Al-Quran lengkap – tidak memerlukan kitab lain sebagai penjelas
Sewaktu memandu untuk menunaikan komitmen-komitmen saya pagi ini, fikiran saya masih berlegar kepada artikel mengenai puasa yang telah saya tulis malam tadi. Sebenarnya setiap artikel yang saya tulis sentiasa mengujakan saya, kerana setiap kali menulisnya saya akan membuat terjemahan semula ayat-ayat Al-Quran yang berkenaan dan hasilnya saya akan dapat memahami dengan lebih jelas apa yang sebelumnya saya kurang jelas atau kadangkala tidak faham langsung.
Jadi seperti yang saya katakan di dalam kata aluan saya untuk blog ini, usaha saya di sini sememangnya tidak lebih dari belajar untuk diri saya sendiri tetapi dalam masa yang sama berkesempatan berkongsi apa yang saya pelajari itu dengan para pengunjung budiman seperti anda. Apabila saya menulis sesuatu ia bukanlah bermakna saya sudah tahu apa yang saya ketengahkan itu sejak sekian lama. Bahkan ia mungkin baru saja saya sedari.
Saya juga terdidik dalam formasi agama Islam seperti mana majoriti orang Islam di Malaysia. Kepercayaan awal saya kepada Islam turut diwarnai dengan pelbagai kepercayaan ritual. Bezanya saya mungkin agak kritikal dalam banyak perkara dan sentiasa cuba memuaskan kehendak minda saya selaras dengan nilai, logik dan kebenaran saya sendiri. Begitupun ia tetap mengambil masa bertahun-tahun untuk saya sampai ke tahap sekarang di mana Islam tidak lagi saya anggap sebagai agama, tetapi saya terima ia sebagai satu cara hidup.
Berbalik kepada artikel mengenai puasa yang saya tulis malam tadi, saya teringat-ingat awal ayat 2:185 yang berbunyi; “Bahang manifestasi (shahru ramadan) yang mana ia datang bersama Al-Quran, Petunjuk kepada manusia, bukti-bukti mengenainya, dan Pembeza.”
Melalui ayat ini Tuhan memberitahu kita bahawa Al-Quran itu mempunyai tiga peranan iaitu;
- Petunjuk kepada manusia
- Bukti-bukti atau dengan perkataan lain, penjelasan kepada setiap petunjuk yang dikemukakan, dan
- Sebagai Pembeza (The Criterion) untuk membantu kita membuat penilaian samada sesuatu yang dibawa kepada kita mengenai agama dan lain-lain perkara itu sesuatu yang sahih atau palsu.
Bagaimanakah kita dapat mempraktikkan ketiga-tiga peranan Al-Quran dalam usaha kita memahami Islam melaluinya? Mudah saja dan hakikat ini mengujakan saya. Kita lihat satu contoh berdasarkan artikel yang saya tulis malam tadi.
Apakah petunjuk yang Tuhan berikan kepada kita? Ia adalah tentang puasa. Tuhan menyuruh kita berpuasa. Suruhan ini terkandung di dalam ayat 2:183.
2:183 Wahai kamu yang percaya! Puasa ditetapkan ke atas kamu, sebagaimana ia telah ditetapkan kepada mereka sebelum kamu, supaya kamu terpelihara.
Dalam beberapa ayat berikutnya Tuhan memberitahu kita beberapa perkara asas mengenai puasa, misalnya bila ia perlu dilaksanakan, pelepasan dan penebusan berkaitannya serta apa yang boleh atau yang tidak boleh kita lakukan sepanjang tempoh berpuasa. Bagaimanapun apakah ianya perbuatan puasa itu agak kurang jelas. Dan oleh yang demikian, kita perlukan penjelasan.
Adakah Tuhan tidak jelaskan apakah ianya perbuatan puasa? Tuhan jelaskan. Tetapi melalui ayat-ayat yang lain. Di sinilah kedudukan peranan kedua Al-Quran. Iaitu Pembawa Bukti atau Penjelas yang menjelaskan sesuatu petunjuk yang kurang jelas. Dalam konteks ayat 2:183 – 187, penjelasan atau buktinya dibawa melalui ayat-ayat 19:22-30.
Jadi bagaimanakah sebenarnya puasa yang telah ditetapkan oleh Tuhan kepada orang beriman terdahulu dari kita sepertimana kita disuruh ikut selepas kita memeriksa sendiri penjelasanNya dalam 19:26? Beginilah caranya;
19:26 Jadi makan dan minum dan segarkan diri. Kemudian jika kamu bertemu dengan seseorang, katakan; Sesungguhnya aku sedang berpuasa untuk Tuhan yang Pemurah, jadi aku tidak akan bercakap dengan sesiapa pada hari ini.
Jadi sekarang perbuatan puasa yang Tuhan kita suruh telah menjadi jelas sebagaimana jelasnya benang yang berwarna putih dari benang yang berwarna hitam di kala subuh. Kita tidak lagi ragu-ragu mengenai apa itu puasa yang sebenar. Kelabu sudah hilang dan kita boleh menentukan dengan yakin yang mana satu putih (benar) dan yang mana satu hitam (palsu).
Di sinilah duduknya peranan Al-Quran sebagai Pembeza. Apabila orang memberitahu kita, tidak kiralah samada dia ayah kita, ustaz atau ulama muktabar, bahawa puasa itu suatu ritual menahan diri dari makan dan minum, kita akan dapat membezakan atau menilai samada apa yang dikatakan itu benar atau palsu.
Dia boleh membawa kepada kita lapan ratus kitab tulisan ulama selama 40 generasi untuk membuktikan dakwaan mereka. Tetapi hakikatnya apabila kita sudah mampu melihat yang putih itu putih dan hitam itu hitam dari kacamata Al-Quran, 800 ulama yang petah berhujah dilengkapi satu perpustakaan kitab tulisan mereka pun tidak akan lagi dapat menggusarkan kepercayaan kita.
Sebagai penutup, saya yakin artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu kita memahami bagaimana Al-Quran distruktur oleh Tuhan supaya ia menepati peranannya sebagai Petunjuk, Penjelas dan Pembeza. Saya secara peribadi menganggap kefahaman ini sesuatu yang baru kepada saya. Dan saya percaya kefahaman ini akan dapat membantu saya belajar dari Al-Quran dengan lebih baik dan saya harap para pembaca budiman juga turut dapat memanfaatkannya.
Al Quran itu adalah cahaya yang mampu membezakan 2 antara sifat atau nilai.
Cahaya sudah pasti jelas dan nyata. Yang menyebabkan kita tidak nampak cahaya, jika kita menutup mata.
Begitulah Al Quran, jika kita menutup minda, macam mana nak fahami Al Quran?
Kebanyakan yang kata susah nak fahami Al Quran dan perlukan perjelasan kitab2 lain hanyalah kerana mereka tidak mahu membuka minda sahaja.
Mereka hanya belajar agama ikut puak2 sealiran mereka sahaja. Mereka tidak boleh menerima sesuatu yang berbeza dengan ajaran guru2 mereka. Perangai mereka sebijik macam orang2 Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah dahulu.
Membuka minda bermaksud kita mendengar semua maklumat dan ikuti yang paling baik. Di zaman IT ini, senang2 kita nak capai maklumat dan buat perbandingan untuk ikuti yang paling baik.
Itulah antara nikmat2 Allah kurniakan agar mudah menjadikan Islam sebagai cara hidup (bukannya alat nak berbangga diri dan berpuak2).
Juang
January 5, 2010 at 1:55 pm
Salam Juang,
Kelahiran kita ke dunia ini merupakan takdir mutlak, di mana kita tidak diberi pilihan oleh Tuhan samada mahu lahir di kalangan orang Islam ke, atau Kristian ke, atau Yahudi, atau Hindu dan sebagainya. Kita lahir dan tau-tau itulah ibubapa kita, itulah masyarakat kita, itulah budaya kita itulah agama kita.
Kita menyerap keseluruhan aspek yang merangkumi dimensi kelahiran kita itu tanpa banyak soal. Kata orang, kita ambil semuanya lock, stock & barrel. Kita didoktrin supaya menjadi anak atau anggota masyarakat yang taat dan patuh kepada semua elemen kepuakan yang telah terbentang di depan kita.
Kita didedahkan kepada ajaran agama turun temurun ibubapa kita dan pada dasarnya kita tak pernah terfikir untuk bertanya, benarkah ajaran-ajaran berkenaan atau saya harus memeriksanya sendiri “just in case”?
Sikap menurut tanpa sedikit pun teringin untuk memeriksa sendiri inilah yang menyebabkan masyarakat beragama menjadi golongan yang diibaratkan Tuhan seperti golongan masyarakat kaldai yang membawa kitab.
tolokminda
January 5, 2010 at 3:49 pm
Salam……
Sebelum saya mengulas ayat suruhan berpuasa,ingin saya
ketahui apakah kesimpulan amal puasa itu yg.sdr faham.
Adakah ia sebagai perumpamaan untuk menerangkan hal lain…atau puasa itu adalah menahan diri dari makan
dan minum.
Firman Allah bermaksud: Tidaklah puasa itu melainkan
kamu lapar dan dahaga.(Di siang hari bermula dari tanda
terbit fajar hingga tenggelam matahari)
Tok Syam
January 8, 2010 at 10:32 am
Salam..
Yang kedua mengenai tajuk sdr….iaitu Alquran tidak
memerlukan lain kitab untuk memahaminya.Apakah ada
selain kitab yg.dimaksudkan anda telah digunakan
manusia untuk memahami.Atau maksud anda Al Hadith tidak
perlu dan tidak mampu menjelaskan Alquran.
Mari kita tetapkan pendirian ini terlebih dulu.Dengan
lain maksud….semua manusia mampu memahami alquran
walaupun ayat2 tersirat,…iaitu ayat yg.samar2.
