Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Ketetapan Tuhan mengenai pemeliharaan hidupan liar dan eko-sistem diseleweng

with 42 comments

Jika artikel sebelum ini saya membincangkan tentang penyelewengan terjemahan dan tafsiran Al-Quran yang melibatkan Nabi Musa, Nabi Muhamad, Tuhan, Jibril dan peristiwa Israk Mikraj, kali ini saya mahu mengajak para pembaca budiman melihat satu lagi penyelewengan terjemahan dan tafsiran ayat-ayat 1 dan 2, Surah Al-Maidah. Sekali lagi saya menggunakan terjemahan iiu.edu.my sebagai contoh.

Beginilah terjemahan dan tafsiran mereka:

5:1 “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki”.

5:2 “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu – mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”.

Ayat-ayat di atas (5:1-2) berkait rapat dengan makluman ketetapan berkenaan makanan yang Tuhan restui untuk kita, yang disebut secara terperinci dalam ayat ke 5:3. Intipati ayat 5:1-2 adalah kita dibenarkan makan semua jenis haiwan termasuk haiwan liar yang kita perolehi dari aktiviti memburu. Yang penting kita mesti patuh kepada beberapa syarat dan peraturan berburu yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

Bagaimanapun para penterjemah iiu.edu.my nampaknya gagal menonjolkan intipati ayat-ayat berkenaan, sebaliknya mereka membuat pelbagai penyelewengan terjemahan dan tafsiran dengan memasukkan elemen-elemen ritual haji atau umrah ke dalamnya. Ia juga memasukkan elemen-elemen ritual korban yang mirip kepada ritual korban golongan penyembah berhala, misalnya bila ia menyebut tentang binatang korban yang memakai kalung di leher.

Kita lihat kembali 5:1 menurut iiu.edu.my. Mari kita semak satu persatu.

5:1 “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki”.

Penyelewengan-penyelewengan ayat 5:1

1. Binatang ternak saja boleh dimakan

Haiwan yang dihalalkan di dalam ayat ini bukan merujuk kepada haiwan ternakan sahaja, tetapi semua haiwan termasuklah yang hidup liar. Sebab itulah Tuhan bercakap tentang larangan memburu. Haiwan ternakan tidak perlu diburu untuk kita makan.

6:142 “Dan binatang yang perlu diburu dan yang diternak, makanlah apa yang telah Tuhan berikan kepada kamu dan jangan menurut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia musuh yang jelas”.

2. Larangan berburu kononnya berkaitan dengan ritual Haji dan Umrah di Mekah saja

Larangan berburu dalam 5:1 bukan berkaitan dengan ritual Haji atau Umrah di Mekah. Ia sebenarnya merujuk kepada bulan-bulan atau tempoh larangan memburu haiwan liar yang perlu kita kuatkuasakan walau di mana pun kita hidup di atas muka bumi ini.

Sekarang mari kita periksa pula ayat 5:2 menurut iiu.edu.my dan lihat bagaimana penyelewengan mereka.

5:2 “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu – mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”.

Penyelewengan-penyelewengan ayat 5:2

1.  Tafsiran yang mempromosikan ritual korban jahiliah

Terjemahan dan tafsiran di atas kata, kita tak boleh buat sesuka hati syiar-syiar agama Allah berkenaan dengan bulan-bulan yang dihormati, binatang-binatang yang dihadiahkan untuk korban di Mekah dan begitu juga dengan kalung-kalung binatang berkenaan. Apa?!! Binatang korban kena siap pakai kalung? Betulkah begini syiar agama Allah? Mengapa bunyinya terlalu “jahiliah”?

2.  Ketetapan Tuhan demi kelestarian hidupan liar sedunia hilang begitu saja

Bagaimanakah aktiviti memburu relevan dengan ritual Haji atau Umrah? Apakah mereka yang pergi ke Mekah melakukan ritual Haji atau Umrah begitu teruja untuk memburu binatang di sana? Okaylah. Kalau senarionya di zaman dahulu, jemaah yang datang mungkin serba kekurangan, tidak cukup makan dan mungkin ada yang terpaksa memburu untuk hidup. Katalah kita terima kemungkinan seperti itu.

Tetapi bagaimanakah dengan senario hari ini? Adakah kemungkinan seperti itu masih wujud? Dan masih adakah haiwan-haiwan liar yang boleh diburu di sekitar Mekah pada hari ini? Jelas sekali penterjemah iiu.edu.my telah menyempitkan tafsiran ayat 5:2 yang sepatutya bersifat universal dan relevan sepanjang zaman.

Di tangan mereka ketetapan Tuhan berkaitan pemburuan haiwan liar bagi memastikan kelestarian hidupan liar sedunia menjadi sekadar larangan memburu di sekitar Mekah pada musim Haji dan Umrah.

Ketetapan Aktiviti Pemburuan Yang Direstui Tuhan Didedahkan Semula

Saya percaya terjemahan dan tafsiran ayat-ayat 1 dan 2, Surah Al-Maidah sepatutnya berbunyi begini:

5:1 “Wahai orang yang percaya! Tunaikanlah perjanjianmu. Dibenarkan (makan) ke atas kamu semua haiwan kecuali yang dimaklumkan kepada kamu; Jangan benarkan pemburuan bila kamu berada dalam tempoh larangan; sesungguhnya Allah memerintahkan apa yang dikehendakiNya”.

5:2 “Wahai orang yang percaya! Jangan melanggar ketetapan Allah, atau bulan-bulan yang dilarang (memburu), atau panduan-panduan (memburu), atau indikasi-indikasi (pada binatang buruan), atau batasan-batasan keharmonian di dalam sistem apabila mencari kemurahan dan keredhaan Tuhan, tetapi apabila kamu telah dibenarkan, berburulah, dan jangan termakan provokasi oleh kebencian mereka yang menghalang kamu dari mematuhi batasan ketetapan yang telah direstui supaya kamu melampauinya, dan menolong antara satu sama lain dalam membuat kebajikan dan berendah diri, dan tidak menolong satu sama lain dalam kejahatan dan keganasan, dan takutilah Allah, sesungguhnya hukuman Tuhan amatlah berat”.

Kita teliti ayat 5:1

5:1 “Wahai orang yang percaya! Tunaikanlah perjanjianmu. Dibenarkan (makan) ke atas kamu semua haiwan kecuali yang dimaklumkan kepada kamu; Jangan benarkan pemburuan bila kamu berada dalam tempoh larangan; sesungguhnya Allah memerintahkan apa yang dikehendakiNya”.

Seperti yang kita dapat lihat sebenarnya 5:1 tidak mengandungi sebarang elemen berkaitan ritual haji atau umrah atau berpakaian ihram. Perkataan huruman (dari akar huruf H-R-M) yang ditafsirkan sebagai pakaian ihram sebenarnya satu derivatif dari perkataan haram, yang semua orang tahu membawa maksud dilarang dan bukan pakaian ihram. Pakaian ihram tidak wujud dalam Al-Quran kecuali dalam naskah terjemahan.

Ayat 5:1 Tuhan memaklumkan kepada kita semua haiwan di atas darat boleh dimakan samada yang diternak mahupun yang liar. Cuma, kita tidak dibenarkan memburu haiwan liar dalam tempoh tertentu yang diharamkan kepada kita memburu mereka. Bilakah tempoh pengharaman memburu itu?

5:1 “Wahai orang yang percaya! Tunaikanlah perjanjianmu. Dibenarkan (makan) ke atas kamu semua haiwan kecuali yang dimaklumkan kepada kamu; Jangan benarkan pemburuan bila kamu berada dalam tempoh larangan; sesungguhnya Allah memerintahkan apa yang dikehendakiNya”.

Nampaknya Tuhan tidak tentukan bila atau tempohnya. Oleh itu ia tertakluk kepada budibicara kita khususnya melalui pihak penguasa atau pentadbir yang telah dilantik, misalnya Jabatan Perhilitan, mengikut kesesuaian kepada keadaan. Yang penting matlamat tempoh larangan berburu adalah supaya haiwan-haiwan liar mempunyai peluang untuk membiak dan tidak pupus.

Pendek kata suruhan larangan itu adalah supaya kita mewujudkan sistem pemburuan bermusim sebagai mekanisma untuk melindungi kelestarian hidupan liar. Sudah tentu ia perlu dilaksanakan di seluruh dunia dan bukan di sekitar Mekah saja. Lagi pun kalau melihat kepada senario sekarang, apalah sangat yang boleh diburu di sekitar Mekah tu.

Jika para pembaca budiman fikir sistem pemburuan bermusim atau akta-akta anti kepupusan yang diamalkan oleh pihak berkuasa perlindungan hidupan liar sedunia hari ini datang dari akal manusia semata-mata, pandangan simplistik ini mungkin berubah selepas kita mengetahui bahawa Tuhan sebenarnya telah membuat ketetapan khusus mengenainya di dalam Al-Quran.

