Al-Islama bermaksud “yang telah dialu-alukan”
Salam bukan bermaksud sejahtera atau aman dan sebagainya. Tetapi ia bermaksud alu-aluan. Oleh itu Al-Islama bermaksud “yang telah dialu-alukan”. Berikut adalah sebahagian ayat 5:3 yang mengandungi perkataan Al-Islama.
5:3 (sebahagian)
….Hari ini telah patah semangat yang menafikan dari perisytiharan kamu. Maka jangan takutkan mereka dan takutilah Aku. Hari ini telah disempurna kepada kamu perisytiharan kamu, telah Aku sempurnakan bagi kamu nikmatKu @ My favor dan Aku restui ke atas kamu semua yang telah dialu-alukan (al-islama) sebagai suatu perisytiharan. Kepada sesiapa terpaksa dalam kelaparan selain orang-orang yang bias kepada perbuatan salah maka sesungguhnya Tuhan Pengampun, Penyayang.
alyawma — hari ini
yaisa — telah patah semangat
allatheena — yang
kafaroo — menafikan
min — dari
deenikum — perisytiharan kamu
fala — maka jangan
takhshawhum — takutkan mereka
waikhshawni — dan takutilah Aku
alyawma — hari ini
akmaltu – telah disempurna
lakum — kepada kamu
deenakum — perisytiharan kamu
waatmamtu — telah Aku sempurnakan
AAalaykum — ke atas kamu
niAAmatee — nikmatKu @ My favor
waradeetu — dan Aku restui
lakumu — bagi kamu semua
alislama — yang telah dialu-alukan
deenan — sebagai suatu perisytiharan
famani — kepada sesiapa
idturra — terpaksa
fee — dalam
makhmasatin — kelaparan
ghayra — selain
mutajanifin — orang-orang yang bias
liithmin — kepada perbuatan salah
fainna — maka sesungguhnya
Allaha — Tuhan
ghafoorun — Pengampun
raheemun — Penyayang
Secara ringkas ayat 5:3 menjelaskan bahawa perisytiharan berkenaan makanan telah disempurnakan oleh Tuhan dan merupakan suatu nikmati @ favor dari Tuhan dan yang direstui sebagai perisytiharan untuk “yang dialu-alukan” @ al-islami. Di dalam Quran antara yang dialu-alukan adalah nabi-nabi, orang yang percaya dan sebagainya.
Dengan ini saya cadangkan para pembaca budiman membuat semakan terhadap semua ayat Quran yang mengandungi perkataan dari akar huruf “sin-lam-mim” untuk menguji dan melihat sendiri samada penemuan saya ini boleh dipertimbangkan atau tidak.
Jangan Beri Rasuah Untuk Menang Tender
2:188 Dan jangan makan harta kamu di antara kamu dengan kepalsuan. Dan jangan mengumpan dengannya kepada pembuat-pembuat keputusan (the decision makers) – alhukkami – supaya kamu dapat makan sebahagian dari harta manusia dengan kesalahan sedangkan kamu telah diberitahu.
Wala — Dan jangan
takuloo — makan
amwalakum — kekayaan/harta kamu
baynakum — di antara kamu
bialbatili — dengan kepalsuan
watudloo — Dan jangan mengumpan (merasuah)
biha — dengannya
ila — kepada
alhukkami — pembuat keputusan @ the decision makers
litakuloo — supaya kamu dapat makan
fareeqan — sebahagian
min — dari
amwali — kekayaan/harta-harta
alnnasi — manusia
bialithmi — dengan kesalahan
waantum — sedangkan kamu
taAAlamoona — telah diberitahu
Ayat di atas memberitahu kita supaya tidak makan harta yang kita perolehi melalui cara yang palsu atau menipu atau jalan yang tidak betul. Misalnya Tuhan melarang menggunakan harta kita untuk merasuah para pembuat keputusan seperti menteri, ketua pengarah, pengarah, ketua jurutera atau buyer atau jawatankuasa tender dan sebagainya untuk memenangi sebarang tender projek atau pembekalan.
Menyemak semula 4:101-103 – Dikemaskini semula
Saya telah mengulas mengenai ayat 4:101 – 4:103 di sini. Bagaimanapun ketika saya menulis ulasan berkenaan, saya masih dalam peringkat awal dalam pembelajaran saya. Sekarang banyak juga perkembangan yang telah dicapai. Dan banyak perkataan yang telah menjadi lebih jelas maksudnya kepada saya. Oleh itu saya mengajak para pembaca budiman menyemak semula apa yang dimaksudkan oleh 4:101 – 4:103.
4:101
Waitha – Dan jika
darabtum – kamu memperkembang
fee alardi – di bumi
falaysa – maka tiada
AAalaykum — ke atas kamu
junahun — kesalahan
an taqsuroo – bertahan/restrain
mina — daripada
alssalati — tanggungjawab/responsibilities
in khiftum – jika kamu takut
an yaftinakumu – kamu dianiayai.
allatheena – mereka yang
kafaroo – menafikan.
inna — Sesungguhnya
alkafireena – orang-orang yang menafikan
kanoo lakum – sentiasa kepada kamu
AAaduwwan – suatu permusuhan
Mubeenan – yang jelas
4:102
Waitha – Maka jika
kunta – kamu sedang
feehim – dalam mereka
faaqamta – maka establishkanlah
lahumu – kepada mereka
alssalata – yang dipertanggungjawabkan.
faltaqum – Maka rekrut
taifatun — sekumpulan
minhum – dari mereka
maAAaka – bersama kamu
walyakhuthoo – dan biar mereka ambil
aslihatahum – senjata mereka.
faitha – Maka apabila
sajadoo – mereka telah bersetuju
falyakoonoo – maka biarlah mereka
min — dari
waraikum – belakang kamu
waltati – dan bawa
taifatun – sekumpulan
okhra – yang lain
lam – yang belum
yusalloo – bertanggungjawab
falyusalloo – maka biar bertanggungjawab
maAAaka – bersama kamu
walyakhuthoo – dan biarkan mereka ambil
hithrahum – langkah berjaga-jaga mereka
waaslihatahum – dan senjata mereka.
wadda – Dan keinginan
allatheena – mereka yang
kafaroo – menafikan
law — jika
taghfuloona – kamu leka
AAan — tentang
aslihatikum – senjata kamu
waamtiAAatikum – dan keperluan kamu,
fayameeloona – maka mereka dapat memperdaya
AAalaykum – ke atas kamu
maylatan – suatu serangan
wahidatan – sekaligus.
wala – Dan tidak
junaha — disalahkan
AAalaykum – keatas kamu
in kana – jika telah
bikum – dengan kamu
athan — kepayahan
min — dari
matarin — hujan
aw — atau
kuntum – kamu telah
marda — sakit
an — jadi
tadaAAoo – kamu meletakkan
aslihatakum – senjata kamu
wakhuthoo – dan mengambil
hithrakum – langkah berjaga-jaga kamu.
inna — Sesungguhnya
Allaha — Tuhan
aAAadda – telah menyediakan
lilkafireena – untuk orang-orang yang menafikan
AAathaban – suatu kepayahan
Muheenan – yang memalukan
4:103
Faitha – Maka jika
qadaytumu – kamu telah menjayakan
alssalata – yang telah dipertanggungjawabkan
faothkuroo – maka ingatilah
Allaha – Tuhan
qiyaman – sebagai suatu pendirian
waquAAoodan – dan suatu penetapan
waAAala — dan untuk
junoobikum – menyucikan kamu.
faitha – Maka jika
itmanantum – ia memuaskan kamu
faaqeemoo – maka dirikanlah
alssalata – yang telah dipertanggungjawabkan
inna – sesungguhnya
alssalata – yang telah dipertanggungjawabkan
kanat — adalah
AAala – ke atas
almumineena – orang-orang yang percaya
kitaban – suatu yang telah dibukukan
mawqootan — sekian lama
Baiklah, saya ingin kongsi kefahaman saya terhadap 4:101 – 4:103 secara detail. Saya melihat ketiga-tiga ayat itu memfokuskan kepada satu tanggungjawab (solaa) sahaja. Iaitu tanggungjawab untuk memperkembang @ multiply (darab). Iaitu memperkembangkan komuniti orang-orang yang percaya. Kita semak sekali lagi tafsiran saya dari ayat ke ayat.
4:101 Dan apabila “kamu memperkembang” @ “darabtum” di bumi maka tiada ke atas kamu kesalahan bertahan/restrain daripada tanggungjawab jika kamu takut kamu dianiayai mereka yang menafikan. Sesungguhnya orang-orang yang menafikan sentiasa kepada kamu suatu permusuhan yang jelas
Tafsiran saya:
Perkataan “darab” bermaksud memperkembang @ multiply (ingat sifir kali/darab). Ayat 4:101 sebenarnya memberitahu kita bahawa memperkembangkan komuniti orang-orang yang percaya di atas muka bumi ini adalah antara tanggungjawab (solaa) kita. Semua perkataan solaa @ tanggungjawab dalam ayat 4:101-103 sebenarnya merujuk kepada tanggungjawab ini secara spesifik. Cuma dalam 4:101 Tuhan menggariskan bahawa tanggungjawab memperkembang itu boleh ditangguh/bertahan/restrain jika keadaan atau tindakbalas dari mereka yang menafikan boleh mendatangkan bahaya kepada kita. Tuhan ingatkan kita bahawa mereka itu sentiasa berpotensi untuk menjadi musuh yang jelas.
4:102 Maka apabila kamu sedang dalam mereka maka establishkanlah kepada mereka yang telah dipertanggungjawabkan. Maka rekrut sekumpulan dari mereka bersama kamu dan biar mereka ambil senjata mereka. Maka apabila mereka telah bersetuju maka biarlah mereka dari belakang kamu dan bawa sekumpulanyang lain yang belum bertanggungjawab maka biar bertanggungjawab bersama kamu dan biarkan mereka ambil langkah berjaga-jaga mereka dan senjata mereka. Dan keinginan mereka yang menafikan jika kamu leka tentang senjata kamu dan keperluan kamu, maka mereka dapat memperdaya ke atas kamu suatu serangan sekaligus. Dan tidak disalahkan ke atas kamu jika telah dengan kamu kepayahan dari hujan atau kamu telah sakit jadi kamu meletakkan senjata kamu dan mengambil langkah berjaga-jaga kamu. Sesungguhnya Tuhan telah menyediakan untuk orang-orang yang menafikan suatu kepayahan yang memalukan.
Tafsiran saya:
Oleh itu apabila kita berada di kalangan mereka untuk menunaikan tanggungjawab “memperkembang” yang telah diamanahkan itu, Tuhan menyuruh supaya kita establishkan tanggungjawab kita itu kepada mereka. Tujuannya tentulah supaya mereka faham apa yang sedang kita lakukan, apa motif atau matlamat kita supaya mereka jelas dan lebih terbuka untuk menerima kita. Tuhan menyarankan supaya kita mendekati mereka secara kelompok ke kelompok – kalau dalam sistem masyarakat Arab dulu mungkin kita boleh kata, puak by puak.
Dalam usaha itu, kita tidak perlu meletakkan syarat supaya mereka meletakkan senjata dan seumpamanya. Kita tidak perlu memberi kata dua atau mengancam untuk menyerang atau melakukan penaklukan terhadap mereka. Sebaliknya Tuhan kata – biar mereka ambil senjata mereka dan biarkan mereka ambil langkah berjaga-jaga terhadap kita. Sudah tentulah ini perlu bagi memberi “rasa selamat” kepada mereka kerana mereka mungkin tidak pasti terhadap motif kita.
Dan kemudian jika satu kelompok atau puak itu telah setuju (sujud) dengan kita, maka biar mereka mengikut jejak kita – di belakang kita dan kemudian kita cari kelompok atau puak baru yang belum menjadi kelompok yang menerima tanggungjawab dari Tuhan untuk menjadi pihak yang turut bertanggungjawab bersama kita – dan begitulah seterusnya proses memperkembang itu patut kita laksanakan. Itu caranya yang Tuhan ajar kepada kita.
Bagaimanapun Tuhan tidak lupa untuk mengingatkan supaya kita mesti berwaspada dan bersedia terhadap keselamatan kita sendiri melalui nasihat yang berbunyi: Dan keinginan mereka yang menafikan jika kamu leka tentang senjata kamu dan keperluan kamu, maka mereka dapat memperdaya ke atas kamu suatu serangan sekaligus. Dan jika berlaku keadaan yang tidak diingini itu, maka kita perlu menghadapinya atau jika kita dapat menghidu masalah lebih awal – maka tak mengapa jika kita tangguhkan tanggungjawab itu sepertimana yang disebut dalam 4:101.
Dan jika kita berada dalam situasi sukar yang lain seperti hujan (sekarang hujan mungkin bukan lagi masalah besar) atau sakit sehingga kita terpaksa meletakkan senjata kita, pun tak apa asalkan kita sentiasa ambil langkah berjaga-jaga.
4:103 Maka jika kamu telah menjayakan yang telah dipertanggungjawabkan maka ingatilah Tuhan sebagai suatu pendirian dan sebagai suatu penetapan dan untuk menyucikan kamu. Maka jika ia memuaskan kamu maka dirikanlah yang telah dipertanggungjawabkan sesungguhnya yang telah dipertanggungjawabkan adalah ke atas orang-orang yang percaya suatu yang telah dibukukan sekian lama
Tafsiran saya:
Maka apabila kita telah berjaya dalam misi memperkembang, ingatlah bahawa kita lakukan semuanya untuk Tuhan. Dan jika usaha dan kejayaan itu memberi kepuasan (fullfilling), maka Tuhan suruh kita teruskan yang dipertanggungjawabkan itu yakni tanggungjawab memperkembang. Tuhan memberitahu kita bahawa tanggungjawab tersebut sebenarnya telah ditulis @ dibukukan sekian lama – kitaban mawqootan @ suatu yang telah dibukukan sekian lama.
Kesimpulannya, ayat 4:101-103 tidak ada kena mengena dengan perang atau sembahyang. Tuhan mempertanggungjawabkan kita supaya memperkembangkan kepercayaan kita kepada manusia lain, bukan dengan cara berperang atau mengancam mereka. Bahkan kita perlu mendekati mereka dengan cara diplomasi dan kebijaksanaan walaupun dalam proses itu kita sendiri mungkin terdedah kepada bahaya.
Mari Membongkar Misteri Yakjuj & Makjuj Bersama Mat Guyver
Artikel ini di petik dari Blog MatGuyver
Ketika saya mula-mula menyelidik Al-Quran dengan teliti bermula lebih kurang setahun setengah lepas, saya mula menyedari bahawa nombor-nombor di dalam Al-Quran ini sebenarnya mengandungi satu kod tersembunyi. Saya berusaha memecahkan misteri nombor-nombor ini dengan mencatitkan banyak nota kaki di setiap helaian Al-Quran yang saya fikir boleh disambungkan dengan beberapa ayat lain.
Walaupun saya bukan pakar bahasa Arab, tetapi saya boleh melihat wujudnya satu hubungan harmoni di antara nombor-nombor ini. Segala-galanya bermula apabila saya menemui satu ayat yang menceritakan tentang Isa dan ibunya Mariam melarikan diri ke satu kawasan tanah tinggi yang mempunyai beberapa sumber air yang mengalir. Saya dapat rasakan walaupun Tuhan tidak memberitahu kita dimanakah lokasi ini tetapi dari nombor ayat, surah dan juzuk kita masih boleh dapatkan nilai kordinatnya.
Dengan merujuk pada sebuah glob besar, akhirnya saya berjaya menemui satu formula kiraan bagaimana mendapatkan nilai kordinat pada garisan membujur dan melintang pada permukaan Bumi berdasarkan nombor-nombor di dalam Al-Quran. Pada mulanya saya sendiri pun tidak yakin dengan formula kiraan ini. Tetapi apabila saya menggunakan formula yang sama untuk mencari di mana lokasi Yakjuj dan Makjuj, harta Qarun, kapal Nuh, kaum Nuh yang telah ditenggelamkan, lembah Ibrahim dan lain-lain, saya mula mendapat keyakinan bahawa formula kiraan ini memang benar.
Mungkin ini satu kelebihan yang Tuhan inspirasikan kepada saya kerana semua nilai kordinat yang saya dapat adalah sepadan dengan ciri-ciri yang dicatatkan dalam Al-Quran. Contohnya seperti lokasi tanah tinggi Isa dan Mariam melarikan diri yang saya kaji dalam Google Earth memang tepat di atas sebuah penara yang mempunyai beberapa air terjun kecil. Dan lebih menggemparkan, dengan formula kiraan ini saya berjaya membongkarkan apa sebenarnya Yakjuj dan Makjuj?
Hehehehehe
Anda sudah bersedia untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Yakjuj dan Makjuj? Kalau ya, sila bancuh secawan kopi dan nikmatinya sambil saya terangkan kepada anda apa sebenarnya Yakjuj dan Makjuj seperti yang tertulis di dalam Al-Quran. Tuhan hanya memberi maklumat tentang Yakjuj dan Makjuj kepada kita melalui dua surah sahaja iaitu Al-Kahfi (18) dan Al-Anbiya (21). Kalau tidak silap saya, hanya dua surah ini sahaja yang memberi kita maklumat terperinci mengenai Yakjuj dan Makjuj. Dalam Injil, Yakjuj dan Makjuj disebut sebagai Gog and Magog.
Daripada kordinat yang saya dapat, Yakjuj dan Makjuj terletak berhampiran dengan sebuah kawasan gunung berapi. Saya ulang, sebuah kawasan gunung berapi. Tetapi gunung berapi ini tidak aktif pada masa sekarang. Pada zaman Zulkarnian dahulu, kawasan gunung berapi ini sangat aktif seperti yang dicatatkan dalam Al-Quran :-
Sehingga apabila dia sampai di tempat terbenam Matahari dia mendapati ia membenam ke dalam mata air yang berlumpur (عين حمئة) dan dia mendapati di situ satu kaum. Kami berkata, “Wahai Zulkarnain sama ada kamu mengazab mereka atau kamu mengambil terhadap mereka satu jalan kebaikan”. – [18:86]
Berdasarkan terjemahan di atas, عين حمئة bermaksud sebuah telaga atau kolam lumpur. Ianya bukanlah satu kehairanan mengapa saya menemui kawasan Yakjuj dan Makjuj ini berhampiran dengan kawasan gunung berapi kerana telaga atau kolam lumpur selalunya wujud berdekatan dengan kawasan gunung berapi. Anda boleh lihat gambar-gambar di bawah yang membuktikan kolam atau perigi lumpur panas selalunya berada berdekatan dengan kawasan gunung berapi.
Lokasi Yakjuj dan Makjuj yang saya temui berada berhampiran dengan sebuah gunung berapi dan telaga lumpur panas. Dalam surah Al-Kahfi ayat 95-96, Zulkarnain telah membina sebuah empangan besi + tembaga di antara dua tebing tinggi untuk menyekat kemaraan Yakjuj dan Makjuj.
Berkata “Apa yang Pemeliharaku meneguhkan kepadaku adalah lebih baik maka bantulah aku dengan kekuatan dan aku akan membuatkan satu benteng antara kamu dan antara mereka. Berilah aku kepingan-kepingan besi.” Sehingga apabila dia telah membuat separas antara dua tebing yang tinggi dia berkata, “Tiuplah!”. Sehingga apabila dia telah membuatnya api dia berkata, “Berilah aku supaya aku menuangkan leburan tembaga kuning di atasnya.” – [18:95-96]
Zulkarnain telah membina empangan besi + tembaga ini selepas satu kaum meminta pertolongan agar dibina satu perlindungan dari Yakjuj dan Makjuj yang membuat kerosakan di Bumi.
Mereka berkata, “Wahai Zulkarnain sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj membuat kerosakan di bumi maka adakah kami mengadakan bagi kamu satu upah untuk kamu membuatkan satu benteng antara kami dan antara mereka?” – [18:94]
Selepas berjaya menyiapkan empangan besi + tembaga tersebut, Zulkarnain berkata bahawa empangan yang dibina itu menjadi satu rahmat Tuhan tetapi ianya akan pecah pada suatu hari nanti.
Maka mereka tidak boleh sama ada untuk mendakinya atau menebuknya. Berkata, ‘Ini adalah satu pengasihan daripada Pemeliharaku. Tetapi apabila janji Pemeliharaku datang Dia menjadikannya musnah dan janji Pemeliharaku adalah benar’. – [18:97-98]
Apabila datang detik tersebut, Yakjuj dan Makjuj akan bergerak turun dengan pantas di lereng-lereng tinggi.
Sehingga apabila Yakjuj dan Makjuj dibukakan dan mereka melongsor turun dari tiap-tiap lereng. – [21:96]
Ketika itu, mata orang-orang yang tidak percaya akan terbeliak kerana terkejut dengan kemaraan Yakjuj dan Makjuj yang datang menyerang secara tiba-tiba.
Dan telah dekat janji yang benar dan tiba-tiba mata orang-orang yang tidak percaya menatap dengan tajam, “Celakalah kami! Kami lalai daripada yang ini. Tidak, kami adalah orang-orang yang zalim”. – [21:97]
Di dalam Al-Quran juga dinyatakan di mana Tuhan mengutuskan Yakjuj dan Makjuj untuk memusnahkan satu golongan manusia yang menyembah sejenis berhala batu.
Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu abdikan selain daripada Tuhan adalah bahan bakar untuk Jahanam dan kamu akan turun kepadanya. – [21:98]
Ini kerana Tuhan juga pernah mengutuskan Yakjuj dan Makjuj untuk memusnahkan banyak penempatan-penempatan (قرية) manusia yang mempersekutukan Tuhan sebelum ini.
Satu pengharaman ke atas sesebuah penempatan yang Kami telah membinasakan dan mereka tidak akan kembali. – [21:95]
Daripada surah Al-Kahfi (18) dan Al-Anbiya (21), saya boleh membuat beberapa kesimpulan mengenai Yakjuj dan Makjuj iaitu :-
- Kekuatan tentera Zulkarnain tidak mampu memusnahkan Yakjuj dan Makjuj.
- Yakjuj dan Makjuj membuat banyak kemusnahan di atas Bumi.
- Sebuah tembok/penghadang besi + tembaga terpaksa dibina untuk mengekang kemaraan Yakjuj dan Makjuj yang mempunyai momentum kemusnahan yang sangat besar.
- Tetapi Yakjuj dan Makjuj tidak mampu mendaki dan menebuk tembok besi + tembaga tersebut.
- Apabila tiba janji Tuhan, tembok besi + tembaga itu akan pecah dan Yakjuj dan Makjuj akan meluru keluar dengan pantas.
- Yakjuj dan Makjuj akan membawa satu momentum yang sangat besar untuk memberi impak kemusnahan maksimum.
- Tiada satu pun senjata manusia boleh melawan Yakjuj dan Makjuj. NATO + Warsaw + China + ASEAN + OIC + dan semua gabungan ketenteraan yang ada di atas planet Bumi ini tidak mampu menewaskan Yakjuj dan Makjuj.
- Yakjuj dan Makjuj pernah memusnahkan banyak komuniti manusia sebelum ini.
- Yakjuj dan Makjuj akan memusnahkan satu golongan manusia yang mempersekutukan Tuhan termasuk sejenis berhala batu.
- Terdapat kolam lumpur panas berhampiran dengan lokasi Yakjuj dan Makjuj.
Ok, pasti sekarang anda mahu bertanya kepada saya, “Eerr…. Mat Guyver, Yakjuj dan Makjuj tinggal di mana?”. Jawapan saya ialah Yakjuj dan Makjuj wujud di banyak lokasi di atas Bumi kerana Yakjuj dan Makjuj bukanlah sejenis manusia atau sejenis makhluk. Yakjuj dan Makjuj tidak mempunyai satu lokasi penempatan yang spesifik. Anda mahu tahu apakah yang dimaksudkan dengan Yakjuj dan Makjuj? Mari kita lihat pengertian perkataan يأجوج dan مأجوج.
Dua perkataan يأجوج dan مأجوج tidak pernah dipisahkan dalam mana-mana ayat Al-Quran kerana يأجوج dan مأجوج merupakan satu entiti yang sama. Dua perkataan يأجوج dan مأجوج ini ditulis bersama sebagai menunjukkan dua sifat utama entiti bernama Yakjuj dan Makjuj. Dengan mengetahui pengertian sebenar perkataan يأجوج dan مأجوج, kita boleh membongkar misteri sebenar Yakjuj dan Makjuj.
Berdasarkan kajian yang saya jalankan di internet, perkataan ‘Yakjuj’ ( يأجوج ) berasal dari perkataan ‘Aj’ atau ‘Ajij’ yang membawa pengertian kepada ‘api yang menyala’. Perkataan ‘Makjuj’ ( مأجوج ) pula boleh disamakan dengan dua perkataan lain iaitu ‘Maja’ dan ‘Yamuj’ yang membawa pengertian ‘gelombang’ atau ‘ penyebaran’.
Jadi secara mudahnya يأجوج dan مأجوج boleh diertikan sebagai sejenis gelombang api yang menyala. Yakjuj dan Makjuj akan memusnahkan apa sahaja yang berada di sepanjang laluannya. Dua perkataan Gog and Magog juga mempunyai sebutan yang hampir sama dengan ‘magma’ – sejenis batuan lebur yang wujud di bawah lapisan kerak Bumi. Apabila magma mengalir keluar ke permukaan Bumi, ia akan dikenali sebagai lava.
Yakjuj dan Makjuj bukanlah satu golongan manusia yang membuat kerosakan di atas Bumi seperti yang disebarkan oleh para penjaja agama Arab Saudi sesat. Yakjuj dan Makjuj, seperti yang saya terangkan pada perenggan di atas merupakan satu limpahan lava gunung berapi. Zulkarnain telah membina sebuah empangan untuk menyekat aliran lava gunung berapi yang mengancam kehidupan sebuah kaum yang berada dalam wilayah kekuasaannya.
Kaum ini telah meminta Zulkarnain agar membina satu pelindung yang dapat memisahkan mereka dari aliran lava gunung berapi ini yang mereka panggil sebagai ‘gelombang api yang menyala’ ( يأجوج + مأجوج ). Perkataan Yakjuj dan Makjuj itu sendiri mempunyai pengertian tersendiri dalam bahasa Melayu kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Sama seperti perkataan ‘Allah’, ‘Islam’, ‘solat’, ‘zakat’, ‘imam’, ‘masjid’, ‘masjidil haram’, ‘masjidil aqsa’, ‘ulama’ dan sebagainya – semua perkataan-perkataan ini mempunyai pengertian yang boleh difahami di dalam bahasa kita.
Tuhan pernah mengutuskan Yakjuj dan Makjuj untuk memusnahkan banyak kaum nabi-nabi terdahulu. Antaranya yang disebutkan dalam Al-Quran ialah kaum Lut.
“Dan Jeritan mengambil mereka pada waktu matahari terbit.” – [15:73]
“Dan Kami menghujani mereka dengan suatu hujan maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahannya orang-orang yang berdosa.” – [7:84]
“…… adalah buruk hujan orang-orang yang diberi amaran.” – [26:173]
“Kami mengutuskan kepada mereka angin ribut yang mengandungi batu.” - [54:34]
“Maka apabila perintah Kami datang, Kami menterbalikkan yang atasnya ke bawahnya dan menghujaninya dengan batu-batu daripada tanah liat yang dibakar bertubi-tubi.” – [11:82]
Kaum Lut telah dimusnahkan oleh satu letusan gunung berapi yang berada berhampiran dengan penempatan mereka. Daripada petunjuk ayat-ayat Al-Quran di atas, ciri-ciri kemusnahan yang datang kepada kaum Lut adalah satu bunyi letusan gunung berapi yang sangat kuat dan hujan + asap hitam yang mengandungi batu-batuan panas dari lava gunung berapi tersebut. Gambaran jelas ini anda boleh lihat dalam filem 2012 apabila satu letusan lava bawah tanah di Taman Negara Yellowstone berlaku.
Apa yang bakal berlaku tidak lama lagi adalah jauh lebih dahsyat berbanding apa yang pernah menimpa kaum Lut dan gambaran dalam filem 2012 itu. Al-Quran telah memberi amaran kepada kita secara terperinci tentang satu bencana geologi yang amat menakutkan ini yang dinamakan sebagai Yakjuj dan Makjuj. Satu letusan gunung berapi super raksasa akan berlaku tidak lama lagi sebagai satu janji Tuhan kepada manusia.
“Segala puji bagi Tuhan yang menurunkan Kitab kepada hambaNya dan tidak membuatkan padanya sebarang kebengkokan, yang betul untuk memberi amaran akan bencana yang keras daripadaNya dan untuk memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan bahawa bagi mereka upah yang baik.” – [18:1-2]
“Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit mendatangkan asap yang jelas menutupi manusia ini adalah azab yang pedih.” – [44:10-11]
“Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu kemudian kamu akan mengetahui bagaimanakah dengan amaran-Ku?” – [67:17]
“Dan Dia menurunkan dari langit, gunung-gunung yang di dalamnya hujan batu supaya Dia menimpakan kepada siapa yang Dia mengkehendaki dengannya dan memalingkannya daripada siapa yang Dia mengkehendaki.” – [24:43]
“……. atau Kami menjatuhkan kepada mereka serpihan dari langit.” – [34:9]
“Adakah mereka berasa aman orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat bahawa Allah tidak akan membuatkan bumi menelan mereka atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak menyedari?” – [16:45]
“Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamu sedang ia bergoncang?” – [67:16]
“Katakanlah, ‘Apa pendapat kamu jika pada waktu pagi air kamu meresap ke dalam tanah kemudian siapakah yang mendatangkan kepada kamu air yang mengalir?’” – [67:30]
“Adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan membuat darat menelan kamu atau mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu kemudian kamu mendapati tiada wakil bagi kamu? Atau adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan mengembalikan kamu ke dalamnya pada kali yang kedua dan Dia mengutuskan kepada kamu angin taufan dan menenggelamkan kamu kerana ketidakpercayaan kamu kemudian kamu mendapati tiada pendakwa untuk kamu terhadap Kami?” – [17:68-69]
“Tidakkah mereka melihat bagaimana Kami datang ke bumi dengan menguranginya di tepi-tepinya?” – [13:4]
Tuhan juga telah memberi amaran kepada penduduk beberapa buah penempatan/bandar bahawa mereka akan dimusnahkan oleh Yakjuj dan Makjuj dalam waktu yang singkat.
“Adakah penduduk penempatan-penempatan itu berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan datang kepada mereka pada waktu malam sedang mereka tidur? Adakah penduduk penempatan-penempatan itu berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan datang kepada mereka pada waktu pagi sedang mereka bermain-main?” – [7:97-98]

Kepada para penyembah kotak, berseronoklah anda semua.
Kita lihat siapa sebenarnya yang berbohong tentang Tuhan.
Di mana lokasi sebenar Yakjuj dan Makjuj? Bila tarikh dan masa Yakjuj dan Makjuj akan muncul? Apa yang saya boleh kata ialah adalah lebih baik jika anda semua tunggu bencana geologi yang sangat dahsyat ini berlaku kerana saya mengambil pendirian untuk merahsiakan semua maklumat penting mengenai bencana ini. Jika saya mendedahkan perinciannya kepada anda, pasti ianya tidak menjadi seronok lagi untuk saya melihat gelagat golongan mempersekutukan Tuhan yang percaya mereka berada di atas jalan yang benar.
Apapun jika anda percaya kepada kemunculan Yakjuj dan Makjuj serta pembongkaran saya ini, adalah lebih baik jika anda semua membuat persiapan untuk menghadapinya seperti yang ditulis dalam [18:1-2]. Yakjuj dan Makjuj bukanlah Kiamat tetapi satu bala yang ditangguhkan oleh Tuhan kepada satu golongan yang sangat kafir dan sangat hipokrit. Rasanya anda tahu siapa yang saya maksudkan.
- Mat Guyver -
Aspek privasi wanita menurut Quran
24:31
Waqul lilmuminati — Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang percaya
yaghdudna min — mereka harus merendahkan dari
absarih inna — pandangan mereka sesungguhnya
wayahfathna — dan mereka harus menjaga
furoojahunna — kehormatan mereka
wala yubdeena — dan tidak mempertontonkan
zeenatahunna — perhiasan-perhiasan mereka
illa ma thahara minha — kecuali apa yang ternampak darinya
walyadribna — dan biarlah mereka memperagakan
bi khumurih inna — dengan penutup-penutup sesungguhnya
AAala — ke atas
juyoobih inna — buah dada-buah dada mereka sesungguhnya
awala yubdeena — dan juga tidak mempertontonkan
zeenatahunna — perhiasan-perhiasan mereka
illa libuAAoolatih inna — kecuali kepada suami-suami mereka sesungguhnya
aw abaih inna — atau bapa-bapa mereka sesungguhnya
aw abai buAAoolatih inna — atau bapa-bapa suami mereka sesungguhnya
aw abnaih inna — atau anak-anak lelaki mereka sesungguhnya
aw abnai buAAoolatih inna — atau anak-anak lelaki suami mereka sesungguhnya
aw ikhwanih inna — atau adik beradik lelaki mereka sesungguhnya
aw banee ikhwanih inna — atau anak-anak lelaki adik beradik lelaki mereka sesungguhnya
aw banee akhawatih inna — atau anak-anak lelaki adik beradik perempuan mereka sesungguhnya
aw nisaih inna — atau perempuan-perempuan mereka sesungguhnya
aw ma malakat aymanuhunna — atau apa yang dikuasai tangan kanan mereka
awi alttabiAAeena — ataupun pengikut-pengikut
ghayri — tanpa
olee alirbati — keinginan fizikal
mina alrrijali — daripada lelaki-lelaki
awi alttifli allatheena — ataupun kanak-kanak yang
lam yathharoo — belum mempunyai kesedaran
AAala AAawrati alnnisai — ke atas aspek privasi para wanita
wala yadribna — dan jangan biarkan mereka memperagakan
bi arjulih inna — dengan kaki-kaki mereka sesungguhnya
liyuAAlama — untuk memberitahu
ma yukhfeena — apa yang tersembunyi
min zeenatih inna — dari perhiasan-perhiasan mereka sesungguhnya
watooboo ila — dan kembalilah kepada
Allahi jameeAAan — Tuhan secara keseluruhan
ayyuha almuminoona — wahai orang-orang yang percaya
laAAallakum tuflihoona — supaya kamu beroleh kejayaan.
24:31 “Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang percaya mereka harus merendahkan dari pandangan mereka sesungguhnya dan mereka harus menjaga kehormatan mereka dan tidak mempertontonkan perhiasan-perhiasan mereka kecuali apa yang ternampak darinya dan biarlah mereka memperagakan dengan penutup-penutup sesungguhnya ke atas buah dada-buah dada mereka sesungguhnya dan juga tidak mempertontonkan perhiasan-perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka sesungguhnya, atau bapa-bapa mereka sesungguhnya, atau bapa-bapa suami mereka sesungguhnya, atau anak-anak lelaki mereka sesungguhnya, atau anak-anak lelaki suami mereka sesungguhnya, ataupun adik beradik lelaki mereka sesungguhnya, atau anak-anak lelaki adik beradik lelaki mereka sesungguhnya, atau anak-anak lelaki adik beradik perempuan mereka sesungguhnya, atau perempuan-perempuan mereka sesungguhnya, atau apa yang dikuasai tangan kanan mereka, ataupun pengikut-pengikut tanpa keinginan fizikal daripada lelaki-lelaki, ataupun kanak-kanak yang belum mempunyai kesedaran ke atas aspek privasi para wanita, dan jangan biarkan mereka memperagakan dengan kaki-kaki mereka sesungguhnya untuk memberitahu apa yang tersembunyi dari perhiasan-perhiasan mereka sesungguhnya dan kembalilah kepada Tuhan secara keseluruhan wahai orang-orang yang percaya supaya kamu beroleh kejayaan.”
Ayat 24:31 dijadikan dalil untuk mewajibkan pemakaian tudung kepala ke atas para wanita oleh golongan agamawan. Bagaimanapun, jika kita baca satu persatu perkataan dalam ayat ini, sedikit pun tidak ada sebarang suruhan supaya menutup rambut. Yang ada hanyalah suruhan supaya para wanita merendahkan pandangan, menjaga kehormatan, mengenakan penutup – “sesungguhnya” – ke atas buah dada mereka – “sesungguhnya”; yang maknanya mudah saja, iaitu tutup buah dada betul-betul – misalnya bukan tutup dengan kain jarang dan bukan tutup hanya sebahagian. Para wanita juga disuruh supaya tidak memperagakan kaki mereka dengan cara yang boleh menarik perhatian orang lain kepada perhiasan-perhiasan mereka yang tersembunyi – misalnya mungkin mereka perlu elak dari mengangkangkan kaki kerana ia boleh mendedahkan “suatu keindahan” yang tersembunyi.
Selain itu ayat ini juga turut menjelaskan beberapa pengecualian yang diberikan kepada wanita berkenaan penampilan aspek privasi mereka. Pada pandangan saya, pengecualian itu pada dasarnya bersifat terbuka dan mana-mana wanita boleh menentukan sendiri penampilan bagaimana yang sesuai dan selesa bagi mereka apabila berhadapan dengan golongan yang dikecualikan ke atas mereka itu.
Satu perkara yang menarik dan menonjol dalam 24:31 adalah betapa banyaknya penggunaan perkataan “inna” atau “sesungguhnya” yang dirujuk kepada objek. Saya melihat perkataan tersebut digunakan dengan matlamat yang jelas iaitu supaya kefahaman kita terhadap objek-objek yang dinyatakan tidak harus diambil secara mudah tetapi ia perlu ditafsirkan secara tepat. Misalnya “bi khumurih inna” @ “dengan penutup-penutup sesungguhnya” menunjukkan yang diperlukan bukan sekadar penutup, tetapi penutup yang benar-benar boleh menutup. “Juyoobih inna” @ “buah dada-buah dada mereka sesungguhnya” pula menujukkan ia bukan sekadar buah dada tapi keseluruhan buah dada. Pendek kata dengan adanya perkataan “inna” dalam kedua-dua objek tersebut kita dapat mentafsirkan dengan tepat bahawa Tuhan menyuruh para wanita supaya menutup buah dada mereka dengan sempurna – tutup betul-betul.
Begitu juga apabila perkataan “inna” dirujuk kepada suami, bapa, anak lelaki, adik beradik lelaki dan sebagainya, ia sebenarnya memberi penekanan kepada siapa yang harus dimaksudkan sebagai suami, bapa, anak lelaki atau adik beradik lelaki itu. “Suami mereka sesungguhnya” tentulah merujuk kepada suami yang benar-benar suami. “Bapa mereka sesungguhnya” tentulah merujuk kepada bapa mereka yang sebenar – bukan bapa tiri atau bapa angkat dan sebagainya. Begitu juga dengan anak lelaki atau adik beradik lelaki. Mereka mestilah benar-benar dari kalangan darah daging seseorang wanita itu sendiri.
Dari satu sudut, aplikasi perkataan “inna” yang begitu banyak dalam 24:31 membantu kita menyedari dan menyakini bahawa perkataan “bikhumurihinna” bukanlah satu perkataan unik seperti yang cuba disumbatkan ke dalam kefahaman kita oleh orang-orang Arab. Sangat jelas bahawa perkataan “bi” sentiasa bermaksud “dengan”, “khumur” pula merupakan kata jamak untuk perkataan “khimar” atau “penutup” dan “inna” bermaksud “sesungguhnya”. Ia tidak ada kena mengena langsung dengan kepala atau rambut.
Ibrahim, Ismail, lembah tandus, empangan, buah-buahan dan lembu
Menurut cerita yang sering dijaja para agamawan, Nabi Ismail adalah anak kepada Nabi Ibrahim dari salah satu dari dua isterinya. Bagaimanapun selepas saya meneliti kisah Ibrahim dan Ismail yang disampaikan melalui Al-Quran, saya dapati kisahnya berlainan sama sekali. Menurut Al-Quran, Ismail bukanlah anak biologi Ibrahim.
Ismail sebenarnya diperkenalkan dan dipertemukan oleh Tuhan kepada Ibrahim semasa beliau masih kecil, iaitu ketika Ibrahim mengambil keputusan untuk berhijrah keluar dari kampung halamannya selepas beliau dihukum bakar oleh kaumnya yang marah kerana beliau memecahkan berhala-berhala di kuil mereka.
37:99 Dan dia berkata: Sesungguhnya aku akan pergi kepada PemeliharaKu. Dia akan memberiku petunjuk.
37:100 Pemeliharaku, kurniakanku daripada orang-orang yang bertanggungjawab.
37:101 Maka kami berikan dia berita gembira dengan seorang budak lelaki yang toleran.
Ayat-ayat di atas menggambarkan apa yang telah berlaku. Ibrahim mengambil keputusan untuk berhijrah meninggalkan kaumnya dan memohon supaya Tuhan mengurniakan orang-orang yang bertanggungjawab untuk menyertai beliau. Dan Tuhan menyahut permintaan Ibrahim dengan memperkenalkan seorang budak lelaki yang memiliki sifat toleran kepadanya. Dan kita terus boleh tahu bahawa budak lelaki ini adalah Ismail.
Apabila Ibrahim mengambil Ismail dan membawanya bersama, maka bolehlah dikatakan Nabi Ismail telah menjadi anak angkat kepada Nabi Ibrahim. Samada Ibrahim sudah beristeri atau belum kita tidak diberitahu mengenainya tetapi Tuhan ada memberi gambaran yang menunjukkan Ibrahim masih muda pada ketika itu.
21:59 Mereka berkata: Siapa telah lakukan ini dengan tuhan-tuhan kita? Sesungguhnya dia seorang dari orang-orang yang jahat.
21:60 Mereka berkata: Kami dengar seorang lelaki muda menyebutnya. Dia dipanggil Ibrahim.
Satu lagi fakta yang dapat kita ketahui adalah bahawa selain Ismail, terdapat juga orang-orang lain yang telah turut sama bersama Ibrahim dan antaranya adalah Lut.
21:71 Dan Kami telah selamatkannya dan Lut ke bumi yang Kami berkati di dalamnya untuk orang-orang yang berpengetahuan.
Maka Ibrahim, Ismail, Lut dan lain-lain yang turut menyertai mereka keluar meninggalkan kaum mereka yang tidak boleh melepaskan diri dari kepercayaan nenek moyang yang menyekutukan Tuhan. Dan akhirnya Ibrahim telah memilih satu kawasan lembah yang tandus yang tidak mempunyai sebarang tumbuhan untuk menjadi tempat tinggal barunya.
14:37 Pemelihara kami, sesungguhnya aku telah memutuskan dari keturunanku dengan lembah tanpa sebarang tanaman berdekatan sistemMu yang direstui. Pemelihara kami, supaya mereka mendirikan komitmen mereka. Maka jadikanlah hati-hati daripada manusia cenderung kepada mereka dan rezekikan mereka daripada buah-buahan supaya mereka berterima kasih.
Dari semua petunjuk yang berkaitan dengan lokasi yang dipilih oleh Ibrahim ini, saya berpendapat walaupun ia sebuah lembah tandus tanpa tumbuhan tetapi ia berada berdekatan dengan sebuah eko-sistem yang sesuai – besar kemungkinan ia merupakan sebatang sungai utama – dan ia dilihat oleh Ibrahim sebagai suatu sumber yang boleh dimanipulasi untuk mengubah dan membangunkan lembah tandus itu menjadi sebuah lembah yang subur untuk kegiatan pertanian jika mereka komited menjayakannya.
Di sini saya nampak kaliber Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang berwawasan, berani dan innovatif. Saya percaya beliau juga telah bertindak seperti seorang penyelidik, seorang jurutera dan dalam masa yang sama masih bekerja seperti seorang petani dan penternak sebagaimana orang lain di zamannya. Juga dapat dilihat bagaimana beliau telah mengambil masa bertahun-tahun membuat perancangan sebelum proses sebenar mentransformasikan lembah itu dapat dimulakan – sekurang-kurangnya sehingga Ismail telah mencapai umur yang membolehkannya membantu beliau bekerja.
37:102 Maka apabila dia (Ismail) cukup matang untuk berusaha bersamanya, dia (Ibrahim) berkata: Wahai anakku, sesungguhnya aku telah melihat dalam impianku bahawa aku mengorbankan kamu maka lihatlah apa yang kamu nampak? Dia (Ismail) berkata: Wahai bapaku, lakukanlah apa yang kamu telah diperintahkan. Kamu akan dapati aku, jika diizinkan Tuhan, daripada orang-orang yang berdaya tahan.
Ayat di atas telah ditafsirkan oleh golongan agamawan bahawa Ibrahim telah mendapat mimpi supaya mengorbankan dalam ertikata menyembelih Ismail. Tetapi saya melihat ayat 37:182 sebenarnya menceritakan perihal Ibrahim yang mengadakan man-to-man-talk dengan Ismail apabila anak angkatnya itu sudah mencapai umur bekerja. Dalam perbincangan mereka Ibrahim membentangkan impian beliau yang mahu mentransformasikan lembah tandus yang mereka diami dan melihat dirinya akan mengorbankan Ismail dalam konteks Ismail mungkin terpaksa bekerja sangat keras bersama-samanya. Dan Ismail pula faham kedudukan Ibrahim dan beliau tidak ada masalah untuk sama-sama bekerja ke arah menjayakan wawasan Ibrahim dengan sedaya upayanya.
Maka mereka pun memulakan projek yang menjadi impian Ibrahim dan salah satu perkara utama yang mereka laksanakan adalah meninggikan asas sistem.
2:127 Dan apabila Ibrahim meninggikan asas dari sistem bersama Ismail: Pemelihara kami, terimalah dari kami. Sesungguhnya Engkau Mendengar, Melihat.
Seperti yang saya telah sebut di atas, sistem yang dikatakan berdekatan dengan lembah tandus yang menjadi pilihan Ibrahim berkemungkinan merujuk kepada sebatang sungai utama. Oleh itu apabila dikatakan mereka meninggikan atau menaikkan asas sistem, saya percaya mereka sebenarnya membina empangan supaya paras air sungai itu naik dan membolehkan lembah tandus mereka diairi dan seterusnya mereka dapat membangunkan kegiatan pertanian serta penternakan secara terkawal dan produktif.
Dan kita diberitahu usaha Ibrahim bersama Ismail itu akhirnya berjaya dilaksanakan. Impian Ibrahim telah tercapai dan pada suatu ketika apabila ketenteraman telah menyelubungi lembah mereka di mana Ibrahim sedang baring melungkupkan badannya (laying on his forehead), Tuhan memberi pengesahan kepada Ibrahim tentang kejayaannya merealisasikan wawasan beliau sambil memberi jaminan bahawa mereka akan diberi ganjaran yang hebat dan antaranya adalah haiwan-haiwan ternakan untuk sembelihan.
37:103 Maka apabila telah tenteram dan baring dia kepada dahinya
37:104 Dan Kami memanggilnya: Wahai Ibrahim..
37:105 Kamu telah merealisasikan wawasan itu. Sesungguhnya Kami, yang demikian memberi ganjaran kepada orang-orang yang melakukan kebaikan.
37:106 Sesungguhnya ini tidak lain adalah suatu ujian yang jelas.
37:107 Dan maka Kami telah tebus dia dengan sembelihan yang hebat.
Dalam satu kisah yang Tuhan ceritakan, kita dapat membayangkan betapa hebat dan makmurnya kegiatan penternakan Ibrahim sehingga apabila Tuhan mengutuskan 2 orang malaikat datang ke rumahnya untuk mengkhabarkan berita yang beliau dan isterinya yang bakal mendapat 2 orang anak mereka sendiri, Ibrahim terus menghidang seekor anak lembu panggang untuk mereka.
11:69 Dan tidak syak telah datang utusan-utusan kami kepada Ibrahim dengan berita gembira. Mereka berkata: Yang tenteram! Dia berkata: Tenteram! Maka tidak berlengah dia untuk membawa seekor anak lembu panggang.
Dan selain dari sembelihan yang hebat hasil dari haiwan-haiwan ternakan yang bermutu seperti lembu, kita juga diberitahu bahawa kawasan lembah mereka juga menjadi kawasan pertanian yang subur dengan pelbagai tanaman buah-buahan.
2:126 Dan apabila berkata Ibrahim: Pemeliharaku, jadikanlah negara ini aman dan kurniakanlah penduduknya dari buah-buahan sesiapa yang mempercayai dari kalangan mereka – dengan Tuhan dan hari akhir. Kami berkata: Dan sesiapa menafikan Aku beri juga mereka keseronokan sedikit – kemudian Aku akan paksa mereka kepada siksaan neraka dan amat menyakitkan destinasi itu.
Kejayaan Ibrahim mentransformasikan sebuah kawasan lembah yang tandus menjadi sebuah kawasan lembah yang subur dengan pelbagai tanaman buah-buahan dan haiwan ternakan merupakan suatu epik dan Tuhan menyatakan legasi Ibrahim itu dikekalkan untuk menjadi contoh kepada generasi kemudian.
37:108 Dan kami tinggalkan baginya di kalangan orang-orang yang kemudian.
Ini bermakna kita sebenarnya masih boleh menjejaki kawasan lembah yang pernah dibangunkan dan didiami oleh Ibrahim dan Ismail serta keturunan mereka. Seperti yang saya bentangkan dalam artikel ini, Al-Quran sebenarnya sudah memberi pelbagai petunjuk mengenai lembah berkenaan. Antaranya:
- Lembah itu pada dasarnya adalah sebuah lembah yang tandus jika tiada sebarang campurtangan manusia.
- Lembah itu terletak berhampiran dengan sebuah sistem sungai utama.
- Lembah itu berubah menjadi sebuah kawasan pertanian yang subur selepas empangan dibina untuk menaikkan paras air sungai yang membolehkan lembah berkenaan diairi secara sistematik.
- Lembah itu berkembang menjadi sebuah pusat ketamadunan yang makmur dan terkenal dan kesannya masih boleh dilihat sehingga hari ini.
- Lembah itu menjadi sebuah kawasan pertanian yang subur dengan pelbagai tanaman buah-buahan.
- Lembah itu merupakan sebuah kawasan penternakan yang hebat dan antara ternakan utama yang diusahakan adalah lembu.
- Lembah itu terletak tidak terlalu jauh dari penempatan Nabi Lut.
POSTSCRIPT
39°09’43.20” N, 27°12’36.00” E. Itulah lokasi yang dicadangkan.
Seperti yang dinyatakan dalam komen pertama tuan Mat Guyver untuk entry ini, beliau akhirnya telah berkongsi penemuan berkenaan lokasi lembah tandus yang telah menjadi pilihan Nabi Ibrahim untuk tinggal bersama keturunannya melalui kaedah pengiraan latitud dan logitud di permukaan bumi berdasarkan formula yang beliau device sendiri dari Al-Quran.
Lokasi yang dicadangkan oleh tuan Mat Guyver terletak di Turki – negara yang sememangnya terkenal sebagai antara pengeluar produk buah-buahan utama dunia dan lembu merupakan haiwan ternakan yang common. Lokasi itu juga menunjukkan empangan dibina untuk menguruskan sistem pengairan di seluruh kawasan lembah berkenaan. Di bawah adalah beberapa screenshot dari GoogleEarth yang disediakan oleh tuan Mat Guyver.




Para pembaca budiman boleh terus ke blog Mat Guyver untuk maklumat lanjut. Klik di sini.
Qurandiminda bermula
Salam,
Saya telah membuka satu blog baru sebagai satu usaha khusus untuk kita sama-sama memahami Al-Quran secara menyeluruh melalui perbincangan berasaskan Surah dan bukan berasaskan topik seperti di laman ini. Diharap melalui perbincangan di laman baru tersebut – dan dengan pendekatan baru pula – kita dapat “khatam” memahami keseluruhan Al-Quran sebagaimana ia sepatutnya difahami dalam tempoh setahun dua.
Para pembaca budiman boleh ke http://qurandiminda.wordpress.com dan memulakan perbincangan di sana. Laman ini akan terus kekal untuk membincangkan sesuatu perkara berasaskan topik.
Terima kasih.