Tok Syam
January 8, 2010 at 10:39 am
Salam Tok Syam,
1. Artikel saya di atas sudah menjawab soalan tuan mengenai puasa yang saya percaya.
2. Bolehkah tuan tolong berikan Surah dan nombor ayat Firman Allah yang tuan kemukakan tu?
3. Ya. Kita mampu memahami Al-Quran tanpa sebarang kitab lain. Tuhan yang mencipta kita dan Dia yang memberi Al-Quran. Tentulah Tuhan beri sesuatu yang berada dalam kemampuan kita.
tolokminda
January 8, 2010 at 1:47 pm
Salam….
Berkenaan ibadah puasa…Allah telah perintahkan
sejak nabi Ibrahim as.diangkat menjadi nabi.Waktunya
telah sedia maklum.Terdapat puasa untuk diri dan puasa
khas(Difardhukan)dan puasa sunat serta puasa fidyah
(Denda)
Dalam hadith kudsi,..ALlah menyatakan puasa adalah ibadah khas hanya untuk Allah selain itu,..ibadah adalah
untuk amalan kebaikan diri sendiri.
Berkenaan memahami Alquran,..Allah menyatakan bahawa
terdapat penerangan yg.telah nyata dan jelas serta
ditetapkan hukumnya.Selain itu terdapat ayat2
pengajaran ibadah pokok yg.mana nabi telah dilantik
sebagai pengajar beribadah yg.sempurna.
Al Hajj[78]
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
Tok Syam
January 8, 2010 at 5:26 pm
Keterangan Allah suruh merujuk ilmu selain dikalangan
rasul yg.secara khas dilantik.
Al Anbiyaa`[7]
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri” jika kamu tidak mengetahui.
Tok Syam
January 8, 2010 at 5:28 pm
Salam
Pada pandangan saya, Allah tidak memerlukan kita, melainkan kita yang perlukan Dia. Sebab Allah itu bukannya lemah yang perlukan kita buat sesuatu amalan untukNya. Oleh itu, segala amalan yang ingin kita lakukan, pastikan kita tahu apa kebaikannya untuk diri kita sendiri.
Menahan lapar dan dahaga serta menahan bercakap, ada kebaikannya yang tersendiri. Kalau kita hidup hanya untuk makan-minum sahaja, nanti badan jadi berat dan otak lembab nak berfikir. Malah kesihatan pun terganggu. Begitu juga menahan bercakap baik untuk kita fokus berfikir. Jadi amalan menahan lapar, dahaga dan bercakap itu baik untuk minda kita.
Jika kita jadikan Al Quran sebagai cara hidup, kita akan nampak macam mana nak memahami Al Quran mengikut cara hidup kita. Tetapi jika ada yang tidak tahu perkaitan Al Quran sebagai cara hidup, maka agak sukar mereka nak fahami Al Quran kerana mereka tidak mampu berhujah guna bukti2 daripada diri mereka sendiri. Maka mereka terpaksa bergantung kepada riwayat2 hadis.
Bukanlah nak dikatakan guna riwayat hadis tidak boleh, tetapi mengatakan tanpa guna riwayat hadis tidak boleh memahami Al Quran itu menunjukkan sesuatu yang tidak kena pada hati manusia itu. Seolah-olah bagi mereka, riwayat hadis itu pula yang berkuasa menjelaskan Al Quran, bukannya Allah.
Al Quran ada menyebut, di akhirat kelak, tubuh badan kita itulah yang menjadi saksi bagi diri kita. Oleh itu, nak fahami Al Quran, carilah bukti2 yang ada pada diri kita sebagai fitrah seorang manusia. Kelak nak jawap soalan Allah pun mudah sebab kita buat sesuatu amalan itu bukan atas dasar menurut cakap orang, tetapi mengikut bukti2 yang kita nampak pada diri kita sendiri.
Cuba fahami Al Quran, dan cari bukti2 dalam diri kita sendiri. Akan teranglah Al Quran itu di dalam jiwa kita.
Juang
January 9, 2010 at 4:07 am
Amalan puasa zahir adalah menahan diri dari makan & minum.Hasilnya kesihatan.
Sudut batinnya mengenal diri2 yg.berpuasa.Apabila puasa
akan jelas hal diri2 batin.Siapa akal,siapa hati dan
siapa nafsu.
Hakikat puasa adalah suatu amal khusus antara ALlah dan
jiwa manusia.Hasilnya adalah ikhlas.Amala2 lain dapat
disedari oleh orang lain melainkan amalan puasa.
Kerana puasa seseorang tidak diketahui oleh orang lain melainkan diri sendiri.Apakah kita boleh lihat
amalan puasa diantara orang yg.kelihatan tak makan
dan minum.
Apakah kita kenal setiap orang puasa nampak letih dan
apabila keadaannya cergas kita bersangka ia tidak
puasa.
Jika sekadar menjaga kesihatan sahaja,..banyak amal
lain boleh dilakukan dan manusia tak memileh puasa
sebagai menjaga kesihatan melainkan ia berpuasa
kerana ikhlas.
Itulah amalan yg.mudah jika dibandingkan HAJI dan
SEMBAHYANG.Puasa membersih diri batin dan selepas tu
Allah perintah berzakat untuk membersihkan HARTA.
Tok Syam
January 9, 2010 at 5:27 am
Salam,
Ya, setiap amalan yang baik sudah pasti beri kebaikan pada komponen jasmani dan rohaninya. Jasmani hanya berguna semasa kita di dunia ini, tetapi rohani itulah yang menentukan siapa diri kita sebenarnya.
Jika kita berpuasa sekadar untuk menguruskan badan untuk jaga kesihatan, tetapi dalam hati ada penyakit bangga diri, tidak guna juga. Begitu juga jika kita berpuasa untuk merasa bangga diri itu sudah Islam, dan bermusuhan dengan orang yang tidak berpuasa seperti kita, hakikatnya hati itu tidak suci lagi.
Jadi, baik kita berpuasa dengan menahan lapar, dahaga atau bercakap, pastikanlah hasil amalan kita itu benar2 menjadikan kita seorang yang suci hatinya jauh daripada penyakit berbangga diri dan bermegah2an.
Yang mengikuti sesuatu yang paling baik itulah menunjukkan seseorang manusia itu suci hatinya daripada penyakit berbangga diri.
Juang
January 9, 2010 at 5:41 am
Allah ZAT tidak memerlukan sifat,nama dan perbuatannya
untuk ia dikatakan MAHA BESAR dan MAHA KUASA.Itu telah
jelas dalam pelajaran mengenal.
Namun kejadian alam dunia adalah memerlukan bentuk2
bersifat,bernama dan hidup berperbuatan untuk manusia
belajar kenal.
Dalam Alquran banyak ayat2 tentang Allah mengajar suatu
ilmu yg.lebih mendalam kepada orang tertentu dan
tujuannya adalah sebagai nabi dan rasul yg.menjalan
misi.
Malaikat apabila ditanya tentang nama2 sesuatu,..mereka tidak tau.Lalu Allah perintah ADAM
terangkan apa yg.diajarkan ALLAH.
Demikian juga kisah MUSA yg.merasa dirinya seorang
nabi dan dapat wahyu dari Allah.Lalu ALlah perintahkan belajar lagi dengan seorang hambanya
yg.ALLAH telah kurnia HIKMAH ILMU yg.tinggi.
Akhirnya Musa pulang dan gagal menuntut ilmu dari
guru tersebut.
Tok Syam
January 9, 2010 at 5:46 am
Setengah umat manusia memahami KITAB TUHAN dengan
melihat KALAM bersurat.Yang diertikan sebagai 4 kitab
tuhan yg.dah tak perlu bantuan kitab dan penerangan lain.
Tapi…Allah mengalihkan pokok ilmu Alquran itu kepada
ciptaan ALAM nya yg.menceritakan.Mereka yg.diberi ilmu
memahami dengan sebab ikhlasnya mencari kebenaran maka
hasilnya adalah tambahan ilmu.
Selain itu Allah juga menyatakan,…IA memberi petunjuk ilmu yg.belum diketahui.Maka itulah
tambahan2 ilmu untuk memahami Alquran.
Sebelum datangnya nabi….manusia dikatakan oleh ALlah dalam kejahilan mengenai hidupnya.
Jahil manusia adalah seakan akan dunia haiwan kelas
pertama.Atau umpama spesis monyet yg.pandai.
Tok Syam
January 10, 2010 at 7:40 am
Salam,
Saya tidak nampak Nabi Musa gagal dalam menuntut ilmu dengan seorang hamba Allah itu. Kisah itu sebenarnya mengandungi ilmu yang tersirat yang kita akan nampak bila kita belajar melawan penyakit bangga diri.
Sebelum Allah perintahkan Nabi Musa bertemu dengan hamba Allah itu, Nabi Musa merasakan diri paling berilmu setelah belajar dengan Allah. Selepas mengikut hamba Allah itu, barulah Nabi Musa sedar yang baginda masih banyak tak tahu, dan ada orang lain lebih tahu daripadanya serta ilmu Allah itu luas.
Kisah tersebut ada perkaitan dengan ayat 39:18 yang suruh kita ikuti yang paling baik.
Sejak itulah saya sedar hidup ini bukan setakat berpuas hati atas ajaran tradisi. Kita kena selalu upgradekan ilmu dan belajar dengan pelbagai golongan.
Biarpun orang itu pada zahirnya tidak nampak macam ustaz, apa yang saya cari adalah kebenaran dan kekukuhan kata-katanya.
Ilmu Allah itu luas dan bukan terhad pada sesuatu golongan sahaja.
Juang
January 10, 2010 at 8:24 am
Jika kita berfikir pada asal kejadian manusia, hakikatnya manusia itu tidak jahil. Asal2 manusia itu seorang yang berpengetahuan tinggi kerana adanya semangat ingin tahu yg tinggi. Sebab itulah para malaikat sujud kepada Adam.
Yang menyebabkan manusia itu jadi jahil apabila sudah malas belajar dan tidak memikirkan kejadian2 alam ini. Mereka anggap alam ini statik dan tidak berkembang. Maka mereka pun beragama secara statik dengan menutup pintu ijtihad. Sedangkan alam ini berkembang menunjukkan ilmu Allah itu luas tanpa sempadan.
Jadi, bila Allah dan Rasul suruh kita mengikuti yang paling baik, itu menunjukkan kita kena belajar mengkaji ilmu2 Allah yang tidak pernah diturunkan kepada mana2 manusia. Kalau manusia itu hanya belajar amalan tradisinya, macam mana nak berubah kepada yang paling baik?
Macam org yang hanya membajak guna kerbau, mereka tidak terbuka nak guna mesin. Sebab pada mereka, membajak itu hanya guna kerbau sahaja.
Orang yang takut berubah itu adalah orang yang jahil. Kita adalah explorer yang berani mengkaji apa jua yang tidak pernah terfikir sebelum ini. Sedangkan para malaikat hanya tahu apa yang Allah telah beritahu. Itu bezanya insan dengan malaikat.
Jadi, untuk kembali kepada sifat2 asal insan, kita kena jadi orang yang suka mengkaji di luar kotak tradisi kita.
Saya suka orang2 yang mampu membawa hujah2 yang tidak terfikir sebelum ini. Memang mencabar minda.
Juang
January 10, 2010 at 8:34 am
Salam Juang,…
Baiklah…manusia awalnya tidak jahil.
Berikan alasan anda dan sokongan sudut ilmu yg.menyatakan tidak jahil itu.
Bagi saya manusia dimaksudkan JAHIL bukanlah erti
BODOH.Tapi adalah tiada ilmu pengetahuan…sebagaimana
kenyataan Allah tentang awal kelahiran manusia itu
tidak mengetahui apa2.Kemudian diberi pandangan dan
pendengaran.
Selepas beberapa waktu mempelajari ilmu melalui
derianya,…lalu akalnya hidup.
Tok Syam
January 10, 2010 at 3:25 pm
Salam Tok Syam,
Saya berpendapat kita tidak perlu terlampau teknikal sangat dalam hal seperti ini. Apa yang penting kita tau bahawa tanggungjawab kita kepada Tuhan hanya bermula selepas kita boleh berfikir dengan akal kita sendiri mengenainya.
tolokminda
January 10, 2010 at 3:30 pm
Salam Tok Syam,
OK. Jika yang dimaksudkan tiada ilmu pengetahuan, saya terima kerana kita semua terima ilmu peringkat berperingkat dari semudah2 ilmu sampai ke peringkat tertinggi yg sanggup kita kaji. Selagi kita ada minat nak belajar dan mengkaji, selagi itu Allah akan bagi ilmu.
Pada saya, orang yang bodoh (jahil) adalah orang yang sengaja malas belajar (tak mahu guna akal).
Juang
January 10, 2010 at 3:38 pm
salam….
Sebagaimana kata sdr.Tolokminda,
Memahami Alquran perlu tumpuan dan pemahaman.
Istilah alquran adalah di terjemahkan oleh manusia
dan apabila kita memahami perlulah menghormati
apa yg.Allah sebenarnya maksudkan.
Sebagai contoh JAHIL.
Apakah Allah jadikan permulaan manusia bersifat BODOH.
Bodoh adalah sifat tidak tau dan tidak mampu memikirkan setelah diajar berkali-kali.
Sebab itu dalam Alquran perkata BODOH juga digunakan
mengikut ayat.Dan perkataan JAHIL juga digunakan
dalam keterangan berbeda.
Oleh itu,..saya perlu memastikan maksud ungkapan
sebelum membahas,..agar penjelasan tepat pada tujuan
pertanyaan dan tidak samar2.
Tok Syam
January 10, 2010 at 6:43 pm
salam….
Alquran dikatakan telah lengkap dan tak perlu rujukan
lain.
Bagaimana anda begitu pasti dan yakin ayat2 tafsiran
yg.diterjemahkan oleh ahli bahasa untuk rujukan
umat manusia selaras dengan ayat dalam bahasa arabnya.
Kerana…kesemua rujukan anda adalah berdasarkan
terjemahan dan bukan secara langsung pada kontek
bahasa quran asal.
Ini bermakna…..terjemahan anda adalah lapisan
kedua selepas ulama tafsir pertama.
Cuba lihat kembali beberapa perubahan anda telah buat
sebagai tafsiran baru mengenai fahaman alquran.
Anda sebenarnya mengubah tafsiran yg.dibuat oleh ahli
tafsir tanpa merujuk kontek ayat asal.
Secara tak langsung,..rujukan anda adalah berdasarkan
fahaman ulama tafsir dan bukan langsung pada ucapan
ayat Allah semasa berbicara.
Tok Syam
January 17, 2010 at 6:37 am
Salam….
Saya juga boleh menyatakan bahawa ayat alquran semasa
sampai kepada nabi muhammad adalah berbentuk wahyu dan
ada yg.diucapkan oleh JIBRIL.
Sekiranya sebagai wahyu ianya adalah tidak bersuara
dan berhuruf melainkan mengikut fahaman hati nabi.
Proses kedua ialah nabi melahirkan wahyu itu semula
kepada umat melalui bahasa arabnya yg.mudah difaham
umat.
Proses ketiga ialah pengingat2 menulis melalui ingatan
dan sebahagiannya menulis mengikut catitan2 yg,
tersimpan pada kulit,kertas dan sebgainya.
Kesimpulannya:
Anda sebenarnya juga,..adalah merujuk daripada
orang2 yg.mengumpul bahan ilmu dan menterjemahkan
nya mengikut bahasa nahu terkini.
Sebagai bukti…..Bahasa Alquran adalah tidak sama
dengan Bahasa pertuturan bangsa ARAB.Kerana pada
awal turunnya ayat2 Allah,…mereka berasa pelik dan
mengatakan nya sebagai syair luar biasa yg.sangat
indah.
Tok Syam
January 17, 2010 at 6:46 am
Salam Tok Syam,
Tuan boleh memilih untuk tidak percaya tafsiran saya sebagaimana saya menolak untuk percaya sepenuhnya tafsiran oleh para penterjemah dan pentafsir “bertauliah”. Saya berpendapat sebelum kita percaya kepada mana-mana tafsiran, kita mestilah membuat pemeriksaan sendiri dan membuat penilaian mana satukah yang terbaik dan selaras dengan prinsip atau nilai Islam pada keseluruhannya. Yang akan menjawab di hadapan Tuhan nanti adalah diri kita sendiri. Para penterjemah dan pentafsir tidak akan menjadi peguam bagi pihak kita.
tolokminda
January 17, 2010 at 6:48 am
Salam…
Jika sebuah syair di tulis…tentunya tak semudah
untuk semua orang faham melainkan ia mempunyai ilmu
dalam bahasa sastra.
Demikian juga Alquran…..nabi sendiri rasa sukar nak
faham hingga Allah nasihatkan padanya jangan terburu2
untuk ingati.Akan Allah ajarkan memahaminya.
Seandainya anda diberikan sepotong ayat alquran tanpa
makna terjemahan….bolehkah anda faham maksud ayatnya
jika anda bukan ahli bahasa arab.
Kesimpulannya….semua orang adalah sebenarnya faham
alquran mengikut terjemahan oleh orang2 terdahulu
juga dan bukan dengan memahami huruf2 Alquran asal.
Tok Syam
January 17, 2010 at 6:51 am
Salam….
Disini anda membuka majlis perbincangan.
Soal tidak percaya atau mempercayai bukan persoalan.
Apa yg.penting adalah membawa kebaikan yg.terbaik
sebgaimana anda kehendaki.
Saya juga tidak kisah tentang manusia nak membuat
apa2 fahaman kerana ALlah adalah HAKIM.
Islam bukan paksaan.
Namun dalam perjuangan kebenaran… manusia perlu ketahui
yg.sebenar.Terutama untuk mengamalkan suatu yg.
baik bukan saja melihat apa yg.ditulis tapi yakin
kepada pempinnya adalah orang yg.benar2 memahami
Alquran.
Jika ulama tidak perlu,nabi tidak perlu,…yg.perlu
adalah petunjuk Allah,….maka lebih bagus kalau
Allah beri petunjuk setiap manusia secara ilham
bagaimana untuk jalani kebaikan tanpa perlu guru2
dan dakwah.
Anda juga tak berminat untuk dengar dakwah melainkan
apa yg.didakwah oleh hati sendiri.
Tok Syam
January 17, 2010 at 7:24 am
Cuma orang yang taknak percaya saja kata Al-Quran tu syair. Orang yang percaya akan nampak sebuah Kitab yang bernilai, menampilkan perkataan-perkataan yang sofistikated dan boleh dicari jalan untuk memahaminya.
Saya berpendapat hari ini sudah tidak ada alasan untuk kita tidak memahami Al-Quran sebab banyak sumber rujukan yang boleh diperolehi dengan mudah. Lagi satu selama ini umat dikekang dari memahami Al-Quran, sebab itulah pemahaman terhadap Al-Quran begitu kurang atau hampir tidak ada langsung.
Bagaimanapun jika kita mengambil sikap proaktif, menggalakan perbincangan mengenai Al-Quran dan sama-sama berusaha untuk memahaminya tanpa menghiraukan momokan para ulama Islam supaya kita tidak berbuat demikian, saya yakin dalam masa yang singkat kita akan sama-sama mendapat faedahnya.
tolokminda
January 17, 2010 at 7:27 am
Salam Tolokminda….
Kenyataan Anda:
[Saya berpendapat hari ini sudah tidak ada alasan untuk kita tidak memahami Al-Quran sebab banyak sumber rujukan yang boleh diperolehi dengan mudah.]
Maka perlu juga rujukan atau setidaknya berbincang
dengan mereka2 yg.mempunyai jalan yg.sama.
Tok Syam
January 17, 2010 at 3:35 pm
Salam…
Kalau kita lihat dari kaca mata Tok Syam, Al-Quran ini diturunkan dengan satu bahasa yang amat asing kepada bangsa Arab mahupun kepada Nabi sendiri.
Tok Syam tulis:-
“Demikian juga Alquran…..nabi sendiri rasa sukar nak
faham hingga Allah nasihatkan padanya jangan terburu2
untuk ingati.Akan Allah ajarkan memahaminya.”
Quran bahasa apakah yang telah tuhan sampaikan kepada Nabi sehingga Nabi sendiri sukar untok memahaminya? Nabi berbangsa Arab dan kaumnya juga Arab tidakkah tuhan tahu? Maha suci Allah yang jauh dari sifat ini.
Allah maha mengetahui. Dia tahu Nabi dari bangsa Arab dan kaumnya juga berbangsa Arab, jadi Quran semestilah diturunkan dengan bahasa Arab yang mudah difaham olih si- penerima(Nabi) dan juga si-pendengar(kaumnya).
Tuhan juga menjelaskan kenapa Al-Quran berbahasa Arab.
Q41:44 “Dan jika Kami jadikan Al Qur’an itu suatu bacaan dalam selain bahasa Arab tentulah mereka mengatakan: “”Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?””. Apakah (patut Al Qur’an) dalam bahasa asing, sedang (rasul adalah orang) Arab?
Tok Syam juga menulis:-
“Sebagai bukti…..Bahasa Alquran adalah tidak sama
dengan Bahasa pertuturan bangsa ARAB.Kerana pada
awal turunnya ayat2 Allah,…mereka berasa pelik dan
mengatakan nya sebagai syair luar biasa yg.sangat
indah.”
Tetapi kita lihat apa yang tuhan kata:- Q14:4 Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka.
Tujuan bahasa adalah untok mudah difaham. Apa gunanya Quran sekiranya ia didatangkan dalam bahasa asing yang susah untok difahami olih sipenerima dan sipendengar?
Allah telah memilih seorang Arab sebagai Rasulnya dan sudah pasti bahasa yang Allah gunakan adalah bahasa Arab supaya senang dan mudah penerima asalnya memahami.
Q54:17 Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?
Quran mengikut Allah adalah mudah dan senang untok dipelajari.Tetapi kita telah dikongkong olih suatu pemikiran yang Quran ini tidak bolih difahami olih orang-orang biasa. Sebaliknya kita disuruh bergantung kepada orang-orang yang dikatakan “mahir”.
Tok Syam juga menulis:-
“Sekiranya sebagai wahyu ianya adalah tidak bersuara
dan berhuruf melainkan mengikut fahaman hati nabi.
Proses kedua ialah nabi melahirkan wahyu itu semula
kepada umat melalui bahasa arabnya yg.mudah difaham
umat.”
Tugas seorang Rasul adalah untok menyampaikan apa yang diwahyukan olih tuhannya. Ia tidak dibenarkan untok mengubah wahyu itu semula seperti yang Tok Syam katakan.
Ini adalah bercanggah dengan apa yang tuhan firmankan:-
Q18:27 Dan bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu, yaitu kitab Tuhan-mu (Al Qur’an). Tidak ada (seorang pun) yang dapat mengubah kalimat-kalimat-Nya.
Apa yang diwahyukan, itulah yang disampaikan olih Nabi kepada kaumnya. Tiada sepatah ayat pun diubah/dialih/dipermudahkan kerana Quran itu memang sudah dipermudahkan.
Q54:17 Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?
Mengikut tuhan Quran ini adalah mudah dan senang untok dipelajari. Dan bagi menguatkan tegasannya dia telah mengulangginya sebanyak 4 kali didalam surah (Q54:17, 22, 32 dan 40).
Adakah kita akan mengambil pengajaran ini?
Sama samalah kita fikirkan.
ramsys pranata
February 8, 2010 at 8:12 am
nak tanye,, baru je lalu site ni,, ni site ajaran sesat ke?? hehe,,, suka2 je hujah kan? meswti tolokminda xpyh smbahygkan 5 waqktu kan?? tolak minda btuii..
sayf
February 18, 2010 at 10:59 am
Salam sdr.ramsys pranata,….
Sekarang sdr.sudah jelaslah bahawa apa yg.
saya tulis adalah tidak benar.
Dengan dalil2 firman Allah maka,…segala yg.batil
boleh disangkal.Maknanya keseluruhan kenyataan
Alquran dapat difahami oleh umat manusia…dan tak
perlu diterjemahkan semula.
Tok Syam
February 18, 2010 at 2:50 pm
Salam,
Sesiapa mahu memahami, akan adalah petunjuk untuk dia memahami. Sesiapa yang tidak mahu faham, kalau kita berbangsa Arab dan tahu cakap Arab sekalipun, dia takkan nak faham.
Bukankah Nabi Muhammad ditugaskan menyampaikan wahyu kepada bangsa Arab dengan bahasa Arab kepada kaum2 yang menyekutukan Allah pada waktu itu sebagai peringatan?
Jadi jika ada yang berbangsa Melayu dan faham bahasa Melayu, dan perangainya sama macam kaum2 yang menyembah atau bersujud pada mana2 objek, bukankah peringatkan Al Quran itu patut disampaikan?
41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.
Hanya yang merendah diri kepada Allah sahaja tidak akan sujud kepada mana2 objek.
Juang
February 19, 2010 at 12:10 am
yang menulis karangan ini:
1. tidak memahami al-qur’an dengan baik
2. tidak memahami ajaran islam dengan baik
sebaiknya:
1. belajar al-qur’an lagi dengan baik
2. mengambil dalil al-quran jangan sepotong-sepotong
bj hidayat
April 10, 2010 at 12:50 pm
Salam BJ Hidayat,
Saya sedang belajar la ni dan kalau saya hanya memerlukan sepotong ayat untuk menjelaskan sesuatu apa salahnya? Ulama tu kadang-kadang cuma pakai separuh dari ayat, tuan dah tegur ke belum?
Maaf ye, kadang-kadang teringin jugak bersarkastik.
tolokminda
April 10, 2010 at 1:13 pm
Awak bernasib baik TM kerana boleh menyorok di sebalik blog!
Hibatullah
April 10, 2010 at 1:26 pm
Jangan sampai awak terima nasib yang sama macam Rashad Khalifa
🙂
Hibatullah
April 10, 2010 at 1:29 pm
Salam Hibatullah,
Apa pun nasib kita akhirnya kita semua akan kembali kepada Tuhan. Tuhan sahaja yang akan menjadi hakim kepada perkara-perkara yang kita perselisihkan.
tolokminda
April 10, 2010 at 1:41 pm
Salam,Hibatullah,
Pandangan saya tak perlulah kita bersangka tak baik pada Tok Minda….sesiapa saja bebas memberi pandangan.
Masalah sapa yang nak sesat atau tersesat itu Allah SWT punya kuasa,manusia tak ada kuasa untuk menentukannya , sebab dalam Al Quran telah tersebut tentang perkara itu.Kita lah yang perlu memikirkan sesuatu itu benar atau tidak mengikut ilmu,akal dan pengetahuan yang kita ada pada diri kita setakat yang kita mampu.
Seperti zaman dulu,orang orang berfahaman Muktazilah,Jabariah dan sebagainya telah berdebat dengan ulamak ulamak terdahulu mengikut hujah hujah masing masing……tak ada masalah….masing masing ada hujah mengikut ilmu masing masing dan berpandukan AlQuran…..jadi semua akan berbahagia…mengikut pandangan masing.
wucman
April 10, 2010 at 1:53 pm
apa nasib rashid khalipa tu sedara , hebat sedara boleh tau nasib manusia . nasib nabi lagi teruk , masa hidup di fitnah dan di tuduh gila dan macam2 , hanya di senangi oleh golongan yg tak berkepentingan , yg berkepentingan memuja nabi bila nabi dah tiada , tu pun sebab nak nama dan pangkat .
slipar
April 10, 2010 at 1:57 pm
Salam,
Sebelum sibuk fikir nasib orang lain, baik fikir nasib sendiri yang belum tentu masuk syurga.
Saya lihat orang-orang yang tak bersetuju dengan TM, tidak mampu bersikap matang dalam berhujah. Saudara TM telah menulis panjang lebar apa yang beliau faham mengenai ajaran Al Quran.
Secara logiknya, lagi panjang tulisan yang TM kemukakan, lagi senanglah orang-orang yang tidak bersetuju dengan beliau untuk quote sesuatu ayat TM dan patahkan dengan hujah-hujah yang bernas, jika TM di pihak yang salah.
Namun, kegagalan orang-orang yang tidak bersetuju dengan TM untuk bawakan bukti-bukti kukuh untuk mematahkan hujah TM menyerlahkan lagi persamaan perangai mereka dengan perangai orang kafir terdahulu yang setakat mampu berkata “inilah sihir yang nyata” bila gagal mematahkan hujah Rasul-rasul terdahulu.
Mereka ingat dengan masuk sini sekadar membawa emosi itu sudah menunjukkan mereka di pihak yang benar? Hakikatnya mereka hanyalah berangan-angan sahaja. Sedangkan nak menang kes makhamah pun kena bawa bukti-bukti kukuh, apa lagi nak berhadapan Allah kelak yang Mengetahui segala yang nyata dan tersembunyi.
Juang
April 11, 2010 at 1:15 am