Jika para ulama Islam fikir mereka boleh menyembunyikan ketetapan Tuhan dengan menyelewengkan maksud ayat-ayatNya, Tuhan mempunyai cara lain untuk membantu makhluk-makhlukNya. Kepada para penyeleweng, mereka akan terus tenggelam dalam kejahilan dan kesesatan yang mereka cipta sendiri.

Sekarang kita teruskan dengan ayat 5:2

“Wahai orang yang percaya! Jangan melanggar ketetapan Allah, atau bulan-bulan yang dilarang (memburu), atau panduan-panduan (memburu), atau indikasi-indikasi (pada binatang buruan), atau batasan-batasan keharmonian di dalam sistem apabila mencari kemurahan dan keredhaan Tuhan, tetapi apabila kamu telah dibenarkan, berburulah, dan jangan termakan provokasi oleh kebencian mereka yang menghalang kamu dari mematuhi batasan ketetapan yang telah direstui supaya kamu melampauinya, dan menolong antara satu sama lain dalam membuat kebajikan dan berendah diri, dan tidak menolong satu sama lain dalam kejahatan dan keganasan, dan takutilah Allah, sesungguhnya hukuman Tuhan amatlah berat”.

Ayat 5:2 menyambung ayat sebelumnya. Ia menggariskan ketetapan berkaitan aktiviti memburu secara lebih spesifik. Secara ringkasnya ketetapan-ketetapan berkenaan adalah mengenai:

  1. Penguatkuasaan tempoh larangan memburu
  2. Panduan-panduan memburu
  3. Indikasi berkaitan kematangan haiwan yang boleh diburu
  4. Mengambilberat batasan-batasan keharmonian sistem melalui sikap tidak tamak

1. Penguatkuasaan tempoh larangan memburu

Sebagaimana yang saya telah katakan di atas mengenai perkara ini, penguatkuasaan larangan memburu bergantung kepada keadaan. Tuhan tidak menetapkan tempohnya mahu pun species haiwannya. Oleh itu sebagai hambaNya yang bertanggungjawab dan komited kepada ketetapan Tuhan kita kena fikir bagaimana peraturan yang kita gubal boleh memenuhi komitmen yang dimaksudkan.

Yang penting tempoh yang kita peruntukan mestilah selaras dengan keperluan  membiak sesuatu species supaya ia tidak pupus akibat aktiviti pemburuan yang tidak terkawal atau berlebihan. Ada haiwan mungkin memerlukan tempoh larangan memburu selama 3 bulan, atau 3 tahun atau mungkin perintah larangan yang berkekalan, dan sebagainya.

22:34 “Kepada setiap bangsa kami tetapkan kaedah mereka sendiri untuk mengingati nama Tuhan di atas kurnia dari haiwan liar…”

2. Panduan-panduan memburu

Antara panduan-panduan memburu yang diajar oleh Allah adalah kita boleh menangkap binatang buruan dengan menggunakan tangan, peralatan (seperti panah, senapang, perangkap dan sebagainya) atau anjing yang telah kita ajar. Dan kita perlu mengingati Allah ke atas haiwan buruan ketika kita membidiknya sebagai sasaran dan ketika haiwan tersebut jatuh selepas terkena tembakan atau ditangkap anjing pemburu yang kita lepaskan.

5.4 “Mereka bertanya kamu apakah yang dibenarkan kepada mereka. Katakan: Semua benda yang baik adalah dibenarkan kepada kamu dan apa yang telah ditangkap oleh anjing-anjing yang telah kamu ajar sebagaimana Tuhan telah mengajar kamu. Dan sebutlah nama Allah ke atasnya. Kamu harus patuh kepada Tuhan, hukuman Tuhan sangatlah keras”.

5:94 “Wahai kamu yang percaya, Tuhan mahu menguji kamu melalui aktiviti memburu yang mampu kamu lakukan menggunakan tangan atau peralatan kamu. Tuhan mahu memastikan mereka di antara kamu yang takut kepada Tuhan walaupun Dia tidak kelihatan. Sesiapa yang melanggar batasan selepas ini layak menerima hukuman yang menyakitkan”.

22:36 “Ingati nama Tuhan ke atasnya semasa kamu mensasarkannya dan apabila ia jatuh dari kejauhan…” (sebahagian ayat).

3. Indikasi berkaitan kematangan haiwan yang boleh diburu

Tuhan menetapkan bahawa haiwan yang cukup matang saja boleh diburu walaupun dalam tempoh aktiviti pemburuan dibenarkan. Untuk membezakan antara haiwan yang matang dan belum matang, Tuhan menetapkan buku lali haiwan berkenaan sebagai indikasinya. Gaya berjalan haiwan yang belum matang berbeza dengan yang sudah matang kerana sifat atau struktur buku lali mereka.

Dan ini boleh difahami atau ditentukan oleh mereka yang pakar. Jika seseorang membunuh haiwan yang belum matang, dia perlu menebus kesalahan dengan penalti yang telah Tuhan tetapkan.

5:95 “Wahai kamu yang percaya! Jangan membunuh hidupan liar yang telah dilarang kepada kamu. Jika sesiapa membunuh dengan sengaja, dia perlu menebus dengan haiwan yang setara dihakimi dua orang yang adil di kalangan kamu untuk memastikan kematangan buku lali (haiwan yang dibunuh). Atau tebus dengan memberi makan orang miskin atau berpuasa, supaya dia merasai akibat dari perbuatannya. Tuhan telah memaafkan kesalahan terdahulu (sebelum peraturan ini ditetapkan). Barang sesiapa mengulangi kesalahannya, Tuhan akan menghukumnya. Tuhan Berkuasa, Pemberi Hukuman”

5:97 “Tuhan telah menetapkan buku lali sebagai satu larangan (dalam) sistem untuk dipatuhi oleh manusia, dan bulan-bulan larangan, dan panduan-panduan, dan indikasi-indikasi. Ini untuk memberitahu kamu bahawa Tuhan, Dia tahu apa yang di langit dan di bumi dan apa yang di bawah bumi. Dan sesungguhnya Tuhan mengetahui semua perkara”.

Nota: Perkataan Arab bagi buku lali adalah Ka’aba. Berbeza dengan kepercayaan umat Islam hari ini yang percaya perkataan Ka’aba adalah bangunan batu empat persegi yang terletak di Mekah, maksud sebenar perkataan itu adalah buku lali. Perkataan Ka’aba hanya disebut 3 kali di dalam Al-Quran iaitu dalam ayat 5:6, 5:95 dan 5:97. Dalam ayat 5:95 dan 5:97 ia ditafsirkan sebagai Ka’abah di Mekah tetapi dalam 5:6 mereka terpaksa mengekalkan maksud asalnya iaitu buku lali. Beginilah caranya Tuhan mengalahkan tipudaya mereka yang menyelewengkan perkataan-perkataan Tuhan. Saya harap pembaca budiman meluangkan sedikit masa untuk berusaha sendiri memeriksa perkara ini.

4. Mengekalkan keharmonian sistem melalui sikap tidak tamak

Dalam usaha kita memelihara dan mengekalkan keharmonian sistem (dalam hal ini, eko-sistem) selain mematuhi larangan, panduan dan indikasi yang telah ditetapkan dalam hal memburu haiwan liar kita juga perlu bersikap tidak tamak. Hasil buruan harus dikongsi dengan orang lain dan tidak boleh menjadi komoditi yang diperdagangkan. Maknanya Tuhan benarkan kita berburu haiwan liar dan memakannya. Tapi kita tidak boleh menjual hasil buruan kita.

22:34-37 “Kepada setiap bangsa kami tetapkan kaedah mereka sendiri untuk mengingati nama Tuhan di atas kurnia dari haiwan liar dan haiwan peliharaan. Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Satu, oleh itu kamu mesti bersetuju untuk komited kepadaNya dan menyebarkan berita baik kepada mereka yang taat yang hati mereka mengecil apabila teringat Tuhan. Mereka kekal sabar pada saat kesukaran dan mereka memegang teguh komitmen mereka dan memberi sedekah dari kurniaanKu kepada mereka. Haiwan liar telah dimaklumkan sebagai ketetapan Tuhan yang baik kepada kamu. Ingati nama Tuhan di atasnya semasa kamu mensasarkannya dan apabila ia jatuh dari kejauhan. Oleh itu, makan dan berikan secara sukarela kepada orang lain, dan mereka yang meminta. Itulah apa yang telah kami ciptakan untuk kamu, supaya kamu berterima kasih. Daging dan darah tidak akan sampai kepadaNya tetapi kepatuhan (kepada ketetapan) dari kamu pasti akan sampai kepadaNya”.

Saya melihat rasional ketetapan Tuhan mengenai perkara ini mudah sahaja. Bila ia tidak boleh dijual dan perlu dikongsi, pasaran untuk memperdagangkan haiwan liar tidak boleh wujud  dan oleh itu kegiatan pemburuan tidak boleh berkembang menjadi aktiviti yang berfokuskan komersial. Keadaan ini membolehkan aktiviti pemburuan lebih mudah dikawal dan oleh itu keharmonian eko-sistem hidupan liar akan dapat dipelihara dan dikekalkan.

Jika kita perhatikan di dalam alam haiwan sendiri, mereka mengekalkan eko-sistem mereka dengan cara yang sama. Haiwan pemangsa, misalnya seekor singa yang berjaya memburu mangsa hanya makan sebahagian untuk mengenyangkan diri dan yang selebihnya turut dikongsi oleh anggota kumpulannya dan lain-lain pembangkai lain. Pendek kata, apa yang dikurniakan oleh Tuhan secara semulajadi tidak boleh dianggap sebagai hak sendiri.

Sebenarnya ketetapan Tuhan bahawa hasil buruan tidak boleh diperdagangkan sedikit pun tidak merugikan manusia. Ini kerana Tuhan telah memperuntukan pelbagai haiwan yang boleh diternak. Malah peluang sentiasa terbuka untuk kita belajar dan mengkaji kaedah penternakan haiwan-haiwan lain yang mungkin belum pernah diternak sesiapa sebelum ini. Atau kita boleh melakukan kacukan-kacukan baru.

Semuanya terpulang kepada kita untuk mengusahakannya. Kita boleh jadi kaya dengan melibatkan diri dalam bidang ternakan haiwan serta pelbagai aktiviti hiliran yang datang bersamanya. Jadi kita tidak perlu menjual sesuatu yang dikurniakan oleh Tuhan untuk semua.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, melalui Al-Quran Tuhan telah mengemukakan satu ketetapan yang jelas supaya kita memelihara keharmonian eko-sistem hidupan liar melalui aktiviti pemburuan berhemah. Kita dibenarkan makan semua haiwan liar hasil buruan asalkan kita menuruti syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu:

  • Menguatkuasakan tempoh larangan memburu supaya haiwan liar mempunyai peluang untuk membiak dan tidak menyebabkan kepupusan.
  • Menuruti panduan-panduan memburu yang telah Tuhan ajar supaya hasil buruan itu menjadi makanan yang direstui oleh Tuhan.
  • Mematuhi indikasi berkaitan kematangan haiwan yang boleh diburu supaya kita beretika dan tidak melakukan pemburuan secara sembrono seperti membunuh anak-anak haiwan kerana ia boleh menyebabkan perkembangan speciesnya terbantut.
  • Mengambilberat batasan-batasan keharmonian sistem melalui sikap tidak tamak supaya aktiviti pemburuan haiwan liar tidak bertukar menjadi aktiviti komersial yang boleh membawa kepada kepupusan.

Malangnya ketetapan Allah mengenai kaedah pemeliharaan hidupan liar ini tidak disedari oleh umat kerana para ulama telah menenggelamkan ketetapan yang amat penting dan indah ini melalui penyelewengan tafsiran dan terjemahan Al-Quran. Lebih teruk dari itu penyelewengan dan tafsiran tersebut bukan saja menyebabkan umat Islam tidak menghiraukan kepentingan menjaga eko-sistem hidupan liar seperti yang telah dipertanggungjawabkan ke atas mereka malah ada yang turut terlibat dalam aktiviti pemburuan untuk tujuan komersial.

Dalam sisi lain pula penyelewengan tafsiran dan terjemahan ayat-ayat 5:1-2 telah mempromosikan amalan-amalan ritual jahiliah yang menyekutukan Tuhan iaitu ritual Haji dan Umrah. Kita tahu ritual Haji khususnya berkait rapat dengan amalan pengorbanan haiwan yang kononnya sebagai persembahan kepada Tuhan sedangkan Tuhan kata amalan seperti  itu tidak wajar.  Tuhan kata daging dan darah tidak akan sampai kepadaNya, tetapi kepatuhan kita kepada setiap ketetapanNyalah yang akan diambilkira.

22:34-37 “Daging dan darah tidak akan sampai kepadaNya tetapi kepatuhan (kepada ketetapan) dari kamu pasti akan sampai kepadaNya”.

Para pembaca budiman, sekarang mari kita sama-sama renungkan betapa buruknya perbuatan para ulama kita. Mereka menyembunyikan ketetapan Tuhan yang menyebabkan kita gagal mematuhinya tetapi dalam masa yang sama mempromosikan amalan mempersembahkan daging dan darah kepada Tuhan yang langsung tidak mempunyai rasional selain menjadi jalan ke arah mempersekutukanNya.

Kejahilan ini perlu dihentikan.

Written by tolokminda

January 16, 2010 at 5:10 am

42 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Kupasan panjang lebar yang menarik untuk difikirkan. Ya, jika larangan ketamakan dalam urusan jual beli seperti riba dan menimbang barang tidak adil pun ada disebut dalam Al Quran, sudah pasti larangan ketamakan memburu binatang liar juga patutnya ada dalam Al Quran sebagai panduan universal manusia.

    Menghormati hidupan2 lain penting untuk memastikan eko-sistem terpelihara. Bukit tidak boleh ditarah sebarangan. Haiwan2 tidak boleh dibunuh sesuka hati. Jika sistem alam ini dirosakkan, yang mendapat kesan buruk pun manusia juga.

    Al Quran bukan sahaja mengajar kita berharmoni sesama manusia, malah berharmoni dengan alam sekeliling kita. Kena ada juga mutual understanding dengan hidupan2 lain.

    Betapa indahnya ajaran Al Quran yang sebenar.

    Juang

    January 16, 2010 at 11:36 am

  2. Salam Juang,

    Bagaimana indahnya alam ciptaan Tuhan ini, begitu jugalah indahnya Kitab yang Tuhan berikan kepada kita. Malangnya tidak ada siapa berminat untuk memahaminya.

    Orang Melayu sudah menerima Islam sejak beratus-ratus tahun dulu tetapi sehingga hari ini tidak ada seorang pun dari kalangan Melayu yang berani membuka Al-Quran dan membuat kajiannya sendiri dan tidak bergantung kepada terjemahan atau tafsiran yang diluluskan oleh orang Arab.

    KIta kata Islam mempromosikan nilai-nilai dan prinsip-prinsip universal. Apa saja yang berdiri di atas dasar universal sepatutnya boleh difahami, diterima dan dipraktikkan tanpa perlu dipengaruhi atau diwarnai dengan sosio-budaya sesuatu kaum ataupun zaman tertentu.

    Orang Melayu mahupun umat islam seluruh dunia sepatutnya sedar maksud universal dan belajar membezakan di antara ajaran orang Arab dengan ajaran Al-Quran yang sebenar. Selagi tidak ada sesiapa yang berminat melakukannya, nasib umat terletak sepenuhnya dalam genggaman orang Arab melalui kader-kader mereka yang berjubah dan berserban.

    tolokminda

    January 16, 2010 at 2:04 pm

  3. Salam Tolokminda,

    Benar. Bila dikatakan Islam itu universal, itu menunjukkan Al Quran boleh difahami oleh semua manusia. Kalau ditetapkan Al Quran itu hanya boleh difahami jika belajar dengan orang Arab sahaja, di situ menunjukkan mereka menyempitkan maksud universal tersebut.

    Bertambah-tambah sempit bila mereka kata Al Quran perlukan penjelasan kitab riwayat seseorang Nabi kononnya atas dasar “sunnah Nabi”

    Bukankah dalam Al Quran itu sendiri membawa pedoman ramai Nabi? Jadi apa rasionalnya disempitkan Islam itu hanya pada “sunnah” seseorang Nabi? Nabi-nabi lain itu tidak Islam ke?

    Lerock

    January 17, 2010 at 1:52 am

  4. Salam Lerock,

    Tuan telah mengemukakan persoalan-persoalan yang memerlukan jawapan jujur dan rasional dari setiap orang Islam yang mengaku percaya kepada Al-Quran tetapi beragama dengan merujuk kepada kitab lain.

    tolokminda

    January 17, 2010 at 6:40 am

  5. Salam….
    Pertuduhan kepada gulongan ulama yg.mentafsirkan
    ayat diatas sebagai bukti amalan haji dan umrah adalah
    satu fitnah dari anda.

    Amalan Haji dan Umrah…telah terdapat dalam surah
    lain dan tak perlu memperkukuhkan rujukan dengan surah
    5:1 atau 5:2

    Ayat tersebut hanyalah sebagai peraturan memburu yg.
    diharamkan dalam bukan suci…dan disamping itu Allah
    jelaskan haiwan2 yg.halal dimakan dan konsep buruan
    yg.mengikut syarak.

    Keutamaan adalah konsep memburu dan jenis2 haiwan
    halal dimakan.

    Ayat diatas telah jelas dan tidak perlu dijadikan
    sebagai memfitnah tanpa bukti kukuh.Anda tentu tau
    perbuatan fitnah,..sekiranya tidak cukup bukti
    pertuduhan,..maka akibatnya akan sampai pada diri.

    Tok Syam

    January 18, 2010 at 12:32 pm

  6. Ayat2 untuk jenis makanan HALAL
    ******************************************************
    [3]
    Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    [4]
    Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya”

    [5]
    Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). Dan (dihalalkan kamu berkahwin)
    ******************************************************

    [172]
    Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.

    [173]
    Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
    ******************************************************

    [145]
    Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah”. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    [146]
    Dan Kami haramkan atas orang-orang Yahudi segala binatang yang berkuku, dan dari lembu dan kambing pula Kami haramkan kepada mereka lemaknya, kecuali (lemak) yang ada pada belakangnya atau yang menyelaputi perkakas dalam perutnya, atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami balas mereka dengan sebab kederhakaan mereka; dan sesungguhnya Kamilah yang benar.
    ***************************************************

    [114]
    Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.

    [115]
    Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    [116]
    Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.

    ******************************************************

    Tok Syam

    January 18, 2010 at 12:47 pm

  7. Salam,

    Saya tidak melihat apa yang saudara tolokminda sampaikan merupakan fitnah. Lagi pun beliau tidak menyebut nama2 individu yang dikatakan menyelewengkan ayat2 Al Quran tersebut.

    Beliau sudah bawakan hujah2 beliau untuk menunjukkan berlakunya penyelewengan maksud ayat tersebut.

    Jika kita ada hujah lain nak menyanggah apa yang beliau sampai, adalah baik dibawakan bukti2 yang kuat. Barulah perbincangan jadi lagi matang.

    Tujuan kita untuk sama2 mencari kebenaran. Sebab kita sama2 lemah dan perlu belajar setiap masa.

    Juang

    January 18, 2010 at 12:49 pm

  8. [ Jika para ulama Islam fikir mereka boleh menyembunyikan ketetapan Tuhan dengan menyelewengkan maksud ayat-ayatNya, Tuhan mempunyai cara lain untuk membantu makhluk-makhlukNya. Kepada para penyeleweng, mereka akan terus tenggelam dalam kejahilan dan kesesatan yang mereka cipta sendiri.]

    [ Malangnya ketetapan Allah mengenai kaedah pemeliharaan hidupan liar ini tidak disedari oleh umat kerana para ulama telah menenggelamkan ketetapan yang amat penting dan indah ini melalui penyelewengan tafsiran dan terjemahan Al-Quran. Lebih teruk dari itu penyelewengan dan tafsiran tersebut bukan saja menyebabkan umat Islam tidak menghiraukan kepentingan menjaga eko-sistem hidupan liar seperti yang telah dipertanggungjawabkan ke atas mereka malah ada yang turut terlibat dalam aktiviti pemburuan untuk tujuan komersial.]

    [ Dalam sisi lain pula penyelewengan tafsiran dan terjemahan ayat-ayat 5:1-2 telah mempromosikan amalan-amalan ritual jahiliah yang menyekutukan Tuhan iaitu ritual Haji dan Umrah. Kita tahu ritual Haji khususnya berkait rapat dengan amalan pengorbanan haiwan yang kononnya sebagai persembahan kepada Tuhan sedangkan Tuhan kata amalan seperti itu tidak wajar. Tuhan kata daging dan darah tidak akan sampai kepadaNya, tetapi kepatuhan kita kepada setiap ketetapanNyalah yang akan diambilkira.]

    [Para pembaca budiman, sekarang mari kita sama-sama renungkan betapa buruknya perbuatan para ulama kita. Mereka menyembunyikan ketetapan Tuhan yang menyebabkan kita gagal mematuhinya tetapi dalam masa yang sama mempromosikan amalan mempersembahkan daging dan darah kepada Tuhan yang langsung tidak mempunyai rasional selain menjadi jalan ke arah mempersekutukanNya.

    Kejahilan ini perlu dihentikan.]

    ******************************************************

    Apakah kenyataan diatas tidak berbentuk pertuduhan.
    Mungkin anda tidak faham hal undang2 sivil ….
    tak mengapalah.

    Tak kiralah samada ulama atau siapa,…yg.penting
    adalah kenyataan itu adalah pertuduhan untuk
    suatu gulongan tertentu.

    Ia juga dengan sendirinya ingin membatalkan pengajaran
    dalam hadith mengenai hal2 yg.disentuh.
    Apa yg.diajar nabi tentang permakanan yg.tidak
    selaras dengan maksud quran adalah salah dan diada
    adakan oleh penulis hadith.

    ******************************************************

    Jika demikian,….orang lain juga boleh menafikan
    bahawa kenyataan Tolokminda tidak berasas kerana
    ia hanya buat terjemahan berdasarkan fahaman dan
    tidak melalui salur2 ilmu.

    Setidaknya ia menjelaskan bagaimana proses ia
    membuat fahaman ayat2 quran itu seperti melakukan
    permohonan khusus daripada Allah yg.empunya ayat….
    jika tidak percaya pada ahli ilmu lain.

    ******************************************************

    Memahami ayat satu hal….dan…memahami ilmu
    tersirat suatu hal khusus.Ia bukan dengan sekali
    baca dan mengambil rujukan secara lalai dan terburu
    buru…..lalu mendapat hasilnya.

    Hal ini saya nyatakan kerana saya juga menjalankan
    usaha mempelajari alquran.Untuk mendapat ilmunya…
    adakala berbulan-bulan ….sehingga kita perlu
    periksa hati kita.Apakah yg.jadi penghalang atau
    ada sebab-sebab lain seperti belum sampai masa untuk
    Allah beri tau.

    Tok Syam

    January 18, 2010 at 2:52 pm

  9. Selain itu,..setiap kali kita ingin menyentuh hal
    Alquran….adakah anda minta izin dari Allah dengan
    penuh kyusuk.

    Kerana setiap kenyataan akan jadi ajaran pada orang
    lain.Tidak kah anda takut hal tersebut.
    Saya juga mengambil masa beberapa hari untuk menjawab
    posting berkenaan Alquran dan setiap kali ada halangan
    membalas posting berkenaan saya tidak melakukan….atau
    terasa berat hati…atau langsung tiada ilham untuk
    menulis posting.

    Kalau anda merasa senang hati menulis dan menyentuh
    hal ilmu Allah,….mungkin Allah telah memberi
    izin atau dah bekalkan dalam hati dengan ilmu yg.
    banyak.

    Tok Syam

    January 18, 2010 at 3:01 pm

  10. Salam Tok Syam,

    Artikel di atas saya membincangkan ayat 5:1-2 yang mana secara umumnya Tuhan memaklumkan bahawa kita boleh makan semua jenis haiwan, yang liar atau yang diternak.

    Bagaimanapun fokus utama dua ayat ini adalah ketetapan mengenai aktiviti memburu yang perlu dilakukan dengan kaedah yang Tuhan ajar dan dengan syarat-syarat yang Tuhan gariskan supaya kita dapat mengekalkan keharmonian eko-sistem atau dengan kata lain memelihara hidupan liar supaya tidak pupus.

    Dalam ayat ketiga (5:3) barulah Tuhan menyenaraikan secara terperinci apa yang kita tidak dibenarkan makan berkenaan haiwan kecuali dalam keadaan terpaksa. Tapi artikel di atas belum menyentuh ayat 5:3. Jadi bersabarlah. Mungkin saya akan berkesempatan menulis mengenainya di masa akan datang.

    Saya harap tuan fokus kepada perbincangan tentang ayat 5:1-2. Jika tuan tidak setuju dengan apa yang saya utarakan tuan boleh kemukakan hujah tuan.

    Berikan dalil-dalil tuan mengapa tuan tidak setuju dengan keyakinan saya bahawa 2 ayat itu adalah mengenai ketetapan Tuhan dalam soal memburu haiwan di seluruh dunia dan bukan hanya larangan berburu di Mekah pada musim haji.

    Silakan…

    tolokminda

    January 18, 2010 at 3:31 pm

  11. Salam…
    Saya tidak menafikan pengajaran mengenai haiwan buruan
    tu.Sebagaimana anda huraikan,..saya boleh terima.

    tapi…

    ayat terjemahan berikut ini sila beri penjelasan.Apakah
    anda ubah atau diambil dari tafsiran rujukan anda.

    ayat salinan anda:

    5:97 “Tuhan telah menetapkan buku lali sebagai satu larangan (dalam) sistem untuk dipatuhi oleh manusia,

    dan bulan-bulan larangan, dan panduan-panduan, dan indikasi-indikasi. Ini untuk memberitahu kamu bahawa Tuhan, Dia tahu apa yang di langit dan di bumi dan apa yang di bawah bumi. Dan sesungguhnya Tuhan mengetahui semua perkara”.

    sedangkan ayat Alquran sebenarnya:

    5[97]
    Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

    ******************************************************

    Kenapa anda tidak mengikut permulaan ayat awalnya..?
    Harap beri penjelasan sebelum saya menyatakan tuduhan
    keatas diri anda.

    Dan…apa maksud BUKU LALI. ?.harap jelaskan..

    Tok Syam

    January 18, 2010 at 6:26 pm

  12. Ayat 5;1 & 5;2 telah jelas nyata sebagai amaran
    kepada pemburu2 haiwan liar.Buruan dilarang pada
    bulan2 tertentu yg.dimaksudkan bulan suci itu adalah
    bulan pada masa umat2 melakukan ziarah ke Kaabah.

    Ziarah ke kabaah telah disebut dalam surah lain sebagi
    ibadah haji yg.dimulakan oleh Ibrahim as.Terutamanya
    surah Al Baqarah.

    Dan kamu sebenarnya tidak dapat mengetahui perihal sebenar cerita umat
    dimaksudkan KALONG2 haiwan ternakan yg.dilakukan oleh
    segelintir orang yg.mencari untung semasa bulan haji
    dengan membuat penipuan.

    Tok Syam

    January 18, 2010 at 6:50 pm

  13. Salam,

    Jika kita melihat dari segi keuniversalan ajaran Quran, larangan berburu itu lebih bersifat universal. Jadi ayat 5:97 tu lebih kepada perintah universal tidak terbatas pada Mekkah sahaja.

    Al Quran tidak mengajar kita mengesklusifkan sesuatu tempat, arah kiblat atau agama. Allah berada di mana2. Rahmat Allah luas dan tidak spesifik pada sesuatu tempat, kaum atau kepercayaan.

    Mengapa wujud amalan mengesklusifkan sesuatu tempat? Bukankah itu perangai kaum2 musyrik terdahulu?

    Perasan atau tidak, kaum2 musyrik yang disebutkan dalam Al Quran selalu mengesklusifkan sesuatu perkara. Contohnya mereka kata anak2 lelaki untuk mereka, anak2 perempuan untuk Tuhan. Ada yg bahagikan binatang korban untuk Tuhan dan ada yang untuk mereka. Ada yang menetapkan arah kiblat pada sesuatu tempat sahaja. Ada yang tetapkan amalan sembahan kena ikut cara mereka sahaja.

    Jadi, takkanlah ajaran Nabi Ibrahim atau Nabi Muhammad itu berunsur sebegitu juga?

    Juang

    January 19, 2010 at 10:47 am

  14. Tok Syam menulis…

    …ayat terjemahan berikut ini sila beri penjelasan.Apakah
    anda ubah atau diambil dari tafsiran rujukan anda.

    ayat salinan anda:

    5:97 “Tuhan telah menetapkan buku lali sebagai satu larangan (dalam) sistem untuk dipatuhi oleh manusia,

    dan bulan-bulan larangan, dan panduan-panduan, dan indikasi-indikasi. Ini untuk memberitahu kamu bahawa Tuhan, Dia tahu apa yang di langit dan di bumi dan apa yang di bawah bumi. Dan sesungguhnya Tuhan mengetahui semua perkara”.

    sedangkan ayat Alquran sebenarnya:

    5[97]
    Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

    ******************************************************

    Kenapa anda tidak mengikut permulaan ayat awalnya..?
    Harap beri penjelasan sebelum saya menyatakan tuduhan
    keatas diri anda.

    Dan…apa maksud BUKU LALI. ?.harap jelaskan..

    Salam Tok Syam,

    Tengok terjemahan dan tafsiran 5:97 yang tuan kemukakan. Menyebut tentang kaabah, bulan mulia, binatang korban, kalong binatang korban. Bunyinya terlampau jahiliah. Adakah kita nak ikut amalan jahiliah macam tu? Adakah Tuhan suruh kita mengamalkan ritual-ritual jahiliah? Tentulah tidak.

    Ka’bah sebenarnya bermaksud buku lali. Ia ditafsirkan dengan betul dalam ayat 5:6.

    Terjemahan iiu: 5:6 “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur”.
    ————————-
    Terjemahan semula saya: 5:6 Wahai kamu yang percaya! Apabila kamu bangun untuk memulakan komitmen, basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku, dan sapu kepala kamu dan kaki kamu sehingga ke buku lali dan jika keadaan kamu memerlukan pembersihan sepenuhnya, mandilah dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan, atau selepas kamu membuang air, atau kamu telah bersama dengan perempuan, dan kamu tidak menemui air, dapatkan tanah yang bersih dan sapukan muka dan tangan kamu dengannya. Allah tidak berhasrat untuk meletakkan kamu dalam kesulitan, tetapi Dia ingin kamu membersihkan diri dan Dia mahu melengkapkan kurnianya ke atas kamu, supaya kamu menghargainya.
    ————————-
    Transliterasi 5:6: “Ya ayyuha allatheena amanoo itha qumtum ila alssalati faighsiloo wujoohakum waaydiyakum ila almarafiqi waimsahoo biruoosikum waarjulakum ila alkaAAbayni wa-in kuntum junuban faittahharoo wa-in kuntum marda aw AAala safarin aw jaa ahadun minkum mina algha-iti aw lamastumu alnnisaa falam tajidoo maan fatayammamoo saAAeedan tayyiban faimsahoo biwujoohikum waaydeekum minhu ma yureedu Allahu liyajAAala AAalaykum min harajin walakin yureedu liyutahhirakum waliyutimma niAAmatahu AAalaykum laAAallakum tashkuroona”

    Bagaimanapun perkataan yang sama (Ka’aba) diterjemahkan sebagai Kaabah di Mekah dalam 5:95 & 5:96. Cuba lihat betul-betul.

    Terjemahan iiu: 5:95 “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram. Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah (untuk disembelih dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Suci), atau bayaran kaffarah, iaitu memberi makan orang-orang miskin, atau berpuasa sebanyak bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin; supaya dapat ia merasai kesan yang buruk dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu; dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya; dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa”.
    ————————-
    Terjemahan semula saya: 5:95 “Wahai kamu yang percaya! Jangan membunuh hidupan liar yang telah dilarang kepada kamu. Jika sesiapa membunuh dengan sengaja, dia perlu menebus dengan haiwan yang setara dihakimi dua orang yang adil di kalangan kamu untuk memastikan kematangan buku lali (haiwan yang dibunuh). Atau tebus dengan memberi makan orang miskin atau berpuasa, supaya dia merasai akibat dari perbuatannya. Tuhan telah memaafkan kesalahan terdahulu (sebelum peraturan ini ditetapkan). Barang sesiapa mengulangi kesalahannya, Tuhan akan menghukumnya. Tuhan Berkuasa, Pemberi Hukuman”
    ————————-
    Transliterasi 5:95 “Ya ayyuha allatheena amanoo la taqtuloo alssayda waantum hurumun waman qatalahu minkum mutaAAammidan fajazaon mithlu ma qatala mina alnnaAAami yahkumu bihi thawa AAadlin minkum hadyan baligha alkaAAbati aw kaffaratun taAAamu masakeena aw AAadlu thalika siyaman liyathooqa wabala amrihi AAafa Allahu AAamma salafa waman AAada fayantaqimu Allahu minhu waAllahu AAazeezun thoo intiqamin”

    Dan 5:97…

    Terjemahan iiu: 5:97 “Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
    ————————-
    Terjemahan semula saya: 5:97 “Tuhan telah menetapkan buku lali sebagai satu larangan (dalam) sistem untuk dipatuhi oleh manusia, dan bulan-bulan larangan, dan panduan-panduan, dan indikasi-indikasi. Ini untuk memberitahu kamu bahawa Tuhan, Dia tahu apa yang di langit dan di bumi dan apa yang di bawah bumi. Dan sesungguhnya Tuhan mengetahui semua perkara”.
    ————————-
    Transliterasi 5:97 “JaAAala Allahu alkaAAbata albayta alharama qiyaman lilnnasi waalshshahra alharama waalhadya waalqala-ida thalika litaAAlamoo anna Allaha yaAAlamu ma fee alssamawati wama fee al-ardi waanna Allaha bikulli shay-in AAaleemun”

    Sekali lagi! Perhatikan ketiga-tiga ayat 5:6, 5:95, 5:97 mengandungi perkataan Ka’aba. 5.6 Ditafsirkan sebagai buku lali, iaitu basuh kaki sampai buku lali. Tetapi kenapa dalam 5:95 dan 5:97 perkataan yang sama ditafsirkan sebagai Kaabah, iaitu kuil yang diwarisi dari Arab Jahiliah?

    Cuba tuan fikir baik-baik. Saya yang memutarbelitkan ayat-ayat Tuhan ke atau para ulama tuan? Ayat 5:95 hanya mengulangi ayat 5:2 sebagai penjelas tambahan mengenai ketetapan-ketetapan berkaitan aktiviti pemburuan sejagat. Tuhan memberitahu kita bahawa salah satu ketetapan dalam aktiviti memburu adalah kita tidak boleh membunuh haiwan yang belum cukup matang.

    Dan indikasi samada seseekor haiwan itu sudah matang atau belum terletak pada buku lalinya. Struktur atau sifat buku lali haiwan belum matang berbeza dengan haiwan yang sudah matang. Dan keadaan itu turut menyebabkan cara berjalan haiwan belum matang dan haiwan yang sudah matang berbeza. Dan kepada pemburu, mudahlah mereka menentukan kematangan seseekor haiwan hanya dengan melihat cara ia berjalan. Jadi kalau kalau tau, janganlah bunuh yang belum matang.

    Perhatikan 5:95 yang menyebut “hadyan baligha alkaAAbati“. Saya rasa perkataan baligh kita semua tahu apa maknanya. Iaitu matang. Jadi jelas sekali “Hadyan baligha” itu boleh diterjemahkan sebagai indikasi kematangan dan Alkaabati itu bermaksud buku lali sebagaimana maksud perkataan yang sama dalam 5:6. Jelas, kan?

    Tetapi ulama-ulama tuan mengatakan kita kena mengorbankan binatang di Kaabah, di bulan-bulan yang mulia siap binatang yang nak dikorban kena pakai kalong. Tak masuk akal langsung. Kerja-kerja macam tu cuma dilakukan oleh golongan yang mempersekutukan Tuhan.

    tolokminda

    January 19, 2010 at 2:25 pm

  15. Salam,

    Terpancar kemukjizatan Al Quran. Satu persatu amalan ritual telah Allah bongkarkan kedustaannya. Patutlah golongan tersebut takut sangat bila ada orang2 berusaha memahami Al Quran. Mereka larang memahami Al Quran tanpa melalui mereka dahulu. Seolah2 Al Quran itu jalan hidup yang ada tol oleh mereka.

    Juang

    January 19, 2010 at 6:03 pm

  16. Salam semua,

    Al-Quran dikatakan diturunkan dalam bahasa Arab kuno. Hanya dibukukan setelah beratus2 tahun selepas penurunannya. Kemudian Quran terawal pun tidak berbaris. Jadi tak mustahil kalau berlaku kekeliruan dalam proses menterjemahkannya meskipun oleh bangsa Arab sendiri. Macam contoh batu bersurat melayu sendiri la..

    Apa yang penting pada Puteri dalam memahami mesej yang ingin disampaikan dalam sesatu ayat Quran, bukanlah melihat khusus ayat itu sahaja. Adalah penting menurut Puteri, dalam menggali maksud sesuatu ayat, kita perhatikan apakah ada kesinambungan pada ayat sebelum dan sesudahnya. Perlu melhat mesej secara keseluruhan dan jangablah dipotong2 ceritanya dengan hanya membawakan sepotong ayat.

    Kadang2 perkara kecil seperti perkataa “wa” yang bererti “dan” dilepas-pandangkan. Sedangakn itulah yang menunjukkan kesinambuangan sesuatu certia/mesej.

    Adalah terheran bagi Puteri kalau cerita berkaitan tatacara pemakanan manusia berkaitan haiwan, tiba2 masuk bab haji. Begitu juga kalau cerita bab anak yatim tiba2 masuk bab poligami..

    puteri

    January 20, 2010 at 1:54 am

  17. Salam,
    Seronok ni. Baru saya dengar kaabah tu buku lali, tetapi ada betulnya juga seperti kata tolokminda. Cuma saya nakkan penjelasan yang lebih lagi daripada tolok minda tentang ayat 5:95…dia perlu menebus dengan haiwan yang setara dihakimi dua orang yang adil di kalangan kamu untuk memastikan kematangan buku lali… dan ayat 5:97 “Tuhan telah menetapkan buku lali sebagai satu larangan (dalam) sistem untuk dipatuhi oleh manusia…(Apakah yang dimaksudkan dengan kematangan buku lali dan buku lali sebagai larangan). Susah untuk saya memahamainya.

    Kalau dalam ayat 5:6…basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku, dan sapu kepala kamu dan kaki kamu sehingga ke buku lali… bolehlah saya memahaminya.

    Penulis

    January 20, 2010 at 2:08 am

  18. Salam Juang,

    Benar. Penterjemahan dan tafsiran Al-Quran sepatutnya tidak perlu dipengaruhi oleh orang Arab. Walaupun ia diturunkan melalui Nabi yang berbangsa Arab dan dalam bahasa Arab, Al-Quran membawa mesej dari Tuhan sekelian alam yang universal sifatnya. Sesuai untuk semua bangsa dan zaman. Pengaruh agama jahiliah atau budaya Arab langsung tdak penting.

    Kita perlu membersihkan Al-Quran dari penyelewengan yang dicipta oleh orang Arab. Cerdik pandai yang belajar bahasa Arab perlu membersihkan minda dan jiwa mereka dengan membantu menterjemah dan mentafsirkan Al-Quran secara hak. Jika Ka’aba bermaksud buku lali, kita kena terima perkataan itu sebagai buku lali dan tidak perlu teringat-ingat bangunan empat segi berbungkus kelambu hitam di sebuah negara Arab.

    tolokminda

    January 20, 2010 at 3:53 am

  19. Salam Puteri,

    Betul tu. Kita dah terlampau dibiasakan oleh para ustaz mengambil ayat-ayat Quran sekerat-sekerat tanpa berusaha untuk melihat keseluruhan konteksnya. Sebenarnya Al-Quran seperti juga bahan bacaan lain yang ayat-ayatnya perlu dibaca dan difahamkan mengikut konteks.

    tolokminda

    January 20, 2010 at 3:57 am

  20. Salam Penulis,

    Tuhan menetapkan buku lali sebagai satu indikasi kepada kematangan haiwan. Ini adalah satu indikasi yang praktikal, kerana ia melibatkan gaya berjalan haiwan. Gaya berjalan haiwan yang sudah matang dan yang belum matang berbeza kerana perbezaan sifat buku lalinya.

    Jadi pemburu tidaklah perlu menangkap haiwan yang hendak diburu baru boleh tahu samada ia matang atau belum. Tengok dari jauh pun boleh tahu. Kalau tak tahu, belajar sampai tahu sebelum jadi seorang pemburu sebab perkara ini sudah ditetapkan oleh Tuhan dan oleh itu ia merupakan komitmen yang perlu dipegang oleh setiap orang pemburu.

    Adalah penting kita tidak membunuh haiwan yang belum matang kerana jika kita tidak jaga perkara ini, maka eko-sistem tidak dapat dipelihara.

    Bayangkan tuan seorang pemburu, menemui 3 ekor rusa, seekor rusa dewasa dan 2 ekor anak rusa. Jika tuan pemburu yang tamak, tuan akan tembak ketiga-tiganya sekali. Maka tuan membunuh generasi rusa masa depan, dan jika ini menjadi amalan, rusa pasti akan pupus dalam masa singkat.

    Sebab itulah Tuhan tidak benarkan kita bunuh haiwan muda walaupun ketika musim dibenarkan memburu. Jika kita bunuh juga, maka Tuhan suruh mereka yang mahir di antara kita (boleh jadi pegawai Perhilitan) untuk memeriksa buku lalinya. Jika didapati benar ia belum cukup matang maka kita kena membayar penaltinya iaitu Tuhan suruh kita ganti dengan haiwan lain yang setara.

    Baca sekali lagi artikel saya di atas sana dan fahamkan apa yang dimaksudkan dengan;

    1. Penguatkuasaan tempoh larangan memburu
    2. Panduan-panduan memburu
    3. Indikasi berkaitan kematangan haiwan yang boleh diburu
    4. Mengambilberat batasan-batasan keharmonian sistem melalui sikap tidak tamak

    Terima kasih.

    tolokminda

    January 20, 2010 at 4:07 am

  21. Salam,
    Bila kita membicarakan perkataan buku lali atau kaabah, pasti kita tidak dapat lari dari satu lagi perkara penting yang menjadi amalan masyarakat islam iaitu haji. Bolehkah tuan tolokminda menulis artikel tentang haji pula selepas ni. Kenapa? Sebabnya ialah banyak pertelagahan berlaku di sini. Semoga kita akan mendapat gambaran yang sebenarnya.

    Sekian

    Penulis

    January 20, 2010 at 7:54 am

  22. Salam,

    Saya juga tertunggu2 tulisan saudara tolokminda tentang amalan2 ritual lain yang biasa kita import daripada orang Arab itu.

    Kita bagaikan berada dalam satu dimensi baru berkenaan Al Quran. Yalah, selama ini kita disogokkan ajaran atas nama Islam oleh sesuatu pihak. Nak juga dengar pendapat2 yang lain untuk mengikut yang paling baik.

    Yang pentingnya adalah untuk menjadikan kita orang2 yang tahu apa yang kita lakukan. Bukan lagi menurut membuta-tuli seperti sebelum ini.

    Juang

    January 20, 2010 at 8:26 am

  23. Tun Mahathir used to say and sing, my way. I like to say, its our way. When I was younger, people used to say that ustaz will teach you the religious way and teacher will teach you the academic way, two different ways. Are there really two ways, or there are actually many ways? http://kerjaya-muslim.blogspot.com/

    Riza Ahmad

    January 20, 2010 at 7:44 pm

  24. Salam Tolokminda…

    Apakah makna KAK BA sama dengan makna KAK BAI.
    Perhatikan cara bacaannya.

    Dalam menunjukan Kaabah….ayatnya KAK BA dan baru
    disambung huruf lain seperti TI ,Tal dan sebagainya.

    Tapi ayat 5:6 ditulis KAK BAI NI….bukankah jauh
    bezanya dengan KAK BA.

    Bacaan Ba tidak hanya dimatikan dengan huruf berhenti
    seperti BAH.

    Dalam alquran tak banyak digunakan kaabah sebagai
    rumah suci…tapi dipakai makna BAIT atau BAITULLAH
    atau MUSALA atau MASJIDIL HARAM.

    Tok Syam

    January 21, 2010 at 1:32 am

  25. Salam…
    Dalam surah2 lain….Allah perintah nabi mengalihkan
    arah kiblat juga kebanyakan tak sebut KAKBAH tapi…
    menyebut Baituallah…atau masjidilharam.Begitu juga
    kepada Ibrahim.

    Kaabah sebenarnya adalah dimaksudkan tempat yg.asalnya
    adalah dijadikan tempat penyembah berhala dan upacara
    penyerahan haiwan2 korban bagi tujuan berhala.

    Maka itu nabi Ibrahim disuruh bersihkan Kaabah dan
    mendirikan rumah suci tempat ibadah haji.
    Upacara penghantaran haiwan korban mengikut hukum
    syarak dan dijadikan hadiah atau lebih tepat sebagai
    sedekah pada fakir miskin….dan bukan kerana
    serahan ke Kaabah atau pada tuhan sebagaimana zaman
    jahil dulu.

    Amalan korban hanya direstui Allah untuk diteruskan
    dengan syarat peraturan yg.Allah tetapkan.

    Perancangan Allah ialah menghapuskan dan menutup
    sejarah penyembah berhala di zaman ibrahim….dengan
    mendirikan Baitullah diatas tapak tersebut.

    Maka hari ini tapak itu telah berjaya ditawan.

    Kemudian…orang2 kafir ingin bangunkan kembali
    sejarah tapak itu dengan terjadinya sejarah
    Tahun Gajah.Mereka juga digagalkan dengan tentera
    Allah dari burung2.

    Rumusannya…maksud KAABAH adalah tempat sejarah
    rumah berhala dan bukan kaabah tu rumah suci.
    Tapi umat islam masih tak faham menyebut istilah
    KAABAH dengan menganggap RUMAH ALLAH.

    Tanah Suci itu keseluruhannya adalah Baitullah dan
    didalamnya ada MAKAM Ibrahim yg.juga boleh dijadikan
    tempat ibadah.( Musallah)

    Untuk keselarasan sistem menghadap kiblat…maka
    bangunan batu yg.dinamakan KAABAH dijadikan tumpuan
    kiblat.Iktiqadnya bukan sembah batu KAABAH.

    Tok Syam

    January 21, 2010 at 2:05 am

  26. Salam,

    Saya fikir, jika umat Islam nak buat satu event tahunan yang memberi makan kepada orang2 miskin, bolehlah dibuat di banyak negara2 Islam yang masih miskin dan mundur. Kalau ditumpukan pada sesuatu tempat, tempat itu sahaja yang akan kaya-raya. Ini sudah tidak mencapai maksud keuniversalan Islam itu dan kesamarataan dalam Islam.

    Islam tidak ajar kita melebih2kan sesuatu tempat atau bangsa. Semua manusia dilihat sama oleh Islam.

    Ambil contoh seperti pertandingan bolasepak Piala Dunia yang diadakan di banyak tempat yang membantu setiap negara penganjur itu untuk membangunkan sektor perlancongan masing2. Tiada monopoli sesuatu tempat.

    Apa salahnya orang2 Arab yang sudah kaya itu pergi ke negara2 Islam yang mundur macam di Afghanistan dan buat perkumpulan di situ dan adakan aktiviti mengorbankan binatang untuk orang2 miskin di sana pula. Sudah tentu lagi besar kebaikannya.

    Juang

    January 21, 2010 at 5:49 am

  27. Salam….
    Sebenarnya dan sepatutnya begitulah.
    Dizaman jahiliah haiwan dikorbankan ke kaabah untuk
    persembahkan kepada tuhan.Kemudian kalong2 haiwan tu
    dianggap keramat dan ada yg.menjual dan menggunakan
    kalong2 tu sebagai azimat.

    Kemudian haiwan buruan pun dipakaikan kalong untuk
    dijual kepada musafir2 sebagai korban.Sebab tu
    Allah larang berburu musim bulan suci untuk mengelakkan penipuan.

    Haiwan korban ialah haiwan yg.diternak dan cukup
    matangnya sahaja serta syarat2 lain yg.ditetapkan.

    Allah cuma galakkan manusia yg.dah kebiasaan buat
    korban pada berhala tu diteruskan dengan jadikan ia
    sebagai sedekah.

    Sekarang ini kerajaan ARAB dah usahakan memproses
    daging korban untuk diagihkan kefakir miskin diluar
    kawasan mekah seperti Afrika.

    Tok Syam

    January 21, 2010 at 6:09 am

  28. Dalam menjaga eko sistem,…Allah dah jelaskan
    sebagai manusia yg.suka merosak muka bumi…seperti
    menghancurkan gunung2 sebagai pasak bumi.

    Bukan saja pada haiwan yg.menjadi penting.Kalau tak
    ada haiwan pun manusia masih boleh hidup sihat.

    Lihatlah lembu2 tu.Bukan makan daging…tapi rumput
    dan air semata-mata.Sihat pun.Gorila tu pun tak makan
    vitamin2 dan daging,…melainkan tumbuhan dan buah2an.
    Lihat lah tubuh dia,…kalah ahli gusti.

    Tok Syam

    January 21, 2010 at 6:16 am

  29. Isi alquran dan pengajarannya adalah lebih banyak
    kepada TAUHID.Menyeru manusia kepada beriman.Soal
    dunia ne bagi Allah tak penting.

    Ahli penyelidik alam pun dah buat kitab kebaikan
    untuk menjaga alam dari semua sudut…..itupun
    manusia tak kisah mengambil iktibar.

    Sebab tu Allah tak mau pesan pasal usaha dunia
    banyak sangat.Buang masa jek.Manusia tu dah diberi
    akal,…tau la mereka melihat yg.baik dan buruk.

    Pilih baik hasilnya baik…disisi tuhan pula ada
    kebaikan akhirat jika ia buat amal kerana ingat
    Allah.

    Kalau buat kebaikan kerana nak jadi baik dapatlah
    hasil dunia saja.

    Tok Syam

    January 21, 2010 at 6:22 am

  30. Salam…
    Kalau kita lihat sudut alam haiwan pula….mereka
    memburu sama sendiri tak kenal usia matang tak matang.
    Telor yg.belum menetas pun disapu dek musang,ular,
    biawak.
    Kalau sang Rimau…anak rusa pun di baham…kalau
    tengok cara mereka memburu lagilah zalim dari manusia
    yg.pakai pisau tumpul.

    Tok Syam

    January 21, 2010 at 12:03 pm

  31. Salam,

    Dunia ini bolehlah kita umpamakan seperti sekolah atau universiti. Di sinilah kita belajar kenal diri dan kenal Pencipta sendiri.

    Macam masa kita di sekolah atau universiti dulu, kita tidak bermatlamat untuk tinggal di sekolah atau di universiti selama-lamanya. Tujuan kita ke sekolah/universiti hanyalah untuk menimba ilmu. Ia hanyalah tempat persinggahan sementara waktu sahaja.

    Macam itulah dunia ini. Jadikanlah ia sebagai tempat menimba ilmu sebanyak yang boleh.

    Dunia ini menguji kita sejauh mana kita yakin kepada Allah semata-mata. Tidak menyekutukan Allah dengan selainNya.

    Orang2 yang benar2 berilmu, dia tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu sebab dia tahu apa yang baik dan buruk untuk dirinya sendiri. Keputusannya dilakukan atas dasar pengetahun untuk membuat kebaikan dan menjauhi keburukan. Sebab itulah para Nabi dan Rasul itu dikurniakan ilmu2 yang tinggi.

    Sesiapa yang keluar daripada dunia dengan membawa ilmu, itulah orang2 yang berjaya. Sesiapa yang keluar daripada dunia tanpa ilmu, itulah orang2 yang gagal.

    Juang

    January 22, 2010 at 8:20 am

  32. Salam…
    Apa maksud nya membawa ilmu keluar dari dunia….dan
    kedunia mana pula nak pergi.

    Langit dan bumi sahaja dunia kita yg.dapat diterokai
    sebagaimana Allah menyatakan bahawa manusia tidak akan
    mampu membina tangga2 atau alat untuk menembusinya.

    Palanet2 juga berada dalam dunia dimaksudkan.Namun
    manusia belum dapat mendirikan penempatan disana.

    Ilmu ibarat jambatan2…atau bahtera yg.membawa
    kita dari tempat ke tempat.Sampai dipantai,…perahu
    nya ditinggalkan dan kenderaan lain digunakan.

    Setiap kenderaan sesuai hanya pada tempatnya.Ilmu
    yg.berjaya ialah dapat membawa dirinya bermakrifat.

    Iaitu kenal ketuhanan dengan memahami sifat2nya,nama
    dan perbuatannya di alam hidup ini.

    Tok Syam

    January 22, 2010 at 9:38 am

  33. Salam,

    Dunia lawannya akhirat. Fana lawannya kekal. Keluar dunia maksudnya pergi ke alam akhirat. Daripada alam fana ke alam kekal. Daripada alam perhiasan kepada alam isi.

    Bijak-pandai ada mengatakan, untuk berjaya di dunia, manusia kena ada ilmu. Untuk berjaya di akhirat, manusia juga kena ada ilmu. Untuk berjaya di dunia dan akhirat, pun manusia kena ada ilmu.

    Ada orang mengkaji ilmu2 semasa di dunia ini untuk kejar perhiasan. Mereka hanya nak bermegah2 dengan kekayaan. Itulah orang yang kejar dunia. Kelak apabila meninggal dunia, semua harta-benda itu juga akan ditinggalkan dan mereka kembali kepada Allah dengan jiwa yang kosong.

    Tetapi ada orang mengkaji ilmu2 semasa di dunia ini untuk menyumbangkan manfaat dan kebaikan untuk generasi manusia akan datang. Mereka bersusah payah demi kebahagiaan anak-cucu mereka. Itulah orang yang berilmu untuk kebahagiaan yang kekal. Kelak mereka kembali kepada Tuhan dengan jiwa yang berisi.

    Rasulullah meninggalkan kepada genarasi akan dengan memberi inspirasi bahawa golongan jin dan manusia boleh menembusi langit dengan kekuatan. Walaupun baginda tidak mampu memcipta roket, tetapi inspirasi yang baginda cetuskan itu telah berjaya memberikan manusia zaman sekarang idea2 untuk tembus ke langit.

    Itulah contoh insan yang berilmu dan mengejar kebahagiaan yang kekal abadi dengan berkata sesuatu yang benar sahaja. Ini kerana kebenaran itu sifatnya kekal.

    Juang

    January 23, 2010 at 3:53 am

  34. Salam…
    Kalau tak kenal silap maka tak kenal yg.betul.
    Jika tak sakit tak hargai masa sihatnya.

    Mana perginya sdr Tolokminda,….?Semoga sihat
    dan selamat hendaknya.Apapun tok mohon maaf kalau
    terkasar bahasa tulisan sedangkan dihati tak ingin
    berdendam.

    Tok Syam

    January 23, 2010 at 2:53 pm

  35. Salam,

    Benar. Bila kita kenal dua nilai yang berbeza itu, barulah waras penilaian kita. Bila tahu beza gelap dan terang, akan terasalah nikmat2 terang itu.

    Mungkin saudara tolokminda tengah membuat kajian tulisan seterusnya. Saya pun duk tunggu posting2 beliau yang seterusnya untuk belajar.

    Orang2 beriman, tidak menyimpan dendam. Bayangkan Rasulullah diejek dan dicaci pun boleh releks sahaja meneruskan kehidupan baginda sehingga tempoh yang Allah tentukan.

    Juang

    January 24, 2010 at 4:24 am

  36. Salam…
    Semoga Tolokminda bawakan lagi tajuk2 baru yg.perlu
    sama2 kita fahami.

    Alquran itu yg.zahir….dan yg.batinnya ada dalam
    diri bernama ANA.

    Jangan henti pengajian pada ANA….kelak dunia jadi
    halangannya.

    Tok Syam

    January 24, 2010 at 8:18 am

  37. mengapa tidak:)

    online

    February 22, 2010 at 9:59 am

  38. Salam semua,

    Perbincangan yang amat menarik.Teruskan usaha anda semua.Setiap hujah yang dibawa sepatutnya disertakan dengan bukti-bukti/ayat-ayat dari AQ.
    Semoga Tuhan melindungi kita dari menjadi orang-orang yang bodoh.

    Allah disanjung!
    Segala puji bagi Allah, Pemelihara seluruh alam.

    wolverine

    March 1, 2010 at 5:08 pm

  39. Salam,

    Ketika mana dalam abad ke21 ini, heboh di sana sini, di universiti-universiti, di peringkat kerajaan, di UNited Nation, orang sebut pasal global warming.

    Lebih 1000 tahun yang lalu AlQuran sudah memberi isyarat dan amaran dan akibat buruk sekiranya kita manusia tidak mengurus kehidupan atas planet bumi dengan bijak.

    Sayangnya, tidak mengerti maksud Al-Quran, nafsu-nafsi dalam urusan pemakanan secara tidak langsung menganggu pusingan hidup (life cycle) antara makhluk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu jenis binatang saja di hapuskan dalam sesuatu kawasan akan mengakibatkan putusnya rantai kehidupan dan terganggunya eko-sistem setempat, maka terjadilah global warming. Di tambah pula lagi dengan projek keterlaluan kononnya untuk kekuatan ekonomi negara, kalau tidak di urus dengan betul maka akan terjadi impak kerosakan yang teruk di kawasan setempat dan boleh menular ke tempat lain.

    Sebenarnya makhluk haiwan dan tumbuh-tumbuhan saling memerlukan semacam ada kasih-sayang antara mereka. Keharmonian itu sememangnya semulajadi, bayangkan kita bandingkan antara berdiri di tengah kota penuh dengan bunyi kenderaan dan berdiri di tengah alam semulajadi flora dan fauna dan haiwan-haiwan kecil merayap dan terbang di sana-sini, sungguh mengasyikkan.

    Di sekitar bandar New York, masyarakat di situ mula memahami kebaikan alam semulajadi, maka diadakan projek menanam tumbuh-tumbuhan di atas bangunan pencakar langit. Bukan apa, keadaan kehidupan sudah semacam “sesak” bukan saja sesak ramai manusia, tapi sesak jiwa, kerana di sekiling kota padat itu terlalu banyak benda palsu buatan manusia. Maka kita sebagai manusia terpaksa tunduk dan kembali ke alam semulajadi.

    Betullah,Quran kata hidup ini bagai fatarmogana, nampak indah, tapi tidak asli rasanya.

    Makanya urusan sains dan teknologi yang senantiasa berubah tidak seharusnya di korbankan kepentingan alam semulajadi.

    Hanya yang mengerti Al-Quran sahaja yang mampu mengendalikannya.

    message114

    September 12, 2010 at 11:38 pm

  40. Salam,

    Al Quran bukan menghalang kemajuan dan mengejar perhiasan duniawi. Tetapi perlulah dengan berpada-pada, bukannya dengan tamak haloba.

    Berapa ramai Nabi-nabi terdahulu yang mempunyai kepandaian dalam bidang-bidang tertentu, tetapi mereka tidak angkuh dan bongkak menggunakan sumber-sumber yang disediakan oleh Tuhan dengan sesuka hati.

    Sebanyak mana sumber-sumber yang Tuhan sediakan, jika digunakan secara membazir dan tidak terkawal, pasti akan mendatangkan mudarat juga kepada kehidupan manusia dan ekosistem di sekeliling manusia. Maka manusia kena bijak menggunakan apa jua sumber dengan seimbang.

    Atas sebab itulah Allah pilih manusia sebagai khalifah kerana manusia dikurniakan akal untuk menggunakan sumber-sumber secara bijaksana.

    Juang

    September 13, 2010 at 12:45 am

  41. cuba chek ayat al quran allah kata beruntung orang yang pakai akal terhadap ayat2nya , jadi maksudnya ayat2 allah itu boleh di fikirkan oleh otak manusia , satu lagi beruntung atau berhasil yang pakai otak kaji al quran dari yg yang hanya ikut2 manusia secara membuta tuli , yang mengagung agungkan si alim , siapa berani jamin si alim pasti masuk syurga bukan neraka , tak tersilap , maksum , …… siapa ? siapa ? jadi kalau tiada yang berani jamin , rujuk al quran , pelajari al quran , kaji al quran , pastikan sesuatu amalan itu benar2 dari allah …. jangan taksub sangat pada manusia , taksublah pada pencipta sialim itu ..

    hamba allah

    February 10, 2013 at 11:45 pm

  42. Umat manusia di planet bumi telah di tipu oleh bangsa arab hub. 082129506482

    Agung Sedayu

    July 2, 2013 at 1:34 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: