Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Haji dan Umra adalah Penyelidikan dan Pembangunan

with 158 comments

Apakah yang bayangan maksud yang boleh kita tangkap dari perkataan Haji atau Hajah? Saya berpendapat ia adalah hujah. Perkataan haji berkait rapat dengan aktiviti berhujah atau membentangkan sesuatu penemuan atau idea atau cadangan atau apa saja berdasarkan fakta-fakta yang telah diselidik dengan tekun.

Dan selepas mengambilkira maksud konteks yang lebih luas, saya merasakan tafsiran yang paling sesuai dengan perkataan haji adalah penyelidikan. Haji adalah tentang membuat penyelidikan dan hasil penyelidikan perlu dibentangkan kepada umum melalui suatu wadah intelektual (intellectual discourse) untuk dinilai secara terbuka benar salahnya.

Umra pula lahir dari akar huruf yang sama dengan perkataan umur, makmur atau memakmurkan. Oleh itu saya merasakan dalam konteks yang lebih luas dan tepat, perkataan umra adalah tentang membangunkan sesuatu berdasarkan kepada hasil penyelidikan yang telah dibuktikan kebenarannya.

Oleh itu jika kita gabungkan kedua-dua perkataan haji dan umrah, kita adalah dapat satu ungkapan yang biasa kita dengar iaitu penyelidikan dan pembangunan. Dalam bahasa Inggeris –  “research and development” atau singkatannya R & D.

Haji dan umrah tidak ada kena mengena dengan ritual di sekitar Kaabah di Mekah. Sebagaimana yang kita telah selidiki dan bincangkan melalui artikel sebelum ini, maksud sebenar ka’aba adalah buku lali. Jadi kalau ka’aba yang menjadi struktur kunci dalam amalan ritual “haji” dan “umrah” bukanlah ka’aba yang dimaksudkan oleh Tuhan maka ritual “haji” dan “umrah” di Mekah yang kita tahu hari ini secara automatik menjadi tidak lagi valid.

Oleh itu usaha mencari maksud sebenar perkataan haji dan umra merupakan satu tanggungjawab yang tidak boleh kita abaikan. Bagi pihak diri saya, itulah yang saya lakukan dan hasilnya, saya membuat kesimpulan seperti di atas. Haji dan umrah adalah mengenai penyelidikan dan pembangunan.

Satu fakta yang mengujakan, kefahaman baru saya mengenai haji dan umrah (penyelidikan dan pembangunan) telah mempertemukan saya dengan jumlah hari yang Tuhan tetapkan untuk kita berpuasa. Dalam artikel mengenai puasa sebelum ini, saya telah membentangkan puasa bukan mengenai ritual tidak makan dan tidak minum, tetapi ia adalah mengenai menahan diri dari berinteraksi dengan orang lain dalam usaha kita fokus atau khusyuk untuk memahami Al-Quran.

2:183 2:183 Wahai yang percaya telah ditulis ke atas kamu pengecualian diri sebagaimana telah ditulis ke atas orang-orang dari sebelum kamu supaya kamu diberi perhatian.

2:184 Beberapa hari yang ditentukan. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan, tentukan hari lain. Dan ke atas yang berkemampuan tebuslah dengan memberi makan orang-orang miskin dan sesiapa yang membuat kebaikan secara sukarela maka ia lebih baik untuknya. Dan mengecualikan diri lebih baik untuk jika kamu mengetahui.

Ayat di atas tidak menjelaskan berapa jumlah hari di mana kita perlu berpuasa tetapi saya telah menemui jawapannya dalam ayat-ayat yang menyebut tentang haji (membuat penyelidikan). Kita perlu berpuasa, iaitu menahan diri dari berinteraksi dengan orang lain selama 3 hari apabila membuat penyelidikan mengenai ayat-ayat Al-Quran.

Bagaimanapun jika kefahaman kita masih belum mencapai tahap yang memuaskan selepas bertekun membuat penyelidikan dan berpuasa selama tempoh itu, kita perlu memulakan semula penyelidikan dan berpuasa untuk tempoh 7 hari lagi. Dan jika keadaan itu berlaku, tempoh keseluruhan puasa kita akan menjadi 10 hari.

Persoalannya, kenapa kita boleh terlepas pandang perkara yang semudah dan sejelas ini? Kerana tafsiran ulama yang terpesong jauh sehingga menyebabkan amalan haji (membuat penyelidikan) dianggap sebagai satu rantaian amalan ritual mengarut yang perlu dilakukan di sekitar Kaabah di Mekah.

2:196 Dan laksanakanlah penyelidikan dan pembangunan untuk Tuhan maka jika kamu terhalang maka ambil apa saja yang mudah diperolehi dari mana-mana petunjuk dan jangan terlepas pandang asas kamu sehingga petunjuk itu diterimapakai. Maka sesiapa di antara kamu yang tidak berkeupayaan atau kesakitan di kepalanya, maka tebus diri kamu dengan mengecualikan diri atau menyumbang atau merancang. Maka apabila kamu telah pulih maka sesiapa yang mengambil peluang dengan membangunkan penyelidikan maka ambil apa saja yang mudah diperolehi dari mana-mana petunjuk tetapi sesiapa yang tidak menemuinya maka kecualikan diri selama tiga hari ketika dalam penyelidikan dan tujuh apabila kamu kembali. Ia sepuluh hari semuanya. Itu untuk sesiapa yang tiada pihak membentangkan yang telah dipersetujui yang direstui. Dan berilah perhatian kepada Tuhan dan ketahuilah bahawa Tuhan sangat keras sebagai Penghukum.

Sekarang kita tahu, selain bilangan hari berpuasa yang telah ditetapkan, kita juga faham berpuasa itu perlu dilakukan oleh seseorang yang belum kukuh asas kefahamannya terhadap Al-Quran, khususnya dari kalangan mereka yang masyarakatnya belum mengakui ketetapan-ketetapan yang telah Tuhan restui atau dengan kata lain, mereka belum menerima Islam sebagai cara hidup. Proses membuat penyelidikan peringkat awal oleh golongan yang baru mengenal Al-Quran sebenarnya boleh kita katakan sebagai mengerjakan haji.

Selain aktiviti penyelidikan awal, kandungan Al-Quran sebagaimana yang kita tahu memiliki potensi ilmu yang tidak terbatas. Usaha penyelidikan berasaskan ketetapan-ketetapan Tuhan yang terkandung di dalam Al-Quran sentiasa boleh dibuat dari masa ke semasa. Dan Tuhan mahu proses penyelidikan itu dibuka kepada sesiapa saja yang berminat untuk menyertainya.

Saya berpendapat Tuhan sebenarnya suruh kita wujudkan organisasi khusus untuk mentadbir dan menguruskan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam masyarakat kita. Ia boleh jadi organisasi yang diuruskan oleh pemerintah atau pun organisasi bebas yang mempunyai kaliber. Dalam konteks komuniti saintifik moden hari ini, contoh model organisasi yang boleh kita tiru adalah seperti The Royal Society of London atau The National Geographic Society.

Sesiapa saja yang berminat dan berkemampuan boleh mengemukakan hasil penyelidikan mereka untuk dinilai dan dibuktikan kebenarannya secara terbuka. Ia bukan tentang kemampuan kewangan untuk pergi buat ritual “haji” di Mekah. Ia adalah tentang kapasiti intelek untuk bersaing dan bertemu dalam sebuah intellectual discourse yang bersifat terbuka, professional dan tidak bias supaya ilmu Tuhan dapat dibuktikan kebenarannya dan kemudian dapat dibangunkan menjadi ciptaan atau praktis yang berguna untuk kegunaan manusia mahupun alam mereka secara keseluruhannya.

Dan sebab itulah Tuhan ingatkan, dalam membentangkan atau membincangkan penyelidikan kita tidak boleh berkomplot, tidak boleh bertengkar, atau berniat serong. Penilaian dan keputusan mesti berpaksikan kepada kebenaran semata-mata. Sebab itulah juga Tuhan ingatkan supaya kita buat persediaan yang secukupnya.

2:197  Perlaksanaan penyelidikan merupakan manifestasi yang telah diberitahu. Maka sesiapa yang melaksanakan penyelidikan maka jangan berhubungan intim dan jangan menyeleweng dan jangan bergaduh dalam proses penyelidikan dan apa saja yang kamu lakukan dari kebaikan diketahui Tuhan dan buat persediaan sesungguhnya sebaik-baik persediaan adalah pemerhatian. Dan berilah perhatian kepadaKu wahai kamu yang mempunyai kefahaman.

Akhir kata, saya melihat aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang Tuhan mahu kita suburkan dalam masyarakat sebenarnya mempunyai skop yang sangat luas. Sebab itulah apabila umat Islam awal dahulu mula menerima Al-Quran, budaya penyelidikan dan pembangunan melonjak dengan pesat sekali. Mereka mempelopori pelbagai bidang sains, matematik dan lain-lain aspek kemanusiaan. Tamadun Islam subur dan umat islam hidup makmur, berilmu dan selesa.

Bagaimanapun budaya itu lenyap selepas umat Islam menyerap ajaran-ajaran palsu yang mengubah Islam dari satu cara hidup dinamik dan bersifat universal kepada satu cara hidup penuh kepalsuan bertunjangkan amalan-amalan ritual Arab jahiliah, yang pada hakikatnya itulah amalan-amalan yang cuba dibenteras oleh Nabi semasa menyampaikan Al-Quran kepada mereka dulu. Dan akibatnya mesej Tuhan yang jelas seperti 3:97 pun kita tidak berupaya melihat dan memahaminya.

3:97 Di dalamnya tanda-tanda yang jelas, legasi-legasi Ibrahim dan sesiapa memasukinya semua selamat dan untuk Tuhan, ke atas manusia selidikilah sistem. Sesiapa yang mampu untuknya jalan. Dan sesiapa yang menafikan, maka sesungguhnya Tuhan Kaya dari mereka yang berpengetahuan.

Written by tolokminda

January 24, 2010 at 8:05 pm

158 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam….
    Apakah sebenarnya penyelidikan yg.perlu dilakukan
    hanya pada hari2 tertentu sahaja ?.Maka adab penyelidikan,…
    Allah menetapkan manusia supaya tidak berinteraksi
    sesama sendiri selama 3,7 atau 10 hari.

    Allah mencipta 12 bulan dan terdapat 4 bulan yg.
    mengandungi bulan2 dirahmati.

    Melalui kefahaman saudara,…ritual ibadah haji sebenarnya bukanlah sebagaimana dilakukan sekarang,..
    sebaliknya bulan dimaksudkan itu adalah bulan untuk
    mengkaji ilmu Alquran.

    Soalan saya…apakah hanya bulan tertentu saja adab
    mengkaji ilmu dilakukan.Jika demikian bagaimana
    umat islam nak menguasai ilmu.

    Orang2 yahudi tidak melakukan ibadah mengikut bulan
    yg.tertentu,…namun mereka mejadi umat yg.pandai
    dalam pelbagai ilmu.

    Tok Syam

    January 25, 2010 at 12:13 am

  2. Salam Tok Syam,

    Kalau tuan fahamkan betul-betul ayat 2:196 di atas, tuan akan dapati ketetapan Tuhan supaya seseorang berpuasa 3 hari untuk fokus dalam usahanya memahami Al-Quran, dan tambahan 7 hari kalau yang 3 hari pertama itu tidak cukup hanyalah terpakai kepada mereka yang bukan dari komuniti yang telah menerima Islam.

    Dalam ayat itu frasa yang digunakan adalah “Ini adalah untuk mereka yang bukan berada di dalam komuniti yang mengakui ketetapan-ketetapan yang direstui”.

    Kita tengok sekali lagi;

    2:196 (Sebahagian ayat)”…Bagaimanapun bagi sesiapa yang gagal memahaminya – berpuasalah selama 3 hari semasa membuat penyelidikan dan 7 (hari) apabila kamu mula sekali lagi. Itu bermakna 10 (hari) secara keseluruhannya. Ini adalah untuk mereka yang bukan berada di dalam komuniti yang mengakui ketetapan-ketetapan yang direstui…”

    Saya berpendapat membaca dan membuat penyelidikan mengenai Al-Quran sememangnya satu pra-syarat yang amat penting kepada seseorang yang belum terdedah kepada Islam dalam usaha memahami dan menerima kepercayaan barunya.

    Berbeza dengan pandangan para ulama yang mengatakan mengucap 2 kalimah syahadah itu pra-syarat “masuk Islam”, Tuhan nampaknya lebih mengutamakan kefahaman terhadap Al-KitabNya – Al-Quran.

    Bagi sebahagian orang 3 hari yang khusyuk sudah mencukupi untuk mempercayai kebenaran Al-Quran dan sebahagian lagi mungkin memerlukan 10 hari. Tuan kena ingat ini adalah kenyataan dari Tuhan sendiri, jadi kalau kita benar-benar ikhas melaksanakan ketetapanNya, ia pastilah berkesan.

    Bagaimanapun saya berpendapat matlamat kefahaman awal ini adalah lebih kepada melahirkan kepercayaan dan keyakinan tentang mukjizat Al-Quran dan seterusnya penerimaan kepada Islam sebagai satu cara hidup. Bagaimanapun penyelidikan berkaitan dengan ilmu-ilmu lain yang dihamparkan di dalam Kitab itu perlu diteruskan pada setiap masa.

    Kita mesti dapat bezakan di antara penyelidikan mereka yang baru mengenal Al-Quran dengan aktiviti penyelidikan yang dilaksanakan oleh umat yang telah sedia menerima Al-Quran.

    Tentang “4 bulan yang dirahmati itu”, jika tuan baca betul-betul konteks ayatnya, ia adalah berkenaan “cooling-off period” atau tempoh gencatan senjata dalam peperangan dan tidak ada kena-mengena dengan tempoh membuat penyelidikan dan pembangunan.

    Dalam 2:197 bulan-bulan yang dimaklumkan itu merujuk kepada tarikh di mana pembentangan sesuatu penyelidikan akan diadakan supaya mereka yang berminat boleh mengikutinya.

    tolokminda

    January 25, 2010 at 6:39 am

  3. Salam Tolokminda

    Sy mahu bertanya tentang terjemahan perkataan “Haji” atau “Hajj” (akar kata HJJ) bagaimana anda boleh memahamkannya sebagai “penyelidikan”??? Dan juga bagaimana anda boleh memahamkan kata “al-Masjid al-Haram” pada ayat 2:196 sebagai “ketetapan-ketetapan yang direstui”??

    Harap jgn salah anggap dgn soklan sy ni krn bertujan utk belajar…

    Jebon

    January 25, 2010 at 8:53 am

  4. Salam….
    Seandainya Tolokminda mempunyai keyakinan terhadap
    pemahamannya maka begitu juga nabi Muhammad saw.yg.
    telah terpilih menerima ilmu Alquran lebih dipercayai.

    Hal2 mengenai retual2 ibadah yg.mana sesetengah
    gulongan manusia memikirkan sebagai suatu tradisi purba
    zaman jahiliah adalah suatu kefahaman lahiriah.

    Apa yg.saya lihat sudut pemikiran Tolokminda bukanlah
    soal terjemahan,…sebaliknya ingin menafikan bentuk2
    komitment yg.tak masuk akal.

    Kerana kajian anda juga adalah berdasarkan amalan2
    yg.pernah dilakukan oleh umat ketika jahil dahulu…..
    mempunyai persamaan dengan apa yg.dilakukan sekarang.

    Dalam mempejalari ilmu alquran,…akal hanya memahami
    mesej2 ayat terjemahan.Sekiranya kita tidak melakukan
    adab2 khusus….ilmu alquran akan difahami melalui
    persepsi akal semata mata.

    Allah telah menyatakan bahawa DIA yg.akan memberi
    petrunjuk kepada yg.layak.

    Maka disini mungkin juga Tolokminda merasakan termasuk
    orang2 yg.diberi petunjuk.Demikian juga pihak lain
    yg.membuat pemahaman lain,…juga akan berkata
    demikian.

    Tok Syam

    January 25, 2010 at 12:34 pm

  5. Salam…
    Dalam hal mengubah makna yg.sedia ada kepada
    pemahaman yg.diyakini lebih benar bukanlah suatu
    proses yg.ringkas.

    Keterangan dan sokongan2 yg.kukuh tentang apa yg.anda
    ingin bawa perlu diperjelaskan untuk semua orang
    menyokong hasil kajian anda…..jika benar anda ingin
    memperjuangkan kebenaran demi keselamatan umat islam.

    Para ilmuan dalam apa jua kajian perlu melalui proses2
    tersebut.Ia bukanlah hanya sebagai kenyataan
    mengikut rasa2 dan dugaan.

    Demikianlah terjadinya pemahaman2 dalam kitab injil
    yg.telah diperbaharui dengan fahaman2 baru.
    Seandainya Allah tidak memberkati amalan HAJI yg.
    ada sekarang,….maka pohonlah kepada ALlah agar
    ia menyedarkan manusia bahawa perbuatan itu salah.

    Tok Syam

    January 25, 2010 at 12:43 pm

  6. AlBaqarah
    [141]
    Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan.
    [142]
    Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: “Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah – (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus”.
    [143]
    Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
    [144]
    Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.
    [145]
    Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim.

    Tok Syam

    January 25, 2010 at 1:14 pm

  7. Salam,

    Kalau kita renungkan, amalan menyembah patung yang cuba dibenteras ketika zaman Nabi Ibrahim pun masih wujud sehingga ke hari ini. Ini menunjukkan seorang Nabi pun tidak mampu menyedarkan manusia lain walaupun dia menginginkan manusia beriman. Semuanya terletak dalam diri masing-masing.

    Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sesiapa yang ingin mencari kebenaran agar jiwanya berpegang bukti2 yang nyata, jelas, kukuh tanpa perlu perantaraan nama2 manusia terdahulu, pasti Allah akan dorongkan hatinya berpegang pada bukti2 yang jelas.

    Hati manusia tidak akan kuat jika tidak ada bukti sandaran. Apa yang saya nampak, saudara tolokminda berusaha memahami Al Quran dalam kontek yang praktikal, realistik dan ada bukti2 depan mata. Itulah cara para Rasul terdahulu berpegang kepada kebenaran.

    Penyelidikan adalah proses manusia mengumpul ilmu. Bila dada penuh dengan ilmu, barulah mudah nak bangunkan sesuatu perkara.

    Hidup dalam R&D memang menyeronokkan. Walaupun ketika menyelidik itu rasa kepala bagai nak pecah memikirkan persoalan2 yang bermain di minda, tetapi selepas sesuatu jawapan itu diketahui, rasa kepuasan yang tidak terhingga.

    Orang yang benar2 minat dalam R&D sudah tidak mementingkan wang. Yang pentingnya kepuasan. Keseronokan berR&D itu melupakan keserabutan duniawi.

    Juang

    January 26, 2010 at 3:51 pm

  8. salam….
    Penyelidikan dan kajian adalah bidang2 ilmu dan tuntutlah sejauh mana termampu.
    Alquran dan kitab2 hanyalah sejarah yg.memberi
    pengajaran dan peringatan.

    Usahkan nabi2 yg.tak mampu sedangkan mereka juga
    menggunakan arahan perintah tuhan dari kitabnya…
    Alquran yg.dikaji tanpa petunjuk Allah juga tak
    mendatangkan apa hasil.

    Kalau dikumpulkan seluruh peringatan ilmu kitab,…
    yang perlu difahami hanyalah 7 rangkap.

    Jika benar nak buat R&D,….mari bincangkan surah
    AL FATIHAH tu.
    Apakah yg.anda faham dari kenyataan yg.dah cukup
    jelas.

    Tok Syam

    January 26, 2010 at 10:46 pm

  9. Bagaimana kalau saya katakan ayat HAJI menurut fahaman saya adalah berkaitan HUJAH?

    Puteri

    January 27, 2010 at 1:03 am

  10. Salam Tok Syam,

    Kalau semua benda yang Tuhan nak sampaikan cukup sekadar 7 rangkap, Dia tentu telah turunkan Al-Quran sekadar 7 rangkap. Tapi itu tidak berlaku. Jadi bacalah Al-Quran secara keseluruhannya sebagaimana ia patut dibaca. Tapi kalau tuan nak baca 7 rangkap saja, saya tak boleh buat apa-apa. Terpulang kepada diri tuan sendiri.

    Terima kasih.

    tolokminda

    January 27, 2010 at 1:14 am

  11. Salam Puteri,

    Saya setuju, haji mempunyai dasar maksud hujah. Saya telah mengemukakannya dalam perenggan pertama artikel saya di atas. Bagaimanapun sebelum kita boleh berhujah dengan baik dan menampilkan faka-fakta yang kukuh, kita perlu membuat penyelidikan terlebih dulu.

    Ibnu Sina membuat penyelidikan sebelum berhujah melalui buku-buku sains perubatannya. Al-Khawarizmi membuat penyelidikan sebelum mengemukakan hujah-hujah matematiknya. Begitu juga dengan Newton, Einstein dan sebagainya. Mereka semua membuat penyelidikan sebelum mengemukakan hujah masing-masing.

    Sebab itulah saya percaya Hajj membawa maksud penyelidikan, iaitu intipati kepada sesuatu hujah atau teori sebelum ia diterima sebagai benar dan sahih selepas melalui proses penilaian dan pembuktian secara umum yang objektif dan terbuka.

    Orang-orang yang membuat penyelidikan dan menampilkan hujah-hujah atau teori-teori mereka inilah yang sepatutnya mendapat gelaran haji. Bukan orang yang pergi ke Mekah dan melakukan amalan-amalan lapuk mempersekutukan Tuhan.

    tolokminda

    January 27, 2010 at 1:22 am

  12. Insyaallah saya akan bentangkan pemahaman saya berkaitan HUJAH yang sedikit berbeza dari yang saudara tolokminda fahami. Saya fahamkan ayat2 HUJAH itu menjelaskan akan tatacara berhujah dan denda bagi yang bersalah.

    Sekarang ni masa agak suntuk untuk saya huraikan di sini.. Insyaallah saya akan bentangkan dalam blog saya nanti.

    Puteri

    January 27, 2010 at 3:03 am

  13. Salam Puteri,

    Sudah tentu saya akan menunggu dengan penuh minat perspektif puan mengenai Hajj.

    Terima kasih.

    tolokminda

    January 27, 2010 at 3:17 am

  14. Salam,

    Dalam dunia penyelidikan hari ini, para penyelidik akan membentangkan hasil penyelidikan mereka dengan hujah-hujah. Ada seminar dan perbentangan sesuatu hasil penyelidikan.

    Blog saudara tolokminda itu umpama tempat perbentangan hujah mengenai sesuatu ayat2 Al Quran.

    Bagi yang mempunyai hujah yang lebih kuat, bolehlah bawa hasil penyelidikan masing2.

    Dalam Al Quran ada mencabar orang2 kafir agar membawa surah2 seumpama Al Quran jika mereka orang2 yang benar. Orang2 kafir hakikatnya tidak mempunyai hujah dalam mempertahankan pegangan mereka. Sebab itulah bila pegangan mereka dicabar dengan hujah yang lebih kuat daripada para Rasul mereka, orang2 kafir itu hanya mampu berkata “inilah sihir yang nyata”.

    Jadi sebagai seorang yang beriman, kita sepatutnya hidup berpegang pada hujah2 yang kukuh. Barulah keyakinan menjadi mantap.

    Juang

    January 27, 2010 at 4:01 am

  15. Salam,

    Boleh tak kita gantikan maksud haji dalam ayat di bawah dengan penyelidikan?

    2:158. Safa dan Marwa adalah antara tanda-tanda Allah, maka sesiapa melakukan haji di Rumah(baitullah), atau berkunjung (umrah), tidaklah bersalah ke atasnya untuk bertawaf antara keduanya; dan sesiapa mengerjakan kebaikan dengan sukarela, maka sesungguhnya Allah Mensyukuri (Berterima Kasih), Mengetahui.

    Penulis

    January 27, 2010 at 6:00 am

  16. Salam Juang,

    Memang benar. Para penyelidik umpama pembekal biji benih. Dan yang membangunkan sesuatu dari hasil penyelidikan umpama mereka yang menanam biji benih itu supaya ia hidup subur dan berguna kepada manusia.

    Seperti sains dan teknologi. Sains adalah mengenai penyelidikan dan teknologi adalah manifestasi ilmu yang berjaya dibuktikan. Tuhan menyuruh kita memiliki kedua-dua keupayaan ini untuk menjadi khalifah yang berjaya di atas muka bumi.

    tolokminda

    January 27, 2010 at 8:56 am

  17. Salam Penulis,

    Mengenai 2:158. Saya kemukakan dari ayat 115 supaya konteks ayat dapat dilihat dengan jelas.

    2:115 Dan sesungguhnya kami pasti akan menguji kamu dengan sesuatu dari kebimbangan dan kelaparan dan kekurangan dari kekayaan, dan yang hidup dan bijian. Berikan berita baik kepada sesiapa yang berpegang kepada ketabahan.

    2:156 Mereka yang sebaik saja mengalami apa-apa kepayahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah untuk Tuhan dan sesungguhnya kami akan pulang kepadaNya.

    2:157 Merekalah yang memikul komitmen-komitmen dari Tuhan mereka dan belas kasihan, dan merekalah yang akan menerima petunjuk.

    2:158 Sesungguhnya proses penelitian yang menjerihkan (Safa – diffussion) dan tekanan jiwa dan raga (Marwah – anguish) adalah dari ketetapan Tuhan. Oleh itu, sesiapa yang menyelidiki sistem (alam Tuhan) atau jika mereka benar-benar berkesan maka tiada salah ke atas mereka membiasakan diri (tawaf) dengan kedua-duanya – dan sesiapa yang berbuat kebaikan secara sukarela maka Tuhan tentulah sangat menghargainya dengan pengetahuan penuh.

    Jelas sekali konteks ayat dengan dunia penyelidikan. Safa bermaksud proses “difussion”. Seseorang penyelidik pasti biasa dengan perkataan ini. Ia merujuk kepada proses penyemakan yang panjang dan menjerihkan dalam usaha menentukan sesuatu keputusan dalam sesuatu penyelidikan. Dan bersama-sama proses ini tentulah kita akan merasai “anguish” (marwah) atau tekanan zahir mahupun batin.

    Hanya kerana orang Arab menamakan 2 bukit sebagai Safa dan Marwah untuk disesuaikan dengan kepercayaan mereka tidak semestinya kita terus ikut sama. Kalau betullah berjoging di antara 2 bukit sambil niat dan membaca mentera tertentu boleh mendapat approval dari Tuhan, kenapa perlu buat di Mekah? Kenapa tak joging dari Bukit Jalil ke Bukit Beruntung saja? Apa bezanya bukit-bukit di Mekah dengan bukit-bukit di Malaysia?

    Sebenarnya Al-Quran membawa prinsip-prinsip dan nilai-nilai universal. Tidak ada ritual tertentu yang perlu dirujuk kepada sesuatu tempat, bangsa, zaman atau budaya sesuatu kaum.

    tolokminda

    January 27, 2010 at 9:08 am

  18. Salam,

    Saya tertarik dengan penghuraian ayat 2:158. Memang benar, kalau kita buat sesuatu penyelidikan, terasa meletihkan dan menjerihkan. Jiwa tertekan nak cari jawapan. Tetapi semua sebenarnya mengajar erti kesabaran dan kekentalan jiwa. Kita jadi tidak mudah berputus asa. Akal kita sentiasa berusaha untuk mencari jawapan2 yang merungkai sesuatu persoalan. Bila jawapan ditemui, hati rasa puas dan tenang sebab kita sudah ada bukti sandaran yang kukuh.

    Sukerala memikirkan rahsia2 alam sudah tentu besar ganjarannya. Ia tidak mungkin dapat dilakukan jika manusia itu bekerja hanya kerana mengejar duit. Allah sediakan nikmat kepuasan kepada para penyelidik kerana pengorbanan mereka dari segi masa dan tenaga.

    Ketika orang lain hidup malas berfikir, para penyelidik itulah yang sentiasa mencari jawapan yang diperlukan dalam penyelidikannya itu.

    Sesebuah masyarakat akan membangun jika ramai penyelidik dalam pelbagai bidang.

    Umat Islam kena kembali melahirkan ramai penyelidik seperti zaman kegemilang dahulu.

    Juang

    January 27, 2010 at 10:40 am

  19. Salam,

    Islam adalah cara hidup yang universal. Sudah pasti ia tidak mungkin terikat pada tempat, bangsa atau bahasa tertentu.

    Mana mungkin kita sembah Allah terbatas pada tempat, perbuatan sesuatu bangsa atau bahasanya? Bukankah yang mempelbagaikan tempat, keturunan atau bahasa itu pun Allah yang melakukannya.

    Jika kita faham konsep asas ini, ayat2 Al Quran mudah difahami.

    Juang

    January 27, 2010 at 10:51 am

  20. salam…
    Jika perkataannya Hajji ia lebih hampir pada makna
    HAJAT.Hajat mengerjakan suatu amal khusus.
    Kalau berhujah,bertengkar….bacaannya tak le HAJJI.
    tapi HAJ JAHU…

    Tok Syam

    January 27, 2010 at 10:55 am

  21. Salam…
    Jika ayat2 yg.berkaitan menuntut ilmu,mengajar ilmu,
    pendidikan ilmu,…kebanyakannya akan menghubungkan
    perkataan ILMU…(AIN LAM & MIM)

    Tok Syam

    January 27, 2010 at 11:17 am

  22. Salam,
    Terima kasih tolokminda, perkara yang sama telah diucapkan oleh bapa saya tentang haji. Saya heran kerana dia juga tak memahami quran yang dibacanya, setakat melagukan sahaja. Tetapi mindanya hampir menyamai apa yang tolok minda katakan. Bila saya suruhnya ke mekah, dia tak mahu, katanya, buat apa membazirkan duit, buat makan lagi bagus.

    Penulis

    January 27, 2010 at 2:59 pm

  23. Salam,

    Jika perkataan Hajji itu lebih hampir kepada HAJAT, maka ia juga luas pengertiannya. Selalunya perkataan hajat dikaitkan dengan cita-cita yang murni. Umpama kedatangan rombongan meminang dengan hajat untuk menyunting anak perempuan.

    Keinginan menyelidiki sesuatu hakikat kemudiannya menyampaikan kepada umum juga boleh diertikan sebagai HAJAT. Kalau manusia itu tidak berhajat nak cari kebenaran dan menyampaikannya, dia tidak akan berusaha melakukannya.

    Jadi, usaha saudara tolokminda meluangkan masa menyelidik isi kandung Al Quran mengikut dimensi yang lebih hampir kepada keuniversalan dan fitrah dan kemudiannya menyampaikan kepada umum juga boleh dikatakan HAJAT.

    Namun yang taksub dengan ajaran tradisi pasti hanya nak bertengkar sahaja bila berbeza pendapat. Sebab itulah bab agama ini dianggap perkara sensitif bagi orang2 yang tidak matang mindanya (tidak boleh terima perbezaan pendapat).

    Juang

    January 30, 2010 at 4:21 am

  24. Mengikut bahasa Arab dalam Al Quran perkataan “Hajji” berasal dari akar dua akar perkataan iaitu “HJ’ atau “Haj-ja”. Akar Perkataan ini mempunya derivatives lain seperti “Haj-ji” atau “Haj-ju” atau Huj-jah” atau “Tahaj-ja” yang digunakan dalam ayat-ayat Al Quran.

    Perkataan ini digunakan pada Nabi Ibrahim apabila ada orang yang “MENCABAR” beliau untuk membuktikan kebesaran Allah dalam Sura 2:258:

    “Apakah tidak kamu memperhatikan kepada orang yang “Mencabar” Ibrahim (HAJ-JA IBRAHIM)tentang Tuhannya….”

    Haj-ji atau Haj-ja atau Haj-ju yang digunakan dalam Al Quran tidak sedikit pun ada kaitan dengan perkerjaan melakukan “Haji” di Mekah. Maksud sebenar digunakan dalam Al Quran hanya berkaitan dengan “Cabaran” atau “Berhujah” atau “argue”.

    “Umrah” berasal dari akar perkataan ‘Amr yang kemudiannya boleh menghasil derivatives yang lain seperti ‘umur atau ‘Amara atau Ya’muru atau ‘Umra-ata atau Ma’mur (kesemuanya terdapat dalam Al Quran). Maksud asas dari akar perkataan ini ialah tentang “Hayat atau Hidupan” yang terdapat dalam ayat 15:72.

    Apabila mana-mana perkataan derivatives ini perlu diterjemahkan – maksud asas yang ada kaitan dengan “kehidupan” dari akar perkataan ini tidak boleh diubah atau disingkirkan daripadanya – seperti ‘Umur. Atau ma’mur yang memberi penghidupan kepasa sesuatu. Bagitu juga dengan perkataan ‘Umrah.
    Kesemua perkataan yang berasal dari akar perkataan ini yang digunakan dalam Al Quran tidak ada kena mengena dengan apa-apa perjalanan untuk melakukan ibadah agama.

    Amalan agama menunaikan “Haji” atau “‘Umrah” yang dilakukan di Mekah adalah satu lagi pendustaan yang diadakan terhadap Allah.

    “Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang “MENGADA-ADAKAN DUSTA” terhadap Allah atau mendustakan ayat-ayat Kami sambil menyombongkan diri daripadanya?… (7:37)

    Apabila Allah tidak menyuruh kita melakukan ibadat Haji dan ‘Umrah di Mekah dalam KitabNya – siapakah yang telah mengada-adakan “DUSTA” terhadap Allah?
    Apakah orang yang telaha mengada-adakan “Dusta” ini akan membela kita dihari akhirat kelak?

    “Itulah harinya apabila seseorang itu akan lari dari saudara-maranya, dari ibu bapanya – dari isteri dan anak-anaknya. Setiap individu pada hari itu terlalu sibuk mengurus dirinya sendiri” (80:30-37)

    Gunumaro

    February 1, 2010 at 3:42 am

  25. sila ke blog Puteri jika berminat membantu Puteri dalam kefahaman perkara berkaitan.

    Puteri

    February 1, 2010 at 4:23 am

  26. Salam Gunumaro,

    Argumentasi seperti yg sdr kemukakan inilah yg sy mahu, iaitu etimologi akar2 kata… pertanyaan sy tuh adalah utk belajar… tetapi nampaknya sdr tolokminda tidak menjawab persoalan sy diatas sebagaimana sdr…

    Terima kasih…

    Jebon

    February 1, 2010 at 4:33 am

  27. Salam Gunumaro,

    Jadi, benarlah maksud Haji dan Umrah itu boleh diertikan juga sebagai penyelidikan dan pembangunan seperti yang saudara tolokminda cadangkan?

    Saya lihat nilai R&D itu lebih besar ke arah kehidupan daripada perbuatan amalan ibadat ritual agama yang disogokkkan kepada kita dari kecil itu.

    Nak berR&D bukannya kerja yang mudah. Memerlukan kesabaran dan ketekunan. Orang yang sibuk dengan aktiviti berR&D, bila masa dia nak hidup melepak2 membuang masa?

    Juang

    February 1, 2010 at 5:35 am

  28. Salam Jebon. Membuat kajian tentang kandungan Al Quran bukanlah satu perkara yang mudah – tetapi ianya boleh jadi senang sekiranya kita tahu bagaimana mengkajinya – terutama sekali kebanyakan kita boleh membaca jawi dan kenal abjad-abjadnya. Masalah yang timbul bukannya tentang senang atau susah tetapi “Hati Kita”.

    Pertama sekali, seseorang itu harus mempunyai keikhlasan yang benar-benar suci dengan Allah (bukan dengan mana-mana manusia lain) untuk mencari jalanNya yang sebenarnya.

    Kedua, dia berani dan sanggup membebaskan dirinya daripada belenggu-belenggu kepercayaan agama yang dia warisi dari kecil yang menjadi kepercayaannya yang diajar oleh ibu bapa dan tok-tok gurunya. Kebanyakan manusia tidak sanggup melakukan perkara ini.

    Ketiga, dia sanggup disisih oleh masyarakat sambil itu dia sendiri berani menyisih mereka dan suadara mara sendiri sepertimana yang disebut dalam Al Quran sura 58 ayat 22. Yang boleh menentukan sikap atau pendirian-pendirian ini hanya Allah sahaja sebab pendirian yang kita ambil ada kena mengena dengan urusan diantara kita dengan Allah secara terus atau “direct”. Maka, hanya Allah sahajalah yang boleh menentukan samada kita layak atau tidak mendapat petunukNya – dan tiada siapa yang boleh menentukannya melainkan Dia.

    Orang-orang yang layak diberi petunjuk mereka berada dalam kategori Surah Baqarah ayat 2 hingga 6. Kebanyakan orang dalam golongan ini apabila mereka membaca Al Quran mereka mudah faham sehingga mereka boleh ingat sura dan ayat-ayat dalam Al Quran apabila mereka berbincang tentang Al Quran walaupun mereka tidak faham bahasa Arab. Mereka akan cinta kepada Al Quran dan tidak jemu membacanya.

    Orang-orang yang tidak layak mendapat petunjuk mereka dikategorikan dalam Surah yang sama dalam ayat 6 hingga 7. Mereka mempunyai masalah dengan Allah dan tidak perlulah kita cuba meyakinkan mereka tentang apa yang ada dalam Al Quran.

    Golongan yang paling keji sekali adalah mereka yang mengaku diri mereka percaya kepada Allah, sembahyang bertunggang tonggek hari-hari, sambil itu mereka percaya dan mentaati ajaran-ajaran selain dari ajaran Allah. Golongan ini diceritakan oleh Allah dalam surah yang sama dari ayat 8 hingga 14.

    Saya harap tiada siapa dalam forum ini mengambil sikap menyalahkan tolokminda apabila mereka tidak berpuas hati dengan keterangan beliau. Saya percaya tujuan kita semua disini ialah untuk mencari jalan Allah yang sebenarnya. Kita minta semua orang cuba berfikir sendiri sambil mencari jawapannya dalam Al Quran dan berkongsi pendapat. Al Quran mengajar kita supaya kita mengubah mentaliti kita dari seorang Pak Turuk kepada orang-orang yang boleh berfikir sendiri sehingga kita boleh jadi “Ulil Albab” – bukan ulamak agama.

    OK balik kepada bab “Haji”. Saya minta semua pembaca Al Quran beri pendapat mereka tentang perkataan “Haj-ji Akhbar” dalam sura 9 ayat 3. Saya cadangkan kita mula baca dari ayat 1 sehingga ayat 5 kemudian beri pandangan masing-masing maksud perkataan ini yang paling logik.

    Gunumaro

    February 1, 2010 at 7:47 pm

  29. Salam Gunumaro,

    Pendapat saya mengenai 9:3.

    9:3 “Dan satu makluman dari Allah dan utusanNya kepada manusia pada hari penyelidikan yang lebih besar bahawa Allah dan utusanNya adalah bebas dari penyembah-penyembah berhala; maka itu jika kamu bertaubat, ia adalah lebih baik untuk kamu, dan jika kamu berpaling kembali, kamu sedia tahu bahawa kamu tidak akan melemahkan Allah; dan maklumkanlah hukuman yang menyakitkan kepada mereka yang tidak mahu percaya”.

    Saya berpendapat, Tuhan sebenarnya telah menetapkan supaya kita membuat penyelidikan awal terhadap Al-Quran sebelum (pada hakikatnya) kita dapat menerima kebenaran Kitab itu. Menurut Tuhan kita mampu mendapat atau memahami bukti-bukti bahawa Al-Quran itu memang sebuah Kitab yang benar-benar datang dariNya jika kita beri tumpuan penuh (berpuasa) selama 3 hari menyelidikinya.

    Bagaimanapun jika kita masih tidak dapat memahami bukti-bukti kesahihan Al-Quran dalam tempoh itu, Tuhan suruh kita ulang penyelidikan kita sekali lagi. Bagi percubaan kali kedua kita disuruh beri tumpuan selama 7 hari. Maka selepas lengkap 10 hari, jika kita lakukan dengan betul, sabar dan tekun, saya percaya kata Allah bahawa kita akan dapat melihat dengan jelas jawapan yang kita cari-cari.

    Kepercayaan saya ini adalah bersandarkan kepada 2:196.

    2:196 “Dan lakukan penyelidikan (alhajja) dan pembangunan (waalAAumrata) untuk Allah. Dan jika kamu kurang kemampuan, mulakan dari mana-mana bukti yang mudah dan jangan terlepas yang asas sehinggalah ia terbukti kesahihannya. Maka jika sesiapa dari kamu tidak berkeupayaan atau tidak tersusun pengetahuan asasnya maka perkukuhkan diri kamu dengan melakukan puasa, atau membuat sumbangan atau pengorbanan diri. Maka, sebaik saja kamu pasti; kepada yang seronok membangunkan hasil penyelidikan; maka mulakan dari mana-mana bukti (hasil penyelidikan) yang mudah. Bagaimanapun bagi sesiapa yang gagal memahaminya – berpuasalah selama 3 hari semasa membuat penyelidikan dan 7 (hari) apabila kamu mula sekali lagi. Itu bermakna 10 (hari) secara keseluruhannya. Ini adalah untuk mereka yang bukan berada di dalam komuniti yang mengakui ketetapan-ketetapan yang direstui. Dan patuhi Tuhan dan kamu akan tahu bahawa sesungguhnya Tuhan sangat berat hukumanNya”.

    Di mana dalam bahagian yang saya boldkan, Tuhan memberitahu kita dengan jelas kepada siapa ketetapan supaya menyelidik Al-Quran dalam keadaan berpuasa (mengasingkan diri dan bertekun membuat penyelidikan) itu ditujukan. Tuhan kata “Ini adalah untuk mereka yang bukan berada di dalam komuniti yang mengakui ketetapan-ketetapan yang direstui”.

    Maknanya Tuhan suruh sesiapa yang belum menerima dan mengakui ketetapan-ketetapan yang direstuiNya, atau dengan kata lain belum mengetahui bagaimanakah cara hidup yang Tuhan mahu mereka praktikkan di dunia ini atau dalam bahasa pasarnya “belum masuk Islam”, maka berilah masa kepada diri sendiri untuk menyelidik Al-Quran mengikut tatacara dan tempoh-tempoh yang telah Tuhan tetapkan.

    Oleh itu jika kita ada kawan bukan Islam yang berminat untuk mempelajari Islam, suruhlah mereka melakukan ketetapan Tuhan ini. Begitu juga kalau kita sendiri pun masih teraba-raba dalam perkara yang sama, maka kita juga perlu melaksanakan komitmen yang diajar oleh Tuhan itu.

    Ini adalah hajj atau penyelidikan awal iaitu penyelidikan kecil yang bertujuan supaya kita memahami Tuhan dan menerima Kitab-KitabNya, dan rasul-rasulNya, dan para malaikat dan hari akhirat. Menjadikan kita dalam golongan orang yang percaya.

    Bagaimanapun selepas itu peluang dan ruang untuk membuat penyelidikan seterusnya, penyelidikan yang lebih besar dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu adalah terbuka luas untuk kita lakukan. Semua penyelidikan yang lebih besar ini akan membawa pula bukti-bukti yang lebih besar tentang kebenaran Tuhan.

    Maka melalui perkembangan pengetahuan yang banyak, kita pasti akan mencapai satu kedudukan di mana kita tidak akan lagi sangsi tentang kedudukan Tuhan berbanding dengan kedudukan diri kita sebagai hambaNya.

    Dan kita akan melihat dengan jelas bahawa amalan-amalan golongan penyekutu Tuhan hanyalah amalan-amalan palsu dan sia-sia semata-mata.

    Jadi bertaubatlah jika kita baru saja sedar tentang makluman yang terdapat dalam 9:3 ini. Makluman yang menyatakan bahawa Tuhan dan Nabi sendiri berlepas diri dari golongan berkenaan. Dan jika kita sudah maklum, adakah kita akan kembali menyekutukan Tuhan sedangkan kita sendiri tahu kita tidak akan sekali-kali mampu melemahkan Tuhan?

    Inilah kefahaman saya terhadap 9:3.

    9:3 “Dan satu makluman dari Allah dan utusanNya kepada manusia pada hari penyelidikan yang lebih besar bahawa Allah dan utusanNya adalah bebas dari penyembah-penyembah berhala; maka itu jika kamu bertaubat, ia adalah lebih baik untuk kamu, dan jika kamu berpaling kembali, kamu sedia tahu bahawa kamu tidak akan melemahkan Allah; dan maklumkanlah hukuman yang menyakitkan kepada mereka yang tidak mahu percaya”.

    Sedikit tentang Nabi Ibrahim. Selepas seseorang mencabar Ibrahim tentang Tuhannya, apakah yang telah Ibrahim lakukan? Tentulah dia menyelidik tentang Tuhannya sehingga memperolehi keyakinan teguh buat dirinya sendiri. Sebab itulah Tuhan menyuruh kita mencontohi beliau. Kalau kita nak tahu tentang Tuhan, kita kenalah buat penyelidikan, bermula dengan Al-Quran.

    tolokminda

    February 2, 2010 at 5:28 am

  30. salam tolikminda .

    penyelidikan tentang apa? kalau nak selidik sampai faham kandungan al quran mungkin tak tercapai dalam masa 3 atau 7 hari . dan pula ia menjadi seperti arahan yg tetap sebagaimana komtmen . dari mana contohnya penyelidikan yg hendak kita lakukan . kalau penyelidikan secara umum ia merupakan satu konsep bagaimana kita harus merencanakan kehidupan kita . seperti ada pengkususan tertentu dalam melakukan sesuatu amalan kehidupan .

    slipar

    February 2, 2010 at 5:46 am

  31. Salam Slipar,

    Menyelidiki yang asas, yang mudah dulu. Yang dapat membantu kita percaya kepada Tuhan, kepada malaikat, kepada Kitab, kepada rasul dan kepada hari akhirat. Ini semua adalah asas kepada kepercayaan kita kepada Tuhan. Lihat Tuhan mengajar bagaimana kita harus memulakan penyelidikan kita dalam ayat-ayat yang saya boldkan;

    2:196 “Dan lakukan penyelidikan (alhajja) dan pembangunan (waalAAumrata) untuk Allah. Dan jika kamu kurang kemampuan, mulakan dari mana-mana bukti yang mudah dan jangan terlepas yang asas sehinggalah ia terbukti kesahihannya. Maka jika sesiapa dari kamu tidak berkeupayaan atau tidak tersusun pengetahuan asasnya maka perkukuhkan diri kamu dengan melakukan puasa, atau membuat sumbangan atau pengorbanan diri. Maka, sebaik saja kamu pasti; kepada yang seronok membangunkan hasil penyelidikan; maka mulakan dari mana-mana bukti (hasil penyelidikan) yang mudah. Bagaimanapun bagi sesiapa yang gagal memahaminya – berpuasalah selama 3 hari semasa membuat penyelidikan dan 7 (hari) apabila kamu mula sekali lagi. Itu bermakna 10 (hari) secara keseluruhannya.

    Saya pasti kita boleh ambil masa lebih lama jika 3 atau 7 hari tidak cukup untuk kita memahami yang asas untuk menjadi sebahagian dari golongan orang yang percaya. Tetapi tuan kena ingat 3 dan 7 hari itu bukan saya yang kata, tapi Tuhan yang kata. Mungkin kita semua patut mencubanya?

    tolokminda

    February 2, 2010 at 5:57 am

  32. Jika tuan slipar perhatikan betul-betul, bukan semua orang pun perlu melalui proses berpuasa 3 atau 7 hari. Hanya orang yang Tuhan kata;

    “…Maka jika sesiapa dari kamu tidak berkeupayaan atau tidak tersusun pengetahuan asasnya maka perkukuhkan diri kamu dengan melakukan puasa, atau membuat sumbangan atau pengorbanan diri”.

    tolokminda

    February 2, 2010 at 6:09 am

  33. Salam….
    Cuba beri satu gambaran sebenarnya,…apakah amalan2
    dimaksudkan haji yg.hanya perlu pada bulan2 tertentu.

    Apakah pengajian dimaksudkan… ianya hanya ditetapkan
    di Makkah dan apa kaitan perbuatan2 rukun haji yg.lain.

    Apakah sunat atau diwajibkan sebagaimana sedia ada..?

    Tok Syam

    February 2, 2010 at 6:29 am

  34. Salam Tok Syam,

    Selepas satu artikel dan 32 komen, tuan bertanya soalan seperti itu? Saya tak terkata…

    tolokminda

    February 2, 2010 at 6:50 am

  35. penyelidikan dan pembangunan minda kalau kita rujuk tamadun keilmuan islam terbantut apabiala kalangan falsafah mula memainkan perananya dalam menafsirkan islam terutamanya al ghajali , al arabi dan lain2 dan menyesatkan pemikiran kreatif ibnu rusd , al jabr dan lain2 saintis islam yg cenderung kepada ilmu yg nyata dan tidak menyandarkan kepada perkara2 ghaib sebagai pegangan kajian .

    ada corak pemikiran yg perlu di rungkai di sini yg menyebab kan umat islam berundur ke belakang dan meletakkan ritual peribadatan sebagai hubungan manusia dan tuhan dan bukan ilmu pengetahuan lalu di momokkan dengan ilmu sekular dan sebagainya .

    jika tuan tolok minda dapat menterjemahkan keseluruhan kalimat haji yg ada dalam quran(mungkin boleh rujuk teks bacaan) dan mempersembahkan satu hakikat yang mengenal allah itu ialah mengenal dan menyelidiki kejadia materi tuhan dan bukan mengharapkan benda ritual yg hanya melalaikan manusia . permulaan kebenaran adalah di sini kerana bermula pengetahuan juga melaluai penyelidikan . penyelidikan . harap mendapat perhatian tuan.

    slipar

    February 2, 2010 at 8:31 am

  36. Salam..Tolokminda..

    Bukanlah soaklan….tapi rumusan sebulat pendapat.
    Disini kita hanya membincangkan suatu kajian penyelidikan bersama.

    Setiap R&D perlu ada gulongan dan rumusan….atau mungkin belum sampai untuk dirimuskan.

    Ini adalah tanggung jawab yg.akan ditanya Allah akhir
    nanti.Sekiranya pandangan itu benar,…apakah wajar
    dibiarkan umat mengikut fahaman2 yg.kita kira sebagai
    terpesong.

    Ok..la….kita tunggu lagi ulasan2 lain.

    Tok Syam

    February 2, 2010 at 11:02 am

  37. Saya membaca ayat2 Quran, kemudian saya memahamkannya. Saya tak suka mendakwa bahawa kefahaman saya pada bacaan ayat2 Quran sebagai “Tuhan kata”, semata2 kerana saya membaca ayat2 itu dari sebuah kitab yang dinamakan Al-Quran, yang dikatakan diwahyukan oleh Tuhan kepada manusia melalui RasulNya.

    Saya lebih suka mengaku bahawa itu adalah kefahaman saya sahaja dan tak semesti bersamaan dengan maksud Tuhan. Saya bukan pemilik kebenaran.

    Puteri

    February 2, 2010 at 1:43 pm

  38. Salam…Puteri.
    Sebenarnya apa yg.kita baca adalah terjemahan dari
    wahyu yg.sampai kepada para nabi dengan penyampaian
    malaikat Jibril.

    Malangnya kita tak menguasai bahasa itu,..melainkan
    melalui terjemahan yg.telah dibuat oleh ahli bahasa.

    Dalam sudut petunjuk Allah ne…rumit ceritanya.
    Allah tu adalah GURU sebenar yg.menjelaskan dan
    menetapkan kebenaran mengikut peraturan hambanya.

    Dari sudut zahirnya,…manusia difahamkan sebagaimana
    terjemahan.Sebaliknya sudut personal setiap diri….
    lain peringkatnya.

    Manusia akhir zaman ne….sukar nak ceritakan…..
    tentang petunjuk yg.Allah nak bagi.

    Saya juga mencari petunjuk dari kitab itu.Apa yg.
    kita diberi tau,…tidaklah boleh disampaikan
    kpd.secara umum melainkan kepada ahlinya.

    Dengan cara itu tidak timbul fitnah dan menyebabkan
    umat lain yg.tidak berhak menerimanya terlibat
    dalam urusan Allah.

    Tok Syam

    February 2, 2010 at 2:08 pm

  39. Salam Puteri,

    Saya berpendapat sebagai manusia melakukan kesilapan merupakan satu lumrah dan kita tidak perlu takut mengenainya. Mengetahui kesilapan kita dan membuat pembetulan merupakan proses belajar yang paling berkesan. Saya sangat tidak bersetuju dengan mereka yang apabila kita bercakap sesuatu tentang Al-Quran, mereka menolaknya kerana beranggapan ia hanya layak dilakukan oleh ‘ahli-ahlinya’ saja. Kononnya mereka takut buat salah. Tetapi kesalahan paling besar sebenarnya adalah apabila kita tidak berusaha langsung.

    tolokminda

    February 2, 2010 at 3:46 pm

  40. Salam,

    Tok Syam menulis, “apakah wajar
    dibiarkan umat mengikut fahaman2 yg. kita kira sebagai
    terpesong”.

    Saya berpendapat setiap orang bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri. Kita tidak dipertanggungjawabkan ke atas perbuatan atau kepercayaan orang lain. Masing-masing perlu ada kesedaran sendiri. Misalnya blog ini bukanlah untuk mengajar orang lain. Sebenarnya sayalah palng banyak belajar hasil dari usaha ini.

    tolokminda

    February 2, 2010 at 3:50 pm

  41. Salam…
    Jika tujuan anda menjalankan usaha ini untuk tujuan
    diri dan menguji kefahaman sebagai memperkuatkan
    apa yg.anda fikirkan…..tak masaalah.

    Tapi….
    Dalam masa yg.sama anda telah mengatakan pihak selain
    anda membuat penyelewengan terhadap terjemahan kitab…
    hanya atas dasar kajian yg.anda masih dalam R&D…..

    Disini ia bukan suatu perbandingan ,…sebaliknya anda
    telah bersikap tidak setuju dengan megatakan itu
    adalah tidak benar dan anda yakin atas kebenaran anda.

    Demikian juga pihak lain itu sebelum anda,…telah
    pun menjalankan R&D sedangkan mereka belum ditinggalkan sejarah terlalu lama,..berbanding kita
    umat yg.hanya mengambil kajian2 dari pelbagai punca
    untuk dasar kebenaran kita.

    Melainkan kita membuatnya…..tanpa pengaruh kitab2
    lain atau pendapat lain,…melainkan suatu ilham
    yg.meyakinkan.

    Tok Syam

    February 2, 2010 at 6:35 pm

  42. Tolokminda, saya rasa ayat-ayat awal dalam surah 9 ada kaitan dengan pengistiharan “jihad” atau peperangan diantara Allah dan rasulNya dengan orang-orang yang tidak percaya dan orang-orang musyrik. Mereka diberi tempuh selama empat bulan untuk bertuabat.

    Kalau kita kembali kepada sura 2:190-196 kita diseru untuk:-

    (1) “Berjihad” atau “Berperang” (2:190-192)

    (Seruan ini nampaknya dibuat selepas kita menerima ilmu-ilmu Quran sebagaimana yang disebut dalam ayat 181-187).

    (2) Berperang dengan mengunakan ilmu-ilmu yang kita pelajari dari Quran menentang fitnah-fitnah yang telah diada-adakan terhadap “Deen Allah” dipersekitaran masyarakat kita supaya kita boleh menjalankan satu cara hidup yang diredhai Allah. (2:193)

    (3) Kita tidak boleh menyerang orang-orang yang kita berperang semasa dalam bulan suci – tetapi kita boleh melawan kembali sekiranya kita diserang dalam bulan tersebut. (2:194)

    (Boleh atau tidak kita kaitkan bulan suci ini dengan empat bulan yang dijanjikan dalam (9:2)sekiranya kita menyistihar berperang dengan orang-oirang yang tidak percaya/musyrik dalam masyarakat kita sendiri?)

    (4) Untuk berjihad Allah menyeru kita mengeluarkan modal sendiri untuk kejalanNya – tetapi jangan sehingga ianya memudharatkan diri sendiri. (2:195)

    (5) Kita harus sempurnakan cabaran (berjihad ini) untuk mema’murkan Deen Allah sehingga DeenNya dapat diterima (Mahilla)oleh masyarakat sekeliling kita. (2:169)

    Perkataan “Haji” yang ada kaitan dengan “Berjihad kejalan Allah” disebut sebanyak dua kali dalam Al Quran.

    (a) Seperti ayat-ayat yang saya petik diatas, dan

    (b) pada sura 9 ayat 19-22 yang mungkin bagi orang-orang yang boleh nampak mereka mampu membuat andaian sendiri – apa maksud “Haji” sebenarnya dan siapakah yang benar-benar terlibat dalam “Haji” ini.

    Jihad yang paling besar sekali (Jihadan Kabiror)ialah “Berjihad dengan Al Quran” (25:52)

    Gunumaro

    February 2, 2010 at 9:22 pm

  43. Salam Tolokminda,

    Berani buat salah bukan berniat buat salah.

    Sangat bersetuju dengan kekata saudara “Mengetahui kesilapan kita dan membuat pembetulan merupakan proses belajar yang paling berkesan.” … inilah apa yang saya katakan sebagai KESEDARAN.

    Teruskan perbincangan saudara. Saya suka membacanya. Saya pasti akan menyumbang setelah mendapati sesuatu.

    Puteri

    February 3, 2010 at 3:40 am

  44. Salam Gunumaro,

    Saya mempunyai pandangan yang agak berbeza. Tentang 4 bulan tempoh “cooling off period” bagi memberi peluang perdamaian atau kata putus dalam sesuatu pertikaian, ia sememangnya telah ditetapkan oleh Tuhan secara universal. Tuan boleh semak perkara ini di 9:36. Bukan saja untuk perang, malah dalam pertikaian rumahtangga pun, Tuhan tetapkan 4 bulan untuk tujuan yang serupa. Tuhan yang cipta kita, Dia tentu lebih tau kenapa 4 bulan.

    Tentang mengapa ayat berkenaan penyelidikan (9:3) yang lebih besar berada di celah-celah ayat-ayat mengenai tempoh “cooling off period” dalam peperangan 9:1 – 9:5, saya berpendapat ini menunjukkan bahawa peperangan atau permusuhan dengan orang-orang yang tidak percaya bukan saja boleh dimenangi melalui cara fizikal, tetapi ia sebenarnya boleh di atasi melalui usaha (jihad) penyelidikan yang dapat memanifestasikan Kebesaran Allah.

    Ilmu yang telah terbukti tidak akan dapat ditolak kerana kebenaran Tuhan adalah bersifat universal. Oleh itu melalui manifestasi ilmu yang berteraskan penyelidikan yang kukuh mereka yang tidak nampak kelebihan Al-Quran dan kebesaran Tuhan, akan mula menyedari hakikat itu dan hasilnya mereka mungkin sedia untuk menjadi sebahagian dari orang yang percaya. Ini adalah kerana Tuhan sendiri menyifatkan mereka yang tidak percaya dan memusuhi kita itu sebenarnya orang yang tidak tahu.

    9:7 “Dan jika di antara penyekutu Tuhan meminta perlindungan dari kamu, tunaikanlah perlindungan bagi beliau sehingga dia mendengar perkataan-perkataan Tuhan, kemudian biar dia memperolehi tempat yang selamat; ini kerana mereka adalah seorang yang tidak tahu”.

    Kemudian seperti yang telah saya bentangkan beberapa kali, saya berpendapat proses hajj iaitu penyelidikan boleh dipecahkan kepada 2 kategori. Yang pertama, penyelidikan awal terhadap Al-Quran bagi mendapatkan kepercayaan dan keyakinan untuk diri sendiri. Ini boleh dirujuk melalui ayat 2:183 – 2:187 dan dijelaskan lagi dalam 2:196.

    Yang kedua adalah penyelidikan yang lebih besar. Usaha penyelidikan lebih besar ini lebih luas sifatnya merangkumi pelbagai bidang ilmu dan bertujuan bukan hanya untuk memperolehi kepercayaan asas mengenai Tuhan, tetapi ia mempunyai peranan dalam membangunkan tamadun umat secara keseluruhannya. Penyelidikan yang lebih besar mampu menukar persepsi dan kefahaman manusia dalam banyak perkara dan membolehkan mereka melalui proses transformasi cara hidup yang lebih makmur berasaskan ilmu dan pembangunan teknologi.

    Kefahaman kita mengenai penyelidikan kategori kedua ini saya percaya dapat menjelaskan point ke 5 tuan Gunumaro; “Kita harus sempurnakan cabaran (berjihad ini) untuk mema’murkan Deen Allah sehingga DeenNya dapat diterima (Mahilla)oleh masyarakat sekeliling kita.”

    Baiklah. Sebelum itu – untuk perkataan jihad – saya lebih suka mentafsirkan jihad sebagai usaha dan bukannya cabaran. Maka dalam konteks ini – usaha yang dimaksudkan adalah usaha membuat penyelidikan. Dan saya berpendapat apa yang sebenarnya Tuhan suruh kita buat dalam konteks membuat penyelidikan – adalah supaya kita berusaha melakukannya sehingga sesuatu teori atau hujah atau hasil penyelidikan yang kita bentangkan itu dapat dibuktikan kebenaran sampai ke peringkat ia tidak dapat ditolak oleh sesiapa. Kerana jika itu berlaku, kita sebenarnya berjaya membuktikan suatu ketetapan Tuhan yang sebelum ini tidak difahami oleh sesiapa.

    Kalau kita lihat keadaan seperti ini sememang lumrah dalam dunia penyelidikan. Saya beri satu contoh mudah, dulu semua orang tak pernah terfikir tentang bentuk bumi. Malah tidak ada siapa fikir bentuk bumi mempunyai apa-apa kepentingan dalam hidup mereka. Kemudian datang orang yang berusaha menyelidik dan kata bumi ini bulat. Pertama kali teori atau hujah itu dibentangkan saya yakin semua orang terkejut tidak percaya. Kemudian proses penyelidikan terus dijalankan oleh mereka yang berusaha, malah dalam soal bumi bulat ini, ia mengambil masa ribuan tahun untuk sampai ke peringkat hujahnya tidak disangkal lagi.

    Hari ini selain dari kita tahu bumi ini bulat, kita juga dapat menikmati pelbagai nikmat dari pengetahuan kita itu. Misalnya kita boleh menyebarkan gelombang radio dengan lebih mudah di atmosfera bumi, kita boleh meletakkan satelit di angkasa, kita boleh bergerak bebas di atasnya tanpa takut jatuh di telan naga dan bermacam-macam lagi. Presepsi berteraskan khayalan dan agak-agak yang menyekat perkembangan manusia tewas dan kebenaran Allah terbukti dan kita semua mendapat manfaatnya.

    Begitulah pandangan saya.

    tolokminda

    February 3, 2010 at 3:49 am

  45. 3:97 Adalah menjadi tanggungjawab seluruh manusia kepada Tuhan untuk membuat penyelidikan terhadap sistem (alam ciptaan Tuhan) bagi mereka yang mampu menemui kaedahnya. Dan kepada sesiapa yang tidak percaya, maka sesungguh Tuhan wujud dengan Sendirinya, mengatasi semua keperluan duniawi

    Bagi saya, “makam Ibrahim” bermakna cara/ kaedah/sistem/pendirian/falsafah dsb Ibrahim.
    Quran menganjur supaya mencontohi Ibrahim.
    TM telah melenyapkan perkataan “Ibrahim” dalam terjemahan TM.

    Boleh saya tanya, mengapa?

    Aduh....

    February 8, 2010 at 2:05 am

  46. Salam Aduh.

    Terima kasih kerana membuat teguran tentang terjemahan 3:97 yang saya kemukakan sebelum ini. Saya telah memeriksanya dan saya bersetuju ia tidak lengkap kerana kelemahan saya. Saya telah menukar kepada terjemahan lengkap menggantikan yang sebelumnya.

    3:97 Di dalamnya adalah bukti-bukti yang nyata, pendirian Ibrahim dan sesiapa memasukinya akan selamat dan penyelidikan terhadap sistem adalah tanggungjawab manusia demi Tuhan ke atas setiap orang yang mampu menemui kaedahnya. Dan kepada sesiapa yang tidak percaya, maka sesungguhnya Tuhan wujud dengan Sendiri, mengatasi semua keperluan ilmu.

    Dan saya dapati tafsiran perkataan maqam Ibrahim sebagai cara/kaedah/pendirian atau falsafah Ibrahim amat sesuai dengan konteks ayat dan konteks di mana Tuhan mahu kita menjadikan Ibrahim sebagai contoh. Jadi saya bersetuju.

    Terima kasih.

    tolokminda

    February 8, 2010 at 2:36 am

  47. Salam,

    Saya melihat satu lagi perkataan, iaitu alam, sebenarnya lebih sesuai diterjemahkan sebagai pengetahuan/knowledge/ilmu dan bukan dunia/alam semesta/universe, dsbnya. Perkataan alam adalah direvatif kepada perkataan alim dan seumpamanya.

    Dalam 3:97, Tuhan kata Dia wujud dengan Sendiri dan mengatasi semua keperluan ilmu. Tetapi kita manusia tentulah tidak seperti Tuhan. Kita perlu ilmu, kita perlu buat penyelidikan untuk mendapat kunci kepada kejayaan dan seterusnya membangunkan kemakmuran di atas muka bumi ini. Sebab itulah Tuhan berlepas diri dari mereka yang tidak percaya kepada ketetapan Tuhan berkaitan penyelidikan.

    3:97 Di dalamnya adalah bukti-bukti yang nyata, pendirian Ibrahim dan sesiapa memasukinya akan selamat dan penyelidikan terhadap sistem adalah tanggungjawab manusia demi Tuhan ke atas setiap orang yang mampu menemui kaedahnya. Dan kepada sesiapa yang tidak percaya, maka sesungguhnya Tuhan wujud dengan Sendiri, mengatasi semua keperluan ilmu.

    Alam = Ilmu. Seluruh alam = Seluruh ilmu. Hebat!

    tolokminda

    February 8, 2010 at 3:08 am

  48. Salam Aduh,

    Selepas memikirkan lagi mengenai perkataan maqam, saya merasakan maksud yang paling sesuai adalah status atau kedudukan. Dalam konteks ayat yang kita perbincangkan, maksud maqam di situ adalah status Ibrahim.

    3:97 Di dalamnya adalah bukti-bukti yang nyata, status Ibrahim dan sesiapa memasukinya akan selamat dan penyelidikan terhadap sistem adalah tanggungjawab manusia demi Tuhan ke atas setiap orang yang mampu menemui kaedahnya. Dan kepada sesiapa yang tidak percaya, maka sesungguhnya Tuhan wujud dengan Sendiri, mengatasi semua keperluan ilmu.

    Tuan Aduh boleh mengemukakan hujah tuan mengenai tafsiran perkataan maqam. Saya amat alu-alukan.

    tolokminda

    February 10, 2010 at 7:57 am

  49. TM, nampaknya kita berada di mukasurat yang sama. Setakat ini teropong saya tak boleh nampak lebih jauh dari teropong TM dalam tajuk ini.

    Cheers!

    Aduh....

    February 10, 2010 at 11:25 pm

  50. Salam,

    Terbinanya apa yang ada di antara langit dan bumi kerana ilmu. Ilmu yang diterokai oleh manusia setakat ini hanyalah secebis seluruh ilmu. Berapakah banyak ilmu yang masih tidak terjangkau oleh akal manusia lagi.

    Bayangkan sejak manusia dihidupkan atas muka bumi ini, manusia hanya baru sahaja mampu tembus ke ruang angkasa yang terhampir di muka bumi sahaja. Apakah tiada ilmu yang membenarkan manusia boleh tembus lagi jauh?

    Jika tiada orang2 yang membuat penyelidikan, tentu kita anggap manusia hanya boleh hidup di ruang yang sempit sahaja seperti manusia terdahulu beranggapan mereka hanya hidup di dalam benua mereka sahaja.

    Orang2 yang membuat penyelidikan, tanah yang kering kontang pun mereka tahu suburkan setelah mereka tahu bagaimana cara nak buat sistem pengairan bagi sesuatu tanah tersebut.

    Kerana adanya penyelidikanlah tamadun manusia semakin makmur.

    Juang

    February 11, 2010 at 5:05 am

  51. Salam,

    Islam adalah cara hidup. Ia umpama operating system (OS) bagi sesebuah komputer. Oleh kerana itu Islam dikatakan syumul atau dinamik mengikut peredaran zaman. Samalah seperti OS yang berubah mengikut peredaran zaman.

    Komputer yang dicipta pada tahun 2010 dan sekadar guna OS tahun 1995, sudah pasti tidak dapat berfungsi secara optimum mengikut spesifikasinya. Banyak software2 terkini tidak dapat digunakan. Dengan kata lain, keupayaannya terbatas. Dan adalah satu pembaziran dan sia2, jika komputer memiliki spesifikasi yang power, tetapi OSnya lama.

    Begitulah dengan cara hidup. Manusia tidak boleh hidup terikat dengan cara2 orang terdahulu. Kita kena hidup mengikut peredaran semasa. Barulah keupayaan kita sebagai manusia dapat dimaksimumkan. Alangkah sia2nya hidup sebagai manusia, tetapi tidak ada keupayaan yang maksimum.

    Manusia kena berR&D untuk membangunkan diri mereka sendiri. Ini kerana Allah tidak akan mengubah nasib manusia melainkan manusia itu sendiri yang mengubahnya.

    Islam mengajar manusia jadi seorang yang rajin dan pandai berdikari mengubah nasibnya sendiri, bukannya jadi golongan yang malas dan mengharapkan subsidi.

    Kalau kita fikir logik pun, takkanlah Allah nak cipta kita sebagai manusia yang pemalas dan suka membuang masa tanpa menyumbang apa2 manfaat?

    Cuba buka mata luas2. Orang2 yang hidup bagaimana banyak menyumbangkan manfaat dan memakmurkan muka bumi? Bukankah para saintis itu yang banyak menyumbangkan manfaat daripada usaha penat lelah mereka berfikir dan mengkaji?

    Takkanlah Allah nak masukkan manusia ke syurga dengan sekadar hidup pemalas tanpa menyumbang apa2 manfaat?

    Juang

    February 11, 2010 at 9:13 am

  52. Berfikir, belajar dan mengkaji sesuatu ilmu seperti kita mendaki bukit. Orang yang banyak mengkaji ilmu akan diangkat kedudukan lebih tinggi daripada orang yang belum mengkaji atau yang malas mengkaji.

    Orang yang mendaki bukit itu akan diangkat kedudukannya lebih tinggi daripada orang yang tidak mendaki. Pandangannya akan luas. Banyak yang dia boleh lihat berbanding orang yang di kaki bukit yang terbatas pandangannya.

    Begitulah dengan orang yang rajin mengkaji, mereka dibukakan mata hatinya untuk melihat kehidupan yang lebih luas yang tidak dapat dilihat oleh orang yang belum mengkaji atau yang malas mengkaji.

    Dan untuk membuktikan apa yang dia nampak dari kedudukan yang tinggi itu, maka orang yang mengkaji itu akan mengajak orang yang belum mengkaji untuk berfikir sama agar kedudukannya sama tinggi dan mudah nampak apa yang dia nampak. Sebab itulah Rasulullah mengajak manusia berfikir apa yang baginda perjelaskan.

    16:43. Kami tidak mengutus sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang kepada mereka Kami mewahyukan. Tanyalah ahli Zikir (Peringatan) jika kamu tidak mengetahui.

    16:44. Dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur; dan Kami menurunkan Peringatan kepada kamu supaya kamu memperjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka; dan supaya mereka memikirkan.

    Tetapi orang2 yang mendustakan agama, oleh kerana mereka sendiri tidak ada bukti tentang ajaran dusta yang dibawa, mereka akan berkata “dalam agama tidak boleh guna akal”. Itulah taktik agar manusia hidup dalam kegelapan dan kekaburan.

    Kalau Rasulullah pun suruh manusia memikirkan penjelasan baginda (Al Quran), apakah patut ada manusia mengatakan dalam agama tak boleh guna akal?

    Nampak tak penipuan2 halus yang dilakukan oleh sesetengah golongan manusia agar masyarakat menyembah mereka dan mereka boleh mengembala pemikiran manusia lain untuk kepentingan hawa nafsu mereka.

    Seseorang yang jujur dalam menyampaikan sesuatu ajaran, dia tidak akan menutup minda orang lain malah dia akan menggalakkan orang lain menyampaikan pendapat masing2. Orang sebegitulah yang patut kita jadikan contoh ikutan, bukannya orang2 yang menutup minda manusia.

    Juang

    February 14, 2010 at 4:17 pm

  53. Saudara Tolokminda,

    Puteri dah buat posting dalam blog Puteri tapi tak mendapat tunjuk ajar dari sesiapa. Mungkin tak ramai pengunjung di blog Puteri atau mungkin kurang berminat ke sana.

    Jadi Puteri cut n paste semula kat sini. Tujuan Puteri bukanlah untuk challenge terjemahan sesiapa. Puteri mohon bantuan agar tunjukkan di mana silapnya terjemahan Puteri tu klu terdapat. Harap tak menjadi kesalahan pada saudara TM. Sebagaimana TM, Puteri juga berblog adalah untuk meningkatkan kefahaman Puteri dalam apa2 bidang pun, atas nama belajar, selain kadang2 Puteri menulis untuk perkongsian berita semasa. Kesediaan Puteri untuk berubah dan mengubah diri kepada kefahaman yang lebih jitu melalui perbincangan. Semoga beri tunjuk ajar pada Puteri.

    Petikan dari http://puteriayu74.blogspot.com

    Tatacara berhujah dan peraturan bagi pesalah:
    1 Feb 2010

    Sebelum berkongsi terjemahan Puteri untuk ayat Quran 2:196-203 yang biasanya kebanyakan orang gunakan sebagai ayat-ayat tentang Haji, Puteri ingin membuat deklarasi bahawa Puteri bukanlah pakar dalam mana-mana bahasa di dunia ini, termasuk bahasa Malaysia. Terjemahan Puteri pada ayat-ayat di bawah ini adalah dapatan Puteri dalam keheningan malam membaca ayat2 itu dengan berserah sebulat hati dalam TAK TAU ketika menterjemahkannya. Puteri sangat berharap para pakar2 bahasa di luar sana, sudilah kiranya memperbetulkan terjemahan Puteri pada ayat-ayat ini dan sekaligus membantu Puteri memahami maksud ayat-ayat itu dengan lebih baik.

    2:196
    Dan berilah HUJAH (pembuktian kesalahan) dengan sesungguhnya kerana Allah. Maka sesungguhnya bagi sesapa yang berjaya, penahanan dilaksanakan menurut aturannya. Dan janganlah kamu memutar2 perkara utama, sehinggalah tercapai matlamat penyelesaian Maka sesiapa yang didapati sakit di antara kamu atau seumpamanya mengalami kerosakkan kekal, maka tebuslah dari menahan diri (jangan berdiam) atau buktikanlah kebenaran dgn berkata benar/terus terang atau jadilah zuhud/zahid. Maka jika kamu selamat/dilindungi maka nikamti hasil dari perkembangan kearah HUJAH (pembuktian) yang berjaya ke matlamatnya itu. Dan sesiapa yang tidak berjaya maka tahanlah/diamilah tiga hari dalam kesalahan dan tujuh bila dia ulangi. Itu genap sepuluh. Ini bagi sesiapa yang ahlinya tidak hadir melindunginya dari perintah HUJAH (membuktikan kesalahan) yang dipersetujui/diperintah. Dan taatlah kepada Allah dan ketahuilah sesunguhnya hukuman Allah itu sangat berat.

    2:197
    HUJAH (pembuktian kesalahan) hendaklah diumumkan dengan maklumat2nya. Maka sesiapa di dalam mengenakan HUJAH(pembuktian kesalahan2), maka janganlah berperangai tak senonoh dan jangan berlengah2 dan janganlah bergaduh2 dalam berHUJAH (membuktian kesalahan). Dan apa2 kerja kebaikan Allah maha mengetahui. Dan saralah(org yg ditahan), maka sesungguhnya peruntukan yang baik adalah taqwa (taat). Dan taqwa (taat) kepadaKu adalah yang terbaik wahai orang2 yg berfikir.

    2:198
    Tidak bersalah ke atas kamu ingin kedudukan yang baik dari Tuhanmu. Maka jika kamu berselerak dalam memahami, maka ingatlah Allah dengan rasa bersalah. Dan ingatlah DIA yang telah memberi petunjuk padamu , dan kamu dulunya adalah sesat.

    2:199
    Kemudian alirkanlah dari mana curahan perasaanmu terbuai dan mohon ampunlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu pengampun, pengasih

    2:200

    Maka setelah selesai tuntutan mahkamah(lawsuit) maka ingatlah Allah sebagaimana kamu mengingati bapa2 kamu atau lebih dari itu.

    2:201
    Dan antara mereka ada yg berkata “Tuhan kami, berilah kami di dunia, kebaikan, dan di akhirat juga kebaikan, dan lindungilah kami dari azab api”

    2:202
    Mereka itu, bagi mereka sebahagian dari apa yang mereka perolehi, dan Allah tidak lengah membuat perhitungan.

    2:203
    Dan ingatlah Allah dalam beberapa hari. Maka sesiapa mencepatkan dalam dua hari maka tidaklah berdosa ke atasnya dan sesiapa melambatkan tidaklah berdosa ke atasnya, jika dia bertakwa

    Puteri

    February 28, 2010 at 3:27 pm

  54. Salam Puteri,

    Saya harap pembaca semua boleh sama-sama membincangkan apa yang dikemukakan oleh Puteri. Saya percaya ramai yang lebih berpengetahuan berbanding diri saya dan mereka sentiasa sedia berkongsi ilmu.

    Terima kasih.

    tolokminda

    February 28, 2010 at 5:24 pm

  55. Salam Puteri,

    Dalam ayat 2:196, ada perkataan “umrah” itu. Jika ikut pandangan saudara TM, ia bermaksud pembangunan. Dalam terjemahan saudari, apakah ia dimaksudkan “dengan sesungguhnya”?

    Juang

    March 1, 2010 at 1:30 am

  56. Salam Juang,

    Umra mempunyai akar kata yang sama dengan umur, makmur, memakmurkan, memberi kehidupan dan seumpamanya. Jadi dalam konteks penyelidikan ia lebih sesuai ditafsirkan sebagai pembangunan. Kerana pembangunan adalah usaha ke arah kemakmuran.

    Mula-mula kita kena buat penyelidikan untuk mendapatkan ilmu berasaskan kebenaran. Selepas kita memiliki ilmu yang benar barulah kita boleh membangunkan sesuatu untuk memberi kemakmuran kepada semua. Contohnya, sebelum Thomas Edison berjaya mencipta mentol elektrik, dia membuat penyelidikan sifat-sfat arus elektrik dan bagaimana bahan-bahan bertindakbalas ke atasnya. Selepas dia mendapat jawapan yang benar bagi setiap perkara yang diselidikinya barulah mentol elektrik yang berfungsi dapat dicipta dan hasil ciptaan itu kemudiannya memberi kemudahan kepada umat manusia.

    Begitu juga teknologi komunikasi wireless hari ini. Kita tidak akan dapat mencipta sesuatu sepertinya jika kita tidak membuat penyelidikan mengenai spektrum elektromagnetik dan mendapat kesimpulan-kesimpulan yang berasaskan kepada kebenaran. Begitulah kemampuan yang Tuhan beri kepada manusia. Walaupun kita tidak dapat melihat sebahagian besar gelombang dalam spektrum elektromagnetik tetapi kita masih mampu mempelajari dan mencipta manfaat daripadanya.

    Umat Islam sepatutnya berbakti kepada Tuhan melalui ilmu-ilmu yang benar yang dapat menyedarkan manusia betapa betapa besarnya kurniaan Tuhan kepada mereka supaya mereka berterima kasih dan berasa rendah diri dengan limpah kurnia Tuhan itu.

    tolokminda

    March 1, 2010 at 1:39 am

  57. Salam Puteri,

    Saya percaya ada kaedah-edah yang harus kita guna sebelum kita membuat sebarang rumusan tentang pemahaman kita – terutama sekali kalau tidak faham bahasa asal Al Quran. Sebagaimana kerap kali dikatakan oleh Juang kita harus menguna akal dan berfikir setiap kali kita membaca mana-mana terjemahan sekali pun.

    Sebagai contoh perkataan “Solaa”. Kita harus mencari akar kata kepada perkataan tersebut – kemudian kumpulkan semua derivatives dari perkataan ini dari semua ayat-ayat yang terdapat dalam Al Quran.

    Kita diajar dari kecil maksud perkataan ini ialah mengerjakan sembahyang ritual.

    Apabila kita baca ayat-ayat yang ada perkataan “Solaa” ini kita dapati Allah juga mengunakan perkataan ini untuk Bani Israel, Nabi Ibrahim, Musa, Salleh dan Isa. Kalau dibaca sekali imbas mungkin kita tidak nampak kejanggalannya – tetapi sekiranya kita mula berfikir sejenak Allah tidak mengunakan perkataan Solaa ini yang memberi maksud “sembahyang ritual”.

    Apabila kita kaji ayat-ayat lain terutama sekali dalam sura 9:ayat 5 dan ayat 11 kita dapati orang-orang kafir juga “Solaa”. Kalau kita tinjau lebih jauh dalam sura 24 ayat 41 misalnya – kita dapati kesemua makhluk ciptaan Allah dilanggit dan Bumi termasuk burung-burung yang berterbangan dengan sayap mereka kesemua mereka “Solaa”.

    Sebagai seorang yang mahu berfikir – kita harus bertanya pada diri sendiri – betulkah “Solaa” itu maksudnya “sembahyang ritual”.

    Apabila kita mempunyai sifat mahu berfikir sebegini niscaya pintu banjir atau “the flood-gate” akan terbuka.

    Kita akan bertemu dengan kebenaran selagi kita mahu berfikir, ikhlas dengan diri sendiri dan bersabar. Mungkin ianya tidak semudah apa yang kita fikir sebab minda kita telah dipenjara sejak kecil lagi oleh ajaran-ajaran agama ibu bapa dan ditambah pula dengan ajaran-ajaran karut oleh penjaja-penjaja agama atau religious mongers.

    Gunumaro

    March 1, 2010 at 2:14 am

  58. Salam TM,

    Bila saudara kaitkan Al Quran dan Sains, semangat saya teruja. Benar apa yang saudara katakan itu berkaitan makna “umrah” adalah makmur atau pembangunan.

    Bila disebut pembangunan, kita nampak keuniversalan Al Quran. Semua muka bumi Allah boleh dibangunkan jika manusia mahu memikirkan cara2nya. Lihatlah berapa banyak padang pasir di tanah Arab telah mampu ditumbuhi tanaman dengan adanya sistem pengairan.

    Tetapi jika dikatakan “umrah” itu amalan melawat “tanah suci” dan mengelilingi “bangunan kotak”, maka yang dapat untungnya orang2 Arab dan sekitarnya sahaja. Kesian kat makcik2 Melayu yang bersusah payah kumpul duit jual getah sekerap semata2 nak ikut amalan bapa2 mereka. Sudahlah tanah Arab itu kaya dengan minyak, orang2 lain pula kena keluar duit nak ke sana. Tak kesian ke kat orang2 yang susah di negara2 lain? Mereka tak berfikir itu semua ke?

    “TM: Walaupun kita tidak dapat melihat sebahagian besar gelombang dalam spektrum elektromagnetik tetapi kita masih mampu mempelajari dan mencipta manfaat daripadanya.”

    Jika kita renungkan pasal gelombang elektromagnetik yang tak nampak guna mata kasar itu pun boleh dibuktikan wujud secara logik setelah manusia membuat penyelidikan. Maknanya segala rahsia yang tersembunyi, kalau ia benar, pasti boleh dibuktikan.

    Bukan main bersangka2 atas alasan perkara ghaib, maka ia tidak boleh difikirkan. Asal perkara ghaib sahaja, mereka kata tak boleh guna akal. Asal perkara ghaib sahaja, mereka kata tak boleh guna akal. Kalau macam itu perangainya, macam manalah Allah nak izinkan mereka temui perkara2 ghaib yang lain.

    Juang

    March 1, 2010 at 3:14 am

  59. “Gunumaro: Apabila kita mempunyai sifat mahu berfikir sebegini niscaya pintu banjir atau “the flood-gate” akan terbuka. ”

    Satu istilah yang menarik yang membuat saya membayangkan sebuah empangan.

    Hati orang2 yang sejak dari kecil ditutup mindanya seperti tanah yang kering kontang dan tidak subur. Ilmu Allah di sekeliling kita pula seperti air.

    Once kita buka minda, air itu akan masuk mencurah2 ke dalam hati kita. Segala kekotoran hati akan dicuci oleh air yang berkelajuan tinggi bila pintu empangan itu dibuka.

    Bila tanah (hati) sudah diairi, maka ia mula menjadi lembut. Benih2 pokok mudah tumbuh. Dan bila pokok2 tumbuh dengan subur, akan keluarlah bermacam2 buah fikiran2.

    Apa yang saudara TM lakukan sekarang seperti membuka pintu empangan untuk mengairi hidup kita yang selama ini telah kering kontang akibat ditutup oleh ajaran2 religious mongers itu. Moga2 akan subur jiwa orang2 yang membuka mindanya itu.

    Juang

    March 1, 2010 at 3:25 am

  60. Salam Juang,

    Saya tak berkuasa membuka empangan fikir orang lain. Tuhanlah yang membukanya untuk sesiapa yang mempercayai Dia. Jangan beri kredit kepada saya atas apa yang tidak saya lakukan : )

    tolokminda

    March 1, 2010 at 3:44 am

  61. Salam TM,

    Benar. Secara hakikatnya Allah yang izinkan segala sesuatu itu terjadi. Even kalau Allah tak izinkan ruyung dipecahkan, sampai kiamat pun manusia tidak dapat sagunya.

    Namun bila ada seseorang manusia bersusah payah memecahkan ruyung untuk kegunaan masyarakatnya, apakah usahanya itu tidak wajar dicreditkan agar masyarat dapat mengambil contoh?

    Jika sebuah rumah rumah sahaja menyalakan lampu di waktu malam, hanya rumah itu sahaja akan terang. Tetapi bila orang lain nampak manfaat lampu itu, mereka pun ambil contoh untuk nyalakan lampu di rumah masing2, maka akan lagi luas kawasan yang akan diterangi cahaya.

    Juang

    March 1, 2010 at 3:57 am

  62. Tkasih juang, saya tertinggal tu… umra menurut fahaman saya ialah berkembang (thrive). jadi 2:196 tu seharusnya begini:
    Dan berilah HUJAH (pembuktian kesalahan) dengan mengembangkannya dengan sesungguhnya kerana Allah.

    Tkasih gunumaro atas pesanan itu.

    Puteri

    March 1, 2010 at 4:19 am

  63. ‘umra عمر = thrive(berkembang), renovate,populate(menduduki/mendiami), pervade(merebak/penuh), inhabit

    Saya memilih untuk menggunakan thrive(berkembang) bagi menyesuaikan fahaman dalam ayat itu. Jika berkembang itu disesuaikan dengan maksud “pembangunan” TM, ianya masih lagi relevan kerana sesuatu RnD perlu diperkembang biak kan dan diperluaskan.

    Puteri

    March 1, 2010 at 4:22 am

  64. Begitu juga fahaman Puteri, bahawa sesuatu HUJAH(perdebatan/perbahasan), ianya perlu diHURAI kembangkan dengan luas agar dapat diperjelaskan HUJAHnya.

    Sila beri komen agar saya dapat mendalami fahaman saya ini.

    Saranan tuan gunumaro tu baik utk saya hayati. Ttg solaa insyaallah saya akan ambil bahagian nnt dalam segment khusus yang telah pun dibuka oleh TM. Saya ni sedang merangkak2, sdg tuan2 semua sudah berlari laju..

    Puteri

    March 1, 2010 at 4:32 am

  65. Salam Puteri,

    Saya setuju jika digandingkan hujah dan pengembangannya. Bila kita kembangkan sesuatu hujah, kita akan nampak cabang2 ilmu yang sebelum ini kita tidak nampak.

    Cuma dalam kefahaman Puteri itu lebih ke arah berhujah untuk orang yang dituduh bersalah. Dengan kata lain berhujah dalam mahkamah.

    Manakala huraian saudara TM adalah berhujah untuk skop yang lebih luas iaitu untuk pembangunan tamadun manusia.

    Apa2 pun tahniah kerana berani suarakan kefahaman saudari dalam blog terbuka ini.

    Juang

    March 1, 2010 at 5:11 am

  66. Apabila saya dapat tahu blog TM mula berfungsi saya amat gembira sekali sebab ini semuanya adalah dengan izin Allah membuka satu saluran kepada hamba-hambaNya untuk bersuara dan memberi pendapat secara bebas.

    Tidak satu pun media dinegara kita yang sanggup memberi ruang kepada apa yang ditulis dalam blog ini kerana pemikiran mereka telah dijajah oleh penjaja-penjaja agama yang diberi kuasa sehingga tiada siapa yang boleh membuat teguran terhadap mereka.

    Saya percaya penjaja-penjaja agama ini akan sedaya upaya cuba mencari jalan meminta kerajaan untuk menutup blog ini tidak lama lagi – malangnya mereka lupa munculnya teknologi internet ini adalah dengan kehendak Allah juga.

    Saya harap kita semua minta pertolong dari Allah dengan berkomited dan bersabar sambil itu kita berdoa kepada Allah sepertimana yang diajarNya dalam Al Quran:

    “Ya Tuhan ku – masukkanlah aku dengan cara yang benar dan keluarkanlah aku dengan cara yang benar – dan jadikan bagiku dari sisiMu bantuan yang paling berkuasa. Sesungguhnya telah datang apa yang benar dan lenyaplah yang bathil – pastinya yang bathil itu tetap akan lenyap.” (17:80-81)

    Gunumaro

    March 1, 2010 at 5:51 am

  67. Tuan Juang, walaupun saya menambah kurungan dengan kata2 “pembuktian kesalahan”, fikiran saya tidak pula saya had kan kepada kamar mahkamamah sahaja. Ini adalah kerana berHUJAH itu tidak semestinya dalam perihal membuktikan kesalahan. Maka sebab itulah saya meletakkan perkataan itu dalam kurungan. Menyesuaikan maksud dalam konteks yang ingin disampaikan dalam ayat2 seterusnya, maka terdapat cara mendendanya serta usulan tatacara ketika berhujah. Maka akal saya yang tidak terjangkau tinggi ini, melihat ceritanya umpama memaparkan tatacara berhujah dan beberapa peraturan pesalah.

    Tapi saya tak kata terjemahan serta fahaman saya ini mutlak benar, maka sebab itulah saya mengundang para pakar bahasa Arab agar tunjukkan saya kesilapan saya dalam menterjemahkan ayat itu. Jika tiada yang tampil mengatakan terjemahan saya itu salah, maka saya menganggap ianya salah satu versi terjemahan yang saya boleh guna pakai untuk diri saya dalam situasi yang sesuai.

    Puteri

    March 1, 2010 at 7:03 am

  68. Salam Puteri,

    Saya berpendapat “pembuktian kesalahan” yang puan maksudkan itu adalah proses safa atau “diffusion” iaitu satu proses menjerihkan yang melibatkan penyelidikan, penelitian atau kajian jitu dari pelbagai sumber serta kaedah sehingga sesuatu kebenaran atau keyakinan itu ditemui dan tidak dapat dipertikaikan lagi.

    Misalnya Thomas Edison menguji pelbagai bahan dalam satu proses safa yang sudah tentu menjerihkan beliau dari semua segi semata-mata untuk menghasilkan mentol elektrik. Tetapi hasil ketekunan dan kesabaran yang tiada tolok banding, akhirnya jawapan benar yang dicari ditemui dan selepas itu tidak ada siapa lagi yang boleh menyangkal dan mendakwa beliau gila, merepek dan sebagainya.

    tolokminda

    March 1, 2010 at 7:24 am

  69. Tuan TM,
    apakah sesuai قضي itu difahamkan sebagai lawsuit/tuntutan mahkamah/tuntutan perundangan?

    Puteri

    March 1, 2010 at 7:44 am

  70. Salam Puteri,

    Saya tidak pandai bahasa Arab. Mungkin ada orang lain boleh membantu puan.

    tolokminda

    March 1, 2010 at 7:54 am

  71. Salam Puteri,

    Kefahaman yang saudari dapat dalam mengkaji Al Quran yang bila diuji ada logiknya, maka itulah apa yang Allah kurniakan pada saudari. Selagi tiada yang dapat membuktikan kefahaman saudari itu salah, maka saudari berhak mengikut apa yang telah diilhamkan pada saudari itu. Itu lebih memberi erti, kepuasan dan keyakinan diri kerana saudari dapat daripada hasil usaha saudari sendiri.

    Asalkan jangan sampai kepada perasaan bahawa kefahaman saudara itu sahaja betul dan menutup minda daripada mendengar pandangan2 yang lain, saudari akan terselamat daripada syaitan yang suka jadikan agama sebagai alat untuk manusia berpecah-belah dan berpuak2.

    Dengan cara kita terbuka bertukar2 pendapat sebegini, kita dapat menjauhi rasa nak wujudkan puak2 atas nama sesuatu aliran. Kita bukan nak buat puak TM, puak Juang, puak Puteri. Cukuplah kita tengok umat Islam hari ini berpuak2 yang setiap masing2 berbangga diri kononnya mereka sahajalah puak yang benar.

    Pada saya, kebenaran bukan dilihat pada sesuatu puak. Sesiapa jua yang bawa bukti2 yang logik dan rasional difikirkan yang tiada hujah intelek lain boleh mencabarnya, itulah orang2 yang benar. Lihat bagaimana Rasulullah bawa hujah intelek untuk membuktikan Keesaaan Allah di kala orang2 Yahudi dan Nasrani menyangka dengan mengangkat Uzair dan Al Masih sebagai anak Tuhan itulah agama yang benar. Malah mereka berbangga diri kononnya sesiapa yang jadi macam mereka, barulah Allah beri petunjuk.

    Takkan kita nak tiru balik perangai orang2 musyrik terdahulu yang terang2 Al Quran perjelaskan sifat2 mereka itu?

    Juang

    March 1, 2010 at 8:11 am

  72. Salam…

    Juang tulis:-
    — Kefahaman yang saudari dapat dalam mengkaji Al Quran yang bila diuji ada logiknya, maka itulah apa yang Allah kurniakan pada saudari. Selagi tiada yang dapat membuktikan kefahaman saudari itu salah, maka saudari berhak mengikut apa yang telah diilhamkan pada saudari itu. Itu lebih memberi erti, kepuasan dan keyakinan diri kerana saudari dapat daripada hasil usaha saudari sendiri. —

    Ahhaaa!!! Kata2 Juang nih ada betol dan logiknya jugaks… Puteri kena fikir tuh… :)

    Jebon

    March 1, 2010 at 8:22 am

  73. Salam,

    Ya, logik memainkan peranan penting bagi orang yang sentiasa bersedia untuk menggunakan akal. Tetapi saya percaya kebenaran atau logik mutlak tetap ada di sisi Tuhan dan kita boleh mencarinya sampai dapat. Selagi kita belum menemui yang mutlak, ambil yang terbaik sudah memadai.

    Misalnya apabila Issac Newton menemui prinsip gravitinya, ia diterima sebagai betul malah kaedah pengiraannya masih boleh digunakan sehingga ke hari ini. Bagaimanapun selepas Albert Einstein mengeluarkan teori relativitinya, konsep graviti Newton tidak lagi dianggap universal.

    tolokminda

    March 1, 2010 at 8:29 am

  74. Salam TM,

    Benar. Logik mutlak ada di sisi Allah. Logik yang paling mutlak yang tidak mampu dicabar adalah logik Keesaan Allah. Semua manusia yang sanggup meninggalkan ajaran nenek moyangnya, pasti boleh terima bahawa secara logiknya semesta ini dicipta oleh Pencipta yang Esa.

    Hanya orang2 yang tidak menggunakan akal sahaja sanggup menyekutukan Allah dengan membuat simbol2 tertentu sehingga mereka terpaksa mewujudkan “berhala2″ atas nama hamba2 Allah terdahulu agar kata2 mereka dipercayai tanpa perlu diselidik lagi. Kononnya kerana hamba Allah itu suruh sembah pada simbol2 tertentu, maka benarlah dakwaan mereka. Mereka tidak mampu berpegang pada logik, melainkan atas nama2 manusia terdahulu. Di situ sahaja kita sudah nampak mereka tidak percaya kepada Allah lagi selaku Pemilik logik2 di semesta ini.

    Juang

    March 1, 2010 at 8:41 am

  75. Gunumaro:

    “(1) “Berjihad” atau “Berperang” (2:190-192)

    (Seruan ini nampaknya dibuat selepas kita menerima ilmu-ilmu Quran sebagaimana yang disebut dalam ayat 181-187).

    (2) Berperang dengan mengunakan ilmu-ilmu yang kita pelajari dari Quran menentang fitnah-fitnah yang telah diada-adakan terhadap “Deen Allah” dipersekitaran masyarakat kita supaya kita boleh menjalankan satu cara hidup yang diredhai Allah. (2:193)

    Perkataan “Haji” yang ada kaitan dengan “Berjihad ke jalan Allah” disebut sebanyak dua kali dalam Al Quran.

    (a) Seperti ayat-ayat yang saya petik diatas, dan

    (b) pada sura 9 ayat 19-22 yang mungkin bagi orang-orang yang boleh nampak mereka mampu membuat andaian sendiri – apa maksud “Haji” sebenarnya dan siapakah yang benar-benar terlibat dalam “Haji” ini.

    Jihad yang paling besar sekali (Jihadan Kabiror)ialah “Berjihad dengan Al Quran” (25:52)”

    Sangat sependapat.

    Siyam dan hajj adalah persiapan untuk berperang melawan paham kemusyrikikan, mematahkan dan mematikan berbagai hujja yang dijadikan landasan oleh para musyrikin.

    Perang yang dimaksud setelah haji sama sekali tidak dimaksudkan untuk membunuh orang yang musyrik.

    Salam.

    faried

    May 11, 2010 at 10:04 am

  76. Juang
    March 1, 2010 at 5:11 am

    “Saya setuju jika digandingkan hujah dan pengembangannya. Bila kita kembangkan sesuatu hujah, kita akan nampak cabang2 ilmu yang sebelum ini kita tidak nampak.”

    Secara alami hajj dipraktekkan dalam dunia keilmuan.

    Dalam dunia keilmuan, hajj dilakukan dengan penyelenggaraan:

    SEMINAR.

    Dalam seminar dipertahankan pendapat yang diajukan/digagas.

    Gagasan yang diajukan diperoleh melalui siyam. Untuk menguji kebenaran gagasan tersebut maka harus dihajikan.

    faried

    May 11, 2010 at 10:34 am

  77. Salam,

    Kalau kita lihat perjuangan para Nabi yang disebutkan dalam Al Quran, semuanya berjihad menggunakan hujah, bukannya membunuh orang musyrik.

    Keupayaan berjihad dengan hujah itu membuktikan seseorang itu mempunyai kekuatan jiwa dan akal sedangkan berjuang dengan cara membunuh itu hanya dilakukan oleh orang yang tidak kuat kesabarannya. Contohnya Firaun bila kalah berhujah dengan Nabi Musa, maka dilawannya dengan cara kekerasan. Jadi, takkanlah akhlak orang Islam itu seperti Firaun?

    Kita perangi kemusyrikan dengan mematahkan dakwaan-dakwaan palsu mereka (syaitan-syaitan yang penipu).

    Juang

    May 11, 2010 at 1:00 pm

  78. Salam,

    Menarik kisah tentang Nabi Musa dan Firaun.

    Kisah tersebut sarat/penuh dengan kiasan.

    Misalnya:

    Ular adalah berbelit-belit dan

    tongkat menyatakan alat bantu untuk berpijak dan berjalan.

    faried

    May 11, 2010 at 1:29 pm

  79. Salam,

    Ular dan tongkat itu adalah perumpamaan kata-kata ahli-ahli sihir Firaun dan hujah Nabi Musa.

    Pendustaan itu sifatnya berbelit-belit macam ular. Kebenaran itu pula sifatya lurus seperti tongkat. Malah menjadi penyokong untuk tegak berdiri.

    Jika kita buat perbandingan, para ritualist selalu bermain dengan kata-kata yang berbelit-belit untuk menipu manusia bagi menghalalkan amalan ritual mereka. Mereka guna cerita-cerita hikayat orang terdahulu untuk menetapkan sesuatu perkara.

    Sedangkan para saintis hidup berpegang pada hujah yang ada bukti-bukti sebagai sokongan. Mereka guna hukum-hukum atau prinsip-prinsip yang Allah tetapkan pada alam semesta ini.

    Juang

    May 11, 2010 at 1:46 pm

  80. tolokminda:
    “Apakah yang bayangan maksud yang boleh kita tangkap dari perkataan Haji atau Hajah? Saya berpendapat ia adalah hujah. Perkataan haji berkait rapat dengan aktiviti berhujah atau membentangkan sesuatu penemuan atau idea atau cadangan atau apa saja berdasarkan fakta-fakta yang telah diselidik dengan tekun.”

    Sangat sependapat dengan pemahaman di atas.

    Adapun penyelidikan yang dilakukan dengan tekun untuk mendapatkan fakta-fakta, yang petunjuk Qurannya: mintalah jawaban, carilah apa yang ditetapkan, serta makan dan minumlah adalah merupakan aktivitas siyam.

    tolokminda:
    “Dan selepas mengambilkira maksud konteks yang lebih luas, saya merasakan tafsiran yang paling sesuai dengan perkataan haji adalah penyelidikan.”

    Pemahaman bahwa haji adalah penyelidikan mungkin dapat dijelaskan, sampai didapatkan kesimpulan tersebut.

    tolokminda:
    “Haji adalah tentang membuat penyelidikan dan hasil penyelidikan perlu

    dibentangkan kepada umum melalui suatu wadah intelektual (intellectual discourse) untuk dinilai secara terbuka benar salahnya.”

    Sepertinya bagian pertama pernyataan di atas adalah siyam, dan bagian kedua adalah hajj.

    Salam.

    faried

    May 12, 2010 at 9:28 am

  81. Tolokminda:
    “Umra pula lahir dari akar huruf yang sama dengan perkataan umur, makmur atau memakmurkan. Oleh itu saya merasakan dalam konteks yang lebih luas dan tepat, perkataan umra adalah tentang membangunkan sesuatu berdasarkan kepada hasil penyelidikan yang telah dibuktikan kebenarannya.”

    Umra memiliki beberapa arti. Selain memakmurkan, umra juga berarti kunjungan (visit):

    Ayn-Miim-Ra = to inhabit, dwell, mend, repair/revive, tend, build, promote, cultivate, make habitable, to make better, to develop, populate, to serve/uphold/observe/regard, to visit, to colonize, aimed at it, frequently visit, a visit in which is the cultivation of love/affection, repairing to an inhabited place.
    perform a sacred visitation, minor pilgrimmage, pilgrimmage with fewer rites.
    to remain alive (save life), to live, life, age, long-life, old-age.

    ‘Amara (prf. 3rd. p, m. plu.): They inhabited, populated.
    Ya’muru (imp. 3rd. m. sing.): He mends, keeps in a good and flourishing state.
    Ya’muruu (imp. 3rd. m. plu. final Nun dropped). They keep in a good and flourishing state.
    Nu’ammir: (Imp. 1st. plu. juss. II.): We grant long life.
    Yu’ammar (pip. 3rd. m. sing. II): You be given a long life.
    I’tamara (prf. 3rd. m. sing. VIII.): He did ‘umrah.
    Ista’mara (prf. 3rd. m. sing. X.): He made (you) dwell.
    ‘Amrun: Life.
    ‘Umuran (n. acc.): Life-time.
    ‘Umurun (n. nom.)
    Imaaratun (v, n.): Keeping in a good and flourishing state.
    Ma’muur (pct. Pic.): Much frequented.
    Mu’ammar (pis. pic. vb. II.): Goodman.
    ‘Imraan: proper name.

    amara vb. (I) – perf. act. 30:9 x2, impf. act. 9:17, 9:18, pcple. pass. 52:4,
    amr n.m. 15:72,
    imarah n.f. 9:19,
    imran n. prop. 3:33, 3:35, 66:12,
    umrah n.f. 2:196 x2,
    umur n.m. 10:16, 16:70, 21:44, 22:5, 26:18, 28:45, 35:11,

    ammara vb. (II) – impf. act. 35:37, 36:68, impf. pass. 2:96, 35:11, pcple. pass. 35:11,

    itamara vb. (VIII) – 2:158,

    istamara vb. (X) – perf. act. 11:61

    Lane’s Lexicon, Volume 5, pages: 438, 439, 440, 441, 442

    Berkaitan dengan pemahaman bahwa:
    Haji adalah aktiviti berhujah atau membentangkan sesuatu penemuan atau idea atau cadangan atau apa saja berdasarkan fakta-fakta yang telah diselidik dengan tekun, yang dibentangkan “kepada umum” melalui suatu wadah intelektual (intellectual discourse) untuk dinilai secara terbuka benar salahnya.”

    pemahaman saya, “kepada umum” adalah kepada orang yang mengadakan kunjungan (umra/visit) untuk menghadiri pertemuan intelektual dalam kaitan dengan hajj.

    Salam.

    faried

    May 12, 2010 at 10:02 am

  82. Salam Faried,

    Saya mentafsirkan hajj sebagai penyelidikan kerana ia proses paling utama yang diperlukan apabila kita mahu mengemukakan sesuatu hujah. Tanpa penyelidikan sesuatu hujah hanya berstatus cakap kosong atau paling lebih pun sekadar berteori. Apabila kita telah melakukan penyelidikan barulah sesuatu pandangan atau penemuan kita itu layak disifatkan sebagai hujah.

    Dan apabila penyelidikan kita terbukti kebenarannya, maka proses seterusnya adalah untuk membangunkan sesuatu (umra) yang relevan dari hasil penyelidikan berkenaan. Biasanya proses hajj dan umra atau penyelidikan dan pembangunan ini dilakukan oleh dua golongan yang berbeza – hajj dilakukan oleh golongan penyelidik (ahli akedemik) dan umra dilakukan oleh golongan industrialist atau pengusaha.

    Dari dua gabungan ini lahirlah apa yang disebut sebagai sains dan teknologi. Sains adalah berkaitan proses penyelidikan atau hajj dan teknologi adalah berkaitan dengan umra atau pembangunan. Maka lengkaplah ayat Allah mengenai hajj dan umra jika kita benar-benar mahu memikirkannya.

    2:196 “Dan lakukan penyelidikan (alhajja) dan pembangunan (waalAAumrata) untuk Allah…”

    –> Tuhan menyuruh kita terlibat dalam bidang penyelidikan dan pembangunan kerana ia merupakan kaedah untuk berbakti kepadaNya.

    2:196 (sambungan) “…Dan jika kamu kurang kemampuan, mulakan dari mana-mana petunjuk yang mudah dan jangan terlepas yang asas sehinggalah ia jelas kesahihannya…”

    –> Tuhan suruh kita mulakan dengan penyelidikan yang mudah dulu dan sentiasa cuba memahami prinsip-prinsip yang asas sehinggalah ia menjadi jelas dan tidak boleh dipertikai lagi kebenarannya.

    2:196 (sambungan) “…Maka jika sesiapa dari kamu tidak berkeupayaan atau tidak tersusun pengetahuan asasnya maka perkukuhkan diri kamu dengan melakukan puasa, atau membuat sumbangan atau pengorbanan diri…”

    –> Jika kita menghadapi kesukaran dalam penyelidikan kita atau pengetahuan asas kita belum cukup tersusun, Tuhan suruh kita perkukuhkan diri kita melakukan penyelidikan dalam keadaan berpuasa – iaitu mengasingkan diri atau mengurangkan interaksi dengan orang lain untuk memberi tumpuan yang sepenuhnya.

    2:196 (sambungan) “…Maka, sebaik saja kamu pasti; kepada yang berminat membangunkan hasil penyelidikan; maka mulakan dari mana-mana bukti (hasil penyelidikan) yang mudah.”

    –> Apabila penyelidikan kita itu telah terbukti kebenarannya maka sesiapa yang berminat bolehlah membangunkan sesuatu teknologi atau produk menggunakan hasil penyelidikan berkenaan. Tuhan kata sebagai permulaan kita boleh membangunkan sesuatu yang mudah dahulu.

    2:196 (sambungan) “…Bagaimanapun bagi sesiapa yang gagal memahaminya – berpuasalah selama 3 hari semasa membuat penyelidikan dan 7 (hari) apabila kamu mula sekali lagi. Itu bermakna 10 (hari) secara keseluruhannya. Ini adalah untuk mereka yang bukan berada di dalam komuniti/keluarga yang mengakui ketetapan-ketetapan yang direstui. Dan patuhi Tuhan dan kamu akan tahu bahawa sesungguhnya Tuhan sangat berat hukumanNya.”

    –> Saya bependapat ketetapan di atas pula adalah khusus kepada sesiapa yang belum terdedah kepada petunjuk Tuhan, masih di peringkat awal untuk memahami Al-Quran – maka Tuhan tetapkan supaya mereka berpuasa mengikut jumlah hari yang dinyatakan dalam usaha menyelidiki perkara-perkara asas yang terkandung di dalam Kitab Tuhan itu.

    –> Tuhan turut mengingatkan manusia supaya mematuhi ketetapanNya ini agar kita mendapat petunjuk kerana jika kita gagal kemungkinan besar kita akan berhadapan dengan hukuman Tuhan yang amat berat di akhirat nanti.

    2:196 Dan lakukan penyelidikan (alhajja) dan pembangunan (waalAAumrata) untuk Allah. Dan jika kamu kurang kemampuan, mulakan dari mana-mana petunjuk yang mudah dan jangan terlepas yang asas sehinggalah ia jelas kesahihannya. Maka jika sesiapa dari kamu tidak berkeupayaan atau tidak tersusun pengetahuan asasnya maka perkukuhkan diri kamu dengan melakukan puasa, atau membuat sumbangan atau pengorbanan diri. Maka, sebaik saja kamu pasti; kepada yang berminat membangunkan hasil penyelidikan; maka mulakan dari mana-mana bukti (hasil penyelidikan) yang mudah. Bagaimanapun bagi sesiapa yang gagal memahaminya – berpuasalah selama 3 hari semasa membuat penyelidikan dan 7 (hari) apabila kamu mula sekali lagi. Itu bermakna 10 (hari) secara keseluruhannya. Ini adalah untuk mereka yang bukan berada di dalam komuniti yang mengakui ketetapan-ketetapan yang direstui. Dan patuhi Tuhan dan kamu akan tahu bahawa sesungguhnya Tuhan sangat berat hukumanNya.

    tolokminda

    May 12, 2010 at 11:16 am

  83. Salam,

    Untuk teknologi komputer sampai ke tahap yang kita lihat pada hari ini, ia bermula daripada hukum mudah iaitu membezakan pasangan logik 0 dan 1, di mana 0 tak sama dengan 1 dan 1 lebih besar daripada 0. Apabila hukum semua itu dipatuhi, maka hukum-hukum lain disebaliknya mula dibukakan kepada manusia.

    Allah cipta alam semesta ini berpasang-pasangan. Seperti mana benar dan dusta. Jika kita mudah membezakan benar dan dusta, maka jalan hidup kita seterusnya semakin dipermudahkan, seperti mana Allah izinkan komputer mempermudahkan hidup manusia. Bayangkan daripada pasangan logik 0 dan 1 itu, terhasilnya pelbagai kecanggihan yang tidak terfikir oleh manusia sebelum ini.

    Semua itu dicapai oleh manusia kerana adanya para saintis (penyelidik) dan para pengusaha (pembangun). Namun orang-orang yang menyumbangkan manfaat besar kepada tamadun manusia itu sering dicemuh dan dikatakan mengejar keduniaan semata-mata mereka mengkagumi ilmu sains yang Allah turunkan kepada mereka.

    Juang

    May 12, 2010 at 1:43 pm

  84. Salam,

    Beberapa waktu lalu, saya mendapat terjemahan tentang 2.196:

    Waatimmoo alhajja = dan sempurnakanlah perdebatan

    waalAAumrata lillahi = dan kunjungan karena Allah

    fain ohsirtum = maka jika kalian terkepung

    fama istaysara = maka (ambillah) apa yang dirasa mudah

    mina alhadyi = dari petunjuk

    wala tahliqoo ruoosakum = dan jangan mencukur di kepala (berhenti berpikir)

    hatta = hingga

    yablugha alhadyu = matang (mengerti dengan baik) petunjuk

    mahillahu = yang dihalalkan (yang sudah disepakati dalam haji)

    faman kana minkum = maka barangsiapa di antara kalian

    mareedan = sakit (tidak berdaya)

    aw bihi athan = atau dengannya ada kesulitan

    min rasihi = dari yang di kepalanya (otak/pikiran)

    fafidyatun = maka tebusannya (jalan keluarnya)

    min siyamin = antara lain siyam (mempelajari Alquran dengan sungguh-sungguh/tekun)

    aw sadaqatin = atau perkataan yang membenarkan

    aw nusukin = atau penetapan

    faitha amintum = maka jika kalian telah aman/tenteram

    faman tamattaAAa = maka barangsiapa yang akan memanjangkan/meneruskan

    bialAAumrati = dengan kunjungan

    ila alhajji = kepada perdebatan

    fama istaysara = maka (ambillah) yang mudah

    mina alhadyi = dari petunjuk

    faman = maka barangsiapa yang

    lam yajid = tidak memperoleh manfaat (tidak mengerti)

    fasiyamu = maka siyamlah

    thalathati ayyamin = tiga hari

    fee alhajji = pada (waktu) perdebatan

    wasabAAatin = dan tujuh hari

    itha rajaAAtum = apabila kalian telah kembali

    tilka AAasharatun kamilatun = itulah sepuluh hari yang sempurna

    thalika = demikian itu

    liman lam yakun = bagi orang yang tidak ada

    ahluhu = keahliannya

    hadiree = kecerdasan

    almasjidi alharami = Masjidil Haram (Alquran)

    waittaqoo Allaha = dan bertakwalah (kepada) Allah

    waiAAlamoo = dan ketahuilah

    anna Allaha = bahwasanya Allah

    shadeedu alAAiqabi = sangat kuat pembalasanNya

    “Dan sempurnakanlah perdebatan dan kunjungan karena Allah. Maka jika kalian terkepung, maka (ambillah) apa yang dirasa mudah dari petunjuk dan jangan mencukur di kepala (berhenti berpikir) hingga matang (mengerti dengan baik) petunjuk yang dihalalkan (yang sudah disepakati dalam haji). Maka barangsiapa di antara kalian sakit (tidak berdaya), atau dengannya ada kesulitan dari yang di kepalanya (otak/pikiran) maka tebusannya (jalan keluarnya) antara lain siyam (mempelajari Alquran dengan sungguh-sungguh/tekun), atau perkataan yang membenarkan, atau penetapan. Maka jika kalian telah aman/tenteram, maka barangsiapa yang akan memanjangkan/meneruskan dengan umrah (kunjungan) kepada perdebatan (hajj), maka (ambillah) yang mudah dari petunjuk. Maka barangsiapa yang tidak memperoleh manfaat (tidak mengerti), maka siyamlah tiga hari pada (waktu) perdebatan (hajj) dan tujuh hari apabila kalian telah kembali. Itulah sepuluh hari yang sempurna. Demikian itu bagi orang yang tidak ada keahliannya, kecerdasan (tentang) Masjidil Haram (Alquran). Dan bertakwalah (kepada) Allah dan ketahuilah bahwasanya Allah sangat kuat pembalasanNya.”

    tolokminda:
    “2:196 Dan lakukan penyelidikan (alhajja) dan pembangunan (waalAAumrata) untuk Allah. Dan jika kamu kurang kemampuan, mulakan dari mana-mana petunjuk yang mudah dan jangan terlepas yang asas sehinggalah ia jelas kesahihannya. Maka jika sesiapa dari kamu tidak berkeupayaan atau tidak tersusun pengetahuan asasnya maka perkukuhkan diri kamu dengan melakukan puasa, atau membuat sumbangan atau pengorbanan diri. Maka, sebaik saja kamu pasti; kepada yang berminat membangunkan hasil penyelidikan; maka mulakan dari mana-mana bukti (hasil penyelidikan) yang mudah. Bagaimanapun bagi sesiapa yang gagal memahaminya – berpuasalah selama 3 hari semasa membuat penyelidikan dan 7 (hari) apabila kamu mula sekali lagi. Itu bermakna 10 (hari) secara keseluruhannya. Ini adalah untuk mereka yang bukan berada di dalam komuniti yang mengakui ketetapan-ketetapan yang direstui. Dan patuhi Tuhan dan kamu akan tahu bahawa sesungguhnya Tuhan sangat berat hukumanNya”

    Silakan perbandingkan kedua terjemahan tersebut dengan mencocokkan transliterasi dan terjemahan dari en tolokminda.

    faried

    May 12, 2010 at 2:35 pm

  85. Salam,

    Apa terjemahan anda atas bagian ayat di bawah:

    faman tamattaAAa = maka barangsiapa yang akan memanjangkan/meneruskan

    bialAAumrati = dengan kunjungan

    ila alhajji = kepada perdebatan

    faried

    May 12, 2010 at 2:42 pm

  86. Salam Faried,

    Kalau diteliti terjemahan bapak dengan terjemahan saya sebenarnya agak selaras. Bezanya cuma bapak mentafsirkan perkataan umra kepada kunjungan tetapi saya melihatnya sebagai pembangunan. Begitu juga hajj bapak tafsirkan sebagai perdebatan tetapi saya melihatnya sebagai penyelidikan.

    Pendek kata, perkataan-perkataan kunci yang saya lihat dalam ayat 2:196 adalah penyelidikan (hajj) dan pembangunan (umrata) sebagaimana yang dinyatakan di awal ayat. Puasa (syiam) dalam dalam ayat ini pula merupakan satu kaedah yang dapat mengukuhkan diri seseorang dalam memahami Al-Quran mahupun dalam aktiviti penyelidikan secara umumnya.

    Untuk bahagian yang ditanyai bapak menterjemahkan seperti berikut:-

    –> “Maka jika kalian telah aman/tenteram, maka barangsiapa yang akan memanjangkan/meneruskan dengan umrah (kunjungan) kepada perdebatan (hajj), maka (ambillah) yang mudah dari petunjuk.”

    Saya pula menterjemahkan begini,

    –> “Maka, sebaik saja kamu pasti; kepada yang berminat membangunkan hasil penyelidikan; maka mulakan dari mana-mana bukti (hasil penyelidikan) yang mudah.”

    Pada dasarnya saya melihat arah kedua-dua terjemahan hampir sehala, cuma tafsiran perkataan sebagaimana yang saya sebutkan di atas saja yang berbeza.

    tolokminda

    May 12, 2010 at 3:37 pm

  87. pbuu!maaaf ye! saya tidak pandai mengatur kata2 seperti Faried,TM,Juang dll hanya dapat sertakan ayat je!
    2.196 Taatilah setiap cabaran dan makmurkanlah kerana Allah. Jika kamu cekap mengatur maka dapatkan yang munasabah daripada petunjuknya dan jangan kamu kusutkan fikiranmu apabila sampai petunjuk kesuatu tahap tertinggi. Sesiapa diantara kamu berpenyakit atau terganggu dari pemikirannya maka gantikan dengan kajian mendalam atau bersedekah atau memberi hadiah. Kamu akan merasa aman dan selesa dengan kemakmuran dan cabaran yang mudah didapati daripada petunjuknya.Sesiapa tidak mendapatinya maka buatlah kajian mendalam tiga hari semasa cabaran dan tujuh hari apabila kamu kembali pulih menggenapkanya sepuluh hari. Demikian itu untuk siapa tidak disertai keluarganya ketika hadir mematuhi laranganya. Prihatinlah Allah dan ketahuilah Allah sangat dahsyat akibat pembalasanya.
    Dapatlah kiranya anda renungkan bersama, sekian.

    chong

    May 12, 2010 at 9:09 pm

  88. Salam,

    Terima kasih saudara Chong kerana sudi berkongsikan pemahaman ayat 2.196. Walaupun terjemahan ayat tersebut berbeza dengan yang saudara Faried dan Tolokminda kemukakan, namun mesej utama ayat tersebut tiada ada kaitan langsung dengan amalan ritual mengelilingi bangunan batu di Mekkah.

    Jika kita fikirkan pun, Allah hidupkan manusia di muka bumi itu sebagai khalifah. Dan ciri-ciri utama yang melayakkan manusia jadi khalifah adalah memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Jadi, apa kaitannya amalan mengelilingi bangunan batu ke arah memiliki ilmu yang tinggi (untuk menjadi khalifah)?

    Tetapi bila hajj itu dikatakan berhujah atau penyelidikan yang kedua-dua itu mencabar minda manusia, jelas proses itu dapat meningkatkan ilmu pengetahuan manusia.

    Apabila kita tahu tujuan hidup kita sebagai khalifah yang mempunyai ketinggian ilmu, mudah kita fahami mesej sebenar Al Quran. Sudah pasti segala suruhan Al Quran ke arah melahirkan manusia berciri-ciri khalifah.

    Jadi, segala amalan yang tidak berkaitan langsung ke arah menjadi khalifah itu hanyalah diada-adakan oleh orang-orang yang mahu berbangga diri dan perasan dirinya mulia dengan membuat amalan tersebut. Kaum-kaum lain yang tidak beritual macam mereka dikatakan kafir.

    Juang

    May 13, 2010 at 11:53 am

  89. salam,
    saya xpandai arab,bagi pendapat je

    9:17-18
    Tidaklah layak orang-orang musyrik(penyembah idola) itu memupuk(ya’muru=umrah) ketundukan kepada Allah(masajidillah), padahal mereka mengakui akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu sia-sia amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka.
    Sesungguhnya yang layak memupuk ketundukan kepada Allah(masajidillah)itu ialah orang-orang yang percaya kepada Allah dan hari kemudian, mendukung komitmen(solata), dan membuatnya dengan tulus(zakata) dan tidak takut melainkan kepada Allah, maka mudah-mudahan mereka termasuk golongan yang mendapat petunjuk.

    2:258
    Tidakkah engkau melihat orang yang mendebat(hajja) Ibrahim mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Ibrahim berkata: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan”. Ia menjawab: “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan”. Ibrahim berkata lagi: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?” Maka tercenganglah orang yang kafir itu. Dan Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.

    3:96-97
    Sesungguhnya system(bayt) yang terawal dibangunkan untuk manusia ialah dari bakka yang berkat dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam.
    Padanya ada tanda-tanda keterangan yang nyata, peribadi Ibrahim, Dan sesiapa yang mencontohi dia maka amanlah dia.Dan Allah perintahkan manusia perdebatkan system(hijjul-bayt) iaitu bagi sesiapa yang mampu menemui jalan kearahnya(siapa yang memahami system). Dan sesiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dari sekalian alam.

    22:26-29
    Dan ketika Kami tempatkan Ibrahim di dalam system(bayt),: “Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah sistemKu(baytya) bagi segolongan manusia(thoiffin), iaitu orang-orang yang benar(qa’imin), merendah diri(ruku) dan tunduk(sujud).
    “Dan serulah umat manusia kepada perdebatan(Hajji) agar datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang setiap unta yang kurus,mereka datang dari berbagai penjuru yang jauh.
    “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan manfaat kepada mereka serta mengingat dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang termaklum, atas rezeki yang diberi kepada mereka berupa binatang-binatang ternak; Maka makanlah sebagian darinya dan berilah makan kepada orang yang fakir.
    “Kemudian hendaklah mereka menghilangkan kotoran mereka dan menyempurnakan nazar-nazarnya(ikrar2), dan hendaklah mereka membiasakan diri(tawaf) dengan system terdahulu(baytulatiq)”.

    2:197
    Perdebatan(hajju) itu ialah pada situasi yang tertentu. Oleh yang demikian sesiapa yang mahu berdebat(hajja), maka tidak boleh berkata kesat(rafas),berbuat licik(fusuqa), dan bertengkar(jidala), dalam masa perdebatan(hajji). Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah taqwa;dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal.

    2:158-160
    Sesungguhnya pilih-memilih(safa) dan keraguan(marwah) itu ialah syiar Allah; maka sesiapa yang mahu perdebatkan system(hajjal-bayta) dan ianya membuahkan hasil(atamar), maka tiadalah menjadi salah dia menjadi biasa(tawaf) dengan keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan kebajikan, maka Allah Maha Mensyukuri, lagi Maha Mengetahui.
    Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
    Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki serta menerangkannya; maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

    2:196
    Dan sempurnakanlah perdebatan(hajja) dan pupuklah(umra)kerana Allah; jika kamu tidak mampu, maka ambilah apa yang mudah daripada petunjuk(hadyu); dan janganlah kamu membebankan fikiranmu sehingga petunjuk(hadyu) itu dapat difahami. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau ada bebanan di fikirannya, maka fidyahnya disiplin diri(siyam), atau bersedekah, atau berkorban. Kemudian apabila kamu kembali aman, maka sesiapa yang mahu memupuk dalam perdebatan(hajji),ambilah apa yang mudah dari petunjuk(quran). Kalau ia tidak dapat, maka hendaklah ia mendisiplinkan diri(siyam) tiga hari dalam masa perdebatan(hajji) dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali pulih; semuanya itu sepuluh. Hukum ini ialah bagi orang yang bukan tergolong(ahlul) dalam ketundukan larangan(masjid Al-Haraam). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat seksaNya.

    2:198-200
    Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu. Maka apabila kamu bersatu dengan yang nyata(arafah)(petunjuk),maka ingatlah Allah pada fahaman larangan(Masya’rilharam), dan ingatlah Allah sebagaimana Ia telah menunjuki kamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah.
    Oleh itu bersatulah dengannya(petunjuk) agar kamu menyatukan manusia, dan mohonlah ampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
    Kemudian apabila kamu telah selesai membuat pengorbanan diri kamu, maka hendaklah kamu mengingati Allah sebagaimana kamu dahulu mengingati bapa kamu, bahkan dengan ingatan lebih dari itu. Dan ada di antara manusia yang berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami di dalam dunia”. dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.

    16:125
    Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan bertengkarlah(wajadilhum) dengan mereka dengan cara yang baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.

    29:46
    Dan janganlah kamu bertengkar(la-tujadilu) dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah : “Kami telah beriman kepada yang diturunkan kepada kami dan kepada yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami menjadi muslim.”

    22:8
    Dan ada di antara manusia yang bertengkar(yujadilu)tentang Allah tanpa ilmu, tanpa petunjuk, tanpa kitab yang memberi penerangan.

    fariq

    July 6, 2010 at 5:56 pm

  90. 2:139 Katakanlah: “Apakah kamu hendak berdebat(atu-hajju) dengan Kami tentang Allah, Padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu; bagi kami amalan kami, dan bagi kamu amalan kamu dan hanya kepada-Nya Kami mengikhlaskan hati.

    fariq

    July 7, 2010 at 12:09 pm

  91. Salam saudara Fariq,

    Teruskan memberi pendapat mengenai isi kandungan Al Quran agar mesej-mesej Allah dapat diketengahkan kembali ke dalam masyarakat kita.

    Jangan jadi macam orang kafir terdahulu yang sekadar mampu memperlekehkan ayat-ayat Al Quran dengan berkata “inilah sihir yang nyata”.

    Juang

    July 7, 2010 at 3:43 pm

  92. ini boleh juga:

    22:27
    dan serulah manusia kepada perdebatan yang dibuatmu seorang lelaki menentang setiap orang yang lemah/sedikit(pengetahuannya),mereka datang dari setiap tempat yang jauh.

    fariq

    July 7, 2010 at 4:30 pm

  93. “””Salam saudara Fariq,

    Teruskan memberi pendapat mengenai isi kandungan Al Quran agar mesej-mesej Allah dapat diketengahkan kembali ke dalam masyarakat kita.

    Jangan jadi macam orang kafir terdahulu yang sekadar mampu memperlekehkan ayat-ayat Al Quran dengan berkata “inilah sihir yang nyata”””””—–juang.

    hah.. mula dah korang ni… terjemah sendiri je.. dah tau tak pandai bahasa arab, lagi mau beri pendapat & terjemahan sendiri… semua bodoh.. woi juang.. takut ke? mari lah kita face to face… bacul..

    carnivore

    July 8, 2010 at 9:54 am

  94. Salam,

    Dalam Al Quran, tiada pun larangan ia diterjemahkan dengan pendapat sendiri.

    Perasan macam tuhan pula mereka nak pandai-pandai buat ketetapan sendiri.

    Di antara orang-orang yang beri pendapat sendiri dengan orang-orang yang buat ketetapan sendiri, sudah pasti yang buat ketetapan sendiri itu seumpama iblis, kerana iblis menetapkan hukum bahawa dijadikan daripada api lebih baik daripada dijadikan daripada tanah.

    Juang

    July 8, 2010 at 3:50 pm

  95. Salam,

    Setakat nak beri pendapat sendiri tentang Al Quran pun sudah lemah dan penakut, itukah orang-orang yang benar? No wonderlah mereka dimasukkan dalam kaum yang lemah walaupun ramai kuantitinya.

    Juang

    July 8, 2010 at 3:51 pm

  96. Tepuk dada tanyalah Allah…
    Hanya Allah Maha Mengetahui…

    Bahco

    July 8, 2010 at 9:39 pm

  97. “The Abadián moreover say, that the prophets of the early faith, or the kings of Farsistán and the Yezdánián, held the stars to be the Kiblah of prayer, and always paid them adoration, especially when a star was in its own house or in its ascendant, free from evil aspects; they then collected whatever bore relation to that planet, and engaged in worship, seating themselves in a suitable place, and suffering no one to come near them: they practiced austerities; and on the completion of their undertaking, exhibited kindness to the animal creation.”

    “In front of each temple was a large fire-temple, so that there were seven in all: namely, the Kaiwan-ár, Hormuz-ázar, Bahram-ázar, Hár-ázar, Nahíd-ázar, Tir-ázar, and Máh-ázar, so that each fire-temple was dedicated to one of the seven planets, and in these they burnt the proper perfumes. They assert that, during the flourishing empire of the early monarchs, several sacred structures, such as those of the Kabah and the holy temple of Mecca; Jerusalem; the burial place of Muhammad; the asylum of prophecy, in Medina; the place of repose of Ali, the prince of the faithful in Najf; the sepulcher of Imam Husain in Kerbela; a the tomb of Imam Musa in Baghdad; the mausoleum of Imam Reza in Sanábád of Tus; and the sanctuary of Ali in Balkh, were all in former times idol and tire-temples. They say that Mahabad after having built a fire temple, called Haftsur or seven ramparts, in Istakhar of Persia, erected a house to which he gave the name of Abád, and which is at present called the Kâah: and which the inhabitants of that country were commanded to hold in reverence: among the images of the Kâbah was one of the moon, exceedingly beautiful, wherefore the temple was called Mágáh (Moon’s place) which the Arabs generally changed into Mekka. They also say that among the images and statues left in the Kâbah by Mahabad and his renowned successors, one is the black stone, the emblem of Saturn. They also say that the prophet of Arabia worshipped the Seven planets, and he therefore left undisturbed the black stone or Saturn’s emblem, which had remained since the time of the Abadian dynasty; but that he broke or carried away the other figures introduced by the Koreish, and which were not formed according to the images of the stars. In most of the ancient temples of Persia they had formed the symbol of Venus in the figure of a Mihrab, or arch, like the altar of the mosques: consequently the present Mihrab, or altar, is that identical symbol: which assertion is also proved by the respect paid to Friday or the day of Venus.”

    fariq

    July 8, 2010 at 11:09 pm

  98. wei.. mangkuk ayun Hj Juang..

    (mangkuk kata akarnya bermaksud bekas yg menampung atau menyimpan seseuatu benda, lazimnya benda yg elok dan bersih. boleh digunakan sebagai gelaran utk seseorang apabila terasa kagum terhadap seseorang tersebut)

    justeru itu aku kagum dan terkejut dgn mangkuk ayun Hj Juang.

    jolok minda

    July 9, 2010 at 5:25 pm

  99. “””pbuu!maaaf ye! saya tidak pandai mengatur kata2 seperti Faried,TM,Juang dll hanya dapat sertakan ayat je!
    2.196 Taatilah setiap cabaran dan makmurkanlah kerana Allah. Jika kamu cekap mengatur maka dapatkan yang munasabah daripada petunjuknya dan jangan kamu kusutkan fikiranmu apabila sampai petunjuk kesuatu tahap tertinggi. Sesiapa diantara kamu berpenyakit atau terganggu dari pemikirannya maka gantikan dengan kajian mendalam atau bersedekah atau memberi hadiah. Kamu akan merasa aman dan selesa dengan kemakmuran dan cabaran yang mudah didapati daripada petunjuknya.Sesiapa tidak mendapatinya maka buatlah kajian mendalam tiga hari semasa cabaran dan tujuh hari apabila kamu kembali pulih menggenapkanya sepuluh hari. Demikian itu untuk siapa tidak disertai keluarganya ketika hadir mematuhi laranganya. Prihatinlah Allah dan ketahuilah Allah sangat dahsyat akibat pembalasanya.
    Dapatlah kiranya anda renungkan bersama, sekian.””””— Chong.

    dah kau copy paste terjemahan aidid safar, memang la.. kau langsung tak bleh guna otak kau ke chong? kesian kau, nak tulis tak reti.. copy paste orang pumye je.. jadi la ek.. bleh gak kau tumpang skaki… oo, baru aku teringat.. kat thread lain ko ada paste pasal siapa yang tak gunakan otak ntuk berfikir orang tu sama dengan najis.. kau la najis tu sebenarnye ye tak? takpe.. najis pon ade value gak.. bleh juge buat baja..

    carnivore

    July 9, 2010 at 5:34 pm

  100. wei mangkuk hj juang,

    memang aku kagum habis dgn tahap putar belit korang nih..

    makin yakin lah aku berpendapat kau ni sesat,

    quote juang”
    Di antara orang-orang yang beri pendapat sendiri dengan orang-orang yang buat ketetapan sendiri, sudah pasti yang buat ketetapan sendiri itu seumpama iblis, kerana iblis menetapkan hukum bahawa dijadikan daripada api lebih baik daripada dijadikan daripada tanah.”

    sapa yg bagi pendapat sapa yg buat ketetapan ni..
    putar belit betullah..
    dgn menukar maksud terjemahan sikit kaorang buat ketetapan sendiri kan!!

    korang buat ketetapan berdasarkan pendapat sendiri bukan!!

    tak payah pegi haji.. korang punya ketetapan berdasarkan pendapat sendiri kan.

    babi tak haram di makan!!

    sendiri cakap sendiri iblis.

    jolok minda

    July 9, 2010 at 5:38 pm

  101. Salam,

    Setelah Allah tunjukkan mereka termasuk dalam golongan yang gagal mengemukakan bukti-bukti ayat Allah menetapkan apa yang mereka ada-adakan, Allah tunjukkan mereka dimasukkan dalam golongan yang gagal mengawal emosi untuk berhujah dengan matang.

    Kesian, di dunia lagi mereka sudah gagal seperti mana orang-orang kafir terdahulu gagal mengemukakan bukti dan gagal mengawal emosi.
    :)

    Juang

    July 10, 2010 at 3:29 pm

  102. saya melihat saudara juang juga gagal memperlihatkan bukti yang nyata dalam perdebatan. kadang2 jelas juga saudara juang tidak dapat mengawal emosi. kata dulang paku serpih kata orang dia yang lebih. :-). apa-apapun saya tiada masalah dengan anda. cuma saya kesian pada anda dan mereka yang terpengaruh dengan anda. solaa adalah komitmen?? rasulullah telah menunjukan dengan jelas apakah itu solaa yang disebut didalam Quran. the evidence was overwhelming. keep on seaching for the truth juang, if you are indeed sincere, ALLAH will show you the evidence you are longing for so long. try reset your mind from zero. insyallah.

    koi

    July 10, 2010 at 11:01 pm

  103. Salam Koi,

    “rasulullah telah menunjukan dengan jelas apakah itu solaa yang disebut didalam Quran. the evidence was overwhelming.”

    Boleh tuan/puan tunjukkan berdasarkan ayat-ayat al-quran maksud solat itu supaya kita dapat memikirkannya?

    TQ.

    Admin EMK

    July 10, 2010 at 11:17 pm

  104. 22. dan (ingatlah),pada hari Kami menghimpun mereka semuanya kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang mempersekutukan Allah: “Di manakah sembahan-sembahan kamu yang dulu kamu katakan kami?
    (kaabah,hajarulaswad,masjid suci,keblah dll yang semuanya diciplak dari agama2 yang lain)

    23. kemudian Tiadalah fitnah mereka, kecuali mengatakan: “Demi Allah, Tuhan Kami, Tiadalah Kami mempersekutukan Allah”.(tak nak mengaku pulak)

    24. lihatlah bagaimana mereka telah berdusta kepada diri mereka sendiri dan sembahan-sembahan yang dahulu mereka ada-adakan telah hilang.(dah xde plak)

    25. dan di antara mereka ada orang yang mendengarkan bacaanmu, Padahal Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka (sehingga mereka tidak) memahaminya dan (kami letakkan) sumbatan di telinganya. dan jikapun mereka melihat segala tanda (kebenaran), mereka tetap tidak mau beriman kepadanya. sehingga apabila mereka datang kepadamu untuk membantahmu, orang-orang kafir itu berkata: “Al-Quran ini tidak lain hanyalah dongengan orang-orang dahulu.”
    (klu zaman ni dia orang akan cakap orang yang baca Quran bodoh klu xpg blajar dengan ahli agama,orang yang kembali kepada kebenaran diorang bantah sebagai SESAT)

    26. dan mereka melarang (orang lain) mendengarkan Al-Quran dan mereka sendiri menjauhkan diri daripadanya, dan mereka hanyalah membinasakan diri mereka sendiri, sedang mereka tidak menyadari.
    (zaman ni bukan sahaja diorang menjauhkan diri malah boleh jamin ada ramai yang pandai ‘mengaji’ tapi xpernah baca untuk paham kandungan Quran,sebabnya hanya ulamak sahaja yang bleh paham,diorang cuma taw ikot ja)

    fariq

    July 11, 2010 at 11:07 am

  105. admin, boleh tolong tunjukan pada saya bukti bahawa Al Quran itu betul dari kata2 ALLAH? bukan mainan ciptaan orang arab? tq ;)

    koi

    July 11, 2010 at 11:16 am

  106. maaf soalan anda saya balas dengan soalan. sebab saya rasa soalan itu sudah ditanya dan dijawab oleh pelbagai orang baik disini dan ditempat anda. mungkin jawapan itu tidak memenuhi citarasa anda yang sangat ingin untuk tidak solaa.. ;)

    koi

    July 11, 2010 at 11:21 am

  107. Salam,

    Al Quran itu betul daripada Allah kerana ketetapan Allah yang disebut dalam Al Quran benar-benar terjadi. Kalau tak terjadi, maka logiklah Al Quran itu mainan orang Arab.

    Apabila ada manusia kata “bumi ini bulat”, bukan orang itu yang jadikan bumi berbentuk bulat, tetapi Allah yang tetapkan begitu. Samalah seperti Al Quran, bila Nabi sampaikan pengajarannya, bukan Nabi yang buat ketetapan itu, tetapi Allah.

    Tetapi bila ada manusia kata, solat kena mengadap ke arah objek tertentu, mereka gagal kemukakan bukti Allah tetapkan begitu. Membuat amalan tanpa bukti, samalah macam orang kafir terdahulu menetapkan kena bersujud kepada matahari tanpa kemukakan bukti Allah menetapkan sedemikian.

    Orang-orang yang beriman tak tergamak beramal macam orang kafir terdahulu yang gagal kemukakan bukti.

    Juang

    July 11, 2010 at 12:00 pm

  108. Salam,

    saya melihat saudara juang juga gagal memperlihatkan bukti yang nyata dalam perdebatan. kadang2 jelas juga saudara juang tidak dapat mengawal emosi. kata dulang paku serpih kata orang dia yang lebih.

    Kalau saya di pihak yang gagal, tentulah orang-orang yang suruh sujud ke arah batu itu berjaya bawakan ayat Al Quran mana yang menunjukkan Allah perintahkan manusia bersolat mengadap ke arah batu.

    Tetapi realitinya, sejak blog ini diwujudkan, orang-orang yang menyuruh amalan itu tidak berupaya bawakan apa-apa bukti. Lepas itu mereka kata orang lain yang tak bawa bukti.

    Takkan asyik berhujah lemah macam itu? Come on lah. Jika amalan mereka yang sudah lama wujud itu benar, sepatutnya mudah-mudah mereka tunjukkan bukti yang Allah tetapkan manusia kena beramal macam itu? Sedangkan amalan bumi keliling matahari pun boleh dibuktikan benar dan difikirkan kelogikannya, takkanlah amalan manusia mengadap ke arah objek-objek tertentu mereka gagal kemukakan bukti?

    Orang kafir terdahulu sahaja gagal kemukakan bukti kenapa mereka perlu sujud ke arah matahari, bulan mahupun binaan-binaan manusia.

    Juang

    July 11, 2010 at 12:11 pm

  109. Salam,

    fariq: 6.26. dan mereka melarang (orang lain) mendengarkan Al-Quran dan mereka sendiri menjauhkan diri daripadanya, dan mereka hanyalah membinasakan diri mereka sendiri, sedang mereka tidak menyadari.(zaman ni bukan sahaja diorang menjauhkan diri malah boleh jamin ada ramai yang pandai ‘mengaji’ tapi xpernah baca untuk paham kandungan Quran,sebabnya hanya ulamak sahaja yang bleh paham,diorang cuma taw ikot ja)

    Syabas saudara fariq. Tepat sekali ayat Al Quran di atas dengan perangai rata-rata orang Melayu beragama Islam hari ini.

    Mereka melarang kita memahami Al Quran dengan cara menjadikan pembesar agama mereka sahaja ada hak esklusif nak tafsir Al Quran, mereka jadikan Al Quran sekadar untuk dilagu-lagukan, mereka buat dakwaan dusta kononnya kitab riwayat hadis adalah penjelas kepada Al Quran dan mereka kata tak boleh kaji Al Quran guna akal.

    Sedangkan Al Quran suruh kita fikirkan apa yang Allah turunkan kepada Nabi (Al Quran).

    16:44. Dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur; dan Kami menurunkan Peringatan kepada kamu supaya kamu memperjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka; dan supaya mereka memikirkan.

    Juang

    July 11, 2010 at 12:20 pm

  110. Salam koi,

    hj Tm, Hj juang and the gang..
    mereka2 ini faham tentang perkara tersebut
    Al Quran adalah terpelihara..
    dijamin oleh Allah sendiri.

    Jelas lagi nyata..
    Allah telah berfirman dalam Al Quran
    supaya kita:
    bersolat
    pergi melakukan haji
    berpuasa
    Haram makan khinzir

    so, apalagi yg mereka boleh lakukan..
    penafsiran melalui terjemahan
    agar kepentingan diri terjaga
    supaya mereka tak perlu
    pergi haji
    takperlu bersolat
    tak perlu berpuasa
    boleh makan babi
    boleh minum arak

    jangan terkejut jika mereka boleh menghalalkan zina pula selepas ini. salah menghampiri tak salah jikalau terus melakukan zina.

    haji=penyelidikan (hasil kajian mereka)
    puasa=membisukan diri (hasil kajian mereka juga)
    khinzir=daging busuk (kajian lagi)
    solat=komitmen (hasil kajian juga)

    apalah yg dimaksudkan dgn komitmen itu???
    pekara2 seharian yg kita lakukan..??
    proses kita mencari rezeki???
    walaubagaimanapun dgn menukar solat kepada komitmen
    merekat tidak perlu bersolat lagi..

    ketawa besar iblis mendengar hasil kajian ini.

    cuba renungkan ayat2 A Quran ini:
    Surah Al Jumu’ah.
    ayat 9 dan 10.

    [9]
    Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
    [10]
    Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

    apakah maksud mereka:
    tinggalkanlah komitmen untuk melakukan komitmen.
    dah sesudah selesai melakukan komitmen lakukanlah komitmen.

    sudah jelas.. sudah nyata.

    janganlah menjadi yahudi dgn kisah sapi betina.

    jolokminda

    July 11, 2010 at 12:48 pm

  111. Juang and gang;

    jika kamu ternampak papan tanda
    “jangan buang sampah”
    apa yg kamu fikirkan..
    bagaimana cara untuk buang sampah tanpa bersalah, bukan.

    salah buang sampah..
    salah yg macamna..
    bagaimana cara buang sampah yg salah tu..
    tak tunjuk pun contoh cara buang sampah.

    jika saya pergi letak sampah tu elok2
    mesti saya tak salah bukan?

    “dilarang merokok”
    merokok yg bagaimana
    hisap curut tak salah lah maksudnya.
    merokok salah.. hisap rokok tak salah.
    dan sebagainya lagi boleh dipersoalkan.

    kalau beginilah fikiran kamu dalam memahami maksud hukum dan peraturan, porak perandalah dunia manusia.
    hukum Allah sendiri boleh dikona kona
    apatah lagi peraturan manusia.

    hukum adalah jelas dan nyata!!

    Janganlah menjadi seperti yahudi dan kisah sapi betina.

    banyak pula soal dan songelnya

    jolokminda

    July 11, 2010 at 1:05 pm

  112. saudara juang,

    Al-Quran ialah buku yang paling malang sekali di dunia ni..mereka jadikannya satu-satunya buku yang orang baca xpayah paham,asal sedap lagu dan tajwidnya sudahla.keji sungguh perbuatan mereka.Dah la begitu,orang bukan ‘islam’ diharamkan pegang Quran,diorang monopoli ayat2 Allah,dan orang yang baca terjemah diibaratkan belajar dgn setan,melainkan tanya uztaz dan ulamak.APA PUNYA KOLOT DAN KEJI MEREKA SEMUA

    tak boleh kah mereka fikir logik yang buku diturunkan untuk dibaca dan difahami bukan untuk dilagukan.alfatehah saje dah 17 kali dibacakan dlm sembahyang.KOrang ingat tuhan xpaham ke surah tu? yang korang mengadap dia hari2 dan baca semula ayatNya mcm nk mengajar Tuhan plak.itu fatehah,klu Alkafirun?sebut hai orang2 kafir kpd Tuhan…hmmm

    2:121
    Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, mereka membacanya dengan SEBENAR-BENAR BACAAN, mereka itulah orang-orang yang percaya kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

    SEBENAR-BENAR BACAAN bukan merujuk kepada melagukan mengikut tajwid,harkat,mad itu,mad ini tetapi mesejnya simple-BACA DAN PAHAMKAN,HADAMKAN BETUL2

    fariq

    July 11, 2010 at 1:06 pm

  113. 75:31-32
    31. dan ia tidak mau membenarkan(saddaqa)(quran) dan tidak mau mengerjakan shalat(solla),
    32. tetapi ia mendustakannya(kazzaba) dan berpaling (tawalla),

    membenarkan(saddaqa) disini antonimnya ialah mendustakan(kazzaba).logikkah antonim bagi berpaling(tawalla) sebagai sembahyang(solla)?

    antonim bagi berpaling ialah komited(solla) iaitu-mengikut,memberi penumpuan dan kekal terikat.
    Maka komitmen(solata) yang Allah perintahkan ialah komitmen kepada Allah,rasul dan Quran,bukan literally merujuk semua komitmen harian.komitmen pada hari orang berkumpul(jumu’ah) itu ialah pegi mendengar Quran dari Rasul.baca betul2,pikir luas2..jgn main serbu

    sembahyang 5 waktu tu ciplakan dari agama parsi zoroastrian,banyakkanlah membaca!
    siyam(puasa) ialah disiplin bukan membisu,puasa tahan lapar xwujud.
    hajj itu upacara arab jahiliah,kabah tu tokong agama parsi,tawaf diciplak dr agama hindu.

    sebab tu kami xnk buat.kami xnak mempersekutukan Allah dan mengikut dusta manusia

    fariq

    July 11, 2010 at 1:25 pm

  114. “”SEBENAR-BENAR BACAAN bukan merujuk kepada melagukan mengikut tajwid,harkat,mad itu,mad ini tetapi mesejnya simple-BACA DAN PAHAMKAN,HADAMKAN BETUL2″”— fariq

    woi bodoh.. tajwid, harkat tu apabila dibacakan, baru la tau ayat tu jenis penyata ke, ayat seruan ke…

    “””sembahyang 5 waktu tu ciplakan dari agama parsi zoroastrian,banyakkanlah membaca!”””– fariq

    woi bodoh… ko baca buku komik ke ape? masa sekolah dulu ko taknak tanya ustaz betul2.. bangang..

    “””siyam(puasa) ialah disiplin bukan membisu,puasa tahan lapar xwujud.
    hajj itu upacara arab jahiliah,kabah tu tokong agama parsi,tawaf diciplak dr agama hindu.”””– fariq

    woi bodoh… even saintis pon iktiraf cara berpuasa dengan menahan lapar.. kaabah tokong agama parsi? ko baca sejarah cerita ape ni bahlol? tawaf diciplak dr agama hindu? ko dah belajar betul2 ke agama hindu ni? bodoh punye fariq… buat sejarah sendiri pulak… orang ajar taknak ikut.. bodoh…

    carnivore

    July 12, 2010 at 9:28 am

  115. Salam En. Carnivore,

    Benarlah seperti apa yg dikatakan oleh en. carnivore.
    perkataan atau ayat walaupun sama, apabila dilafazkan atau disebut dalam intonasi yg berbeza akan memberi maksud yg berbeza dan impak yg berlainan. Kerna itu hal ini sgt2 ditekankan didlm Al Quran. Kalam Allah.
    Bukannya karangan murid sekolah rendah.

    Katanya hj fariq mengunakan akal dan logik, apakah tak logik itu? tidak masuk akal?
    bahkan bukan shj logik malah benar dan nyata.

    Hj Fariq hati2 dgn kajian nanti sy tarik balik title haji tu :)

    ok, berbalik kepada apa yg hj fariq katakan.

    sekarang hj fariq kena sebut..
    “sy yakin sy betul, sy kunci lirik ini..(opss sori)”
    “sy yakin sy betul, sy kunci kata2 ini..”

    sy tak larang pun hj fariq baca Al Quran dan berusaha memahami ayat2 Al Quran.
    ada sy larang..?
    encik carnivore ada larang..?
    ada sape2 lain larang..?

    kitaorg tak larang, tak pun menghalang..
    lagi menyokong baca dlm bahasa asal dan fahamkan maksudnya.
    tapi kitaORG jadi bengang bila..
    JADI BENGANG BILA!!
    KORANG BUAT KETETAPAN SENDIRI KEATAS HUKUM ALLAH.
    (bahasa rumi takde tajwid jadi pakai capital letter untuk nampak keras sikit.. :) )
    HMMM… (siap ada dengung lagi :) )

    quote hj fariq”
    Maka komitmen(solata) yang Allah perintahkan ialah komitmen kepada Allah,rasul dan Quran,bukan literally merujuk semua komitmen harian.komitmen pada hari orang berkumpul(jumu’ah) itu ialah pegi mendengar Quran dari Rasul.baca betul2,pikir luas2..jgn main serbu”

    ok, sy anggap inilah maksud solat yg dipegang oleh ingkar sunnah sekarang, sebab ini yg paling latest n uptodate. sy tolak apa yg TM sebut,TM serbu dan tak baca dan pikir luas2.(maksud TM lebih universal, sila rujuk post: Tuhan suruh kita tekun dan sabar mengerjakan komitmen dari pagi sehinggalah waktu tidur)
    HMMM…

    walaubagaimanapun sy ucapkan terima kasih kpd Hj Fariq
    kerana membuka ruang untuk kita berhujah mengunakan buku sejarah.

    atau sy yg tersilap, mungkin ada apa yg Hj fariq katakan ini tertulis dalam Al Quran:
    quote”
    sembahyang 5 waktu tu ciplakan dari agama parsi zoroastrian,banyakkanlah membaca!
    siyam(puasa) ialah disiplin bukan membisu,puasa tahan lapar xwujud.
    hajj itu upacara arab jahiliah,kabah tu tokong agama parsi,tawaf diciplak dr agama hindu.”

    mana hj fariq ambik ni.. nak banyak membaca kat mana ni??
    betul sy tak jumpa dlm Al Quran.

    Hj fariq dah jadi murtad ingkar sunnah ke?
    atau hipokrit dlm belajar dari ilmu sejarah??
    boleh belajar dari sejarah kafir tapi tolak sejarah islam.

    jolok minda

    July 12, 2010 at 12:20 pm

  116. Salam,

    JM:Jelas lagi nyata..Allah telah berfirman dalam Al Quran supaya kita:
    bersolat

    Tiada siapa nak pertikaikan kita kena bersolat. Yang dipersoalkan, apakah Allah tetapkan cara solat kena buat macam sesuatu kaum itu buat?

    Dalam Al Quran, kita disuruh lakukan solat. Tetapi menetapkan cara solat mengikut sesuatu cara khusus mengikut amalan sesuatu kaum, tidak pernah ditetapkan oleh Al Quran. Jadi wajarkah kita menokok tambah apa yang Allah tidak pernah perintahkan?

    Perumpamaannya kita disuruh “buanglah sampah ke dalam tong sampah”. Tetapi ada orang pergi buat ketetapan tambahan iaitu nak buang sampah kena guna tangan kiri, lepas itu kena mengadap arah matahari terbit dan perlu buang sampah pada waktu malam sahaja.

    Apakah yang buang sampah guna tangan kanan, dan mengadap arah mana-mana pun serta buang sampah pada waktu pagi itu tidak mencapai matlamat membuang sampah ke dalam tong sampah?

    Begitulah yang terjadi pada solat. Al Quran hanya menyebut tujuan solat iaitu untuk mendapat pertolongan Tuhan dan mencegah diri daripada kekejian dan kemungkaran. Al Quran tak sebut pun kena buat sekian-sekian cara gerakan.

    Apakah yang tidak buat gerakan macam yang sesetengah manusia itu tetapkan tidak berjaya mencapai tujuan solat yang digariskan oleh Al Quran? Bukankah yang mengizinkan seseorang manusia mencapai tujuan solat yang digariskan oleh Al Quran itu adalah Allah?

    Apa yang saya nampak berdasarkan tulisan saudara TM lakukan dalam blog ini adalah untuk meluaskan kembali erti solat agar fungsinya benar-benar mencapai tujuan yang digariskan oleh Al Quran, setelah ada manusia yan sempitkan erti solat yang tidak pernah diperintahkan oleh Allah.

    Bayangkanlah mereka tidak dapat membawakan ayat Al Quran manakah yang menetapkan “untuk urusan solat, sila rujuk kitab riwayat hadis untuk menetapkan cara-caranya”, macam mana mereka boleh buat ketetapan tambahan yang Allah tidak pernah tetapkan?

    Apakah Allah pernah mewahyukan kepada Nabi agar tetapkan cara-caranya? Kalau ada, pasti dalam Al Quran ada wahyu tersebut. Takkanlah Nabi pandai-pandai buat ketetapan sendiri mendahului Allah?

    Tidakkah mereka pernah memikirkan itu semua?

    Juang

    July 12, 2010 at 12:57 pm

  117. Salam,

    Katakan seorang doktor menyampaikan nasihat, “bersenamlah untuk menjaga kesihatan”. Tiba-tiba datang manusia mendakwa doktor tersebut bersenam dengan cara berlari keliling padang 4 pusing sebanyak 3 kali sehari dan kena mengadap matahari terbit.

    Persoalannya, apakah orang-orang yang bersenam menggunakan cara-cara selain yang ditetapkan itu tidak dapat mencapai tahap kesihatan yang baik? Logikkah doktor itu buat ketetapan sendiri sedangkan pastilah dia tahu cara bersenam itu luas?

    Begitulah yang terjadi pada solat. Allah wahyukan kepada Nabi pengertian solat yang luas (sebab itulah Al Quran tak pernah sempitkan cara-caranya). Tiba-tiba datang manusia bawa riwayat pergi sempit-sempitkan caranya sehingga matlamat mencegah kekejian dan kemungkaran pun mereka tak tercapai.

    Takkanlah Nabi nak tetapkan sesuatu tanpa berlandaskan wahyu daripada Allah?

    Juang

    July 12, 2010 at 1:08 pm

  118. en jolok minda dan en carnivore boleh tolong explain mcm mana umat nuh hingga umat isa solat,puasa,zakat dan haji?
    minta maaflah,saya jahil dan sesat…korang orang2 beriman,mesti tau…

    fariq

    July 12, 2010 at 1:42 pm

  119. “”en jolok minda dan en carnivore boleh tolong explain mcm mana umat nuh hingga umat isa solat,puasa,zakat dan haji?
    minta maaflah,saya jahil dan sesat…korang orang2 beriman,mesti tau…””– fariq

    Aku tak peduli cara umat nabi Noh atau umat Nabi Isa solat, zakat, puasa & haji mcm mana.. aku bukan umat nabi Noh @ Isa A.S.. Aku umat nabi Muhammad SAW… Kenapa yang kau sibuk2 sangat nak tau pasal cara diorang solat? kau bukan hidup dizaman diorang… setakat kau nak tau cara diorang solat lepas tu nak compare dgn cara orang zaman sekarang solat, baik tak payah….

    “”Katakan seorang doktor menyampaikan nasihat, “bersenamlah untuk menjaga kesihatan”. Tiba-tiba datang manusia mendakwa doktor tersebut bersenam dengan cara berlari keliling padang 4 pusing sebanyak 3 kali sehari dan kena mengadap matahari terbit.

    Persoalannya, apakah orang-orang yang bersenam menggunakan cara-cara selain yang ditetapkan itu tidak dapat mencapai tahap kesihatan yang baik? Logikkah doktor itu buat ketetapan sendiri sedangkan pastilah dia tahu cara bersenam itu luas?”””– Juang (jubo)

    setiap senaman ada matlamat, walaupun tujuannya untuk kesihatan, tapi berbeza kaedah untuk mencapai matlamat kesihatan tersebut.. senaman renang dalam air lebih baik untuk jantung kalau nak dibandingkan dengan senaman “atas katil” walaupun dua2 nya baik untuk kesihatan..

    “”Dalam Al Quran, kita disuruh lakukan solat. Tetapi menetapkan cara solat mengikut sesuatu cara khusus mengikut amalan sesuatu kaum, tidak pernah ditetapkan oleh Al Quran. Jadi wajarkah kita menokok tambah apa yang Allah tidak pernah perintahkan?”” jubo. eh silap.. Juang.

    Alquran suruh kita solat, tapi tak bagitau kita cara solat.. abis tu mcm mana nak solat? ikut la cara nabi Muhammad SAW.. bodo betul la kau ni juang.. kenapa kau nak ikut si Tolol Minda? juang.. bacul ke? aku ajak jumpa kau tak berani pon… poyo je lebih…

    carnivore

    July 12, 2010 at 2:26 pm

  120. ‘Aku tak peduli cara umat nabi Noh atau umat Nabi Isa solat, zakat, puasa & haji mcm mana.. aku bukan umat nabi Noh @ Isa A.S.. Aku umat nabi Muhammad SAW… Kenapa yang kau sibuk2 sangat nak tau pasal cara diorang solat? kau bukan hidup dizaman diorang… setakat kau nak tau cara diorang solat lepas tu nak compare dgn cara orang zaman sekarang solat, baik tak payah….’-carnivore

    oo..mcm tu ke,mudah je rupanya..knapa xckp awal2,buang mase je aku mengkaji Quran selame ni.Baiklah,lepas ni aku blaja tajwid dan mengaji bnyk2,pastu aku kuatkan sembahyang kat masjid and everything..bleh dapat banyak pahala..thanks carnivore kerana bagi aku petunjuk.selama ni aku sesat rupanya,daripada sebok pikir,bek kita ikut jelah hadis nabi.untung2 bleh masuk syurga

    fariq

    July 12, 2010 at 4:46 pm

  121. saudara juang,

    buang masa ja kita kaji quran selami ni,ni dia bukti yang nyata…..

    Diriwayatkan daripada Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar r.anhuma katanya, Rasulullah SAW bersabda,

    “Islam dibina di atas lima (rukun). Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain ALLAH TAALA dan Muhammad adalah hambaNYA dan RasulNYA, mendirikan solah, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”

    (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

    Hazrat ‘Ubadah bin Somit RA telah berkata,

    “Kekasihku Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda SAW,

    “Jangan menyengutukan ALLAH TAALA dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan solah dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan solah dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan ALLAH TAALA dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala masiat.”

    (Hadith riwayat Imam Tabarani)

    Hazrat Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

    “Seorang yang bersolah secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh lima kali pahala lebih daripada orang yang bersolah bersendirian di rumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolah maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. Setelah bersolah, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solah yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solah selama masa dia menunggu solah tersebut.”

    (Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

    fariq

    July 12, 2010 at 5:10 pm

  122. tapi apa maksud ayat ni?

    68:36-38
    [36] Mengapa kamu , bagaimanakah kamu mengambil keputusan?
    [37] Atau adakah kamu mempunyai sebuah kitab yang kamu membacanya?,
    [38] bahwa di dalamnya kamu benar-benar boleh memilih apa yang kamu sukai untukmu.

    fariq

    July 12, 2010 at 5:14 pm

  123. “”oo..mcm tu ke,mudah je rupanya..knapa xckp awal2,buang mase je aku mengkaji Quran selame ni.Baiklah,lepas ni aku blaja tajwid dan mengaji bnyk2,pastu aku kuatkan sembahyang kat masjid and everything..bleh dapat banyak pahala..thanks carnivore kerana bagi aku petunjuk.selama ni aku sesat rupanya,daripada sebok pikir,bek kita ikut jelah hadis nabi.untung2 bleh masuk syurga””– fariq

    memang buang masa pon kalau kau kaji alquran dengan cara tolok minda… yang kau kaji tu terjemahan ayat, bukan tafsiran ayat… kau baca terjemahan ayat lepas tu buat2 faham sendiri, tu yang jadi sesat… kalau dah bodoh tu buat macam mana pon bodoh jugak.. jadi, gunakanlah kebodohan kau tu sebaik baiknya..

    carnivore

    July 13, 2010 at 8:46 am

  124. Assalammualaikum,

    maaf, ketinggalan pula sy dalam beberapa hari ini, maklumlah banyak pula KOMITMEN yy perlu ditatang :)

    Hj Juang,
    anda ada mengunakan perumpamaan ttg buang sampah dan bersenam dalam mencari maksud ttg solat diatas.

    ayuh, mari kita kita fikir2 kan maksud perumpamaan Hj Juang tersebut.
    “buanglah sampah ke dlm tong sampah”
    maksudnya..??
    pening kepala sy memikirkan maksud lain yg mungkin tersembunyi dalam ayat suruhan itu. mungkin ada maksud lain. fikir dan fikir segala logik dari segi falsafah atau saintifik.
    akhirnya tetaplah kekal maksudnya sebagai buanglah sampah ke dalam tong sampah.
    (dia suruh kita buang sampah dlm tong sampah)
    atau Hj Juang ada menemui maksud lain yg jauh lebih luas tidak disempit sempitkan.

    jadi,
    bagaimana?

    perkara pokok:
    pertama sekali hj juang mestilah ada niat utk membuang sampah.
    mestilah juga ada sampah untuk dibuang.
    dan ada tong sampah yg tersedia.

    kemudian cara2nya,
    hj juang mestilah berdiri menghadap tong sampah.
    (jgn pandang tempat lain nanti tak masuk pula sampah tu ke dlm tong sampah)
    jika tidak mampu berdiri hj juang boleh duduk atas kerusi atau sebagainya mengikut kemampuan hj juang.
    hj juang boleh mengunakan tangan kanan atau tangan kiri atau kedua2nya sekali.
    jika hj juang mengunakan kaki atau mulut walhal hj juang seorang yg tiada cacat celanya, itu maknany hj juang sedang membuat sarkas bukan membuang sampah, jgn salah faham ya

    untuk waktu membuang sampah pula hj juang mestilah mengikut waktu kutipan lori sampah DBKL etc dikawasan perumahan hj juang.
    untuk waktu2 lain itu terpulang kpd hj juang sendiri
    sebagai individu, makin rajin hj juang makin sikit lah sampah yg terkumpul di dlm rumah hj juang.

    sudah jadi panjang dan meleret leret pula sy, maaf ya.

    jadi,
    apabila disuruh buanglah sampah ke dalam tong sampah.
    buanglah sampah ke dalam tong sampah.

    jika nak berbincang ttg method2 sampingan dlm hal membuang sampah kedalam tong sampah, silakan.

    tetapi,
    TETAPI!! janganlah memberi maksud lain dan menafikan perbuatan “buanglah sampah ke dalam Tong sampah pula”

    tamat bab buang sampah

    bersambung di dlam bab bersenam..

    jolok minda

    July 13, 2010 at 1:31 pm

  125. wa alaikumsalam…

    ooo… baru saya paham… begitu caranya buang sampah… terima kasih hj jolok minda…saya ingat, boleh suke2 je buang sampah merata rata.. al maklum la… saya pun baca jugak papan kenyataan “buanglah sampah dalam tong sampah”. tapi pendapat saya buang je la mana kita suka,nama pon sampah.. mana saya tahu ada orang nak kutip sampah tu.. buang merata pon sapa yang nak kisah. buang je la… kenapa nak susah2 buang dalam tong… janji kita buang sampah….

    carnivore

    July 13, 2010 at 3:00 pm

  126. saudara carnivore,

    saudara suka bersenam?

    quote juang:
    “Katakan seorang doktor menyampaikan nasihat, “bersenamlah untuk menjaga kesihatan”. Tiba-tiba datang manusia mendakwa doktor tersebut bersenam dengan cara berlari keliling padang 4 pusing sebanyak 3 kali sehari dan kena mengadap matahari terbit.

    Persoalannya, apakah orang-orang yang bersenam menggunakan cara-cara selain yang ditetapkan itu tidak dapat mencapai tahap kesihatan yang baik? Logikkah doktor itu buat ketetapan sendiri sedangkan pastilah dia tahu cara bersenam itu luas?

    inilah perumpamaan yg digunakan Hj Juang mengenai solat menggunakan “bersenamlah untuk menjaga kesihatan” kata akarnya bersenam atau senam.

    mari kita selidik dan renung2 kan,

    pada pendapat sy,
    pada fikiran sy..
    pada pandangan sy..
    sy rasa2 la..

    seorang doktor memang akan berkata begitu,
    seorang doktor yg benar pasti berkata demikian..
    seorang doktor yg benar pasti tahu cara bersenam yg betul.. dan mengamalkan senaman tersebut.

    sy rasa la kan..
    pada pendapat sy..
    Hj juang tahu bersenam itu baik untuk kesihatan
    dan yakin bersenam itu benar.

    tetapi hj Juang pergi bersenam
    terus berlari satu padang 4 pusingan
    3 kali sehari sambil menghadap matahari.

    Hj juang sudah jatuh tergolek tgah padang
    hj juang sudah sakit pinggang..
    hj juang duduk terkangkang..

    (bahaya hj juang, jgn berlari pusing padang sambil terus kekal menghadap matahari.. macamana buat tu?pening nanti, :) )

    jesteru itu,
    hj juang telah buat kenyataan (mungkin sebab kecewa)
    senaman yg doktor katakan mempunyai maksud yg lain, fikir hj juang.
    senaman = menghargai alam sekitar ( contoh la )
    hj juang tak mahu bersenam lagi
    hj juang tak mahu org lain pun bersenam lagi.
    hj juang cuma mahu menikmati/menghargai alam sekitar sahaja.. sebab maksudnya lebih luas.

    hj juang,

    untuk bersenam hj juang mestilah berkeinginan untuk bersenam, maksud sy ada niat utk bersenam.
    susah tau nak bersenam ni.. liat nak mampos!
    perlukan semangat yg tinggi.

    hj juang perlu tahu kriteria2 untuk bersenam,
    perkara pokok dlm bersenam..
    jangan main terejal je lari 4 pusingan.

    hj juang perlulah berpakaian yg bersesuaian
    jgn pulak bertuala je lari 4 pusing padang.

    mestilah dimulakan dgn regangan badan..
    warming up n stretching omputih kata..
    jagn terus lari 4 pusing padang..
    kejang keras tgah padang nanti.
    cramp mat salleh bilang..

    mestilah fokus dlm bersenam..
    bahaya tau kalau tak bagi tumpuan
    bersenam sambil lewa..
    nanti hj juang langgar pokoklah
    terkehel lutut lah

    dan gerakkan lah empat2 sendi badan
    biar berpeluh..
    terpulang lah pada hj juang nak
    pumping ke nak berjoging ke nak angkat berat ke

    dan disudahi dgn cooling down..
    buat kalau tak terencat otot hj juang

    yg penting bersenam adalah proses fizikal yg repetitive.. berulang ulang dan berterusan.
    perlukan kesabaran.

    walaupun ini cuma bersenam..
    tapi hj juang mestilah ada ilmu sikit..
    belajarlah dgn mereka yg bertauliah..
    yg pandai dlm bersenam ni..
    jurulatih ke cikgu pendidikan jasmani ke..
    atau lagi best gym instructor ke..

    jangan main terejal je..
    takut rosak badan.. kesan jangka panjang tau..

    dan janganlah tinggalkan terus senaman
    dan mengatakan senaman itu bermaksud menghargai alam sekitar pula nanti.. luas sangat tu
    menghargai alam sekitar tu luas maksudnya..
    tapi bersenam itu kekal sebagai bersenam,
    memang ada perbezaan sedikit sebanyak dalam cara bersenam.
    itu mungkin dipengaruhi faktor waktu..
    faktor tempat..
    faktor situasi
    faktor kemudahan..
    faktor kemampuan tubuh badan..

    tetapi itu semua boleh dibincangkan.

    jangan hj juang tidak mahu bersenam terus
    nanti jadi gemuk, kencing manis, lemah syahwat
    macam2 lah lagi penyakit dizaman moden ini.

    jika ada keraguan boleh bertanya pada yg pakar..
    yg ahli didalam bidang nya..
    yg tahu mana letaknya sendi2..
    yg tahu kadar maksimum denyutan nadi..
    yg tahu membilang kalori..
    yang tahu fungsi gerak jasmani

    saya yang memberi pendapat,

    selamat bersenam hj juang

    jolok minda

    July 13, 2010 at 7:42 pm

  127. Hj Fariq.

    quote

    “en jolok minda dan en carnivore boleh tolong explain mcm mana umat nuh hingga umat isa solat,puasa,zakat dan haji?
    minta maaflah,saya jahil dan sesat…korang orang2 beriman,mesti tau”

    hj fariq.. hj fariq..
    ish..ish..

    hj fariq tahu hj fariq tersesat bukan..
    hj fariq tahu dimana destinasi yg hj fariq tuju..
    cuma tersesat jalan..

    beginilah
    hj fariq nak ke batu pahat.. siap ada peta ditangan
    tapi tersesat.. (bukan senang nak baca peta ni tau)
    yang hj fariq pergi tanya orang macamana hendak ke kuantan tu buat apa?
    makin sesat lah nanti..

    malu bertanya sesat jalan
    salah bertanya pun sesat jalan.

    jolok minda

    July 13, 2010 at 7:48 pm

  128. Salam,

    Didapati sebahagian pendebat pendebat dalam blog ini telah menjadi seperti kebudak budakan,dimana buah fikiran yang dilontarkan itu tiada nilai dari segi keintelektualan dan keilmuan dan layak dibakul sampahkan saja.

    Sekian,terima kasih

    wucman

    July 20, 2010 at 4:55 pm

  129. Salam,

    Doktor pakar mana pun tak pernah buat ketetapan sendiri mengatakan kena bersenam 5 kali sehari dan sesiapa yang tidak buat cukup 5 kali sehari, manusia itu tidak akan masuk dalam kesihatan yang sempurna.

    Macam mana boleh ada manusia buat ketetapan sendiri mengatakan kena beritual 5 kali sehari dan sesiapa yang tak buat macam itu mereka kata tak masuk syurga?

    Jika ikut perspektif Allah Yang lebih Pakar berbanding semua manusia, tidak pula Allah tetapkan kena beritual 5 kali sehari. Hebat betullah “orang pakar” itu mengada-adakan apa yang Allah tidak pernah perintahkan.

    Juang

    July 20, 2010 at 7:03 pm

  130. Salam semua,

    quote”
    Salam,

    Didapati sebahagian pendebat pendebat dalam blog ini telah menjadi seperti kebudak budakan,dimana buah fikiran yang dilontarkan itu tiada nilai dari segi keintelektualan dan keilmuan dan layak dibakul sampahkan saja.

    Sekian,terima kasih”

    ya! tiada apa yg lebih sy setujui daripada apa yg encik Wucman katakan.
    memamng amat benar sekali..
    sesungguhnya amat benar sekali..
    nyata benar!!

    buah fikiran yg dilontarkan disini,
    tafsiran2 yg dibuat semuanya tiada nilai keintelektuan
    dan keilmuan, semuanya berdasarkan rasa syok sendiri dan ego pendapat sendiri sahaja, layak dibakul sampahkan sama sekali.

    sampah masyarakat.

    sekian sama sama kasih

    jolok minda

    July 21, 2010 at 4:11 pm

  131. Hj Juang,

    hj juang boleh pergi bersenam ikut suka hati hj juang,
    kemudian hj juang boleh masuk bakul sampah pun ikut suka hati hj juang.

    selamat masuk bakul sampah

    sekian terima kasih

    jolok minda

    July 21, 2010 at 4:14 pm

  132. maaf terkasar bahasa,

    sy harap Hj Juang tak ambil hati dgn kata2 sy diatas
    tak patut sy suruh hj juang bersenam dan masuk bakul sampah, jangan marah hj juang. :)

    mari kita lihat apa yg Hj juang katakan:

    “Doktor pakar mana pun tak pernah buat ketetapan sendiri mengatakan kena bersenam 5 kali sehari dan sesiapa yang tidak buat cukup 5 kali sehari, manusia itu tidak akan masuk dalam kesihatan yang sempurna.

    Macam mana boleh ada manusia buat ketetapan sendiri mengatakan kena beritual 5 kali sehari dan sesiapa yang tak buat macam itu mereka kata tak masuk syurga?

    Jika ikut perspektif Allah Yang lebih Pakar berbanding semua manusia, tidak pula Allah tetapkan kena beritual 5 kali sehari. Hebat betullah “orang pakar” itu mengada-adakan apa yang Allah tidak pernah perintahkan.”

    mari kita selami maksud hj juang;

    mungkinkah ada cahaya harapan menyinar di ufuk sana..
    mungkinkah tirai kegelapan malam akhirnya disinsing fajar mentari..

    sepertinya.. hj juang sudah dapat merima konsep bersenam dan lebih penting lagi sudah mula kembali memahami konsep/maksud solat yg sebenarnya.

    namun hj juang masih mempertikaikan ttg ketetapan 5 waktu solat, tidak mengapalah..
    perlahan lahan.. sedikit demi sedikit..
    belajar lagi..(belajar pada yg berilmu ya..)
    panjang umur hj juang akan dapat menerimanya.

    jika hj juang tak mahu bersolat 5 waktu..
    mulakankan lah dgn satu waktu dulu ya..

    selamat berSOLAT hj juang

    jolok minda

    July 21, 2010 at 5:29 pm

  133. Salam,

    Tidakkah manusia itu nampak apa yang ada di langit dan bumi bersolat? Seberapa kali sehari mereka bersolat, Allah Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Semua berjaya mendapat pertolongan Tuhan dan dapat menjauhkan diri daripada kekejian dan kemungkaran.

    Hanya segolongan manusia sahaja yang gagal bersolat sehingga mereka hidup berpecah-belah dan berpuak-puak. Mereka perasan dengan amalan ritual mereka, mereka sahajalah yang bersolat. Walhal yang berjaya mencipta pelbagai teknologi itu pun bersolat juga sebab Allah memberi mereka pertolongan dan kejayaan.

    Siapakah tuhan selain Dia yang memberi pertolongan kepada mereka yang berusaha?

    Juang

    July 22, 2010 at 11:25 pm

  134. Selamat sejahtera Tolok Minda,
    pada pandangan anda apakah maksud perkataan ‘Arafah’?
    Saya berharap tuan akan menjelaskan perkataan yang saya utarakan.trima kasih

    Ellyas90

    February 1, 2011 at 3:45 pm

  135. Salam Ellyas90,

    Pada pandangan saya Arafa bermaksud “apa yang sudah nyata”. Misalnya;

    2:198 Tidak menjadi kesalahan kepada kamu jika kamu mencari kekayaan dari Pemeliharamu. Maka apabila kamu telah dilimpahi dari “apa yang sudah nyata” (AAarafatin) maka ingatilah Tuhan di sisi batasan-batasan yang direstui. Sesungguhnya kamu sebelum ini adalah di antara mereka yang sesat.

    Transliterasi 2:198 Laysa AAalaykum junahun an tabtaghoo fadlan min rabbikum faitha afadtum min AAarafatin faothkuroo Allaha AAinda almashAAari alharami waothkuroohu kama hadakum wain kuntum min qablihi lamina alddalleena

    Pada pendapat saya “apa yang sudah nyata” yang dimaksudkan dalam 2:198 adalah pengetahuan yang benar (yang sudah nyata kebenarannya) hasil dari penyelidikan yang dilakukan. Ayat 2:198 merupakan kesinambungan dari ayat-ayat sebelumnya yang saya bincangkan dalam artikel di atas. Konteks ayat-ayat 2:196 – 198 adalah jelas.

    Kita sedia maklum pengetahuan-pengetahuan baru hasil dari penyelidikan dalam bidang apa pun biasanya akan membuka peluang kemakmuran baik kepada pihak yang menjalankan penyelidikan itu atau kepada masyarakat manusia secara keseluruhannya. Jadi kalau sudah makmur dari “apa yang sudah nyata”, jangan lupa Tuhan. Itu pesananNya.

    Maksud-maksud yang selaras bagi perkataan “Arafa” boleh juga dilihat melalui ayat-ayat berikut.

    47:6 Dan masukkan mereka ke dalam Taman yang Dia telah nyatakan kepada mereka.

    Transliterasi 47:6 Wayudkhiluhumu aljannata AAarrafaha lahum

    2:89 Dan apabila sampai kepada mereka Kitab Tuhan, mengesahkan kebenaran apa yang ada dengan mereka – walaupun sejak sekian lama mereka memohon kemenangan dari mereka yang tidak percaya – sebaik saja sampai kepada mereka apa yang sepatutnya telah nyata – mereka tidak percaya kepadanya. Maka laknat Tuhan kepada mereka yang tidak percaya.

    Transliterasi 2:89 Walamma jaahum kitabun min AAindi Allahi musaddiqun lima maAAahum wakanoo min qablu yastaftihoona AAala allatheena kafaroo falamma jaahum ma AAarafoo kafaroo bihi falaAAnatu Allahi AAala alkafireena

    Dari contoh-contoh ayat yang mengandungi perkataan “Arafa” atau perkataan-perkataan lain yang dinisbahkan dari akar huruf yang sama, kita dapat melihat dengan jelas apakah dasar maksud perkataan itu. Dan ia bukanlah nama sebuah kawasan padang pasir di Mekah.

    tolokminda

    February 1, 2011 at 11:49 pm

  136. Salam,

    Apabila saya menemui blog ini, semakin hari semakin saya sedar siapa sebenarnya yang sesat dan tidak. Saya pernah terbaca dalam sebuah artikel apakah rahsia sebenar pengarah-pengarah filem animasi Disney iaitu di bawah studio Pixar yang mampu menghasilkan jalan cerita/kisah sesebuah filem animasi yang menarik sehingga mendapat kutipan tiket wayang mencecah berbilion dollar.

    Rahsianya ialah mereka mengurungkan diri di dalam sebuah bilik tanpa keluar darinya selama 3-4 hari. Mereka akui dengan kaedah ini sahaja mereka berupaya menjadi kreatif untuk mendapatkan idea-idea baru untuk menghasilkan sesuatu filem animasi.

    Saya juga turut menggunakan teknik yang sama untuk mendapatkan idea berkaitan satu projek saya. Saya fikir terjemahan Al-Quran yang TM kemukakan merupakan terjemahan Al-Quran yang dipercayai para saintis Arab zaman kegemilangan tamadun Arab sebelum mesej Al-Quran ini mula diselewengkan dengan baris, kitab2 hadis dan sebagainya.

    Mengikut sejarah yang saya baca, tamadun Arab mula bangkit bermula abad ke-7, mulai jatuh pada abad ke-11 dan completely menyeleweng pada abad ke-13. Kita perlu sedar bahawa teknologi percetakan hanya wujud pada abad ke-16 yg dicipta oleh orang Eropah.

    Ini bermakna pada zaman sebelum abad ke-13, majoriti orang2 Arab tidak mengetahui mesej sebenar Al-Quran kerana kitab ini hanya dsalin dengan tangan dan pastilah harganya sangat mahal serta hanya berlegar-legar di kalangan orang2 tertentu sahaja.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    August 15, 2011 at 5:33 pm

  137. Salam MG,

    Saya juga fikir bahawa mesej Al Quran yang sebenarnya adalah menjadikan kita insan yang kreatif dan menyumbangkan sebanyak manfaat dengan idea-idea yang Allah turunkan. Cuba kita buat perbandingan, di antara amalan penyelidikan dan pembangunan dengan amalan ritual, yang mana satu menyumbangkan manfaat yang besar kepada tamadun manusia?

    Sains melatih diri agar berusaha menyelidik dan mencari suatu yang benar, kerana tiada teknologi akan mampu dicipta jika kita tidak menemui logik yang memungkinkan sesuatu alat itu dicipta. Sebaliknya agama penuh dengan amalan ritual karut-marut yang hanya bersandarkan persangkaan kepercayaan orang-orang terdahulu. Mereka tidak mampu membentangkan jawapan yang logik, melainkan atas dasar menurut membuta-tuli guru-guru agama tersebut.

    Kalau kita berbicara pasal sains, kita dapat rasa nikmatnya kerana ia terletak pada jawapan yang logik. Tetapi bila berbicara pasal agama, kita akan temui jawapan-jawapan yang bercanggah dengan akal (tak masuk akal). Setiap agama pasti ada kepercayaan tak masuk akal mereka untuk mereka berbangga-bangga kononnya puak mereka adalah puak yang benar berbanding agama yang lain.

    Kalau berbangga menyumbangkan pelbagai teknologi, ada juga manfaatnya kepada kehidupan manusia.

    Juang

    August 17, 2011 at 12:25 am

  138. salamun alaikum tolokminda yang dirahmati ALLAH, saya ingin menjemput tolokminda ke forum cari.com.my dalam thread baru saya “perbincangan ilmiah bersama Tolokminda dan Habibollah dalam Pemahaman AlQuran secara theory dan praktikal”. Moderator telah memberikan kebenaran kepada anda untuk berbincang dalam thread ini. Ini adalah perbincangan antara dua orang sahaja. Saya harap Tolokminda menerima jemputan saya ini dengan hati yang terbuka.

    habibollah

    September 30, 2011 at 8:04 am

  139. P/s: jika Tolokminda bersetuju, barulah Moderator memberikan excess untuk masuk forum itu dan membuka forum itu. Saya akan menunggu jawapan dari anda.

    habibollah

    October 2, 2011 at 8:48 am

  140. Salam Habib,

    Tolokminda sudah kena ban di Forum Cari. Laman ini terbuka kepada sesiapa saja yang ingin mengemukakan pendapat, termasuk tuan.

    tolokminda

    October 5, 2011 at 4:24 pm

  141. wa alaikum salam tolokminda, saya memilih berbincang di cari,com kerana banyak hikmahnya disebalik forum itu. Atas persetujuan moderator, tolokminda dah pun di unbanned untuk reply thread saya,jika moderator banned tolokminda, itu kerana mungkin tolokminda tidak reply atau tidak ada activity, wallah wa’lam. Please msg saya jika anda masih dibanned selepas access forum di cari.com

    habibollah

    October 27, 2011 at 8:05 pm

  142. Salam Habibollah,

    Baiklah. Masalahnya bukan saya diban. Tapi saya dicop sebagai troublemaker, jadi saya tidak boleh join perbincangan. Tak boleh reply posting. Tak ada guna tuan buka thread untuk bincang isu dengan saya di Cari. Mod Agama di Cari amat amatlah sensitif orangnya.

    tolokminda

    October 28, 2011 at 9:18 pm

  143. Alhamdulillah, kan itu adalah lumrah bila menyampaikan dakwah. sekiranya kita betul dan tujuan kita kerana ALLAH, apa yang ditakutkan. kita tak perlu risau kepada pendapat negatif pembaca kerana ianya adalah suatu ignition untuk kita bersemangat menuju ALLAH

    habibollah

    October 28, 2011 at 9:47 pm

  144. Salam,

    Bincang kat sini pun apa kurangnya. Keterbukaan itu penting untuk maju kehadapan.

    Juang

    October 29, 2011 at 6:51 pm

  145. wa alaikum salam juang, sebesar mana pun perjuangan kita,ianya tidak akan dapat membandingkan perjuangan Rasulullah s.a.w yang banyak rintangan dalam menyampaikan dakwah sehingga nyawa itu diibaratkan dihujung tanduk, sekiranya penyampaian dakwah itu limited hanya kepada mereka yang open minded, itu adalah kurang tepat, kerana ilmu itu milik ALLAH, dan ALLAH memberikan kita ilmu itu memang ada sebab dan tujuan. petunjuk dan hidayah itu urusan ALLAH, kewajiban kita hanya untuk menyampaikan. pembetulan diri dan segala hak penilaian adalah kewajiban masing2. Alhamdulillah

    habibollah

    October 29, 2011 at 10:22 pm

  146. Salam TM dan semua,

    Orang Jepun menjadi maju kerana mereka mempunyai satu prinsip kerja yang dipanggil ‘Kaizen’ atau dalam bahasa Inggeris dipanggil ‘continous improvement’. Bahasa Melayu kita panggil sebagai ‘penambah-baikkan secara berterusan’.

    Contoh yg terbaik ialah kita lihat pada prestasi luar biasa Toyota Motors Corporation yang menjadi pembuat automotif no. 1 di dunia. Toyota Camry masih menjadi kereta paling popular di US sekali gus mengalahkan monopoli Ford, GM dan Chevrolet. Ini kerana Toyota mampu menghasilkan sesebuah model kereta dengan kos serendah yang mungkin tetapi dalam masa yang sama meningkatkan kualiti produk kereta keluaran mereka.

    Contoh kedua anda boleh bandingkan harga Honda Civic Type-R (RM200,000) dengan Toyota Vios TRD Sportivo (RM90,000), tetapi sama kualitinya!

    Untuk mencapai matlamat ini kesemua pembuat automotif global sentiasa menjalankan R&D untuk melakukan ‘kaizen’ agar kualit kereta mereka sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk memenangi permintaan pasaran automotif.

    ‘Kaizen’ bukan setakat digunakan dlm industri pembuatan, malah telah mula diaplikasikan oleh byk syarikat perbankan, perniagaan, organisasi kerajaan, pasukan tentera dan sebagainya dlm meningkatkan kualiti penyampaian mereka tetapi dalam masa yg sama menurunkan kos wang, masa, tenaga dan ruang.

    Saya berpendapat bahawa masyarakat yang menjauhi amalan-amalan keagamaan akan menjadi lebih dekat dengan Pencipta Alam Semesta walaupun mereka tidak sedar sebenarnya.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    November 12, 2011 at 11:57 am

  147. Salam MG,

    Suka dengan pendapat anda yg kena pada tempatnya. excellent researcher.

    Salam Juang & TM

    Setuju dengan pendapat anda berdua blog ni mememag tempat terbuka untuk sesiapa pun memberi pendapat tanpa prejudis atau diskriminasi. Sesetengah tempat ‘tuan rumahnya’ lebih sensitif langsung di ban sesiapa saja yang tidak sependapat. Selagi blog ini masih wujud sesiapa pun boleh buat semakan tanpa perlu login dahulu.

    Salam. :)

    nazzri

    November 14, 2011 at 11:11 pm

  148. Salam Nazzri,

    Dah lama saya tahu pasal lean dan kaizen cuma tak tahu selama ianya ada disebut di dalam Al-Quran. Ini yg saya sedang praktikkan dalam satu projek yg sedang saya jalankan. Hanya kurang setahun lepas sahaja saya jumpa blog ini dan terkejut dgn hasil kajian saudara Tolokminda bahawa hajj dan umra bermaksud R&D.

    Nak tahu apa itu lean, datang ke blog saya utk dapatkan e-book Lean For Dummies.

    Thanks…..

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    November 15, 2011 at 1:21 pm

  149. Salam Habibollah,

    Orang selalu berkata kpd saya, jika kita belajar tanpa berguru, ertinya sama seperti kita belajar dengan setan.

    Saya balas, “Kalau belajar ilmu dengan tok guru dan tok guru itu tak bagi guna akal, maknanya tok guru itulah yang setan.”

    Biasanya bila saya jawab begitu, orang akan terus labelkan saya sebagai murtad. Dalam menuntut ilmu, saya lebih pentingkan kualiti ilmu berbanding kuantiti ilmu.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    November 15, 2011 at 1:34 pm

  150. Salam semua,

    Saya telah update terjemahan ayat-ayat Quran yang dikemukakan dalam artikel di atas selaras dengan sedikit perkembangan pengetahuan yang saya perolehi. Sudah agak lama saya tidak menulis perkara baru dalam blog ini. Saya ada sedikit dilema tentang blog ini, iaitu saya dapati banyak terjemahan saya sebelum ini kurang tepat. Walaupun begitu tidak bermakna tafsiran saya berubah, Tafsiran terhadap sesuatu perkara pada umumnya tetap sama. Hanya terjemahan yang perlu diperbetulkan supaya lebih tepat dan murni.

    Tetapi jika saya ubah terjemahan, sedikit sebanyak tentulah akan ada di antara tafsiran (iaitu isikandungan artikel) yang perlu saya ubah juga. Itu mungkin akan menyebabkan pembaca yang kemudian keliru apabila mereka membaca artikel – terjemahan/tafsiran yang sudah diubah – dengan komen-komen pembaca yang telah berbincang berdasarkan artikel yang asal. Apa pendapat pembaca budiman semua?

    tolokminda

    November 15, 2011 at 2:58 pm

  151. Salam TM,

    Sebagai orang2 yang sentiasa terbuka untuk belajar dan mengkaji perkara2 baru dalam agama, kita memang faham pasti akan berlakunya perbezaan terjemahan/tafsiran lama dengan yang baru. Macam dalam bidang programming, saya boleh nampak perbezaan cara coding saya ketika mula-mula belajar dahulu dengan yang kemudiannya kerana semakin kita praktis sesuatu ilmu, semakin tahap kefahaman kita lebih baik.

    Mungkin cara terbaik, saudara tuliskan posting terkini untuk terjemahan2 terbaru saudara bagi “mengupdate” penemuan saudara di samping tulisan terdahulu dikekalkan dalam arkib saudara. Mungkin sesiapa yang berminat mengkajinya boleh nampak perubahan tahap kefahaman saudara dahulu dan kini.

    Juang

    November 17, 2011 at 11:38 pm

  152. wa alaikum salam mat Guyver

    sebab itu kita kena faham apa erti iman, beriman dan beriman pada rukun iman. bila kita tahu jalan, insyaALLAH, syariat, hakikat dan makrifat kita sempurna. Di akhirat nanti, yang akan ditanya oleh ALLAH ialah hati, mata dan telinga. Adakah akal akan ditanya? oleh itu didik lah diri dengan berguru pada ALLAH. Allah menyuruh kita beriman. bukan memikirkan secara logik.

    habibollah

    December 6, 2011 at 7:30 am

  153. Salam,

    Saya tak kata kita tak perlu berguru dengan Allah. Ibrahim tidak diturunkan sebarang kitab kepada baginda tetapi beliau belajar mengenal Allah dengan memerhatikan kejadian alam semesta. Dari situ Ibrahim mendapat petunjuk kerana baginda faham sistem atau satu aturan alam semulajadi yang berfungsi mengawal segala isi alam semesta ini.

    Sistem ini bukan sahaja berfungsi untuk mentadbir flora, fauna, gunung-ganang, cuaca, Matahari, Bulan, planet dan bintang sahaja, malah termasuk manusia. Manusia adalah sebahagian dari alam semesta dan kita tertakluk dengan peraturan-peraturan yang sama mentadbir segala isi alam semesta. Saya berikan beberapa contoh sistem atau aturan alam semulajadi :-

    #1 : Apa yang anda tanam, itulah yang akan tumbuh.

    Jika anda tanam biji sawi, mustahil anda akan dapat sayur kobis. Jika anda mahu dapatkan beras, anda perlu tanam padi. Ini hukum alam.You reap what you sow. Peraturan ini bukan sahaja berfungsi pada tumbuh-tumbuhan malah juga kepada perbuatan manusia.

    Jika kita berbuat baik, kita akan mendapat balasan kebaikan Begitu juga sebaliknya jika kita membuat kejahatan. Anda bercakap yang baik tentang seseorang, orang lain akan bercakap baik tentang diri anda. Anda beri senyuman, orang akan membalas senyuman anda. Beri apa yang anda mahu.

    Jika anda mahu ditampar, anda tampar mulut orang. Setiap perbuatan ada balasannya. Fizik menamakannya sebagai hukum Newton Ke-3 – setiap daya mempunyai daya tindak balas yang sama dari arah bertentangan.

    Roket menggunakan sistem ini untuk melawan daya tarikan graviti supaya ia boleh naik ke orbit. Sebab itu anda boleh lihat 90% berat sesebuah roket ialah bahan apinya. Untuk mengatasi graviti Bumi, roket memerlukan satu daya tujahan yang sangat kuat untuk sampai ke orbit.

    #2 : Apa sahaja yang anda kejar, ia akan lari.

    Jika anda mengejar kekasih, girlfriend mahupun kucing, mereka akan lari menjauhi anda. Mengapa mereka lari? Kerana kita mengejarnya. Jika anda terdesak, tiada apa yang akan datang kepada anda. Anda kejar duit, duit takkan datang kerana anda desperate.

    The game of life is to have feeling about detachment. Maksudnya jika kita mahu sesuatu, adalah lebih baik kita bersyukur dengan apa yang kita anda. Jangan sesekali berasa terdesak. Be cool. Berkatalah kepada diri sendiri, “I have what I need.”.

    Di dalam Al-Quran ada disebut, Tuhan akan berikan kita lebih jika kita bersyukur. Apabila kita bersyukur, apa sahaja yang kita mahu akan datang dengan lebih mudah. Apa sahaja yang anda mahu, jangan sesekali anda mengejarnya sama ada anda sedang mencari jodoh, pekerjaan atau wang ringgit.

    #3 : Usaha + Masa = Kejayaan

    Berlian merupakan batu permata paling berharga diketahui manusia. Tetapi ramai yang tidak tahu berlian tidak terbentuk dalam masa yang singkat; semalam, seminggu sebulan atau setahun. Proses pembentukan berlian mengambil masa beratus-ratus juta tahun (masa) dengan mampatan batu-batuan (usaha) sebelum ianya menjadi berlian.

    Begitu juga dengan manusia. Apa sahaja nilai kecantikan, kejayaan dan kualiti, kesemuanya memerlukan masa dan usaha. Jika kita mahu berjaya dalam pelajaran, kerjaya, perkahwinan, perniagaan mahu pun dalam sesuatu R&D, kita perlu faham sistem ini dan gunakannya sebaik mungkin iaitu usaha + masa.

    Dengan sistem ini kita tidak perlu berasa hairan mengapa ramai orang menyertai skim cepat kaya. Mereka mahu menjadi kaya dalam masa yang singkat dengan usaha yang minimum. Akibatnya mereka gagal kerana cuba melawan sistem ini.

    *********************

    Ada banyak lagi senarai sistem tapi cukuplah sekadar 3 contoh di atas. Yang lain anda boleh perhatikan sendiri. Jika kita berfokus, kita boleh nampak sistem-sistem ini. Ianya berlaku dalam kehidupan seharian anda.

    Jika anda memahami sistem ini dan mengikutinya, anda akan dipanggil sebagai ahli sistem. Cuba anda fikir mengapa ibunda Nabi Musa dikenali sebagai ahlul bait? Ibunda Nabi Musa seorang yang faham dan ikut sistem alam semesta. Tak perlu diploma, ijazah, master atau Ph.D untuk memahaminya. Kita boleh lihat sistem-sistem ini jika kita betul-betul berfokus memerhatikan kehidupan seharian kita.

    Ibunda Nabi Musa mendapat petunjuk dari Tuhan melalui sistem-sistem ini untuk menghayutkan ‘baby Moses’ ke dalam sungai Nil. Tuhan berkomunikasi dengan manusia melalui sistem-sistem ini.

    Dan satu lagi mengenai komen anda berkaitan hati, hati yang dimaksudkan di dalam Al-Quran bukanlah organ pencernaan jika anda mempelajari biologi. Hati atau ‘liver’ berfungsi mencernakan lemak di dalam makanan sebelum diproses di bahagian perut, usus kecil, usus besar, kolon dan rektum.

    Ini masalah istilah. Hati yang dimaksudkan di dalam Al-Quran ialah common sense. Ianya terletak di bahagian serebrum iaitu satu bahagian otak yang berfungsi untuk menyelia segala aktiviti kecerdikan anda (intelligence).

    Otak atau serebrum ialah anugerah Tuhan kepada kita tetapi kecerdikan/kebijaksanaan adalah sesuatu yang kita develop sendiri dari common sense. Jadi Tuhan tidak bertanya kepada otak kita tetapi bertanya apa yang kita develop dari common sense yang terpancar secara automatik apabila kita mendengar, melihat dan berfikir. Membangunkan kecerdikan adalah tanggungjawab setiap manusia.

    Seperti saya yang ingkar kepada StoneBox SquareFace. Saya fikir sejak kecil mengapa Allah yang dikatakan ‘Maha’ Besar tinggal di Arab Saudi. Sama seperti dewa Murugan yang tinggal di Batu Caves. Apabila telah mencapai usia dewasa seiring dengan peningkatan daya analisis, saya nampak dengan kecerdikan saya sendiri bahawa kotak Arab itu ialah satu berhala paling berjaya dalam sejarah manusia.

    Ditambah pula dengan kemajuan IT, saya membuat kesimpulan 3 objek di dalam StoneBox SquareFace itu rupa-rupanya ialah Al-Lat, Al-Uzza dan Manat – dewi-dewi pujaan Arab jahiliyyah dahulu.

    Mudah sahaja. orang yang mendapat petunjuk ialah orang-orang yang berani berfikir. Tanpa tok-tok guru keagamaan pun sesiapa sahaja boleh mendapat petunjuk jika berani berfikir. Ibrahim, anak kepada pendeta Oracle pun ingkar kepada berhala-berhala sembahan kaumnya kerana Ibrahim seorang yang suka berfikir lebih-lebih lagi mengenai kejadian alam semesta.

    -Mat Guyver

    Mat Guyver

    December 6, 2011 at 11:06 am

  154. Salam..
    secara tradisi.. terjemahan qalbu.. hati..sudur.. dada..
    ada pendapat.. qalbu dan sudur adalah bhg pada otak yang mengawal sistem badan..
    Antara pendapat manusia yang menjurus kepada kebahagiaan dan kedamaian.. sekalian alam..

    http://www.shareintl.org/archives/index.htm

    siti

    December 6, 2011 at 3:25 pm

  155. Salam,

    Kenapa Allah tonjolkan sifat para Nabi sebagai seorang yang cerdik dan bijaksana? Kenapa orang-orang kafir pula dikaitkan dengan kebodohan sehinggakan mereka diumpamakan dengan binatang ternak atau pun keldai? Di situ sahaja kita sudah nampak penekanan Tuhan agar kita menjadi seorang yang rajin berfikir agar minda kita semakin tajam sehingga mudah membezakan sesuatu perkara.

    Minda manusia seumpama mata pedang. Kalau rajin diasah, ia semakin tajam. Kalau jarang diasah, ia akan tumpul. Seperti mana pedang yang tajam dapat memisahkan sesuatu perkara, maka minda yang tajam juga dapat memisahkan di antara benar dan palsu.

    Juang

    December 9, 2011 at 10:44 pm

  156. Punca mengapa sesuatu masyarakat itu mundur dan miskin adalah kerana mereka tidak mempunyai momentum fikiran. Penguasa-penguasa agama telah berjaya mencipta satu parameter pemikiran di mana-mana masyarakat itu tidak boleh berfikir melebihi paramater tersebut.

    Inilah modus operandi penguasa2 agama iaitu sentiasa memastikan tiada ahli masyarakat yang lebih pintar berbanding mereka. Jika ada seseorang yang menunjukkan sifat-sifat penentangan, penguasa agama akan menggunakan pelbagai istilah untuk melabel-labelkan individu ini sebagai murtad, kafir, munafik, fasiq, jahil dan sebagainya.

    Mereka takut, jika masyarakat sedar selama ini mereka diperbodohkan, pastilah mereka akan kehilangan jawatan dan pendapatan setiap bulan. Kerana itulah Tuhan mengutuskan rasul kepada sesuatu kaum untuk melepaskan mereka dari belenggu pemikiran.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    December 9, 2011 at 11:30 pm

  157. Salam..
    Mungkin ada yang tersirat dari Buku ini sebagai tambahan kepada mendalami ilmu..

    http://sabili.co.id/resensi/antara-haji-negara-dan-sejarah-islam-indonesia

    siti

    January 1, 2012 at 1:50 pm

  158. to mat gyver

    “Dari situ Ibrahim mendapat petunjuk kerana baginda faham sistem atau satu aturan alam semulajadi yang berfungsi mengawal segala isi alam semesta ini.”

    kalau begitu, bagaimana awak nak mengatasi iblis sepenuhnya? iblis dari api, manusia dari tanah. Api diatas tanah?

    habibollah

    January 24, 2012 at 7:57 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: