Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Keperluan menjaga tatasusila dan kesopanan dalam sesebuah keluarga

with 8 comments

Satu lagi ayat yang menjadi dalil ulama untuk mengukuhkan dakwaan mereka tentang waktu solat adalah ayat ke 58, Surah An-Nur. Ayat ini dikatakan menyebut tentang sembahyang Subuh dan sembahyang Ishak.

24:58 “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Rujukan di sini)

Bagaimanapun jika kita periksa maksud ayat berkenaan, Tuhan sebenarnya tidak merujuk kepada mana-mana waktu solat. Ayat ini menggariskan salah satu disiplin yang perlu kita amalkan dalam konteks tatasusila dan kesopanan di antara ahli keluarga. Disiplin ini menetapkan anak-anak atau sesiapa saja ahli keluarga supaya meminta kebenaran sebelum berinteraksi dengan kita dalam tiga waktu yang khusus. Selain dari tiga waktu ini, anak-anak kita atau ahli keluarga kita boleh berinteraksi dengan bebas tanpa perlu meminta kebenaran.

Mari kita lihat terjemahan ayat 24:58 seringkas maksud yang asal tanpa melibatkan sebarang konotasi berkaitan ritual solat.

24:58 “Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah sesiapa yang berada di bawah tanggungan kamu dan yang belum baligh di kalangan kamu, meminta izin kepada kamu dalam tiga situasi: sebelum melakukan komitmen di waktu pagi, ketika kamu menanggalkan pakaian di tengah hari yang panas dan selepas selesai menunaikan komitmen di waktu malam; inilah tiga waktu privasi bagi kamu. Selain dari tiga waktu ini tidak ada kesalahan bagi kamu berinteraksi di antara satu sama lain. Demikianlah Allah menjelaskan wahyu-Nya. Dan Allah Mengetahui, Bijaksana”.

Dari Ayat di atas, ahli keluarga kita perlu menghormati waktu-waktu privasi yang telah Tuhan tetapkan kepada kita iaitu;

Waktu yang pertama: sebelum kita memulakan sebarang komitmen di waktu pagi. Dengan kata lain, sebelum kita keluar dari bilik tidur bagi memulakan sebarang tugas atau kerja.

Waktu yang kedua:  pada waktu rehat tengah hari di mana kita mungkin perlu membuka pakaian untuk menyelesakan diri, berehat atau tidur ketika waktu rehat sebelum menyambung kerja iaitu melaksanakan komitmen di sebelah petang.

Waktu yang ketiga:  apabila tiba waktu tidur iaitu selepas kita selesai menunaikan semua bentuk komitmen yang perlu diselesaikan pada malam itu, yang mungkin termasuk juga melayan atau mengajar anak-anak.

Melihat kepada tiga waktu privasi yang dikhususkan oleh Tuhan itu, dalam konteks kehidupan harian, ketiga-tiganya bolehlah kita simpulkan sebagai waktu di mana kita berada di bilik dalam keadaan yang tidak lengkap berpakaian atau tidak sopan atau kita menggunakan waktu itu untuk bersama pasangan dan oleh yang demikian, tidak sesuai jika dilihat oleh anak-anak atau sesiapa saja selain dari pasangan kita, isteri atau suami. Meminta kebenaran bermakna, anak-anak atau ahli keluarga kita perlu mengetuk pintu atau bertanya terlebih dulu dan tidak terus masuk ke dalam bilik sebelum kita memberi kebenaran.

Jika kita ikut kata para ulama yang mentafsirkan perkataan “salati” dalam ayat di atas sebagai solat ritual maknanya anak-anak atau ahli keluarga kita terpaksa meminta kebenaran jika mahu bersama kita sebelum kita solat Subuh dan selepas solat Isyak. Tidak mungkin ianya bermaksud sedemikian. Apa kaitan di antara ahli keluarga kita dengan keadaan kita sebelum solat Subuh atau selepas solat Ishak?

Melalui ayat ini, suruhan Tuhan supaya ahli keluarga menghormati masa-masa privasi kita adalah jelas. Tetapi apabila masa-masa privasi itu dikaitkan dengan tempoh sebelum solat subuh dan tempoh selepas solat Ishak, idea pengamalannya menjadi janggal – tiada justifikasi. Mungkin sebab itulah kita tidak pernah melihat amalan ini dipatuhi dalam mana-mana keluarga Islam. (Bagaimanapun, kalau saya salah tentang perkara ini, saya amat alu-alukan pencerahan dari para pembaca).

Konotasi bahawa ayat 24:58 bercakap mengenai disiplin yang berkaitan dengan tatasusila dan kesopanan dalam sesebuah keluarga yang tidak ada kaitan dengan sebarang bentuk ritual sebenarnya dijelaskan secara tidak langsung apabila Tuhan menyebut, “ketika kamu menanggalkan pakaian di tengah hari yang panas” sebagai salah satu dari tiga waktu privasi yang ditetapkan. Melaluinya kita terus ‘dapat tangkap’ justifikasi perlunya disiplin berkenaan. Dan kaitan ketiga-tiga masa privasi itu turut menjadi jelas kepada kita.

Kemudian, ayat seterusnya menetapkan anak-anak atau ahli keluarga lain yang sudah baligh juga tertakluk kepada peraturan yang sama.

24:59 “Dan apabila di antara kamu anak-anak yang sudah baligh, biar mereka minta kebenaran sepertimana mereka yang sebelumnya minta kebenaran; begitulah Allah menjelaskan wahyu-wahyunya, dan Allah Mengetahui, Bijak”.

Peraturan tentang tatasusila dan kesopanan dalam sebuah kehidupan berkeluarga ini terus disambung dalam ayat selepasnya yang merujuk kepada anggota keluarga dari kalangan wanita yang sudah tua pula.

24:60 “Dan wanita-wanita tua yang telah melepasi kehendak berkahwin, tidak menjadi kesalahan ke atas mereka jika mereka membuka pakaian luar tanpa memperlihatkan perhiasan mereka; jika mereka menahan diri (dari melakukan sedemikian) adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Mendengar, Mengetahui”.

Written by tolokminda

December 29, 2009 at 7:13 pm

Posted in Solaa | Solat

Tagged with ,

8 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Ya, kalau ayat tersebut dikaitan dengan kehidupan kita sekarang, memang mudah nampak maksud solat (solaa) dengan komitmen harian kita.

    Awal pagi sebelum kita bertugas, kita bersama pasangan masing2. Sudah pasti ia adalah keadaan yg privacy. Begitu juga waktu tengahari yang ada balik ke rumah untuk berehat. Jika isterinya tidak bekerja, jadi waktu itu mungkin ada aktiviti privacy untuk mereka. Dan selepas tugasan malam (sebelum tidur), masa sebelum nak tidur, juga pasangan itu perlukan privacy.

    Semakin cerah kita nampak maksud solat tu kan? Tetapi apakah mereka mahu memikirkan?

    Juang

    January 1, 2010 at 6:10 am

  2. Salam Juang,

    Tuhan kata, Al-Quran itu petunjuk yang jelas nyata. Sebenarnya memahami ilmu Tuhan dalam Al-Quran sama sifatnya dengan memahami ilmu di alam yang terbentang. Sekali kita faham prinsip asasnya, yang lain akan turut menjadi mudah dan tidak mampu mampu disanggah lagi.

    Misalnya, manusia mengambil masa beribu-ribu tahun untuk menerima kenyataan bahawa bumi ini bulat. Ironi kan? Manusia tinggal di atas muka bumi tetapi tidak semudah itu untuk mereka nampak rupanya bentuknya yang sebenar walaupun telah diberi pelbagai petunjuk oleh Tuhan seperti bentuk objek alam lain, gerhana bulan dan matahari dan sebagainya.

    Hanya mereka yang sanggup berfikir tidak akan tertipu dengan kejahilan.

    tolokminda

    January 1, 2010 at 1:40 pm

  3. Ada manusia nak tengok guna mata kasar, barulah nak percaya. Tetapi ada manusia guna mata hati (minda), mereka boleh terima tanpa was-was.

    Macam kes bencana yang diancam oleh Rasul2 terdahulu itulah. Ramai yang tidak percaya, sehingga bila bencana itu terjadi depan mata, barulah mereka sedar. Tetapi sudah terlewat untuk bertaubat.

    Jadi sementara belum sampai bencana macam itu, ada baiknya kita pakat2 bukankan minda luas2. Barulah petunjuk mudah masuk.

    Juang

    January 1, 2010 at 4:24 pm

  4. Jika membahaskan tajuk izin sdr.perlu bentangkan
    permulaan bab berkenaan.Apa yg.saya lihat…sdr.hanya
    menumpukan ayat 59 & 60 untuk menyampaikan maksud yg.
    sdr.ingin terjemahkan.

    Bermulanya bab ini adalah dari ayat…27 dan seterusnya.
    Dengan demikian,…insyaalah.Allah akan membuka gambaran
    sebenar semasa ayat diturunkan dan peristewanya.

    Ini adalah kerana…umat ketika itu kerap berkunjung
    rumah baginda untuk rujukan dan lain2 hal sehingga
    baginda terganggu.

    Baginda tidak melarangnya kerana taat kepada Allah.
    Setelah Allah mengajarkan suatu peraturan dan adab….maka barulah baginda menerangkan peraturan
    kpd.orang tentang waktu urusan.

    Baginda pada permulaannya akan tetap melayani dan
    menerima kedatangan tetamu,..kerana ia takut tidak
    menjalankan amanah.Ia juga takut membuat peraturan
    kerana Allah telah mengamanahkan nabi sampaikan
    dakwah dan ilmu kpd.umat.

    Allah maha mengetahui walaupun nabi sabar dalam
    pelbagai kepayahan,…maka Allah menjelaskan dalam
    ayat lainnya….bermaksud..”Tidak lah Allah ingin
    memberati urusan agama kepada nya……

    Tok Syam

    January 9, 2010 at 12:34 pm

  5. Allah tidak turunkan suatu bencana besar sebelum ia
    menurunkan tanda2 bencana kecil.Kemudian ia menghantar
    pendakwah atau wakil Allah dengan jelas nyata.

    Setelah jelas nyata penyampaiannya dan bukan cara dakwah
    biasa….maka penyampai akan berpesan dan memberi amaran
    terakhir.

    Proses seterusnya Allah akan memberi apa yg.disukai
    oleh penduduk kawasan itu dan membiarkan mereka
    lalai dan bergembira hingga suatu masa.

    Kemudian Allah akan menarik perlahan lahan tanpa
    disedari akan apa yg.mereka asyik kan.Atau
    Allah turunkan bencana tanpa disangka sangka kpd.
    penduduk yg.lebih ingkar dan keras hati.

    Tok Syam

    January 9, 2010 at 12:42 pm

  6. Salam Tok Syam,

    Tuan mentafsirkan Al-Quran untuk disesuaikan dengan hadis dan riwayat sedangkan saya tidak. Saya menerima Al-Quran seadanya kerana saya percaya ia adalah Al-Kitab Tuhan yang lengkap dan mampu berdiri dengan sendirinya.

    Apa-apa yang saya perlu tahu mengenai Nabi, turut dibentangkan di dalamnya, saya tak perlu rujuk pada cerita yang tidak tentu betul atau salahnya.

    Ayat 24:27-29 adalah adab dan peraturan kalau nak masuk rumah orang. Beri kata aluan (greeting) dan minta kebenaran dari tuan rumah sebelum masuk. Kalau tuan rumah tak ada, jangan masuk. Kalau orang suruh balik, balik. Tapi kalau rumah tak ada penghuni dan kita ada urusan mengenainya, Tuhan kata boleh masuk tetapi jangan buat sesuatu di luar keperluan kita, misalnya ambil barang orang lain ke, sebab Tuhan melihat apa yang kita buat secara terang atau sembunyi.

    Peraturan pasal bertandang/masuk rumah orang ini adalah untuk semua orang termasuk tuan sendiri dan saya. Dan ia adalah antara komitmen yang perlu kita pegang dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim.

    tolokminda

    January 9, 2010 at 1:29 pm

  7. Salam…keterangan Alquran dasarnya adalah ilmu.
    Sejarahnya adalah berkenaan para nabi menyampaikan
    misi.Dan Allah menceritakan hal Alquran tu sebahagiannya berdasarkan apa yg.dilalui para nabi.

    Kenapa Allah tak buat saja sejarah umat2 yg.baik
    melainkan Allah sabitkan dengan pengikut2 nabi.

    Allah telah menyatakan tentang kenapa nabi dilantik
    sebagai wakil2nya.Bukankah lebih baik Allah contohkan
    kebaikan itu adalah manusia kebanyakan.

    Allah telah menyatakan tentang sikap manusia sebelum
    atau semasa ketiadaan nabi.Sebagai contoh adalah
    umat yg.ada sekarang ne…..sedangkan Alquran atau
    kitab injil telah ada.Namun bagaimana boleh jadi
    berbagai pendapat.Nabi Musa berdakwah beratus tahun
    namun manusia tetap ingkar.

    Begitu juga umat nabi Muhammad setelah wafatnya.
    Belum sempat dikebumikan,..umat manusia telah kembali
    kufur ingkar dan kafir.

    Saya tidak menekan ilmu Alquran itu pada konsep
    amalan para nabi sahaja….kerana terdapat banyak
    contoh2 lain yg.belum dibahaskan.

    Apa yg.saya lihat,…sdr.juga membuat tafsiran
    mengikut fahaman kecenderungan peribadi.

    Tok Syam

    January 9, 2010 at 3:10 pm

  8. Saya juga berpegang pada ilmu Alquran sebagai
    dasar ilmu pokok dan cabang2 ilmu.Dan ilmu hadith
    adalah suatu sudut pandangan yg.mempunyai konsep
    tersendiri dan saya menggunakan hadith dengan cara
    tersendiri sebagai konsep ranting.

    Bukan semua termampu manusia faham.Saya fahami hadith
    melalui Alquran bukan melalui nabi2.Saya ambil pelajaran
    ilmunya dan bukan nak jadi seperti nabi atau rasul.

    Dalam Alquran…Allah telah jelaskan.Nabi2 dan rasul
    adalah manusia biasa.Bezanya adalah Allah kurniakan
    mukjizat sebagai bukti wakil yg.benar.

    Nabi sangat perlu dizaman jahiliah dan sesuai untuk
    umat jahil dizaman itu.Diakhir zaman,…kita hanya
    perlu mengenangkan sejarahnya sebagai suatu sejarah
    yg.benar.

    Sebagaimana kita dikalangan ahli terpelajar sentiasa
    menagungkan teori2 orang terdahulu dan mengambil
    rujukan ilmunya.Seperi kajian2 ilmu sain dan sebagainya.

    Walaupun manusia hari dapat mencipta jet canggih,…
    namun ia tetap kalah dengan pencipta kapal terbang
    yg.mengasaskan ilmunya.Nama penciptanya tetap
    disebut dan sejarahnya tidak dilupakan.

    Apakah pencipta jet canggih dapat memadamkan nama
    pencipta pertama dan mengatakan ia adalah pencipta
    sebenar yg.betul dalam membuat kapal terbang.

    Pencipta jet hanya mengabungkan idea orang terdahulu
    untuk hasilkan ciptaan terkini.

    Tok Syam

    January 9, 2010 at 3:28 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: