Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Benarkah babi haram?

with 95 comments

Babi bukan sahaja tidak boleh dimakan dan tidak boleh disentuh malah kepada orang Melayu perkataan babi itu sendiri pun sudah cukup kotor dan kalau boleh mereka mahu mengelak dari menggunakannya. Tapi benarkah babi benar-benar haram dimakan? Saya ada pendapat sendiri kerana saya tidak menemui bukti yang konklusif mengenai pengharaman babi di dalam Al-Quran. Mari kita mulakan pemeriksaan ini dengan kembali kepada ayat 5:1.

5:1 “Wahai orang yang percaya! Tunaikanlah perjanjianmu. Dibenarkan (makan) ke atas kamu semua haiwan (darat) kecuali yang dimaklumkan kepada kamu; Jangan benarkan pemburuan bila kamu berada dalam tempoh larangan; sesungguhnya Allah memerintahkan apa yang dikehendakiNya”.

Kalau kita perhatikan, Tuhan kata kita dibenarkan makan semua haiwan darat kecuali yang telah dimaklumkan kepada kita. Jadi mari kita tengok haiwan apa yang Tuhan maklumkan kepada kita tidak boleh dimakan. Senarainya ada di dalam ayat 5:3.

5:3 Ditegah ke atas kamu bangkai, darah, daging yang membusuk, dan yang mana nama selain Tuhan telah disebut. Yang telah dicekik sehingga mati, yang dipukul sehingga mati, yang mati akibat jatuh dari tempat tinggi, yang ditanduk sehingga mati, yang telah dimakan sebahagiannya oleh haiwan lain kecuali kamu selamatkan semasa ia masih hidup, yang dikorbankan kepada berhala, yang dibahagikan melalui anak panah nasib. Semua ini menjijikan….”.

Dari ayat 5:3, Tuhan maklumkan dengan jelas haiwan darat atau apa-apa bahagian darinya, yang kita dilarang makan adalah;

  • Bangkai (haiwan yang mati dengan sendiri atau yang mati dengan cara yang dimaklumkan dalam ayat 5:3)
  • Darah
  • Daging yang sudah membusuk (walaupun dari sumber yang elok)
  • Apa-apa yang disebut ke atasnya nama selain dari Tuhan

Senarai makanan yang dilarang ini diulang sekali lagi dalam ayat 6:145:

6:145 “Katakan: Aku tidak menemui di dalam yang telah diwahyukan kepadaku sebarang larangan kepada seorang pemakan untuk makan kecuali apa yang mati dengan sendirinya, atau darah yang mengalir, atau daging yang membusuk – kerana sesungguhnya ia kotor – atau yang melanggar sempadan di mana selain Tuhan telah diucapkan ke atasnya, tetapi bagi sesiapa yang terpaksa, bukan hendak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pemaaf dan Mengasihani”.

Para pembaca budiman tentu hairan mengapa tidak ada daging babi dalam terjemahan atau tafsiran saya. Alasan saya mudah saja. Jika saya setuju dengan penetapan bahawa daging babi haram, maka saya akan berhadapan dengan percanggahan dalam wahyu Tuhan. Sedangkan Tuhan kata dalam 4:82

4:82  “Mengapa mereka tidak merenung ke atas Al-Quran? Kalaulah ia datang dari selain Tuhan, mereka tentu akan menemui di dalamnya percanggahan yang banyak”.

Mengharamkan babi bermakna ia bercanggah dengan ayat 5:1 di mana Tuhan kata kita boleh makan semua haiwan. Jika kita teliti ayat 5:3, iaitu berkenaan haiwan yang tidak boleh dimakan, kita akan dapati Tuhan tidak menyebut jenis atau nama haiwan secara spesifik tetapi ia hanya merujuk kepada cara kematian haiwan sahaja.

Atas sebab itu, saya berpendapat senarai cara kematian haiwan yang tidak boleh dimakan itu sebenarnya bersifat penjelas kepada apa yang dimaksudkan sebagai bangkai. Dan bahagian ayat yang dikatakan pengharaman ke atas babi tidak termasuk dalam kategori haiwan, tetapi daging. Daging hanyalah merujuk bahagian dari binatang sepertimana juga darah yang termasuk dalam senarai berkenaan.

5:3 Ditegah ke atas kamu bangkai, darah, daging yang sudah membusuk, dan yang mana nama selain Tuhan telah disebut. Yang telah dicekik sehingga mati, yang dipukul sehingga mati, yang mati akibat jatuh dari tempat tinggi, yang ditanduk sehingga mati, yang telah dimakan sebahagiannya oleh haiwan lain kecuali kamu selamatkan semasa ia masih hidup, yang dikorbankan kepada berhala, yang dibahagikan melalui anak panah nasib. Semua ini menjijikan….”.

Bukti kepada kepada hujah saya adalah ayat 6:145 di mana dalam ayat itu Tuhan hanya menyebut haiwan yang mati dengan sendiri (iaitu bangkai dan ini tentulah termasuk dengan yang mati dengan cara yang ganas atau dahsyat seperti yang dijelaskan dalam ayat 5:3), darah, daging yang sudah membusuk dan apa-apa yang telah disediakan atas nama selain dari Tuhan.

6:145  Katakan: Aku tidak menemui di dalam yang telah diwahyukan kepadaku sebarang larangan kepada seorang pemakan untuk makan kecuali apa yang mati dengan sendirinya, atau darah yang mengalir, atau daging yang membusuk – kerana sesungguhnya ia kotor – atau yang melampaui batas di mana selain Tuhan telah diucapkan ke atasnya, tetapi bagi sesiapa yang terpaksa, bukan hendak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pemaaf dan Mengasihani.

Para pembaca budiman boleh menunjukkan kepada saya perkataan khinzir diterima secara global bahawa ia bermaksud babi. Saya tidak menafikan hakikat itu. Tetapi bagi perkataan yang sama di dalam Al-Quran, saya berpendapat ia tidak membawa maksud sedemikian. Penyelewengan berlaku dalam tafsiran ayat-ayat Al-Quran dan bagi saya penyelewengan tafsiran perkataan khinzir dalam ayat-ayat yang kita bincangkan di atas hanyalah salah satu darinya. Ia bukan luarbiasa.

Untuk mendapatkan lebih petunjuk kepada penyelewengan berkaitan pengharaman babi kita harus melihat dari perspektif yang lebih luas. Kita sedia maklum bahawa selain dari umat Islam, orang Yahudi juga mengharamkan babi dalam kepercayaan mereka.  Dari firasat saya, saya amat yakin persamaan berkenaan pengharaman babi di antara orang Islam dan orang Yahudi ini sebenarnya boleh menjadi “the smoking gun”  untuk menimbulkan keraguan yang munasabah mengenai kesahihannya.

Tuhan kata kita boleh makan semua haiwan darat. Asalkan ia menepati syarat-syaratnya jika haiwan itu dari jenis yang perlu diburu. Jika haiwan domestik atau haiwan yang diternak, kita boleh makan asalkan ia tidak disebut atas nama lain selain Tuhan atau pun bahagian-bahagian lain yang telah diharamkan seperti darah dan daging yang sudah mula buruk atau mereput atau membusuk. Selain itu, semua bangkai turut tidak boleh dimakan.

6:145  Katakan: Aku tidak menemui di dalam yang telah diwahyukan kepadaku sebarang larangan kepada seorang pemakan untuk makan kecuali apa yang mati dengan sendirinya, atau darah yang mengalir, atau daging yang membusuk – kerana sesungguhnya ia kotor – atau yang melampaui batas di mana selain Tuhan telah diucapkan ke atasnya, tetapi bagi sesiapa yang terpaksa, bukan hendak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pemaaf dan Mengasihani.

Kemudian seperti menyuluh jalan, Tuhan menyebut dengan terperinci dalam ayat seterusnya, iaitu ayat 6:146 apa yang telah diharamkan ke atas orang Yahudi. Perincian mengenai apa yang Tuhan telah haramkan ke atas orang Yahudi di dalam Al-Quran tentulah mempunyai signifikasi khusus kepada kita. Suatu petunjuk. Oleh itu, jangan buang masa, mari kita lihat apa yang sebenarnya telah diharamkan oleh Tuhan ke atas orang Yahudi.

6:146  Dan kepada orang Yahudi, Kami telah haramkan semua haiwan yang berkuku cakar, dan dari lembu dan biri-biri Kami telah haramkan kepada mereka lemak dari kedua-duanya, kecuali yang datang dari bahagian belakang atau organ dalaman atau apa-apa yang telah bercampur dengan tulang; ini adalah hukuman di atas keingkaran mereka dan Kami sesungguhnya Yang Benar.

Dalam ayat di atas apa yang telah diharamkan ke atas orang Yahudi dipaparkan dengan jelas dan terang. Turut dijelaskan adalah sebab musabab kepada pengharaman berkenaan. Ia bukanlah kerana apa yang diharamkan itu tidak elok dimakan, tetapi SEBAGAI HUKUMAN Tuhan KHUSUS di atas keingkaran orang Yahudi. Mari kita senaraikan semula satu persatu apa yang telah diharamkan ke atas orang Yahudi sebagai hukuman khusus ke atas mereka.

  • Semua haiwan yang berkuku cakar
  • Lemak lembu dan biri-biri kecuali yang diperolehi dari bahagian belakang atau organ dalaman atau apa-apa yang bercampur dengan tulang

Dan babi tidak termasuk dalam senarai itu. Tetapi Yahudi menyenaraikan babi sebagai haiwan yang haram mereka makan. Dan tiba-tiba kita juga mempunyai haiwan berkuku cakar dan babi dalam senarai haiwan yang kita tidak boleh makan.

Soalan saya, adakah situasi ini tidak cukup menimbulkan keraguan yang munasabah? Adakah kita nak percaya Tuhan atau nak percaya orang Yahudi? Mari kita lihat apa yang Tuhan pesan kepada kita tentang orang Yahudi dalam perkara ini melalui ayat seterusnya iaitu 6:147.

6:147  “Tetapi jika mereka menipu kamu, katakan: Tuhan kamu Meliputi segala-galanya, dan hukumanNya tidak boleh dielak dari mereka yang bersalah?”

Masih tidak cukup jelas? Haruskah kita memberi ruang kepada Yahudi untuk menipu kita? Dan sebagai akibatnya mahukah kita termasuk dalam golongan yang disebut oleh Tuhan dalam ayat seterusnya?

6:148  “Mereka yang percaya kepada banyak Tuhan akan berkata: Jika itu yang Tuhan mahukan tentulah kami tidak akan mempersekutukan, tidak juga orang-orang tua kami, tentulah kami tidak mengharamkan apa-apa pun. Begitulah juga orang-orang sebelum mereka berbohong sehingga mereka merasakan sendiri hukuman Kami. Katakan: Adakah kamu mempunyai bukti bersama kamu supaya kamu boleh menunjukkan kepada kami? Kamu hanya menuruti khayalan dan kamu hanya menyampaikan pembohongan”.

6:149  “Katakan: Maka hujah Tuhanlah yang paling kukuh, jika Dia mengingininya, Dia tentu akan memberi petunjuk kepada kamu semua”.

6:150  “Katakan: Bawalah saksi-saksi yang sanggup mempersaksikan bahawa Allah telah mengharamkan ini. Kemudian jika mereka mengaku sebagai saksi, jangan bersaksi bersama mereka dan jangan turuti nafsu mereka yang menolak wahyu-wahyu Kami dan mereka yang tidak percaya kepada akhirat dan mereka menjadikan orang lain setaraf dengan Tuhan”.

Mari kita sama-sama renungkan.

6:142 “Dan binatang yang perlu diburu dan yang jinak (dipelihara), makanlah apa yang telah Tuhan berikan kepada kamu dan jangan menurut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia musuh yang jelas”.

Written by tolokminda

January 26, 2010 at 5:04 pm

Posted in Makanan

Tagged with , ,

95 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salamun’alaykum,

    Apakah beza antara ‘mayitah’ dgn ‘khinziri’ di dalam ayat 5:3 tersebut? Tidakkah bangkai dan daging yang membusuk adalah sama? Dalam ayat 5:60 Tuhan ada membuat perumpaan kepada orang-orang yang fasiq mereka seolah-olah berkelakuan seperti monyet dan babi (atau daging yg sudah membusuk?), adakah ‘qiradah’ mempunyai makna lain selain monyet seperti ‘khinziri’ memberi makna daging yang sudah membusuk seperti saudara nyatakan, atau ‘khanazara’ mempunyai makna lain di dalam konteks ayat ini? Maafkan saya jika adalah kesalahan, saya bukanlah arabic literate. Saya cuma membuat rujukan pada beberapa terjemahan yang ada.

    im a northman

    January 26, 2010 at 8:09 pm

  2. Salam im a northman,

    Saya pun bukan Arabic literate. Saya cuma membuat penilaian sendiri tentang tafsiran yang saya rasa paling baik. Ingat, saya menulis untuk belajar. Kalau tuan boleh yakinkan saya bahawa khinziri dan khanazeera membawa maksud yang sama iaitu babi, saya tidak ada masalahnya menerimanya. Saya bukan teringin nak makan babi pun.

    Saya berpendapat bangkai dan daging yang membusuk memang berbeza. Bangkai adalah jasad haiwan yang mati dengan sendiri atau dengan cara-cara yang Tuhan jelaskan dalam 5:3.

    Daging yang membusuk pula membawa maksud daging dari haiwan yang telah diproses dengan betul untuk dimakan tetapi mula membusuk kerana mungkin terlalu lama terdedah atau tidak disimpan dengan baik untuk mengawetnya.

    Misalnya, daging yang disimpan dalam peti sejuk boleh menjadi busuk jika tiada bekalan elektrik. Kadang-kala kita juga dapati ayam atau daging yang dijual di pasar ada yang sudah berbau. Jika itu keadaannya, maka Tuhan tidak benarkan kita makan kerana ia kotor.

    tolokminda

    January 27, 2010 at 1:48 am

  3. Salam,

    Jika kita renungkan, ayat2 Al Quran yang menyebut pasal pengharaman makanan tidak spesifikkan nama binatang lain selain perkataan “khinzir”. Jika benar “khinzir” itu adalah binatang yang kita panggil babi itu dan diharamkan ia dimakan, sudah pasti ada bukti2 saintifik menunjukkan memakan dagingnya (biarpun disembelih) akan membawa mudarat.

    Orang Melayu sudah dididik bahawa babi itu binatang yang mengotorkan sehingga jika tersentuh pun dikira najis. Sudah pasti kita tidak berselera nak memakannya.

    Juang

    January 27, 2010 at 4:25 am

  4. salam,
    Dalam quran, ayat yang mengandungi perkataan khinziri atau khanazira cuma ada 5 ayat sahaja iaitu,2:173, 5:3, 5:60, 6:145 dan 16:115. Cuma dalam ayat 5:60 sahaja yang menyebutnya khanazira, yang lainnya semua disebut khinziri. Persoalan saya apakah dua perkataan ini berbeza atapun sama tetapi bergantung kepada konteks ayat.

    Kalau khinziri diterjemahkan sebagai daging yang membusuk apakah pula maksud khanazira. Kalau khanazira bukan babi, mungkin juga qiradah bukan kera.

    Mungkin ada sesiapa yang pakar bahasa di sini, boleh tolong perjelaskan lagi.

    Penulis

    January 27, 2010 at 4:53 am

  5. Salam,

    Memang susah untuk kita memastikan apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh perkataan-perkataan tertentu di dalam Al-Quran khususnya yang melibatkan nama-nama ibadat, tempat atau benda-benda lain jika tafsiran yang diselewengkan dari perkataan Arab tersebut sudah menjadi sebati dalam diri kita. Apatah lagi, bila kita periksa kamus, kita melihat konsistensinya.

    Lebih dari itu para “cerdik pandai” agama juga telah didoktrin melalui sistem yang telah mereka (para penyeleweng) bina. Saya berpendapat buat masa ini, kita perlu percaya kepada common sense melalui penyelidikan sendiri. Asalkan kita tidak sekali-kali mempersekutukan Tuhan, ia dah cukup baik.

    Bagaimanapun kepada sesiapa yang mempunyai kefasihan dan kepakaran dalam bahasa Arab, kesudian untuk membantu adalah amat dialu-alukan.

    tolokminda

    January 27, 2010 at 8:46 am

  6. salam..kalau mengikut kamus lama yg.saya rujuk…
    kedua dua perkataan HINZI-RO atau Ru dan HANAZI-RO adalah dibangsakan haiwan BABI.

    Bezanya adalah satu ayat menunjukkan binatang babi dan
    satu lagi menunjukan wajah binatang seperti BABI.

    Tok Syam

    January 27, 2010 at 10:20 am

  7. Salam Tolokminda….

    Apakah ayat 5:3 tiada perkatan HIN ZI RO…?Maknanya
    bukan busuk tapi BABI.Makna busuk pada ayat sebelumnya
    iaitu….Aulah-ma atau dlam.kamu menulis…HA NI RAL
    LAH MU..(Daging yg.busuk)

    Kalau salah kamus tu maka salahlah apa yg.nak
    disampaikan.

    Tok Syam

    January 27, 2010 at 10:42 am

  8. Salam Tok Syam,

    Saya lebih selesa untuk percaya bahawa “khin” bermaksud reput atau busuk. Dan “ziri” bermaksud yang kamu nampak. Tapi kepercayaan tuan, terpulanglah kepada tuan.

    Terima kasih.

    tolokminda

    January 27, 2010 at 5:00 pm

  9. Salam,

    Sehingga sekarang belum ada mana-mana pakar bahasa Arab atau orang-orang Arab yang boleh terangkan kepada kita apa maksud sebenarnya perkataan “Manna” dan “Salwa” yang terdapat dalam Al Quran melainkan mereka membuat agak-agakkan sahaja.

    Masanya sudah tiba bagi kita mengkaji semula maksud perkataan-perkataan dalam Al Quran supaya kita dapat menghayati mesej Allah dengan lebih jelas. Mengikut ayat 25:33 tafsiran yang paling baik sekali adalah dari Al Quran itu sendiri dan bukannya dari mana-mana kamus atau orang-orang Arab atau pakar bahasa.

    Saya berpendapat “Babi” adalah diantara binatang-binatang yang dicipta Allah sebagai “Binatang Ternakan” (An’am) sepertimana lembu, kambing, ayam dan itek. Tidak mungkin Allah mencipta “Babi” yang mudah diternak kemudian Dia mengharamkan daging ternakan ini. Walaupun saya bersetuju dengan pendapat Tolokminda, tapi sehingga hari ini saya sendiri rasa geli untuk mencubanya.

    Apa yang penting disini – bukan kita mahu mempromosi daging “Babi” tetapi kita ingin membongkar muslihat musuh-musuh Allah yang memutar belit ayat-ayat Allah sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi kepada Kitab Taurat.

    Sekiranya musuh-musuh Allah boleh berjaya memutar-belit dan mencemar perkataan-perkataan Kitab Taurat dan mereka berselindung sebagai orang-orang Alim – apakah ianya tidak boleh berlaku kepada Kitab Al Quran?

    Saya ingin minta Tok Syam beri nama tokoh-tokoh agama yang boleh saya merujuk untuk bertanya tentang “Manna” dan “Salwa” dan bagaimana rupa bentuknya.

    Gunumaro

    January 27, 2010 at 7:43 pm

  10. Salam…
    saya menghargai usaha kalian dan tolokminda dalam
    mencari kebenaran.Saya juga dalam lapangan yg.sama.
    Setakat ini saya mengharapkan pelajar2 UIA dalam
    pelbagai jurusan untuk kajian saya.

    Selain mereka nampaknya sukar.Kerana kebanyakan
    orang2 yg.dah terlalu cerdik pandai….telah memikirkan
    soal untuk hidup dunia dan kepentingan diri.

    Saya pernah menyerahkan sebuah jilid buku hadith untuk
    pengesahan pihak berwajib agar buku itu sah sebagai
    rujukan yg.sahih dan tidak diselewengkan.

    Sehingga setahun diberi masa…namun alasannya sibuk.
    Itu bagi orang yg.nak berusaha,…bagaimana yg.hanya
    jadi pak turut agama…?

    Asalkan namanya hadith dan ayat quran,…maka terima
    saja.Soal amal belum tau.

    Usaha ini boleh kita bergabung dalam menjalankan
    penyelidikan demi kebenaran.Saya tak nampak ia
    suatu usaha menentang.Ini adalah usaha nak beriman
    dengan jalan sebenar.

    Kita faham bahawa Alquran yg.kita berpegang adalah
    atas tafsiran.Tafsiran yg.diusahakan oleh orang
    terdahulu adalah berdasarkan ilmu mereka dan usaha
    mereka dalam memahami bahasa disamping menggunakan
    pedoman hadith untuk memahami kedudukan maksud ayat.

    Kemuskilan timbul bukan sebab kita tak percaya kitab,..tapi atas dasar sejarah silam kisah2 para
    sahabat dan ulama2 yg.berpecah belah,….telah meragukan.

    Pelbagai andaian timbul kepada suatu pertanyaan….
    apakah mereka ulama salaf,wahabi,siyah atau apa..?

    Tok Syam

    January 27, 2010 at 9:40 pm

  11. Salam…
    Kita lupakan sebentar soal tajuk perbincangan topik ini.
    Dan kita renungi sejarah.
    Tidak berapa lama kewafatan nabi saw…umat islam
    telah mula betelagah.Sedangkan ketika ada nabi mereka
    bersatu hati dan menerima ajaran Alquran.

    Peperangan JAMAL adalah bermulanya sengketa berpuak puak.Tentera Aishah dan Ali telah sanggup berbunuhan
    dengan sebab tipu helah dan fitnah.Bagaimana tokoh2
    itu boleh terpedaya,…? Jika mereka terpedaya,..bagaimana umat2 yg.jadi ikutan setiap
    pihak.Tentunya tidak sefahaman.

    Pelbagai peperangan telah berlaku dan banyak rujukan
    telah musnah.Bila mana pihak keristian berkuasa….
    banyak buku dimusnahkan dan sistem khalifah dibubar.

    Pelbagai agenda untuk memadamkan ajaran islam telah
    dilakukan terutama menggunakan islam itu sendiri.
    Islam telah diselitkan pelbagai falsafah dan fahaman2
    serta menggunakan pelbagai penyamaran sebagai ulama
    islam.

    Jika kita kaji….para khalifah sejak kewafatan nabi…perjuangannya adalah membesarkan empayar.
    Kemajuan ilmu tidak begitu diperkukuhkan dan akhirnya
    dikalahkan oleh tentera TARTAR yg.bodoh.

    Tok Syam

    January 27, 2010 at 9:53 pm

  12. Salam,

    Sebenarnya kita kini telah didedahkan dengan tafsiran dan terjemahan yang salah. Walaupun kita menganggap kita adalah penganut Quran dan bukan penganut hadis, namun kita masih meraba-raba dalam mencari kebenaran.

    Usaha tuan tolokminda ini adalah satu usaha murni dalam mencari kebenaran. Untuk itu saya mencadangkan agar tuan mengeluarkan satu ruangan khusus tentang terjemahan Quran sahaja dalam bahasa Melayu. Bukan saya nak mengatakan apa yang tuan buat itu betul tetapi supaya kita semua boleh membuat perbandingan mana satu yang terbaik. Dari situ tidaklah kita mudah menuduh ajaran tu tak betul, ajaran ni salah.

    Semoga usaha murni tuan dapat mengembalikan kita semua ke jalan yang lurus.

    Penulis

    January 28, 2010 at 2:02 am

  13. Salam,

    Usaha tolokminda dalam memahami ayat-ayat Allah sangat dihargai.

    Inilah yang perlu ada dalam diri seseorang yang benar-benar mahukan petunjuk Allah. Mereka tidak kafir mengkafir, sesat menyesat kepada orang lain meskipun berbeza pendapat. Tapi, mereka akan berhujah dan memilih pendapat yg terbaik.

    Dan dalam ruangan ini, saya sudah nampak situasi ini.

    Berbeza dengan orang yg taksub kepada tok gurunya. Asal ada pendapat yg lain yg berbeza dengan pendapatnya, mulalah memberi gelaran macam2 kpd orang itu.kafir, sesat, anti-hadis adalah gelaran yg biasa kita dengar.

    Kalau ada masa dan diizinkan Allah, sy juga akan memberi pendapat.

    Salam.

    bayau

    January 28, 2010 at 4:32 am

  14. Salam,

    Usaha menterjemah dan mentafsir Al Quran seperti pendekatan saudara tolokminda lakukan ini perlu diperluaskan. Bukanlah kita bermaksud untuk mengatakan semua tafsiran yang dilakukan oleh ulamak silam tidak betul. Namun mereka juga manusia biasa seperti kita yang tidak terlepas berbuat silap dalam memahami sesuatu konteks ayat2 Al Quran.

    Memang tidak dinafikan, ada antara mereka yang menyelewengkan maksud Al Quran seperti yang terjadi pada kitab2 terdahulu. Namun jika kita percaya kepada Allah Yang Melihat keikhlasan isi hati kita semua dalam mencari kebenaran, pasti Dia akan tunjukkan kebenaran.

    Blog saudara tolokminda ini bolehlah kita jadikan seperti “masjid cyber” untuk kita belajar memahami ayat-ayat Allah secara benar agar ia mudah dipraktikkan dalam kehidupan.

    Keuniversalan Al Quran menjadi kunci kesatuan ummat manusia.

    Juang

    January 28, 2010 at 6:26 am

  15. Salaam,

    Ada juga yang berberpendapat bahwa perkataan “khinzirin” dalam ayat-ayat berkenaan tidak bermaksud “daging babi” sebaliknya “daging berpenyakit”. Mana-mana haiwan yang sakit dan disebelih tidak boleh dimakan sebab dagingnya berpenyakit. Mungkin boleh bingcangkan dengan lebih lanjut….

    Terima kasih.

    MataHati

    January 28, 2010 at 9:02 am

  16. Salam..
    Kesimpulannya adalah tergulong dari makanan yg.tidak
    baik.

    Sepesis babi adalah suatu haiwan ciptaan Allah sebagaimana bakteria2 yang dicipta sesetengahnya
    untuk mengitar semula sisa2 makana hampasan kepada
    organik.

    Babi dalam kisah sejarah NUH adalah termasuk pasangan
    haiwan yg.diselamatkan.Apakah tugasnya dalam bahtera
    itu dan di bahagian mana ditempatkan.

    Oleh kerana haiwan ini mempunyai kekebalan menahan
    penyakit dan sanggup memakan najis2,….mungkin
    satu sebab ia diharamkan.

    Arak juga Allah ilhamkan dan dikatakan terlalu sedikit
    kebaikan dan lebih banyak keburukan.Apakah semua
    orang yg.memahami makna sedikit kebaikan itu semuanya
    sama.

    Jika nak mengkaji soal haram halalnya tentulah boleh.
    Tapi persoalannya adalah TAAT dan PATUH sebagai
    syarat umum BERTAKWA.Bukan soal mengapa tidak boleh.

    Agama hanyalah jalan2 hidup membentuk kebaikan diri.
    Kebaikan diri bukan semata2 untuk dunia.Kerana
    manusia tidak dapat menjamin dan dapat menguasai
    KADA dan KADAR…melainkan usaha itu sebagai syarat
    ketentuan bagi Allah melaksanakan perjanjian nya.

    Allah boleh saja menjadikan seseorang itu pandai,sihat
    dan terselamat tanpa buat suatu usaha melainkan ia
    umpama si GILA yg.menjalani hidup.

    Tok Syam

    January 28, 2010 at 10:22 am

  17. Salam…
    Apakah yg.kita faham mengenai DOSA dan PAHALA.Halal &
    Haram serta pengertian hukum2.
    Bentuk2 balasan baik dan buruk,
    Apakah hakikat asbab dan sunnah yg.tetap.
    Bagaimana usaha dan ikhtiar nak di selaraskan
    dengan Qada dan Qadar yg.telah tetap.

    Alquran bukan semata2 manual untuk manusia hidup sihat
    dalam urusan dunia sebaliknya kefahaman perlu mencapai
    erti kesucian diri dan pembersihan segala persepsi
    fitrah yg.berbagai bagai.Hingga manusia mencapai
    kehidupan INSAN.Iaitu yg.sebaik baik ciptaan.

    Kerana kita tidak menyedari dan mengenali kedudukan
    diri sebenar melainkan melihatnya sebagai wujud
    kemanusia.

    Wujud kemanusia tak ada bezanya dengan wujud kehaiwanan dan segala makhluk.Melainkan ia lebih
    maju melaksanakan hidup dengan memahami ilmu degan
    mudah.

    Tok Syam

    January 28, 2010 at 10:48 am

  18. saya setuju dgn tok syam kerana ALLAH sendiri pun melarang kita mendekati apa2 yg x baik.. babi tu sendiri adalah haiwan yg x baik (berpenyakit, kotor, dll)..
    di mana logiknya kesucian agama Islam tersebut jika umatnya dibenarkan mendekati hal2 yg x baik dan kotor2? sebagai contohnya dalam aspek permakanan yg haram dan yg halal..
    sesuatu yg halal tu pun jika kita melampaui akan jadi haram gak kerana ianya memudaratkan.. contohnya mengamalkan makan nasik sampai kenyang gila..
    tgk apa jadi..

    w3bcr4wl3r09

    January 28, 2010 at 11:48 am

  19. Salaam,

    Yang jelas haiwan lain pun makan najis jugak seperti ayam kampung, tiada pun kata haram makan ayam. Dan orang-orang yang memakan babipun ada yang hidup sehingga beratus tahun… dan ada yang memakan babi sebelum memeluk islam mendapat petunjuk jugak lantas memeluk islam… jika hujah itu yang nak tuan gunakan maka hujah tuan tidak kukuh apa lagi jika tuan berkata “mungkin”…

    MataHati

    January 28, 2010 at 12:36 pm

  20. Haramnya Babi

    Satu hal yang patut diingat di sini ialah babi yang telah diharamkan. Tuhan semenjak awal telah mengisyaratkan keharaman itu di dalam namanya sendiri. Sebab, kata khinzir (babi) adalah paduan dari kata kata khinz dan ar, yang berarti, “Saya lihat dia sangat rusak dan buruk.” Kata khinz berarti “sangat rusak” dan ar berarti “saya lihat.” Pendeknya, nama binatang ini, yang diperolehnya dari Tuhan semenjak awal, itu pun menunjukkan keburukannya. Suatu kebetulan yang menakjubkan bahwa dalam bahasa Hindi binatang ini dinamakan suar. Kata itu paduan dari kata su’ dan ar, yang artinya “Saya lihat dia sangat buruk.” Jangan heran mengapa kata su’ itu berasal dari bahasa Arab, sebab ibu segala bahasa adalah bahasa Arab, dan perkataan bahasa Arab tidak hanya satu-dua buah terdapat dalam tiap tiap bahasa, melainkan ribuan. Jadi, suar adalah kata bahasa Arab. Oleh karena itu, terjemahan kata suar dalam bahasa Hindi adalah buruk. Ringkasnya, binatang itu disebut buruk. Dalam hal ini tidak ada suatu keraguan pun bahwa pada zaman ketika bahasa seluruh dunia adalah bahasa Arab, di India binatang itu dikenal dengan nama yang searti dengan kata khinzir dalam bahasa Arab, dan kemudian masih berlaku sampai sekarang sebagai peninggalan. Ya, mungkin saja dalam bahasa Sanskrit terdapat kata yang mirip dengan itu telah mengalami perubahan, kemudian bentuknya menjadi lain. Akan tetapi, inilah kata yang benar, sebab dia mengandung makna demikian, dan kata khinzir merupakan saksi yang berbicara sendiri atas hal itu. Adapun arti kata tersebut — yakni sangat rusak — tidak memerlukan penjelasan lebih dalam. Siapa yang tidak tahu bahwa binatang ini paling hebat dalam hal makan kotoran dan juga tidak punya malu serta dayyus. Sekarang nyatalah penyebab mengapa ia diharamkan, yaitu menurut hukum alam, daging binatang yang kotor dan buruk, juga berpengaruh buruk pada badan dan ruh. Sebab telah dapat dibuktikan bahwa makanan juga pasti berpengaruh pada ruh manusia. Jadi, tidak diragukan lagi bahwa yang buruk itu juga memberikan pengaruh buruk. Tabib tabib Yunani di masa sebelum Islam berpendapat bahwa daging binatang ini mengurangi khususnya rasa malu dan memperbesar sifat dayyus. Itulah sebab¬nya di dalam syariat Islam memakan bangkai juga dilarang, karena bangkai pun
    menarik pemakannya ke dalam sifat bangkai, dan menimbulkan mudarat pula pada kesehatan jasmani. Binatang binatang yang mati dengan darah masih tetap di dalam badannya — misalnya dicekik atau dipukul mati dengan tongkat — sebenarnya semua binatang ini termasuk kategori bangkai. Apakah darah bangkai, dengan tetap berada dalam badannya, masih tetap dalam keadaan semula? Tidak! Justru, karena kelembaban, darah akan segera busuk dan kebusukannya akan merusak seluruh daging. Dan bakteria-bakteria di dalam darah yang juga telah terbukti melalui penelitian-penelitian mutakhir, akan mati, lalu menyebarkan suatu kebusukan yang beracun di dalam tubuh.

    islahdin

    January 28, 2010 at 12:47 pm

  21. Salaam,

    Harus diingat bahwa perkataan yang Allah dan rasulNya gunakan adalah “daging babi” dalam semua ayat yang berkaitan. Tentu ada sebab mengapa Allah memilih perkataan tersebut walhal Allah boleh sahaja menggunakan perkataan “babi” namun Allah tidak gunakan perkataan itu. Sesuatu yang harus difikirkan…

    MataHati

    January 28, 2010 at 12:55 pm

  22. Salaam,

    Menghina makluk ciptaan Allah samalah jugak menghina Allah dan mungkin kehinaan yang dilimparkan oleh manusia kepada babi adalah pengaruh Israilliyat sebab dalam Bible, babi layak untuk tempat membuang syaitan;

    Surat Matius

    8:30 Maka tiada berapa jauh daripada mereka itu adalah sekawan babi yang banyak sedang mencari makan.
    8:31 Maka segala setan itu pun meminta kepada Yesus katanya, “Jikalau Engkau mau membuangkan kami, suruhlah kami masuk ke dalam kawanan babi itu.”
    8:32 Maka kata-Nya kepada setan itu, “Pergilah!” Lalu keluarlah segala setan itu serta masuk ke dalam babi sekawan itu, maka terjunlah semua babi itu dari tempat curam ke dalam tasik, lalu matilah lemas di dalam air.

    Sekadar Info.

    MataHati

    January 28, 2010 at 1:05 pm

  23. mmglah ALLAH tidak menggunakan perkataan babi sebab perkataan babi tu perkataan dalam bahasa melayu..
    sekang ni anda katakan yg khinzir tu bukan berasal dari bahasa arab? jadi dalam bahasa arab mana plaj yg mirip kepada pengertian maksud babi yg kita fhm hari ni?

    setiap perkataan dalam AQ tu mempunyai susrgalur yg berkait dgn perkataan2 yg kita leh fahami secara tersurat dan tersirat.. anda kena pelajari dulu ilmu menfasir AQ.. kalau setakat nak terjemahkan ayat2 AQ dgn menggunakan akal dan palaotak sendiri maka sia2 je lah apa yg dipelajari oleh ilmuan penafsir AQ dulu dan sekang expecially yg bukan bangsa arab?
    ayam hutan tu dia makan apa? ada ke kajian yg membukikan ayamhutan berpenyakit kalau di makan?
    begitu gak dgn babi.. sains dah membuktikan yg daging babi tu berkuman.. knp nak makan benda2 yg kotor?
    cuba baca betul2 tulisan tok syam..tulisan manusia pun kalian x leh nak terjemah apa yg tersirat..inikan pula kata2 dari ALLAH?
    antara ayam hutan dgn babi yg mana makan taik sendiri? yg mana jantan dibalun betina pun dibalun sama ketika berhubung sex?
    at least kat sini yg mana lebih baik dari babi tu sendiri?
    tlglah jgn berfikir kesucian Islam ni sama dgn kesucian kristian tu..

    w3bcr4wl3r09

    January 28, 2010 at 1:16 pm

  24. Tuan Islahdin menulis,

    Sebab, kata khinzir (babi) adalah paduan dari kata kata khinz dan ar, yang berarti, “Saya lihat dia sangat rusak dan buruk.” Kata khinz berarti “sangat rusak” dan ar berarti “saya lihat.”

    Salam,

    Sebab itulah saya memilih untuk menterjemah atau mentafsirkan “daging babi” dalam 5:3 dan 6:145 sebagai daging yang sudah membusuk kerana ia adalah intipati sebenar perkataan khinzir. Khinzir bukan satu perkataan yang secara lateralnya membawa maksud babi. Ia hanya dicadangkan sebagai babi. Siapa yang mencadangkannya? Mengapa mengubah maksud perkataan Allah?

    Maksud sebenar khinzir sepatutnya “yang nampak busuk atau reput”. Oleh itu tafsiran “daging babi” yang sebenarnya adalah daging yang nampak busuk atau reput. Maka saya permudahkan sebagai daging yang sudah membusuk.

    Jika kita pergi ke pasar untuk membeli daging, cium baunya sekali. Kalau sudah ada bau busuk atau reput, jangan beli. Ia kotor dan Tuhan larang kita makan.

    tolokminda

    January 28, 2010 at 1:21 pm

  25. lagi satu mcmana korg leh makan daging babi sedangkan nak makan kena sembelih dulu.. tapi babi mana ada leher? nak sembelih mcamana?
    kalau main cincai je..adakah itu pun sebab kenapa babi diharamkan kita memakannya?
    korg masa kecik2 dulu x bertyanya pada yg arif ke perihal ni? la ni bila dah besar baru nak terpikir2 pasal ni? merumitkan sesuatu yg mudah..

    w3bcr4wl3r09

    January 28, 2010 at 1:22 pm

  26. Salam…
    Keburukan dan kebaikan mudah dilihat dari sudut zahir
    namun sudut batin dan kerohanian memerlukan sokongan2
    ilmu yg.lain.

    Ajaran telah jelas melainkan yg.tak memahami akan
    menghina ciptaan.Bukan saja ciptaan malah,…menghina
    dan menzalimi diri sendiri….dengan melanggar
    peraturan.

    Wahai Matahati….
    Perkataan KEMUNGKINAN atau MUNGKIN sama juga dengan
    HARUS.Jadi apakah dengan menyatakan mungkin menyebabkan lemahnya FAKTA.Mungkin kita terlupa
    bahawa Allah itu mempunyai kuasa HARUS.

    Tok Syam

    January 28, 2010 at 1:24 pm

  27. Salaam Tuan w3bcr4wl3r09,

    Tuan faham maksud saya tp sengaja memutar belitkan. Memanglah babi itu perkataan melayu dan teks asalnya ( Al Quran ) ditulis “babi” sahajakah lalu di terjemahkan kepada bahasa melayu berbunyi “daging babi”… bagaimana dengan ayat lain mengapa tidak tidak diterjemahkan kepada “daging babi” jugak.. ?

    QS 5:60. Katakanlah: “Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu disisi Allah, yaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thaghut?.” Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.

    MataHati

    January 28, 2010 at 2:18 pm

  28. Salaam Tok Syam,

    Kita lihat semula ayat tuan;

    “Oleh kerana haiwan ini mempunyai kekebalan menahan
    penyakit dan sanggup memakan najis2,….mungkin
    satu sebab ia diharamkan.”

    dan kita tukar perkataan “mungkin” kepada “harus”

    “Oleh kerana haiwan ini mempunyai kekebalan menahan
    penyakit dan sanggup memakan najis2,….HARUS
    satu sebab ia diharamkan.

    Apakah perkataan “harus” itu sesuai diletakkan dalam ayat tuan, bukankah “mungkin” disitu bermaksud sesuatu yang belum/tidak pasti..?

    Jika perkataan “harus” itu sesuai pada tuan… Apakah keharaman babi itu jatuh kepada harus sahaja pada pemahaman tuan… ?

    MataHati

    January 28, 2010 at 2:31 pm

  29. Salam…
    Suatu pengharaman yg.Allah tetapkan berdasarkan
    dua sudut.Sudut zahir boleh dilihat dari hukum BAU,RASA dan PERUBAHAN SIFAT….untuk menyatakan sesuatu itu
    tidak elok dimakan kerana keharusannya akan membawa
    mudarat.

    Jika diambil dari sudut hikmah bukanlah soal
    kotor,busuk dan najis….tapi rahsia yg.tidak difahami
    atas suatu ciptaan.

    Jika kita mengkaji HARAM arak dan diistilahkan najis.
    Apakah arak itu mempunyai kuman atau diperbuat dari
    bahan kotoran.

    Jika diasingkan Alkohol yg.sedikit itu….sedangkan
    Alkohol yg.banyak boleh disentuh dan di manfaatkan.

    Maka….keharusan adalah sudut faham saya dan bukan
    perlu untuk difahamkan kepada pihak lain.

    Lihatlah firman2 Allah dalam Alquran yg.juga menyatakan perkataan “SEMOGA BERJAYA”dan lain2 sedangkan mereka2 yg.berharap disuruh berdoa dan
    berusaha kepada nya semata-mata.

    Tok Syam

    January 28, 2010 at 4:01 pm

  30. Salam,

    Teringat beberapa tahun lalu ada gambar seorang pelajar Melayu memegang babi. Ramai yang marah dengan perbuatan pelajar tersebut. Dalam Al Quran tidak ada ayat melarang memegang babi.

    Namun ada manusia terlampau sensitif dengan babi itu sampai menghukum najis bila tersentuh dengan babi termasuk terkena bulunya. Bukankah itu sudah melampaui larangan Allah?

    Ada manusia bagaikan tidak risau membuat larangan2 yang tiada hujah yang kukuh.

    Juang

    January 28, 2010 at 4:09 pm

  31. Salaam,

    Mungkin ini boleh menjawab mengapa hanya daging babi sahaja di haramkan;

    BABI DALAM DUNIA FARMASI

    Bagi pengguna Muslim babi adalah “jawara”-nya bahan yang diharamkan untuk diproses dan dimanfaatkan. Padahal babi sering dijadikan sebagai model penelitian yang berkaitan dengan manusia, dikaranakan adanya kemiripan sistem penting dalam tubuhnya. Keterlibatan babi dalam industri farmasi ternyata cukup signifikan. Mulai dari cangkang kapsul baik sebagai kapsul lunak, penyumbang organ-organ tubuh, dan hormon serta enzimnya. Beberapa bagian dari babi yang pernah dan atau masih menyumbangkan peranannya dalam industri farmasi adalah sebagai berikut :

    Kelenjar adrenal babi

    Kelenjar ini terdapat pada ginjal. Kelenjar ini dapat menghasilkan hormon yang disebut sebagai steroid dan epinephrine. Hormon hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal babi pernah merupakan sumber penting yang digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tubuh.

    Kelenjar pancreas babi

    Salah satu hormon yang dihasilkan oleh organ ini adalah insulin. Insulin sangat akrab dengan penderita diabetes. Insulin berfungsi untuk mengatur metabolisme gula dalam tubuh. Salah satu sumber insulin yang sudah tidak asing lagi digunakan dalam dunia kedokteran adalah insulin babi. Untuk menghasilkan 1 pound insulin didapatkan dari 60 ribu ekor babi serta diperkirakan mampu mengubati pengidap diabetes sebanyak 750-1.000 orang selama setahun . Jika produksi babi pertahun sebanyak 85 juta maka insulin yang mampu dihasilkan selama setahun adalah 1.400 pound. Jumlah tersebut dapat mengubati pesakit sebanyak 1, 050 juta – 1,4 juta pertahunnya. Jumlah yang cukup besar. Ketika ini ada alternatif lain pengganti insulin seperti humulin yang walaupun lebih sedikit mahal, ternyata cukup diminati oleh pesakit muslim untuk mengganti hormon insulin babi.

    Lambung babi

    Lapisan dalam lambung mengandung protein dan enzim. Bagian ini secara komersial digunakan untuk membuat sejenis bahan untuk membantu pencernaan (digestive aids).

    Usus halus babi

    Heparin adalah bahan yang ditemukan secara ekslusif pada dinding dalam usus halus (babi). Heparin diklasifikasikan sebagai produk pharmaceutical yang esensial.

    Jantung babi

    Jantung babi digunakan untuk mengganti beberpa bahagian jantung manusia yang sudah tidak berfungsi lagi. Bahagian Jantung babi yang digunakan pada manusia,ternyata sangat sesuai pada tubuh manusia. Hal ini menunjukkan bahwa banyak kemiripan system vital yang terjadi pada manusia dan babi.

    Kulit babi

    Kulit dalam bentuk gelatin digunakan dalam industri pembuatan kapsul. Selain itu kolagen yang merupakan bagian dari kulit digunakan untuk menstimulasi pembekuan darah selama operasi pembedahan.

    Darah babi

    Fibrin darah yang diekstraks dari darah babi digunakan untuk membuat asid amino yang menjadi bagian dari cairan infus yang ditujukan untuk memberikan nutrisi bagi pesakit yang mengalami beberapa pembedahan tertentu. Darah babi juga dipergunakan untuk keperluan media microbial dan kultur sel.

    Dipetik http://aferiza.wordpress.com/2009/06/01/kenapa-babi-di-haramkan-dalam-islam-baca-ketahuilah-baik-buruknya-supaya-kita-sama-sama-faham-akan-tegahan-islam/

    MataHati

    January 28, 2010 at 4:10 pm

  32. Salam,

    Arak terhasil bila manusia memprosesnya. Jika manusia tidak memprosesnya, maka tidaklah terhasil bahan yang boleh memudaratkan jika digunakan berlebihan. Sama seperti dadah juga terhasil bila diproses oleh manusia. Dan jika diguna secara berlebihan, dadah boleh membawa mudarat walaupun ada kebaikannya.

    Sebaliknya babi bukannya dicipta atau diproses oleh manusia. Allah yang mencipta babi. Kita seharusnya berhati2 daripada menghukum haram apa yang Allah ciptakan. Nanti kita seolah2 menghina Allah.

    Ikan buntal walaupun beracun dan boleh membawa maut, tetapi tidak diperingatkan pun dalam Al Quran tentang bahayanya. Sepatutnya ia termasuk dalam binatang yang jelas diharamkan kerana risikonya besar. Takkanlah Allah terlepas pandang?

    Juang

    January 28, 2010 at 4:23 pm

  33. Salam…
    Maka perkataan “mungkin” bagi saya adalah ADAB saya
    sebagai manusia yg.tidak tau HAKIKAT sebenar,..kenapa
    Allah megharamkan sesuatu atas dasar zahirnya,…yg.
    mana ianya boleh diandaikan oleh AKAL untuk Allah
    menghalalkan.

    Jadi”mungkin adalah menjadi salah satu sebab sedangkan
    Allah mempunyai sebab lebih mendalam dari apa yg.
    diduga oleh akal manusia.

    Tok Syam

    January 28, 2010 at 4:25 pm

  34. Salam…

    Hukum terdapat banyak pengertian.Hukum adalah ketetapan
    mengikut peraturannya.
    Dari sudut AKAL….hukum boleh mengatakan HARUS atau
    MUSTAHIL mengikut ADAT.

    Tapi sudut syarak….ia adalah ketetapan sebagai
    ketaatan kepada Allah….tanpa persoalan.Bila mana
    ada persoalan maka berbolak baliklah iman…kerana
    tidak menyakini kebijaksanaan Allah yg.maha mengetahui.

    Maka wajib taat berdasarkan hukum apa yg.telah
    ditetapkan.Disamping WAJIB HUKUM itu,…Allah tidak
    memberati manusia….Allah juga mengadakan kelongaran
    dan kemudahan dalam menjalani kewajiban taat pada
    hukum.

    Tok Syam

    January 28, 2010 at 4:47 pm

  35. Salam,

    Menyentuh bab syarak, ia perlulah suatu yang logik dan jelas bukti2nya. Bukan simply mengatakan, “ini ditetapkan oleh Allah, maka kenalah taat”.

    Di mata orang2 Nasrani, mengatakan Al Masih itu putera Allah adalah benar pada sudut syarak mereka. Mereka suruh taat dakwaan itu atas nama mentaati Allah. Di mata kaum Nabi Ibrahim, menyembah patung2 itulah ketetapan syarak yang kononnya Tuhan yang tetapkan dan kaum tersebut disuruh taat tanpa mempersoalkan apa2. Itulah cara kaum2 musyrik beragama. Melarang manusia mempersoalkan sesuatu.

    Ambil kisah ketika Allah ingin mencipta Adam untuk dijadikan khalifah. Apabila malaikat mempersoalkan penciptaan tersebut, apakah Allah suruh para malaikat taat membuta-tuli dan jangan mempersoalkan KehendakNya? Tidak. Allah ajar Adam dengan segala ilmu yang sepatutnya sehingga terbukti Adam lebih berilmu daripada para malaikat. Allah sendiri buktikan kepada malaikat kenapa Adam layak diangkat sebagai khalifah.

    Jadi, bukannya datang daripada Allah jika sesuatu hukum itu disuruh taat dan jangan mempersoalkannya. Jika seseorang Nabi menyuruh sesuatu dan tidak boleh dipersoalkan, tidaklah baginda bawa hujah2 yang jelas dan nyata.

    Hanya orang yang tidak ada kesabaran dalam memperjuangkan kebenaran sahaja tidak suka bersoal-jawab. Sebab itulah bila ada hujah2 yang berbeza dengan ajaran tradisi mereka, terus mereka hukum dengan bermacam2 gelaran. Apakah sama orang yang bersabar dengan yang tiada kesabaran? Bukankan iman itu terbukti pada kesabaran?

    Juang

    January 28, 2010 at 5:11 pm

  36. Assalamualaikum

    Apapun, jangan kita lupa bahawa setiap yang Allah ciptakan tidak ada yang sia-sia. dalam soal makanan, yang jelas diharamkan pun ada manusia yang sanggup makan, apalagi hal-hal yang kabur pengharamannya.

    islahdin

    January 28, 2010 at 5:29 pm

  37. Salam,
    Apabila kita mengatakan Allah mengharamkan kita daripada memakan daging babi maka ada pula orang yang mempersoalkan kenapa hanya daging babi, adakah lemak babi, hati babi, jantung babi boleh dimakan. Jadi banyak pula persoalannya yang bakal timbul. Tetapi kalau kita terjemahkan sebagai daging yang membusuk, maka sudah tidak timbul lagi persoalan-persoalan lain. Pilihlah mana yang terbaik.

    Penulis

    January 28, 2010 at 5:45 pm

  38. Salam Juang…

    Dalam kehidupan manusia AKAL hanyalah alat pengukur
    dalam mentafsir kebenaran sesuatu petunjuk.

    Dalam hukum tetap….Allah telah jelaskan dalam Alquran
    dan telah memberi dalil2 keterangan melalui bukti2
    kejadian.

    Jadi….sebagai manusia,..akal diperlukan untuk
    melihat bukti kejadian sebagai suatu keyakinan.

    Bagaimana pula,..tentang suatu yg.tidak dapat
    dibuktikan ketika alam dunia atau suatu kemudaratan
    yg.ditangguh.

    Bagaimana akal dapat meyakinkan diri untuk taat
    perintah.
    Sesetengah pemikir tidak dapat melihat tentang
    suatu syariat didirikan melalui perbuatan yg.jika
    dipakai akal,…adalah tidak bermenfaat atau tidak
    logik….sedangkan Allah menjadikan apa saja hukum
    adalah sebagai ingin menguji KETAATAN.

    Seandainya Allah memerintah manusia melakukan solat
    dengan melompat seperti katak,…apakah manusia
    berakal akan taat..? Allah adalah bijaksana dalam
    mengadakan muslihat.

    Tok Syam

    January 28, 2010 at 6:17 pm

  39. Salam,

    Benar Penulis. Semua manusia mudah terima bahawa daging yang membusuk sudah pasti tidak baik untuk tubuh badan.

    Perintah Allah sudah pastinya jelas kerana Dia Maha Bijaksana menerangkan kepada manusia. Sedangkan Dia mampu mencipta matahari yang menerangi bumi, apakah Dia tidak mampu memberi petunjuk yang terang dan mudah difahami?

    Tetapi bila sesuatu ajaran itu mula bercampur unsur2 dusta, itulah yang membawa kepada kekaburan.

    Juang

    January 28, 2010 at 6:34 pm

  40. saudara juang , kita jangan ambil kesimpulan dulu . mungkin tujuan di haramkan kerana ada sebab yg lain mungkin kerana banyak sifat2 babi yg secara biologinya serupa dgn manusia . macam manusia tak boleh makan manusia tentu ada sebab dia .

    tokpakir

    January 29, 2010 at 6:42 am

  41. Salam…..
    Tidaklah sukar kehidupan ne kerana Allah telah
    menciptakan pelbagai makanan yg.baik2.Maka apa yg.
    sedikit diharamkan itu tidaklah menjadikan manusia
    ditimpa kesusahan.

    Satu nikmat Allah haramkan,…sepuluh nikmat Allah
    gantikan,…tidakkah manusia ingin memikirkan.

    Sesungguhnya manusia tidak memahami hakikat sebenar
    yg.setiap dicipta itu bukan saja2.

    Tok Syam

    January 29, 2010 at 6:58 am

  42. Salam,

    Persoalan di sini ialah bukan kita nak makan babi atau pun tidak. Kalau boleh makan sekalipun saya tak akan makan babi sebab sangat jijik dengan binatang tersebut kerana telah disemai dengan keburukan binatang tersebut.

    Apa yang kita nak persoalkan di sini ialah sama ada betul atau tidak tafsiran atau terjemahan yang dibuat oleh mereka yang terdahulu. Kalau betul khinzir itu daging busuk, apa sebab mereka menggantikan dengan babi? Apakah mereka ini telah terpengaruh dengan agama-agama lain yang ada binatang yang tak boleh dimakan, maka islam menjadi babi sejenis binatang yang tak boleh di makan.

    Satu lagi bila menyentuh bab binatang ni ialah anjing. Anjing juga telah dididik sebagai binatang yang menjijikkan sehingga nak sentuh pun kita takut. Sedangkan benda ini tak ada di dalam Quran.

    Kita sekarang ingin mencari kebenaran.

    Penulis

    January 29, 2010 at 7:06 am

  43. Salam…
    Anjing dan babi jauh bezanya.
    Babi haiwan ternakan,…tapi anjing sebagai haiwan
    penjaga dan pemburu dan pelbagai kegunaan.

    Bagaimana persepsi umat islam memandangnya jijik.
    Kalau nak beza haruma najis kucing dengan anjing…
    elok lagi anjing.Kalau nak kira menfaat….anjing
    lebih menfaat.

    Sebenarnya akal fikiran kita telah dilatih dengan
    gambaran2 sehingga ia taksub.

    Tok Syam

    January 29, 2010 at 8:35 am

  44. Salaam,

    Ada betulnya kata Penulis, oleh kerana kita telah dimomokan dari sejak lahir maka ianya menjadi jijik dalam penilaian kita. Jika sejak lahir sahaja benda2 tersebut tidak dimomokkan tidaklah seperti sebaliknya. Benda ini pernah saya saksikan sendiri dimana ada kaum tertentu yang beragama islam memakan biawak (binatang dua alam), mereka biasa saja tanpa merasa apa-apa tetapi bagi kita yang telah dimomokan dari kecil pasti terasa sesuatu yang menjijikan….

    Ada kemungkinan juga mereka yang mengatakan haram terpengaruh dari ajaran agama lain terutama tafsiran israilliyat;

    Bible

    Im. 11:7 dan lagi babi, karena sungguhpun kukunya terbelah dua, ia itu bersiratan kukunya, tetapi ia tiada memamah biak, maka haramlah ia kepadamu.

    Ul. 14:8 Dan lagi babi, karena sungguhpun kukunya terbelah dua, tetapi tiada ia memamah biak, maka haramlah ia kepadamu, janganlah kamu makan dagingnya dan jangan menjamah bangkainya.

    Sesuatu yang perlu direnungkan.

    MataHati

    January 29, 2010 at 1:50 pm

  45. Salam,

    Walaupun Al Quran tidak mengharamkan makan katak, kebanyakan kita pun rasa geli nak memakannya. Tapi janganlah sebab kita rasa geli nak makan katak, maka kita buat hukum kata katak itu haram.

    Tahap selera manusia untuk memakan sesuatu itu berbeza-beza bergantung cara didikan oleh ibubapa dan masyarakat sekelilingnya.

    Andai kata nasib kita seperti tarzan yang dari kecil hidup di dalam hutan. Sudah pasti kita akan makan segala benda yang boleh dimakan tanpa rasa geli. Melainkan yang jelas membawa kesakitan pada tubuh badan kita. Umpamanya bila kita makan sesuatu dan kemudiannya sakit perut, sudah pasti selepas itu kita tidak makan benda itu lagi.

    Saya setuju dengan Penulis bahawa kita bukannya nak promosikan makan daging babi, tetapi benarkah daging babi itu diharamkan oleh Allah? Allah tidak akan membuat hukum atau perintah tanpa membuktikan dengan jelas. Untuk memerintahkan para malaikat sujud kepada Adam pun Allah buktikan dahulu yang Adam itu lebih berilmu tinggi biar para malaikat sedar dan tahu.

    Bayangkanlah hakikatnya Al Quran tidak mengharamkan daging babi tetapi sebaliknya daging yang membusuk, kemudian kita pandang hina kaum2 yang makan babi itu, bukankah itu mengotorkan jiwa kita sendiri? Kita ingat orang yang makan babi itu yang kotor, walhal di sisi Allah, hati kita yang kotor.

    Bayangkan pula kita mati bawa hati yang kotor bertemu Tuhan, takkanlah Allah nak masukkan kita ke dalam syurga?

    Juang

    January 30, 2010 at 4:12 am

  46. Salam

    Tok Syam harap sudi tuan kongsikan bahan bacaan dan rujukan tuan. Harap kami yang cintakan kebenaran hakiki dapat menggali dari sumber yg sama selain dari Al Quran itu sendiri.

    anm

    January 31, 2010 at 8:08 am

  47. hahhahahahaha…

    kalu dah quran nk tulis daging babi haram, hidung babi haram, telinga babi haram, tulang babi haram, ekor babi haram, lemak babi haram, penuh la quran tu tulis pasal babi je…. ni semua dakyah kristien la ni.. nk menyesatkn org islam..huh.. xde keje lain ke? ade plak nk amik reference amik kt bible.. dah terang lg bersuluh dh bible tu orang buat..huh..

    carnivore

    February 1, 2010 at 1:39 pm

  48. Kebanyakan baja yg.menyuburkan makanan hari ne pun
    berasal dari unsur2 najis.
    Tumbuhan memang lah nampak subur dan tak kelihatan
    pun tanda2 ada najis pada tumbuhan.

    Tak heranlah otak2 manusia semakin bijak dalam kerja
    fikir zahirnya semata-mata.

    Tok Syam

    February 1, 2010 at 2:48 pm

  49. Salam Tok Syam,

    Kepada tumbuhan najis itu bukan najis, tetapi nutrien. Jika ia pandai menulis di blog seperti Tok Syam, ia mungkin akan kata sup ayam Tok Syam adalah toksid dan membahayakan, apatah lagi kalau dalam keadaan panas-panas. Tetapi Tok Syam kata sup ayam Tok Syam tu, walaupun panas adalah sumber protein yang sangat berkhasiat.

    Kita perlu melihat sesuatu dari sudut yang lebih luas. Tidak ada sesuatu yang Tuhan jadikan dalam alam ini sia-sia kejadiannya. Semuanya ada fungsi. Kita selalu anggap lalat serangga yang jelik dan kotor. Tetapi lalatlah yang membantu mencernakan bahan-bahan buangan biologi seperti bangkai dengan cepat dan berkesan. Menukar unsur-unsur yang mati menjadi unsur-unsur yang menyokong kehidupan baru.

    Di sisi Tuhan tidak ada benda yang kotor. Cuma di sisi manusia, kerana keterbatasan dan kelemahan kita, kekotoran wujud dan ditafsirkan. Tetapi jika kita dapat memahami rahsia alam Tuhan, tidak ada apa yang perlu kita bimbangkan. Kekotoran hanyalah bersifat relatif.

    tolokminda

    February 2, 2010 at 2:43 pm

  50. Salam…
    Apakah definasi kotor yg.boleh.terjemahkan mengikut
    perlbagai sudut seperti akal,hukum syarak atau teologi
    dan sebagainya.

    Rasanya kena buka topik berkenaan ajaran Allah berkenaan
    hal2 bersih dan suci.

    Tok Syam

    February 2, 2010 at 3:04 pm

  51. Salam,

    Saya berpendapat kaedah mentafsirkan kekotoran perlu dibuat berasaskan kaedah saintifik. Tetapi jika kejituan bukan satu keperluan, common sense pun memadai untuk kita menilai samada sesuatu itu kotor atau tidak.

    tolokminda

    February 2, 2010 at 3:23 pm

  52. Salam…
    Sememangnya manusia buat apa yg.termampu dari segala
    ilmu dipelajari dan sejauh mana akalnya dapat berkerja.

    Bersih atau kotor mempunyai pelbagai kedudukan dan
    bergantung pada tempat meletakkan tujuan kotor atau
    bersih.

    Jika disebut tandas itu kotor,…akal boleh menterjemahkan maksud kotor itu boleh disebabkan BAU
    tak selesa atau najis2 bersepah dan sebagainya.

    Bagi orang buta tentunya kotor itu tak digambarkan…
    tapi deria bau adalah pengukur.

    Kalau mengikut kenyataan Allah….IA jadikan tanah
    itu bersih,…hingga boleh buat tayamum sebagai ganti
    air.

    Disini…kalau nak pakai logik akal bagaimana pula..?
    Apakah mungkin tafsirannya disalah ertikan oleh
    penterjemah..!

    Tok Syam

    February 2, 2010 at 6:22 pm

  53. Salaam carnivore,

    Jika tuan amati betul-betul dalam ayat yang berkaitan, semuanya Allah gunakan perkataan “daging babi” walhal Allah boleh sahaja mengunakan perkataan “babi” untuk merujuk kepada keseluruhan anggota badan babi tersebut. Allah tidak main-main atau suka-suka bila melafazkan satu-satu firmanNya, semuanya ada maksud tertentu.

    Kita juga harus berhati-hati dengan pengaruh Israilliyat kerana Allah dan rasulNya telah memberi peringatan;

    AQ 2:120. Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Nasrani (Kristian,) sehingga kamu mengikuti millah (anutan, agama, cara hidup, budaya) mereka. Katakanlah, “Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar.” Jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong.

    Bila sesuatu pendapat itu berlainan dengan pendapat tuan segolongan maka mulalah tuan melemparkan tuduhan yang tidak berasas dan merasa curiga kepada mereka yang tuan tidak sependapat. Alangkah baiknya jika tuan memberikan pendapat tuan jugak maka dapatlah kita renungi bersama. Mana tahu pendapat tuan itu dalah yang terbaik….

    MataHati

    February 3, 2010 at 12:15 pm

  54. Salam Matahati,

    Pada dasarnya perkataan khinziri tidak bermakna babi. Tetapi ia membawa makna “yang nampak busuk atau mereput” dan seumpamanya. Dengan kata lain sebenarnya perkataan “daging babi” yang digunakan dalam terjemahan atau tafsiran Quran sepatutnya berbunyi “daging yang nampak busuk atau reput”…bukan daging babi.

    tolokminda

    February 3, 2010 at 12:55 pm

  55. Salaam Tolokminda,

    Saya tidak menolak pendapat tuan dan seperti yg saya katakan ada juga yang mentafsirkan kepada daging yang berpenyakit namun setakat ini saya masih berpegang kepada terjemahan mejoriti bahwa apa yang dimaksudkan itu adalah “daging babi”.

    Jika khinziri tidak bermaksud babi, bagaimana pula terjemahan ayat ini;

    QS 5:60. Katakanlah, “Bolehkah aku memberitahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa yang Allah melaknatkan, dan padanya Dia murka, dan menjadikan antara mereka beruk dan babi, dan penyembah-penyembah Thagut – mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul.”

    Dalam teks asalnya (Al Quran) di tulis “khanaaziir” dalam ayat diatas, adakah manusia itu atau sifat manusia itu dijadikan “yang mereput” atau “yang membusuk” ?

    Harap di cerahkan. Terima kasih.

    MataHati

    February 3, 2010 at 3:20 pm

  56. Salam…
    Apakah konsep kamus yg.digunakan oleh Tolokminda dalam
    menafsir maksud ayat.

    Sekiranya berdasarkan kontek ayat,…secara akal,…
    ayat 5:60 boleh difahamkan sebagai wajah atau benar2
    jadi seperti babi.

    Tentunya sebagai daging busuk tak sesuai.
    Perkataan yg.berkaitan babi hanya mempunyai 2 contoh
    saja,..rasanya tak lah sukar nak buat ulasan.

    Haiwan babi adalah haiwan yg.telah wujud dizaman itu
    dan sebelumnya.Perkataan babi dalam bahasa Arab telah
    lama wujud dan difahami oleh umat Timor Tengah.

    Bilamana sebut Khinzir…ianya adalah BABI dan bukan
    dibangsakan pada daging busuk.

    Apakah sebenarnya tafsiran TM tentang daging busuk tu,..bagi saya belum jelas.

    Sekiranya Allah hanya nak ajar manusia supaya jangan
    makan daging busuk…memang tak masuk akal…sebab
    pakai akal pun semua orang memang tak nak makan daging
    busuk…walau pun halal.

    Kalau ayam yg.halal tapi telah busuk,…lalu dimasak
    kari atau sebagainya,….tetap baunya akan diketahui.
    Orang yg.makan babi juga tak lalu nak makan.

    Tok Syam

    February 3, 2010 at 3:45 pm

  57. Salam,

    Sila baca penjelasan tuan Islahdin yang boleh dibaca di atas mengenai dasar perkataan khinzir yang sebenar. Beliau nampaknya tidak bersependapat dengan saya mengenai tafsiran ‘daging yang membusuk” untuk 5:3 dan cuba membuktikan rasional mengapa perkataan yang bermaksud “yang nampak busuk atau reput” boleh disimpulkan menjadi “babi” sehingga dilibatkan oleh beliau bahasa hindi dan lain-lain.

    Soalan saya: mengapa perkataan yang sememangnya bermaksud “yang nampak busuk atau reput perlu ditukar menjadi “babi”?

    tolokminda

    February 3, 2010 at 4:04 pm

  58. Dan kepada soalan adakah Tuhan pernah melaknat sekumpulan manusia menjadi beruk dan babi? Saya tak percaya Tuhan buat kerja begitu. Kisah manusia jadi babi atau monyet atau batu atau katak dan sebagainya hanya wujud dalam cerita mitos ciptaan manusia. Saya berpendapat apa yang Tuhan maksudkan adalah mereka yang dilaknat itu berperangai macam beruk dan badan mereka berbau busuk.

    tolokminda

    February 3, 2010 at 4:10 pm

  59. Salam…
    Nampaknya Allah itu tidak mempunyai HAQ dalam berkuasa..
    sedangkan anda faham bahwa ajaran dan kenyataan Alquran
    itu telah menerangkan Maha KeberkuasaanNYA dlm.ciptaan.

    Allah mencipta makhluk ghaib,kejadian2 anih seperti
    dipaparkan oleh penemuan yg.telah jadi kebenaran
    umat akhir zaman seperti haiwan berupa iras2 manusia
    pada ikan dan lain2.

    Terdapat juga manusia2 .zaman moden ne…yg.terkenan
    dengan iras2 haiwan….maka apa mustahilnya bagi
    Allah yg.berkehendak apa saja.

    Tok Syam

    February 3, 2010 at 5:22 pm

  60. salam…
    Dalam ayat 5:3 terdapat perkataan arabnya AL-KHINZIR-RI.
    Maka sdr.TM jelasnya menyatakan bahawa perkataan
    tersebut telah ditukar kepada BABI.Apa yg.sepatutnya
    ayat itu adalah daging yg.BUSUK….sebagaimana kehendak
    fahaman TM.

    Ulasan Islahdin perlu TM baca betul2.Ia bukan menukar
    perkataan tuhan sebaliknya menjelaskan keburukan haiwan yg.dinamakan BABI.

    Buruk dimaksudkan Islahdin tidak mencerminkan daging
    tapi sifat haiwan tersebut.Jika daging buruk dan
    membusuk….patinya orang waras tak mau makan.

    Jadi BABI itu dimaksudkan BURUK DAN BUSUK bukan
    selepas ianya bersifat DAGING,…tapi dalam keadaan
    hidupnya……ia membawa kekotoran yg.tidak dapat
    dilihat secara zahir.

    Mungkin kita boleh kata….jika babi itu dipelihara
    secara bersih dan mengambil Klon2 babi yg.bersih
    secara kaedah sain….apakah HUKUM ALLAH boleh kita
    ubah..?

    Kaedah berfikir tu memang bebas,..namun apa yg.ingin
    kita sentuh ialah KETETAPAN ALQURAN…bukan tafsiran
    ULAMA.

    Mereka dah sepakat mencari makna KHINZIR tu adalah
    BABI dan bukan “Busuk bersifat DAGING BUSUK”

    Jadi…saya ingin tau….bagaimana rujukan anda
    dalam memperkatakan perkataan KHINZIR tu adalah
    daging busuk…?

    Allah dah jelaskan berkenaan BANGKAI…dengan ayat
    itu sudah jelas sebagai daging membusuk….dan
    lanjutkan lagi dengan menyebut KHINZIR adalah termasuk
    haiwan yg.kotor.

    Tok Syam

    February 3, 2010 at 5:59 pm

  61. Salam…

    Saya ingin mengulas tentang kenyataan TM….iaitu:

    [Saya berpendapat apa yang Tuhan maksudkan adalah mereka yang dilaknat itu berperangai macam beruk dan badan mereka berbau busuk.]

    Sekiranya anda berpendapat…maka tak salah untuk
    memberi pendapat.Dalam berfikir dan memberi pendapat
    …ada berbagai kedudukan.

    Pertama pemikiran manusia dalam mentafsir kerja
    tuhan melalui logik akal tanpa perlu bantuan lain.

    Kedua berfikir dengan mengunakan keterangan (dalil)
    yg.disediakan tuhan dalam kitab dan kembali kepada
    contoh2 kejadian.

    Tok Syam

    February 3, 2010 at 6:27 pm

  62. Salam Tok Syam,

    Saya tidak menemui di dalam Al-Quran sebarang haiwan yang dilarang untuk dimakan kecuali apa yang mati dengan sendirinya, atau darah yang mengalir, atau daging yang sedang membusuk dan juga yang telah disebut nama selain Allah ketika ia dibunuh/disembelih.

    Terima kasih.

    tolokminda

    February 4, 2010 at 12:56 am

  63. Salam…
    Secara perinci,..tentu kita boleh memikirkan konsep
    Allah mencipta makanan dari sumber haiwan.

    Beribu jenis burung,jenis berkaki 4,tiada berkaki,hidup
    didalam air,dalam tanah dsb….tentulah banyak untuk
    ditulis.Itu baru bab makanan.

    Jadi yg.benar2 khusus Allah menyatakan perihal BABI dan
    SUSU dari haiwan ternakan.Selainnya ada pedoman nabi2
    sebagai AHLI ILMU.

    Dizaman kita nabi tiada,..jika nak ikut nasihat nabi
    dalam hadith atau guna akal bergantung pada keadaan…
    sebagaimana Allah mengatakan keadaan terdesak.

    Haram yg.dimaksudkan dalam konsep makanan bagi saya
    ialah akibat dan kemudaratan diri….selain itu ada
    hikmah yg.kita tak tau.

    Apakah HARAM makan babi sama dengan HARAM minum ARAK.
    Haram boleh membawa beberapa pengertian dan hukum.
    Berdosa bererti membuat kesalahan kepada diri sendiri
    dan akibatnya kembali kepada diri dan juga boleh
    membabitkan pihak kedua.

    Bagi Allah…manusia itu ikut atau melanggar peraturan
    tak menjadi hal.

    Ibu bapa sebagai contoh yg.selalu melarang anak2
    buat itu dan ini sedangkan pada fikiran anak2 hal
    itu tak masuk akal.Kanak2 tidak memahami kebaikan
    akan datang sebaliknya melihat keharusan jangka
    pendek.

    Kanak2 mengatakan,…mandi hujan tak menjadi apa2
    kerana ia pernah melakukan tanpa pengetahuan ayah.

    Jadi larangan Allah adalah secara menyeluruh dan
    berasaskan fitrah tetap.

    Seorang yg.mengatakan ARAK itu baginya halal kerana
    ia tak memabokan dan mengakibatkan apa2 bagi dirinya.
    Lalu diajarnya kepada orang lain agar tak mabok.

    Ajaran itu tak semestinya berkesan kerana akibat
    bukan berdasarkan kaedah yg.betul sebaliknya melibatkan hal2 lain yg.tak diketahui.

    Kalau soal babi,…saya mungkin lebih mendekati
    perihal babi dan mengetahui babi dalam dan luar serta
    membuat pemerhatian secara benar untuk menguatkan
    keyakinan hikmah diharamkan.Bukan sekadar mengenal
    babi pada rupa dan berita semata mata.

    Apakah anda yg.bercerita tentang babi pernah makan
    babi…? Tahukah anda rupa perut babi,rasa daging babi,akibat pada kulit sipemakan babi terutama kaum
    cina.

    Tok Syam

    February 4, 2010 at 4:41 am

  64. Salam,

    Ramai juga manusia yang makan babi tapi jarang sekali kita dengar mereka mati disebabkan oleh makan babi.

    Tapi, jika kita mengamalkan memakan daging yang busuk pasti ada kemudaratan di situ. Begitu juga dengan bangkai dan darah.

    bayau

    February 4, 2010 at 10:48 am

  65. salam…
    Merokok merbahayakan kesihatan…tak pernah pun
    dengar orang mati pasal merokok.Pasal dapat canser
    tau laa.

    Tapi H1 N1 katanya dari gejala BABI….ye ke..?TAk
    pulak disebut daging2 busuk.

    Tok Syam

    February 4, 2010 at 11:28 am

  66. salam,
    selsema burung dikatakan datang dari ayam.

    Penulis

    February 5, 2010 at 12:00 am

  67. Salaam,

    Bagi daging yang busuk atau membusuk sudah ada ayat lain yang menyatakannya tidak boleh di makan iaitu yang berbunyi lebih kurang “makanlah yang halal lagi baik”. Tiada seorangpun yang mengatakan daging yang membusuk itu baik walaupu halal….

    MataHati

    February 5, 2010 at 3:01 pm

  68. ooo.tuan Tolok Minda, bagaimana definisi bangakai dalam islam? adakah ikan adalah bangkai ataupun bukan disebut bangkai? sebab dalam Quran disebut semua haiwan darat. tak sebut pulak semua haiwan air. boleh tuan perjelaskan?

    lonewolf

    February 16, 2010 at 1:43 am

  69. Salam lonewolf,

    Definasi bangkai yang saya faham: Binatang yang telah ditemui mati dengan sendiri atau yang telah dicekik sehingga mati, yang dipukul sehingga mati, yang mati akibat jatuh dari tempat tinggi, yang telah dimakan sebahagiannya oleh haiwan lain kecuali kamu selamatkan semasa ia masih hidup dan yang seumpamanyalah, misalnya yang mati kena langgar lori, kalau di zaman kita ni.

    Tentang binatang laut:

    5:96 Dibenarkan kepada kamu adalah pemburuan di laut dan makanan darinya, satu kurnia kepada kamu dan kepada pengembara, dan pemburuan di darat adalah dilarang ke atas kamu selagi kamu dalam tempoh larangan dan takutilah Allah, kepadaNya kamu akan dikumpul.

    16:14 Dan Dia yang telah menjadikan laut bermanfaat supaya kamu boleh makan daging segar yang lembut daripadanya dan perhiasan-perhiasan yang kamu pakai, dan kamu lihat kapal-kapal membelahinya, dan supaya kamu berusaha mencari kemurahanNya dan supaya kamu berterima kasih.

    - Tidak ada pengkhususan mana-mana binatang laut tak boleh makan.

    Tentang buah-buahan dan tumbuhan:

    6:141 Dan Dia yang mengurniakan tumbuhan kebun, menjalar dan tidak menjalar, dan pohon-pohon palma dan pohon berbiji yang mengeluarkan pelbagai jenis buah, dan zaitun dan delima, dan yang seumpamanya atau bukan, makanlah buah-buahnya bila tiba musimnya, dan bayarlah apa perlu di hari menuai dan jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Dia tidak suka mereka yang berlebih-lebihan.

    Peringatan Tuhan jangan ikut golongan yang jahil dan suka ikut nafsu yang suka cakap ini haram itu haram, dsbnya:

    6:119 Dan apakah sebab kamu tidak boleh makan apa-apa yang nama Allah telah disebut, dan Dia telah menjelaskan dengan terang kepada kamu apa yang Dia tegah kepada kamu – kecuali yang kamu terpaksa, dan sesungguhnya pasti ramai yang akan menyesatkan kerana nafsu mereka akibat kejahilan, sesungguhnya Tuhan kamu – Dialah yang paling mengetahui siapa yang melampaui batas.

    tolokminda

    February 16, 2010 at 2:03 am

  70. Salam

    “TM: Saya berpendapat apa yang Tuhan maksudkan adalah mereka yang dilaknat itu berperangai macam beruk dan badan mereka berbau busuk.”

    Saya berpendapat bukan badan mereka yang busuk, tapi hati mereka yang busuk. Kalau sudah perangai macam beruk, sudah pasti hati itu busuk. Kalau hatinya bersih, tidaklah perangainya macam beruk kan?

    Dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah diri manusia itu. Jika busuk daging itu, buruklah perangainya.

    Juang

    February 16, 2010 at 2:15 am

  71. Salam,

    Jika kita tidak nampak bukti yang nyata sesuatu itu memudaratkan, tak payahlah nak letak hukum haram. Jangan nak berhukum disebabkan ulamak menetapkan hukum. Kita nak berhukum biarlah ada bukti di sisi Allah, barulah senang nak menjawab depan Tuhan nanti. Bukannya ulamak itu tolong kita jawab soalan Allah nanti.

    Kalau geli nak makan babi, tak payahlah makan untuk diri sendiri. Tapi, janganlah nak melampau2 letak hukum haram walhal kita sendiri tak tahu sebab2nya.

    Jika dikatakan “khinzir” itu daging yang nampak membusuk, semua orang mudah terima (tak kira bangsa) ia ada kemudaratan sebab bila daging itu sudah mula membusuk, sudah pasti ada bakteria yang memungkinkan kita sakit perut.

    Kalau ada sesiapa dapat bawa bukti kukuh orang2 yang makan daging babi itu memudaratkan kesihatan, terbuktilah Allah melarang memakan haiwan itu.

    Tetapi saya terfikir juga, kenapa Allah tak larang makan ikan buntal yang terang2 ada racun yang boleh membunuh manusia, sedangkan babi yang tidak ada kesan jelas kemudaratannya, ada manusia pandai2 letak hukum haram? Takkanlah Al Quran terlepas senarai haiwan2 yang bahaya itu?

    Juang

    February 16, 2010 at 2:31 am

  72. Salam,

    Saya tertarik dengan penerangan TM mengenai daging yang membusuk.Jelas sekali banyak penyelewengan yang dilakukan terhadap terjemahan AQ.Syabas saudara TM!

    39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orangorang
    yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang
    mempunyai minda.

    25:53. Dan Dia yang membiarkan dua laut, yang ini bersih dan enak, rasanya menggembirakan, dan
    yang ini masin dan pahit, dan Dia meletakkan di antara mereka satu barzakh (tembok), dan satu
    larangan yang terlarang.

    4:83. Apabila datang kepada mereka suatu urusan, sama ada daripada keamanan atau ketakutan,
    mereka menyiarkannya; dan jika mereka mengembalikannya kepada rasul, dan kepada orang-orang
    yang dalam urusan mereka, orang-orang antara mereka yang ditugaskan untuk menyelidikinya, tentu
    akan mengetahuinya. Dan sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya,
    tentu kamu akan mengikuti syaitan, kecuali sedikit.

    wolverine

    February 28, 2010 at 6:05 pm

  73. Salam Volverine,

    Saya cuma memaparkan pendapat yang saya fikir terbaik. Itu saja.

    tolokminda

    March 1, 2010 at 12:13 am

  74. Mempersoalkan apa yg dah jelas dalam AQ dan AS apakah hukumnya?
    Sy sudah semakin sangsi dgn penyokong babi x haram mengenai tujuan kalian posting disini.. jika nak menimbukan isu2 yg megelirukan tetapi masih tidak pandai berbahasa arab dalam merekacipta hujuah2 yg karut marut yg totally berdasarkan kemampuan otak yg x seberapa, sy rasa sia2 sahaja usaha kalian.. tapi x mengapa..ALLAH maha adil.. kalian boleh mencipta satu videoblog hari demi hari merakamkan aktiviti kalian bersama babi.. samada memelihara dan memakannya.. xperlu lama.. memadailah 3 bulan saja..
    kita semua sama2 saksikan apa yg berlaku selepas itu..:)

    jika cadangan sy ni kalian lihat sebagai karut dalam mebuktikan kebenaran yg kalian juangkan, maka persepsi yg sama juga ada pada sy dan yg antibabi yg lain..

    tepuk dahi tanyalah akal kalian yg x seberapa tersebut..sanggup atau tak sanggup? xperlulah kalian bersusahpayah nak terjemahkan AQ ke bahasa melayu..sebab manusia sekang terlalu dahagakan “kebenaran”.. maka cubalah laksanakan dahulu cadangan sy tersebut..:)

    w3bcr4wl3r

    July 8, 2010 at 10:20 am

  75. Merepek sungguh penulis blog ini dalam menafsir ayat-ayat Quran..
    Guna nafsu ni.

    Ibnuhassan

    July 8, 2010 at 3:57 pm

  76. Salam semua,

    Diatas tu semuanya adalah pandangan pandangan dan pendapat pendapat dari kajian kajian yang telah dijalankan oleh beberapa orang.

    Tak siapa pun suruh ikut siapa, tapi hanya untuk membuka minda untuk berfikir,tak kan lah tuan tuan tak bolih berfikir sama ada baik atau tak baik.itu saja…tiada siapa nak sesatkan sesiapa…….kalau nak ikut bolih ikut,kalau tak nak ikut jangan ikut…..tapi jangan marahkan pada orang yang buat blok ni atau geng gengnya…….

    Allah saja lah yang menyesatkan sesiapa yang dikehenedakinya dan bukan manusia….dan Allah jugalah yang akan menunjukkan jalan yang LURUS pada sesiapa yang dikehendakinya bukan manusia….jadi itu kita kena faham…..ok.

    Sekian,tq

    wucman

    July 9, 2010 at 8:19 am

  77. pbuu,

    10.100. Dan tiadalah suatu jiwa akan amanah kecuali dengan izin Allah dan akan dijadikan najis/-rrijsa/kotoran atas orang yang tidak mengunakan akalnya untuk berfikir.

    Sekian.

    chong

    July 9, 2010 at 9:14 am

  78. chong dah start dah dengan terjemahan dia….

    kalau nak sesat, sesat la sorang2… kalau kau dah buat blog & kelihatan public macam ni, bukan suruh orang berfikir, tapi cuba menyebarkan pemikiran karut… bila semua orang “berfikir” dengan cara karut korang semua ni, mula la ade yang sesat… kalau nak beri pendapat, kenapa tak beri pendapat pada yang betul2 arif & bijak pandai al quran? kenapa nak beri pendapat pada yang menghapal terjemahan? tu pon kalau hapal.. kalau copy paste je? tak bangang ke?

    carnivore

    July 9, 2010 at 10:21 am

  79. pada pendapat..

    iyo lah..
    memang dari mula lagi semua pendapat..
    tololminda.. (sori lagi: tolokminda) pun cakap pada pendapat saya..
    pada pemikiran saya..

    yang juang
    yang nak emo sangat pastu nak banga dgn hujah tu apasal pulak..
    bila masa korang hujah dgn bukti yg nyata..??
    putar belit makna dan bukti yg nyata memang nyatalah!!

    ni bukan sesat ni..
    ini niat hendak menyesatkan..

    pada pendapat aku la..
    pendapat je..
    pada pemikiran aku la..

    tak tuduh.. pendapat aku yg awam

    jolok minda

    July 9, 2010 at 11:40 am

  80. quote
    “Salam im a northman,

    Saya pun bukan Arabic literate. Saya cuma membuat penilaian sendiri tentang tafsiran yang saya rasa paling baik. Ingat, saya menulis untuk belajar. Kalau tuan boleh yakinkan saya bahawa khinziri dan khanazeera membawa maksud yang sama iaitu babi, saya tidak ada masalahnya menerimanya. Saya bukan teringin nak makan babi pun”

    hampir hampir aku berpendapat Tolok Minda teringin nak makan babi.
    nasib baik dia sebut tak teringin.
    tak sedap kot tu yg tak teringin.

    pendapat aku je..

    dah sah mengaku tak Arabic literate.
    buleh pulak ubah makna khinzir = daging membusuk

    jolok minda

    July 9, 2010 at 11:46 am

  81. quote juang
    “Jika kita renungkan, ayat2 Al Quran yang menyebut pasal pengharaman makanan tidak spesifikkan nama binatang lain selain perkataan “khinzir”. Jika benar “khinzir” itu adalah binatang yang kita panggil babi itu dan diharamkan ia dimakan, sudah pasti ada bukti2 saintifik menunjukkan memakan dagingnya (biarpun disembelih) akan membawa mudarat.”

    wei mangkuk!!
    kau ni duduk kat dunia mana ni..?
    cakap rajin buat penyelidikan wahai Haji Juang..
    tak nampak2 lg..
    bukti2 yg ada..
    penyakit2 yg dibawa..

    petang ni kau pegi beli daging babi sekilo
    kau potong 1/2 kilo.. simpan untuk makan malam
    lagi separuh tu kau tuang coke atas rendam dalam mangkuk..
    pastu kau tgok.. dgn biji mata kepala sendiri.

    pendapat aku je

    jolok minda

    July 9, 2010 at 11:54 am

  82. untuk haji juang,

    jangan marah na Hj juang
    aku panggil kau “wei mangkuk..”

    makna sebenarnya “selamat pagi tuan..”

    makna yg selama org pakai salah..
    dia bukan kata cacian dia makna yg baik

    ok..
    jgn marah na

    pendapat aku je

    mangkuk juang!!

    jolok minda

    July 9, 2010 at 11:59 am

  83. Rilek la carnivore & jolokminda….
    rilek2 boleh pg Botlek…hahahaha….
    Korang ni…biarla org nak smpaikan ilmu sesat tu..

    Bahco

    July 9, 2010 at 4:25 pm

  84. hahaha… ni siapa pulak si Bahco ni? backing nampak.. nak kena skali ker? hahaha (gurau je)

    Jolok minda: mangkuk= selamat pagi.. ? ooo.. saya baru tau…

    {“”10.100. Dan tiadalah suatu jiwa akan amanah kecuali dengan izin Allah dan akan dijadikan najis/-rrijsa/kotoran atas orang yang tidak mengunakan akalnya untuk berfikir.””– Chong.}

    ayat tu memang kena dengan kau chong… najis yang merepek..
    pada pendapat aku la,khinzir tu aku rasa maksud dia macam ni: (bangang=chong=juang=babi=najis)antara lain,
    (BAbi,choNG,juANG)= BANGANG

    pada pendapat aku la… aku pon buat kajian sendiri jugak… kena percaya tu..

    carnivore

    July 9, 2010 at 5:21 pm

  85. encik carnivore dah buat kaji selidik..
    boleh mintak haji ni hehe.

    BAbi,choNG,juANG)= BANGANG

    oh ye ke!

    nasib baik encik carnivore bagitau

    terima kasih hj carnivore

    jolok minda

    July 9, 2010 at 5:47 pm

  86. sama2.. jangan la puji saya lebih2… saya hanya menafsir ikut akal saya… mungkin diorang kurang faham atau tak faham langsung maksud tersebut.. maklum la, orang tersebut mungkin telah menyelewengkan maksud alquran… saya dah dapat haji? terima kasih encik jolok minda.. tak payah la saya pegi mekah tahun ni… duduk depan laptop pon dah bleh buat haji… haji online.. tawaf depan laptop je…

    carnivore

    July 9, 2010 at 6:56 pm

  87. hehehe kalu babi tu suci, bulehla buat nasik goreng babi hari2 utk haji juang and the geng makang wehh
    makan pagi dgn nasik goreng babi, makan mlm pun dgn babi, hari2 babi , lama 2 muka pun jadi babi juga

    ya ya betul2, tawaf pun depan laptop, main pun depan laptop juga eh

    semut api

    July 10, 2010 at 10:40 am

  88. Salam,

    Golongan yang gagal mengawal emosi setelah gagal membawa bukti. Di dunia lagi mereka sudah gagal berhujah sebagai orang yang matang.
    :)

    Juang

    July 10, 2010 at 3:26 pm

  89. Salam semua,
    Hj Carnivore.. encik semut.. dan rakan2
    yg terasa emosi..
    yg terasa sedih..
    yg terguris hatinya.

    Apabila hukum Allah dipersoalkan
    dipermainkan..
    dgn sesuka hati..
    sesedap pendapat sendiri.

    tak cukup jelaskah lagi..
    tahap nyata setinggi mana lagi yg dia mahu.
    bukti kukuh apa lagi????

    khinzir haram di makan.

    kamu tolak hadis…!!
    kamu mempersoalkan Al Quran..!!

    Bagai Yahudi dan sapi betina

    jolokminda

    July 10, 2010 at 11:47 pm

  90. juang sedahsyat itukah keinginanmu untuk makan babi?

    jolokminda

    July 10, 2010 at 11:52 pm

  91. 1 – ayat-ayat Al-Quran di dalam blog ini telah diubah erti dan tafsirannya dengan sesuka hati. tiada rujukan-rujukan dari kitab-kitab tafsir yang dipercayai zaman-berzaman seperti tafsir ibnu Kathir, tafsir At-Thabari dan sebagainya.

    2 – tidak ada sebarang hadith dan syarah dibawakan untuk menerangkan sesuatu perkara, sedangkan hadith merupakan penjelasan kepada sesuatu hal didalam Al-Quran.

    3 – penulis blog ini konon-kononnya mendakwa sedang ‘belajar’ dan ‘berfikir’ tentang ‘perspektif’ nya mengenai islam, akan tetapi sebenarnya penulis dengan sengaja sedang meracun orang ramai dengan doktrin liberal dan anti-hadith dalam memahami dan melaksanakan islam.

    4 – setiap orang, termasuk yang bukan islam, hendaklah menjauhi blog ini kerana penulis mengatakan perihal tentang islam dengan tidak jujur, penuh penipuan dan hasutan untuk memburukkan serta merosakkan islam.

    5 – blog ini telah dilaporkan kepada pihak berwajib untuk diambil tindakan dan diharapkan pihak-pihak yang berkenaan dapat menjalankan tugas mempertahankan kesucian islam dan juga keharmonian rakyat malaysia yang saling menghormati dan memahami antara agama dan bangsa.

    ibnu nabil

    July 18, 2010 at 2:29 am

  92. wal-khanazira pada ayat 5:60 adalah kata jamak atau plural bagi khinzir atau babi.

    bungyamin

    October 8, 2012 at 12:27 pm

  93. Saya setuju dengan ibnu nabil. BANYAK LAGI isu-isu ummah yang lebih berat patut dibincang penyelesaiannya e.g. isu murtad & isu dakwah kepada yang bukan Islam

    Daripada persoalkan babi tu haram atau halal,yang lebih jelas pengharamannya ialah makan daripada sembelihan yg nama Allah tidak disebut. *fikir-fikirkanlah tentang daging ayam ke lembu ke yang kita beli di kedai/pasar tu. Dalam konteks yang dibicarakan babi hanyalah satu jenis haiwan…tak bolehkah kita nilaikan gajah, kelawar, cicak, ulat gonggok? JAKIM Malaysia sendiri letak pengharaman babi & anjing no 2 di bawah haiwan yang tidak disembelih ikut undang-undang syariah (General Guidelines on the Slaughtering of Animals and Their Preparation and Handling of Halal Food, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, First Print 2001, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur, page 4).

    Tolong hati2 dalam mengunakan perkataan ‘busuk’ (=’spoiled’). Tempoyak, budu, cencaluk, kimchi, keju semua makanan yang membusuk (fermented). Kalau ‘busuk’ (=’bad smelling’), bawang putih pun busuk juga.

    Dah sepakat daging babi tu haram. Noktah.

    azura

    May 29, 2013 at 3:31 pm

  94. Salam,

    Berdasarkan Dictionary of the Holy Qur’an, Arabic Words-English Meanings (ClassicalArabic Dictionary Combined) by Abdul Mannan ‘Omar, p.166:

    Khinzir merupakan kombinasi dari 2 kata, yaitu khinz yang berarti busuk (bad) dan ara yang berarti saya lihat/pandang.

    faried

    August 1, 2013 at 10:21 am

  95. Tolokminda:

    “Saya tidak menemui di dalam Al-Quran sebarang haiwan yang dilarang untuk dimakan kecuali ….dan juga yang telah disebut nama selain Allah ketika ia dibunuh/disembelih.”

    KIta telaah ayatnya:

    Wama lakum alla takuloo mimma thukira ismu Allahi AAalayhi waqad fassala lakum ma harrama AAalaykum illa ma idturirtum ilayhi wainna katheeran layudilloona biahwaihim bighayri AAilmin inna rabbaka huwa aAAlamu bialmuAAtadeena

    6:119 (Malay) Mengapa kamu tidak mau memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya. Dan sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar-benar hendak menyesatkan (orang lain) dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang melampaui batas.

    Wala takuloo mimma lam yuthkari ismu Allahi AAalayhi wainnahu lafisqun wainna alshshayateena layoohoona ila awliyaihim liyujadilookum wain ataAAtumoohum innakum lamushrikoona

    6:121 (Malay) “Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan. Sesungguhnya setan itu membisikkan kepada kawan-kawannya agar mereka membantah kamu; dan jika kamu menuruti mereka, sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang-orang yang musyrik.”

    Dalam 6.119 tidak ada teks Arab yang dapat diartikan BINATANG-BINATANG YANG HALAL dan KETIKA MENYEMBELIHNYA.

    Yang ada adalah mimma thukira = dari apa-apa yang telah disebut.

    Demikian pula dalam ayat 6.121 tidak ada teks Arab yang dapat diartikan BINATANG-BINATANG dan KETIKA MENYEMBELIHNYA.

    Yang ada adalah mimma lam yuthkari = dari apa-apa yang tidak disebut.

    Kedua ayat di atas tidak menjelaskan tentang binatang sembelihan, tetapi menjelaskan tentang Alquran yang senantiasa dimulai dengan menyebut nama Allah melalui basmalah, kecuali surah ke-9.

    Ayat 6.119 menegur orang yang tidak mau memakan/mencerna Alquran, dan ayat 6.121 melarang memakan/mencerna apa-apa yang tidak disebut nama Allah atasnya.

    faried

    August 2, 2013 at 6:46 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: