Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Ka’aba bukan objek tumpuan sembahan tetapi ia bermaksud buku lali

with 160 comments

Di dalam Al-Quran, perkataan  alkaAAba hanya disebut tiga kali iaitu dalam 5:6, 5:95 dan 5:97. Dan bercanggah dengan kepercayaan ramai bahawa ia bermaksud sebuah binaan batu empat segi yang terletak di Mekah, maksud sebenar perkataan itu adalah buku lali.

Ia ditafsirkan dengan betul dalam ayat 5:6.

Saya percaya maksud asal perkataan alkaAAba dalam 5.6 terpaksa dikekalkan oleh para penaung agama Arab Jahiliah yang berlindung di sebalik Al-Quran kerana konteksnya terlalu karut untuk diubah mengikut pembohongan mereka.  Takkan Tuhan suruh kita basuh kaki sampai ke binaan batu di Mekah, kan? Jadi mereka tidak ada pilihan selain mengekalkan maksud sebenarnya.

Saya berpendapat, di sinilah Tuhan menewaskan para penipu dalam konteks perkataan alkaAAba di dalam Al-Quran. Oleh itu di sinilah kita perlu menetapkan keyakinan kita kepada Tuhan dan jangan beri peluang kepada iblis menyesatkan kita.

Baiklah. Mari kita periksa ketiga-tiga ayat yang mengandungi perkataan alkaAAba satu persatu. Kita bandingkan terjemahan puak penaung agama Arab jahiliah, terjemahan semula oleh saya dan transliterasinya sekali supaya para pembaca budiman dapat melihat dengan jelas dan membuat penilaian sendiri.

Terjemahan iiu: 5:6 “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur”.

————————————————————————————————————————————Terjemahan semula saya: 5:6 Wahai kamu yang percaya! Apabila kamu telah mendirikan komitmen, basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku dan sapu kepala kamu dan kaki kamu sehingga ke dua buku lali dan jika kamu dalam keadaan kotor, mandilah. Dan jika kamu dalam keadaan sakit atau dalam perjalanan atau sesiapa dari kamu daripada tandas atau kamu telah “menyentuh” perempuan, maka tidak kamu menemui air, maka kenakan tanah yang bersih (bedak) maka sapukan dengan muka dan tangan kamu darinya. Tidak berhasrat Tuhan untuk menjadikan ke atas kamu dari kesulitan, tetapi Dia berhasrat membersihkan kamu dan melengkapkan kurniaNya ke atas kamu, supaya kamu menghargai.

————————————————————————————————————————————Transliterasi: 5:6: “Ya ayyuha allatheena amanoo itha qumtum ila alssalati faighsiloo wujoohakum waaydiyakum ila almarafiqi waimsahoo biruoosikum waarjulakum ila alkaAAbayni wa-in kuntum junuban faittahharoo wa-in kuntum marda aw AAala safarin aw jaa ahadun minkum mina algha-iti aw lamastumu alnnisaa falam tajidoo maan fatayammamoo saAAeedan tayyiban faimsahoo biwujoohikum waaydeekum minhu ma yureedu Allahu liyajAAala AAalaykum min harajin walakin yureedu liyutahhirakum waliyutimma niAAmatahu AAalaykum laAAallakum tashkuroona”

Bagaimanapun perkataan yang sama (alkaAAba) diterjemahkan sebagai “Kaabah” di Mekah dalam 5:95 & 5:97. Cuba lihat betul-betul.

Terjemahan iiu: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram. Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah (untuk disembelih dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Suci), atau bayaran kaffarah, iaitu memberi makan orang-orang miskin, atau berpuasa sebanyak bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin; supaya dapat ia merasai kesan yang buruk dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu; dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya; dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa.

————————————————————————————————————————————Terjemahan semula saya: 5:95 Wahai kamu yang percaya! Jangan membunuh binatang buruan sedangkan kamu telah disanction. Dan sesiapa membunuhnya dari kalangan kamu dengan sengaja, maka penaltinya sama apa yang dia telah bunuh daripada haiwan ternakan. Akan menghukum di dalamnya dua orang yang adil di kalangan kamu suatu petunjuk kematangan buku lali atau penebusan memberi makan orang miskin atau yang bersamaan itu pengecualian diri supaya dia merasakan akibat dari perbuatannya. Tuhan telah memaafkan apa saja yang telah lepas. Dan sesiapa mengulangi maka akan diambil pembalasan Tuhan darinya. Tuhan Berkuasa, Pemilik segala pembalasan.

————————————————————————————————————————————Transliterasi: 5:95 “Ya ayyuha allatheena amanoo la taqtuloo alssayda waantum hurumun waman qatalahu minkum mutaAAammidan fajazaon mithlu ma qatala mina alnnaAAami yahkumu bihi thawa AAadlin minkum hadyan baligha alkaAAbati aw kaffaratun taAAamu masakeena aw AAadlu thalika siyaman liyathooqa wabala amrihi AAafa Allahu AAamma salafa waman AAada fayantaqimu Allahu minhu waAllahu AAazeezun thoo intiqamin”

Dan 5:97…

Terjemahan iiu: Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

————————————————————————————————————————————Terjemahan semula saya: 5:97 Telah dijadikan Tuhan buku lali suatu sistem yang telah disanction, suatu ketetapan untuk manusia dan bulan-bulan yang telah disanction dan petunjuk (alhadya) dan indikator (al-qolaida). Itu supaya kamu tahu bahawa Tuhan, Dia tahu apa di langit dan apa di bumi. Dan bahawa Tuhan mengetahui semua perkara.

————————————————————————————————————————————Transliterasi: 5:97 “JaAAala Allahu alkaAAbata albayta alharama qiyaman lilnnasi waalshshahra alharama waalhadya waalqala-ida thalika litaAAlamoo anna Allaha yaAAlamu ma fee alssamawati wama fee al-ardi waanna Allaha bikulli shay-in AAaleemun”

Sekali lagi, perhatikan ketiga-tiga ayat 5:6, 5:95 dan 5:97 mengandungi perkataan  alkaAAba. Dalam 5.6 ia ditafsirkan sebagai buku lali, iaitu basuh kaki sampai buku lali. Tetapi kenapa dalam 5:95 dan 5:97 perkataan yang sama ditafsirkan sebagai Kaabah, iaitu kuil batu empat segi warisan kaum Arab Jahiliah?

Begitulah kalau kita tidak berwaspada dengan penyelewengan golongan yang menaungi agama Arab jahiliah. Jadi adakah kita masih mahu menggantung sepenuhnya kepercayaan kita kepada mereka dan membiarkan diri kita menyekutukan Allah?  Tidak ada dosa yang lebih besar dari dosa menyekutukan Tuhan.

Saya yakin dengan sepenuh keyakinan bahawa perkataan alkaAAba dalam ketiga-tiga ayat tidak membawa maksud lain kecuali buku lali. Bezanya, buku lali dalam ayat 5:6 merujuk kepada buku lali kita. Tetapi dalam 5:95 dan 5:97 kedua-duanya merujuk kepada buku lali haiwan yang menjadi buruan. Sila baca artikel saya mengenai ketetapan tentang aktiviti berburu untuk memahami konteksnya.

Secara ringkas, Tuhan telah menetapkan buku lali seseekor haiwan sebagai indikasi samada ia sudah matang atau belum untuk diburu. Tuhan tidak membenarkan kita memburu haiwan yang belum matang. Struktur atau sifat buku lali haiwan belum matang berbeza dengan haiwan yang sudah matang. Dan keadaan itu turut menyebabkan cara berjalan haiwan belum matang dan haiwan yang sudah matang berbeza.

Penetapan ini sebenarnya memudahkan para pemburu. Mereka dapat menentukan kematangan seseekor haiwan hanya dengan melihat cara ia berjalan. Jadi mereka akan dapat mengelak dari membunuh haiwan yang dilarang ke atas mereka kerana faktor kematangannya.

Jika masih sangsi, perhatikan 5:95 yang menyebut “hadyan baligha alkaAAbati“. Saya percaya kita semua amat kenal dengan perkataan baligh. Maksudnya matang. Jadi jelas sekali “Hadyan baligha” itu boleh diterjemahkan sebagai indikasi kematangan dan Alkaabati itu bermaksud buku lali sebagaimana maksud perkataan yang sama dalam 5:6. Takkan kematangan kaabah pula, kan?

Mari kita bincangkan.

Written by tolokminda

February 10, 2010 at 4:08 pm

160 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Masa yang sesuai untuk mencontohi Nabi Ibrahim dengan menyahut seruan kaji selidek/R&D (hajj) beliau – seperti yang di bincangkan oleh Tolokminda dalam artikel artikel sebelum di laman blog ini.

    Selamat mengkaji selidik tentang buku lali. Ianya satu pengembaraan minda – naik haji!

    Aduh....

    February 11, 2010 at 12:54 am

  2. Persoalan tajuk nih ada kaitan dgn solat nih…
    Perbincangan pelbagai solat di blog sy

    http://doktrinisasi.blogspot.com

    Salam :)

    Jebon

    February 11, 2010 at 3:28 am

  3. salam,

    Maaf TM saya terpaksa mengunakan ruang ini untok bincangkan soal komitmen anda yang saya pasti ada juga bersangkut dengan topik ini walaupun sedikit.

    Solaa=Solat=sembah=sembahayang

    Mengikut TM pengertian solaa bukanlah solat/sembahyang ritual sepertimana kebanyakan ataupun hampir semua umat Islam fahami. Mengikut TM solaa adalah Komitmen. Ia itu komitmen kita kepada diri sendiri, komitmen kita kepada keluarga, kerja, masyarakat dan lain-lain komitmen yang terkandung didalam Quran.
    Olih kerana solaa bukanlah solat/sembahyang ritual maka komitmen yang dilakukan adalah kepada manusia. Atau lebih dikenali sebagai “Habblumminan Nas” ataupun hubungan diantara manusia. Apa kah ini yang dimaksudkan olih tuhan?
    Bagaimana pula hubungan manusia dengan tuhannya? Tuhan yang mencipta kita. Apakah manusia tidak perlu menjalinkan hubungan dengan penciptanya?

    Kita mesti melihat kepada tujuan manusia diciptakan.

    Dan Tuhan berfirman:- Q51:56 … Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.

    Selain dari komitmen kita kepada manuasia seperti yang terkandung didalam Quran kita juga dikehendaki menjalin hubungan dengan tuhan. Tuhan menuntut supaya manusia menyembah nya. Hubungan dan komunikasi manusia dengan penciptanya adalah melalui menyembahnya.

    Menyembah tuhan bukan sekadar kita mengatakan “kami menyembah mu ya Allah”, tetapi menyembah tuhan adalah mengikut ritual-ritual yang diajar olih tuhan sejak dari Nabi-nabi yang terdahulu.

    Ritual-ritual yang diajar olih tuhan adalah seperti firman Allah dibawah:-

    Q2:125 “Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat shalat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: “”Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang iktikaf, yang rukuk dan yang sujud””.”

    Q22:26 “Dan (ingatlah), ketika Kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempat Baitullah (dengan mengatakan): “”Janganlah kamu mempersekutukan sesuatu pun dengan Aku dan sucikanlah rumah-Ku ini bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang beribadah dan orang-orang yang rukuk dan sujud.”

    Q22:77 Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.

    Q53:62 Maka bersujudlah kepada Allah dan sembahlah (Dia).

    Q76:26 Dan pada sebagian dari malam, maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bagian yang panjang di malam hari.

    Berpandukan firman-firman Allah diatas, kita dapati proses menyembah tuhan adalah melalui ritual-ritual yang ditelah ditunjuk ajar dari Nabi-nabi yang terdahulu.

    TM bebas untok membuat angapannya sendiri. Dan saya membuat andaian saya melalui ayat-ayat Al-Quran. Maka terpulanglah kepada para pembaca untok menilainya dan mengamil yang terbaik daripadanya.

    Sama samalah kita fikirkan.

    ramsys pranata

    February 11, 2010 at 4:29 am

  4. Salam,

    Berkenaan hubungan kita dengan Tuhan, mari kita lihat apa erti kita menyembah Allah.

    51:56. Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku.

    51:57. Aku tidak menghendaki daripada mereka rezeki, dan tidak juga Aku menghendaki supaya mereka memberi Aku makan.

    51:58. Sesungguhnya Allah, Dia Yang Pemberi Rezeki, Yang Mempunyai Kekuatan, Yang Teguh.

    Ada kaum2 tertentu membuat amalan ritual menyembah Tuhan dengan meletakkan makanan di tempat penyembahan mereka. Mereka mengkhaskan makanan untuk Tuhan. Walhal Allah tak perlu itu semua sebab Allah bukannya macam makhluk yang perlukan makanan. Dan Allah-lah Pemberi rezeki kepada semua makhluk2Nya.

    Dan ada kaum lain pula buat amalan ritual menyembah Tuhan dengan mengkhaskan arah mengadap kepada objek2 tertentu, gerakan tubuh badan mereka ada rukun2 khusus, ada bahasa khusus dan macam2 ketetapan yang tiada logiknya. Walhal Allah pun tak perlu itu semua sebab Dia yang memberi tenaga kepada manusia nak bergerak dan dia tidak perlukan tenaga itu untukNya seperti mana Dia tak perlukan rezeki daripada manusia.

    Jadi bagaimana manusia berhubung dengan Tuhan dan menyembah Tuhan yang sebenar2nya?

    Sebenarnya berhubung dengan Tuhan itu mudah sahaja. Apabila kita ingat padaNya dan berfikir pasal tanda-tanda KekuasaanNya, itulah waktu kita berhubung dengan Dia sebab Dia mendengar suara hati kita dan apa yang bermain di minda kita. Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi.

    Semasa kita berfikir dan menyelidik untuk mencari kebenaran, ketika itu sebenarnya minda kita berhubung dengan Dia sebab semua yang benar itu datang daripada Allah.

    96:5. Dia mengajar manusia apa yang dia tidak tahu.

    Dan apabila hati kita menerima apa yang logik dalam minda kita itu, ketika itulah kita menyembah Allah. Sebab ada orang kafir, mereka nampak kelogikan kata2 Rasul mereka, tetapi hati mereka sengaja mengengkari. Itulah orang kafir yang tegar. Rasulullah sudah bawa logik2 yang menunjukkan Allah itu Esa pun, mereka masih nak pertahankan ajaran tradisi mereka yang mengatakan Al Masih itu anak Allah (sebagai contoh).

    Pendek kata, apabila kita dipertemukan dengan hujah2 yang benar dan kukuh yang akal kita sendiri tidak mampu sangkalkan, dan kita taat pada kebenaran itu, sebenarnya ketika itulah kita menyembah Allah sebab kebenaran itu datang daripadaNya.

    Bila kita faham konsep tersebut, maka kita akan faham kenapa Al Quran tidak pernah mengkhususkan amalan ritual atas nama menyembah Allah yang dilakukan oleh seseorang Nabi.

    Juang

    February 11, 2010 at 5:31 am

  5. Salam,

    Sesebuah kerajaan manusia, kalau menyediakan sesuatu untuk rakyatnya, mereka mengharapkan sesuatu daripada rakyatnya. Umpamanya bila disediakan jalanraya atau lebuhraya, maka rakyat kena bayar cukai jalan atau tol. Itu sifat2 makhluk. Kenapa kerajaan tersebut perlukan cukai, tol itu semua? Sebab mereka tidak memiliki perbendaharaan yang luas.

    Allah sebagai Pemilik Kerajaan langit dan bumi. Apabila Dia menyediakan sesuatu keperluan hidup kepada manusia, takkanlah Dia mengharapkan sesuatu amalan ritual daripada manusia sebagai balasan? Bukankah Dia Memiliki Perbendaharaan yang luas?

    Jadi atas dasar apakah amalan ritual itu diada-adakan oleh manusia sedangkan dalam KitabNya tidak pernah menetapkan apa yang manusia itu ada-adakan? Takkan kita nak samakan Kerajaan Allah dengan kerajaan manusia yang mengharapkan balasan bila beri sesuatu pada rakyatnya?

    Juang

    February 11, 2010 at 5:41 am

  6. To;Juang,
    Berdasarkan hujah-hujah tuan,jadi bagaimanakah kita hendak menunjukkan sola’/komitmen kita kepada tuhan?Hrap Juang dapat nyatakan caranya.

    Abdullah

    February 11, 2010 at 7:06 am

  7. Salam saudara Abdullah,

    Tuhan tidak memerlukan amalan kita. Sama ada kita buat sesuatu secara nyata atau bersembunyi, bukankah Dia Maha Melihat? Jadi buat apa kita nak tunjukkan kepadaNya? Kita nak tunjuk pada Allah ke nak tunjuk pada masyarakat kononnya kita ini Islamik?

    Apa yang perlu kita buat dalam hidup kita adalah melaksanakan tanggungjawab2 kita sebagai seorang manusia sahaja(mengikut fitrah kejadian).

    Apa jua cara hidup yang selari dengan fitrah sebagai manusia, itulah komitmen kita. Takkanlah kita nak hidup ikut cara lembu kan?

    Tuhan suruh kita belajar, berfikir, bekerja dan memakmurkan muka bumi, itulah contoh2 komitmen kita. Jika kita buat apa yang Tuhan suruh itu, kita juga dapat manfaatnya. Dan jika kita tak buat, kita juga yang dapat mudaratnya. Tuhan tak rugi apa2 pun kalau kita hidup malas belajar dan berfikir. Dia tetap dengan KehebatanNya.

    Cuba saudara letakkan diri saudara sebagai pencipta kereta. Sudah tentu saudara mahu kereta itu berfungsi mengikut kegunaannya sebagai kereta. Jika kereta itu tetap pada fungsi kejadiannya, saudara sebagai pencipta kereta itu akan gembira dengan hasil ciptaan saudara itu.

    Begitulah cara kita nak memahami Kehendak Allah sebagai Pencipta kita. So kenalah kita hidup sebagai manusia yang mampu mengembangkan mindanya yang tidak mampu dilakukan oleh lembu. Sebab manusia diciptakan mempunyai minda yang mampu berkembang, berR&D, berkreativiti dan berinnovasi.

    Jadi, jika saudara nak hidup komited sebagai seorang manusia, sudah pasti saudara terdorong untuk optimumkan keupayaan saudara supaya layak sebagai seorang manusia.

    Kesimpulannya, manusia yang sedar akan kejadiannya, akan hidup untuk mengasah potensi diri seoptimum yang mungkin yang dia boleh lakukan. Barulah nyata kita komited hidup sebagai manusia dan tunduk kepada Pencipta kita.

    Juang

    February 11, 2010 at 8:48 am

  8. salam juang . satu jer soalan .. perlukah kita mengingati tuhan dalam hidup ini .sebagai manusia adakah boleh kita hanya berbuat kebaikan dan tidak melakukan kesalahan .

    slipar

    February 11, 2010 at 9:59 am

  9. Juang,
    Setujukah Juang jika saya tafsirkan hujah tuan di atas bahawa kita tak perlu berbuat apa-apa,cukup hanya dengan mengingati Tuhan di dalam hati dan minda.
    Jadikah,apakah maksud solat yang disebut didalam al-Quran mengatakan waktu solat diwaktu terbit fajar,ditengah hari dan di waktu matahari terbenam?
    Kalau berpandukan penerangan Juang,maka kita disuruh komitmen pada Tuhan pada tiga waktu ini sahaja dengan mengingati di dalam hati dan minda?
    Saya amat keliru harap Juang dapat betulkan.

    abdullah

    February 11, 2010 at 12:15 pm

  10. tolokminda

    February 11, 2010 at 12:30 pm

  11. Salam Jebon,

    Oleh kerana Kaabah di Mekah merupakan icon atau idol yang paling utama dalam ritual sembahyang dan ritual-ritual berkaitan ‘haji’dan’umrah’ yang diamalkan orang Islam hari ini, mengapa tidak tuan cari dulu jawapan sahih adakah kaabah sebenarnya bermaksud buku lali. Kalau benar ia buku lali, maknanya semua ritual yang berkaitan dengan kaabah batal dengan sendirinya. Jadi tak payah kita buang masa berpolemik tentang ritual sembahyang/solat.

    tolokminda

    February 11, 2010 at 1:03 pm

  12. Salam Ramsys Pranata,

    Kepada soalan tuan adakah komitmen kita hanya berkaitan dengan hubungan kita dengan manusia lain dan langsung tidak berkaitan dengan Tuhan, saya katakan;

    Dalam kehidupan harian secara lahiriahnya kita memang berurusan sesama manusia. Bagaimanapun semua komitmen kita kepada mereka malah kepada diri sendiri sebenarnya berdiri di atas keyakinan bahawa tujuan hidup kita secara keseluruhannya adalah untuk berbakti kepada Tuhan.

    6:162 “Katakanlah: “Sesungguhnya komitmenku dan pengorbananku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Tuhan, Empunya yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

    Kita menjayakan semua komitmen harian kita kepada diri sendiri dan orang lain dengan tekun dan sabar kerana ia adalah amanah Tuhan kepada kita. Tuhan akan menilai dan membalas segala perbuatan kita di atas muka bumi ini walaupun yang menikmati kebaikan dari kita adalah diri kita sendiri atau manusia lain dan bukan kapada Tuhan secara langsung.

    Saya yakin sebenarnya Tuhan nak kita zahirkan sifat-sifatNya yang selalu disebut di dalam Al-Quran seperti pengasih, penyayang, pemurah, bijaksana, mengetahui, adil dan sebagainya. Itulah peranan kita sebagai khalifahNYa. Untuk menzahirkan sifat-sifatNya. Apabila sebagai muslim kita banyak melakukan kebaikan dan manfaat di atas bumi ini,, maka secara tidak langsung orang lain akan memandang baik dan tinggi kepada Tuhan kerana kita mewakiliNya.

    Satu perkara yang perlu kita jaga adalah, jangan sekali-kali menyekutukan Dia. Kita mesti menyampaikan penghargaan, kekaguman atau pujian-pujian hanya kepada Dia semata-mata. Kita mesti sentiasa mengakui, patuh dan berendah diri kepada Tuhan. Tidak ada sekutu antara kita dengan Tuhan. Jika kita sekutukan Dia, semua kebaikan kita, komitmen kita akan menjadi sia-sia sahaja.

    Tentang terjemahan ayat-ayat Al-Quran yang tuan bawakan, saya kemukakan semula semuanya tanpa mengandungi sebarang ajaran para penganut agama orang Arab Jahiliah.

    2:125 “Dan kami jadikan sistem ini sebagai satu kurniaan kepada manusia dan keharmonian – dan kamu harus mengambil teladan status Ibrahim yang komited. Dan kami perintahkan Ibrahim dan Ismail supaya mereka bersihkan sistemKu untuk kumpulan-kumpulan manusia dan mereka yang berdedikasi dan mereka yang mengakui dengan rendah diri”.

    22:26 “Dan apabila kami mengesahkan Ibrahim tempat di dalam sistem: Jangan kamu sekutukan Aku dengan apa pun, pertahankan sistemKu bersihkannya untuk kumpulan-kumpulan manusia yang berpendirian dan mereka rendah diri mengakuinya”.

    22:77 “Wahai kamu yang percaya! Rendahkan diri kamu dan akui dan berbaktilah kepada Empunyamu, dan buatlah kebaikan supaya kamu berjaya”.

    53:62 “Jadi buatlah pengakuan kepada Allah dan berbaktilah”.

    76:26 “Dan di sebahagian dari malam kagumilah Dia, agungkanlah Dia sepanjang malam (sebelum tidur)”.

    Ayat ini selaras dengan ayat;

    50:40; “Dan agungkanlah Dia di waktu malam dan selepas melakukan sesuatu komitmen (solat)”.

    Malah ketetapan supaya kita mengingati Allah selepas laksanakan komitmen berperang juga boleh didapati dalam ayat;

    4:103; “Dan apabila kamu selesai dengan komitmen tersebut (berperang ), ingatlah Allah sambil berdiri, duduk atau bersandar; tetapi apabila kamu telah benar-benar selamat; tunaikanlah komitmen-komitmen yang rutin, sesungguhnya setiap komitmen mempunyai garismasa (dateline) kepada orang-orang yang percaya”.

    Pendek kata, kita mungkin sedang sibuk dengan pelbagai komitmen di sepanjang hari, tetapi sebaik kita ada masa lapang atau sebelum tidur, kita dikehendaki mengkagumi dan mengagungkan Allah.

    Bagaimana caranya? Terpulanglah kepada kita kerana pada hakikatnya hanya diri kita sendiri saja yang tahu bagaimana Kebesaran dan Kehebatan Tuhan itu dimanifestasikan dalam kehidupan kita.

    tolokminda

    February 11, 2010 at 2:10 pm

  13. Salam….
    Perbuatan2 yg.dicipta Allah seperti solat mempunyai
    pengertian yang akan mengubah diri dari sudut alam
    kerohanian.

    Orang2 yg.hanya menlihat dengan mata dan akal semata
    mata memang tak faham.

    Perbuatan BERDIRI ,RUKU` dan SUJUD telah disebut banyak
    kali dan ianya jelas mengambarkan perbuatan tubuh yg.
    menunjukan peradaban hormat , taat kpd.tuhan.

    Jika manusia boleh menghormati sesama manusia dengan
    perbuatan2 rukuk dan sujud terutama yg.menyembah
    selain tuhan,….mengapa tidak kepada Allah..!!

    Tok Syam

    February 11, 2010 at 2:38 pm

  14. Salam…
    Maka persoalannya disini,…apakah terdapat gulongan
    manusia yg.menafikan tentang solat itu mempunyai
    ketetapan perbuatan tertentu yg.Allah inginkan.

    Bukan persoalan hukum wajib atau sunatnya,..sebaliknya
    apakah sujud dan rukuk serta mendirikan solat hanya
    sekadar ingat melalui hati dan akal serta melalui
    pandangan sahaja.?
    ——————————————–
    Al-Qalam
    [42]
    (Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, -
    [43]
    Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.
    [44]
    Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.
    [45]
    Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap golongan yang kufur ingkar itu), amatlah kuat kukuh.
    [46]
    Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?
    [47]
    Atau adakah di sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?

    Tok Syam

    February 11, 2010 at 2:42 pm

  15. Al-Fat-h[29]
    Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).

    Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya.

    **Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: **

    (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya.

    (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

    Tok Syam

    February 11, 2010 at 2:46 pm

  16. Az-Zumar[9]
    “(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan “SUJUD” dan “BERDIRI” sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?

    “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

    Tok Syam

    February 11, 2010 at 2:52 pm

  17. Al-Furqaan[64]
    Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

    Tok Syam

    February 11, 2010 at 3:04 pm

  18. An-Nisaa’
    [101]
    Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.
    [102]
    Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.
    [103]
    Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

    Tok Syam

    February 11, 2010 at 3:05 pm

  19. Salam Tok Syam,

    Tuhan kata:

    Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

    Tetapi kenapa tuan kata: “Orang2 yg. hanya melihat dengan mata dan akal semata-mata memang tak faham”.

    tolokminda

    February 11, 2010 at 3:09 pm

  20. Salam Tok Syam,

    Tolonglah. Jangan cuma spam saja. Cubalah sampaikan pendapat satu persatu dengan jelas tak kiralah samada tuan nak mengajar atau nak belajar.

    tolokminda

    February 11, 2010 at 3:13 pm

  21. Baiklah Tok Syam,

    Saya nak tanya, apa pendapat tuan dengan artikel di atas? Adakah tuan berpendapat perkataan alkaAAba merujuk kepada Kaabah di Mekah?

    Apa hujah tuan?

    tolokminda

    February 11, 2010 at 3:18 pm

  22. Salam…

    Pertama saya minta TM perhatikan betul2 sebutan yg.
    sdr.nyatakan sebagai Kaabah dalam surah 5:6 (KAK BAI IN)
    dan surah 5:96 (KAK BA TI) dan 5:97 (KAK BA TA)

    Apakah KAK BAI dan KAK BA sama maknaknya dan ertinya
    BUKU LALI.Kalau tak puas hati,…tanyalah orang arab
    yg.lebih faham bahasa ARAB.Kala tanya orang melayu
    mememanglah tak tau.

    Tok Syam

    February 11, 2010 at 5:32 pm

  23. Salam..

    Kedua..ialah pertanyaan TM: “Apakah Kakba dimaksudkan
    bangunan batu yg.didirikan sebagai pusat orang2
    bertawaf..? ”

    Jawapan saya:

    Sepanjang cerita Alquran tak menyebut pentingnya
    bangunan batu atau bangunan itu diberikan nama oleh
    nabi Ismail sebagai KAKBA atau bangunan itu adalah
    sebagai RUMAH ALLAH.

    Apa yg.saya ambil faham dalam maksud Allah dalam
    kisah Ismail….
    …………………………………………

    5[97]
    Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia…….

    3[96]
    Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.

    ………………………………………….

    ulasan:
    Dalam dua ayat diatas…pertama Allah menyebut rumah
    yg.mulia itu KAKBA dan….rumah ibadat yg.pertama
    disebut dengan perkataan BAIT.

    Dalam ayat2 lain juga disebut BAITUALLAH…iaitu
    rumah suci atau tempat suci.

    Tempat suci itu bagi faham saya adalah tanah mekah
    yg.sebelumnya adalah menjadi tempat sembahan2
    berhala.

    Nabi ibrahim as.disuruh bersihkan dan dirikan rumah
    suci boleh saja difahamkan sebagai membersihkan
    segala patung2 dan mendirikan rumah suci….boleh
    juga difahamkan sebagai membina tempat ibadah
    baru yg.tiada lagi patung2.

    Rumah suci bagi saya adalah Tanah mekah dimana
    nabi ibrahim dan anakanya telah mendirikan tanda
    dari binaan.

    Tanda dari binaan pada awalnya…dan yg.dimaksudkan
    dalam Alquran hanyalah sebagai pusat ibadah pertama
    agama Ibrahim yg.benar dan dijadikan tumpuan semua
    umat islam berhimpun dalam mempelajari siar islam.

    Allah menjadikan tanah mekah sebagai pusat ibadah yg.
    tertua sejarahnya,…maknya terdapat pelbagai sejarah
    kejadian disitu untuk dipelajari manusia.Disana
    terdapat kesan2 dan tanda peninggalan sebagai bukti.

    ………………………………………….

    22[25]
    Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan Allah (ugama Islam), dan dari memasuki Masjid Al-Haraam (Makkah) yang Kami jadikan dia tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman) – sama ada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah; dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.
    22[26]
    Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): “Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).
    22[27]
    “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
    [28]
    “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
    22[29]
    “Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu”.

    Tok Syam

    February 11, 2010 at 6:09 pm

  24. Salam…

    Dalam isu KaKbah ne…sebenarnya tak perlu dikelirukan
    atau nak difikirkan….kerana bukan soal BANGUNAN BATU
    yg.berselimut hitam jadi maksud ibadah ke tanah suci
    mekah.

    Tapi dalam ayat TAWAF itu sendiri perlu dibincangkan.
    Tawaf yg.bermaksud apa..?
    Apakah tawaf masudnya mengelilingi seluruh kawasan
    tanah suci yg.bersejarah itu dengan melihat dan
    mempelajari tanda2 kebesaran Allah atau hanya dengan
    pusing kelilingi bangunan batu itu dan mengambil
    berkat mencium batu HAJA ASUWAD.

    Bagaimana pula dengan amalan MELONTAR JUMRAH dengan
    beriktiqad membaling setan2 yg.terikat disitu.

    Bagaimana pula dengan amal SHIE…iaitu berulang
    alik dengan mengingati sejarah SITI HAJAR.

    Kalau nak kira…perintah baling batu pun tiada
    dalam Alquran melainkan SHIE dan TAWAF.

    Tok Syam

    February 11, 2010 at 6:23 pm

  25. Salam…
    Matlamat utama ibadah haji ialah….
    1.Berkunjung ke mekah sebagai memperingati sejarah
    bermulanya Islam dari pengorbanan nabi Ibrahim.

    2.Mempelajari sejarahnya dengan melihat tanda2
    peningalan terdahulu oleh ibrahim,kisah siti hajar,
    perjuangan nabi muhammad dan lain2 disekelilinginya.

    3.Berhajat untuk kemekah adalah suatu kesempurnaan
    dalam islamnya seseorang.Kerana ibadah itu sebagai
    rasa taat dan simbol pengorbanan umat islam.

    4.Bagi yg.jauh tentunya memerlukan perbelanjaan
    dan pengorbanan untuk sampai….namun Allah beri
    kelongaran bagi yg.tak mampu sampai.

    5.Perbuatan2 yg.dijadikan Allah sebagai rukun ibadah
    haji tentunya ada makna dan sejarahnya.Samada tau
    atau tidak akan sejarahnya……TAAT itu sudah
    memadai.

    ………………………………………

    Jika sekiranya Allah hanya inginkan manusia hidup
    buat komitmen yg.baik dari segi kerja dunia dan
    baiki diri…..buat apa Allah perintahkan untuk
    melakukan ritual2 tak masuk akal seperti……

    Menyuruh IBLIS sujud pada ADAM.Apakah tak cukup
    dengan ucapan.

    Semua malaikat sujud melainkan iblis.
    Kita boleh melihat haiwan2 yg.ditundukkan oleh
    tuan nya pun akan buat ritual sujud.

    Tok Syam

    February 11, 2010 at 6:55 pm

  26. salam…
    Tuhan kata:

    Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

    Tetapi kenapa tuan kata: “Orang2 yg. hanya melihat dengan mata dan akal semata-mata memang tak faham”.

    Ar-R’ad[19]
    Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

    Al-Hajj[46]
    Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

    An-Naml[66]
    Bahkan mereka (yang kafir) telah berkali-kali mengetahui tentang hari akhirat (tetapi mereka tidak meyakininya), bahkan mereka berada dalam syak mengenainya; bahkan matahati mereka buta langsung daripada memikirkannya.

    ……………………………………………

    Dari keterangan diatas,…mata dan telinga semata
    mata tak dapat memberi kefahaman.Ada akal juga tak
    dapat berfikir jika tak hidup mata hatinya.

    Maka disini yg.utama sebelum akalnya sempurna,..kena
    buka mata hati.Dengan mata hati baru dapat lihat
    kebenaran.

    Ramai umat tak beriman dan membantah dalam agama
    kerana lihat pakai mata dan cuba difikirkan sedangkan
    hatinya buta.

    Jadi…yg.dilihat hanyalah RITUAL2….kehidupan logik
    dan tak logiknya saja.
    Allah jadikan Manusia dan Jin.Apakah JIN dapat
    dilihat dengan mata dan dengan difikirkan saja.
    Kalau tak pernah lihat jin…apakah ianya wujud
    dalam ciptaan tuhan.

    Jika wujud apa bukti logiknya ia wujud..?Bagaimana
    akalnya akan menjelaskan wujud.Bagaimana pula cara
    akalnya nak fikir agar percaya akan wujud ciptaan
    JIN.

    Kejadian yg.terang nyata pun tak dapat memberi
    kefahaman akal tentang hikmah kejadian jika mata
    hati Allah tak kurniakan.

    Tok Syam

    February 11, 2010 at 7:28 pm

  27. Kerana ianya bersaling kait, izinkan saya potong dan lekat apa yang telah saya tulis dalam tajuk “Mengapa Nabi Ibrahim seorang yang perlu kita contohi?”.

    Senang untuk rujukan kemudian.

    ——————–

    Dan nabi Ibrahim tak pernah jejak kaki ke Mekah. Dibayangkan dalam ayat ayat 34:44 dan 28:46.

    Tak payah buang duit buat kerja sia sia. Syirik pulak tu!

    —————————

    1) contohilah nabi Ibrahim: akal > fikir. mata > lihat.

    2)Intipati ayat quran 34:44 dan 28:46.
    Tiada rasul pernah menjejak kaki ke mekah sebelum Muhamad.

    3)Tiada sebarang bukti pun dalam Quran atau diluar quran menceritakan nabi nabi (musa, Isa, Yusuf dll) pernah datang ke mekah untuk menunaikan haji.

    3a)Dari fakta 2) dan 3) nabi ibrahim dan ismail dan semua nabi (kecuali Muhammad) tidak pernah menjejak kaki ke mekah.

    4)penganut ugama Kristian & yahudi lansung tidak menaruh minat terhadap mekah tetapi sanggup menumpahkan darah untuk juruselam. Mengapa?

    5)penganut ugama Hindu dalam laman web mereka mengatakan kaabah adalah kuil lord linggam mereka. Mengapa? (symbol kesuburan) mereka – Google ‘kaabah lord shiva linggam’.

    Mengapa bentuk batu aswad berbentuk genitalia wanita?

    6)aswetha (sanskrit) – bermaksud warna hitam. Batu hajar Aswad berwarna hitam. Aswetha? Batu aswad? Mirip mirip….

    7)lihat pakaian penjaga kuil, pendita hindu – adakah mereka memakai pakaian ihram?

    8)resam mengelilingi kaabah sila google laman – shiva linggam.

    Hanyalah kebetulan?

    Contohilah nabi Ibrahim kerana dia tidak ikut ugama nenek moyang. Saranan ini ditujukan untuk semua umat manusia dalam dunia ini selari dengan perintah haji dalam quran yang bermula dengan ” Wahai manusia…”

    ****

    Aduh....

    February 11, 2010 at 10:10 pm

  28. Bagi saya, kalau pun saya buat adaian yang Tolokminda salah dalam makna sebenar Kaabah 5:6 KAK BAI IN atau 5:96 KAK BA TI dan 5:97 KAK BA TA, masallah tetap timbul bila kita renung kan maksud ayat 34:44 dan 28:46 dan komen komen yang saya potong dan lekat di atas tadi.

    Semangat elok dipegang buat masa ini ialah kita terus kaji selidik – naik haji!

    Aduh....

    February 11, 2010 at 10:17 pm

  29. Salam selipar;

    13:28. Orang-orang yang percaya, hati mereka tenteram dengan mengingati Allah – dengan mengingati Allah, hati tenteram.

    13:29. Orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan; bagi mereka kebahagiaan, dan tempat kembali yang baik.

    Mengingati Allah iaitu Pencipta kita sendiri bertujuan untuk mententeramkan hati. Hanya tuan punya diri yang tahu bila hatinya resah dan gundah gulana. Dan yang paling memahami hati seseorang manusia itu adalah Penciptanya sendiri.

    Kita hidup membuat kebaikan untuk mendapat kebahagiaan yang hakiki. Alam zahir kita (dunia) adalah tempat kita berbakti, dan alam rohani kita (akhirat) tempat kebahagiaan itu diperolehi.

    Dan dunia ini tempat kita belajar membezakan benar dengan yang salah. Kita tidak dikira berdosa jika melakukan kesalahan yang kita tidak tahu ia adalah salah. Selepas kita tahu ia suatu yang salah, kemudian kita sengaja melakukannya, itu menunjukkan kita engkar dengan petunjuk Allah yang membezakan benar dengan yang salah itu. Jadi mengelak diri daripada melakukan kesalahan yang kita tidak tahu ia satu kesalahan adalah perkara mustahil dan ia perlu dalam kita belajar sesuatu perkara.

    Seorang penyembah binaan kerana yakin itulah cara menyembah Tuhan, tidaklah dikira salah selagi tidak sampai petunjuk kepada mereka. Mereka hanya dianggap jahil atau tidak tahu sahaja. Tetapi setelah datang pemberi peringatan dan petunjuk2 yang membezakan benar dan salah, dan mereka sengaja memilih nak menyembah binaan manusia juga, itulah orang2 yang berdosa.

    Juang

    February 12, 2010 at 12:32 am

  30. Salam saudara Abdullah,

    “>>Setujukah Juang jika saya tafsirkan hujah tuan di atas bahawa kita tak perlu berbuat apa-apa,cukup hanya dengan mengingati Tuhan di dalam hati dan minda.”

    Kita tidak perlu buat apa2 yang khusus untuk mengatakan “inilah cara menyembah Tuhan”. Samalah seperti kita tidak perlu berikan makanan khusus kepada Tuhan.

    Yang beri kita tenaga untuk melakukan sesuatu perkara adalah Allah. Apakah Allah perlukan balik tenaga tersebut daripada kita?

    Apakah yang kita perlu buat adalah hidup sebagai seorang manusia yang mindanya boleh dibangunkan. Selagi kita hidup membangunkan minda, itulah cara hidup sebagai seorang manusia. Dan sudah pasti Pencipta kita gembira bila kita hidup mengikut fitrah kejadian yang Dia ciptakan.

    “>>Jadikah,apakah maksud solat yang disebut didalam al-Quran mengatakan waktu solat diwaktu terbit fajar,ditengah hari dan di waktu matahari terbenam?
    Kalau berpandukan penerangan Juang,maka kita disuruh komitmen pada Tuhan pada tiga waktu ini sahaja dengan mengingati di dalam hati dan minda?
    Saya amat keliru harap Juang dapat betulkan.”

    Solat pula sebahagian amalan untuk diri kita sendiri, bukannya untuk Tuhan. Bila kita sedar yang akal manusia boleh dibangunkan dan diasah, segala aktiviti membangunkan minda kita itulah komitmen kita sebagai seorang manusia.

    Lainlah otak manusia ini tidak boleh dibangunkan dan terhad seperti lembu, logiklah manusia hidup bagaikan lembu dicucuk hidungnya. Tetapi kita manusia yang mindanya boleh berkembang dan tidak terbelenggu, so kenalah komited membangunkan minda kita.

    Cuba kita lihat kehidupan kita, normally kita akan bangunkan minda di waktu pagi dan sampai matahari terbenam. Dan disuruh juga sedikit di sebelah malam sebelum kita masuk tidur, sebab otak perlukan rehat juga. Jadi nampak perkaitan ayat Al Quran pasal solat itu dengan aktiviti atau komitmen kita sebagai manusia.

    Bagi yang nak advancekan ketajaman mindanya, Allah suruh kita bangun sebelah malam supaya boleh fokus dengan aktiviti membangunkan minda kita itu.

    Cuba kita renungkan, Allah cipta kita sebagai manusia yang otaknya boleh dibangunkan, tetapi kita tak komited dengan fitrah kita itu dan hidup bermalasan2 sehingga jadi bodoh dan menurut membuta-tuli. Apakah Pencipta kita akan redha dengan kehidupan macam itu?

    Kalau kita ada anak yang rajin belajar dan kreatif pun kita akan rasa seronok dan gembira, sudah pasti Pencipta kita lagi2 gembira bila hasil ciptaanNya berfungsi mengikut KehendakNya.

    Kita hidup ini jangan duk fikir kehendak kita sahaja, kenalah fikir Kehendak Pencipta kita terhadap kita. Itulah yang dinamakan “mengingati Allah”.

    Bila kita nak buat sesuatu perkara, fikirkan apakah yang kita nak buat itu sesuatu mengikut Kehendak Allah sebagai Pencipta kita. Bila kita selalu berfikir dahulu tentang Pencipta kita sebelum buat sesuatu perkara, akan rasa takut dan malu kita nak buat jahat sebab kita letakkan filter dahulu sebelum buat sesuatu perkara.

    Cuba belajar letakkan diri sebagai seorang pencipta, nanti kita akan mudah faham apa Kehendak Allah mencipta sesuatu makhluk. Bila kita mudah memahami Tuhan, sudah pasti Dia lagi2 akan memahami kita.

    Ada manusia yang tidak tidak mahu memikirkan dan memahami Penciptanya sendiri. Mereka hanya duk harap Allah fahami mereka, tetapi mereka sendiri malas nak fahami Pencipta mereka. Macam mana Allah nak bantu mereka?

    Macam kita lihat keadaan umat Islam hari ini yang terkial2 nak menguasai muka bumi. Mereka berperang sesama sendiri atas alasan menegakkan negara Islam. Tapi Tuhan tak bantu mereka malah keadaan hidup mereka penuh kehancuran.

    Sebab apa jadi macam itu? Sebab mereka malas nak fahami Tuhan. Tuhan sudah buat hukum, untuk menguasai muka bumi, kenalah belajar menguasai ilmu2 yang wujud di bumi ini. Macam kita nak kuasai memandu kereta, kenalah belajar ilmu pemanduan kereta. Tapi rata2 umat Islam hari ini malas belajar sains dan ilmu alam yang menyebabkan mereka jadi golongan yang tak tahu dan jahil. Macam manalah Allah nak menangkan mereka.

    Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya.

    Juang

    February 12, 2010 at 1:10 am

  31. Salam,

    “Jika masih sangsi, perhatikan 5:95 yang menyebut “hadyan baligha alkaAAbati“. Saya percaya kita semua amat kenal dengan perkataan baligh. Maksudnya matang. Jadi jelas sekali “Hadyan baligha” itu boleh diterjemahkan sebagai indikasi kematangan dan Alkaabati itu bermaksud buku lali sebagaimana maksud perkataan yang sama dalam 5:6. Takkan kematangan kaabah pula, kan?”

    Perkaitan baligh dengan alka’abah itu menjadi kunci yang mengukuhkan hujah saudara TM setakat ini.

    Ya, tak logik bangunan yang dipanggil Kaabah di sana itu ada kematangan pula?

    Ketajaman minda memahami ayat2 Al Quran dengan menjadikan ayat2 Al Quran sendiri sebagai penjelasannya, menunjukkan kemukjizatan Al Quran itu.

    Jika Al Quran itu perlukan kitab2 lain sebagai penjelasan, nampak sangat macam Al Quran itu lemah ayat2nya.

    Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan.

    Juang

    February 12, 2010 at 1:23 am

  32. Mengenai solaa (komitmen) ianya bersalingkait dengan naik haji (hajj). Saya ambil contoh;

    Quran 2:58 dan ayat 4:154 “sujjadan”
    adakah ini bermakna pengikut Nabi Musa masuk ke dalam kota dalam keadaan sujud menyembam muka ke tanah , sujud yang biasa kita faham iaitu sujud yang memerlukan kita menyembam muka ke tanah? (fizikal?)

    Quran 12:4 “sajidi” bulan dan bintang sujud. Bagaimana bulan dan bintang sujud? (simbolik?)

    Quran 17:107 “sujjadan” adakah orang orang yag percaya bila sedang melintasi jalan depan masjid Bangsar (sebagai contoh), bila mendengar ayat ayat Tuhan dibacakan melalui pembesar suara, mereka terus tersungkur menyembam muka ke tengah tengah jalan tar – bersujud. (simbolik atau fizikal?)

    Quran 39:9 “saajidan” apakah makna sebenar berjaga di malam hari dan sujud? (simbolik atau fizikal?)

    Apakah makna akar kata “SJD” – sujud dalam konteks quran?

    Dengan hanya bertanyakan persoalan diatas, menghalusi pemahaman kita terhadap ayat ayat Allah dalam quran secara luar sedar telah membawa kita kedalam proses kaji selidik (proses naik haji).

    Bagi saya, berbincang/bertukar tukar fikiran di mana mana tempak fizikal, seperti dalam perpustakaan, kedai kopi dsbnya) atau berdiskusi dalam ruang maya tolok minda (atau mana mana laman maya) dengan terkemut kemut mengetok ngetok kunci kunci papankekunci komputer(di waktu larut malam atau di pagi buta sejuk gedik ini), adalah proses naik haji. Pada masa yang sama saya juga tengah ber”solla” (komitmen).

    Kita memulakan process naik haji,dengan membaca ayat ayat quran. Membaca quran (Bacaan) adalah fardu (farada) atau wajib! Sila lihat 28:85 (….farada’alaika’lquran….).

    Proses membaca quran ini adalah SEBAHAGIAN daripada makna solaa yang sangat luas maksudnya – (di singkatkan oleh Tolokminda sebagai komitmen). Disarankan didalam quran secara amnya waktu terbaik untuk membaca quran ialah dipagi dan malam hari atas sebab sebab psikologi minda (alpha/beta) – disini sesetengah pembaca blog tolokminda nampak ini sebagai ritual. Terpulang. Bagi saya , waktu malam dan pagi hayalah waktu terbaik saranan quran, bukannya mesti (farada) solaa waktu pagi dan malam.

    Bila kita sudah faham ayat ayat quran, yakin akan meresap dalam jiwa. Hasilnya secara automatik, kita manifestasikan/menterjemahkan fahaman kita dalam perbuatan/kehidupan harian kita, (kita mula bersedekah (solaa), kita berhenti menipu (solaa), kita adil dalam menghakimi sesuatu kes (solaa), kita tidak korap (solaa), tidak rasis (solaa), tidak maki hamun orang yang tak setuju dengan kita (solaa), kita mengajak orang kearah kebaikan (solaa) dsb.nya). Di titik ini, jadilah kita orang yang percaya. (Mukmin). Pengembaraan bermula dari muslim, sudah naik pangkat jadi mukmin (lihat ayat 49:14 -15).

    Disini saya harap saya telah kongsikan maksud “solat itu menjauhkan perbuatan keji dan mungkar” yang pernah saya dengar dalam TV dan radio. Bagi saya sembahyang tonggang tonggeng, tanpa permahaman, penghalusan ayat quran, tanpa kaji selidik (hajji), tidak dapat menjauhkan kita dari perbuatan/sikap keji dan mungkar. Lihat sajalah pentas politik tempatan dan kerakusan ahli politiknya. Ramai mereka mereka ini sembahyang kat masjid.

    Bagi saya, ruku’ dan sujud adalah peringkat peringkat merendah diri, akur, menyerah diri kepada Pencipta alam semesta ini. Fizikal atau simbolik, bergantung kepada keupayaan berfikir dan taraf ilmu seseorang. Saya tak boleh kata sujud (ketanah) orang yang tak berpelajaran dan lemah daya akal fikirnya dan tak tahu membaca, maka sujudnya tak diterima Tuhan. Apa kata kalau dia benar benar cuba ber solaa dan cuba memahami quran semampu akalnya. Kita tidak boleh menuduh.

    Begitu juga sujud orang mengatakan makna sujud dalam quran itu simbolik. Saya tak akan kata mereka sesat meniru perbuatan iblis. Bukan bidang kuasa saya untuk menghakimi. Itu bidang kuasa Pencipta kita. Saya serahkan pada Dia.

    Begitulah faham saya tentang tajuk komitmen dan naik haji…Ia saling berkait.

    Aduh....

    February 12, 2010 at 1:28 am

  33. Salam,

    Ilham tidak akan mudah keluar bila hati dalam gundah gulana. Maka di sinilah pentingnya kita mengingati Allah agar tenteram hati kita. Bila hati tenteram, kita mudah nak berfikir, berR&D, berkreativiti dan berinnovasi.

    Orang2 yang tidak hidup dalam lingkungan berfikir, berR&D, berkreativiti dan berinnovasi tidak akan memahami perkaitan kecepatan dapat ilham dengan kepentingan hidup mententeramkan jiwa.

    Hidup secara berdusta dan tidak berpegang pada bukti2 yang nyata juga menyebabkan akal akan terbantut kerana hati tidak dapat ketenangan dan kebahagiaan.

    Lagi tenang dan bahagia hati seseorang manusia, lagi bermacam2 idea mereka dapat untuk berkreativiti dan berinnovasi.

    Al Quran ada mencabar orang2 kafir bawakan surah2 yang serupa mutunya dengan Al Quran jika mereka orang2 yang benar. Hanya orang2 yang berpegang pada kebenaran sahaja Allah berikan mereka ayat2 yang bermutu dan kukuh bukti2nya.

    Jika saudara TM dalam keadaan gundah gulana, sudah pasti sukar dia nak nampak percanggahan pasal alKaabah itu.

    Juang

    February 12, 2010 at 1:30 am

  34. salam juang

    apakah kejayaan manusia . apakah manusia itu berjaya bila tidak melakukan kesalahan ? adakah manusia berjaya bila ia pandai dan cerdik ? kalau begitu kenapa allah kurniakan akal yg berbeda kepada manusia .

    slipar

    February 12, 2010 at 1:39 am

  35. Salam slipar,

    Kejayaan bagi manusia ia dia mengetahui beza benar dan salah dalam sesuatu perkara. Bila manusia itu mudah tahu beza baik dan buruk, maka manusia itu akan yakin pada dirinya seterusnya tidak hidup menyembah mana2 manusia lagi. Bukankah dosa menyekutukan Allah itu adalah dosa yang tidak diampunkan? Jadi, jika kita berjaya hidup tanpa menyekutukan Allah, bukankah itu satu kejayaan yang paling bermakna?

    Hakikatnya, jika kita tidak dilahirkan terencat akal, akal kita semuanya sama. Yang membezakan antara kita sejauh mana kita peruntukkan masa kita untuk membangunkan akal masing2.

    Sesiapa yang sikit berusaha untuk bangunkan akalnya, maka tahap akalnya rendah. Sesiapa yang banyak berusaha membangunkan akalnya, maka tahap akannya akan jadi tinggi.

    Cuba lihat kejadian manusia bermula daripada bayi. Semua bayi lahir dalam keadaan lemah, tidak tahu bercakap, tidak tahu berjalan dan minum susu sahaja. Tetapi bila dewasa, kenapa ada yang bijak dan ada yang tidak bijak? Di situ kita nampak, pengaruh sekeliling bayi itu terutamanya ibubapa bayi itu sendirilah yang membezakan tahap akal anaknya nanti dengan akal anak orang lain.

    Jika bayi itu diajar oleh ibubapa yang sedar kepentingan membangunkan minda, anak2 itu akan membesar dengan kebijaksanaan. Tetapi jika ibubapa itu jenis menurut membuta-tuli, maka jika anak2 itu tiada kesedaran, mereka pun akan tiru balik perangai ibubapa mereka seterusnya memperbanyaknya generasi yang lemah mindanya.

    Juang

    February 12, 2010 at 3:01 am

  36. Perlu kita ketahui, anak2 akan mencontohi ibubapanya. Ibubapa itulah contoh terdekat mereka. Jika ibubapa itu jenis malas belajar dan berfikir, sudah pasti anak2 akan ikut sama. Tetapi jika kita mengubah attitude kita kepada menjadi manusia yang rajin berfir, membaca dan menyelidik sesuatu perkara, anak2 juga akan dapat manfaatnya.

    Orang2 Barat mampu melahirkan generasi yang bijak kerana cara mereka mendidik anak2 mereka agar jadi orang yang ada semangat ingin tahu yang tinggi untuk mengkaji sesuatu perkara. Tetapi jika suatu hari nanti mereka lalai dengan berbangga diri dengan nikmat2 yang Allah beri sehingga tidak mahu mengkaji dan menyelidik, tidak mustahil mereka akan kembali jadi bangsa yang terbelenggu mindanya seperti zaman Kegelapan Eropah dahulu.

    Samalah yang berlaku kepada orang2 Arab. Selepas Nabi Muhammad menyedarkan mereka, lahirnya ramai bijak-pandai dari kalangan orang Arab dan sekitarnya kerana mereka mula sedar kepentingan penyelidikan dalam membina ketamadunan manusia. Namun bila mereka lalai dan mula kembali kepada ajaran2 yang menyembah binaan2 tertentu kerana menurut membuta-tuli, minda mereka jadi lemah.

    Bukan Allah yang sengaja jadikan sesuatu kaum itu lemah mindanya, tetapi kerana usaha kaum itu sendirilah yang meletakkan keadaan mereka begitu.

    Itulah kitaran2 yang Allah tetapkan pada kehidupan ini. Jika kita tidak tahu membaca sunnah Allah itu, pasti kita tidak sedar dan nampak. Akibatnya kita terus hidup menurut membuta-tuli atas sangkaan sudah lahir sebagai seorang Islam, kitalah yang benar dan memandang kaum2 lain salah.

    Juang

    February 12, 2010 at 3:12 am

  37. TQ juang .

    sebab tu aku kata mesti ada masa tertentu kita kena mintak ampun atau bersyukur kerana sifat lupa ini fitrah manusia . menyekutukan tuhan juga berlaku jika tidak sedar kelemahan ini . dari ciptaan tuhan yg berpasangan dalam apa jua hakikat jadi sifat lupa itu tidak boleh lari dari manusia . bukan kah di siplin jugak komitmen . masa hendak mula kewajipan sebagai hamba , fajar , masa habis tunaikan kewajipan , masa rehat , masa minum . masa nak tidur . komputer pun ada masa nak kena tutup bukak .

    slipar

    February 12, 2010 at 3:25 am

  38. Salam slipar,

    Sebenarnya tidak perlu masa tertentu untuk kita mengingati Tuhan. Ia setiap masa. Apa saja yang kita lakukan setiap saat ketika adalah untuk berbakti kepada Tuhan. Setiap saat ketika biar apapun yang sedang kita kerjakan kita perlu pastikan supaya sentiasa dalam batasan ketetapan yang telah direstuiNya.

    6:162 “Katakanlah: “Sesungguhnya komitmenku dan pengorbananku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Tuhan, Empunya yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

    tolokminda

    February 12, 2010 at 3:33 am

  39. Salam slipar,

    Saya sependapat dengan saudara TM. Kita mengingati Allah setiap masa. Tiada waktu khusus untuk minta ampun kepadanya.

    Apa juga aktiviti yang kita lakukan untuk memperbaiki keadaan diri kita daripada tak baik kepada baik, itulah masa kita meminta ampun kepadaNya.

    Meminta ampun bukannya macam orang Kristian pergi jumpa paderi mereka di gereja. Kita memohon ampun kepada Allah dengan mengubah diri kita ke arah kebaikan. Hanya orang2 yang ada keinsafan sahaja akan mengubah nasibnya sendiri. Orang2 yang lalai, mereka akan terus tenggelam dengan ajaran tradisi mereka dan tidak mahu belajar dan membuka minda.

    Dalam Al Quran ada sebut, setiap perbuatan baik akan menghapuskan dosa-dosa kita. So nak mohon ampun kepada Allah, kenalah buat kebaikan dan kebaktian sebanyak mungkin tanpa perlu khususkan masa2 tertentu kerana kebaikan itulah yang mencuci dosa kita, bukannya amalan ritual sembahan. Mana ada Al Quran sbeut, amalan ritual sembahan akan mencuci dosa kita?

    Asal datang kesedaran nak buat baik dan mengubah diri, masa itulah kita beramal. Bukannya tunggu masuk waktu2 tertentu, barulah nak jadi baik.

    Orang yang ada inisiatif nak belajar dan mengkaji itulah orang yang ada kemahuan nak perbaiki diri. Apa jua ilmu yang dia perolehi yang membentuk jiwanya ke arah kebaikan, itulah balasan atas usahanya nak jadi baik.

    Tetapi ada manusia rasa mereka sudah baik sekadar menurut ajaran tradisi mereka. Akibatnya mereka jadi golongan yang sombong dan berbangga diri. Mereka sangka amalan ritual mereka akan membawa mereka kepada Tuhan, tetapi mereka kena penyakit2 hati yang mengotorkan jiwa kerana menyangka merekalah yang benar dan kaum2 lain salah sebab tak sama cara sembahan.

    Juang

    February 12, 2010 at 3:49 am

  40. Salam,

    Berkenaan perkataan sujud yang dibincangkan oleh saudara Aduh, ia bererti kepatuhan kita mengikut hukum2 alam ini.

    13:15. Kepada Allah sujud segala yang di langit dan bumi, dengan rela atau membenci, seperti juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.

    Semua yang ada di langit dan bumi kena hidup ikut hukum alam baik mereka rela atau pun terpaksa, termasuk bayang2 mereka sendiri.

    Kalau kita renungkan, walaupun ada manusia tidak mahu ikut hukum alam, tetapi bayang2 mereka tetap sujud ikut hukum alam yang mengubah kecondongan bayang2 itu di waktu pagi ke petang mengikut kedudukan daripada matahari. Sekuat mana keengkaran manusia itu nak tunduk kepada hukum Allah tetapkan pada kehidupan ini, bayang2 mereka tetap tunduk ikut hukum tersebut.

    Jadi kita nampak erti sujud yang bermakna di sisi Allah bukannya menonggek pada arah dan objek tertentu tetapi kepatuhan kita ikut fitrah kejadian kita sebagai makhlukNya. Kita kena ada sedar diri yang kita ini makhluk, bukannya Tuhan sampai nak tokok tambah hukum ikut hawa nafsu sendiri.

    13:14. Bagi Dia seruan yang benar; dan orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak menyahuti mereka sedikit pun, tetapi ia seperti orang yang menjulurkan tangan-tangannya ke air supaya sampai ke mulutnya, dan tidaklah ia sampai kepadanya. Doa orang-orang yang tidak percaya hanyalah dalam kesesatan.

    Allah hanya merima seruan yang benar. Seruan yang dusta kerana tunduk pada manusia2 tertentu (menyekutukan Allah) tidak mempunyai apa2 nilai di sisi Allah. Perumpamaan usaha orang2 yang menolak logik dan hukum alam ini seperti orang yang menjulurkan tangannya kepada air dengan harapan air itu melompat masuk terus ke dalam mulutnya. Apakah ada peraturan alam membenarkan keadaan itu terjadi?

    Ayat di atas menunjukkan segala amalan yang dilakukan atas dasar tak logik, samalah seperti menjulurkan tangan ke air dengan harapan air itu masuk ke mulut tanpa usaha daripada tangan itu membawa air masuk ke mulut.

    Jadi, sebagai orang yang percaya, apakah patut kita beramal tanpa ada bukti2 logik?

    Juang

    February 12, 2010 at 4:13 am

  41. salam tolokminda

    Apa saja yang kita lakukan setiap saat ketika adalah untuk berbakti kepada Tuhan. Setiap saat ketika biar apapun yang sedang kita kerjakan kita perlu pastikan supaya sentiasa dalam batasan ketetapan yang telah direstuiNya

    mana kita boleh setiap saat kita nak capai , dalam teori kebedaan pun dia hanya kata menghampiri ada jugak selisih dia .bolehkah kita ambil masa satu saat utk berfikir sebelum melakukan sesuatu . manusia ni dia ada parameter dan bukan constant .

    slipar

    February 12, 2010 at 4:14 am

  42. Cuba kita renungkan penciptaan komputer. Dalam masa 1 saat mampu melaksanakan pengiraan2 yang kompleks. Komputer mematuhi Allah dengan mengira mengikut hukum yang Allah tetapkan. Apakah otak manusia yang mencipta komputer itu tidak mampu berbakti kepada Allah setiap saat dengan hidup mengikut hukum yang Allah tetapkan pada diri mereka sebagai manusia? Jika komputer boleh taat mengikut fitrah kejadiannya, apakah manusia tidak mampu taat ikut fitrah kejadiannya?

    Juang

    February 12, 2010 at 4:25 am

  43. Benar sekali Juang.
    Kalau dah belajar tinggi melangit, dan punyai kekuatan akal yang kuat tapi bila soal ketuhanan, logik di sampahkan, apa yang nak di panggil orang yang begini?

    Aduh....

    February 12, 2010 at 4:38 am

  44. Salam Slipar,

    Ia adalah berkenaan dengan nilai. Apabila kita memegang sesuatu nilai, gerak geri atau tindakan kita akan dibentuk oleh nilai berkenaan. Apapun yang kita lakukan ia dipengaruhi oleh nilai yang kita pegang.

    Sistem nilai berada dalam sistem minda bawah sedar (sub-conscious mind). Kita tidak perlu memikirkan mengenainya setiap kali kita menggunakannya. Ia berfungsi secara automatik sebaik saja kita memasangnya dalam diri kita.

    tolokminda

    February 12, 2010 at 4:39 am

  45. kejadian komputer dgn manusia tu lain . komputer di cipta bukan untuk di uji . kalau buat hal pun komputer tidak di bangkit kembali jadi kalau kena virus pun bukan salah dia , tak payah mintak ampun . tak perlu masa nak bersoal jawab dgn manusia /tuhan

    slipar

    February 12, 2010 at 4:50 am

  46. Juang Menulis,

    Berkenaan perkataan sujud yang dibincangkan oleh saudara Aduh, ia bererti kepatuhan kita mengikut hukum2 alam ini.

    Salam Juang,

    Saya melihat maksud perkataan sujud lebih kepada merendah diri. Apabila Tuhan suruh para malaikat sujud kepada Adam, ia bukan bermakna mereka sujud secara fizikal kepada Adam, atau patuh kepada Adam. Tetapi mereka merendah diri kepada Adam dan kepada Allah juga.

    Sebab sebelum itu mereka beranggapan mereka adalah lebih baik dari Adam dan tidak nampak mengapa Allah mahu menjadikannya khalifah di bumi.

    Iblis dilaknat Allah kerana tetap tidak mahu merendah diri walaupun yang lain akur kepada bukti yang ditunjukkan oleh Allah kepada mereka mengenai kelebihan Adam.

    Berikut adalah apa yang diceritakan Tuhan kepada kita:

    2:34 “Dan apabila Kami katakan kepada para malaikat: Rendahkanlah diri kepada Adam (lalu) mereka telah merendah diri tetap Iblis, dia menolak dan dia sombong dan dia adalah antara mereka yang tidak percaya”.

    17:61 “…Dia berkata: Patutkah aku merendah diri kepadanya yang Engkau telah perbuat dari tanah?”

    tolokminda

    February 12, 2010 at 4:52 am

  47. Salam,

    Jika kita nak mengorbankan binatang untuk dimakan oleh sesama manusia, maka korbankanlah atas dasar kebaktian sesama manusia (sedekah). Yang menjadi salahnya bila kita korbankan binatang untuk dikhususkan atas nama “menyembah Tuhan”.

    Begitu juga, jika kita nak korbankan masa, tenaga dan gerak badan kita untuk manfaat sesama manusia manusia, itulah kebaktian kita sebagai makhluk Allah. Yang jadi salahnya kita buat semua itu atas alasan ia adalah gerakan menyembah Tuhan.

    Tuhan tak berharap kepada kita. Kitalah yang berharap kepadaNya.

    Kalau kita nak membongkok ke atau menonggeng ke atas dasar keperluan tubuh badan kita seperti kita melakukan senaman, maka buatlah jika ia memberi manfaat. Tetapi jangan buat ketetapan khusus kononnya membongkok atau menonggeng itu untuk Tuhan. Logikkah Tuhan perlukan perbuatan manusia itu semua? Dia-kan Tuhan, bukannya makhluk?

    Apakah kita nak samakan amalan kita seperti orang2 musyrik terdahulu mengkhususkan makanan untuk Tuhan? Mereka menyamakan Tuhan dengan makhluk pula.

    Yang menyebabkan sesuatu perbuatan itu jadi amalan ritual dan tradisi bila ditetapkan2 atas alasan itulah cara untuk menyembah Allah. Walhal mereka tidak dapat buktikan pun daripada Kitab Allah, para Nabi terdahulu tetapkan cara itu. Mereka terpaksa guna riwayat kononnya ada sahabat Nabi nampak Nabi buat macam tu. Itulah cara halus syaitan memesongkan manusia daripada hidup ikut logik kepada amalan2 yang tiada logik.

    Akhirnya nanti mereka jadi seumpama orang yang menjulurkan tangan ke air dan mengharap air itu melompat sendiri ke mulut mereka tanpa usaha.

    Sebab itulah umat Islam hari ini tak mampu mengubah nasib mereka. Mereka ada akal, tetapi tak mahu pakai dan mereka dimenangkan oleh Allah ke atas bangsa2 yang mereka kata kafir itu. Tetapi sebab mereka sendiri tak nak berusaha pada jalan yang melayakkan mereka jadi khalifah, mereka hidup berangan2 sahajalah.

    Juang

    February 12, 2010 at 5:02 am

  48. Salam slipar,

    Komputer tidak diuji sebab mereka sudah patuh nak ikut hukum Allah ini. Mereka redha dibentuk oleh manusia yang menciptanya. Sebab Allah suruh mereka sujud kepada manusia dengan patuh apa yang manusia buat pada mereka mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

    Jadi, kalau kita nak sujud kepada Pencipta kita, kenapa tak patuh kepada fitrah kejadian kita mengikut spesifikasi yang Allah tetapkan pada manusia?

    Umpamanya manusia ada keupayaan mengubah nasibnya sendiri sedangkan komputer tidak diberi keupayaan itu. So kalau kita hidup sebagai manusia, kenalah pandai mengubah nasib kita sendiri, bukannya duduk melepak mengharapkan kerajaan bagi subsidi sahaja.

    Begitulah contoh beza hidup sebagai manusia dengan makhluk2 lain.

    Juang

    February 12, 2010 at 5:06 am

  49. salam tolokminda

    Sistem nilai berada dalam sistem minda bawah sedar (sub-conscious mind). Kita tidak perlu memikirkan mengenainya setiap kali kita menggunakannya. Ia berfungsi secara automatik sebaik saja kita memasangnya dalam diri kita

    mungkin tolok minda boleh cerahkan sikit lagi . akupun tak rasa benda ni material.

    slipar

    February 12, 2010 at 5:23 am

  50. salam juang

    komputer juga di uji sebelum dipasarkan tapi komputer tak perlu memohon ampun berbanding manusia . komputer sifat dia macam iblis tunggu masa expired sahaja . manusia di beri kelebihan kerana boleh mintak ampun . komputer tak akan rasa dia ada tuan tapi manusia ada rasa tu .

    slipar

    February 12, 2010 at 5:29 am

  51. Salam Slipar,

    Kalau kita buat salah kita kena minta maaf walau dengan siapa pun. Itu normal, fitrah. Kalau kita buat salah kepada Tuhan, kita mohon keampunan dari Dia dan tidak lagi melakukan perkara yang salah itu.

    Misalnya, kalau selama ini kita menyekutukan Tuhan dengan mengerjakan pelbagai amalan yang tidak direstuiNya maka kita perlu memberhentikan amalan itu.

    Kalau selama ini kita menyekutukan Tuhan dengan percaya kepada ajaran-ajaran orang lain selain dari ketetapan-ketetapan yang Tuhan restui, kita perlu memberhentikan kepercayaan kita kepada ajaran-ajaran orang lain dan memastikan kita hanya fokus kepada batasan ketetapan yang direstuiNya.

    tolokminda

    February 12, 2010 at 5:39 am

  52. Salam slipar,

    Semua makhluk ada tempoh expired dia. Allah sahaja yang tiada tempoh expired. Beza manusia dengan makhluk2 lain adalah manusia boleh mengubah nasib mereka sendiri jika buat salah. Makhluk2 lain, awal2 lagi mereka sudah takut nak buat salah dan tunduk patuh kepada Allah.

    Manusia diberi kekuasaan menggunapakai makhluk2 Allah yang lain, sedangkan makhluk2 lain itu rela dipergunakan oleh manusia kerana mereka tak sanggup pikul amanah sebagai khalifah itu.

    Juang

    February 12, 2010 at 6:46 am

  53. Kenyataan ADUH :
    —————-
    Bagi saya, kalau pun saya buat adaian yang Tolokminda salah dalam makna sebenar Kaabah 5:6 KAK BAI IN atau 5:96 KAK BA TI dan 5:97 KAK BA TA, masallah tetap timbul bila kita renung kan maksud ayat 34:44 dan 28:46 dan komen komen yang saya potong dan lekat di atas tadi.

    Semangat elok dipegang buat masa ini ialah kita terus kaji selidik – naik haji!
    ———————————————-

    Saya ingin membincangkan perihal surah 34:44 & 28:46
    yg. mana jika difahamkan ……Tiada nabi dan ajaran
    dari Allah menyampai keMekah melainkan nabi pertama
    yg.diutuskan untuk kaum disitu adalah Muhammad.Maka
    ini digambarkan bahawa kaum itu adalah kaum yg.jahil
    agama dan tiada mempunyai pegangan langsung….
    melainkan kepercayaan mereka kepada kuasa2 alam dan
    menyembah makhluk ciptaan.

    Demikian juga nabi muhammad tidak mengetahui berita
    tentang nabi2 sebelumnya….namun ia terpilih
    sebagai utusan Allah untuk menyampaikan agama Allah.

    Allah juga menjelaskan dalam surah itu.. tentang
    ajaran2 terdahulu yg.dibawa Musa , Daud dan Isa
    dalam keadaan kucar kacir.Maka diutus muhammad untuk
    menjadi saksi kebenaran agama2 terdahulu.

    ———————————————–

    Sdr.Aduh ingin menggunakan ayat tersebut sebagai
    bukti untuk menafikan amalan Haji dan menafikan
    tentang binaan Kaabah oleh Ibrahim atau mana2 nabi
    pun.Sebaliknya dengan tidak langsung…..yg.memulakan
    ajaran Haji mungkin Muhammad atau pun rekaan para
    penterjemah Alquran oleh ulama2 selepas wafatnya nabi.

    ————————————————-

    Pendapat saya…binaan tempat suci yg.dimaksudkan
    Mekah adalah bermula dari Ibrahim.Samada binaan yg.
    dimaksudkan sebagai Kaabah atau tempat solat atau
    membangunkan rumah suci adalah persoalan lain.

    Yang nak dibincangkan ialah soal…..apakah Tanah
    Suci Mekah itu dimulakan oleh Ibrahim atau suatu
    penyelewengan oleh nabi atau ulama tafsir.

    Secara amnya saya bersetuju tentang surah 28:46 &
    34:44 sebagaimana dikatakan ADUH….tapi tidak
    setuju surah tersebut sebagai dalil untuk menafikan
    binaan Kaabah oleh Ibrahim.

    ———————————————-

    Alasannya…?

    Tok Syam

    February 12, 2010 at 11:07 am

  54. Alasannya…

    2[125]
    Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): “Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud”.

    2[126]
    Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka”. Allah berfirman:” (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”.

    2[127]
    Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

    2[128]
    “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

    2[129]
    “Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

    Tok Syam

    February 12, 2010 at 4:45 pm

  55. Dari ayat diatas…telah menyatakan peristewa membina
    pusat suci yg.sedia maklum.Jika bukan di mekah…
    dimanakah kesan sejarah itu….tentunya bukan di
    Juruselam atau Mesir atau madinah.

    Ketika Ibrahim masuk kemekah dengan siti Hajar dan
    anaknya Ismail….Mekah memangnya tiada penduduk.
    Mekah ketika itu hanyalah tempat berhenti rehat kabilah kabilah.

    Kisah telaga Zam2 sebagai bukti nabi Ibrahim pernah
    sampai kesitu.

    Umat semasa nabi Muhamaad yg.dikatakan masih jahil
    adalah terpisah jauh dari zaman Ibrahim.Maknanya
    binaan itu telah lama dibina Ibrahim dan anaknya.

    Kisah kehancuran tentera bergajah juga membuktikan
    telah adanya bangunan tempat suci itu.

    Tok Syam

    February 12, 2010 at 5:09 pm

  56. Disurah Ali Imraan juga terdapat penegasan tentang
    binaan rumah suci.

    3:[96]
    Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.
    3[97]
    Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

    —————————————————
    Maka sejarah amalan Hajji telah dimulakan oleh
    Ibrahim melalui firman Allah kepadanya..:

    ————————————————–

    22[25]
    Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan Allah (ugama Islam), dan dari memasuki Masjid Al-Haraam (Makkah) yang Kami jadikan dia tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman) – sama ada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah; dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.
    22[26]
    Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): “Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).
    22[27]
    “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
    22[28]
    “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
    22[29]
    “Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu”.
    22[30]
    Itulah yang wajib dipatuhi; dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya. Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya), maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta, -

    Tok Syam

    February 12, 2010 at 5:18 pm

  57. Lagi kenyatan Allah memperkukuhkan bukti:

    14[35]
    Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.

    14[36]
    Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat).

    14[37]
    “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.

    Tok Syam

    February 12, 2010 at 5:23 pm

  58. Salam,

    Setakat ini, saudara TM telah membawa hujah bahawa perkataan kaabah dalam Al Quran bermaksud buku lali. Diperkuatkan dengan perkataan baligh pada kaabah itu menunjukkan ada kaitannya dengan buku lali. Hujah ini tidak mampu dicabar oleh sesiapa lagi dengan bukti2 yang kukuh.

    Jadi hujah saudara TM itu telah menolak dakwaan sesetengah manusia mengatakan Nabi Ibrahim membina kaabah yang disebut dalam Al Quran melainkan ada sesiapa yang dapat bawakan bukti yang kukuh daripada ayat Al Quran.

    Apatah lagi dalam Al Quran bawa kisah Nabi Ibrahim adalah seorang yang anti kepada amalan menyembah binaan2 daripada tangan2 manusia. Takkanlah baginda nak buat satu binaan berbentuk kotak untuk menyuruh manusia beritual di sana? Nanti apa beza ajaran baginda dengan ajaran tradisi kaumnya yang menyembah binaan atas alasan itulah cara menyembah Tuhan?

    Juang

    February 13, 2010 at 3:10 am

  59. Tok Syam,

    Dalam quran hanya (ya, saya ulang, hanya) ayat 48:24 membawa perkataan makkah. Disini saya nak tanya TS; apa maksud makkah dalam ayat 48:24?

    ayat ayat quran yang TS potong dan lekat diatas sebagai alasan TS, tak ada kena mengena dengan bandar mekah yang TS faham di Saudi Arabia hari ini.

    TS tak perlu jawab soalan saya. Saya cuma nak cadangkan TS untuk naik haji. Quran sangat berguna untuk membantu. Contohilah Nabi Ibrahim.

    Salam

    Aduh....

    February 13, 2010 at 3:52 am

  60. Perlu diingat yang mereka yang menyembah berhala, berhala itu bukanlah tuhan mereka, tetapi sebagai simbol kepada tuhan mereka.

    Adakah kita juga memerlukan satu kotak sebagai simbol (rumah) untuk menyembah?

    Perlukah kita menyembah? Jika perlu apa bezanya Pencipta kita dengan Firaun yang suruh pengikutnya menyembah beliau?

    Pencipta kita pernah mengingatkan Musa yang menghadapi masalah dalam menerimaNya yang tidak nampak dalam mata kasar.

    muaddib

    February 13, 2010 at 4:15 am

  61. Benar. Yang suka buat simbol2 dalam beragama itu adalah kaum yang menyekutukan Allah. Allah tidak memerlukan apa2 simbol untukNya. Dia cipta manusia bukan untuk manusia itu buat amalan sembahan untukNya. Manusia sahaja yang suka orang sembah dan taksub padanya untuk merasa bangga diri dan dihormati masyarakat. Takkanlah Sifat Allah itu sama dengan sifat manusia yang berbangga diri itu?

    Jika kita renung secara halus dan mendalam, manusia yang mengada-adakan amalan ritual itu mahu masyarakat mengangkat dan memuliakan mereka. Kononnya dengan mengajar sesuatu bentuk amalan ritual yang didakwa itulah untuk Tuhan, maka masyarakat akan menghormati mereka dan mendengar cakap mereka. Bila masyarakat taksub pada mereka, digunakan masyarakat itu untuk berebut kuasa. Sebab itulah golongan tersebut suka menghasut manusia berebut kuasa atas nama menegakkan negara Islam.

    Tetapi cuba kita lihat kehidupan para saintis. Mereka tidak mementingkan kemegahan dan dimuliakan oleh masyarakat sebab semua itu tidak berguna. Yang mereka pentingkan adalah kepuasan mengkaji dan menyelidik ilmu2 Allah di serata ruang dan masa.

    Masih lagikah kita mahu biarkan diri kita ditipu oleh orang2 yang mahu mengejar kemegahan nama dan ramai pengikut itu?

    Sampai bila kita nak biarkan diri dibelenggu dengan penipuan itu?

    Juang

    February 13, 2010 at 6:03 am

  62. Pasal telaga zamzam di mekah.
    kalau saya seorang bapa dan bergelar nabi yang hanif adakah saya akan membiarkan isteri saya hajar dan anak saya Ismail terkial kial di lembah yang panas mencari air tanpa saya disisi mereka membantu disaat getir?

    Nabi Ibrahim buat begitu?

    Aduh....

    February 13, 2010 at 6:52 am

  63. Sebab itulah cerita begitu tidak wujud dalam Al Quran sebab tidak mempunyai pedoman baik untuk menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab dan penyayang.

    Tetapi kadang2 ada manusia yang suka terima sesuatu cerita tanpa memikirkan moral dan pengajarannya. Asalkan cerita itu dikatakan daripada Nabi, terus mereka percaya membuta-tuli seolah-olah Nabi itu rendah akhlak atau tidak bertanggungjawab.

    Juang

    February 13, 2010 at 7:29 am

  64. Jadi ayat Allah yg.mengatakan Ibrahim mendirikan
    rumah suci atau BAIT dalam ayat alquran tu boleh tak
    huraikan…?

    Soal makna mekah tu tak le berapa penting…lagi pun
    pekataan tu hanya ada 1 atau 2 saja disebut.sebaliknya
    Baituallah banyak disebut.

    Jadi saya minta penegasan dari sdr.berdua tentang
    maksud ayat2 yg.telah di nyatakan diatas….kemudian
    kita bincang selanjutnya.

    Tok Syam

    February 13, 2010 at 8:21 am

  65. 3:94. Sesiapa yang mengada-adakan dusta terhadap Allah setelah itu, mereka itulah orang-orang yang zalim.

    3:95. Katakanlah, “Allah berkata benar, maka ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukanlah dia orang yang menyekutukan.”

    Jika orang2 yang menyekutukan Allah adalah para pendusta, maka Ibrahim yang mentauhidkan Allah adalah seorang yang lurus atau seorang yang jujur kata-katanya. Baginda tidak akan menipu manusia dengan perguna nama Nabi2 terdahulu untuk kepentingan peribadinya.

    Allah suruh kita jadi orang yang jujur atau lurus seperti baginda yang tak perguna nama2 Nabi terdahulu dalam membuat ketetapan ritual. Jika kita tidak pasti sesuatu perkara, jangan pandai2 nak tipu mengatakan “ini daripada Nabi” atau “sebab ada sahabat nampak Nabi buat macam itu”. Itu sudah berlaku zalim namanya.

    3:96. Rumah yang pertama diletakkan bagi manusia ialah yang di Bakkah, yang diberkati, dan menjadi petunjuk bagi semua ilmu.

    Ada manusia kata rumah tersebut adalah binaan kotak yang ada di Mekkah sana. Tetapi tidak ada kaitan pun binaan itu dengan keilmuan. Yang ada hanyalah amalan ritual sembahan nenek moyang sahaja.

    Jadi apakah erti “rumah” dan “bakkah” dengan anutan Ibrahim, iaitu seorang yang jauh daripada segala bentuk penyembahan binaan2 manusia? Takkan Nabi Ibrahim buat satu binaan berbentuk kotak dan suruh orang pergi buat amalan ritual di sana?

    3:97. Padanya bukti-bukti yang jelas – maqam Ibrahim, dan sesiapa memasukinya dia berasa aman. Adalah kewajipan manusia terhadap Allah untuk datang berhaji ke Rumah, jika dia boleh membuat jalannya ke sana. Dan orang yang tidak percaya – maka sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam.

    “Baitin” (rumah) tersebut mempunyai bukti2 yang jelas berkenaan maqam atau kedudukan Ibrahim sebagai seorang yang lurus (jujur) dan jauh daripada menyekutukan Allah. Dan salah satu ciri utama “baitin” itu adalah sesiapa yang memasukinya akan merasa aman.

    Di dalam “baitin” itu, manusia boleh berhujah (hajj) dengan aman. Ini kerana mencari kebenaran untuk hidup mencapai kedudukan Ibrahim, kita perlukan ketenangan dan keamanan dalam berhujah. Kita kena hidup secara rasional. Jika berbincang dengan mengejek2 dan mencaci maki, kita tidak dapat mencari kebenaran.

    Dengan kata lain, “baitin” itu adalah tempat berhujah dengan matang dan aman. Bila kita temui tempat seperti itu, bolehlah kita berbincang bawa perspektif masing2 untuk menentukan siapa yang paling kukuh hujah2nya. Tempat perbincangan seperti itulah yang Allah berkati.

    Mampukah kita dapat menyuarakan pandangan kita tentang kepercayaan kita terhadap Al Quran di kawasan “Kaabah” sana tanpa ditangkap oleh polis Arab Saudi?

    Contoh “baitin” tersebut adalah seperti blog saudara TM ini yang kita boleh berbincang pasal kepercayaan masing2 dengan aman dan matang. “Rumah” atau balai perbincangan sebeginilah yang Allah suruh kita bina agar kita dapat membebaskan minda kita melalui cara berhujah dengan aman.

    Setakat ini kita mampu lakukan di alam siber. Di alam zahir, belum tentu lagi. Bergantung kepada keterbukaan dan kematangan masyarakat kita.

    Macam di US, Oprah Winfrey dapat berbincang dengan matang dan rasional bersama-sama pengikut Kristian walaupun beliau dilihat anti-Crist di mata orang2 Kristian yang ortodoks.

    Tak tahulah di negara kita ini, adakah saudara TM boleh dapat slot khas di TV untuk mengajak kita berfikir secara kritikal pasal Al Quran tanpa keganasan dicetuskan oleh puak2 ekstrimis.

    Juang

    February 13, 2010 at 9:16 am

  66. Jika sifat orang2 musyrik adalah tidak boleh berlapang dada dan berfikiran terbuka pasal kepercayaan dan ketuhanan, maka sifat orang yang hanif atau lurus pastilah sebaliknya, iaitu seorang yang berlapang dada dan berfikiran terbuka.

    Bila boleh berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam membawa hujah pasal kepercayaan dan ketuhanan, barulah wujud masyarakat yang aman.

    Cuba kita lihat kehidupan kaum yang tidak boleh berlapang dada dan berfikiran terbuka pasal kepercayaan. Mereka hidup berpecah-belah, berpuak2, bermazhab2 dan bercakaran sesama sendiri. Tiada keamanan secara semulajadi dalam masyarakat mereka.

    Apakah Allah suruh kita hidup dalam keadaan macam itu?

    Juang

    February 13, 2010 at 9:37 am

  67. 3:93. Semua makanan halal bagi Bani Israil, kecuali apa yang Israil mengharamkan dirinya sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah, “Datangkanlah Taurat itu, dan bacalah ia, jika kamu orang yang benar.”

    Jika kita renungkan ayat ini, apabila sesuatu bangsa itu menetapkan hukum dalam sesuatu perkara, Allah suruh mereka bawakan Kitab Allah yang diberikan kepada mereka, bukannya bawa kitab riwayat seseorang Nabi.

    Itulah yang patut kita lakukan dalam menegakkan hujah (naik hajj).

    Juang

    February 13, 2010 at 10:54 am

  68. Tok Syam berkata:

    “Soal makna mekah tu tak le berapa penting…lagi pun
    pekataan tu hanya ada 1 atau 2 saja disebut.sebaliknya
    Baituallah banyak disebut.”

    Jawapan saya:

    Salamun alaikum Tok Syam, Perkataan “Baitullah” tidak disebut langsung dimana-mana pun dalam Al Quran. Yang ada hanya “Baital-harami” (5:2 & 5:97), “Baitika-Muharami” (14:37), Baitul-Atiq” (22:29) dan “Baitul-angkabut” (29:41). Saya harap kalau perkataan “Baitullah” tidak digunakan oleh Allah sebagai “KalimatNya” dalam Al Quran – janganlah kita ada-adakan dusta terhadapNya dengan mengada-adakannya lalu kita menyebar perkara ini kepada manusia lain.

    Saya rasa dalam forum ini kita harus berbincang secara ikhlas, jujur dan berterus terang sebab ramai yang mengikuti forum ini mahir tentang Al Quran dan mereka boleh kesan sesiapa-siapa yang cuba memutar belit lidah mereka dengan membuat dusta: Mereka telah diajar oleh Allah tentang:-

    “Dan sesungguhnya ada diantara mereka yang suka memutar belit dengan lidah mereka supaya kamu menyangka ianya sebahagian dari Al Kitab sedangkan ianya bukan dari Al Kitab. Dan mereka kata ianya dari sisi Allah sedangkan ianya bukan dari sisi Allah – mereka berkata-kata dusta terhadap Allah sedangkan mereka tahu.” (3:78)

    Gunumaro

    February 13, 2010 at 1:12 pm

  69. Kita tidak harus menyamakan Allah dengan makhluk-makhluk lain atau patung-patung atau binaan-binaan yang orang-orang yang tidak percaya kepadaNya untuk dijadikan sembahan. Allah tidak perlu manusia tunggang-tunggek untuk menyembahNya. Jika demikian, samalah seperti sembahan orang-orang musyrik yang lain.

    Bagaimana cara menyembah Allah? Adakah seperti membuat gerakan ritual kepadaNya? Tidak. Allah suruh kita;

    1. Makan apa yang dia merezekikan kepada kita yang halal dan baik serta berterima kasih atas rahmatNya.

    16:114. Maka makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal, yang baik; dan berterimakasihlah atas rahmat Allah, jika Dia kamu sembah.

    2. Tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.

    24:55. Allah berjanji kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, bahawa Dia akan sesungguhnya menjadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, sebagaimana Dia menjadikan orang-orang yang sebelum mereka pengganti-pengganti, dan sungguh, Dia akan meneguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia merelai untuk mereka, dan Dia akan menukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan mereka, dengan keamanan. “Mereka akan menyembah-Ku dengan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu.” Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu, maka mereka itu, merekalah orang-orang fasiq.

    3. Menuluskan agama untukNya.

    39:2. Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar; maka sembahlah Allah, dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya.

    39:11. Katakanlah, “Aku diperintah supaya menyembah Allah, dengan menuluskan agamaku untuk-Nya,

    39:14. Katakanlah, “Allah aku sembah, dengan menuluskan agamaku untuk-Nya.

    98:5. Mereka diperintah hanya untuk menyembah Allah, dengan menuluskan agama untuk-Nya, orang-orang yang lurus, dan untuk melakukan solat, dan memberikan zakat – itulah agama yang betul.

    4. Bermohon kepadaNya

    40:60. Pemelihara kamu berkata, “Mohonlah kepada-Ku, dan Aku akan menyahuti kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina.”

    5. Sujud atau patuh kepadaNya

    41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.

    Inilah cara kita menyembah Allah yang amat jauh berbeza dengan amalan tunggang-tunggek seperti orang-orang yang menyembah patung dan binaan2 manusia itu.

    Sekadar pendapat.

    bayau

    February 13, 2010 at 2:56 pm

  70. Waalaikumsalam…. GUNUMARO.
    Ya..benar,
    memang tiada kalamnya yg.tertulis baitulallah….
    melainkan terjemahan dalam kurungan yg.menuliskan.

    Inilah yg.ingin kita betulkan salah faham mengenai
    terjemahan2….yg.mana pihak penterjemah menggunakan
    maksud sama dalam menyatakan maksud RUMAH.

    Cuba lihat terjemahan….Rumah kediaman dan rumah
    tempat ibadah.Kemudian ditambah pula dengan maksud
    RUMAH ALLAH.Kemudian RUMAH dalam surga.

    Jadi perkataan2 memainkan pernan dalam pemahaman
    penting dalam Alquran.
    Sebagai contoh BERSEMAYAM DI ATAS ARSHINYA dan banyak
    lagi yg.perlu suatu perkataan lebih sesuai….agar
    generasi akan datang tak perlu rujukan kamus atau
    sokongan ilmu yg.tak tercapai nak dipelajari.

    Seandainya orang bukan melayu membaca terjemahan yg.
    ada sekarang tanpa merujuk ahlinya….sudah pasti
    mereka akan terpesong aqidah dan beriqtikad yg.salah.

    Tok Syam

    February 13, 2010 at 4:33 pm

  71. Tok Syam berkata:

    “Seandainya orang bukan melayu membaca terjemahan yg.
    ada sekarang tanpa merujuk ahlinya….sudah pasti
    mereka akan terpesong aqidah dan beriqtikad yg.salah.”

    Komen saya:
    Selama ini kesemua kita telah menurut tanpa soal siasat “ahli-ahli” agama dalam masyarakat kita dan mereka telah membelenggu minda kita dengan kepercayaan-kepercayaan agama apa yang kita sedang mempersoalkan dalam blog ini sekarang.

    Kalau mereka benar-benar “ahli” mengapa mereka tidak betulkan terjemahan-terjemahan yang terang-terang nampak salah?

    Apakah mereka benar-benar “ahli” atau mereka juga memerlukan Allah untuk mendapat petunjuk?

    Kalau mereka benar-banar “ahli” mengapa mereka sembunyikan yang benar?

    “Janganlah kamu campur-adukan yang benar dengan yang salah dan kamu sembunyikan apa yang benar sedang kamu tahu.” (2:43)

    Mengapa “ahli-ahli” agama ini sanggup menjadi pembawa obor-obor syaitan dengan menyampaikan ajaran-ajaran yang tidak diajar oleh Allah? Misalnya, dimana Tok Syam belajar umur Nabi Ibrahim 130 tahun? Bila masa Allah mengajar kita tentang perkara ini?

    Saya bersetuju ada perkataan-perkataan dalam Al Quran yang kita tidak boleh faham atau membuat satu gambaran – tetapi perkataan-perkataan ini juga tidak boleh difahami oleh orang-orang Arab sendiri.

    Apakah disebabkan kita tidak boleh faham kita harus membuat agak-agakan atau kita pilih jalan mudah dengan mengikuti ajaran-ajaran yang salah tanpa menyoalnya?

    Blog TM ini akan hanya mendatangkan faedah kepada orang-orang yang mahu berfikir dan juga bagi mereka yang mahu menilai semula kepercayaan-kepercayaan agama yang tidak masuk akal.

    Saya nampak Blog ini juga menjadi pembuka mata untuk menggalakkan orang-orang Melayu mengambil inisiatif membaca Al Quran dalam bahasa yang mereka boleh faham – walaupun terdapat banyak kesilapan dalam terjemahan-terjemahan – sekurang-kurangnya mereka boleh membuat penilaian untuk membezakan “Diantara yang benar dan yang Salah” (2:185) dengan apa yang mereka percaya dari kecil.

    Gunumaro

    February 13, 2010 at 5:43 pm

  72. Salam….
    Kebanyakan ahli ilmu agama tanahair kita terutama dalam bidang agama adalah mereka2 yg.belajar dari pelbagai
    pendidikan yang terdapat didunia seperti Mesir,Jordan,
    Indonesia.Dimalaysia juga terdapat UIA sebagai pusat
    pengajian.

    Apakah kesemua penuntut2 itu belajar untuk memikirkan
    soal memertabadkan Islam atau tujuan kerjaya.!
    Tokoh2 agama tanahair kita juga ramai dan mempunyai
    pelbagai bidang ilmu,…persoalannya apakah mereka
    telah bermuafakat dan menjalankan usaha R&D secara
    lebih maju.

    Pentadbir agama yg.sebenarnya perlu bebas atau
    dikatakan telah MERDEKA…tidak dikuasai oleh pihak2
    politik.Keadilan perlu tegak berdasarkan agama
    sebenar dan bukan atas dasar dunia.

    Bagi saya….agama yg.lurus benar tidak boleh
    menjadikan dunia huru hara dan memecahkan umat
    manusia berbilang fahaman.

    Sebenarnya penyampaian ilmu dan asuhan yg.
    bercampur dengan adat serta aliran2 tarikat yg.
    pelbagai telah menyebabkan umat menjadi berpuak puak
    dan bergulongan.

    Jika kita kaji,..aliran tarikat itu juga terdapat
    ajaran2 salah yg.membudayakan falsafah2 yahudi
    dan nasrani zaman jahiliah atau dari pelbagai
    fahaman.

    Tok Syam

    February 14, 2010 at 5:35 am

  73. Salam Bayau,

    41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.

    Jika matahari yang banyak sumbangkan cahaya dan tenaga kepada kita dan matahari itu dibina oleh Allah sendiri pun Allah larang kita sujud padanya, apatah lagi kalau kita pergi tunggang tunggek pada binaan berbentuk kotak yang dibina daripada tangan2 manusia.

    Tidakkah semua itu mampu membuka fikiran mereka?

    Juang

    February 14, 2010 at 1:11 pm

  74. Salam;

    “TS: Seandainya orang bukan melayu membaca terjemahan yg. ada sekarang tanpa merujuk ahlinya….sudah pasti
    mereka akan terpesong aqidah dan beriqtikad yg.salah.”

    Sebab itulah dalam mencari kebenaran, jangan terhenti pada sesuatu tahap. Jangan berpegang pada sesuatu pendapat sahaja tanpa mencari pendapat2 lain. Sebab itulah Al Quran suruh kita mendengar pendapat dan ikuti yang paling baik.

    Teringat perjalanan saya memahami Al Quran. Mulanya saya berpegang pada terjemahan Indonesia yang mempunyai banyak tafsir dalam kurungan. Kemudian saya dipertemukan dengan e-Bacaan. Dan kini Allah lorongkan perjalanan saya ke blog TM.

    Allah Melihat hati semua manusia. Dia Mengetahui sesiapa yang benar2 ingin mencari kebenaran dan Dia Mengetahui sesiapa yang menutup pintu hatinya sendiri untuk taksub pada pegangan tradisi.

    Jadi jangan takut nak mencari kebenaran guna keupayaan diri sendiri. Allah pasti tolong sebab Dia Melihat semua yang manusia kerjakan.

    Juang

    February 14, 2010 at 1:19 pm

  75. “Gunumaro: Mengapa “ahli-ahli” agama ini sanggup menjadi pembawa obor-obor syaitan dengan menyampaikan ajaran-ajaran yang tidak diajar oleh Allah?”

    Perkara ini bukan baru terjadi. Jika kita renung kisah kaum2 musyrik terdahulu, yang menyebabkan mereka menyekutukan Allah angkara golongan pembesar agama atau ahli2 kitab. Ini kerana golongan itulah selalunya dipercayai dalam sesuatu masyarakat sehingga mereka pergunakan kepercayaan masyarakat itu untuk hawa nafsu mereka. Mereka itulah yang mengembala minda masyarakat untuk menurut cakap mereka.

    Walaupun ada antara mereka yang benar dan mengetahui isi kandungan Kitab Allah, tetapi kebanyakan mereka adalah orang2 yang fasiq.

    Angkara merekalah menyebabkan masyarakat berpecah-belah akibat taksub pada golongan atau jemaah yang berbeza2.

    Hari ini kita nampak balik apa yang Al Quran khabarkan kepada kita yang terjadi pada umat terdahulu.

    Juang

    February 14, 2010 at 1:27 pm

  76. Salam…
    Tak salah,…jika mempelajari apa jua jalan manusia
    mencari kebenaran.Setiap kaum mempunyai jalan yg.mereka
    percaya sebagai jalan KEBENARAN yg.akan memberi
    kejayaan hidup selepas kematian.

    Dalam mencari kebenaran,…apakah seseorang itu telah
    berpijak pada dasar Haqul Yakin atau setidaknya YAKIN.
    Sekiranya,…mereka hanya berdiri atas dasar percaya,…
    maka berhati hatilah.

    Apakah Allah akan memutuskan siapa yg.benar dan salah
    atas dasar jalannya setelah manusia itu mati.Tentunya
    manusia itu akan berhujah terhadap Allah.

    Katanya:Wahai tuhan,…kenapakah setelah aku hidup
    kembali baru diberi tau kesilapan pilihan ku.

    Jadi….pastikan dengan YAKIN bahawa segala usaha
    terbaik yg.kita usahakan telah diredhai Allah dan
    hal itu akan dijelaskan oleh Allah ketika hidup ini.

    Kerana Allah telah berjanji,..tidak menyiksa manusia
    sekiranya tidak disampaikan lagi hal2 tentang
    kebenaran dan Allah akan menetapkan hati mereka yg.
    telah diberi kurnia ilmu disisinya.

    Dan pastikan….setiap apa yg.kita bicarakan adalah
    amal yg.kita akan buat atau telah buat.Kerana Allah
    sangat benci kepada manusia yg.berkata kata tentang
    hal yg.tak diamalkan.

    Tok Syam

    February 14, 2010 at 3:23 pm

  77. Ada manusia, nak tunggu mati barulah nak percaya sesuatu hakikat. Tetapi bagi orang yang percaya, bila sahaja Allah tunjukkan bukti2 yang wujud di langit dan di bumi di mana akalnya tidak boleh membantah, dia akan terus percaya.

    Contohnya bila Rasulullah bawakan bukti2 yang menunjukkan tidak mungkin Tuhan ada anak tau sekutu (yang jika keadaan itu benar2 wujud, pasti sistem alam ini akan kucar-kacir kerana setiap tuhan itu akan berusaha nak mentadbir ikut kehendak masing2), maka orang2 yang berfikir dengan rasional pasti nampak hakikat tersebut.

    Tetapi orang2 Nasrani yang taksub pada ulamak ortodoks mereka, pasti tidak percaya kepada hakikat tersebut biarpun dakwaan mereka yang Al Masih Isa itu adalah putera Allah tidak ada bukti kukuh melainkan bersandarkan riwayat2 para sahabat Nabi Isa yang dikumpulkan.

    Begitulah yang berlaku kepada ajaran yang Nabi Muhammad sampaikan. Orang2 percaya, mereka nampak kebenaran Al Quran itu. Tetapi orang2 yang tak percaya, mereka perlukan riwayat2 para sahabat Nabi seperti mana orang Nasrani lakukan dahulu.

    Juang

    February 14, 2010 at 3:46 pm

  78. 41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.

    Benar Juang. Melalui ayat di atas, Allah larang kita sujud kepada matahari dan bulan yang Dia sendiri ciptakan. Mungkin orang-orang yang sujud kepada matahari dan bulan pada waktu itu mempunyai nama-nama khas kepada dua ciptaan Allah itu. Zahirnya, kita nampak mereka memang mempersekutukan Allah kerana menyembah ciptaan Allah.

    Kita beralih pula kepada binaan kotak yang dicipta oleh tangan manusia sendiri, yang juga menjadi objek sembahan lalu dianggap suci dan dikatakan sebagai rumah Allah. Apakah mereka tidak sedar bahawa hasil tangan mereka lalu dianggap sebagai rumah Allah juga dijadikan bahan sembahan? Adakah Tuhan itu perlukan rumah sebagaimana manusia?

    Sedarlah, Allah tidak perlukan rumah suci dan sebagainya. Jangan samakan Allah dengan makhluk-makhluk atau ciptaan-ciptaanNya yang lain kerana sebagai Pencipta Dia berkuasa atas segala-galanya.

    Dan ingatlah bahawa Allah tidak akan mengampunkan orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu termasuk menyembah objek binaan itu.

    4:116. Allah tidak mengampunkan apa yang dengan-Nya dipersekutukan, dan Dia mengampunkan yang selain itu kepada siapa yang Dia mengkehendaki, dan sesiapa menyekutukan Allah dengan sesuatu, dia sesat dalam kesesatan yang jauh.

    bayau

    February 14, 2010 at 4:22 pm

  79. 4:116. Allah tidak mengampunkan apa yang dengan-Nya dipersekutukan, dan Dia mengampunkan yang selain itu kepada siapa yang Dia mengkehendaki, dan sesiapa menyekutukan Allah dengan sesuatu, dia sesat dalam kesesatan yang jauh.

    Jika kita lihat orang yang mempromosikan amalan menyembah binaan kotak itu suka membuang masa berebut kuasa atas nama menegakkan negara Islam. Selepas mereka menyembah kotak itu, mereka akan mencari2 salah pemimpin mereka terhadap masalah sosial masyarakat. Bila timbul isu membuang bayi, mereka akan menyalahkan kerajaan mereka kononnya tidak menegakkan hukum hudud.

    Mereka lupa Allah tidak mengampunkan dosa menyekutukanNya dan mengampunkan dosa selainnya. Sepatutnya kesalahan menyekutukan Allah itulah yang patut dibasmi dahulu, barulah masalah2 lain boleh diatasi.

    Kita kenalah menyelesaikan masalah manusia ikut keutamaan. Yang mana yang Allah paling tak suka, pada perkara itulah yang kita basmi dahulu. Selagi punca utama masalah umat (penyakit menyekutukan Allah) tidak diatasi, macam mana masalah2 lain dapat diatasi?

    Persoalannya, sanggupkah mereka meninggalkan amalan menyembah kotak sedangkan bersujud kepada matahari atau bulan pun suatu yang Allah larang?

    Tidakkah mereka mempunyai minda?

    Juang

    February 15, 2010 at 2:01 am

  80. Salam…
    Semuanya dengan izin Allah juga.Tembok batu hitam
    yg.terbina hingga akhir zaman sedangkan patong2 yg.
    lain Allah hancurkan dan bersihkan.

    Hai…kenapalah Allah tak robohkan bangunan hitam yg.
    boleh jadikan manusia ne berbalah mengenainya.
    Apakah sebenarnya hikmah Allah izinkan ia terdiri.

    Hemm…kalau nak berbaik sangka tentu boleh saja.
    Anggaplah ia sebagai dinding2 batu yg.menyekat pandangan apabila mereka bersoat.Agar tidak pula
    dikatakan manusia menyembah antara satu sama lain.

    Atau mungkin…dulunya tembok itu tempat mimbar
    nabi ibrahim memberi syarahan kpd.orang2 yg.berhimpun.

    Mungkin itulah Allah berpesan agar binaan itu tidak
    menjadikan manusia menyukutukan DIA.

    106:[3]
    Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah ini,

    2:[125]
    Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci itu tempat tumpuan bagi umat manusia dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang.
    Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman):
    “Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf dan orang-orang yang rukuk dan sujud”.

    Tok Syam

    February 15, 2010 at 6:41 am

  81. Kita perlu ingat, ada banyak patung-patung lagi yang berdiri gah di merata dunia ini, bukan binaan batu hitam itu sahaja.

    Kalau Allah nak, bila-bila masa sahaja Dia boleh hancurkan. Tapi, hingga saat ini mengapa masih wujud lagi?

    Apakah kita tidak mahu mengambil pelajaran dari ayat Allah ini?

    7:168. Dan Kami memotong mereka kepada umat-umat di bumi, antara mereka adalah salih (baik), dan antara mereka, tidak sedemikian; dan Kami menguji mereka dengan benda-benda yang baik, dan yang buruk, supaya mereka kembali.

    bayau

    February 15, 2010 at 7:03 am

  82. Salam,

    Nak kata Allah hancurkan semua patung2, kat Malaysia ini pun banyak patung2 dibina untuk disembah. Kalau Allah tidak izinkan patung itu dibina, setiap kali ada manusia membinanya, pasti akan runtuh menghempap manusia tersebut. Tetapi kenapa Allah biarkan?

    Jadi kalau Allah masih biarkan patung2 itu terbina, apakah satu yang menghairankan Allah masih biarkan bangunan kotak itu wujud setakat ini?

    Semua itu adalah ujian untuk membeza2kan antara orang yang menjauhi amalan menyekutukanNya dengan orang2 yang mendekai amalan menyekutukanNya.

    Samalah seperti arak. Walaupun arak diharamkan, tetapi Allah masih biarkan kewujudan arak untuk menjadi batu ujian kepada orang2 yang mahu memelihara diri daripada unsur2 yang memudaratkan dengan orang2 yang take for granted dalam hidupnya.

    Bila kita kenal ciri2 hidup orang menyekutukan Allah yang membelenggu minda mereka, kita akan merasai nikmat kebebasan minda untuk tidak menyekutukanNya lagi.

    Tiada kenikmatan yang paling indah dalam hidup ini bila kita bebaskan dari daripada amalan2 yang membelenggu minda dan menyekutukanNya.

    Sedangkan pada matahari dan bulan pun kita dilarang sujud ke arahnya, apatah lagi pada objek2 binaan manusia. Perkaitan yang mudah difikirkan jika manusia itu bersikap jujur dan lurus (hanif) pada ayat2 Allah.

    Juang

    February 15, 2010 at 7:03 am

  83. Salam…
    Dalam urusan KIBLAT yg.mungkin bererti menghadapkan….
    adalah bermula dari kisah semasa nabi muhammad bersolat
    pada awalnya.
    ——————————————————–
    2[115]
    Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas , lagi sentiasa Mengetahui.

    ulasan:
    ——–
    Ini menunjukan telah nyata tentang kemana jua boleh
    manusia tu berkiblat.

    ————————————————–

    2:[142]
    Orang-orang bodoh akan berkata: “Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?” Katakanlah “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah -; Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus”.

    ulasan:
    ——-
    Sejak dari dulu pun umat dah mempertikaikan soal
    kiblat.Kiblat aaalnya bukanlah berbentuk batu hitam,.
    sebaliknya adalah hanya sebuah binaan masjid saja.

    Apakah ketika itu bangunan batu hitam yg.dimaksudkan
    KAABA belum terdiri..?

    —————————————————–

    2:[143]
    Dan demikianlah , Kami jadikan kamu satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia dan Rasulullah pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah dan sesungguhnya itu adalah amat berat kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu.
    Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang yang beriman.
    —————————————————-

    ulasan:
    ——-
    Semoga ayat diatas dapat memberi kefahaman kepada
    yg.mau beriman dan sebagai sesama umat mengenali
    diantara mereka dan pengikut umat yg.mana.
    —————————————————-

    2:[144]
    Kerap kali Kami melihat engkau , berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam ; dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.
    —————————————————

    ulasan:
    ——-
    Maka jika ditanya kpd.ahli kitab…mereka juga
    mengetahui tentang kiblat umat muhammad.
    Sekiranya mereka diajak berkiblat ke masjidil haram..
    mereka pun akan menolak….bukan sebab tak percaya…
    tapi pasal marahkan nabi muhammad.

    —————————————————

    Tok Syam

    February 15, 2010 at 7:43 am

  84. Salam…
    Terpulanglah kpd.semua,…bagaimana untuk memahami
    perintah Allah yg.bukan saja2 untuk menyesatkan
    manusia….sebagaimana pada awal kejadian ADAM…
    seolah olah Allah suruh taat dan hormati kejadian
    ADAM.

    Usahkan ingin sujud atau rukuk,…menundukkan kepala
    tanda setuju pun tak mau.
    Maka sekiranya Allah jadikan binaan tembok batu sebagai
    ARAH MENGHADAP ketika berada dalam kawasan Masjidil
    Haram….apa salahnya.

    Sekiranya kita kata,..menggunakan akal waras….
    tanpa ada satu arah tetap,..pasti lintang pukang
    hala manusia bersolat di tanah suci tu.

    Tok Syam

    February 15, 2010 at 7:55 am

  85. Salam,

    Percaya lawannya engkar. Sifat ajaran kaum2 yang engkar dan musyrik, mereka berkiblat (menghadap) pada sesuatu objek khusus samada matahari, bulan, gunung, pokok, patung atau bangunan. Maka lawan kepada ajaran musyrik pastilah tidak mengadap kepada sesuatu objek khusus sebab semua arah itu milik Allah. Jadi, tidak logik Nabi Muhammad suruh manusia mengadap apa jua binaan masjid, nanti sama pula ciri2 ajaran baginda dengan ajaran musyrik.

    [2:142]…Katakanlah “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah -; Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus”.

    Bila kita faham dalam kehidupan ini, sesuatu perkara itu ada pasangannya iaitu ada antinya, maka kita mudah membezakan mana yang benar dan mana yang dusta. Kenali sifat2 atau ciri2 sesuatu perkara, dan semuanya ada lawannya.

    Tidak mungkin benar itu sama dengan dusta, terang sama dengan gelap, bijak sama dengan jahil. Semuanya ada batas2 yang membezakan antara sifat2 tersebut.

    Bila kita kenal ciri2 ajaran orang2 musyrik, kita akan nampak lawan kepada ciri2 ajaran tersebut iaitu ciri2 jalan hidup yang lurus.

    Juang

    February 15, 2010 at 8:23 am

  86. “TS: Sekiranya kita kata,..menggunakan akal waras….
    tanpa ada satu arah tetap,..pasti lintang pukang
    hala manusia bersolat di tanah suci tu.”

    Sekiranya minda masih terbelenggu bahawa solat itu adalah amalan sembahan, itu yang rasa akan lintang-pukang kalau tidak berkiblatkan sesuatu arah.

    Tetapi bila kita nampak solat itu adalah komitmen, maka ada logiknya komitmen tidak memerlukan kita mengadap pada sesuatu objek secara khusus.

    Ironinya, walaupun kaum yang mengadap binaan kotak itu nampak teratur dalam amalan sembahan mereka, tetapi dalam kehidupan mereka jadi berpecah-belah sesama mereka.

    Ini kerana mereka anggap “deen” itu adalah amalan ritual atas nama agama, sedangkan bagi orang yang percaya, “deen” itu adalah cara hidup. Jadi cara hidup yang tidak berpecah-belah dan berpuak2 itulah matlamat orang2 yang percaya.

    Juang

    February 15, 2010 at 8:28 am

  87. Jika kita renung secara halus berkenaan ayat Al Quran mengatakan Allah pemilik timur dan barat, ia memberitahu kita yang Allah tidak ada kedudukan tertentu untuk disembah seperti mana kaum2 musyrik perlu mengadap arah objek2 tertentu. Takkanlah kita nak samakan Allah dengan objek2 berhala tersebut? Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan.

    Jadi mengatakan Nabi Muhammad suruh manusia berkiblatkan bangunan bernama masjid di Mekah itu sudah bercanggah dengan ayat yang baginda sampaikan mengatakan Allah pemilik timur dan barat, kerana jika baginda tetapkan kiblat pada sesuatu arah objek, itu bermakna samalah perangai baginda macam kaum musyrik terdahulu yang tetapkan kiblat pada objek2 tertentu. Mana mungkin ajaran suci baginda sama seperti ajaran kaum2 musyrik?

    Jadi erti masjidilharam seperti saudara TM kemukakan lebih dilihat jujur untuk menjauhi amalan menyekutukan Allah.

    Ingatlah, tiada dosa yang tidak diampunkan, melainkan dosa menyekutukanNya. Maka apa jua yang kita lakukan mestilah untuk menjauhi segala bentuk amalan yang pernah dilakukan oleh orang2 musyrik dahulu terdahulu itu.

    Semoga datang keinsafan nak menjauhi kesyirikan.

    Juang

    February 15, 2010 at 9:00 am

  88. Salam..
    Cuba fahamkan firman2 yg.diberikan.
    Apakah nabi yg.menyuruh atau Allah yg.menyuruh.
    Segala ayat dalam kurungan telah saya padamkan agar
    terjemahan hanya tertumpu pada kalam kalimah Allah
    semata.

    Allah menyuruh,..palingkan arah tumpuan kepada pusat
    diMasjidil Haram sebagai memisahakna umat islam dari
    dianggap sebagai pengikut yahudi.

    Kedua…Allah membenarkan menghadap kemana saja yg.
    manusia suka…kerana ingin menjelaskan bahawa
    bukanlah objek jadi sembahan…..yg.sebenarnya adalah
    ketetapan HATI kepada Allah semata-mata.

    ————————————————

    Jawaban yg.perlu diketahui dari JUANG…tentang
    maksud S O L A T dalam quran itu cuba huraikan
    dengan jelas agar dapat saya pegang sebgai pokok
    kenyataan sdr.Dengan itu dapat lah saya faham
    apa sebenarnya kefahaman solat pada pandangan anda.

    Tok Syam

    February 15, 2010 at 10:06 am

  89. Salam..
    Cuba fahamkan firman2 yg.diberikan.
    Apakah nabi yg.menyuruh atau Allah yg.menyuruh.
    Segala ayat dalam kurungan telah saya padamkan agar
    terjemahan hanya tertumpu pada kalam kalimah Allah
    semata.

    Allah menyuruh,..palingkan arah tumpuan kepada pusat
    diMasjidil Haram sebagai memisahkan umat islam dari
    dianggap sebagai pengikut yahudi.

    Kedua…Allah membenarkan menghadap kemana saja yg.
    manusia suka…kerana ingin menjelaskan bahawa
    bukanlah objek jadi sembahan…..yg.sebenarnya adalah
    ketetapan HATI kepada Allah semata-mata.

    ————————————————

    Jawaban yg.perlu diketahui dari JUANG…tentang
    maksud S O L A T dalam quran itu cuba huraikan
    dengan jelas agar dapat saya pegang sebgai pokok
    kenyataan sdr.Dengan itu dapat lah saya faham
    apa sebenarnya kefahaman solat pada pandangan anda.

    Tok Syam

    February 15, 2010 at 10:08 am

  90. Salam,

    “TS: Allah menyuruh,..palingkan arah tumpuan kepada pusat diMasjidil Haram sebagai memisahakna umat islam dari dianggap sebagai pengikut yahudi.”

    Berkenaan maksud masjidilharam, kita ada 2 pandangan di sini. Satu, yang menganggap masjidilharam itu adalah rumah ibadat (objek) yang terletak di Mekkah dan satu lagi adalah seperti yang saudara TM bawakan iaitu batasan ketetapan yang direstui.

    Jika orang2 musyrik menetapkan amalan mereka berkiblatkan sesuatu objek seperti matahari atau binaan manusia, sudah pasti anutan tauhid tidak menetapkan kiblat pada sesuatu objek. Jika orang musyrik menetapkan pada arah Timur, tak mungkin orang beriman menetapkan pada arah Barat, sebab walaupun berbeza arah, tetapi perangai menetapkan sesuatu arah kedudukan objek itu bukan ciri2 orang beriman.

    Cuba cari pedoman Nabi2 sebelum Nabi Muhammad, ada tak mereka menetapkan sesuatu arah kiblat pada objek2 tertentu? Jadi, takkanlah Nabi Muhammad nak bawa ajaran yang tidak seperti para Nabi terdahulu sebaliknya mirip dengan ajaran orang musyrik di zaman baginda?

    Di sini saya nampak hujah saudara TM pasal masjidilharam bukannya satu objek adalah lebih sesuai untuk membezakan ciri2 orang beriman dengan orang2 musyrik.

    “TS: Kedua…Allah membenarkan menghadap kemana saja yg.
    manusia suka…kerana ingin menjelaskan bahawa
    bukanlah objek jadi sembahan…..yg.sebenarnya adalah
    ketetapan HATI kepada Allah semata-mata.”

    Oleh kerana ia berkaitan ketetapan hati kepada Allah, sebab itulah saya setuju dengan pandangan saudara TM bahawa masjidilharam itu bukannya objek, sebab orang2 musyrik sahaja mengadap pada sesuatu objek yang kononnya itu untuk Allah.

    Ke mana sahaja arah tuju hidup kita, Allah suruh kita palingkan hati kita kepada batasan ketetapan yang direstui. Umpamanya kalau hala tuju hidup kita nak jadi seorang doktor, maka jadilah doktor yang jujur, bertimbang-rasa, adil dan amanah dalam hidupnya. Jangan tamak nak cari untung dan menyusahkan masyarakat. Begitu juga jika seseorang itu nak jadi pemimpin, kenalah adil, baik dan mengikut segala batas2 hidup yang Allah restui.

    Tiada kaitannya dengan objek2 tertentu.

    “TS: Jawaban yg.perlu diketahui dari JUANG…tentang
    maksud S O L A T dalam quran itu cuba huraikan
    dengan jelas agar dapat saya pegang sebgai pokok
    kenyataan sdr.Dengan itu dapat lah saya faham
    apa sebenarnya kefahaman solat pada pandangan anda.”

    Pada saya, solat bukannya amalan sembahan ritual. Ia adalah tanggungjawab atau komitmen kita untuk menjadi manusia yang direstui oleh Allah. Untuk menjadi manusia yang hidup sesuai dengan kejadiannya sebagai seorang manusia, bukannya kerbau.

    Tanggungjawab pertama kita sebaik sahaja lahir ke dunia adalah untuk menyedut udara (oksigen). Kemudian untuk mendapatkan makan/minum melalui cara kita menangis. Selepas itu kita mula belajar mengenal persekitaran kita. Belajar menggunakan mata, bercakap, memegang dan berjalan. Sebenarnya daripada kecil lagi kita sudah ada komitmen. Jika seseorang bayi malas belajar, sudah pasti pembesarannya tidak sempurna.

    Kemudian kita belajar mengenal batas2 aurat yang menjadikan kita rasa malu dan perlukan pakaian (masa baru lahir kita tidak ada perasaan malu).

    Seterusnya bila kita ada cita2 dalam sesuatu bidang, barulah kita belajar untuk mencapai cita2 kita tersebut. Kita pergi sekolah dan universiti untuk mencari ilmu sesuai dengan pekerjaan yang ingin kita cari.

    Kemudian kita belajar erti cinta terhadap lawan jantina kita dan ada keinginan berkeluarga dan beranak-pinak. Itu juga komitmen dan tanggungjawab kita sebagai manusia.

    Lepas itu kita mula kenal erti bermasyarakat dan membina tamadun yang lebih gemilang sesuai dengan tugas kita sebagai khalifah bukannya segerombolong binatang ternak.

    Apa jua langkah kita lakukan untuk membina masyarakat yang aman, makmur, bersatu-padu, berilmu dan berteknologi tinggi (yang kerbau2 tidak mampu lakukan), itu juga komitmen atau solat kita.

    Pendek kata, apa jua yang kita lakukan sesuai dengan fitrah kejadian kita sebagai manusia yang berakal sempurna, itulah solat kita.

    Dan itulah solat yang jauh daripada unsur2 menyembah atau sujud kepada sesuatu objek yang dilakukan oleh kaum2 musyrik terdahulu.

    Bila kita faham solat itu tiada gerakan khusus yang memerlukan kita taksub pada golongan tertentu, maka kita dapat menjauhi hidup daripada menyekutukan Allah. Kita dapat membebaskan minda daripada taksub pada sesuatu golongan yang merasakan mereka sahaja yang bersolat dengan betul, walhal Al Quran tidak pernah iktiraf apa yang mereka dakwakan itu.

    Sebab itulah dalam Al Quran tidak ada ayat yang mengkhususkan solat dengan gerakan2 tertentu yang memerlukan manusia bersangka2 gerak laku seseorang hamba Allah terdahulu.

    Harap2 dapat faham erti solat saya yang membezakan saya daripada amalan orang2 yang menyekutukanNya.

    Juang

    February 15, 2010 at 11:52 am

  91. Salam..
    Oooo…I..C
    Tq.

    Kalu macam tu…ramailah manusi telah bersolat.Asalkan
    tak menduakan Allah.Macam tempat saya…ramai gak
    yg.tak buat ritual2 ibadah tu.Mereka pula semuanya
    orang baik2 belaka…malah lebih baik dari orang
    islam.

    Walau pun namanya Ah cong,maniam,David…saya kira
    mereka telah pun bersolat.Semoga tuhan terimalah
    mereka dikalangan orang2 beriman dan termasuk
    dalam agama islam yg.hanif itu.

    Tok Syam

    February 15, 2010 at 1:07 pm

  92. Salam Tok Syam,

    Kunci katanya adalah: JANGAN MENYEKUTUKAN TUHAN DAN TETAPKAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN YANG SATU.

    tolokminda

    February 15, 2010 at 1:24 pm

  93. Salam,

    Memang ramai yang bersolat. Malah bukan manusia sahaja, makhluk2 lain pun bersolat.

    24:41. Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing – Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat.

    Bila burung itu komited dengan kejadiannya dengan menggunakan sayap2nya untuk hidup sebagai burung, maka sudah dikira bersolat. Sebab jika burung itu malas terbang, nanti dia juga yang dapat susah. Allah tak rugi apa2 pun.

    Begitulah erti solat yang semua makhluk2 Allah pun melakukannya.

    Cuma ada sesetengah manusia yang merasakan mereka sahajalah yang bersolat dengan rukun2 tertentu dan mengadap sesuatu objek. Orang2 yang tak buat macam mereka, dikatakan tak bersolat.

    Pasal solat pun mereka nak berbangga diri.

    Juang

    February 15, 2010 at 1:24 pm

  94. Jika mengkhususkan sesuatu makanan untuk Tuhan pun sudah dikira menyamakan Dia dengan makhluk, samalah dengan orang yang mengkhususkan sesuatu bangunan untuk Tuhan. Mereka ingat Tuhan itu macam manusia ke yang perlukan bangunan atau rumah?

    Kadang2 benda simple macam ini pun ada manusia tidak boleh fikirkan walhal mereka bukannya tidak berpelajaran tinggi. Kalau yang tak tahu membaca itu tertipu dengan perkara2 macam tu, logik jugalah. Tetapi kalau yang sudah sampai tahap profesor dalam sesuatu bidang pun tidak boleh memikirkan pasal Ketuhanan secara logik, apakah mereka golongan yang tidak mempunyai akal?

    Juang

    February 15, 2010 at 2:17 pm

  95. Baca Terjemahan Al-Quran Sahaja?

    Saya tidak percaya kita boleh memahami Islam dengan hanya membaca terjemahan Al-Quran.

    Mengapa ramai orang yang enggan menerima hadis sebagai sumber kedua untuk memahami Islam?

    WAN

    February 15, 2010 at 7:52 pm

  96. Salam…
    Terfikir gak…kalaulah hidup bertuhan ne semudah
    cara nabi Ibrahim..rasanya tak perlulah nabi2 dan rasul untuk membawa kitab.

    Cukup saja dengan menyampaikan bahawa….Segala
    ciptaan dan makhluk adalah dari Allah.Maka hendaklah
    kamu ingat dan berterima kasih dengan Allah.

    Ingatlah Allah hanya ada satu saja dan buatlah
    komitment2 yg.baik2.Gunakan akal yg.sempurna.

    Kiranya,..tak lah berat sangat kerja nabi tu…
    hanya perlu buat iklan hari2.Umat akhir zaman ne
    pun rasanya lebih pada mampu untuk menyebarkan
    berita tentang suruhan dan kehendak Allah…..
    kerana umat akhir zaman ne,…akalnya lebih maju,
    bijak pandai,didedahkan dengan pelbagai ilmu.

    Tok Syam

    February 15, 2010 at 8:53 pm

  97. Wan berkata:

    “Mengapa ramai orang yang enggan menerima hadis sebagai sumber kedua untuk memahami Islam?”

    Jawapan dari Al Quran:

    “Apakah harus Kami jadikan orang-orang Muslim itu sebagai orang-orang yang berdosa? Bagaimana kamu mengambil keputusan? Adakah bagi kamu KITAB lain yang kamu mempelajari di mana kamu buat pilihan? (68:35-38)

    “Itulah ayat-ayat Allah yang kami bacakan atas kamu dengan sebenarnya – maka, dengan “HADIS” manakah sesudah Allah dan ayat-ayatNya mereka akan beriman. Celaka besarlah bagi setiap orang yang membuat dusta lagi berdosa. Dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seolah-olah dia tidak mendengarnya – Maka berilah berita gembira kepada mereka dengan azab yang pedih. (45:6-8)

    “Kecelakaan pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. Maka dengan “HADIS” manakah sesudah Al Quran mereka akan beriman.” (77:49-50)

    Mengikut sura 68:35-38 panduan untuk orang-orang Muslim hanyalah Al Quran sahaja – tidak ada Kitab lain selain daripadanya.

    Ayat 77:49-50 ditujukan kepada orang-orang yang suka membuat dusta dengan mengatakan mereka mempunyai sumber lain untuk menjadi orang Muslim.

    Gunumaro

    February 16, 2010 at 12:54 am

  98. Apakah sama sifat orang beriman dengan sifat orang musyrik terdahulu?

    Cuba kita fikirkan. Rasulullah membenarkan isi kandungan Kitab2 terdahulu tanpa baginda disuruh mencari riwayat2 hadis Nabi2 terdahulu. Baginda yakin pada Al Quran yang Allah sampaikan untuk menjelaskan konsep Ketuhanan yang sebenar dalam Kitab2 terdahulu walaupun orang2 Yahudi dan Nasrani mendakwa Uzair dan Al Masih itu putera Allah.

    Kalau Rasulullah berpegang kepada riwayat2 Nabi sebelum baginda yang dikumpulkan oleh ulamak2 Yahudi dan Nasrani itu, tak mustahil baginda tertipu seperti orang2 Yahudi dan Nasrani itu tertipu hidup2.

    So bagi kita mengimani Al Quran, takkan tak mampu contohi baginda yang tidak memerlukan riwayat hadis? Kata ikut nabi, tapi perangai tak macam Nabi pun?

    Kadang2 benda2 simple macam itu pun mereka tak terfikir. Apakah mereka tidak mempunyai minda?

    Juang

    February 16, 2010 at 1:43 am

  99. Salam

    “TS: Terfikir gak…kalaulah hidup bertuhan ne semudah
    cara nabi Ibrahim..rasanya tak perlulah nabi2 dan rasul untuk membawa kitab.”

    Benar. Sebab itulah ketika Allah turunkan Adam ke bumi, baginda tak perlukan Kitab pun. Semuanya sudah ada dalam minda baginda ketika belajar dengan Allah masa asal baginda diciptakan.

    Maknanya jika semua manusia boleh komit pada janji mereka untuk tidak menyekutukan Allah, kita tidak perlukan Kitab tersebut.

    Tetapi sebab syaitan telah berjanji nak menyesatkan manusia melalui ajaran pembesar agama dan ibubapa yang jenis menurut membuta-tuli, maka Allah datangkanlah para Nabi dan Rasul untuk perjelaskan balik ayat2 Allah yang telah disembunyikan atau dipesongkan oleh syaitan2 seperti mana mereka menjauhi minda umat Islam daripada Al Quran untuk pergi ke kitab2 lain.

    Seperti mana minda orang2 Yahudi dan Nasrani dahulu dipesongkan daripada Kitab2 Nabi mereka dengan diadakan kitab Talmud dan Perjanjian Baru yang kononnya adalah ucapan/oral/bible/hadis daripada Nabi2 mereka yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi tersebut, seperti itulah yang terjadi pada umat Islam hari ini.

    Nampak tak taktik syaitan nak menjauhi sesuatu kaum daripada Kitab Allah itu sama sahaja. Yang peliknya, macam mana kaum itu boleh tak perasaan taktik tersebut? Apakah mereka tidak mempunyai akal?

    Kalau kita tidak kaji apakah punca kaum Yahudi dan Nasrani terpesong walaupun mereka ada Rasul yang membawa Kitab, pasti kita tidak sedar umat Islam (yang ada Rasul dan Kitab juga) pada hari ini sudah tiru macam kaum2 terdahulu itu.

    Juang

    February 16, 2010 at 1:52 am

  100. “TS: Umat akhir zaman ne
    pun rasanya lebih pada mampu untuk menyebarkan
    berita tentang suruhan dan kehendak Allah…..
    kerana umat akhir zaman ne,…akalnya lebih maju,
    bijak pandai,didedahkan dengan pelbagai ilmu.”

    Benar. Sebab itulah dikatakan Islam itu mudah. Mudah nak dilaksanakan dan disebarkan. Islam itu melapangkan kehidupan, bukannya menyempitkan kehidupan. Nak hidup lapang, minda kena dibukakan dahulu seluas2 mungkin.

    Itulah yang Allah suruh kita buat dalam hidup ini iaitu membuka minda. Bukti yang menunjukkan Allah suruh kita membuka minda adalah minda kita boleh berkembang bukan terbatas macam otak haiwan. Takkan kita nak samakan otak manusia dengan otak kerbau yang terbatas itu?

    Yang ada sampai tersesat itu sebab mereka takut nak membuka minda dan keluar daripada belenggu ajaran tradisi mereka. Mereka menurut sahaja cakap orang2 yang mereka rasakan boleh memberi tiket kepada mereka untuk masuk syurga. Seperti itulah ada orang2 Yahudi dan Nasrani lebih percaya kepada ulamak mereka walaupun Nabi Muhammad depan mata. Sebab apa? Sebab mereka tak mahu menggunakan akal.

    Begitu juga walaupun Allah bangkitkan Nabi Ibrahim seorang yang jujur (hanif), tetapi kenapa kaum baginda masih tegar nak menyembah binaan daripada tangan manusia? Sebab minda mereka dibelenggu dan mereka takut nak membukanya. Sedangkan Nabi Ibrahim seorang yang membuka minda dan tidak mudah menurut membuta-tuli ajaran tradisi.

    Bukannya susah sangat nak buka minda sebab ia dalam diri masing2. Antara nak dan taknak sahaja.

    Persoalannya sekarang, sanggupkah kita contohi pedoman Nabi Ibrahim yang membuka minda dan tidak menurut membuta-tuli ajaran tradisi? Tepuk dada, tanya keyakinan diri.

    Di zaman IT yang mana maklumat mudah disebarkan melalui internet, ia adalah kemudahan yang Allah sediakan untuk kita mencari kebenaran dan membuka minda.

    Betapa PengasihNya Dia untuk membebaskan manusia daripada belenggu2 minda yang diada-adakan oleh golongan agama.

    Kelak orang2 yang menyekutukan Allah tiada alasan lagi nak kata mereka susah nak mencari maklumat untuk membezakan benar dan dusta. Hakikatnya mereka sendirilah yang membutakan hati mereka sendiri.

    Juang

    February 16, 2010 at 2:08 am

  101. 5:48. Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami menentukan satu peraturan, dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yang Dia memberikan kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan.

    1) Allah menyuruh kita berhakim mengikut Kitab yang Dia telah turunkan dan jangan mengikut keinginan orang2 yang suka menyekutukan Allah. Maka penilaian hidup kita biar berhakimkan apa yang Allah turunkan, bukannya menurut membuta-tuli cakap manusia. Guna rasional atau pertimbangan yang waras untuk buat penilaian sebab kita bertanggungjawab pada diri kita yang diamanahkan.

    2) Jangan abaikan sesuatu yang benar semata-mata nak ikut sesuatu yang dusta dan diada-adakan.

    3) Dan hiduplah berlumba2 membuat kebajikan. Allah tak suruh kita berlumba2 dalam buat amalan sembahan ritual. Sesiapa yang berbuat kebajikan sebesar nukleus pun pasti Allah membalasnya, begitu juga sebaliknya.

    4) Dan semua kita akan dikembalikan kepadaNya dan ketika itu Dia akan beritahu segala yang diperselisihkan.

    So, yang pergi berpuak2 atau bergolongan2 atas nama sesuatu agama itu apa ertinya? Nak berbangga diri?

    Juang

    February 17, 2010 at 1:00 am

  102. 41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.

    Cuba kita renung secara halus dan tenang. Yang sujud kepada matahari membuat puak kononnya cara sembahan mereka itulah yang benar. Kemudian yang sujud kepada bulan buat puak lain kononnya sujud kepada bulan itulah yang betul. Selepas itu ada pula yang ukir patung kononnya itulah perantaraan mereka dengan Tuhan dan cara sembahan yang sebenar. Ditambah pula puak lain ada yang bina bangunan batu untuk dijadikan arah sujud mereka kononnya kepada Tuhan.

    Tetapi jika semua manusia tidak buat amalan sembahan kepada mana2 objek, perlu lagikah mereka mewujudkan golongan2 atau puak2 untuk berbangga diri kononnya mereka sahaja benar?

    Bukankah itulah jalan penyelesaian agar manusia kembali hidup aman dan sejahtara (jauh dari segala unsur berpecah-belah atas perbezaan agama)?

    Juang

    February 17, 2010 at 10:23 am

  103. Salam…
    Apakah kepercayaan penyelidik ahli sain terhadap
    Mekah.Apakah mestrinya yang telah di dedahkan.
    Dengan penyelidikan mereka…mungkin dapat membantu
    umat islam memahami tempat suci itu.

    Tok Syam

    February 18, 2010 at 8:36 pm

  104. Jika Rasulullah pun tidak berminat selidik tempat itu (kalau tidak pasti Al Quran penuh kisah pasal tempat “suci” itu), apakah para saintis berminat nak selidik?

    Lagi diselidik, lagi nampak amalan2 menyekutukan Allah. Kalau kita pun tak berminat nak selidik tempat kaum yang mempromosikan amalan menyembah patung, seperti itulah perasaan orang yang tidak berminat menyelidik tempat penyembah mana2 binaan atau objek yang lain.

    Juang

    February 19, 2010 at 12:36 am

  105. Sebenarnya orang Arab yang tidak membenarkan Mekah diselidiki apabila mereka mengatakan kawasan itu diharamkan kepada orang bukan Islam. Yang Islam pula mereka sudah pegang jiwa dan raganya. Mereka tidak akan sekali-kali menyanggah atau meragui apa yang mereka tetapkan kepada mereka atas nama Tuhan dan rasul-rasul.

    tolokminda

    February 19, 2010 at 3:44 am

  106. Salam…
    Sdr.Juang mengatakan ahli sain tidak menyelidik rahsia
    Mekah..?Saya rasa itu satu sangkaan sdr.saja.
    Sebenarnya mereka telah menyelidiknya dan mengatakan
    bahawa kedudukan tanah suci itu ada keistemiwaannya.

    Bukan soal bangunan batu itu yg.nak dibahaskan,…tapi
    pusat tanah suci dan titek tapak yg.terletak batu
    kaabah itu sebenarnya telah sitetapkan Allah sejak
    dicipta bumi ini.

    Mereka telah mengukur kedudukan pusat dimana letaknya
    kaabah dengan beberapa kedudukan lain,menguji dengan
    alat eletronik untuk mengesan graviti dan lain2
    ujikaji.

    Jika kita telah mengatakan penyelidikan itu penting
    untuk kenal Allah dan sain adalah ilmu yg.berguna,.
    kenapa tidak kita percaya pada lapuran kajian
    mereka.

    Amstrong seorang angkasawan sendiri telah
    menceritakan tentang kelebihan tanah suci kepada
    dunia….tidak kah anda terbaca penyelidikannya..?

    Tok Syam

    February 19, 2010 at 7:15 am

  107. Salam Tolokminda,…
    Memang dulunya orang arab ne jahil dan menutup pintu
    kepada orang luar untuk mengetahui hal negara arab.
    Bukan saja tanah suci,malah menyelidik diluar tanah
    suci pun dilarang keras.

    Tapi sekarang segala telah berubah.Disekitar mekah
    telah ramai orang2 bukan islam dan ahli kaji telah
    dibenarkan buat kajian.

    Ramai juga orang2 barat yg.masuk islam dan menggunakan
    kesempatan itu untuk bolos masuk ke mekah dan nasuk
    melihat dalam Kaabah.

    Seorang ahli sain telah masuk islam dan menceritakan
    kebenaran islam dan kelebihan tanah suci secara
    terbuka dan mendapat liputan besar.

    Cuma orang2 barat tak nak hebohkan kerana kepentingan
    politik.

    Tok Syam

    February 19, 2010 at 7:25 am

  108. Tok Syam,

    Jadi apakah kelebihan dari ekperimen dan ujikaji oleh para saintis tersebut.

    Apakah kelebihan ‘tanah suci’ yang diperkatakan oleh Amstrong?

    Boleh kongsi bersama kami disini?

    muaddib

    February 19, 2010 at 7:25 am

  109. Ya, kongsikanlah kelebihan2 di kawasan tersebut untuk difikirkan.

    Cuma kita kena ingat, walaupun matahari itu lagi banyak manfaat (menjadi sumber tenaga dan cahaya untuk kehidupan di bumi), tetapi Allah melarang kita sujud kepadanya dan mengatakan matahari itu makhluk suci untuk dipuja2.

    Renung2kanlah.

    Juang

    February 19, 2010 at 7:49 am

  110. Salam,

    Ada satu clip video suasana dalam kaabah di youtube. Sesiapa yang belum pernah melihatnya boleh klik di sini.

    tolokminda

    February 19, 2010 at 8:09 am

  111. Salam Tok Syam,

    Ya. Saya mengalu-alukan tuan membentangkan segala kelebihan kaabah yang tuan tahu dari semua penyelidikan yang tuan ketahui supaya kita sama-sama menilai dan menghargainya.

    Sebab melalui klip video tu tak nampak apa yang berbezanya kaabah dengan binaan manusia yang lain.

    tolokminda

    February 19, 2010 at 8:13 am

  112. Salam,

    Daripada video klip yang saudara TM kongsikan di sini, kita nampak yang berbeza dalam bangunan yang dipanggil kaabah itu adalah terdapat 3 tiang kayu di tengah2nya.

    Jika kita renungkan, kalau kita membina dewan yang lebih besar daripada saiz kaabah itu pun kita tidak memerlukan 3 tiang yang disusun rapat sebegitu terletakkan di tengah2 bangunan itu. Itu adalah antara kemusykilannya.

    Apakah 3 tiang itu adalah simbol ketuhanan orang Arab terdahulu yang dikaitkan dengan nama Al Lat, Al Uzza dan Al Manat itu?

    Kalau kita lihat sesetengah penganut agama lain, jika sesuatu tempat itu ada unsur2 kepelikan bagi mereka (kononnya ada “kuasa suci”), maka mereka akan bina tempat ibadat di atasnya. Umpamanya jika ada batu yang membesar (batu hidup) atau busut yang membesar, maka mereka buat tempat sembahan di sana.

    Apakah kerana kawasan di tempat kaabah itu dibina mempunyai medan magnetik tertentu menyebabkan ada manusia yang anggap ia adalah “kuasa suci” seterusnya membina tempat ibadat?

    Sedangkan matahari yang memancarkan tenaganya setiap masa dan boleh dihuraikan kepada tenaga solar untuk kegunaan manusia pun Al Quran larang sujud kepadanya.

    Juang

    February 20, 2010 at 3:06 am

  113. Salam,

    Magnetik atau tidak, kita dilarang menyekutukan Tuhan dengan apa pun. Apa kena mengena Tuhan dengan medan magnet? Kalau begitu sembah sajalah speaker PC kita. Ada magnet jugak.

    tolokminda

    February 20, 2010 at 7:02 am

  114. :D

    Sesekali TM mengeluarkan ayat yang berbau lawak tapi bermakna.

    Juang

    February 20, 2010 at 7:08 am

  115. Haji
    Solat
    Puasa

    semuanya simbolisma
    bentuk dan makna
    ada orang cari arti dalam tuak
    ada yang tengok pada cangkir arak

    ruh dalam tubuh
    tiada tubuh di mana ruh?

    batu hitam
    lapar dahaga
    tonggang tonggek

    ah kenapa Pope sujud bila turun pesawat
    dahi mencium tanah
    ya Allah , ya Allah

    Agnostika

    February 20, 2010 at 6:00 pm

  116. Salam,..
    Tak ada guna pun suatu cetita yg.anda
    sendiri tidak dibuka kan Allah
    pandangan dan ilmu melainkan apa yg.
    anda lihat sebagai zahirnya.

    Anda melihat bangunan Kaaba sebagai
    berhala sedangkan umat islam beriman
    melihatnya sebagai bangunan rumah
    batu yg.diasaskan ibrahim saja dan
    tidak lebih dari mensirikkan Allah.

    Anda melihat tiga tiang dalam kaaba
    lalu menyamakan ia dengan simbol2
    berhala,..sedangkan orang beriman
    tidak mengatakan itu sebagai berhala.

    Demikianlah tuduhan2 orang2 yg.
    bersangka sangka.

    Sudahkan anda bertanya daripada
    pembuat tiang dan pengasas kabaa itu?
    Jadi bagaimana anda tau kabaa itu
    berhala dan tiang itu adalah simbol
    3 tuhan.

    Silakan.

    Tok Syam

    February 21, 2010 at 4:36 pm

  117. Jalan terbaik sekali ialah lawatlah
    sendiri kabaah tu dan masuk kedalamnya
    dengan membawa niat ingin tau kebenaran.

    Pada masa dulu,…kabaah tak ditutup
    atasnya dan tidak bertiang seperti itu.
    Ini diceritakan oleh aruah ibu bapa saya
    yg.dapat melihat dalam nya.Selain itu
    terdapat patung2 lama yg.disimpan.
    Kini semua patung2 tu dah dipindahkan.

    Tok Syam

    February 21, 2010 at 4:45 pm

  118. Salam,

    Atas apa tujuan bangunan berbentuk kotak itu dibina, apakah Allah suruh kita sujud ke arahnya? Sedangkan sujud ke matahari dan bulan yang dicipta daripada “tangan” Allah pun suatu yang dilarangkan.

    Jika ada orang sujud kepada matahari, apakah kita perlu lawat ke matahari itu untuk membenarkan amalan mereka itu?

    Persoalan yang masih tidak terjawab, patutkah manusia itu sujud ke arah mana2 binaan daripada tangan2 manusia?

    Juang

    February 22, 2010 at 1:56 am

  119. Salam,

    Kenapa ada patung2 lama di situ sebelum dipindahkan? Bukankah ini bermakna ada sejarah tentang penyembahan patung2 di tempat itu?

    bayau

    February 22, 2010 at 2:06 am

  120. Salam,

    Saya masih menanti pihak yang mengatakan yang di Mekkah itu ada bukti saintifik. Saya nak tengok apa rasional bukti saintifik itu dengan amalan penyembahan di sana?

    Sedangkan penemuan2 telaga minyak yang menjadi kegunaan sumber tenaga hari ini pun kita dilarang sujud ke arah telaga yang dibina itu.

    Juang

    February 22, 2010 at 2:24 am

  121. Tidak ada perintah suruh sembah Kaabah
    dan semua umat muhammad tau iqtikad
    dan akidah tu.

    Sekarang yg.penting ingin saya tau…
    apakah anda…menafikan ritual solat
    tu.Iaitu solat ritual umat Islam
    sekarang.

    Sila jawab secara jujur.Apakah solat
    itu dicipta Allah dan telah diajarkan
    kpd.umat islam oleh rasul…..atau ianya hanya
    datang dari rekaan manusia.

    Sekali lagi saya harap….sila jawab
    tanpa mengalih kpd.alasan lain.

    Tok Syam

    February 22, 2010 at 4:36 am

  122. Salam,

    Jika sudah tiada diperintahkan dalam Al Quran, sepatutnya pihak yang mengada2kan amalan itu membuktikan daripada mana datangnya amalan itu sebab kita di sini sedang mencari bukti. Sama macam Nabi Ibrahim bertanya tentang amalan kaumnya dahulu untuk mencari bukti supaya kaum itu membuktikan kebenaran mereka.

    Ia bukan untuk menafikan, tetapi untuk mencari bukti daripada mana datangnya amalan itu. Bukankah Al Quran melarang kita ikut sesuatu yang diketahui kebenarannya kerana penglihatan dan pendengaran kita nanti akan dipersoalkan?

    Jika kita sendiri tidak mampu bawa bukti kukuh yang tidak boleh dicabar (sudah pasti perintah Allah tidak mampu dicabar oleh manusia), jangan nak salahkan orang lain yang tidak menerimanya.

    Sesuatu yang dusta atau diada-adakan, secara lumrah ia perlu dinafikan oleh orang yang mencari kebenaran, bukannya mempertahankannya semata2 kerana amalan turun-temurun.

    Juang

    February 22, 2010 at 5:50 am

  123. Juang,

    dari apa yg anda tulis, terserlah obsesi anda terhadap objek.
    maka kerana itulah, anda sukar mengerti bahawa Allah is everywhere and nowhere.
    di bawah sedar anda sebenarnya perlukan satu objek utk anda sembah.
    mungkin Quran anda adalah berhala yang berkata-kata.
    satu objek untuk tenangkan kecelaruan rasional anda.

    daya optik anda melihat Kaabah umpama berhala.
    sedangkan orang yg salat tak nampak apa-apa sebab mereka lihat dgn mata-hati bukan dgn mata-kepala.

    anda menjurus seorang agamawan yg menuduh agamawan lain sesat. kelihatannya begitu, kerana anda juga pakai spek yg sama.

    Agnostika

    February 22, 2010 at 6:14 am

  124. Salam Agnostika,

    Oleh kerana saya nampak Allah is everywhere and nowhere, saya tidak memerlukan tempat tertentu atau arah tertentu untuk menghambakan diri kepadaNya.

    Kalau Al Quran itu suatu yang tidak rasional ajarannya, logiklah dikatakan Al Quran itu berhala.

    Orang yang sembah patung atau matahari pun tidak nampak apa2 kesalahan daripada amalan mereka itu. Takkanlah disebabkan mereka tidak nampak apa2 daripada perbuatan mereka itu, maka kita pun nak sembah patung atau matahari? Takkan semudah itu saudara tidak mampu memikirkan?

    Buktikan kata2 saya yang mana menuduh agamawan lain sesat? Dan siapakah individu agamawan yang saudara sangka saya menuduhnya? Kalau saudara tidak mampu buktikan, saudara sebenarnya yang menuduh saya.
    :)

    Juang

    February 22, 2010 at 6:31 am

  125. jawaban anda sudah membuktikan yg anda obses dengan objek.

    saya sebutkan tadi tu lihat dengan mata-hati.

    Juang perlu fine-tuning. Bunyi macam radio rosak jer.
    :)

    Agnostika

    February 22, 2010 at 6:45 am

  126. saya tak sembah kaabah.

    di Malaysia saya cuma membongkokkan badan dan sujud mengadap kaabah.

    saya cuma pergi Mekah untuk membongkokkan badan dan sujud didepan kaabah

    kalau ada rezeki, saya akan dapat cium batu di sisi kaabah.

    saya cuma buat pusingan mengelilingi kaabah.

    betul, saya tak sembah kaabah.

    muaddib

    February 22, 2010 at 7:00 am

  127. Kalau lihat dengan mata-hati sekalipun, apa rasionalnya bangunan tersebut dengan Tuhan? Apa perkaitan hati dengan bangunan itu pula?

    Nanti yang sembah matahari pun kata mereka bukan sembah matahari, tetapi menggunakan mata-hati mereka, itulah cara mereka sembah Tuhan.

    Lepas tu yang sembah patung pun kata, mereka bukan sembah patung tu, tetapi menggunakan mata-hati mereka, itulah cara sembah Tuhan yang sebenar2nya.

    Kemudian yang sembah busut pun kata mereka guna mata-hati mereka untuk mengatakan itulah ritual bagi Tuhan.

    Jad, jika semua main berhujah macam tu, maka sia2lah apa yang para Nabi dahulu peringatkan supaya jangan sekutukan Allah dengan sesuatu pun.

    Juang

    February 22, 2010 at 7:05 am

  128. Salam,

    Jika menyembah Allah perlukan sesuatu objek tumpuan yang kononnya dengan mata-hati nampak itulah cara menyembah yang betul, matahari itulah objek yang paling sesuai dijadikan simbol kepada Tuhan kerana matahari itu adalah sumber cahaya (tenaga). Seperti kita tahu Al Quran itu adalah seumpama cahaya Allah, dan yang membekal sumber cahaya kepada bumi adalah matahari.

    Namun menjadikan matahari sebagai ritual sembahan pun suatu perkara yang dilarang (walaupun dikatakan perumpamaan bagi Tuhan) kerana matahari itu dicipta oleh Tuhan, apatah lagi binaan2 daripada tangan manusia atau anai-anai (busut). Tidakkah mereka mahu menggunakan akal?

    Juang

    February 22, 2010 at 7:54 am

  129. Salam,

    Suatu ketika dahulu, ketika kes Ayah Pin hangat diperkatakan, ada manusia mengatakan Ayah Pin sesat kerana antara amalan sembahannya adalah mengelilingi sebuah teko besar (binaan daripada tangan manusia juga).

    Kalau kita fikirkan, orang yang label Ayah Pin sesat sedangkan dia sendiri menyembah pada binaan2 lain, samalah perangainya macam Ayah Pin dan pengikutnya itu. Bak meludah ke langit tapi jatuh ke muka sendiri.

    Sudah pasti ikut kata Ayah Pin, dia ada hujahnya sendiri kenapa pilih lokasi di Terengganu dan kenapa pilih teko sebagai objek perantaraan dia dengan Tuhan. Samalah macam orang yang bina bangunan2 sembahan yang lain pada sesuatu lokasi itu.

    Dan sebagai orang Melayu yang suka melepak di kedai2 kopi, maka objek teko itu lebih sinonim dengan tabiat mereka. Patutnya mereka boleh ikut ajaran Ayah Pin itu yang cuba memalingkan kiblat mereka jika mereka kata Rasulullah pun pernah palingkan kiblat daripada masjid Aqsa ke masjidil haram (dgn kata lain ke bangunan kotak itu) sebab Allah pemilik Timur dan Barat.

    Namun, walaupun mereka nampak amalan sembahan Ayah Pin pada teko besar itu tidak betul, macam mana mereka tidak boleh nampak amalan sembahan kepada bangunan kotak itu tak betul?

    Moralnya, hidup ini jangan suka menghukum orang lain sesat, nanti kena kat batang hidung sendiri.

    Juang

    February 22, 2010 at 12:09 pm

  130. Ok…sekarang sdr.Juang ingin suatu bukti tentang ritual solat.

    Sebagaimana ayat2 dlm.Alquran tentang
    MENDIRIKAN SOLAT…terdapat ulangan
    banyak kali,dengan pelbagai keadaan.

    Mendirikan solat itu,..apakah maksud
    dan pemahaman sdr.Juang…?

    Sila berikan ulasan mengikut
    petunjuk Alquran…dan bukan suatu
    fahaman dari sangkaan dan cenderung
    hati.

    Para nabi memahami ritual solat
    kerana diajar oleh Jibril.

    Tok Syam

    February 22, 2010 at 3:21 pm

  131. Salam Tok Syam,

    Dari Al-Quran, tidak ada bukti mana-mana Nabi telah mengamalkan ritual sembahyang seperti mana yang diakukan oleh umat Islam sekarang. Tidak ada Nabi yang membuat amalan menyekutukan Tuhan dengan objek-objek baik buatan tangan manusia mahupun dari mana-mana ciptaan Tuhan. Kalau tuan boleh buktikan sebaliknya, saya amat alu-alukan.

    tolokminda

    February 22, 2010 at 5:34 pm

  132. Salam Tok Syam,

    Oleh kerana dalam Al Quran tidak ada suruhan buat amalan ritual sembahan kepada mana2 makhluk, jadi tiada bukti mengatakan para Nabi memahami ritual solat. Apakah Tok Syam yang bersangka atau ikut kecenderungan hati?

    Apatah lagi Al Quran membawa pedoman Nabi Ibrahim yang membantah kaumnya menyembah sesuatu yang mereka bina daripada tangan mereka sendiri. Malah ada dibawakan ayat Al Quran melarang kita sujud kepada matahari dan bulan.

    Jadi saya tak nampak erti solat dalam Al Quran itu ada kena mengena dengan amalan sembahan pada sesuatu objek yang dijadikan simbol ketuhanan.

    11:114. Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.

    Ayat di atas mengaitkan solat dengan perbuatan baik. Untuk siapakah perbuatan baik itu? Untuk manusia sendiri sebab Allah tak perlu perbuatan manusia. Jika makanan pun Allah tak perlu, apa lagi perbuatan manusia.

    35:18. Orang yang memikul beban tidak akan memikul beban, beban orang lain; dan jika orang yang bebannya berat menyeru supaya dipikul, tiadalah dipikul sesuatu daripadanya, walaupun dia sanak saudara yang dekat. Kamu hanya memberi amaran kepada orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan melakukan solat; dan sesiapa yang menyucikan dirinya, hanyalah menyucikan untuk jiwanya sendiri. Kepada Allah kepulangan.

    Ayat ini juga mengaitkan solat dengan menyucikan diri iaitu dengan berbuat kebaikan sebab setiap kebaikan menghilangkan kesalahan (proses menyucikan dosa).

    Dengan kata lain, apa jua yang kita lakukan, biar bermatlamatkan untuk berbuat baik. Kita belajar, bekerja, berkahwin etc (komitmen hidup), semuanya mestilah ke arah membuat kebaikan.

    Bila dikaitkan solat dengan berbuat kebaikan, barulah logik dikatakan mencapai solat yang mencegah kekejian dan kemungkaran diri kita. Bila dikaitkan solat dengan kebaikan, barulah logik dikatakan solat dan sabar sebagai penolong, sebab orang yang berbuat baik, Allah akan tolong dengan memberi kelapangan dan kemudahan dalam hidup. Mereka tidak hidup dibelenggu dengan ketetapan2 dusta yang tiada dalam Kitab Allah. Mereka tidak perlu menurut membuta-tuli lagi sebab nak buat baik tak perlu terikat dengan amalan turun-temurun.

    Cuba lihat amalan para Nabi yang disebut dalam Al Quran, apakah ada amal perbuatan yang tidak baik drp mereka?

    Juang

    February 22, 2010 at 6:11 pm

  133. Cuba hayati kisah Nabi Yusuf yang dirakamkan di dalam Al Quran. Ia adalah kisah perjalanan seorang Nabi sejak dari zaman kecilnya sehingga ke dewasa.

    Sepanjang menceritakan perjalanan hidup Nabi Yusuf, tidak disebut pun bagaimana baginda melakukan amalan ritual sembahan kepada Tuhan. Apa yang Al Quran sebut adalah baginda belajar sehingga memiliki kepandaian menafsir mimpi. Dengan kepandaian itu, baginda guna untuk berbakti kepada masyarakatnya sehingga diangkat sebagai menteri kewangan kerajaan Mesir pada waktu itu. Dan dikisahkan juga bagaimana baginda menjauhi kekejian bila digoda oleh isteri penjaganya itu.

    Jadi, takkan Nabi Yusuf tak bersolat? Sudah pasti bersolat kerana baginda mampu menjauhi kekejian. Tetapi apakah erti solat baginda? Komitmen baginda yang bermula daripada belajar menuntut ilmu, menggunakan ilmu yang dikurniakan untuk berbakti dan dengan ilmu itu baginda berfikir waras untuk menjauhi kekejian bila digoda itulah solat. Dengan ilmu juga baginda membantu saudara2nya dan mencari jalan menyatukan mereka sekeluarga.

    Di sini kita nampak solat itu tidak ada rukun2 spesifik (sebab itu Al Quran pun tak spesifikkan). Asalkan perbuatan kita bermatlamat berbuat kebaikan, ia termasuk dalam solat.

    Jadi, daripada kisah Nabi Yusuf itu, takkan kita tidak dapat memahami maksud solat yang sebenar? Kalau dikatakan solat itu amalan ritual sembahan, dalam kisah Nabi Yusuf itu takde sebut pun.

    Daripada kisah Nabi Ibrahim yang melarang sembah sesuatu makhluk atau binaan dan kisah Nabi Yusuf yang tidak ada apa2 amalan ritual sembahan, kita nampak konsistensi Al Quran yang tidak mengaitkan solat dengan amalan ritual sembahan ke arah mana2 objek.

    Juang

    February 22, 2010 at 6:48 pm

  134. salam….
    Persoalan pertama yg.saya ajukan
    ialah:

    Apakah anda menafikan solat itu
    sebagai ritual yg.umat islam lakukan
    sekarang….dan apakah maksud
    dirikan solat dalam quran.

    Itu yg.pertama untuk saya tau dari
    anda.Selepas itu baru saya tau
    kedudukan perbincangannya dan apa
    yg.akan saya hujahkan.

    Anda hanya mengatakan nabi tidak
    bersolat demikian sebab tiada
    bukti.

    Soal bukti terdapat pelbagai cara.
    Lebih senang bagi saya menyatakan
    bukti kepada gulongan manusia yg.berakal dan resional.

    Bagi yg.beriman mereka dibukakan
    akal hati…dengannya ia yakin.

    Tok Syam

    February 23, 2010 at 1:43 am

  135. soalnya di sini, TM bergantung dalil pada quran 100%.
    satu percubaan yang bagus saja dari segi konsep.
    itupun quran yg seperti dia WAHAM* … atau fahamkan[?]
    selebihnya disusurkan dari buku sejarah yg ntah berantah. tapi kalau dari hadith dan sunnah dia rejek awal-awal. tak senter lah macam tu.

    Waham*

    Dalam ilmu kedokteran jiwa, dikatakan bahwa waham sering dijumpai pada penderita gangguan mental yang merupakan salah satu dari gejala gangguan isi pikir. Waham atau delusi merupakan keyakinan palsu yang timbul tanpa stimulus luar yang cukup dan mempunyai ciri-ciri sebagai berikut : Tidak realistik, Tidak logis, Menetap, Egosentris, Diyakini kebenarannya oleh penderita, Tidak dapat dikoreksi, Dihayati oleh penderita sebagai hal yang nyata, Penderita hidup dalam wahamnya itu, Keadaan atau hal yang diyakini itu bukan merupakan bagian sosiokultural setempat Waham ada berbagai macam, yaitu :

    * Waham kendali pikir (thought of being controlled). Penderita percaya bahwa pikirannya, perasaan atau tingkah lakunya dikendalikan oleh kekuatan dari luar.

    * Waham kebesaran (delusion of grandiosty). Penderita mempunyai kepercayaan bahwa dirinya merupakan orang penting dan berpengaruh, mungkin mempunyai kelebihan kekuatan yang terpendam, atau benar-benar merupakan figur orang kuat sepanjang sejarah (misal : Jendral Sudirman, Napoleon, Hitler, dll).

    * Waham Tersangkut. Penderita percaya bahwa setiap kejadian di sekelilingnya mempunyai hubungan pribadi seperti perintah atau pesan khusus. Penderita percaya bahwa orang asing di sekitarnya memperhatikan dirinya, penyiar televisi dan radio mengirimkan pesan dengan bahasa sandi.

    * Waham bizarre, merupakan waham yang aneh. Termasuk dalam waham bizarre, antara lain : Waham sisip pikir/thought of insertion (percaya bahwa seseorang telah menyisipkan pikirannya ke kepala penderita); waham siar pikir/thought of broadcasting (percaya bahwa pikiran penderita dapat diketahui orang lain, orang lain seakan-akan dapat membaca pikiran penderita); waham sedot pikir/thought of withdrawal (percaya bahwa seseorang telah mengambil keluar pikirannya); waham kendali pikir;waham hipokondri

    * Waham Hipokondri. Penderita percaya bahwa di dalam dirinya ada benda yang harus dikeluarkan sebab dapat membahayakan dirinya.

    * Waham Cemburu. Cemburu disini adalah cemburu yang bersifat patologis

    * Waham Curiga. Curiga patologis sehingga curiganya sangat berlebihan

    * Waham Diancam. Kepercayaan atau keyakinan bahwa dirinya selalu diikuti, diancam, diganggu atau ada sekelompok orang yang memenuhinya.

    * Waham Kejar. Percaya bahwa dirinya selalu dikejar-kejar orang

    * Waham Bersalah. Percaya bahwa dirinya adalah orang yang bersalah

    * Waham Berdosa. Percaya bahwa dirinya berdosa sehingga selalu murung

    * Waham Tak Berguna. Percaya bahwa dirinya tak berguna lagi sehingga sering berpikir lebih baik mati (bunuh diri)

    * Waham Kiskin. Percaya bahwa dirinya adalah orang yang miskin.

    Agnostika

    February 23, 2010 at 2:05 am

  136. Salam TS,

    Saya melihat amalan manusia daripada fitrah kejadian diri kita sendiri. Ketika kita bayi, tiada satu bentuk ritual pun ditentukan kepada kita walaupun semasa bayi kita sudah tahu menghisap susu dengan sendiri tanpa perlu diajar oleh ibubapa. Dengan kata kalau sesuatu amalan ritual itu daripada Tuhan, pasti Dia akan ajar secara fitrahnya tanpa perlu bergantung kepada mak-bapak.

    Kalau kita fikirkan, yang menyebabkan manusia sujud ke arah matahari, bulan, batu, busut atau apa jua binaan manusia kerana ajaran tradisinya sahaja, bukannya keperluan fitrah. Jika mak bapaknya tidak ajar buat amalan itu, secara semulajadinya manusia tidak akan bersujud kepada mana2 objek. Seorang budak tidak akan sengaja nak mengelilingi teko besar Ayah Pin jika mak bapaknya bukan pengikut taksub Ayah Pin.

    Oleh kerana itu, bukan kerja saya yang perlu menafikan apa jua amalan sembahan yang diada-adakan oleh manusia, cukuplah saya bertanya daripada mana datangnya amalan2 itu? Kalau nak menafikan amalan sembahan sesuatu golongan, tak habis cerita sebab tiada manusia nak mengaku amalan sembahannya itu tak betul.

    Jadi untuk memudahkan cerita, adalah lebih baik saya bertanya, daripada mana datangnya amalan itu, apa bukti dan rasional ia diwujudkan? Jika mereka tidak mampu bawakan bukti2 kukuh, secara logiknya, mereka sendiri telah menafikan apa yang mereka amalkan selama ini. Itu sahaja.

    Perumpamaannya macam ini. Katakan ada manusia mendakwa 1+1=3. Bila ditanya apa buktinya, dia tidak dapat jawab. Maka ketidakupayaan membawa bukti itulah menunjukkan dia sendiri menafikan dakwaan 1+1=3 itu. Mudah bukan?

    Juang

    February 23, 2010 at 4:38 am

  137. Salam,

    Busut adalah binaan oleh anai-anai. Namun kita tidak pernah melihat anai-anai membuat amalan sembahan ke arah busut itu. Yang biasa kita nampak adalah mereka hanya tinggal dalam busut itu sahaja.

    Kita tidak jumpa anai-anai buat amalan mengelilingi busut pada waktu-waktu tertentu. Jadi, jika ada manusia pergi sembah busut atas alasan ia adalah simbol ketuhanan, apakah tahap akal manusia itu berbanding anai-anai itu?

    Dan bagaimana pula tahap akal manusia yang pergi buat amalan sembahan kepada binaan-binaan daripada tangan-tangan mereka sendiri?

    Jika anai-anai boleh komited untuk tidak menyekutukan Allah dengan tidak bersujud pada binaan-binaan mereka, takkanlah manusia itu tidak mampu komited untuk tidak menyekutukan Allah dengan tidak bersujud pada binaan-binaan mereka pula? Tidakkah mereka mempunyai minda?

    Juang

    February 24, 2010 at 4:01 am

  138. Salam,

    Sering kita dengar daripada kata-kata sesetengah orang Islam hari ini bahawa kononnya amalan ritual mereka sujud ke arah bangunan kotak yang dipanggil kaabah itu bukan bermaksud mereka sembah kaabah itu. Ia hanyalah simbol kesatuan umat sahaja.

    Tapi benarkah Al Quran mengizinkan manusia sujud kepada sesuatu objek atas alasan simbol kesatuan sekali pun?

    Mari kita renungkan;

    41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.

    Matahari adalah sejenis bintang. Ia adalah bintang yang paling hampir dengan bumi. Tetapi kenapa ayat di atas tidak menyebut bintang?

    Sebaliknya bagi ayat2 di bawah, apabila ia menyebut matahari dan bulan, ia turut menyebut pasal bintang2.

    7:54. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, menutup siang dengan malam yang mengikutinya dengan cepat; dan matahari, dan bulan, dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya, bagi-Nya ciptaan dan perintah. Berkatnya Allah, Pemelihara semua alam!

    16:12. Dan Dia menundukkan untuk kamu malam dan siang, dan matahari, dan bulan; dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

    25:61. Berkatnya Dia yang meletakkan di langit gugusan bintang, dan Dia meletakkan pada mereka sebuah lampu (matahari), dan bulan yang memberi cahaya.

    Bagaikan kebetulan pula, bumi adalah planet yang mempunyai satu bulan. Planet-planet lain yang dalam sistem solar yang sama mempunyai lebih satu bulan. Dengan kata lain, bumi memiliki satu matahari dan satu bulan.

    Jika nak dijadikan matahari atau bulan sebagai simbolik ke jalan yang satu, sudah pasti Al Quran membenarkan kita sujud kepada matahari dan bulan. Namun Al Quran telah melarang kita sujud kepada kedua-dua makhluk tersebut.

    Allah Maha Mengetahui bahawa akan ada manusia menggunakan alasan menyembah “bangunan kotak” itu kononnya simbolik ke arah jalan yang satu. Sebab itulah larangan sujud dalam ayat 41:37 itu hanya menyebut matahari dan bulan yang satu itu. Bintang2 yang banyak tidak disebutkan.

    Jadi, benarkah Nabi yang suruh sujud kepada “bangunan kotak” itu sedangkan jelas dalam Al Quran, Nabi menyampaikan larangan sujud kepada matahari dan bulan yang boleh juga dijadikan simbolik ke arah jalan yang satu? Tidakkah mereka mahu memikirkan?

    Juang

    March 4, 2010 at 2:54 pm

  139. kisah iblis yg angkuh tidak mahu taat perintah ALLAH pabila disuruh sujud pada Adam diulang sebanyak 7 kali didalam alquran,iblis angkuh kerana menganggap Adam hina,dan telah dilaknat kerana perbuatannya itu,anda tak mahu bersujud juga ke?.,renung2kanlah…..,

    shah

    March 16, 2010 at 5:08 pm

  140. alquran menerangkan tentang kiblat didalam surah albaqarah ayat 143 hingga 151.,diharap pada sesiapa yang mencari kebenaran dapat memahaminya,moga diberikan petunjuk oleh ALLAH…,

    shah

    March 17, 2010 at 7:55 am

  141. kaabah tu. masa zaman jahilliyyah adalah tempat maksiat.
    kalau ada suami atau istri curang nak main diorang akan pergi ke sana. suami wanita tu tak boleh buat apa-apa.
    sebab tu kawasan haram. skarang derang sebut masjidil-haram. maknanya, tak ada apa yg haram.lelaki perempuan bleh sembahyang sblah menyeblah.

    ok. sebab apa org Arab bunuh anak perempuan? sebab anak prmpuan dikatakan anak hubungan sulit isteri mereka dgn lelaki lain di kaabah. masa zaman jahilliyah, lelaki ppuan tawaf dlm keadaan bogel. fuuh, wa cakap lu – mesti stim giler kan. jadi masa tawaf berbogel tu, adalah adegan2 sampingan. selalunya adegan quickie ni menyebabkan lahir anak ppuan. oops.

    atas kepercayaan ni jugaklah, pak Arab bunuh anak ppuan – kisah Omar al Khattab lagi brutal… dia bawak anak ppuan 7-tahun naik bukit, dia suruh gali lubang. pastu dia tolak budak tu.

    bayangkan muka budak tu masa dia kena kamus idup-idup.
    :( sad but true

    observer

    March 17, 2010 at 12:22 pm

  142. kamu ni nyanyuk ke apa observer?

    whatever … aku jumpa nota ni dalam fail emel aku:

    Yang dimaksudkan dengan Batu Hitam di situ ialah Bait atau Rumah. Selain daripada kalimat Rumah, Allah menamakannya Rumah Suci (5:2, 5:97, 14:37), Rumah-Ku (2:125, 22:26) dan Rumah Tua (22:29, 22:33). Rumah Suci itu pula dinamakan-Nya juga Kaabah (5:97).

    Hanya orang yang menghina Allah menggelarnya Batu Hitam atau Batu atau gelaran sumbang yang lain. Lazimnya orang itu tergolong dalam kumpulan orang-orang yang tidak percaya (kafir) kepada ayat-ayat Allah. Satu kerugian bagi mereka yang tidak percaya adalah ke atas segala amalan yang dibuat, kerana menurut ayat 24:39, segalanya menjadi seperti fatamorgana sahaja (sila lihat artikel Amalan menjadi sia-sia).

    Bagi orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Allah pula, mereka memanggilnya seperti yang Allah panggil. Mereka tidak memberi sebarang gelaran untuk menghina atau mencerca tetapi tetap memanggilnya dengan nama atau nama-nama yang diajar oleh Tuhan mereka.

    Rumah tersebut berfungsi sebagai:

    - tempat berkunjung bagi manusia, untuk orang-orang, yang mengelilinginya, yang bertekun (iktikaf), yang tunduk, dan yang sujud (2:125),
    - tempat Haji atau Umrah (2:158, 3:97),
    - petunjuk bagi semua alam (3:96),
    - tempat berkunjung untuk mencari pemberian dan kepuasan hati Allah (5:2),
    - satu penetapan bagi manusia (5:97),
    - untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan yang berdiri, tunduk, dan sujud (22:26),
    - tempat tawaf (22:29) dan,
    - tempat korban di sekitarnya (22:33).

    Selanjutnya, orang-orang yang melakukan mengikut yang ditetapkan Allah di atas, tidak wajar dicerca dengan ejekan “penyembah batu hitam” kerana mereka hanya mentaati perintah Tuhan. Mereka adalah sebenarnya penyembah Allah, iaitu Pemelihara Rumah itu. Sila lihat ayat berikut:

    “Maka hendaklah mereka menyembah Pemelihara Rumah ini” (106:3).

    Sama dengan keadaan orang-orang yang menghalakan muka ke arah Masjidil Haram atas perintah Allah (2:144, 2:149 dan 2:150). Mereka tidak menyembah masjid itu, tetapi hanya Allah, kerana Dia yang suruh.

    Bukankah Islam bermaksud tunduk patuh kepada perintah Tuhan?

    Dr Love

    March 27, 2010 at 11:45 pm

  143. Salam warga cyber TM,
    Boleh tak siapa2 tolong huraikan ayat 2:144 dan ayat 22:27.

    Semasa saya kecil2 ustazah saya guna ayat 22:27 untuk membenarkan amalan haji i.e manusia akan berusaha utk pergi ke Mekah menyahut seru dengan menaiki unta yg kurus (disebabkan begitu jauhnya perjalanan)

    Dan ayat 2:144 digunakan untuk membenarkan cerita mengenai Masjid Qiblatain i.e sembahyang Asar dengan 2 kiblat.

    Jika kita assume tiada amalan ritual solat & haji, apa sebenarnya maksud ayat itu? Terima kasih.

    M.Khalid

    April 4, 2010 at 11:56 am

  144. Cantik sekali kupasan yang dilampirkan oleh Dr Love.

    Semudah itu pun masih ada org warga TM yg tak paham-paham !

    Hibatullah

    April 4, 2010 at 5:05 pm

  145. Salam M Khalid,

    2:144. Kami melihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah “Masjidil Haram”; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka mengerjakan.

    Point penting dalam ayat ini adalah perkataan “masjidil haram”. Bagaimana seseorang manusia itu faham erti masjidil haram yang sebenar, maka akan fahamlah konteks ayat tersebut.

    Ada 2 pendapat berkenaan masjidil haram di sini;
    1) Bangunan yang melingkungi binaan berbentuk kiub di tanah Arab.
    2) Batasan ketetapan.

    Bagi saya, dalam mencari erti yang sebenar sesuatu pengajaran ayat-ayat Al Quran, saya akan lihat kisah keengkaran iblis sebagai iktibar. Ini kerana iblis adalah contoh makhluk yang engkar dan disumbat ke neraka. Oleh kerana semua manusia tidak mahu hidup dalam sengsara, maka sepatutnya kisah iblis itu diteliti untuk mencari punca-punca iblis jadi ahli neraka.

    Daripada kisah iblis yang berulang-ulang kali disebut dalam Al Quran, dia dijadikan golongan neraka bukan kerana tidak beritual ke arah sesuatu bangunan. Jadi tak logik seseorang Rasul itu ditugaskan semata-mata untuk menyeru manusia beritual ke arah sesuatu bangunan.

    Iblis dilaknati hanya kerana penyakit sombong, angkuh, bongkak dan berbangga diri dengan kejadiannya daripada unsur api. Jadi untuk tidak jadi golongan iblis, sudah pasti para Rasul ditugaskan untuk mengajak manusia lawan penyakit2 hati itu.

    Cuba fikirkan, apa kena mengena manusia beritual ke arah sesuatu bangunan untuk melawan penyakit hati? Nak jadi seorang yang merendah diri, tidak memerlukan apa-apa bangunan pun.

    Daripada kisah iblis itu, Allah telah menunjukkan batasan kehidupan kepada Adam supaya jangan jadi angkuh dan sombong. Itulah batasan yang ditetapkan agar manusia tidak termasuk golongan iblis. Jika Adam melanggar batasan itu sehingga dia jadi angkuh seperti iblis, maka sudah pasti dia pun 2×5 dengan iblis.

    Oleh itu, makna “masjidil haram” tersebut lebih sesuai dikaitkan dengan “batasan ketetapan”, bukannya sesuatu bangunan. Ini kerana dengan mematuhi sesuatu ketetapan Allah itulah hati akan jadi merendah diri. Tetapi beritual ke arah sesuatu bangunan, tiada relevannya untuk menjadi seorang yang merendah diri. Malah ramai yang berbangga diri kononnya dengan beritual ke arah bangunan itu, merekalah golongan yang layak masuk syurga dan melihat kaum2 lain sebagai kafir.

    Yang mengada-adakan ritual ke arah matahari, bulan, patung, batu atau apa-apa objek itu semuanya kerana mereka nak berbangga diri kononnya amalan tradisi mereka sahaja yang diterima Allah dan mereka melihat kaum-kaum lain sebagai sesat. Betapa kotornya kehidupan sebegitu.

    Tidak logik Allah turunkan Al Quran untuk menjadikan manusia itu sombong dengan amalan tradisinya. Jadi sesuatu pengajaran Al Quran itu seharusnya dikaitkan dengan kesejagatan (universal) kerana itulah cara untuk manusia melawan penyakit angkuh dengan keturunan atau kaumnya. Mengekslusifkan sesuatu yang ada pada diri sendiri menyebabkan hati jadi angkuh.

    Kesimpulan bagi ayat 2:144 itu, Allah suruh kita palingkan pandangan hidup kita untuk menjadi orang yang merendah diri. Di mana sahaja kita berada, hiduplah dengan merendah diri. Semua Kitab-kitab Allah pasti mengajar manusia ke arah merendah diri sebagai lawan kepada sifat angkuh yang ada pada iblis itu. Tak logik Kitab-kitab Allah mengajak manusia jadi angkuh seperti iblis pula.

    Juang

    April 5, 2010 at 1:10 am

  146. 22:27. Dan serulah manusia kepada “haji”, dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di atas tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang dari tiap-tiap jurang yang dalam.

    Berkenaan maksud ayat 22:27, jika kita jadikan kisah iblis sebagai iktibar, kita mudah nampak erti perkataan “haji”.

    Di sini ada 2 pendapat tentang erti “haji:
    1) Amalan ritual mengelilingi binaan batu di tanah Arab.
    2) Penyelidikan dan pembentangan (hujah).

    Kalau kita fikirkan, apa kaitannya melawan penyakit angkuh yang dimilik oleh iblis itu dengan membuat amalan ritual keliling bangunan? Iblis jadi angkuh bukannya kerana tak keliling sesuatu bangunan, tetapi kerana merasakan kejadiannya daripada api lebih baik daripada tanah. Itu sahaja.

    Jadi, apa yang diseru dalam ayat 22:27 adalah berhujah untuk membuktikan kebenaran. Kerana dengan cara berhujah, kita dapat menilai sesuatu perkara sama ada benar atau dusta.

    Cuba lihat bagaimana Allah berhujah dengan para malaikat untuk membuktikan Adam lebih layak jadi khalifah. Bayangkanlah, Allah sendiri berhujah dengan mengemukakan bukti-bukti kenapa Adam layak jadi khalifah, takkanlah manusia tidak dituntut berhujah untuk buktikan kebenaran?

    Dan lihat pula bagaimana Allah berhujah dengan iblis sehingga iblis memperlihatkan keangkuhan dalam hatinya sehingga iblis tidak mampu membawa bukti kukuh kenapa dia tidak mahu turut perintah sujud (merendah diri) kepada Adam, melainkan bawa kata-kata lemah iaitu kerana dirinya diciptakan daripada api.

    Cuba kita fikirkan, jika tiada insan berani seperti Nabi Ibrahim untuk berhujah dengan kaumnya sendiri, sudah pasti ramai yang tertipu dengan amalan ritual kaumnya itu. Begitu juga jika tiada insan yang berani berhujah seperti Nabi Muhammad, pasti ramai yang tertipu dengan dakwaan orang2 Yahudi dan Nasrani yang mengatakan Uzair dan Al Masih adalah anak Allah.

    Jadi, dengan menggalakkan manusia berhujah mencari kebenaran, maka pendustaan atau penipuan dapat dibongkarkan.

    Sekali lagi, iblis masuk neraka bukan kerana tak buat amalan ritual, tetapi kerana menipu mengatakan kejadiannya daripada api lebih baik daripada tanah liat. Manusia yang ada keangkuhan dalam hatinya memang kuat menipu. Tetapi ramai yang tak faham-faham lagi pengajaran Al Quran semudah itu.

    Juang

    April 5, 2010 at 1:44 am

  147. Juang – “Cuba fikirkan, apa kena mengena manusia beritual ke arah sesuatu bangunan untuk melawan penyakit hati? Nak jadi seorang yang merendah diri, tidak memerlukan apa-apa bangunan pun.”

    Selanjutnya, orang-orang yang melakukan mengikut yang ditetapkan Allah di atas, tidak wajar dicerca dengan ejekan “penyembah batu hitam” kerana mereka hanya mentaati perintah Tuhan. Mereka adalah sebenarnya penyembah Allah, iaitu Pemelihara Rumah itu. Sila lihat ayat berikut:

    “Maka hendaklah mereka menyembah Pemelihara Rumah ini” (106:3).

    Sama dengan keadaan orang-orang yang menghalakan muka ke arah Masjidil Haram atas perintah Allah (2:144, 2:149 dan 2:150). Mereka tidak menyembah masjid itu, tetapi hanya Allah, kerana Dia yang suruh.

    Bukankah Islam bermaksud tunduk patuh kepada perintah Tuhan?

    Hibatullah

    April 5, 2010 at 2:54 am

  148. Salam,

    “Maka hendaklah mereka mengabdi kepada Pemelihara Rumah ini” (106:3).

    Apa buktinya “Rumah ini” itu adalah bangunan berbentuk kiub itu?

    Apa buktinya beritual di bangunan kiub itu adalah perintah Tuhan?

    Orang yang beritual sujud kepada matahari pun boleh cakap itu adalah perintah Tuhan?

    41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika kamu abdikan diri padaNya.

    Jika bersujud kepada matahari dan bulan yang diciptakan daripada “tangan Tuhan” pun satu amalan yang dilarang, takkanlah bersujud kepada objek2 lain yang dibina oleh tangan manusia sendiri boleh dikatakan perintah Tuhan?

    Apakah mereka mahu berdusta?

    Juang

    April 5, 2010 at 5:39 am

  149. Rumah = tempat tinggal @ sarang.

    wucman

    April 6, 2010 at 10:14 am

  150. Salam,Juang

    Sebenarnya mereka bukan berdusta tapi keliru.

    wucman

    April 6, 2010 at 10:17 am

  151. Salam,
    Kaabah=Baitulah (Rumah Allah)?
    Soalannya,

    Kenapa orang-orang yang mengerjakan hajji tidak dibenarkan masuk kedalam Kaabah/Baitullah itu?

    Difahamkan sesiapa berada didalamnya (Kaabah/Baitulah) itu akan berasa aman dan tenteram…pening gak memikirkannya, kenapa tak bagi orang orang yang buat hajji masuk…hanya pemimpin2 dan org2 terpilih saja bolih masuk.Orang orang yang buat hajji hanya dibenarkan berlegar legar disekeliling sahaja.Sesuatu yang tidak adil?

    wucman

    April 6, 2010 at 12:25 pm

  152. Salam,

    Dalam bahasa Arab rumah adalah “buyut”. Perkataan baita sepatutnya bermaksud sistem – bukan rumah. Baitullah maksudnya “sistem Tuhan”.

    Apabila Tuhan menyebut tentang sistem, ini menunjukkan bahawa alam yang Allah bentangkan di hadapan kita sebenarnya bersifat sistematik di mana semua elemen yang wujud di dalamnya sentiasa menurut atau patuh kepada ketetapan-ketetapan dan ukuran-ukuran tertentu.

    Keadaan ini membolehkan kita – manusia – membuat kajian untuk memahaminya dan seterusnya membangunkan sesuatu teknologi yang bermanfaat menurut sistem yang melatarinya. Sebab itulah perkataan baita atau sistem ini sering bergandingan dengan suruhan supaya kita membuat penyelidikan atau hajj.

    Dengan kata lain, Tuhan merujukkan kita kepada sebuah sistem – yang bersifat luas tidak terbatas baik dari segi saiz fizikal mahupun ilmu yang merangkuminya – tetapi umat Islam menyempitkannya kepada “rumah” sahaja. Sedangkan mereka sendiri tahu Tuhan tidak tinggal pun dalam rumah yang mereka bina untuk Dia. Tuhan bukan burung atau kambing yang mungkin memerlukan rumah yang dibina oleh tangan manusia.

    tolokminda

    April 6, 2010 at 1:09 pm

  153. Salam,

    “Wucman: Difahamkan sesiapa berada didalamnya (Kaabah/Baitulah) itu akan berasa aman dan tenteram…pening gak memikirkannya, kenapa tak bagi orang orang yang buat hajji masuk…hanya pemimpin2 dan org2 terpilih saja bolih masuk.Orang orang yang buat hajji hanya dibenarkan berlegar legar disekeliling sahaja.Sesuatu yang tidak adil?”

    Itulah, kalau kita berfikir secara adil, apa logiknya masuk ke dalam bangunan kiub itu akan berasa aman? Yang tak masuk bangunan itu pun ramai yang boleh hidup aman damai dengan syarat hidup menjauhi permusuhan, hasad dengki dan dendam kesumat.

    Jadi sudah pasti erti Baitullah itu bukannya sesuatu bangunan, melainkan sesuatu yang ada kaitan dengan sistem kehidupan yang menjauhi punca2 hati hilang kedamaian.

    Juang

    April 6, 2010 at 1:14 pm

  154. Salam Juang,
    Terima kasih kerana menjawab soalan saya. Maaf kerana saya masih keliru.

    2:144. Kami melihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah “Masjidil Haram”; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya.

    “Kami melihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit”. Saya tafsirkan sebagai Nabi berdoa kpd Allah (dengan memandang ke langit).

    “sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati”. Bukan ini bermaksud sebelum ini Nabi disuruh memaling ke arah kiblat yg dia kurang puas hati?

    “Maka palingkanlah muka kamu ke arah “Masjidil Haram”;”. Jika MH disini maksudnya “Batasan Ketetapan”. Kiblat apa yg dahulu tu yg Allah perintah yg Nabi tak puas hati?

    Saya kira 2:144 bukan ayat yg turun diawal kenabian.. jadi “cerita masjid Qiblatain” menukar dari kiblat awal (Jeruselam) ke kiblat yg Nabi suka (Mekah) macam lebih logik?

    M.Khalid

    April 6, 2010 at 8:31 pm

  155. Salam Juang,

    22:27. Dan serulah manusia kepada “haji”, dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di atas tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang dari tiap-tiap jurang yang dalam.

    Jika “haji” ialah penyelidikan & pembentangan, apa kaitannya dengan “dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di atas tiap-tiap haiwan yang kurus”?

    Penyelidikan & pembentangan boleh dilakukan dimana2, tidak perlu “datang kepada kamu”? Kamu disini saya tafsirkan sebagai Nabi(?).

    Maaflah jika saya jauh tersasar..

    M.Khalid

    April 6, 2010 at 8:42 pm

  156. Salam M Khalid,

    Ramai orang percaya kononnya sebelum menukarnya ke Mekah, Tuhan telah menetapkan kiblat umat-umat Al-Kitab yang terdahulu di Jurusalem. Sebenarnya ia adalah mitos ahli-ahli Kitab terdahulu (Yahudi/Nasrani) semata-mata. Ia adalah suatu yang mereka sendiri ada-adakan dan bukannya suatu ketetapan dari Tuhan. Mereka adalah golongan yang engkar kepada Kitab-Kitab Allah – dan mereka degil/ego dengan kepercayaan kelompok masing-masing yang sebenarnya tidak berasas. Jika ketetapan Tuhan, ia tentulah sama untuk semua umat manusia. Perhatikan ayat ini.

    2:145 Dan walaupun jika kamu membawa kepada mereka yang telah diberi Al-Kitab segala bukti – mereka tidak akan menurut arah tumpuan kamu – dan kamu – mestilah tidak menurut arah tumpuan mereka. Dan mereka (di antara umat penerima Al-Kitab) tidak menurut arah tumpuan satu sama lain. Dan jika kamu ikut ego mereka – dari apa yang telah sampai ke pengetahuan kamu – sesungguhnya kalau kamu buat begitu – kamu akan tergolong dalam golongan orang-orang yang zalim.

    Adakah wajar kita percaya kepada mitos karut umat Al-Kitab yang engkar sedangkan Tuhan telah pun menjelaskan duduk perkara yang sebenarnya mengenai apa yang dikatakan sebagai kiblat? Tuhan kata Timur dan Barat semua adalah milikNya. Seluruh alam ini adalah milikNya. Apa perlunya mengadap kepada sesuatu tempat atau objek atas alasan mahu menyembah Tuhan? Apakah kita mahu menuruti jejak langkah golongan yang terang-terang telah memilih untuk engkar kepada perintah Tuhan walaupun mereka sebenarnya tahu kiblat sebenar yang ditetapkan oleh Tuhan.

    2:144 Sesungguhnya kami nampak kamu mengolah tumpuan kamu ke arah langit. Jadi kami palingkan kamu ke satu arah yang kamu sukai. Oleh itu tumpukan tumpuan kamu ke arah batasan ketetapan yang direstui (almasjidi alharami). Dan di mana pun kamu berada maka tumpukan perhatian kamu kepadanya. Dan sesungguhnya mereka yang telah kami berikan Al-Kitab pasti tahu yang ia sememangnya kebenaran dari Tuhan mereka. Dan Tuhan tidak pernah gagal untuk memberi perhatian dari semua perbuatan mereka.

    Susah sangatkah untuk memahami dan menerima bahawa kiblat atau tumpuan yang Tuhan maksudkan bukanlah sesuatu tempat atau objek tetapi adalah segala batasan ketetapan yang telah direstuiNya. Semua ketetapan dan batasan-batasan berkenaan sudah pun Tuhan wahyukan kepada kita melalui Nabi – iaitu Al-Quran. Berapa kali Tuhan ingatkan kita supaya kita tidak menjadi manusia yang suka melampaui batas? Inilah intipatinya. Tuhan suruh kita tumpukan perhatian kita kepada semua batasan ketetapan yang telah drestui supaya kita tidak melanggar batas-batas itu dan menjadi orang yang menganiaya diri sendiri.

    Apakah kita mahu menuruti jejak langkah orang-orang yang sombong-ego walaupun mereka sebenarnya tahu apa yang benar?

    Tuan boleh membaca artikel ini jika berminat.

    tolokminda

    April 6, 2010 at 11:57 pm

  157. Salam,

    “M Khalid: Saya kira 2:144 bukan ayat yg turun diawal kenabian.. jadi “cerita masjid Qiblatain” menukar dari kiblat awal (Jeruselam) ke kiblat yg Nabi suka (Mekah) macam lebih logik?”

    “Al Quran: 2:177. Ia bukanlah kebaikan bahawa kamu memalingkan muka kamu (qibala) ke Timur (matahari terbit) dan ke Barat(matahari terbenam), tetapi kebaikan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan …”

    Ayat 2:177 ini mampu menjelaskan maksud ayat 2:144. Jika ayat 2:177 mengatakan mengadap ke arah Timur atau Barat (yang Allah sendiri ciptakan kedudukan garisan terbit dan terbenam matahari itu) pun bukan dikira amal kebaikan, apakah mengadap bangunan Masjidil Haram di Mekah atau Masjid Al Aqsa di Jerusalam (yang dibina daripada tangan2 manusia) itu boleh pula dikira amal kebaikan yang dituntut? Bukankah tak logik dan menyebabkan wujudnya percanggahan sesama ayat Al Quran?

    Samalah konsepnya, jika sujud kepada matahari dan bulan (yang dibina oleh “tangan” Allah) pun satu amalan yang dilarang, takkanlah sujud kepada patung atau bangunan batu (yang dibina oleh tangan2 manusia) itu satu amalan yang disuruh oleh Allah? Bukankah jelas percanggahannya?

    Dengan menjadikan ayat 2:177 itu sebagai bukti, maka saya nampak cerita Nabi tukar arah kiblat daripada bangunan di Jerusalam ke Mekah itu satu cerita yang kontradik dengan pengajaran Al Quran sendiri. Tak logik Nabi nak buat sesuatu yang bercanggah dengan Al Quran yang baginda sampaikan sendiri. Dan tak logik sesama ayat Al Quran wujud percanggahan (kejap tak boleh dan kejap boleh).

    Allah letakkan ayat 2:177 itu jauh sikit daripada ayat 2:144 untuk menguji sejauh mana manusia itu benar2 serius untuk memahami Al Quran atau mengambil Al Quran sekadar untuk dijadikan bahan ejek-ejekan.

    Juang

    April 7, 2010 at 4:56 am

  158. Saudara Juang,
    Pemahaman saya mengenai ayat Al Quran: 2:177. Ia bukanlah kebaikan bahawa kamu memalingkan muka kamu (qibala) ke Timur (matahari terbit) dan ke Barat(matahari terbenam), tetapi kebaikan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan …” agak lain dgn saudara.

    Pada pendapat saya turunnya ayat 2:177 kerana ada orang kritik Muslim menukar arah dari Jerusalem ke Mekah, jadi Allah kata sebenarnya bukan memaling Timur ke Barat yg penting.. yg penting ialah percaya kepada Allah & Hari Akhirat. Ini pada saya tak contradict pemahaman saya pada ayat 2:144 malahan menguatkannya..

    M.Khalid

    April 7, 2010 at 8:03 pm

  159. Salam M Khalid,

    Jika kita jujur dengan apa yang termaktub dalam Al Quran, ayat 2:177 tidak kaitkan pun dengan penukaran arah daripada Jerusalam ke Mekah. Ini kerana cerita penukaran arah daripada Jerusalam ke Mekah bukan daripada Al Quran. Jadi di antara Al Quran dan yang bukan Al Quran, yang mana lebih baik?

    39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

    Terpulanglah kepada saudara untuk membuat pertimbangan untuk memilih yang paling baik kerana nanti saudara akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang saudara pilih itu. Ketika di sana kelak, tiada siapa boleh menolong termasuk para ulamak.

    Juang

    April 8, 2010 at 1:58 am

  160. “The Abadián moreover say, that the prophets of the early faith, or the kings of Farsistán and the Yezdánián, held the stars to be the Kiblah of prayer, and always paid them adoration, especially when a star was in its own house or in its ascendant, free from evil aspects; they then collected whatever bore relation to that planet, and engaged in worship, seating themselves in a suitable place, and suffering no one to come near them: they practiced austerities; and on the completion of their undertaking, exhibited kindness to the animal creation.”

    “In front of each temple was a large fire-temple, so that there were seven in all: namely, the Kaiwan-ár, Hormuz-ázar, Bahram-ázar, Hár-ázar, Nahíd-ázar, Tir-ázar, and Máh-ázar, so that each fire-temple was dedicated to one of the seven planets, and in these they burnt the proper perfumes. They assert that, during the flourishing empire of the early monarchs, several sacred structures, such as those of the Kabah and the holy temple of Mecca; Jerusalem; the burial place of Muhammad; the asylum of prophecy, in Medina; the place of repose of Ali, the prince of the faithful in Najf; the sepulcher of Imam Husain in Kerbela; a the tomb of Imam Musa in Baghdad; the mausoleum of Imam Reza in Sanábád of Tus; and the sanctuary of Ali in Balkh, were all in former times idol and tire-temples. They say that Mahabad after having built a fire temple, called Haftsur or seven ramparts, in Istakhar of Persia, erected a house to which he gave the name of Abád, and which is at present called the Kâah: and which the inhabitants of that country were commanded to hold in reverence: among the images of the Kâbah was one of the moon, exceedingly beautiful, wherefore the temple was called Mágáh (Moon’s place) which the Arabs generally changed into Mekka. They also say that among the images and statues left in the Kâbah by Mahabad and his renowned successors, one is the black stone, the emblem of Saturn. They also say that the prophet of Arabia worshipped the Seven planets, and he therefore left undisturbed the black stone or Saturn’s emblem, which had remained since the time of the Abadian dynasty; but that he broke or carried away the other figures introduced by the Koreish, and which were not formed according to the images of the stars. In most of the ancient temples of Persia they had formed the symbol of Venus in the figure of a Mihrab, or arch, like the altar of the mosques: consequently the present Mihrab, or altar, is that identical symbol: which assertion is also proved by the respect paid to Friday or the day of Venus.”

    fariq

    July 8, 2010 at 11:34 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: