Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Solat Jumaat: Apa sebenarnya kata Tuhan?

with 28 comments

Surah Al-Jumuah

62:1 Segala yang di langit dan segala yang di bumi mengakui keagungan Tuhan, Yang Berdiri Sendiri, Yang Suci, Yang Berkuasa, Yang Bijaksana.

62:2 Dialah yang telah mengutuskan di kalangan orang-orang yang belum pernah mengenal Tuhan seorang rasul dari kalangan mereka sendiri untuk membacakan wahyu Tuhan dan memurnikan mereka dan mengajar mereka Al-Kitab dan kebijaksanaan, sesungguhnya mereka dulu dalam kesesatan.

62:3 Dan begitu juga dari kalangan mereka yang lain, yang belum menyertai mereka, dan Dialah Yang Berkuasa, Yang Bijaksana.

62:4 Begitulah Kemurahan Allah. Dia memberi kurnia kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah adalah Tuhan Yang Amat Pemurah.

62:5 Perbandingan mereka yang telah disampaikan Taurat, kemudian mereka tidak mematuhinya adalah seperti kaldai mendapat buku, zalim adalah persamaan bagi orang-orang yang tidak mahu menerima wahyu-wahyu Allah dan Allah tidak memberi pedoman kepada orang yang zalim.

62:6 Katakan: Wahai orang-orang Yahudi, jika kamu fikir kamu disayangi Allah dan tidak orang-orang lain, mohonlah kematian jika kamu berkata benar.

62:7 Dan mereka tidak akan memohonnya kerana apa yang telah tangan mereka lakukan, dan Allah tahu siapa yang zalim.

62:8 Katakan: Kematian yang kamu elakkan akan tetap mengatasi kamu, kemudian kamu akan dibawa ke hadapan Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, dan Dia akan memberitahu kamu apa yang telah kamu lakukan.

62:9 Wahai orang-orang yang percaya! Apabila diminta komitmen kamu di hari berkumpul, maka segeralah kepada Peringatan Allah dan tinggalkan urusan kamu, itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui.

62:10 Kemudian selepas komitmen itu selesai, bersurailah mencari kemurahan Tuhan di atas mukabumi, dan banyakkanlah mengingati Tuhan, semoga kamu mendapat kejayaan.

62:11 Dan apabila mereka melihat barangan atau hiburan mereka berbondong ke arahnya, dan meninggalkan kamu berdiri berseorangan. Katakan: Apa yang bersama Allah adalah lebih baik dari hiburan atau barangan, dan Allah adalah pemberi rezeki yang terbaik.

Surah Al-Jumuah terkenal kerana di dalamnya mengandungi ayat yang dikatakan dalil kepada perintah mengerjakan solat Jumaat. Bagaimanapun apabila saya lihat dengan lebih dekat, notasi mengenai solat Jumaat itu sebenarnya tidak meyakinkan langsung. Apa yang Tuhan nyatakan bukanlah perintah supaya kita solat Jumaat.

Dengan kandungan ayat yang sedikit, iaitu 11 ayat sahaja, Surah Al-Jumuah tidak begitu sukar untuk difahami.

Secara spesifik, melalui surah ini Tuhan memerintahkan masyarakat Nabi supaya mendengar apa yang disampaikan oleh rasul-Nya itu apabila mereka diajak berkumpul untuk tujuan berkenaan. Pergi mendengar apa yang Nabi sampaikan merupakan satu komitmen kepada mereka yang percaya kepada Al-Quran. Tuhan kata Al-Quran itu merupakan manifestasi kemurahan-Nya kepada manusia. Ia memurnikan jiwa, memupuk kebijaksanaan dan menyuluh jalan keluar dari kesesatan.

Atas sebab itu, Tuhan berpesan supaya umat Al-Quran jangan menjadi seperti pengikut Nabi Musa yang diibaratkan Tuhan seperti kaldai mendapat kitab, mereka dikurniakan Taurat tapi tidak mematuhi kandungannya. Kata Tuhan sikap seperti itu merupakan satu kezaliman dan Tuhan tidak memberi pedoman kepada orang-orang yang zalim.

Begitu juga Tuhan berpesan supaya umat Al-Quran tidak menjadi orang yang sombong seperti Yahudi yang mendabik dada kononnya mereka saja yang disayangi Tuhan sehinggakan Tuhan mencabar mereka supaya memohon untuk mati kalau mereka benar-benar yakin  dengan apa yang mereka dakwa. Tuhan kata mereka tidak mungkin berani berbuat demikian kerana orang-orang Yahudi tahu perbuatan-perbuatan jahat yang telah mereka lakukan. Bagaimanapun Tuhan menegaskankan bahawa orang-orang Yahudi tetap tidak akan terlepas dengan perbuatan mereka.

Selepas memperingatkan masyarakat Nabi (yang percaya kepada Al-Quran) mengenai perilaku buruk kaum Nabi Musa dan orang Yahudi, maka dalam ayat ke 9 Tuhan menyeru mereka supaya datang apabila diajak berkumpul pada hari-hari di mana Nabi mahu menyampaikan wahyu Tuhan kepada mereka. Tuhan suruh mereka tinggalkan urusan harian mereka untuk tujuan berkenaan kerana ia merupakan satu komitmen bagi mereka. Mereka boleh kembali meneruskan urusan harian mereka selepas menunaikan komitmen tersebut dan Tuhan kata mereka akan menjadi orang-orang yang berjaya apabila banyak mengingati Tuhan.

Dalam ayat akhir Surah Al-Jumuah (62:11) Tuhan menggambarkan kepada kita suasana yang biasa berlaku di hari berkumpul itu.  Tuhan kata mereka yang datang mudah tertarik kepada benda-benda lain seperti tawar-menawar barangan atau hiburan yang terdapat di sekitar lokasi mereka berhimpun sehinggakan Nabi ditinggal keseorangan tidak dipedulikan. Berikutan itu, Tuhan berpesan kepada Nabi supaya memberitahu kaumnya bahawa memilih untuk bersama Allah adalah lebih baik daripada tawar-menawar barang atau hiburan yang mereka sukai.

Jadi, fikir-fikirkanlah. Jika benar seruan berkumpul yang dimaksudkan oleh Tuhan dalam Surah Al-Jumuah merupakan solat Jumaat sebagaimana amalan umat Islam hari ini, adakah mungkin Nabi boleh ditinggalkan berkhutbah sendirian sedangkan kaumnya sibuk dengan tawar-menawar barangan dan berseronok dengan hiburan?

62:11 Dan apabila mereka melihat barangan atau hiburan mereka berbondong ke arahnya, dan meninggalkan kamu berdiri berseorangan. Katakan: Apa yang bersama Allah adalah lebih baik dari hiburan atau barangan, dan Allah adalah pemberi rezeki yang terbaik.

Written by tolokminda

December 25, 2009 at 6:34 pm

28 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Di sini sekali lagi saya agak kurang sependapat dengan Tuan. Memang pada saya solat jumaat tidak wujud. Waktu tengahari adalah waktu berehat, bukan untuk bersolat. Dan juga waktu yang dinyatakan solat pada hari berkumpul itu juga tidak semestinya pada waktu tengahari, mungkin waktu lewat petang dan juga awal malam.Kenapa saya katakan begitu, sebabnya ialah daripada ayat kita dapati pada hari berkumpul ada urusan perniagaan, ada urusan tawar menawar seperti pasar malam kita sekarang ni. Selalunya pada waktu itu kita alpa untuk bersolat pada waktu tersebut.

    Penulis

    December 31, 2009 at 4:58 pm

  2. Pada pandangan saya, waktu terbaik untuk berkumpul adalah pada sebelah pagi. Ini kerana ketika itu kita baru bangun tidur, otak masih fresh, kurang mengantuk dengan peringatan yang disampaikan.

    Nabi menyampaikan ayat2 yang memerlukan manusia memikirkan. Jika disampaikan pada waktu tengahari atau petang, otak manusia sudah agak keletihan (sebab lepas makan).

    Dan tiada ketetapan hari berkumpul itu. Terpulanglah pada ulil amri untuk menetapkan hari yang terbaik untuk masyarakatnya berkumpul. Pada pandangan saya, pada hari Isnin pagi itu boleh dijadikan waktu perhimpunan itu macam di sekolah2.

    Dan khutbah itu biarlah mengandungi motivasi dan semangat untuk menjadi insan yang komited dan memajukan bangsa dan negaranya.

    Dan selepas perhimpunan itu, mereka dapat semangat baru untuk bekerja dengan bersungguh mencari rezeki baik dalam bentuk ilmu atau wang. Barulah melahirkan masyarakat yang proaktif dan produktif.

    Juang

    January 1, 2010 at 4:09 am

  3. 62:9 Wahai orang-orang yang percaya! Apabila diminta solat pada hari berkumpul, maka segeralah kepada mengingati Allah dan tinggalkan urusan kamu, itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui.

    62:10 Kemudian selepas solat itu selesai, bersurailah mencari kemurahan Tuhan di atas mukabumi, dan banyakkanlah mengingati Tuhan, semoga kamu mendapat kejayaan.

    62:11 Dan apabila mereka melihat barangan atau hiburan mereka berbondong ke arahnya, dan meninggalkan kamu berdiri berseorangan. Katakan: Apa yang bersama Allah adalah lebih baik dari hiburan atau barangan, dan Allah adalah pemberi rezeki yang terbaik.

    Saya rasa hari berkumpul dalam ayat merujuk pada pada hari dimana adanya aktiviti perniagaan dan hiburan. Biasanya pada waktu begini, kita selalunya lupa untuk mengingati Allah kerana pengaruh aktiviti tersebut. Sebab itu Allah turunkan ayat untuk memberi peringatan kepada mereka. Dan saya andaikan masanya pada lewat petang dan awal malam ialah kerana pada waktu cuacanya tidak panas sesuai untuk aktiviti tersebut.

    Penulis

    January 1, 2010 at 8:11 am

  4. Bagaimana dengan solat Jumaat yg org Islam tempat kita buat wajib untuk lelaki? Akibatnya yang wanitanya pergi membeli-belah.

    Daripada ayat2 Al Quran, yang diseru berkumpul tidak mengira jantina. Tambahan pula yang tertarik kepada barangan2 tu biasanya orang2 perempuan. Itu menunjukkan Rasulullah memanggil semua orang beriman tidak mengira jantina.

    Juang

    January 1, 2010 at 10:06 am

  5. Salam Penulis,

    Kalau ikut rukun solat jumaat sekarang, mendengar kutbah adalah wajib dan diikuti dengan 2 rakaat solat. Apa pandangan tuan kalau semasa imam masjid KLCC berkutbah jumaat tiba-tiba jemaah yang datang keluar dari masjid dan pergi membeli belah di KLCC dan tengok wayang di TGV?

    Tetapi kalau kita faham ayat-ayat Tuhan, itulah yang berlaku kepada Nabi Muhamad. Dan tuan kata para sahabat Nabi semuanya patuh-patuh belaka? Dan solat jumaat kita sama dengan Nabi?

    tolokminda

    January 1, 2010 at 3:37 pm

  6. Salam Juang,

    Tuhan seru semua orang yang percaya datang di hari berkumpul. Maknanya betullah, tak kira lelaki dan perempuan, mereka disuruh datang. Hari apa, pukul berapa Nabi buat hari berkumpul tidak penting bagi kita. Kalau kita nak adakan hari berkumpul, kita sendiri kena tentukan kesesuaian hari dan masanya.

    tolokminda

    January 1, 2010 at 3:40 pm

  7. Ya, Tuhan tidak menetapkan hari dan waktunya. Terpulang pada orang yang nak menyuruh berkumpul itu. Macam nak buat sambutan hari merdekalah. Terpulanglah kepada penganjur nak tentukan tempat dan waktu bermula aktiviti itu.

    Juang

    January 1, 2010 at 4:11 pm

  8. Salam tuan Tolokminda dan Juang. Mungkin di sini ada berlaku sedikit salah faham atau dengan kata lain antara kita mempunyai kefahaman yang berbeza dengan maksud berkumpul itu.

    Mengenai solat jumaat, antara kita sependapat bahawa solat jumaat memang tidak ada.

    Bezanya sekarang antara kita berbeza pendapat tentang maksud berkumpul tersebut. Tuan mengandaikan berkumpul itu ialah berada secara beramai-ramai mendengar ceramah nabi dan saya pula mengandaikan berkumpul itu ditujukan kepada hari dimana adanya urusan perniagaan dan hiburan, kalau sekarang ni bolehlah kita andaikan sebagai hari pasar malam atau pasar minggu.

    Saya bukan menolak andaian tuan, tetapi sekiranya hari berkumpul yang tuan maksudkan itu diadakan semasa adanya urusan perniagaan rasanya tak berapa sesuai kerana waktu sebelah siang lebih sesuai kepada urusan mencari rezeki. Banyak lagi masa yang sesuai untuk diadakan waktu berceramah tersebut.

    Apa pendapat tuan, maaf kalau saya silap.

    Penulis

    January 2, 2010 at 12:43 am

  9. Salam Penulis,

    Maksud saudara, ketika adanya hari berkumpul seperti pasar malam itu, barulah Nabi datang beri peringatan?

    Katakan dalam zaman kita ini, bila ada konsert jomheboh itu, ketika itu dipanggil manusia untuk dengar sedikit syarahan agar ada keinsafan dan tidak lalai dengan hiburan?

    Juang

    January 2, 2010 at 8:05 am

  10. Salam,

    Saya berpendapat hari berkumpul yang dimaksudkan adalah hari yang telah ditetapkan dan diwar-warkan lebih awal supaya orang maklum mengenainya. Ini selaras dengan ayat ke 9…

    62:9 Wahai orang-orang yang percaya! Apabila diminta komitmen kamu di hari berkumpul, maka segeralah kepada mengingati Allah dan tinggalkan urusan kamu, itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui.

    Saya juga berpendapat penganjuran hari berkumpul berkenaan Nabi tetapkan mengikut keperluan kerana ia berkaitan tugasnya untuk menyampaikan wahyu yang diamanahkan. Dan penyampaian wahyu itu di buat secara beransur-ansur selaras dengan ayat-ayat berikut;

    17:105 “Dan dengan kebenaran Kami telah mewahyukannya, dan dengan kebenaran ia tiba; dan Kami tidak utuskan kamu melainkan sebagai pembawa khabar gembira dan sebagai pemberi amaran”.

    17:106 “Dan inilah Quran yang telah kami wahyukan mengikut bahagian-bahagian tertentu supaya kamu dapat bacakan kepada orang sedikit demi sedikit, dan Kami telah wahyukannya secara berperingkat”.

    Mengenai barang jualan dan hiburan, itu normal. Sekarang pun kalau ada hari berkumpul, seperti keramaian, sukan, bertemu pemimpin malah ceramah politik pun akan ada peniaga datang berniaga. Dan kita kena ingat di zaman Nabi bukan semua orang percaya atau peduli dengan apa yang Nabi nak sampaikan. Jadi logik di kalangan mereka itu ada yang mengambil kesempatan untuk berniaga dan sebagainya.

    tolokminda

    January 2, 2010 at 12:21 pm

  11. Salam,

    Jadi komitmen pada hari berkumpul itu adalah si penyampai komited mengajak manusia berfikir pasal Allah agar patuh kepadaNya semata dan jangan menyekutukan Dia.

    Orang ramai yang percaya pula kena komited mendengarnya dan mengingati Allah supaya mereka sedar, disebalik keghaiban Allah di mata kasar, Dia sentiasa memerhatikan segala perbuatan manusia.

    Juang

    January 2, 2010 at 1:42 pm

  12. Salam Juang,

    Ya. Sudah tentu komitmen rasul adalah menyampaikan wahyu yang diamanahkan ke atas untuk disampaikan. Dan komitmen mereka yang percaya kepada wahyu pula adalah supaya datang berkumpul untuk sama-sama mendengar apabila rasul mahu menyampaikannya. Dan ini berlaku dari masa ke semasa kerana Al-Quran (wahyu) turun secara berperingkat.

    tolokminda

    January 3, 2010 at 9:03 am

  13. Salam,

    Di zaman kecanggihan teknologi hari ini, selain berkumpul secara live, kita boleh dengar peringatan2 Allah menerusi kaca2 televisyen atau streaming di internet seperti kuliah2 agama itu. Apakah itu sudah mencapai maksud ayat 62:9 itu pada pandangan saudara?

    Juang

    January 3, 2010 at 10:09 am

  14. Betul Juang.

    Tapi kecanggihan teknologi belum tentu boleh menapis kepalsuan yang dwar-warkan melaluinya. Oleh itu selain dari kaedah menyampai, apa yang disampaikan juga adalah amat penting.

    Misalnya, saya cukup pantang menonton rancangan bualbicara mengenai agama dalam TV. Sebabnya ustaz atau ustazah yang menjadi panel selalunya bukan main handal bercakap pasal dosa pahala.

    Oh, kalu begitu pahala banyak. Oh, kalau begitu, pahalanya sedikit. Dari manakah mereka mendapat autoriti untuk menentukan pahala-pahala ni semua?

    tolokminda

    January 3, 2010 at 10:23 am

  15. Itulah jadinya bila pahala itu tidak dihuraikan secara logik. Seolah2 mereka memberi khayalan sahaja.

    Ganjaran itu perlulah diperjelaskan dengan nyata seperti mendapat nikmat dan kebahagiaan di hati. Umpamanya bila berpegang pada kebenaran, hati rasa tenang dan tidak hidup dalam ketakutan. Maka kita tidak akan risau dengan persoalan seperti, “buat yang macam ni sah ke tak sah?”, “buat macam itu sah ke tak sah?” etc.

    Apa ertinya hidup terbelenggu dengan ketakutan sehingga tak pasti banyak pahala ke tidak dan terpaksa rujuk orang2 tertentu. Walhal orang2 itu bukannya Tuhan yang menentukan pemberian sesuatu ganjaran.

    Nak rujuk pada manusia, biarlah untuk urusan yang jelas dan nyata, bukannya bermain2 dengan khayalan kosong sahaja.

    Juang

    January 3, 2010 at 10:47 am

  16. “Jika kamu ikut majoriti manusia di atas muka bumi, mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Tuhan. Mereka hanya berkhayal dan main agak-agak saja”. [6:116}

    tolokminda

    January 3, 2010 at 10:57 am

  17. Sebab itulah Al Quran suruh kita ikut sesuatu yang kita tahu, bukan ikut cakap2 manusia, sebab semua penglihatan dan pendengaran akal ditanya.

    Takkanlah depan Allah nanti kita nak cakap, saya berbuat macam ini sebab ustaz atau ustazah itu cakap. Kita hidup ini sembah Allah ke sembah manusia?

    Kalau kita hidup sembah Allah, patuhilah peraturan2 yang telah Dia tetapkan pada alam semesta ini. Semua peraturan2 itu ditetapkan agar alam ini berjalan secara sistematik.

    Juang

    January 3, 2010 at 11:29 am

  18. Salaam,

    Saya sependapat dengan tuan penulis bahwa maksud berkumpul adalah pada hari adanya keramaian,majlis, pasar malam atau pada masa2 ramai orang berkumpul disebabkan sesuatu lalu masuk waktu sholat maka orang2 dimajlis itu saling mengingatkan antara satu sama lain.

    Dalam Al Quran tiada perintah untuk sholat berjemaah kecuali pada masa darurat seperti perang dan darurat lain. Dimasa darurat permohonan dan harapan kita adalah sama, maka itu perlu sholat berjemaah. Diwaktu aman maka kita hendaklah sholat bersendirian kerena hajat dan harapan kita kepada Allah berlaianan antara satu sama lain. Antara seorang ayah, ibu dan anak tidak sama hajat dan pengaduannya kepada Allah sebab itu tiada arahan Allah sholat berjemaah untuk suasana hari biasa kecuali masa darurat.

    Sekilas pendapat. Terima kasih.

    MataHati

    January 7, 2010 at 2:12 pm

  19. Salam Matahati,

    Saya percaya tuan merujuk kepada ayat 4:102 apabila mengatakan solat jemaah hanya disuruh ketika perang. Saya ada menulis mengenai ayat berkenaan di artikel “Apakah komitmen Nabi atau kita apabila berhadapan dengan musuh ketika perang?”.

    Saya harap tuan membacanya.

    tolokminda

    January 9, 2010 at 2:32 pm

  20. 16;[124]
    Sesungguhnya hari Sabtu itu dijadikan (Hari kelepasan yang wajib dihormati) atas orang-orang (Yahudi) yang telah berselisihan padanya; dan sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat, tentang apa yang mereka telah berselisihan padanya.

    Terdapat sejarah tentang hari kelepasan yg.dipertikan
    dalam kitab lain.Allah telah menetapkan hari cuti
    untuk semua kaum.Hari tersebut diperintah untuk
    berkumpul seketika dalam majlis penyampaian ilmu.

    Kaum yahudi membantahnya dan memileh hari sabtu.
    Maka Allah benarkan untuk kaum itu hari sabtu sebagai
    hari majlis ilmu.

    Lalu pada hari sabtu itu Allah uji mereka dengan
    rezeki yg.banyak.Sebahagian nya taat dan sebahagian
    ingkar dan di sumpah menjadi kera.

    Bagi pengikut muhamad yg.taat,…maka hari jumaat
    diterima sebagai hari majlis ilmu khas untuk penduduk
    nya.Dan Allah tidak melarang jika hari itu mereka
    ingin berurusan tidak bercuti selepas hadiri majlis
    yg.ditetapkan Allah berkumpul.

    Maka itu adalah ketetapan Allah sebagai jalan hidup
    bertuhan.Bukanlah suatu yg.ditetapkan nabi.

    Sekiranya nak menyampaikan syarahan agama,…nabi
    boleh buat tiap2 malam seumpama kuliah.Tapi itu akan
    memberati dan membosankan pengikut2 yg.belum
    beriman.

    Tok Syam

    January 9, 2010 at 5:42 pm

  21. Salam..
    Kita telah pun menyatakan bahawa ajaran agama Allah
    bermakna ISLAM adalah bermula sejak zaman nabi Ibrahim
    as.Sebelum itu mungkin ia sebagai AGAMA FITRAH.

    Kita tidak tau bagaimana ketetapan Allah bermula zaman
    nabi ADAM dan berapa jauh jarak masanya dengan nabi
    Ibrahim as.

    Jelas dlm.Alquran,…menceritakan bentuk2 ISlam itu
    terdapat dalam zaman Ibrahim hingga Muhammad.
    Ada peraturan yg.Allah kekal kan dan ada peraturan
    yg.Allah batalkan.

    Sebagai contoh Minum Arak,Perkhawinan Hamba dan Tuannya dan beberapa lagi.HAl itu ada disebut dlm.
    kitab.

    Tok Syam

    January 10, 2010 at 8:12 am

  22. Pada umat akhir ini melihat Islam dari sudut RUPA dan
    BANGSA.

    Bila melihat wajah INDIA maka terbayang wajah KAFIR.
    Bila melihat wajah ARAB maka terbayang wajah ISLAM.
    Dinegara malaysia,…wajah melayu merasakan mereka
    adalah ISlam.

    Islam itu adalah jalan Allah yg.tak terbatas kepada
    kaum.Haiwan juga berjalan atas dasar Islam.Iaitu
    berkonsep BERSERAH DIRI pada takdir ALLAH.

    Allah menyatakan bahawa haiwan2 itu adalah umat
    seperti kamu,..mereka juga akan dihinpunkan dan
    diperhitungkan.Maksudnya bukan soal dosa dan kezaliman yg.mereka lakukan.

    Belajarlah dari haiwan dan tumbuhan yg.redha menjadi
    mangsa kepada sesama sendiri dan berkhidmat kpd.
    manusia.

    Tok Syam

    January 10, 2010 at 3:32 pm

  23. Tolokminda:
    “Secara spesifik, melalui surah Al Jumuah, Tuhan memerintahkan masyarakat Nabi supaya mendengar apa yang disampaikan oleh rasul-Nya itu apabila mereka diajak berkumpul untuk tujuan berkenaan.

    Pergi mendengar apa yang Nabi sampaikan merupakan satu komitmen kepada mereka yang percaya kepada Al-Quran.”

    Saya sependapat dengan pernyataan di atas. Salat-jumuah adalah belajar tentang petunjuk dengan mendengar penjelasan dari rasul, atau
    ‘kepada peringatan’, sebagaimana dijelaskan dalam 62:9.

    62:9 Wahai orang-orang yang percaya! Apabila diminta komitmen kamu di hari berkumpul, maka segeralah kepada mengingati Allah dan tinggalkan urusan kamu, itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui.

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ (62:9)

    Ya ayyuha allatheena amanoo itha noodiya lilssalati min yawmi aljumuAAati faisAAaw ila thikri Allahi watharoo albayAAa thalikum khayrun lakum in kuntum taAAlamoona

    Pada yawmi aljumuAAati, orang beriman dipanggil (noodiya) kepada peringatan Allah (thikri Allahi) yang tidak lain adalah Alquran.

    Thikri dalam 62:9 adalah kata benda, sehingga harus diterjemahkan sebagai peringatan, bukan mengingat karena mengingat adalah kata kerja.

    Setelah Salat-jumuah usai, orang beriman bubar dan bertebaran di muka bumi mencari karunia Allah. Dalam mencari karunia Allah tersebut harus banyak mengingat Allah.

    62:10 Kemudian selepas komitmen itu selesai, bersurailah mencari kemurahan Tuhan di atas mukabumi, dan banyakkanlah mengingati Tuhan, semoga kamu mendapat kejayaan.

    Mengingat Tuhan yang dimaksud dalam 62:10 tentu saja adalah mengingat peringatan Allah (thikri Allahi=alquran). Jika petunjuk tersebut dilaksanakan, maka kejayaan pasti akan diraih.

    Faried

    March 19, 2010 at 2:04 am

  24. Salam Faried,

    Terima kasih. Saya bersetuju dengan tuan. Dan saya akan menukarkannya.

    tolokminda

    March 20, 2010 at 7:42 pm

  25. salam…pd pndapat sy” solat jumaat” yg diamalkan oleh mrk2 yg bragama dzaman ini hanyalah pemiabaziran masa dan sia2 krn pd pndpat sy mrka yg datang hnya ingin mlaksanakn gerakkan ritual shj…dgar khutbah bagaikn angin lalu..buktinya hasil “solat jumaat ” yg diamalkn oleh mrka slama brtahun2 blum mampu mnyatukan bangsa yg brlainan fahaman politik,masih lagi kata mengata,fitnah mmfitnah sdangkn jika kta brsama2 baik lelaki atau wanita tua atau muda saling brkumpul paling tidak brtnya khabar,mngambil tahu masaalah2 yg mgkin prlukan pembelaan,atau penyelesaian yg mgkin blh dibincangkn,diselesaikn brsama2..itu juga blh mnyatukan kaum,hati sesama kita…mgkin gejala rempit,masaalah dadah,bohsia pn blh diatasi krana kta brsattu hati mmbantu ssama kita…brmula dari daerah yg kecil mlakukannya..bayangkan jika semua rakyat mlaysia mlakukannya pasti sgala masaalah dapat diatasi dgn mudah..selepas itu barulah dengan mudah kemajuan,kemakmuran,keharmonian dapat dinikmati hasil dgn brSATUHATI…

    Mimie Helminor

    October 10, 2011 at 12:53 am

  26. bertaubatlah…….Otak manusia sangat terbatas…..hanya Rasullullah yang boleh mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran….Kita tak layak..kita umat nabi s.a.w…ikutlah sunnah dan cara nabi dan sabda nabi Muhammad S.A.W….

    Insaf

    February 12, 2012 at 11:15 pm

  27. astagfurullahalazim………Semoga Allah memberikan hidayah kpd kita semua….

    Insaf

    February 12, 2012 at 11:19 pm

  28. 🙂

    nazzri

    February 13, 2012 at 11:51 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: