Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Arak: Benarkah haram?

with 56 comments

Bayangkan Encik Ali Baba mabuk selepas minum arak di sebuah bar di Jalan Sultan Ismail bersama beberapa rakannya. Akibat melalui saat seronok yang tak terhingga, dia pun berkata kepada semua kawannya bahawa dia mahu menjual rumahnya dengan harga RM5. Seorang dari kawannya itu kemudian mengeluarkan note RM5 dan bersetuju untuk membelinya.  Apa yang berlaku selepas itu? Hanya Tuhan yang tahu.

Pada pendapat saya, keadaan seperti inilah yang sebenarnya Tuhan mahu kita elakkan dari ayat berikut:

4:43  “Wahai kamu yang percaya! Jangan mendekati komitmen apabila kamu mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu katakan..”

Sudah tentu apabila kita mabuk kita mungkin tidak tahu apa yang kita katakan. Jadi jangan buat apa-apa komitmen kepada sesiapa pun apabila kita berada dalam keadaan mabuk. Akibatnya ia mungkin akan menimbulkan pelbagai masalah kepada kita di kemudian hari.

Okay. Selain mabuk, apa lagi keadaan yang Tuhan tidak benarkan kita melakukan komitmen? Ia terkandung dalam sambungan ayat 4:43.

4:43  “… dan jangan juga apabila kamu dalam keadaan perlukan mandi (kotor) – kecuali kamu sedang dalam perjalanan – sehinggalah kamu membersihkan diri kamu; dan jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau kamu membuang air atau kamu telah bersama dengan perempuan dan kamu tidak menemui air, ambillah tanah yang bersih kemudian sapukan ke muka kamu dan tangan kamu. Sesungguhnya Tuhan Mengampun dan Memaafkan.

Sudah tentu. Kalau kita membuka kedai dalam keadaan tidak mandi dengan badan berbau busuk atau pergi ke pejabat tanpa membersihkan diri selepas membuang air besar – apa orang akan kata kita? Pengotor? Buruk laku? Tak senonoh? Jadi Tuhan nak kita – sebagai seorang Muslim – mestilah sentiasa menjaga kebersihan diri.

Perbincangan mengenai suruhan membersihkan diri boleh dibaca di sini.

Jadi sebagai kesimpulannya, melalui ayat 4:43 Tuhan menyuruh kita jangan membuat sebarang komitmen dalam keadaan mabuk atau dalam keadaan kotor. Jika kita mabuk, tunggu sampai kita tahu apa yang kita cakap sebelum buat apa-apa komitmen. Kalau kita kotor, bersihkan diri dulu sebelum mulakan apa-apa komitmen.

Mudah dan jelas. Walaupun begitu saya percaya akan ada yang mempersoalkan bukankah minum arak dan mabuk hukumannya sebat sebab arak itu telah diharamkan oleh Tuhan? Baiklah. Tapi masalahnya dalam ayat 4:43 Tuhan tak suruh sebat pun. Dia cuma beritahu kita supaya jangan buat apa-apa komitmen semasa sedang mabuk. Itu saja.

4:43  Wahai kamu yang percaya! Jangan mendekati komitmen apabila kamu mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu katakan, dan jangan juga apabila kamu dalam keadaan perlukan mandi (kotor) – kecuali kamu sedang dalam perjalanan – sehinggalah kamu membersihkan diri kamu; dan jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau kamu membuang air atau kamu telah bersama dengan perempuan dan kamu tidak menemui air, ambillah tanah yang bersih kemudian sapukan ke muka kamu dan tangan kamu. Sesungguhnya Tuhan Mengampun dan Memaafkan.

Jadi untuk mendapatkan kepastian benarkah arak telah diharamkan Tuhan kepada kita, mari kita periksa ayat-ayat yang menyentuh mengenainya di dalam Al-Quran.

2:219  Mereka bertanya kamu tentang arak dan judi. Katakan: Di dalam keduanya terdapat keburukan besar dan cara mendapatkan keuntungan kepada manusia, dan keburukannya adalah lebih besar dari keuntungannya. Dan mereka bertanya kamu sebagaimanakah yang patut untuk dibelanjakan. Katakan: Apa yang terlebih. Maka, adakah Tuhan sudah menjelaskan wahyu-wahyunya supaya kamu renungkan?

Jika kita perhatikan betul-betul, ayat di atas tidak mengandungi sebarang pengharaman ke atas arak. Tuhan cuma ajar kita jika ada orang bertanya mengenai arak, kita perlu menjawab begini:

“Di dalam arak terdapat keburukan besar dan cara mendapatkan keuntungan kepada manusia (entertain client? sedapkan makanan?, dsbnya?), tetapi keburukan yang dibawanya adalah lebih besar dari keuntungannya”.

Dan jika orang itu bertanya lagi berapa banyakkah kita boleh berbelanja ke atasnya, Tuhan suruh kita cakap:

“Dari duit yang dah terlebih saja”. Begitulah lebih kurangnya yang Tuhan telah jelaskan kepada kita sebagai renungan – tetapi tidak ada pengharaman.

Mari kita lihat dua lagi ayat, iaitu 5:90 dan 5:91.

5:90 Wahai kamu yang percaya! Arak dan judi dan berhala dan anak panah adalah kotor, pekerjaan syaitan, maka elakkanlah supaya kamu berjaya.

5:91 Syaitan hanya berkeinginan untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan judi – dan untuk menjauhkan kamu dari mengingati Allah dan dari komitmen. Tidakkah kamu mahu berhenti?

Dalam 5:90 Tuhan memberitahu kita bahawa perkara tentang arak adalah pekerjaan syaitan dan Tuhan suruh kita elakkan kalau mahu menjadi orang yang berjaya. Bagaimana syaitan boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang tidak berjaya menerusi arak dijelaskan dalam ayat seterus 5:91.

Tuhan kata syaitan boleh menyebabkan kita bermusuhan dan membenci sesama sendiri (perkara yang biasa kita dengar berlaku di dalam lingkungan penagih arak) dan ia juga akan menyebabkan kita lupa kepada Tuhan dan menyebabkan kita mengabaikan komitmen-komitmen yang sepatutnya kita tunaikan.

Ada pengharaman terhadap arak? Tidak ada. Tapi Tuhan suruh berhenti – ada.

Saya yakin artikel kali ini seperti biasa akan mendatangkan banyak kontroversi. Tetapi kita semua mempunyai naskah Al-Quran masing-masing atau boleh melayarinya di internet. Periksalah sendiri. Dan jika para pembaca budiman menemui kesimpulan yang lain, saya jemput untuk membentangkannya supaya kita dapat sama-sama berpegang kepada kebenaran.

About these ads

Written by tolokminda

February 18, 2010 at 5:41 pm

Posted in Makanan, Quran

Tagged with , , ,

56 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam

    Dalam menggambarkan masyarakat Arab sebelum Islam, jelas bahwa orang-orang Arab itu pemabuk-pemabuk berat. Minum lima kali sehari merupakan kebiasaan di setiap rumah orang Arab. Kehilangan kesedaran di bawah pengaruh arak adalah kejadian yang lazim dan mereka tidak merasa malu sedikit pun. Bahkan hal itu dipandang mereka sebagai perbuatan baik. Jika ada seorang tamu berkunjung, menjadi kewajiban wanita di rumah menghidangkan minuman keras. Untuk melepaskan kaum yang demikian dari kebiasaan yang sangat berbahaya itu adalah bukan soal yang mudah. Tetapi pada tahun keempat sesudah Hijrah, Rasulullah s.a.w. menerima perintah bahwa minum minuman keras telah terlarang. Dengan perintah itu maka kebiasaan minum arak lenyap dari masyarakat Islam. Kisahnya, ketika wahyu yang mengharamkan arak itu turun, Rasulullah memanggil seorang Sahabat dan memerintahkan kepadanya mengumumkan perintah baru itu di lorong-lorong kota Medinah. Di rumah seorang Anshar pada waktu itu sedang dilangsungkan perjamuan minum arak. Undangan banyak dan piala-piala anggur tengah disajikan. Sebuah botol besar telah habis diminum dan botol kedua sedang dibuka tutupnya. Banyak tamu yang telah mabuk dan banyak lainnya hampir juga lupa diri. Dalam keadaan demikian mereka mendengar ada orang mengumandangkan berita bahwa minum arak telah dilarang oleh Rasulullah s.a.w. atas perintah Ilahi. Seorang dari para tamu berdiri sambil berkata, “Agaknya seperti ada pengumuman berkenaan dengan minum arak; marilah kita selidiki kebenarannya.” Seorang tamu lain bangkit, botol penuh dengan anggur itu dipecahkan dengan tongkatnya dan berkata, “Taati dahulu, barulah mencari keterangan. Cukup hendaknya bahwa kita telah mendengar pengumuman seperti itu. Tidak pantas terus minum-minum sementara kita mencari keterangan. Kewajiban kita adalah menumpahkan arak ke jalan dan kemudian mencari keterangan tentang pengumuman itu”. (Bukhari dan Muslim, Kitab al-Asyribah).

    islahdin

    February 18, 2010 at 11:42 pm

  2. Salam,

    5:90 Wahai kamu yang percaya! Arak dan judi dan berhala dan anak panah adalah kotor, pekerjaan syaitan, maka elakkanlah supaya kamu berjaya.

    Jika ada manusia menetapkan hukuman pada peminum arak adalah sebatan, maka yang menyembah mana2 objek (berhala) pun patut disebat?

    Tetapi Allah tidak pernah menyuruh Rasulullah menyebat mana2 penyekutu Allah, maka ada rasionalnya kepada si peminum arak tidak disebat.

    Tambahan lagi, suruhan menjauhi arak itu hanya berkesan kepada orang-orang yang percaya sahaja. Kalau manusia itu sudah tertutup hatinya, sembah batu (berhala) pun mereka kata itu baik. Samalah macam arak, kalau orang itu sudah tertutup hatinya, minum arak pun mereka nampak baik.

    Segala perbuatan kotor dan merosakkan diri hanya mampu dijauhi atas dasar kesedaran tuan punya diri. Maka sebab itulah pentingnya kita menggalakkan usaha menyedarkan sesama manusia, bukannya sesuatu yang berbentuk hukuman.

    Kalau kita lihat perangai kebanyakan orang Islam hari ini, mereka hanya suka ambil jalan mudah untuk menghukum (sebab tiada kesabaran dalam diri) daripada memikirkan jalan yang lebih efektif iaitu usaha menyedarkan (memerlukan kesabaran yang tinggi).

    Hukuman selalunya diletakkan atas bahu pemimpin, sedangkan kesedaran itu atas bahu semua anggota masyarakat. Bila ramai manusia sedar, maka yang tak sedar itu akan jadi sedar juga. Itulah caranya.

    Juang

    February 19, 2010 at 12:52 am

  3. Salam TM,

    “Saya yakin artikel kali ini seperti biasa akan mendatangkan banyak kontroversi. Tetapi kita semua mempunyai naskah Al-Quran masing-masing atau boleh melayarinya di internet.”

    Nabi Muhammad juga dilihat pencetus kontroversi dalam masyarakat baginda yang sudah tertutup mindanya ketika itu. Apatah lagi orang2 yang bukan Nabi, tetapi mencontohi perjuangan para Nabi, lagi2lah mereka akan dianggap dengan bermacam2 anggapan.

    Namun bagi masyarakat yang matang dan terbuka, pendapat2 seperti saudara inilah yang amat dialu-alukan untuk melapangkan cara hidup.

    Bukankah Al Quran itu disampaikan untuk melapangkan hidup manusia setelah kaum2 musyrik menyempit2kannya dengan ketetapan tradisi mereka? Takkanlah kehidupan orang Islam itu sama macam kehidupan orang2 yang musyrik kan?

    Kita lihat sejauh mana manusia itu dapat mematangkan dirinya untuk membawa hujah2 yang kukuh untuk mencanggahi apa yang saudara huraikan.

    Teruskan membawa hujah2 yang mencabar minda sebegini. Secara peribadi, saya suka sesuatu persoalan yang mencabar begini, sebab setelah kita mendapat jawapannya nanti, rasa kepuasan dalam dada. Samalah macam buat Add Maths dulu2. Walaupun pening kepala nak menjawabnya, tetapi bila dapat jawapan tu, perghh, terasa satu kepuasan. :)

    Juang

    February 19, 2010 at 1:09 am

  4. saya lihat minuman arak lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan.

    muaddib

    February 19, 2010 at 2:12 am

  5. Salam Muaddib,

    Itulah juga yang dijelaskan oleh Allah. Arak membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan. Tetapi Allah tidak mengharamkannya, sebagaimana para ulama mengharamkannya.

    Di sinilah beza bagaimana Allah mengajar manusia berbanding manusia mengajar manusia. Dengan mengharamkan terus arak, manusia berpendapat ia akan menyebabkan manusia lain tidak akan mengambil arak lagi. Selesai masalah.

    Bagaimanapun jelas selepas pengharaman dibuat, nampak seperti tidak ada kesan terhadap pengharaman yang mereka kenakan lantas mereka mencari jalan yang lebih ketat seperti mengambil pendekatan menghukum pula.

    Sebaliknya Tuhan mengajar kita melalui kaedah mendidik. Mengapa tidak baik minum arak? Tuhan beritahu kita kerana ia tidak akan menjadikan kita seorang yang berjaya dalam hidup. Kita akan menghadapi banyak masalah. Orang benci kita. Orang mungkin akan bermusuh dengan kita. Dan kita akan mengabaikan tanggungjawab serta komitmen kita. Kita akan lupa kepada Tuhan dan syaitan akan mudah menyesatkan kita dengan pelbagai cara.

    Sepatutnya kaedah seperti itulah yang kita kena gunapakai dalam membendung penyalahgunaan arak, sebab itu kaedah yang Tuhan ajar kepada kita. Kalau kita cakap arak haram saja, orang yang minum arak tidak akan rasa apa-apa. Dia kata, aku minum arak tak mati pun.

    Tetapi kalau kita beritahu dia apa peluang yang dia mungkin akan terlepas akibat asyik mabuk, apa penyakit yang boleh dia dapat, apa masalah yang dia boleh terjebak dan kemudian dalam masa yang sama tunjukkan kelebihan-kelebihan yang dia boleh perolehi, bagaimana dia boleh memanfaatkan hidup dengan lebih elok tanpa arak, ia akan membantunya berfikir dan membuat keputusan sendiri.

    Kita lihat masalah penagihan dadah sebagai contoh. Kita dah wartakan sebagai haram. Kita dah sediakan hukuman berat. Tetapi penagih tetap bertambah. Mengapa? Sebab tidak ada kesedaran di dalam diri. Kita tidak ajar mereka cara berfikir dengan baik. Cara berfikir yang berteraskan kepada rasional dan logik supaya mereka sedar akan amanah dan tanggungjawab diri mereka kepada Tuhan, kepada diri sendiri, kepada keluarga dan masyarakatnya. Kita cuma kata dadah haram dan hukuman berat. Siapa peduli?

    Kalau tak silap saya, Amerika Syarikat pernah mengkanunkan pengharaman arak sekitar tahun 1940-an dulu. Ia gagal dan pengharaman berkenaan ditarik balik. Cuba selidiki adakah mereka membuat pengkanunan pengharaman itu berdasarkan kepada Al-Quran atau kepada bible?

    tolokminda

    February 19, 2010 at 2:39 am

  6. Begitulah pentingnya mendidik daripada menghukum. Kalau kita kaji bagaimana Allah mendidik Adam dan isterinya supaya jangan mendekati pokok larangan, Allah tidak sebut “diharamkan kamu mendekati pokok ini”. Tetapi Allah perjelasan bahawa mendekati pokok terlarang itu akan menyebabkan mereka termasuk dalam orang2 yang zalim.

    Hanya manusia yang tiada kesabaran dalam diri sahaja suka menghukum daripada mendidik. Mendidik memerlukan kita didik diri kita dahulu agar jadi seorang yang berhikmah. Sedangkan orang yang suka menghukum lebih mementingkan kuasa tanpa mengira hikmah dalam dirinya sendiri. Sebab itulah golongan sebegitu suka berpecah-belah berebut kuasa kerana pada mereka sesuatu masalah itu hanya boleh diselesaikan dengan cara menghukum, bukannya mendidik.

    Cara sebaik untuk menyelesaikan masalah dengan mengajak masyarakat berfikir secara rasional, bukannya pergi buat hukum.

    Jika kita lihat pertumbuhan anak2 pun, anak2 yang dibesarkan dengan cara didikan lebih bijak daripada anak2 yang dibesarkan dengan cara menghukum.

    Teringat kepada ibu saya mendidik saya dengan cara berlemah-lembut dan kasih-sayang. Beliau tidak pernah menghukum atau mencaci anak2nya yang berbuat salah. Tetapi beliau berikan kata2 nasihat untuk anak2nya memikirkan. Dan mana2 anak2nya yang dengar nasihat atau tidak, beliau tidak membeza2kan. Kesabaran beliau itulah menjadi azimat untuk kekuatan jiwa.

    Juang

    February 19, 2010 at 2:58 am

  7. Salam Juang,

    Ini menunjukkan apa yang sebenarnya Tuhan uji adalah akal kita. Bolehkah kita berfikir? Bolehkah kita memilih yang lebih baik? Atau kita lebih cenderung membiarkan diri mudah terpengaruh dan menurut membuta tuli saja dalam semua perkara?

    tolokminda

    February 19, 2010 at 3:16 am

  8. Salam TM,

    Benar. Jika perhalusi Al Quran, orang2 yang percaya itu adalah orang yang menggunakan akal, manakala orang2 yang engkar dan tegar dengan kemusyrikannya adalah orang2 yang tidak mahu menggunakan akal mereka sendiri.

    Pada akal kita itulah yang membezakan martabat di antara sesama manusia. Berjayalah orang yang berusaha membangunkan akalnya, manakala rugilah orang2 yang melalaikannya.

    Juang

    February 19, 2010 at 3:30 am

  9. Salam,

    Menggalakkan manusia berfikir secara rasional dan logik bertujuan untuk meletakkan perisai dalam diri manusia itu agar tidak mudah melakukkan sesuatu yang kotor, jahat dan merosakkan.

    Sikap suka menurut rasa, dan meletakkan akal ditempat yang terbelakang menyebabkan manusia bertindak diluar batasan. Mereka tidak memikirkan dahulu buruk-baik sesuatu perkara.

    Lihatlah kadar kemalangan yang berlaku di negara kita. Walaupun hukuman bagi kesalahan trafik diperketatkan, tetapi kadar kemalangan jalan tetap tinggi. Jika ramai pemandu yang memandu menurut hawa nafsu (nak cepat dan tidak hirau keselamatan), macam mana nak rendahkan kadar kemalangan?

    Tetapi kalau kita bangunkan dan matangkan pemikiran masyarakat, sudah pasti kita dapat mengurangkan masalah2 dalam masyarakat kita sebab yang suka buat kerja2 merosakkan itu hanya orang2 yang tak matang sahaja.

    Begitulah pentingnya hidup secara rasional dan berfikir secara logik.

    Juang

    February 19, 2010 at 3:54 am

  10. Salam Islahdin,

    Saya berpendapat jika sesuatu ayat itu dimulai dengan ungkapan “jika sesiapa bertanya kamu..” maknanya isu yang dipersoalkan itu sudah sedia wujud ketika Al-Quran diturunkan. Dan saya melihat persoalan mengenai isu-isu berkenaan timbul kerana ada pihak yang telah menetapkan hukum-hukum tertentu, misalnya itu haram atau ini haram dan sebagainya.

    Polemik mengenainya kemudian digembar-gemburkan oleh mereka yang percaya kepada hukum-hakam berkenaan untuk menyanggah atau menimbulkan keraguan kepada mereka yang percaya kepada Al-Quran

    Jadi melalui ayat-ayat jika-sesiapa-bertanya-kamu, Tuhan sebenarnya memberikan jawapan dan penjelasan kepada polemik-polemik berkenaan supaya percanggahan mengenainya dapat dihentikan dan keyakinan mereka yang Muslim dapat dipulihkan. Antara contoh ayat jika-sesiapa-bertanya-kamu adalah:

    2:219 Mereka bertanya kamu tentang arak dan judi. Katakan: Di dalam keduanya terdapat keburukan besar dan cara mendapatkan keuntungan kepada manusia, dan keburukannya adalah lebih besar dari keuntungannya. Dan mereka bertanya kamu sebagaimanakah yang patut untuk dibelanjakan. Katakan: Apa yang terlebih. Maka, adakah Tuhan sudah menjelaskan wahyu-wahyunya supaya kamu renungkan?

    5.4 Mereka bertanya kamu apakah yang dibenarkan kepada mereka. Katakan: Semua benda yang baik adalah dibenarkan kepada kamu dan apa yang telah ditangkap oleh anjing-anjing yang telah kamu ajar sebagaimana Tuhan telah mengajar kamu. Dan sebutlah nama Allah ke atasnya. Kamu harus patuh kepada Tuhan, hukuman Tuhan sangatlah keras.

    2:142 Yang bodoh di kalangan orang akan bertanya: Apa yang membuatkan mereka mengubah arah tumpuan di mana mereka berada? Beritahu mereka: Kepada Tuhan kepunyaan Timur dan Barat. Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan mereka yang patuh.

    tolokminda

    February 19, 2010 at 4:33 am

  11. Sebagai sambungan kepada apa yang dikemukakan oleh tuan Islahdin,

    Islahdin menulis,

    Tetapi pada tahun keempat sesudah Hijrah, Rasulullah s.a.w. menerima perintah bahwa minum minuman keras telah terlarang. Dengan perintah itu maka kebiasaan minum arak lenyap dari masyarakat Islam. Kisahnya, ketika wahyu yang mengharamkan arak itu turun, Rasulullah memanggil seorang Sahabat dan memerintahkan kepadanya mengumumkan perintah baru itu di lorong-lorong kota Medinah.

    Salam,

    Untuk berlaku adil kepada kita semua, bolehkah tuan berikah rujukan kepada wahyu yang dikatakan perintah pengharaman arak itu?

    tolokminda

    February 19, 2010 at 5:43 am

  12. Salam TM,

    Seperti rokok, ada juga fatwa dikeluarkan mengatakan rokok itu haram. Apakah wujudnya pengharaman arak disebabkan fatwa2 yang dikeluarkan oleh pihak tertentu yang diterima tanpa mereka cross-check dengan Al Quran terlebih dahulu?

    Juang

    February 19, 2010 at 6:34 am

  13. salam…

    16:67
    Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.
    ————————————————-

    Dalam ayat diatas perkatan ARAB bertulis HARAM memang
    tak ada.Tapi..maksud menunjukkan nama sesuatu JISIM
    ada.Iaotu ARAK dari buah TAMAR.

    Kisah ini adalah sebagai menjelaskan tentang Allah
    mengilhamkan dari satu perkara yg.tercipta melalui
    bentuk asalnya….manusia yg.berakal telah menjadikan
    perubahan ketetapan asalnya kepada suatu minuman
    ARAK.Arak telah jeas adalah suatu yg.boleh
    memabukan dan banyak mudaratnya.

    Kenudian Allah memberi perumpaman Lebah yg.diberi
    ilham menghasilkan madu dan susu dalam perut haiwan
    adalah minuman asli yg.tak berubah jisim asalnya
    sedangkan ia lebih berkhasiat.
    ———————————————-

    Ayat 4:43…perkataan mabuk adalah umum dan tak
    menyatakan sebab mabuk oleh minuman arak atau sebab
    lain.Tapi boleh juga diyakini,..mabuk itu sebab ARAK.

    Walauapa pun Allah hanya melarang berkomitmen dalam
    keadaan mabuk melainkan selepas keadan waras.

    ————————————————

    Kesimpulannya…Allah melarang dengan pemahaman
    bahasa loghat “HARAM”
    Jadi setiap yg.Allah larang bererti melakukan tanpa
    sebab terdesak adalah salah dan melanggar perintah
    dan difahamkan dia dengan bahasa “BERDOSA”

    Istilah berdosa ne mungkin boleh dibincangkan.Kerana
    maksud berdosa boleh juga sebebagai hukum mudarat
    dan menjadi sebab manusia di benci dan dimurkai.

    Tok Syam

    February 19, 2010 at 8:27 am

  14. Salam,

    Jadi apakah perbuatan menghukum orang yang minum arak itu diperintah oleh Allah?

    Juang

    February 19, 2010 at 9:44 am

  15. Salam…..
    Kesilapan pada manusia banyak.Kekeliruan memahami
    HAK Allah dan apakah HAK sebagai manusia.

    Menghukum itu pelbagai maksud.Menghukum yg.bermaksud
    MENUDUH dan menjalankan hukum Allah melalui peringatan
    dan tindakan syarak.

    Adalah lebih elok kita menggunakan bahasa Alquran dalam
    menyampaikan peringatan walaupun panjang daripada kita
    menuduh dengan niat menghukum….KAFIR,HARAM dan
    sebagainya jika kita bukan AHLI.

    Menghukum seseorang adalah melalui pelbagai syarat
    yg.digariskan syarak dan Allah dah ajar hal itu.
    Erti melihat tanda benang Hitam dan Putih juga boleh
    digunakan.

    Apakah dalam keadaan terang atau gelap atau dalam
    keadaan dianratanya.
    Setelah jelas nyata,..barulah boleh dihukum.Sebelum
    tu kena dibicarakan dan diadili.

    Tok Syam

    February 19, 2010 at 10:02 am

  16. Salam Tok Syam,

    16:67 (Terjemahan Yusof Ali): Dan dari buah-buah tamar dan anggur kamu perolehi makanan dan minuman berkhasiat: lihatlah ini juga adalah petunjuk kepada mereka yang bijak.

    16:67 (Terjemahan Syakir): Dan dari buah-buah tamar dan anggur – kamu perolehi darinya arak dan kurniaan yang baik; sesungguhnya ianya mengandungi petunjuk bagi mereka yang memikirkannya.

    Jadi di mana larangan atau pengharaman araknya?

    Ingat, di sini saya cuma mahu mengajak para pembaca budiman melihat dari sudut ada atau tidaknya pengharaman arak di dalam Al-Quran dan bukan sekali-kali mahu menggalakkan penyalahgunaan arak yang kita semua tahu membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.

    Oleh kerana selama ini kita diberitahu oleh pembesar agama bahawa arak diharamkan oleh Allah, maka hari ini kita mahu memastikan sendiri samada dakwaan mereka betul atau palsu. Ini penting kerana kita tidak mahu menyekutukan ketetapan Allah dengan ketetapan pihak lain.

    tolokminda

    February 19, 2010 at 11:11 am

  17. Tiada larangan langsung dari Allah mengenai arak tapi para ulamak masih mahu mengenakan hukuman sebat atas nama Allah. Masalah besar bila ada undang2 Syariah yang membolehkan mereka melakukan kezaliman dengan nama Allah. Sangat menyedihkan.

    Bila TM nak menyentuh soal aurat perempuan? Rasanya tiada arahan langsung dalam AlQuran yang menyuruh perempuan menutup rambut?

    M.Khalid

    February 19, 2010 at 2:32 pm

  18. Salam TEM,

    Hukuman di dunia terhadap terhadap peminum arak tidak disebut dalam al-Quran, tetapi hanya disebut dalam hadis.

    PENEMUAN PERKATAAN ARAK/KHAMAR ATAU PERKATAAN MABUK DALAM AL-QURAN:-

    AN NAHL (LEBAH) 016:67 (Makiyyah) – Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rezki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan.

    AL BAQARAH (LEMBU BETINA) 002:219 (Madaniyyah) [Ayat 281 – di Mina] – “Mereka bertanya kepadamu tentang arak/khamar dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu apakah yang mereka nafkahkan. Katakanlah “Yang lebih dari keperluan”. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu supaya kamu berfikir”

    AN NISAA (WANITA) 004:043 (Madaniyyah) – “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedangkan kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu tidak mengerti apa yang kamu ucapkan ………….”

    AL MAA-IDAH (HIDANGAN) 005:090-091 (Madaniyyah) – Arak/Khamar dan judi termasuk perbuatan yang keji dan termasuk perbuatan syaitan. Melalui keduanya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian serta menghalangi manusia untuk mengingati Allah. Maka berhentilah keduanya……

    MUHAMMAD (NABI MUHAMMAD S.A.W.) 047:015 (Madaniyyah) – …….. Orang yang bertaqwa akan dapat balasan syurga yang di dalamnya terdapat sungai-sungai arak/khamar yang lazat rasanya, lagi tidak memabukkan……….

    (Hanya 5 ayat al-Quran di atas sahaja dijumpai, mungkin ada lebih lagi? Minta bantuan)

    HUKUMAN TERHADAP PEMINUM ARAK:-

    Daripada 5 ayat al-Quran dinyatakan di atas tiada pula hukuman ke atas peminum arak. Tetapi terdapat masalah hukuman yang diberikan kepada orang yang meminum arak dalam hadis-hadis. Sebagai tambahan penjelasan, berikut hadis-hadisnyanya:-

    “Bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah mendera orang yang meminum minuman keras dengan dua pelepah tamar 40 kali” (HR Muslim)

    “Pada zaman Rasulullah s.a.w. hukuman meminum khamar dipukul 40 kali dengan dua selipar, maka pada zaman ‘Umar beliau menggunakan cemeti sebagai ganti tiap-tiap satu selipar” (HR Ahmad)

    Dan banyak lagi hadis-hadis yang mengenainya, tetapi daripada bacaan saya didapati terdapat JUGA hadis-hadis yang bercanggah di antara satu sama lain hukuman ke atas peminum arak. Ada hadis yang menyatakan apa yang dilakukan bukan oleh Nabi Muhamad s.a.w. tetapi oleh Khalifah Abu Bakar dan lain-lain khalifah selepasnya.

    Hukuman di dunia terhadap peminum arak yang disebut dalam hadis itu pula tidak konsisten dan bercanggah pula antara satu sama lain.

    Berdasar kepada cerita yang terkandung dalam banyak hadis, hukuman terhadap peminum arak yang dilaksanakan pada zaman Rasulullah s.a.w. berbeza daripada seorang pesalah kepada seorang pesalah yang lain.

    Malah ada hadis-hadis yang berkata bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah melaksanakan sendiri hukuman itu, tetapi para sahabat baginda yang melaksanakannya.

    Ini bermaksud Rasulullah tidak pernah mengambil tindakan ke atas peminum arak.

    Di bawah ini diperturunkan pengertian beberapa hadis itu.

    Dalam sebuah hadis yang terkandung dalam kitab Sahih al-Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. mengarah sahabat-sahabatnya memukul seorang yang minum arak dengan kasut dan pelepah kurma.

    Tetapi dalam sebuah hadis lain yang terkandung dalam kitab Sahih Muslim yang meriwayatkan bahawa Rasulullah sendiri memukul peminum arak dengan dua pelepah kira-kira 40 kali. Dalam menghurai hadis berkenaan, Imam Muslim menyebut bahawa Abu Bakar memukul peminum arak sebanyak 40 kali dan Omar ibn al-Khatab pula membuat sebatan 80 kali.

    Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Malik, Al-Laits, keluarga Rasul dan satu pendapat lain dari As-Shafi’e menetapkan bahawa hukuman ke atas peminum khamar ialah 80 sebatan. Mereka mengatakan bahawa hukuman 80 sebatan ini telah diijma’ oleh para sahabat berdasarkan hadis Anas r.a. :

    ”Telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. seorang peminum khamar, maka Rasulullah memukulnya dengan sandalnya (selipar) sebanyak lebih kurang empat puluh kali. Kemudian Abu Bakar dibawa kepada peminum khamar, maka beliau berbuat seperti itu juga. Kemudian dibawa peminum khamar kepada Omar, lalu beliau bermesyuarat mengenai hukum hudud ini. Ibn Auf (Abdul Rahman) berkata: Sekurang-kurangnya hukum Hudud ialah 80 kali sebatan. Maka Omar memukul peminum tadi 80 kali sebatan”(HR Ahmad, Muslim, Abu daud dan At-Tarmizi)

    Kerana tidak wujud hukuman terhadap pesalah minum arak dalam al-Quran (tidak seperti hukuman terhadap pencuri, penzina, penuduh (qazaf) dll.) serta berlaku pula perbezaan dan percanggahan dalam hadis-hadis di atas menyebabkan sesetengah ulamak menganggap hukuman terhadap pesalah minum arak bukan terjatuh dalam hukuman Hudud, sebaliknya ia hukuman takzir, iaitu hukuman ringan atau hukuman kecil yang kadarnya tidak ditetapkan oleh al-Quran dan hadis, tetapi ditetapkan oleh hakim atau mahkamah secara berijtihad.

    Di bawah undang-undang yang digunapakai kepada rakyat Malaysia (tanpa mengira agama) adalah tidak menjadi apa-apa kesalahan jika meminum arak. Walau bagaimanapun ia menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang atas akibat minum arak. Sebagai contoh kesalahannya memandu kenderaan di bawah pengaruh arak atau bertatakelakuan buruk (termasuk merosakkan harta benda) di khalayak awam akibat pengaruh arak. ‘Mabuk akibat arak’ juga bukannya boleh dijadikan satu asas pembelaan diri dalam mahkamah.

    Di bawah Seksyen 510 Penal Code – Misconduct in public by a drunken person

    “Whoever, in a state of intoxication, appears in any public place, or in any place which it is a trespass in him to enter, and there conducts himself in such a manner as to cause annoyance to any person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to ten days, or with fine which may extend to twenty ringgit, or with both”

    Bagi rakyat Malaysia pemegang MyKad yang tertera Islam dalamnya, berikut adalah hukuman berkaitan arak yang digunapakai oleh kebanyakan negeri-negeri berlandaskan kepada Akta/Enakmen Jenayah Syariah Islam mengikut wilayah / negeri masing-masing, melainkan negeri-negeri dinyatakan di bawah secara khusus:-

    (a) Sabitan kesalahan meminum arak (apa-apa minuman yang memabukkan) di kedai (atau di tempat awam) dengan sukarela (bukan dengan paksaan atau dipujuk rayu untuk meminumnya) boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. [Nota : Tiada sebatan]

    (b) Sabitan kesalahan membuat, menjual, menawarkan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan ataupun membeli arak (apa-apa minuman yang memabukkan) boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. [Nota : Tiada sebatan]

    Walau bagaimanapun bagi negeri-negeri Pahang dan Kelantan hukuman bagi pesalah Muslim yang membuat, menjual, mengedar, menyimpan atau meminum minuman yang memabukkan adalah sama sahaja hukumannya, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun dan disebat tidak melebihi 6 sebatan, manakala negeri-negeri Islam lain tidak mengenakan hukuman sebatan. Maknanya sebatan adalah hukuman wajib bagi pesalah kesalahan arak bagi kedua-dua negeri itu, tidak bagi negeri-negeri lain.

    Ini pula adalah hukum dan hukuman yang ditetapkan dalam Enakmen Hudud oleh Hadi Awang semasa beliau menjadi Menetri Besar Terengganu dulu terhadap peminum arak. Orang Muslim yang membuat, mengedar atau menjual arak TIDAK DIKENAKAN HUKUMAN kerana menafsirkan orang Muslim itu sebagai tidak berdosa

    5. Syurb.

    (1) Syurb adalah kesalahan meminum arak atau sebarang minuman yang sifatnya memabukkan, sama ada orang yang meminumnya mabuk atau tidak, dan tanpa mengira kuantiti yang diminumnya.

    (2) Sesiapa yang melakukan kesalahan syurb hendaklah dihukum dengan hukuman seperti berikut:

    (a) bagi kesalahan pertama atau kedua dengan sebat tidak kurang daripada empat puluh sebatan;

    (b) bagi kesalahan ketiga dengan sebat tidak kurang daripada empat puluh sebatan dan tidak lebih daripada lapan puluh sebatan; dan

    (c) bagi kesalahan keempat dan seterusnya dengan sebat tidak kurang daripada empat puluh sebatan dan tidak lebih daripada lapan puluh sebatan, dan boleh juga dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah.[/quote]
    Ini bagi negeri Kedah:-

    Seksyen 25. Minuman yang memabukkan.

    (1) Mana-mana orang yang minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

    (2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.[/quote]

    Hukuman terhadap kesalahan meminum lebih berat daripada membuat, mengedar ataupun menjual arak, dan tiada hukuman sebatan.

    Mengapa berlainan dan tidak seragam hukumannya? Kerana fahaman yang berbeza tentang tafsiran ajaran agama Islam oleh masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

    mulutmelayu

    February 19, 2010 at 4:12 pm

  19. Salam,

    Dalam Quran, saya hanya menemui beberapa perkara yang diharamkan oleh Tuhan iaitu makanan,riba, kahwin,menyekutukan Tuhan,dosa dan angkuh,serta membunuh. Saya sertakan ayat2 dibawah untuk keterangan lanjut.

    2:173. Hanyalah benda-benda ini yang Dia mengharamkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi(daging busuk), dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan, dan tidak menderhakai, maka tidaklah berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih(makanan)
    :275. Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu adalah kerana mereka mengatakan, “Jual beli adalah serupa dengan riba.” Allah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa mengulanginya, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya. (riba)
    4:23. Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak perempuan yang dalam penjagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah memasuki – tetapi jika kamu belum memasuki mereka, maka tidaklah bersalah ke atas kamu – dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa yang telah lalu; Allah adalah Pengampun, Pengasih. (kahwin)
    5:72. Merekalah orang-orang yang tidak percaya, yang berkata, “Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam.” Berkata al-Masih, “Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu. Sesungguhnya sesiapa menyekutukan Allah, Allah akan mengharamkannya Taman, dan tempat menginapnya ialah Api; orang-orang yang zalim tidak ada penolong-penolong(haram syurga bagi penyekutu)
    7:33. Katakanlah, “Pemeliharaku hanya mengharamkan kesumbangan yang nampak dan yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, dan keangkuhan tanpa patut, dan kamu menyekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak menurunkan kuasa, dan kamu mengatakan mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu(dosa dan angkuh)
    17:33. Dan janganlah membunuh jiwa yang Allah mengharamkan, kecuali dengan patut, dan sesiapa yang dibunuh dengan tidak adil, Kami memberikan walinya (warisnya) kuasa; tetapi janganlah dia membazir (berlebihan) dalam pembunuhan; dia ditolong.(bunuh)
    24:3. Lelaki yang berzina tidak mengahwini kecuali perempuan yang berzina, atau perempuan yang menyekutukan; dan perempuan yang berzina, tiada yang mengahwininya kecuali lelaki yang berzina, atau lelaki yang menyekutukan; itu diharamkan kepada orang-orang mukmin(perkahwinan)

    Penulis

    February 19, 2010 at 4:52 pm

  20. Salam,

    Saya berpendapat inilah cara yang sepatutnya kita semua buat. Bila berdepan dengan sesuatu isu yang dikaitkan dengan asas-asas kepercayaan kita, kita harus membuat counter check berdasarkan Al-Quran, manual kehidupan yang telah Tuhan wahyukan kepada kita. Sesungguhnya kita tidak akan ditanya tentang keyakinan orang lain, tetapi kita pasti akan menjawab perihal keyakinan diri kita sendiri.

    Berbalik kepada arak, (selepas membuat pemeriksaan masing-masing) saya melihat ramai setuju arak bukanlah sesuatu yang Tuhan telah haramkan ke atas kita. Tuhan suruh kita elakkan arak dan jangan menyalahgunakannya kerana ia boleh mengakibat pelbagai gejala negatif yang mengundang banyak masalah kepada diri sendiri dan orang lain. Hanya nasihat kepada sesiapa yang mabuk tetapi bukan suruhan menyebat mereka.

    Terima kasih kepada tuan Mulutmelayu kerana membawa latarbelakang dan kedudukan perundangan syariah berkaitan arak untuk dikongsi di sini. Sama-samalah kita renungkan.

    Bagaimana pula tentang hukum-hakam fekah berkaitan arak, bagaimanakah kita harus menetapkan pendirian kita?

    tolokminda

    February 19, 2010 at 6:02 pm

  21. Apa pendapat sdr.TM tentang arak setelah pelbagai
    ulasan diberikan….?
    Sekiranya arak tiada dihukum haram dan tiada pula
    hukum untuk pesalah didunia…..apakah cadangan TM..?

    Tok Syam

    February 19, 2010 at 8:20 pm

  22. Banyak yang aku tau tapi macam tak tau bila ada di site ni.

    Tetiba ak teringat ada satu ayat Allah. Ada dalam Quran. Sebab tu aku katakan dia ayat Allah.

    Cuba korang tengok nih-
    Surah Al-Mukminun

    [1]
    Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
    [2]
    Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
    [3]
    Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
    [4]
    Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
    [5]
    Dan mereka yang menjaga kehormatannya, –
    [6]
    Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya (sesetengah terjemahan pakai perkataan budak yang dimiliki) maka sesungguhnya mereka tidak tercela: –
    [7]
    Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

    Agak2nyalah, kalo zaman kita ni, apa istilah untuk hamba sahaya atau budak yang dimiliki tu?

    Mari kita pakat2 pikir…

    seacher

    February 19, 2010 at 11:42 pm

  23. Salam,

    Jika mengikut Al Quran, untuk permasalahan arak, kita hanya boleh membuat kempen2 kesedaran tentang keburukan minum arak. Kalau kita fikirkan, kenapa kempen anti-merokok atau dadah boleh dilakukan umpamanya di media massa, tetapi kena kempen anti-arak tidak dilakukan secara meluas?

    Adakah kerana amalan minum arak itu menjadi isu sensitif sesetengah kaum di negara kita?

    Jika kita boleh berlaku jujur dalam semua segi, pasti penyakit2 masyarakat boleh diminimakan.

    Juang

    February 20, 2010 at 1:52 am

  24. seacher,

    daripada anda mengajak kami berfikir lebih baik anda sampaikan terus apa yang anda hendak sampaikan kerana apa yang kami fahami terhadap surah yang anda beri berbeza dengan apa yang anda faham.

    kenyataan ‘fikir-fikirkanlah’ tidak membantu dalam orang lain memahami apa yang ingin anda sampaikan.

    Adakah anda sendiri tidak faham sepenuhnya lalu mengalami kesukaran untuk menyatakan apa yang ada dalam minda anda?

    muaddib

    February 20, 2010 at 2:38 am

  25. Arak memamg ada baiknya ada tapi memang tak banyak.

    Buruknya pula berjela jela. Banyak kes kemalangan ngeri jalan raya, pukul orang, bunuh orang, rogol, pukul isteri dan banyak lagi banyak berpunca dari minuman beralkohol. Tak payah di perlebarkan lagi. Walaupun begitu mempercayai sesuatu itu haram tanpa usul periksa walhal Quran tak pernah mengharamkanya hanyalah membawa kerugian kepada sipemilik kepercayaan itu.

    Maksud saya begini. Pertamanya kerugian itu ialah, terlepas peluang menikmati nikmat nikmat Tuhan. Walau pun nikmat nikmat itu tak banyak seperti yang telah saya katakan diatas, tapi kita terlepas peluang menikamatinya kerana diri kita sendiri. Jadi payah untuk menjadi individu yang maju/kaya dari segi ekonomi, sedangkan banyak ayat ayat dalam Quran yang menyatakan bahawasannya orang orang yang percaya itu berjaya di dunia dan diakhirat.

    Keduanya orang yang mempercayai yang alkohol itu haram akan menjauhi alkohol itu sampai keperingkat dimana ia menjauhkan diri dari yang majlis majlis kecik atau besar yang menjamu minuman beralkohol. Tidaklah salah kalau berpegang pada pendirian sebegini. Tapi reality hidup dalam dunia hari ini kita tidak dapat tidak mesti bersosial untuk menjayakan sesuatu inisiatif kerja sama lebih lebih lagi dalam initiatif perniagaan. Dalam initiatif perniagaan kalau nak untung besar kita mesti meningkat usaha perniaagan merintasi batasan kaum dan budaya.

    Ahli ahli perniagaan yang percaya alkohol itu haram tanpa usul periksa mendapati sukar untuk tidak mempertingkatkan keuntungan perniagaan mereka setanding atau lebih dari ahli ahli perniagaan yang melihat minuman beralkohol itu hanyalah sesuatu yang ujud sebagai alat atau medium mencapai kesefahaman dalam memeterai satu perjanjian usaha sama dalam dunia perniagaan.

    Mari kita lihat kisah seorang ahli perniagaan yang ingin berjaya bernama Ahmad.

    Bayangkan Encik Ahmad baca Quran dan telah memahami dengan terperinci tentang ayat ayat Quran di bawah tajuk minuman yang memabukan. Dia juga telah mendapati quran tidak pernah mengharamkan minuman beralkohol. Di samping itu dia benar benar faham konsep komitmen. Dia faham benar dengan nasihat didalam Quran bahawa individu yang ingin berjaya dalam hidup mestilah menjauhi arak seboleh mungkin kerana arak banyak buruk dari baiknya. Dia faham batas batas yang telah ditetapkan didalam Quran. Dia percaya minum arak adalah “OK”.

    Satu hari atas urusan perniagaan dia diajak untuk makan malam oleh seorang ahli perniagaan bukan dari bangsanya yang bernama Samy. Ahmad maklum Samy gemar minum “wine merah” bila makan “steak” daging lembu. Ahmad juga maklum dengan hubungan baik Samy perniagaan Ahmad akan dapat berkembang mekar dengan kadar yang jauh lebih pesat jika hubungannya dengan Samy terjalin.

    Kalau Ahmad berfahaman tradisi, iaitu arak “haram”, Ahmad besar kemungkinan tidak akan hadir kemajlis jemputan Samy. Ahmad secara automatik telah terlepas peluang untuk memajukan perniagaannya. Dan inilah pendirian majority perniaga perniaga berbangsa melayu di Malaysia.

    Kalau ahmad tidak percaya yang arak itu haram, dia akan terima jemputan Samy dengan hati lapang. Masa makan Ahmad akan minum wine merah sekadarnya, tidak lebih lebih. Adakah Ahmad akan mabuk hanya dengan minum setengah gelas wine merah? Tidak! Yang penting perbualan persefahaman perniagaan di meja makan. Persefahaman dasar jutaan ringgit banyak dimeterai hanya dimeja makan.

    Saya percaya ramai yang tak akan setuju dengan saya. Tapi lihatlah sekeliling kita. Berapa ramai perniaga melayu dapat menembusi pasaran bukan melayu. Apa yang berlaku adalah disebaliknya. Suka atau tidak, budaya minum arak adalah budaya masyarakat barat yang pada waktu ini menguasai ekonomi dunia. Jika sesuatu itu telah menjadi budaya ianya sukar atau mustahil untuk hapuskan. Ada perpatah orang putih yang bermaksud lebih kurang, “kalau kita tak dapat kalahkan mereka, kita sertai mereka”. Tapi kita sertai mereka dengan akal!

    Bagi saya, mungkin benar Nabi Muhamad pernah “ban” arak. Perhatikan saya guna perkataan “ban” bukan perkataan “haramkan”. Nabi tak akan haramkan sesuatu yang tidak pernah diharam dalam Quran. “Ban” tidak membawa konotasi kepercayaan berunsur agama. Ia lebih bersifat undang undang sivil harian dan pengurusan. Nabi Muhammad “ban” arak atas kapasiti kerajaan atau ketua masyarakat bukan atas kapasiti nabi atau rasul. Melihat hadis hadis yang saudara mulutmelayu setakan, nampak sangat hukuman hukuman rotan yang dijatuhkan oleh pihak yang bertnggung jawab ketika itu tidak tetap dan konsistan, tapi bersifat “kes by kes”. Jelas sekali ianya bukan hukum dari Tuhan. Sebagai ketua dia bertanggung jawab atas masyarakatnya dan beliau cuba menangani konflik semasa atau cuba “damage control” dimana arak telah dinikmati secara melampau/tanpa akal. “Ban” yang Nabi Muhammad lakukan adalah bersemangat atau bersifat sementara. Bila masyarakat telah matang dapat menggunakan akal bila berhadapan dengan arak, saya percaya “ban” itu dimansuhkan.

    Itulah yang saya rasa elok dilakukan oleh kerajaan iaitu “ban” arak, bila keadaan sosial tidak terkawal. Bukan merotan. “Ban”kan atau tutup saja kilang kilang arak atau naik kan cukai dan tax ke paras tak masuk akal! Tak payah rotan rotan kalau benar kerajaan jujur menangani masaalah arak ini kalau ianya benar benar masaalah.

    Aduh....

    February 20, 2010 at 3:48 am

  26. Masalah ketagihan seperti pada arak, rokok, dadah dan judi bergantung kepada bagaimana rasionalnya manusia itu mendefinasikan sesuatu nikmat.

    Ada manusia beranggapan sesuatu yang mengkhayalkan atau memabukkan itu adalah nikmat. Secara jangka masa pendeknya, memanglah ia nampak seperti satu kenikmatan, tetapi secara jangka masa panjang, ia mengandungi banyak kemudaratan.

    Jadi, sebaik-baiknya hidup ini biarlah kita mengejar sesuatu nikmat yang konsisten dan berkekalan. Itulah sebenar2nya nikmat yang patut manusia cari.

    Antara nikmat jangka masa panjang dan berkekalan adalah nikmat mengetahui sesuatu rahsia yang tersembunyi. Umpamanya kejayaan meneroka atau menyelidik sesuatu prinsip alam yang tidak pernah terfikir sebelum ini dan hasil daripada kejayaan itu mampu menyumbang kepada penciptaan sesuatu teknologi yang bermanfaat, sudah pasti rasa nikmat dan puas itu lebih tinggi daripada nikmat minum arak. Nikmat2 ini tidak perlu dibayar. Guna akal sahaja.

    Namun kebanyakan manusia tidak suka bersusah2 dahulu dan bersenang2 kemudian. Mereka hanya kejar nikmat2 yang jelas depan mata dan sesuatu jangka masa pendek. Akibatnya mereka tidak sedar ada mudarat menanti di hadapan mereka.

    Juang

    February 20, 2010 at 4:16 am

  27. Salam,

    Ada manusia yang mengaku islam; apabila ada orang islam lain yang memakai jersi pasukan bolasepak kegemarannya yang tertera jenama arak, mulalah membuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Kononnya, baju itu tidak boleh dipakai sebab ada jenama arak dan si pemakainya boleh mempengaruhi orang islam yang lain.

    Apakah semata-mata ada orang yang pakai baju tersebut, maka mereka boleh sewenang-wenangnya menjatuhkan tuduhan-tuduhan sebegitu? Apakah dalam minda mereka, sebut saja nama arak dan yg berkaitan dengan arak, mereka boleh berbuat sesuka hati dgn melemparkan pelbagai kata-kata menghukum kepada orang itu? Apakah minda mereka sudah tertutup gara-gara perkataan ‘arak’ itu?

    bayau

    February 20, 2010 at 4:54 am

  28. Itu baru pakai baju jenama arak, kalau pakai baju ada gambar kartun babi, macam mana agaknya mereka mengutuk manusia.

    Juang

    February 20, 2010 at 4:58 am

  29. Ada juga yang membuat hukum kononnya jika pakai minyak wangi beralkohol, tak sah solat. Kononnya alkohol itu najis. Daripada mana pula datang hukum2 seperti itu? Apa rasionalnya?

    Itulah parahnya bila ada manusia perasan dirinya suci dengan menurut amalan tradisi atau ajaran sesuatu pihak yang mereka anggap apa sahaja yang ditetapkan oleh pihak itu, semuanya benar.

    Apakah minda mereka sudah terbelenggu dan tidak mampu berfikiran terbuka lagi.

    Orang2 yang berfikiran terbuka, pasti mampu bawakan hujah2 yang kukuh dan ada bukti2 yang jelas.

    Juang

    February 20, 2010 at 5:04 am

  30. Salam Aduh,

    Panjang lebar. Tapi memang betul. Oleh kerana kepercayaan yang salah terhadap arak, orang Islam terlepas banyak peluang untuk berurusan atau bersaing dengan orang lain.

    Kalau taknak minum arak tak payah minum tetapi kenapa tak boleh join orang lain yang minum hanya sekadar untuk mix around – bukannya join dengan kaki botol.

    Begitu juga makanan yang dicampur wine. Bukan memabukkan pun tetapi ia menambah perisa. Nikmat Allah untuk kita makan makanan dengan berbagai cara masakan. Adakah kita perlu disebat kerana itu?

    16:67 Dan dari buah-buah tamar dan anggur – kamu perolehi darinya arak dan kurniaan yang baik; sesungguhnya ianya mengandungi petunjuk bagi mereka yang memikirkannya.

    Tentang Nabi pernah ban arak, saya berpendapat ia perlu disertai dengan bukti-buktinya. Tentang kerajaan perlu ban arak, tutup kilang arak dan sebagainya saya berpendapat ia boleh dilakukan.

    Tetapi bagi mereka yang sememangnya suka merosakkan akal jalan mabuk bukan satu hala saja. Hidu tahi lembu pun boleh memabukkan mereka sehingga ke syurga. Percayalah.

    tolokminda

    February 20, 2010 at 7:46 am

  31. Salam.

    1. Pengharaman arak berlaku secara berperingkat, dimulai dengan larangan meminum sebelum solat sehinggalah larangan secara total.

    2. Bagi SEMUA ulama Islam, cara mengeluarkan hukum (istinbat)adalah mengikut kaedah usl fiqh/islamic jurisprudence. Pengharaman tidak terletak pada perkataan ‘haram’ sahaja. Selain perkataan ‘haram’, perkataan yang membawa maksud dosa, menjanjikan bala, dll juga membawa kepada hukum haram.

    Ini link pengharaman arak mengikut usul fiqh: http://www.scribd.com/doc/21334064/Pengharaman-Arak-Mengikut-Kaedah-Usul-Fiqh

    3. Jika niat saudara ikhlas, maka saya mendoakan saudara menemui jawapan yang betul dan diredhai Allah. Cuma buat masa ini, saya rasa artikel saudara akan mengelirukan umat islam kebanyakan. Dalam memahami Al-Quran, mendalami bahasa Arab, loghatnya, budayanya, seni bahasanya.. semuanya penting untuk memahami mesej Al-Quran. Memberi tafsiran sendiri selepas membaca terjemahan ke bahasa melayu/inggeris tidak mencukupi. Saya percaya kalau saudara2 ikhlas dalam persoalan ini, sekurang-kurangnya saudara akan membaca link saya dan mencari lebih lanjut tentang ‘kaedah usul fiqh’.

    Sekian, semoga kita semua mendapat hidayah daripada perbincangan ini.

    ahmad kassim

    February 20, 2010 at 2:39 pm

  32. Salam,

    Suatu ketika dahulu sy pernah dengar ada ustaz2 yg mengatakan mereka yg kerja dikilang arak, dan walaupun tukang potong rumput, tukang hidang arak adalah menanggung dosa seperti peminum arak krn bersekongkol… tetapi bila di-fikir2-kan kembali ayat2 al-Quran, tak nampak pula perkara berkenaan…

    Kita lihat realiti zaman sekarang pula… siapa yg tinggal di bandar2 besar contohnya seperti Kuala Lumpur akan tahu ramai pemuda2 Melayu Islam yg bekerja di kedai serbaguna 7 Eleven yg menjual arak… jika diikutkan kata2 ustaz2 tuh tentu ramai pemuda2 Melayu Islam yg terlepas peluang pekerjaan…

    Sebenarnya apa yg diajarkan al-Quran adalah simple dan tidak menyekat manusia dari “survival”…

    Jebon

    February 20, 2010 at 2:41 pm

  33. salam,

    Bukan itu saja Jebon, yang paling tak masuk akal bila sibapa mengunakan wang haram (judi/curi/tipu etc)dan memberi makan pada sianak dan isteri yang tak tahu apa-apa pun tetapi dikira dapat saham juga. Kenapa orang-orang yang tidak berdosa pun dipersalahkan. Inilah ajaran daripada Alim ulamak kita.
    Mengikut Quran yang haram adalah pada perbuatannya. Ia itu pada perbuatan meminum arak, perbuatan berjudi dll.

    ramsys pranata

    February 20, 2010 at 5:25 pm

  34. hehehe … margarita

    satu malam di kola lumpour

    ada awek hirup magarita. abis dia tambah.
    abis lagi aku pula tambah. magarita ni sedap.
    awek minum lagi, aku tambah lagi. bila berdiri dia rebah.

    malam oh malam.

    Agnostika

    February 20, 2010 at 5:53 pm

  35. Salam Ahmad Kassim,

    Terima kasih kerana menyertai perbincangan. Saya telah membaca artikel di link yang tuan berikan dan faham. Bagaimanapun saya percaya Tuhan telah menjelaskan Al-Quran dengan secukupnya dan saya terpaksa menolak saksi-saksi dan sandaran-sandaran tuan kerana Tuhan telah membuat seperti di bawah.

    6:148 “Mereka yang percaya kepada banyak Tuhan akan berkata: Jika itu yang Tuhan mahukan tentulah kami tidak akan mempersekutukan, tidak juga orang-orang tua kami, tentulah kami tidak mengharamkan apa-apa pun. Begitulah juga orang-orang sebelum mereka berbohong sehingga mereka merasakan sendiri hukuman Kami. Katakan: Adakah kamu mempunyai bukti bersama kamu supaya kamu boleh menunjukkan kepada kami? Kamu hanya menuruti khayalan dan kamu hanya menyampaikan pembohongan”.

    6:149 “Katakan: Maka hujah Tuhanlah yang paling kukuh, jika Dia mengingininya, Dia tentu akan memberi petunjuk kepada kamu semua”.

    6:150 “Katakan: Bawalah saksi-saksi yang sanggup mempersaksikan bahawa Allah telah mengharamkan ini. Kemudian jika mereka mengaku sebagai saksi, jangan bersaksi bersama mereka dan jangan turuti nafsu mereka yang menolak wahyu-wahyu Kami dan mereka yang tidak percaya kepada akhirat dan mereka menjadikan yang lain setaraf dengan Tuhan”.

    tolokminda

    February 20, 2010 at 6:54 pm

  36. Salam,

    Persoalan saudara TM cukup mudah iaitu “benarkah arak itu haram?”. Dengan kata lain adakah ayat2 Allah meletakkan hukum haram pada arak?

    Jika tiada bukti, berlaku jujurlah pada Al Quran. Tidak bolehkah kita berlaku jujur pada Al Quran?

    Ambil pedoman Al Quran, apabila Rasulullah ditanya tentang arak. Baginda hanya diajar untuk mengatakan arak itu mengandungi banyak keburukan dan sedikit manfaat. Dan jauhilah ia.

    Common sense pun kita akan menjauhi sesuatu yang kita sedar ia mengandungi banyak keburukan. Bagi orang yang ada kesedaran nak jaga kesihatan diri, biarpun rokok tak diharamkan, dia tidak akan merokok.

    Jangan kita nak meletakkan sesuatu hukum yang kita sendiri tiada bukti kebenarannya. Bukankah pendustaan itu satu kezaliman?

    Saya tidak melihat apa yang saudara TM lakukan ini untuk mengelirukan orang, sebab orang yang yakin pada diri, mereka tidak akan mudah terkeliru. Yang mudah terkeliru adalah orang2 yang malas memikirkan dan suka menurut membuta-tuli sahaja.

    Juang

    February 22, 2010 at 2:08 am

  37. salam tolokminda,

    pertama sekali, saya minta kelapangan untuk berbicara menerusi medium bahasa inggeris. maaf, bahasa melayu saya sewaktu SPM dahulu hanyalah sekadar tidak perlu mengulang paper July.

    i have seen through almost 40 comments or more aptly reactions for this subsection. immense arguments!

    i would like to believe that this beautiful religion offers nothing but logical explanations in either subtle or conspicuous manners. taking us to the many subjects for example this one (is alcohol forbidden), debatable.

    you have reasoned quite well by quipping few verses of Al Quran to invoke a pleasurable anger and mild concussion on the static brains.

    the first thing jumped to my mind is to immediately taste Stella Artois & sipping red wine in the midst of briyani meals.

    carry on, priest :)

    i’d love to see more and more thought provoking input from you. alas, the emergence of knowledge isn’t anymore a fallible misfortune.

    makeshift sunshine

    February 22, 2010 at 9:15 pm

  38. salam…
    Apakah definasi haram..yg.boleh kita
    fahamkan.Terpulang pada masing2…dan
    terpulang pada Allah samada hukuman
    yg.dimaksudkan berdosa itu merupakan
    bentuk akibat buruk pada diri sendiri
    dan orang lain.

    Terpulang juga pada Allah untuk
    menghukum umat yg.ingkar di akhirat.

    Mana lebih baik pada diri ikut lah.
    Kalau jelas arak itu banyak baiknya
    pada diri sendiri…tak bermakna
    baik untuk orang lain.

    Mungkin hukum Allah itu pada setiap
    pelaku ingkar tak sama…..namun
    kita tidak tau,apakah hukum yg.
    bakal kita terima dan nasibnya
    didunia.

    Jadi haram bagi saya ialah bermaksud
    larangan keras.Masing2 akan tau
    persepsi Allah terhadap kesalahannya.

    Tok Syam

    February 23, 2010 at 1:07 am

  39. salam….
    bagi saya semua ciptaan Allah adalah
    baik2 belaka sekiranya tau cara
    menfaatkan.Namun…kebanyakan manusia
    lebih cenderung kpd.kerosakan.

    Senjata tajam Allah ilhamkan untuk
    mempertahankan diri atau pelbagai
    kegunaan kebaikan.Namun manusia yg.
    melangar undang2…kerana mengikut
    nafsunya.

    Jadi…apakah pisau yg.salah atau
    manusia yg.salah.

    Arak itu pada dasar kejadian adalah
    bersih.Kotornya adalah pada diri.
    Tidak semua peminum arak berniat
    untuk jadikan ubat dan niat pada
    awalnya hanyalah minum sedikit untuk
    happy.Akhirnya lupa diri dan menganaya diri dan orang lain.

    Sekiranya seseorang mengatakan haram
    apakah maksudnya…?

    Seperti contoh…diharamkan masuk,
    diharamkan minum air ini,anak haram
    dan macam2 perkatan haram dengan
    pelbagai maksud.

    Tok Syam

    February 23, 2010 at 1:18 am

  40. kalau arak tak haram.
    mungkin dia makruh.
    1. makruh tahrim atau 2. makruh tanzih

    ada juga ulama yg kata sodomi/anal sex tu makruh.

    mungkin TM ada pendapat utk dikongsi?
    :)
    love all, hate none

    Agnostika

    February 23, 2010 at 1:47 am

  41. Salam,

    “TS: Senjata tajam Allah ilhamkan untuk
    mempertahankan diri atau pelbagai
    kegunaan kebaikan.Namun manusia yg.
    melangar undang2…kerana mengikut
    nafsunya.”

    Saya tertarik dengan perkaitan yang TS kemukakan. Contohnya pisau, ia ada kebaikan dan keburukannya. Jika ramai membunuh guna pisau, apakah patut dijatuhkan hukum haram menggunakan pisau? Dan patutkah dibuat hukum bahawa yang bekerja di kilang pisau, yang mengedarnya, menjualnya, etc itu berdosa?

    Bukankah yang perlu kita lakukan adalah menjauhi menggunakan pisau untuk mencederakan diri atau orang lain? Salahnya adalah penggunaan pisau untuk memudaratkan.

    Begitulah salahnya arak pada perbuatan yang memudaratkan iaitu minum sampai mabuk.

    Juang

    February 23, 2010 at 2:04 am

  42. hehehe .. minum sikit-sikit.
    stim dan pening lalat, jangan sampai mabuk.
    arak rekreasi untuk hilangkan inhibitasi.
    drink, but dont git drunk!
    :)
    love all, hate none

    Agnostika

    February 23, 2010 at 2:10 am

  43. Tok Syam menulis,

    Jadi haram bagi saya ialah bermaksud
    larangan keras.Masing2 akan tau
    persepsi Allah terhadap kesalahannya (minum arak).

    Salam,

    Saya berpendapat Tuhan tidak akan mencampakkan kita ke neraka hanya kerana minum arak dan mabuk. Ini jelas dapat dilihat apabila Tuhan berkata begini:

    4:43 Wahai kamu yang percaya! Jangan mendekati komitmen apabila kamu mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu katakan…

    Jika dengan kenyataan seperti ini bermaksud Tuhan akan mencampakkan kita ke neraka kerana mabuk, adakah badan yang kotor juga akan menyebabkan kita tercampak ke neraka kerana sambungan dari ayat itu berbunyi:

    4:43 …dan jangan juga apabila kamu dalam keadaan kotor,…

    Saya percaya tidak.

    Tuhan tidak menyandarkan dosa arak secara langsung kepada arak. Tetapi dosa atau sesuatu yang buruk itu berpotensi berlaku akibat dari penyalahgunaannya. Kedudukan ini boleh kita fahami apabila Tuhan menggunakan ungkapan “di dalamnya”.

    2:219 Mereka bertanya kamu tentang arak dan judi. Katakan: Di dalam keduanya terdapat keburukan besar…

    Dan bagaimanakah keburukan besar itu boleh berlaku kepada kita lantaran menyalahgunakan arak? Tuhan kata sebabnya adalah:

    5:91 Syaitan hanya berkeinginan untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan judi – dan untuk menjauhkan kamu dari mengingati Allah dan dari komitmen…

    Itulah yang boleh berlaku jika kita terjebak dalam penyalahgunaan arak. Syaitan akan menggunakan kesempatan itu untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian di antara kita dan ia juga akan menyebabkan kita jauh dari mengingati Alah dan dari komitmen-komitmen kita. Jadi berpatutanlah bila Tuhan tanya kita:

    5:91 Tidakkah kamu mahu berhenti?

    Ada Tuhan kata arak haram dan peminumnya mesti disebat? Setakat ini belum ada yang dapat membuktikannya dalam perbincangan kita ini.

    tolokminda

    February 23, 2010 at 6:16 am

  44. menjauhi arak kerana tendensi/fitrah? untuk overdo dalam mengecap nikmat.

    barangkali bagi orang yg syukur-nikmat, tahu dia bila nak stop minum. kesian-lah. jangan sebat!

    Agnostika

    February 23, 2010 at 6:40 am

  45. 5:91 Syaitan hanya berkeinginan untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan judi – dan untuk menjauhkan kamu dari mengingati Allah dan dari komitmen…

    Melalui ayat ini, dosa yang menyebabkan manusia masuk neraka adalah mewujudkan permusuhan dan kebencian. Itulah sebenar2 dosa yang merosakkan ketamadunan manusia.

    Di sini kita nampak erti Islam atau peace atau aman. Allah suruh kita jadi seorang yang hidup tidak bermusuh-musuhan dengan sesiapa. Itu erti Islam yang sebenar.

    Sesiapa yang hidup mewujudkan permusuhan dan meniupkan api kebencian (batu api), itulah golongan Api (neraka). Logiklah, kalau masa di dunia sibuk mewujudkan puak2 dan perpecahan atas nama agama, bangsa atau parti politik, maka layaklah di akhirat nanti di sumbat ke neraka.

    Sekarang ini kita nampak manusia berpecah-belah atas nama agama. Ada yang buat puak sembah matahari. Ada yang buat puak sembah bulan. Ada yang buat puak sembah patung. Ada yang buat puak sembah bangunan batu. Ada yang buat puak sembah busut. Setiap puak itu berbangga2 kononnya merekalah yang benar menyembah Tuhan walhal mereka tidak ada bukti pun nak menunjukkan amalan ritual mereka itu benar. Kemudian mereka menanam kebencian kepada puak yang tidak sama amalan sembahan dengan mereka.

    Jadi, kalau mereka sudah hidup bermusuhan dan kebencian sebegitu, wajarkah mereka masuk syurga, destinasi yang aman, damai, tenang dan tenteram?

    Sebab itulah Allah suruh kita tinggalkan orang2 yang suka mewujudkan permusuhan dan kebencian sesama manusia baik atas nama agama, bangsa atau parti politik, sebab nanti jiwa kita pun terbakar sama.

    Lebih baik kita pakat2 belajar Kitab Allah seperti dalam blog ini. Tenang juga jiwa. Masing2 bawa kefahaman masing2 terhadap ayat2 Allah yang telah mereka praktikkan.

    Sedar atau tidak, jika kita faham dan sudah mempraktikkan ayat2 Al Quran, kita mudah menghuraikannya mengikut perspektif hidup kita.

    Juang

    February 27, 2010 at 2:18 am

  46. Pengharaman secara total tidak di lakukan oleh Allah sebab ada kebaikan arak,dimana kita makan ubat yang mengandungi arak/dadah.Buktinya…
    AlQuran 2:219 Mereka bertanya kamu tentang arak dan judi. Katakan: Di dalam keduanya terdapat keburukan besar dan cara mendapatkan keuntungan kepada manusia, dan keburukannya adalah lebih besar dari keuntungannya. Dan mereka bertanya kamu sebagaimanakah yang patut untuk dibelanjakan. Katakan: Apa yang terlebih. Maka, adakah Tuhan sudah menjelaskan wahyu-wahyunya supaya kamu renungkan?

    Tidak mungkin Allah kurang teliti dan haramkan secara total.!!!

    Darisegi logik dan bahasa pula, apakah percentage/peratusan arak atau alkoholic content yang boleh di definasikan sebagai arak ???
    Mungkinkah 100% , 50% atau 5% ???Mana satu definasi arak ???
    Maka Allah suroh kita berbahas..bukti..
    AlQuran 39:18 “Dengar semua pendapat dan pilih yang terbaik.Mereka ini adalah yang di pimpin dan bijak”

    Wa Allah wa Alam.

    Sila layari blog saya untok Revolusi Islam…

    http://warongpakyeh.blogspot.com

    pakyeh

    March 12, 2010 at 11:41 pm

  47. arak…lebih banyak keburukkan dari kebaikkan….dah cukup rasanya untuk mengatakan ianya haram (tak baik)..
    sbb apa budak2 dilarang minum
    sbb apa ibu mengandung dilarang minum
    sbb apa jgn minum dan drive
    sbb apa ada org ketagih arak sampai kena rehab…tak ada pula org kena rehab sbb ketagih soya bean..
    kalau yg minum tu tak pernahkah anda mabuk walaupun sekali…
    kalau sembahyang 5 kali sehari waktu mana nak mabuk…
    rasanya steven spielberg lagi faham al quran dari sesetengah kita…cuma bezanya dia tidak atau belum dapat hidayah….jgn sampai akidah kita pula lenyap tanpa disedari….semoga kita semua diberi kefahaman sebenar dari Nya….

    nid

    May 20, 2010 at 6:08 pm

  48. Salam,

    Kalau kita fikirkan, arak ada persamaannya dengan dadah. Dadah hanya membawa mudarat apabila diguna secara berlebihan. Tetapi manfaatnya juga banyak untuk bidang perubatan.

    Jika manusia itu tahu mengawal diri untuk membezakan mana yang manfaat dan mana yang memudaratkan, pasti mereka tahu bagaimana nak menghadapi arak dan dadah. Jadi sepatutnya kita memberi penekanan kepada bagaimana membentuk manusia yang tahu mengawal diri. Jika benteng jiwa kukuh, secara semulajadinya manusia itu akan menjauhi perkara-perkara yang dia tahu keburukannya.

    Nak membentuk benteng jiwa yang kukuh, kena latih minda memandang jauh ke hadapan. Jadilah orang yang berfikir panjang. Ini kerana manusia selalu mendapat kemudaratan akibat sikap gelojoh atau cepat mengikut rasa.

    Juang

    May 20, 2010 at 6:45 pm

  49. Salam,

    Jangan menterjemahkan al-quran dan hadis itu mengikut kesedapan kite berfikir. Ijmak ulamak yang lama2 dulu lagi telah sepakat mengatakan arak itu haram.

    Cubelah lihat ayat2 lain berkenaan arak ini, dan juga hadis2 rasulullah berkenaan dengan nye. Adekah Rasulullah kata boleh minum??? Banyak lagi sumber2 hadis dan ayat2 dpd al-quran yang boleh dijadikan rujukan.

    Jangan ambil islam itu separuh sahaja, tinggal pulak yang separuh lagi. Mana yang sedap ambil, yang tak sedap buang. MUdah2an kalian diberi petunjuk dan hidayahNYA.

    Jazakallah

    zcar9

    September 8, 2010 at 1:43 pm

  50. Salam,

    Kalau kita kaji intonasi ayat Nabi katakan tentang arak dalam Al Quran itu, baginda tidak terus hukum arak itu haram. Baginda kata arak itu ada keburukan dan kebaikan, tetapi lebih banyak buruknya. Kalau sesuatu perkara itu haram, ia tiada kebaikannya, seperti berhala itu haram. Tiada dikatakan pun berhala itu ada manfaatnya biarpun sedikit. Takkanlah kita tidak nampak perbezaan disitu?

    Tuhan kita adalah Allah yang mengajar Nabi mengatakan tentang arak dengan jawapan yang rasional seperti dalam Al Quran itu. Tiba-tiba ada manusia selepas Nabi mengada-adakan hukum, yang Tuhan tidak pernah haramkan, patutkah kita percaya kepada manusia sebegitu perangainya?

    16:116. Dan janganlah mengatakan apa yang lidah kamu menyifatkan dengan dusta, “Ini halal, dan ini haram,” supaya kamu mengada-adakan dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung.

    Tidakkah ayat 16:116 di atas menyedarkan kita agar tidak pandai-pandai buat hukum itu haram itu halal? Perihal arak, cukuplah kita katakan ia mengandungi banyak keburukan daripada kebaikan. Moga-moga manusia itu menjauhi arak atas kesedaran setelah menilai baik-buruknya.

    Benda yang sudah jadi tabiat manusia, bukan senang nak buang. Sebab itu Nabi gunakan ayat yang bijaksana. Tetapi nak cari yang bijaksana macam Nabi dalam umat Islam hari ini amat sukar. Ramai yang terburu-buru buat hukum itu ini untuk tunjukkan kehebatan “ilmu” mereka.

    Juang

    September 9, 2010 at 9:55 am

  51. pbuu,

    6:116. Dan jika kamu mentaati kebanyakan dari manusia dibumi mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah, tidaklah mereka mengikuti kecuali prasangka dan hanyalah khayalan dan anggapan mereka.

    7:179. Dan pastinya Kami telah sediakan jahannama untuk kebanyakanya dari jinni dan manusia baginya hati mereka tidak memahami denganya dan baginya mata mereka tidak melihat denganya dan baginya telinga mereka tidak mendengar denganya mereka itu seperti binatang ternakan malahan lebih sesat darinya dan mereka itulah orang yang lalai.

    Harap dapat fikir-fikirkanlah!!!!!!

    chong

    September 9, 2010 at 8:14 pm

  52. Hahahahaha……

    Arak itu lebih byk keburukan berbanding kebaikannya. Betul tu. Makan kuih tapai beras berbalut dgn daun pisang tu pun boleh mabuk.

    Kenapa tak haramkan sekali kuih tapai tu. Makan sebungkus dua tak jadi masalah tapi kena sedar makan sepuluh bungkus kuih tapai akan memberikan keburukan kpd diri sendiri iaitu mabuk.

    Seorang pak cik aku, kerja sebagai USTAZ di sekolah menengah agama pernah kata kek yg aku beli di shopping kompleks haram sebab telah dicampur dengan sedikit wain. Berpuluh ringgit jugak aku beli tp terpaksa buang sebab dia keluar hukum haram.

    Tp baru2 nie dia buat open house kat rumah dia, ada kuih tapai beras dihidangkan, bukan main ramainya yang makan dengan slumber. Kalau dalam kek dicampur sedikit bahan alkohol boleh dijatuhkan hukum haram macam mana pulak kuih tapai sebungkus yang ada bertitik-titik air tapai yang diklasifikasikan sebagai alkohol?

    Mana majlis fatwa kebangsaan? Sila haramkan kuih tapai beras!

    Syafiq Iskandar

    October 9, 2010 at 6:24 pm

  53. Tapi ada saya terdengar dari ostad2 bersarban tinggi yg kata umat islam kena bersabar. Jgn minum arak di donia sbb masuk sorga nanti boleh bebas minum sbb ada sungai arak.

    Minumla bergelen2 pon tuhan tak marah. Tuhan marah minum kat donia saja katanya.. kat sorga ni arak depa tak mabuk. Tapi lagi sedap dari Cordon Bleu atau Chardonnay kat donia ni..

    Mintak tuan jelaskan pendapat ostad ni..

    Anak Yang Halal

    May 13, 2011 at 12:22 pm

  54. Di Malaysia di penuhi oleh orang haram …pendatang HARAM ..nikah sah cara islam ada anak = Halal…kafir kawin ada anak itu ..kira anak ..Haram lah…!!!
    Macammana komen haram di sini?

    kumbang

    May 18, 2011 at 4:58 pm

  55. AYH menulis,

    Tapi ada saya terdengar dari ostad2 bersarban tinggi yg kata umat islam kena bersabar. Jgn minum arak di donia sbb masuk sorga nanti boleh bebas minum sbb ada sungai arak.

    Minumla bergelen2 pon tuhan tak marah. Tuhan marah minum kat donia saja katanya.. kat sorga ni arak depa tak mabuk. Tapi lagi sedap dari Cordon Bleu atau Chardonnay kat donia ni..

    Mintak tuan jelaskan pendapat ostad ni..

    Salam,

    Saya tidak tahu apakah minuman ahli syurga. Tetapi Tuhan telah mengajar saya bagaimana untuk menjawab apabila orang bertanya tentang arak. Berikut adalah ayatnya.

    2:219 Mereka bertanya kamu tentang arak dan judi. Katakan: Di dalam keduanya terdapat keburukan besar dan cara mendapatkan keuntungan kepada manusia, dan keburukannya adalah lebih besar dari keuntungannya. Dan mereka bertanya kamu sebagaimanakah yang patut untuk dibelanjakan. Katakan: Apa yang terlebih. Maka, adakah Tuhan sudah menjelaskan wahyu-wahyunya supaya kamu renungkan?

    tolokminda

    May 22, 2011 at 10:15 pm

  56. Saya pon ingat lagu tu jugak. Walaupon saya tak kaji Quran secara detail.

    Mungkin idea yg kata ada arak bergelen2 kat sorga tu pada saya adalah utk menyedapkan ramuan cakap2 kosong tok2 lebai bersarban tinggi saja.. biaq dungu2 yg dok dengar ceramah depa tu ternganga dan terlioq nak masuk sorga sbb ada disajikan arak bergelen2…

    Biaq depa berlomba2 beribadat dan dapat masuk sorga tuhan. Kalu tak depa tak dak modal nak tarik dungu2 tu dengar ceramah tong kosong depa…

    Anak Yang Halal

    May 24, 2011 at 10:49 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: