihannya dari kalangan murid2 tadi kerana dia layak memimpin wanita2 lain?

    Puteri

    January 30, 2010 at 2:31 pm

  33. Tajuk poligamy ini perlu diselidik dengan lebih dalam secara mengunakan ayat-ayat yang pro dan kontra tentangnya. Saya mencadangkan kita harus bermula dengan mengupas apa yang diajar oleh ustaz atau ustazah tentang amalan-amalan ini – kemudian kita jadikan Al Quran sebagai hakim untuk menentukan samada apa yang mereka ajar itu mengikut perintah Allah atau tidak.

    (1) Kalau alasan lelaki berkahwin lebih dari satu kerena mereka mampu – ini adalah satu penipuan besar terhadap Allah kerena alasan tersebut tidak ada dalam Quran.

    (2) Kalau alasan lelaki ingin berkahwin lebih dari satu kerena dia tidak mempunyai zuriat – ini juga adalah satu penipuan terhadap Allah – sebab alasan ini tidak terdapat dari mana-mana ayat dalam Al Quran.

    Saya rasa elok sekiranya tolokminda masukkan sekali pendapatnya dengan memetik ayat-ayat 4:19 hingga 4:25 supaya kita semua dapat berfikir dan memberi pandangan tentang had-had atau batasan-batasan yang ditetapkan oleh Allah tentang perkahwinan.

    Tiada siapa yang boleh jadi saksi pada apa yang telah berlaku kepada kehidupan Nabi melainkan cerita-cerita yang bercanggah sehinggakan ada yang sanggup membuat fitnah mengatakan dia mempunyai sembilan isteri pada satu-satu masa. Kita perlu fikir samada ini masuk akal atau tidak.

    Tiada siapa yang boleh beri kita satu kepastian yang tepat apabila Al Quran menyebut “Wahai Nabi, apabila kamu mencerai “isteri-isteri” kamu… (65:1)” ianya merujuk kepada Nabi mempunyai isteri lebih dari satu atau beliau telah memaluli beberapa perkahwinan. Apa yang terdapat dalam Al Quran (33:50) adalah batas-batas syarat diantara Nabi dan orang-orang yang beriman apabila mereka ingin berkahwin dengan wanita-wanita dalam kategori ayat ini. Ayat-ayat berikutnya (33:51-52) tidak pula mengatakan Nabi telah berkahwin dengan mana-mana mereka – kecuali ada yang ingin membuat fitnah.

    Yang pasti Nabi telah berkahwin dengan bekas isteri Zaid (33:37) untuk menegakkan hukum Allah yang beliau ingin menyembunyi daripada orang lain. Semasa perkara ini berlaku tiada siapa yang boleh menjadi saksi mengatakan Nabi masih mempunyai isteri atau tidak. Secara logiknya apabila Nabi mempunyai anak angkat sudah tentu dia lebih tua daripada anak angkatnya – tapi samada dia masih ada isteri atau tidak – perkara ini tidak disebut dalam Al Quran – Apoa yang pasti dia terpaksa melalui satu ujian yang paling mencabar dalam hidupnya.

    Gunumaro

    January 30, 2010 at 7:47 pm

  34. Salam Puteri,

    Dalam perumpamaan penghakiman tersebut, saudari berikan nama2 orang terlibat secara spesifik. Maka jelas penghukuman itu untuk orang tersebut. Tetapi Al Quran diturunkan secara umum untuk pedoman kita semua. Jika Allah memberikan kehalalan kepada Nabi berkahwin dengan wanita2 yang sukarela dengan baginda, malah tiada ayat melarang orang2 lelaki lain berkahwin suka sama suka, macam mana kita boleh buat hukum mengatakan itu hanya untuk Nabi sahaja?

    Cuba kita perhatikan balik ayat 33:50 itu. Ia menyebut jenis2 wanita yang layak dikahwini oleh Nabi iaitu wanita yang diberikan mas kahwin, hamba, tawanan perang, sepupu belah bapa/ibu, dan perempuan2 beriman yang sukerela dengan Nabi dan Nabi pun nakkan mereka. Ayat itu tidak mengatakan perkahwinan lebih daripada seorang isteri itu khusus untuk Nabi, tetapi jenis wanita2 yang dikhususkan untuk Nabi.

    Kalau kita fikir secara logik dan rasional, andaikata Nabi mengesklusifkan poligami hanya untuk baginda dan lelaki lain tidak boleh, sudah pasti orang akan nampak baginda seorang yang tamak. Itu sudah tak masuk akal dengan akhlak seorang Nabi. Seorang Nabi bukan suka mengesklusifkan nikmat2 Allah hanya untuk baginda sahaja. Bukankah rahmat Allah itu luas?

    Tidak ada ketetapan pun seseorang pemimpin kena pimpin seorang sahaja dibawah pimpinannya. Jika seorang peniaga memimpin satu kedai, apakah Allah melarang dia membuka kedai2 yang lain jika dia berupaya memimpin banyak cawangan kedai? Kenapa pula kita nak dengki dengan peniaga yang mampu buka banyak cawangan jika dia mampu memimpinnya? Begitulah perumpamaannya.

    Ayat 4:129 menunjukkan kelemahan manusia berbanding Allah. Allah boleh berlaku adil seadil2nya kepada semua makhluk. Itu Sifat Allah. Jika ada manusia boleh berlaku adil seadil2nya, itu sudah menyamai Sifat Allah pula. Mana logik Tuhan disamakan dengan makhluk? Sebab itu diturunkan ayat itu bagi menyedarkan lelaki mereka tidak mampu berlaku adil seadilnya walaupun mereka mahu buat seadil mungkin. Bila lelaki itu sedar mereka tidak akan mampu berlaku adil seperti mana Allah berlaku adil, maka kenalah berhati2 dalam menjaga perasaan isteri2nya. Itu maksudnya, bukannya melarang lelaki berkahwin ramai.

    Sedangkan singa yang dikatakan raja rimba itu pun Allah izinkan ramai isteri, apakah manusia yang lagi bijak dan menjadi khalifah muka bumi Allah hadkan nikmat-nikmatNya?

    As long perkahwinan itu didasari suka sama suka, kenapa kita sampai nak halang perkahwinan itu? Bukankah perkahwinan itu satu jalan yang suci dan mulia? Itu yang saya hairankan, benda elok dan mulia pun ada orang yang nak tentang. Lainlah lelaki itu nak berzina dengan ramai perempuan, logiklah perbuatan itu dilihat buruk.

    Juang

    January 31, 2010 at 2:28 am

  35. Salam Penulis,

    Allah ajar manusia peringkat berperingkat. Ini kerana otak manusia perlukan masa untuk dibina. Untuk Adam, otak manusia dibina untuk tahu memimpin seorang isteri dahulu sesuai dengan keadaan waktu. Jadi mana logik Allah terus bagi ilmu berpoligami kerana keadaan manusia tidak ramai pada waktu itu.

    Allah tidak memandang pada kuantiti semata-mata, tetapi pada kualiti. Apa guna dibiakkan manusia secara cepat dalam keadaan ibubapanya tidak mampu mengawal anak2nya dengan betul sehingga lahir baka2 yang membuat kerosakan di muka bumi dan suka berpecah-belah?

    Sudah pasti Allah memberi masa kepada Adam mempelajari erti kehidupan di dunia sebagai seorang manusia.

    Dalam masyarakat maju, mereka mengawal kelahiran manusia agar para ibubapa mampu memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak2 tersebut. Tetapi bagi masyarakat bermentaliti rendah, mereka membiak sesuka mereka sahaja sehingga ada ibubapa lalai menjaga anak2 mereka. Akibatnya lahirnya generasi manusia yang lemah dan tidak berkualiti.

    Kalau kita bela ayam pun nakkan baka2 yang berkualiti, apatah lagi Allah pelihara manusia, sudah pasti Dia nakkan manusia yang berkualiti tinggi.

    Juang

    January 31, 2010 at 2:42 am

  36. Salam Puteri,

    Dalam kes ustaz yang mengajar di masjid, itu untuk organisasi sistem pembelajaran di masjid. Masjid tempat umum, tidak semestinya wanita2 lain yang nak belajar dengan ustaz itu kena jadi isterinya dahulu.

    Tetapi bila masuk bab organisasi rumahtangga, oleh kerana rumahtangga itu tempat khusus seseorang pemimpin keluarga, maka mana2 wanita nak join ustaz itu membina rumahtangga yang bahagia, kenalah lalui jalan perkahwinan, bukannnya zina.

    Tapi kalau tiada wanita lain yang sukerela nak jadi isteri ustaz itu, ustaz itu tak rugi apa-apa pun.

    Juang

    January 31, 2010 at 2:49 am

  37. Salam,

    Saya nampak dalam bab poligami, walaupun ada ayat2 yang menunjukkan Nabi memiliki ramai isteri, tetapi tiada ulamak2 sampai tahap mewajibkan semua lelaki Islam kena tiru Nabi berpoligami, kalau tidak berpoligami nanti tak masuk syurga.

    Berbanding pada seruan solat dan ibadah lain, mereka suruh tiru apa yang dikatakan perbuatan Nabi yang tidak wujud dalam Al Quran sampaikan nak bersolat pun kena guna bahasa Arab. Mengapa berlaku percanggahan sebegitu? Kalau hidup ini nak tiru semua perbuatan Nabi, kenapa poligami itu mereka tak wajibkan tiru macam Nabi buat?

    Bab poligami itu bukannya satu suruhan dan bukan pula dilarang. Ia terletak di tengah2. Siapa yang mampu berlaku adil sebagaimana tahap maksimun keupayaan adil seorang manusia, kahwinlah kalau ada wanita yang rela. Itu sahaja. Bukannya dijadikan poligami itu kewajipan atau amalan ritual pun. Yang takut sangat itu kenapa?

    Juang

    January 31, 2010 at 3:00 am

  38. Salam,

    Mari kita fikir dari perjuangan seorang Rasul dan kenapa baginda dikurniakan ramai isteri.

    Seseorang Rasul adalah insan yang berjuang melawan rasa tidak boleh berkongsi kasih Tuhan dengan penganut2 agama lain.

    Dalam masyarakat jahiliyiah, mereka beragama dengan mewujudkan puak2 yang rasa merekalah yang dikasihi Allah. Orang2 Yahudi rasa mereka sahaja kekasih2 Allah. Orang2 Nasrani pun macam itu juga. Kaum Arab jahiliyiah pula buat satu bentuk amalan ritual kononnya itulah cara menyembah Tuhan yang diiktiraf oleh ulamak2 mereka. Cara lain, Allah tak terima kata mereka. Masing2 berebut kononnya merekalah yang layak dapat kasih Tuhan.

    Maka Rasulullah pun keluar daripada kehidupan jahil sebegitu kepada kehidupan yang mengajak semua penganut agama berkongsi kasih dengan Tuhan yang sama sebab alam ini ada Satu Tuhan sahaja, Dan Allah itu Maha Adil, kenapa nak berebut2 pula?

    Sebab itu ada ayat Al Quran mengatakan orang2 beriman baik dari kalangan Yahudi, Nasrani dan Sabiin, sesiapa yang percaya kepada Tuhan dan hari Akhir serta berbuat kebaikan, semua mereka akan dapat ganjaran daripada Tuhan. Baginda tidak mewujudkan agama yang berpuak2 seperti yang kita nampak sekarang. Baginda melawan rasa berebut Tuhan.

    Umum mengetahui, dalam baginda berjuang menyedarkan masyarakatnya agar tidak berebut2 mendapat kasih Tuhan Yang Maha Adil itu, baginda ditentang hebat oleh kaumnya sendiri, dimusuhi oleh orang2 Yahudi dan Nasrani. Walaupun niat baginda suci, tetapi masyarakat pada waktu itu memandang serong kepada baginda.

    Bukan satu keadaan yang mudah bila hidup dalam keadaan dibenci masyarakat yang tak sedar diri itu. Maka atas kejayaan menyucikan jiwa daripada perasaan tamak berebut kasih Tuhan dan membalas usaha baginda yang berkorban untukNya, apakah Allah tidak boleh mendatangkan wanita2 yang sanggup berkongsi kasih sebagai isteri2 baginda?

    Orang2 yang melawan perasaan kotor (tidak boleh berkongsi kasih Tuhan) biarpun terpaksa dicemuh masyarakat, maka tidak mustahil Allah nak balas dengan dikurniakan isteri2 yang suci hatinya yang sanggup berkongsi kasih suami. Bukankah itu ganjaran yang logik dan setara atas susah payah yang baginda lalui?

    Mungkin ramai tidak perasaan hikmah di sebalik Rasulullah berpoligami kerana mereka tidak nampak bagaimana sukarnya baginda berjuang melawan perasaan tidak boleh berkongsi kasih Tuhan di kala masyarakat pada waktu itu hidup berpecah-belah kena nak berebut kasih Allah.

    Cuba lihat ada sesetengah orang Melayu hari ini tidak boleh berkongsi nama “Allah”. Begitulah keadaan hati manusia yang tidak sanggup berkongsi Tuhan.

    Bila masyarakat yang para lelaki kotor hatinya kerana tidak boleh berkongsi kasih Allah dan mewujudkan puak2 kononnya merekalah beragama yang benar dan dikasihi Allah, maka para wanitanya pun terpalit kekotoran yang sama yang tidak boleh berkongsi kasih suami. Begitulah balasan Allah kepada masyarakat yang kotor hatinya.

    Juang

    January 31, 2010 at 3:20 am

  39. Salam,

    Saya melihat yang menyebabkan manusia sukar memahami pengajaran Al Quran kerana hati mereka masih ada kekotoran dan kekaratan. Sedangkan matlamat Al Quran untuk menyucikan hati manusia.

    Apa yang Allah tegah kerana ada kesan buruk pada hati, sebab kesan buruk pada jasmani mudah manusia nampak. Tetapi kesan buruk pada hati sendiri, sukar manusia nak nampak melainkan mereka belajar mengenal diri.

    Selagi hati manusia itu ada penyakit bangga diri, dengki, tamak haloba tidak boleh berkongsi, selagi itulah mereka akan rasa sakit hati dengan ayat2 Al Quran sampaikan sesuatu yang ada baik dan manfaat pun mereka benci.

    Seperti itulah kaum2 terdahulu membenci Rasulullah yang menyeru ke arah kebaikan walaupun di sisi Allah, baginda membawa manfaat kepada umat manusia, kerana dalam hati kaum2 itu ada penyakit2 yang hanya tuan punya diri sahaja tahu mengubatinya sendiri.

    Juang

    January 31, 2010 at 3:29 am

  40. Salam,

    Kenapa wujudnya wanita2 yang sanggup berpoligami dengan Rasulullah walaupun ia satu yang menyakitkan bagi kebanyakan wanita? Sebab mereka nampak bermula daripada kesanggupan mereka menyucikan hati sehingga boleh berkongsi kasih suami itulah akan membuka mata masyarakat untuk sedar agar kembali hidup bersatu-padu berkongsi kasih Tuhan yang sama. Buang rasa kotor di jiwa yang menjadikan agama sebagai alat untuk berebut kasih Allah.

    Namun poligami ke arah menyedarkan masyarakat agar hidup berkongsi kasih Tuhan tidak wujud di zaman kita. Sebab itu hikmah poligami itu tidak nampak melainkan cerita2 penceraian dan pergaduhan yang menakut2kan para isteri.

    Juang

    January 31, 2010 at 3:45 am

  41. Salam..Juang
    Alhamdulillah,…semoga Allah menambahkan ilmu tuan dan
    mengajar apa2 yg.belum diketahui.

    Amin.

    Tok Syam

    January 31, 2010 at 3:58 am

  42. Salam…
    Sebenarnya manusia menilaikan kelayakan itu disisi
    dunia sedangkan KEADILAN itu berkonsep rohani.

    Seorang hatawan dan mempunyai wang boleh berlaku adil
    dengan material…sebaliknya rohaninya sukar berlaku
    adil.

    Ajaran Allah adalah meliputi zahir batin.

    Tok Syam

    January 31, 2010 at 4:02 am

  43. Salam Tok Syam,

    Saya juga mendoakan begitu juga kepada Tok Syam dan saudara2 kita yang lain yang sama2 ikhlas mencari ilmu dan kebenaran. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

    Benar apa yang Tok Syam katakan itu. Nak berlaku adil pada benda2 material, senang sahaja kita nak bahagi2kan. Tetapi bila melihatkan perasaan kasih-sayang, cabarannya amat sukar walaupun manusia itu seorang Nabi. Ini kerana perasaan kita tiada ukuran yang jelas seperti kita mengukur material.

    Kalau manusia ada teknologi yang boleh ukur perasaan cinta, senanglah lelaki itu nak bahagian kasihnya 50% untuk isteri pertama dan 50% untuk isteri kedua. Masalahnya bab rohani ukurannya pada rasional manusia itu sendiri. Pandai2lah dia kena imbanginya.

    Sebab itulah pentingnya manusia itu belajar dan membuka minda agar rasionalnya semakin jitu.

    Juang

    January 31, 2010 at 4:27 am

  44. itulah sebabnya yg nak berpoligami tu kena ada special karaktor contohnya raja , pemimpin dan tok2 guru yg boleh meneutralkan sifat cemburu para madu. kalau tak ada kelebihan ini jangan cuba buat hal .

    slipar

    January 31, 2010 at 4:42 am

  45. Salam,

    Tidak mustahil dalam masyarakat kita, apabila para lelakinya berjaya melawan penyakit tamak tidak boleh berkongsi kasih Tuhan, nanti para wanitanya akan berjaya melawan penyakit tamak tidak boleh berkongsi kasih suami.

    Tetapi bila yang lelakinya tamak merasakan mereka sahaja Islam dan dikasihi Allah dan kaum2 lain bukan dikasihi Allah, maka para wanitanya biarpun bertudung litup, tetapi hatinya tetap kotor merasakan mereka sahaja layak menguasai kasih seseorang suami.

    Itulah nasib masyarakat kita hari ini yang Allah tidak akan mengubahnya melainkan kitalah yang mengubah nasib kita sendiri.

    What you give you get back.

    Juang

    January 31, 2010 at 4:42 am

  46. Salam,

    Secara umumnya, lelaki yang mahu berpoligami kena lawan perasaan cemburu dalam dirinya sendiri. Kalau dia sendiri tidak mampu menangani cemburu dalam hatinya sendiri, macam mana dia nak menangani cemburu dalam hati para isterinya nanti?

    Bagaimana lelaki nak lawan cemburu? Mereka kena lawan rasa cintakan dunia dan kemegahan. Hidup ini bukan untuk bermegah2, melainkan membuat kebaikan dan kebaktian seikhlas mungkin tanpa mengharapkan namanya dijulang. Jadi insan yang tunduk merendah diri.

    Lelaki itu kena sanggup dicalar jiwa raganya demi meruntuhkan rasa egonya dan menerima segala takdir Allah dengan redha. Jika menerima kemenangan, lelaki itu kena bersyukur, dan jika terima kekalahan, lelaki itu jangan berputus asa.

    Semakin lelaki itu kuat tahap kesabarannya, semakin hilanglah rasa cemburu yang boleh membawa kepada amarah dan kebencian.

    Juang

    January 31, 2010 at 4:50 am

  47. “Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”

    Pepatah Melayu ini mengandungi pengajaran berguna untuk kita melihat balasan Allah terhadap perbuatan kita di dunia ini.

    Jika kuah yang sudah tercemar atau basi itu yang tumpah pada nasi yang baru siap ditanak sekali pun, pasti nasi itu akan dikira tercemar juga.

    Begitulah dengan sifat2 ibubapa dalam membentuk keperibadian anak-anak. Jika ibubapa itu dari kalangan manusia yang kotor hatinya yang tidak boleh berkongsi kasih Tuhan dan kasih suami, maka anak-anak yang asalnya suci itu pasti menjadi baka yang rosak juga. Mereka akan jadi manusia yang tidak boleh berkongsi muka bumi ini. Kononnya mereka sahajalah yang layak berkuasa di bumi ini sehingga mereka mewujudkan puak2 yang berbalah2 berebut kuasa. Mereka bercakaran sesama sendiri merosakkan keharmonian hidup ini.

    Itulah balasan jelas daripada Allah kepada kaum2 yang tidak boleh berkongsi kasih. Mereka adalah golongan yang bakhil terhadap perasan kasih-sayang. Sama perangainya macam anak2 Nabi Yaakob yang berebut kasih bapanya dan membuat kejahatan terhadap Nabi Yusuf.

    Hari ini kita belajar agama, jarang ditekankan pasal pengkongsian kasih-sayang ini. Akibatnya ramai manusia nampak macam beragama, tetapi hati mereka kasar dan kaku. Mereka mudah menjadi ganas, suka kafir-mengkafir dan berbuat kemusnahan pada muka bumi Allah.

    Rasa kasih sesama manusia sudah hilang. Yang mereka pentingkan rasa bermegah2 menganut sesuatu agama yang kononnya itulah golongan yang Allah kasihi. Macam mereka pula yang mengawal perasaan Allah.

    Di sinilah kita nampak nilai poligami yang Rasulullah praktikkan itu ke arah menyucikan jiwa manusia. Kalau manusia itu tidak lihat pengajaran Al Quran ke arah menyucikan jiwa, mereka takkan faham tindakan2 Rasulullah. Mereka hanya nampak dari segi perbuatan sahaja, tetapi dari segi hikmah, mereka tidak tahu.

    Kerana itulah ramai manusia membenci Rasul kerana mereka tak faham matlamat sebenar Rasul Allah itu ke arah penyucian jiwa manusia. Para Rasul itu umpama doktor untuk mengubati masyarakat yang telah rosak jiwanya sehingga tidak tahu nak berkongsi kasih dan sayang sesama manusia.

    Juang

    January 31, 2010 at 6:15 am

  48. Salam…
    Kalau nak ikut sunnah nabi…pastikan diri telah
    mengamalkan SIDIK,..AMANAH…TABLIGH..dan..FATONAH.

    Belaku jujur..tidak menyembunyikan niat nak kawin lagi.
    Apa salahnya bincang secara jujur dengan isteri sedia
    ada.

    Amanah pada isteri…bermakna segala tanggung jawab
    sebagai suami beres,…dan tidak berkurangan jika ada
    pertambahan tanggung jawab.

    Tabligh…telah sempurnakan segala kewajiban agama
    agar selamat dunia akhirat.Jangan pulak bila kawin
    lagi…iman bertambah lemah.Kalau dulu suami yg.
    memimpin,…ada isteri baru…jadi suami yg.dicucuk
    hidung.

    Bab bijaksana ne….pandai2 le nak pujuk dan menenangkan hati.Kalau benar jodoh dah Allah tetapkan…tak payah pujuk2,..silap2 isteri tolong
    carikan.

    Tok Syam

    January 31, 2010 at 10:09 am

  49. Salam Juang,

    Argumentasi anda meleret-leret dlm isu poligami nih, berbeza dgn argumentasi dlm lain2 persoalan… persoalan sy adalah mudah bersesuaian dgn realiti zaman sekarang bukan zaman Nabi… lihat kembali rentetan dialog kita…

    (1)
    Sy tulis
    — Kononnya nak berpoligami krn mahu menolong wanita2, ibu2 tunggal… tetapi masalahnya yg nak ditolong ialah ibu2 tunggul macam Rozita Che Wan, Abby Abadi etc… tetapi Mak Bedah yg beranak lima dan hilang tempat bergantung tidak pula hendak ditolong… —

    (2)
    Juang tulis
    — Namun kalau ibu tunggal itu berniat nak cari pasangan hidup, kenalah buat persiapan rohani dan jasmani. Kena tahu psikologi untuk menarik perhatian lelaki. Janganlah disebabkan sudah bertaraf mak Bedah atau mak Ngah, maka penampilan diri diabaikan. —

    (3)
    Sy jawap
    — Manalah ada lelaki yg nak support Mak Bedah belikan make-up dan pergi spa utk jaga kecantikan, lainlah kalu wanita2 macam Rozita Che Wan atau Abby Abadi, ramai lelaki yg sanggup berhabis duit… malah ada yg sanggup berhabis duit nak support pergi melancong dgn naik jet… itulah yg heran tuh… —

    (4)
    Juang tulis
    — Namun bagi lelaki2 mukmin lain, jika mereka hidup berbuat baik seperti Nabi, tak mustahil pula dia akan diminati wanita2 lain yang Allah khususkan untuk dirinya pula.

    — Kita kena sedar, orang yang berusaha pada jalan Allah itu sanggup berkorban masa, tenaga dan dunianya untuk Allah. Jadi, jika Allah nak kahwinkan mereka dengan seberapa banyak wanita yang Allah pilihkan sebagai sebagai ganjaran dari sisiNya, apakah patut kita merasa dengki atau iri hati?—

    (5)
    Sy tanya dan jawab
    — Jadi maksud Juang hanya orang2 yg berusaha pada jalan Allah dan sanggup berkorban masa dan tenaganya macam Nabi sahaja yg berhak poligami??

    Jika begitu maksudnya sy tak nampak kebanyakan lelaki zaman sekarang nih yg sanggup berusaha pada jalan Allah dan berkorban masa dan tenaganya seperti Nabi… nak mengurat awek2 jelita ada la… —

    Jawapan Juang pada January 30, 2010 at 8:02 adalah tersasar krn sy tak kate pun pasal larangan berkahwin dgn wanita jelita atau apa2…

    Sy maksudkan knp ramai lelaki yg nak berpoligami dgn alasan utk menolong janda2, tetapi janda2 yg ditolong ialah janda2 seperti Rozita Che Wan, Abby Abadi, Watie Elite etc, yg mana diantara mereka sebenarnya boleh hidup tanpa bantuan lelaki atau mampu menyara hidup sendiri dan anak2, tetapi sebaliknya janda2 seperti Mak Bedah yg beranak lima dan tidak punya pendapatan tetap dan hilang tempat bergantung, tidak ramai, malah tidak ada lelaki yg mengambilnya sebagai isteri utk ditolong… dimanakah tolongnya??

    Juang asyik mengaitkan hati suci, kerohanian dlm poligami nih, manakah sucinya kalu yg dipilih Rozita Che Wan bukan Mak Bedah… padahal Mak Bedah lebeh memerlukan bantuan berbanding Rozita Che Wan atau Abby Abadi…

    Pada item (4) Juang menulis dan pada item (5) jelas sy bertanya dan beri jawapan, maksudnya adakah lelaki zaman sekarang nih yg sanggup berusaha pada jalan Allah dan berkorban masa dan tenaganya betol2 sama seperti Nabi?? Samakah lelaki zaman sekarang nih dgn perangai Nabi?? Lantas dgn itu mereka beralasan utk berpoligami??

    Jebon

    January 31, 2010 at 11:51 am

  50. Salam,

    Saya tertarik dengan pendapat tuan Gunumaro;

    (1) Kalau alasan lelaki berkahwin lebih dari satu kerena mereka mampu – ini adalah satu penipuan besar terhadap Allah kerena alasan tersebut tidak ada dalam Quran.

    (2) Kalau alasan lelaki ingin berkahwin lebih dari satu kerena dia tidak mempunyai zuriat – ini juga adalah satu penipuan terhadap Allah – sebab alasan ini tidak terdapat dari mana-mana ayat dalam Al Quran.

    Benar seperti yag dikatakan Gunumaro, kita tidak akan menjumpai sebarang ayat di dalam Al_Quran yang menyebut – di atas sebab-sebab tertentu – kita dicadangkan berpoligami. Satu-satunya ayat yang digunakan sebagai dalil poligami oleh para ulama, ustaz dan ustazah adalah ayat 4:3.

    Namun selepas memeriksa sendiri ayat tersebut (merujuk artikel di atas) kita dapati ia adalah berkenaan ketetapan-ketetapan mengenai pengurusan harta pusaka dan tanggungjawab ke atas anak-anak yatim khususnya yang perempuan. Ia tidak ada kena mengena dengan kebenaran berpoligami. Maka satu-satunya “dalil poligami” ini bolehlah dianggap batal dan kita boleh belajar melupakannya.

    Oleh itu tumpuan harus diberi kepada perkara-perkara yang Tuhan tetapkan mengenai perkahwinan dan tidak lagi mencari-cari alasan untuk berpoligami, yang pada hakikatnya adalah amalan masyarakat pagan yang hidup menjunjung nafsu hasil dari budaya pendominasian kaum lelaki ke atas perempuan. Kita tidak akan mencapai apa-apa kejayaan melalui amalan yang tidak selaras dengan ketetapan-ketetapan Tuhan biar bagaimana cantik kita cuba menggambarkannya.

    Berikut adalah perkara yang perlu kita beri tumpuan dalam hubungan kita dengan isteri kita.

    4:19 Wahai kamu yang percaya! Kamu dilarang memiliki perempuan tanpa kerelaan mereka. Tidak sepatutnya juga kamu melayan mereka dengan kekerasan yang kamu mungkin mengambil sebahagian dari hadiah perkahwinan yang telah kamu berikan kecuali di mana mereka didapati bersalah melakukan kecurangan. Sebaliknya hiduplah dengan mereka atas dasar kasih sayang dan persamaan. Jika kamu tidak suka sesuatu mengenai mereka ia mungkin hanya kerana kamu tidak suka satu perkara, dan Tuhan membawakan melaluinya pelbagai kebaikan lain.

    Melalui ayat di atas, sebagai suami kita sebenarnya bertanggungjawab untuk memastikan isteri kita hidup dengan aman dan penuh kerelaan bersama kita. Kita dilarang (haram) mempunyai isteri yang tidak redha untuk bersama kita biar apa pun sebabnya. Apatah lagi jika isteri kita terpaksa bergantung kepada ikatan perkahwinannya akibat tekanan yang kita kenakan ke atas mereka atau kerana kebimbangan mereka terhadap perkara-perkara yang berkaitan.

    Kita tidak boleh jadikan isteri kita sebagai tebusan dalam kehidupan mereka di dunia ini. Tuhan sarankan kita supaya sentiasa melihat dari sudut yang positif. Sesuatu yang kita tidak suka pada isteri kita tidak boleh kita jadikan alasan untuk kita menzalimi mereka sedangkan mungkin di sebalik satu kekurangan itu terdapat banyak kebaikan yang sebenarnya kita kecapi darinya.

    Tetapi kalau kita benar-benar mempunyai alasan yang kukuh dan jelas, misalnya kita yakin bahawa ikatan perkahwinan itu membawa lebih banyak masalah dari kebaikan, tidak elok kepada dua-dua pihak, maka kita dibenarkan membatalkan perjanjian perkahwinan kita, melepaskan isteri kita dan berkahwin dengan orang lain.

    Ini disebut oleh Tuhan dalam ayat seterusnya. Itupun Tuhan ingatkan supaya kita tidak cuba merampas kembali apa-apa yang telah kita berikan kepadanya selama hidup bersama. Kita dilarang membuat fitnah atau membuka keburukannya. Pendek kata, Tuhan memberitahu kita kalau betul nak kahwin lain, lepaskan isteri kamu dan jangan ganggu hidupnya lagi.

    4:20 Tetapi jika kamu memutuskan untuk mengambil seorang isteri mengantikan yang lain, walaupun kamu telah memberi semua milik kamu sebagai hadiah perkahwinan kepada yang terdahulu, janganlah ambil kembali sedikit pun daripadanya. Adakah kamu mahu mengambilnya melalui fitnah dan membuka kesalahan?

    4:21 Dan bagaimana kamu sanggup mengambilnya sedangkan kamu telah hidup bersama satu sama lain, dan mereka telah menerima dari kamu sebuah akad perjanjian?

    tolokminda

    January 31, 2010 at 12:31 pm

  51. Salam,

    Nampaknya sudah jelas lagi bersuluh bahawa poligami sebenarnya tidak wujud. Kita sebenarnya yang mewujudkan poligami , bukannya Tuhan. Dan apa yang penting sekarang ialah buanglah fahaman kita terhadap isteri kita sebagaimana yang kita fahami terdahulu terutama dalam pembahagian harta misalnya. Jangan lah menganiaya isteri hanya kerna dia perempuan.

    Penulis

    February 1, 2010 at 12:29 am

  52. Salam

    Penulis kata – poligami sebenarnya tidak wujud

    Saya kata poligami itu wujud dan menjadi lumrah alam. Hampir semua bangsa mengamal poloigami. Barat kini menafikan poligami tapi menghalalkan ‘mistres(es)’.

    Saya meminta Majlis Fatwa mewajibkan kepada lelaki yg hendak berpoligami itu mengikut sunnah Rasullullah SAW. Baginda hanya mengahwini seorang anak dara yg merdeka ia itu Saidatina Aishah. Isteri-isteri baginda adalah janda.

    Dengan ini akan terbelalah Mak Bedah yg ramai anak-anak seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW.

    ALLAH KNOWS BEST.

    Nani Cheras

    February 1, 2010 at 2:09 am

  53. Salam,

    Lihat kepada realiti perangai lelaki zaman sekarang jgn samakan dengan perangai Nabi… kononnya nak membela janda2 tetapi bukannya janda2 yg benar2 miskin dan ramai anak seperti Mak Bedah yg nak ditolong tetapi janda2 seperti Rozita Che Wan, Abby Abadi, etc… hai fantasi-fantasi…

    ALLAH KNOWS WHO TRULY…

    Jebon

    February 1, 2010 at 2:37 am

  54. Juang menulis :
    “Dalam perumpamaan penghakiman tersebut, saudari berikan nama2 orang terlibat secara spesifik. Maka jelas penghukuman itu untuk orang tersebut. Tetapi Al Quran diturunkan secara umum untuk pedoman kita semua.”

    Mari Puteri bandingkan perumpamaan itu dengan ayat Quran 33:50 agar lebih jelas telitiannya.

    Perumpamaan Puteri : “Hai Juang”
    Ayat 30:50 : “Hai Nabi”

    Perumpamaan Puteri : “tunaikanlah bayaran RM250,00 kepada mak bedah dan RM1,000,000 kepada 5 anak2nya sebagai biaya kehidupannya.”
    Ayat 33:50 : “Kami telah menghalalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu telah memberikan upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu memiliki, daripada rampasan perang yang Allah memberikan kamu, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu dan emak-emak saudara sebelah bapa, bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu dan emak-emak saudara sebelah ibu, yang berhijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin jika dia menyerahkan dirinya kepada Nabi”

    Perumpamaan Puteri : “Selepas itu, kahwinilah Abby Abadi jika kamu mahu. Penghakiman ini adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi seluruh penduduk Malaysia umumnya”
    Ayat 33:50 : “jika Nabi menghendaki untuk mengahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain”

    (nota : Terjemahan 33:50 tu Puteri cut n paste dari yang Penulis paparkan di atas)

    Puteri

    February 1, 2010 at 3:54 am

  55. Salam Tok Syam,

    “Belaku jujur..tidak menyembunyikan niat nak kawin lagi. Apa salahnya bincang secara jujur dengan isteri sedia ada.”

    Saya setuju dengan kata2 Tok Syam tu. Saya pernah cuba inform secara berterus terang niat tersebut pada isteri saya. Memanglah mula2 tu dia rasa sedih sangat. Tetapi bila kita tahu pujuk, lama2 dia dah tak takut dgn bayang2 tersebut.

    Yang penting sebagai suami, kita kena berani berterus terang padanya. Kemudian jangan regangkan hubungan sedia ada, sebaliknya eratkan perhubungan agar kualiti cinta makin meningkat. Biar isteri itu sedar yang jika Allah takdirkan suaminya berkahwin lain, bukan bermaksud dia akan ditinggalkan.

    Seorang suami yang jujur dan adil, mana logik nak tinggalkan isteri2nya sebab padanya isteri2 itu umpama berlian dan permata.

    Cuba kita tanya orang perempuan, kalau mereka ada satu rantai berlian, mereka pun nak ada rantai2 lain. Dan bila mereka beli rantai berlian yang baru, apakah mereka akan buang rantai berlian yang lama. Tidak, mereka tetap sayang dan pakai juga yang lama itu.

    Macam itulah nilai isteri2 bagi seorang suami beriman. Setiap isteri itu umpama rantai berlian yang berharga. Sebanyak mana rezeki yang Allah kurniakan untuk memiliki isteri2, mereka tidak akan buang yang lama untuk ganti yang baru.

    Walaupun saya tidak berpoligami lagi, tetapi sejak berterus terang dengan isteri dan dia sudah boleh terima kemungkinan yang Allah Berkuasa menjodohkan suaminya dengan sesiapa yang Dia Kehendaki, perhubungan kami cinta kami makin erat sebab tiada apa yang perlu kami sembunyikan lagi. Rasa persefahaman itu makin kukuh. Kami sama2 belajar lawan cemburu buta.

    Juang

    February 1, 2010 at 4:41 am

  56. Salam Puteri,

    Pada sudut perspektif saya, perumpamaan Puteri bawa itu tidak kena dengan ayat 33:50.

    >>Perumpamaan Puteri : “tunaikanlah bayaran RM250,00 kepada mak bedah dan RM1,000,000 kepada 5 anak2nya sebagai biaya kehidupannya.”
    Ayat 33:50 : “Kami telah menghalalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu telah memberikan upah mereka,<<

    Perumpamaan Puteri itu menunjukkan lelaki itu belum tunaikan bayaran, sedangkan ayat 33:50 itu menghalalkan Nabi terhadap isteri2 yang telah diberikan mas kahwin. Kat situ aje perumpamaan tu dah bercanggah dgn ayat AQ tersebut.

    Ayat 33:50 memberitahu wanita2 yang dihalalkan kepada Nabi termasuk wanita yang sukarela kepada Nabi yang mana Nabi juga mahu mengahwininya. Bila wanita itu suka pada Nabi, itu yang dimaksudkan Allah khususkan kepada baginda. Kalau tidak, buat apa Allah dorongkan perasaan suka wanita itu kepada Nabi, bukan kepada lelaki2 lain? Dan ayat 33:50 tak sebut pun yang "perkahwinan lebih daripada seorang isteri" itu khusus untuk Nabi.

    Juang

    February 1, 2010 at 5:01 am

  57. Salam,

    Pada perspektif saya, poligami mempunyai manfaat dalam melatih seorang lelaki belajar menjadi pemimpin yang bijak dan adil. Untuk menjadi pemimpin masyarakat berbilang kaum dengan adil, kenalah belajar memahami hati rakyat2nya. Maka rumahtangga adalah institusi masyarakat yang paling asas untuk seorang lelaki belajar berlaku adil dengan memahami hati para isterinya.

    Dewasa ini, ramai manusia mengutuk pemimpin negara mereka. Kononnya pemimpin mereka tidak berlaku adil. Nak kutuk orang, semua orang boleh kutuk. Tetapi cuba tunjukkan kemampuan berlaku adil daripada sistem organisasi yang paling asas iaitu rumahtangga. Mampu tak mereka berlaku adil dengan para isterinya?

    Pada saya, poligami banyak menyedarkan saya betapa bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang adil dan dapat memuaskan hati ramai orang di bawah pimpinannya. Secara tak langsung menyedarkan saya menjauhi hidup berbalah2 berebut kuasa sebab sudah nampak bukan senang nak jadi pemimpin.

    Juang

    February 1, 2010 at 5:08 am

  58. Salam Jebon,

    Saya lihat saudara yang tidak jumpa jawapan2 yang dimaksudkan kerana saudara tak tengok keseluruhan maksud saya sampaikan.

    Jebon jawap
    — Manalah ada lelaki yg nak support Mak Bedah belikan make-up dan pergi spa utk jaga kecantikan, lainlah kalu wanita2 macam Rozita Che Wan atau Abby Abadi, ramai lelaki yg sanggup berhabis duit… malah ada yg sanggup berhabis duit nak support pergi melancong dgn naik jet… itulah yg heran tuh… —

    Saya jawap pulak:
    – Bagi lelaki beriman, cukup baginya isteri-isteri yang berseri2 wajahnya. Tak semestinya kena jelita macam artis. Bila lihat wajah berseri, hati jadi tenang. Orang beriman hanya kejar ketenangan dan kebahagiaan hidup.

    Pointnya di sini jika kembali kepada topik, takkanlah disebabkan ada beberapa kerat lelaki yang mencari wanita2 cantik atau bertaraf artis, maka poligami itu dilihat buruk?

    Dan apa tujuannya bawa cerita Mak Bedah dengan poligami? Sengaja nak jadikan hujah mengharamkan poligami ke? Itu yang saya hairankan sekarang.

    Dan apakah Al Quran menetapkan seseorang lelaki yang ingin berkahwin lagi, kena kahwin dengan yang janda2 bertaraf Mak Bedah sahaja? Ayat Al Quran mana menetapkan sedemikian? Allah tidak akan menetapkan sesuatu dengan hujah2 atau alasan2 yang longgar.

    Apakah ada lelaki bujang yang frust atau dengki bila ada Datuk2 yang kaya-raya berjaya memikat janda2 yang bergetah?

    Perkahwinan itu mana boleh dipaksa2. So terpulanglah si lelaki itu nak kahwin dengan siapa yang dia suka. Sebab yang keluar duit tanggung perempuan itu nanti adalah lelaki itu sendiri, bukannya daripada duit kita. Yang kita tak puas hati dengan orang2 yang nak kahwin ramai dan dengan wanita2 jenis mana yang dia nak kahwin tu buat apa?

    Takkan perkara2 camtu takleh nak fikirkan?

    Juang

    February 1, 2010 at 5:28 am

  59. Saudara Juang,
    perintah penghakiman itu adalah umpama sahaja… boleh juga kalau saya letakkan contoh penghakimannya pegi melancong setiap tahun atau sediakan 6 biji komputer. Content penghakiman boleh la apa2 pun yang Juang suka.

    Apa yang saya cuba tonjolkan ialah:
    1. Perhatikan perintahnya
    2. Adanya satu penghakiman
    3. Pengkhususannya

    Puteri

    February 1, 2010 at 5:36 am

  60. Salam Puteri,

    Jadi apa pemahaman Puteri pada ayat 33:50? Apakah kesimpulan Puteri berdasarkan ayat itu, hanya Nabi sahaja dibolehkan berkahwin ramai dan lelaki lain tak boleh?

    Itu saya yang saya nak tahu sebab saya mencari hujah2 yang kukuh dalam semua kehidupan saya. Mana2 yang bawa hujah kukuh, saya terima. Mana2 yang longgar dan masih boleh dicabar, saya tolak tepi.

    Juang

    February 1, 2010 at 6:05 am

  61. Salam,

    Pada pandangan saya, yang menyebabkan ramai wanita takut pada poligami sebab mereka tidak belajar memahami fitrah manusia.

    Kalau mereka tanya diri mereka, cukupkah mereka pakai satu pakaian sahaja dan tunggu rosak baru ganti yang lain, pasti mereka rasa tak cukup. Nak juga mereka penuhkan almari2 baju mereka sebanyak mana baju yang mereka mampu beli.

    Kalau mereka tanya diri mereka, cukupkah mereka pakai satu gelang/rantai sahaja dan tunggu hilang, baru ganti yang lain, pasti mereka rasa tak cukup. Nak juga mereka penuhkan tengkuk atau tangan-kaki mereka dengan perhiasan2 itu.

    Tetapi bila suami mereka nak tambah isteri kerana isteri solehah itu adalah sebaik2 perhiasan dunia, mereka marah. Walhal bukan semua lelaki yang bverkahwin ramai itu jahat. Malah ramai juga yang kahwin satu tetapi memukul-tampar isteri mereka.

    Juang

    February 1, 2010 at 6:13 am

  62. Saudara Juang yang saya hormati,

    Pemahaman Puteri yang cetek ilmu ini adalah seperti berikut sebagai perkongsian kita:

    Jika benar dalam ayat 33:50 menyatakan “isteri-isteri” yang menunjukkan poly(banyak), yang biasanya digunakan menguatkan hujah para pakar2 poligami akan kebolehan poligami, Puteri masih tak bersetuju bhw ianya dibolehkan utk selain Nabi. Ini kerana menurut kefahaman Puteri, kewujudan segment pengkhusuan itu utk nabi sahaja.

    Dan lagi, cerita2 hadis banyak juga memaparkan bahawa Nabi itu beristeri ramai. Puteri tak pasti sejauh mana kebenaran ini kerana tak mengalami sezaman dengan baginda, hanya membaca riwayat2 sahaja. Jika benar pun Nabi itu beristeri ramai, Puteri dapat terima logiknya atas pertimbangan Puteri pada karakter Nabi, yang sebagaimana saudara Juang nyatakan bhw baginda sangat baik paparan karakternya yang membuat ramai wanita2 terpesona, lantas sanggup diperisterikan (kita bersetuju bab ini).

    Bagaimana pun, memandangkan dalam ayat 33:50 itu ada kenyataan pengkhususan bagi Nabi dan bukan bagi org2 mukmin umumnya, maka Puteri tidak bersetuju jika konsep poligami tu dikatakan dibolehkan untuk orang2 mukmin umumnya kerana menurut kefahaman Puteri lagi, dalam ayat itu menjelaskan bahawasanya Allah lebih tahu kenapa(WHY) ianya tidak diumumkan utk org2 mukmin lainnya. Namun tidak pula dlm ayat itu dijelaskan jwpn kepada WHY itu.

    Menurut kefahaman Puteri, jika kita masih berintelektual dengan mengada-adakan jawapan kepada WHY tadi, tanyakan ini.. PATUH kah aku?

    Bagaimana pun saudara Juang, Puteri tabik pada saudara Juang yang berlapang dada dalam membincangkan ini dengan aman. Puteri yakin, berbeza fahaman tidak menggugat akidah kita masing2 pada Allah. Kita masing2 dalam perjalanan menuju destinasi yang sama iaitu Allah(kebenaran). Kita bukan pemilik kebenaran, masing2 hanya berandaian dengan berintelek sahaja untuk kepuasan intelektual. Mati, barulah kita tahu kebenaran mutlak.

    Salam hormat lagi buat saudaraku, Juang.

    Puteri

    February 1, 2010 at 7:04 am

  63. Teruskan bertukar-tukar pandangan dengan aman berkaitan topik. Puteri suka membacanya. Selagi keyakinan baru tidak hadir dlm diri Puteri menggantikan keyakinan sedia ada, itulah yang Puteri iman, dan tak mustahil ianya boleh berubah di masa akan datang. Luaran diri adalah sumber infomasi buat Puteri, akan Puteri cernakan ia kedalam makmal diri khusus utk keyakinan Puteri.

    Puteri

    February 1, 2010 at 7:15 am

  64. Salam,

    Nampaknya di sini kita mempunyai dua kumpulan yang berbeza pendapat. Satu group mengatakan tidak ada poligami dan satu group lagi ada poligami. Pada saya kalau kita ragu-ragu dalam hal ini lebih baik kita jangan berpoligami.

    Biasanya manusia hari ini nak kahwin lain disebabkan adanya kelemahan isteri pertama pada pandangan si suami, sebab itu suami nak kahwin satu lagi. Kepada sisuami ini saya nasihatkan ceraikan isteri pertama kemudian kahwinlah dengan mana-mana perempuan yang diingini. Jangan lakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati orang lain.

    tok janggut

    February 1, 2010 at 8:27 am

  65. Salam Juang,

    Juang tulis:
    – Bagi lelaki beriman, cukup baginya isteri-isteri yang berseri2 wajahnya. Tak semestinya kena jelita macam artis. Bila lihat wajah berseri, hati jadi tenang. Orang beriman hanya kejar ketenangan dan kebahagiaan hidup.

    Kenyataan Juang ini tidak konsisten dgn kenyataan sebelum itu… agaknya kenapa yer sy menimbulkan soal make-up dan rawatan kecantikan tuh yer?? Itu krn sdr Juang membangkitkan soal penampilan diri…

    Juang tulis
    — Janganlah disebabkan sudah bertaraf mak Bedah atau mak Ngah, maka penampilan diri diabaikan —

    Mana satu yg betol cukup isteri2 dg wajah yg ber-seri2 atau mahukan penampilan diri mereka??

    Jadi ada sebab sy kata begitu…

    Juang tulis
    —Apakah ada lelaki bujang yang frust atau dengki bila ada Datuk2 yang kaya-raya berjaya memikat janda2 yang bergetah?—

    Juang tulis
    — Perkahwinan itu mana boleh dipaksa2. So terpulanglah si lelaki itu nak kahwin dengan siapa yang dia suka. Sebab yang keluar duit tanggung perempuan itu nanti adalah lelaki itu sendiri, bukannya daripada duit kita. Yang kita tak puas hati dengan orang2 yang nak kahwin ramai dan dengan wanita2 jenis mana yang dia nak kahwin tu buat apa?—

    Ini bukan persoalan jeles atau tidak, paksa atau tidak, kalu nak cari janda2 bergetah silakan, tetapi kata2 anda tuh menunjukkan lagi yg kebanyakan orang2 Islam mengamalkan poligami bukanlah nak menolong janda2 yg kesusahan atau ibu2 anak yatim seperti yg digembar-gemborkan, sebaliknya nak mencari janda2 yg bergetah… dan bukan juga utk tujuan kepimpinan seperti yg anda kata…

    P/S: Anak Mak Bedah tuh ramai dan perlukan pemimpin… he-he-he…

    Jebon

    February 1, 2010 at 10:00 am

  66. Salam….
    Ada kebaikan dan ada mendatangkan masaalah.
    Baik atau tak baiknya bukan dari terbitnya perkara,
    tapi keadaan semasa menentukan perkara.

    Pada mula dipandang tak baik poligami itu,..akhirnya
    Allah telah menjadikan ia suatu yg.baik.

    Demikianlah sebaliknya.Setiap suatu gerak yg.berjalan
    mengikut takdir,..tidaklah dapat dilihat pada awalnya.
    Jika kita menjalani dasar hidup dengan yakin berserah
    dengan ketetapan Allah,….apapun akan berakhir dengan
    baik sekiranya telah ditetapkan akhirnya baik.

    Oleh kerana sikap manusia terburu buru dan suka
    mendahului perancangan Allah,…maka uruslah sendiri
    apa yg.difikirkan baik pada pandangan.

    Tok Syam

    February 1, 2010 at 10:55 am

  67. Saya hairan mengapa topic poligamy ini menarik minat ramai orang sedangkan sebagai seorang yang percaya kepada Allah mereka sepatutnya mencari panduan apa yang dipertanggung-jawabkan keatas mereke dalam hal-hal perkahwinan supaya mereka dapat menikmati “tujuan” perkahwinan itu sendiri:

    “Diantara tanda-tandaNya ialah Dia telah mencipta untuk kamu dari diri kamu sendiri pasangan untuk berharmoni dengannya – dan untuk membina/mencipta sesama kamu perasaan cintai mencintai. Sesungguhnya pada yang demikian adalah tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir.” (30:21)

    Sesiapa saja yang boleh menikmati apa yang disebut dalam ayat di atas dalam perkahwinan mereka – saya rasa soal poligamy tidak timbul.

    Malangnya ramai yang suka mempergunakan nama Allah dan Nabi untuk tindakan mereka berpoligami dan mereka bermatian-matian mengatakan mereka boleh berlaku adil terhadap isteri-isteri mereka – sedangkan Allah sudah menetapkan “Kamu sekali-kali “TIDAK” akan bersikap adil walaupun kamu benar-benar inginkannya” (4:129).

    Sesiapa saja yang mempunyai isteri lebih dari satu dan mengaku diirinya adil terhadap isteri-isterinya – sesungguhnya orang itu adalah “pembohong” yang besar – kecuali kita percaya Allah “Berbohong”.

    Tolokminda telah memetik ayat-ayat dari sura 4:19 dan berikutnya untuk menarik perhatian kita tentang perkahwinan. Sekiranya kita terus baca ayat-ayat dalam surah ini sehingga ayat 26 dan 27 dalam surah yang sama kita dapati:

    “Allah ingin menjelaskan kepada kamu dan memberi petunjuk kepada kamu dan arah tuju orang-orang dari sebelum kamu. Dia ingin menerima taubat kamu dan Allah amat menggetahui dan Bijaksana. Dan Allah sanggup menerima taubat kamu sedangkan orang-orang yang mengikuti “HAWA NAFSU” (Shahwat) mereka – mereka ingin melihat kamu menyeleweng sejauh-jauhnya.” (4:26-27)

    Hakikatnya, hanya orang yang mengikuti “Hawa Nafsu” shahwat mereka sahaja yang berani membuat pengakuan bahawa mereka boleh bersikap adil kepada isteri-isteri mereka bilamana mereka berpoligami – dan ramai wanita yang tidak berdosa telah masuk dalam perangkap tipu daya mereka.

    Gunumaro

    February 2, 2010 at 2:48 am

  68. Andaian-andaian TM adalah idea dia semata-mata, yg mengupas ayat Quran menurut ‘hak’ dia sebagai seorang pengikut Quran.

    Selain Quran, TM tidak mahu berbalik kpd sunnah Rasul saw dan para ulama.

    Mungkin kerana TM rasakan dirinya lebih ‘alim dari semua.

    Dokter Lap

    February 7, 2010 at 2:36 am

  69. Dokter Lap Menulis beginila caranya,

    Andaian-andaian TM adalah idea dia semata-mata, yg mengupas ayat Quran menurut ‘hak’ dia sebagai seorang pengikut Quran.

    Selain Quran, TM tidak mahu berbalik kpd sunnah Rasul saw dan para ulama.

    Mungkin kerana TM rasakan dirinya lebih ‘alim dari semua.

    Salam dan Selamat Sejahtera Dokter Jap,

    Itu yang saya pelajari dari ‘Blog’ ini, kerna banyak yang ditulis oleh sahabat kita tolokminda ini semuanya sebijik-sebijik dia mengambil peterjemahan dalam Al-Quran.

    Janganlah terkejut Dokter Lap, kerana kumpulan begini saya telah pun jumpai dimerata tempat dan pernah saya duduk semeja dan mengutara benda yang sama seperti didalam blog ini.

    Dan apabila saya mengemukan beberapa soalan mereka tidak menjawab dengan tepat malah memesong dengan ayat-ayat mereka yang lain.

    Jika mereka ini benar? Saya sudah lama ‘Follow’ tapi? Tidak berapa hendak di’Follow’. Makna tidaknya, mengadap kiblat ketika solat itu adalah menyekutukan Allah S.W.T??? Subhanallah….

    Jadinya? Tepuk dada tanye selera.

    Terima kasih.

    hairudy

    February 18, 2010 at 6:56 am

  70. Salam hairudy,

    Kalau TM sudah mengemukakan hujah-hujahnya bahawa menghadap objek binaan manusia itu menyekutukan Allah, anda pula seharusnya mematahkannya dengan memberikan hujah-hujah kukuh berdasarkan ayat al-quran bukan dengan kenyataan seperti ini “Makna tidaknya, mengadap kiblat ketika solat itu adalah menyekutukan Allah S.W.T??? Subhanallah….

    Jadinya? Tepuk dada tanye selera.”

    bayau

    February 18, 2010 at 3:10 pm

  71. Salam Bayau,

    Seperti itulah kaum2 terdahulu membantah kebenaran yang Nabi mereka sampaikan dengan mengatakan “inilah sihir yang nyata”. Kalau mereka benar, kenapa tak bawa hujah yang kukuh?

    Kalau seorang Nabi pun dibantah sebegitu rupa, apatah lagi kita yang bukan Nabi kan?
    🙂

    Juang

    February 19, 2010 at 12:18 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: